06 November 2009

Terkini 5.57 pm : Penghakiman ditangguhkan

Perbicaraan ditangguhkan oleh Panel Hakim kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.


Terkini 5.56 pm : Penggulungan Peguam Ds. Nizar tamat

Peguam Ds. Nizar baru menghabiskan penggulungan sebentar tadi.


Terkini 5.53 pm: Peguam Ds. Nizar membaca surat-surat yang dihantar kepada Istana dan Peguam Negara

Peguam yang mewakili Ds. Nizar dalam sesi penggulungan yang masih berlangsung membaca beberapa surat yang dikirim antaranya pada 5 Februari yang memohon Sultan Perak menangguhkan upacara angkat sumpah Zambry sehingga kedudukan MB yang sah ditentukan oleh mahkamah atau Persidangan DUN Perak yang dipohon diadakan secepat mungkin pada masa itu.


Terkini 5.32 pm :Peguam Zambry habis berhujah

Peguam Zambry baru sebentar tadi menghabiskan hujahnya dan diteruskan dengan penggulungan oleh salah seorang dari peguam Ds. Nizar.


Terkini 5.17 pm: Perbicaraan disambung kembali

Perbicaraan bersejarah menentukan siapakah MB Perak yang sah disambung kembali.


Terkini 5.16 pm: Kemungkinan keputusan tidak diumumkan hari ini??

Mungkinkah keputusan tidak diumumkan pada hari ini, itulah persoalan yang mungkin sukar di jawab, namun saya jangkakan demikian kerana masa semakin suntuk sedangkan peguam yang mewakili Zambry belum habis berhujah.


Terkini 4.59 pm : Mahkamah berhenti rehat lagi.

Peguam Zambry, Cecil Abraham belum habis menyampaikan hujahnya namun sidang ditangguhkan sebentar.


Terkini 4.23 pm : Ghani habis berhujah

Peguam pencelah, Ghani Phatail baru saja menghabiskan hujah singkatnya dan sekarang ini diteruskan oleh peguam yang mewakili Zambry.


Terkini 3.56 pm : Peguam pencelah sedang memberi hujah

Peguam pencelah yang juga Peguam Negara, Ghani Phatail memulai penghujahan sebelah petang selepas peguam Ds. Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah menghabiskan penghujahannya.


Terkini 3.52 pm : Ds. Nizar terus berada di bilik perbicaraan

MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin terus berada di Mahkamah Persekutuan sejak beliau hadir disini dari jam 9.10 pagi tadi.


Terkini 3.50 pm : Sidang disambung kembali

Perbicaraan bermula semula pada jam 3.30 tadi setelah berhenti rehat beberapa ketika.


Doa Sebelum Memasuki Masjid Nabawi

Email : Shah Bundy

Doa ini adalah doa memohon izin untuk memasuki masjid Nabawi, dibaca di depan pintu Masjid Nabawi:

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد

اَللَّهُمَّ اِنِّي وَقَفْتُ عَلَى بَابٍ مِنْ اَبْوَابِ بُيُوتِ نَبِيِّكَ صَلَوَاتُكَ عَلَيْهِ وَآلِهِ، وَقَدْ مَنَعْتَ النَّاسَ اَنْ يَدْخُلُوا إلاَّ بِاِذْنِهِ، فَقُلْتَ: يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا لاَ تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَِّبيِّ إلاَّ اَنْ يُؤْذَنَ لَكُمْ
Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad

Allâhumma innî waqaftu ‘alâ bâbin min abwâbi buyûti Nabiyyika shalawâtuka ‘alayhi wa âlihi. Wa qad mana’tan nâsa an yadkhulû illâ bi idznihi faqulta : “Yâ ayyuhal ladzîna âmanû lâ tadkhulû buyûtan Nabiyyi illâ an yu’dzana lakum”.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, aku berdiri di pintu rumah Nabi-Mu (saw). Engkau telah melarang siapapun untuk masukinya kecuali dengan izinnya, sebagaimana Engkau nyatakan dalam firman-Mu: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali kamu diizinkan.” (Al-Ahzab: 53).

اَللَّهُمَّ اِنِّي اَعْتَقِدُ حُرْمَةَ صَاحِبِ هَذَا الْمَشْهَدِ الشَّرِيْفِ فِي غَيْبَتِهِ كَمَا اَعْتَقِدُهَا فِي حَضْرَتِهِ
Allâhumma innî a’taqidu hurmata shâhibi hâdzal masyhadisy syarîfi fî ghaybatihi kamâ a’taqiduhâ fî hadhratihi.

Ya Allah, sungguh aku meyakini kemuliaan penghuni kubur yang mulia ini dalam wafatnya sebagaimana aku meyakini kemuliaannya saat beliau masih hidup.

وَاَعْلَمُ اَنَّ رَسُولَكَ وَخُلَفَاءَكَ عَلَيْهِمُ السَّلامُ اَحْيَاءٌ عِنْدَكَ يُرْزَقُونَ، يَرَوْنَ مَقَامِي، وَيَسْمَعُوَن كَلاَمِي، وَيَرُدُّونَ سَلاَمِي، وَاَنِّكَ حَجَبْتَ عَنْ سَمْعِي كَلاَمَهُمْ، وَفَتَحْتَ بَابَ فَهْمِي بِلَذِيْذِ مُنَاجَاتِهِمْ
wa a’lamu anna Rasûlaka wa Khulafâ-aka ‘alayhimus salâmu ahyâun ‘indaka yurzaqûn, yarawna maqâmî wa yasma’ûna kalâmî, wa yaruddûna salâmî. wa annaka hajabta ‘an sam’î kalâmahum, wa fatahta bâba fahmî biladzîdzi munâjâtihim.

Aku tahu bahwa Rasul-Mu dan para khalifah-Mu (salam kepada mereka) hidup mendapat karunia di sisi-Mu. Mereka melihatku, mendengar ucapanku, dan menjawab salamku, hanya saja Engkau menghijabi pendengaranku dari suara mereka, sementara Engkau buka pintu pemahamanku sehingga aku dapat merasakan kelezatan munajat-munajat mereka.

وَاِنِّي اَسْتََأْذِنُكَ يَا رَبِّ اَوَّلاً وَاَسْتَأذِنُ رَسُولَكَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ ثَانِياً، وَاَسْتَأذِنُ خَلِيْفَتَكَ اْلاِمَامَ الْمَفْرُوْضَ عَلَيَّ طَاعَتُهُ اَلْحُجَّةَ ابْنَ اْلحَسَنَ اْلمَهْدِي عَلَيْهِ السَّلاَمُ وَالْمَلائِكَةَ الْمُوَكَّلِيْنَ بِهَذِهِ الْبُقْعَةِ الْمُبَارَكَةِ ثَالِثاً
Wa annî asta’dzinuka yâ Rabbî awwalan, wa asta’dzinu Rasûlaka shallallâhu ‘alayhi wa âlihi tsâniyan wa asta’dzinu Khalîfakal imâma maftaradha ‘alayya tha’atahu Al-Hujjatabnal Hasan Al-Mahdiyya ‘alayhis salâm, wal Malâikatal muwakkalîna bihâdzihil buq’atil mubârakati tsâlisan.

Pertama, aku mohon izin kepada-Mu ya Rabbi. Kedua, aku mohon izin kepada Rasul-Mu SAW. Ketiga, aku mohon izin kepada khalifah-Mu Imam yang Engkau wajibkan padaku untuk mentaatinya yaitu Al-Hujjah bin Al-Hasan Al-Mahdi (as). Juga mohon izin kepada para malaikat yang Engkau tugaskan di tempat yang penuh berkah ini.

أَاَدْخُلُ يَا رَسُولَ اللهِ، أَاَدْخُلُ يَا حُجَّةَ اللهِ، أَاَدْخُلُ يَا مَلاَئِكَةَ اللهِ الْمُقَرَّبِيْنَ الْمُقِيْمِيْنَ فِي هَذَا الْمَشْهَدِ، فَأذَنْ لِي يَا مَوْلاَيَ فِي الدُّخُولِ اَفْضَلَ مَا اَذِنْتَ لاَِحَدٍ مِنْ اَوْلِيَائِكَ، فَاِنْ لَمْ اَكُنْ اَهْلاً لِذَِالِكَ فَاَنْتَ اَهْل ٌ لِذَالِكَ
A-adkhulu yâ Rasûlallâh. A adkhulu yâ Hujjatallâh. A-adkhulu yâ Malâikatallâhil muqarrabînal muqîmîna bihâdzal masyhad. Fa adzanlî yâ Mawlâya fid dukhûli afdhala mâ adzinta liahadin min awliyâika, fa in lam akun ahlan lidzâlika fa anta ahlun lidzâlik.

Ya Rasulallah, wahai Hujjah Allah, wahai para Malaikat muqarrabin yang berada kediaman kesyahidan Rasululah saw ini. Izikan aku duhai junjunganku untuk memasuki rumahmu yang mulia sebagaimana engkau izinkan para kekasihmu. Jika aku tidak layak memperoleh izin, tapi engkau layak memberi izin.

Kemudian masuklah sambil membaca doa:

بِسْمِ اللهِ وَبِاللهِ وَفي سَبيلِ اللهِ وَعَلى مِلَّةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ اَللّهُمَّ اغْفِرْ لي وَارْحَمْني وَتُبْ عَلَيَّ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوّابُ الرَّحيمُ
Bismillâhi wa billâhi wa fî sabîlillâh wa ‘alâ millati Rasûlillâh shallallâhu ‘alayhi wa âlihi. Allâhummaghfirlî warhamnî wa tub ‘ayya innaka Antat tawwâbur Rahîm.

Dengan nama Allah, dengan Allah, di jalan Allah dan pada agama Rasulullah saw. Ya Allah, ampuni daku, sayangi daku, dan bukakan pintu taubat bagiku, sesungguhnya Engkau Maha Menerim taubat dan Maha Penyayang.

Kalau memungkinkan usahakan masuk dari pintu Jibrail yaitu di samping Baqi’. Lalu bacalah: Allah Akbar (100 kali), kemudian lakukan shalat Tahiyyatal Masjid dua rakaat, kemudian maju menuju ke kuburan Rasulullah saw. Lalu membaca doa ziarah kepada Nabi saw dalam keadaan menghadap ke kiblat.
(Kitab Mafâtihul Jinan, bab Adab ziarah)


Wassalam

Final Piala Malaysia, Nik Aziz umum Kelantan cuti

KOTA BHARU, 3 Nov:Kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti pada Ahad ini 8 November bersempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Kelantan menentang Negeri Sembilan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata cuti berkenaan diberikan bagi menghargai skuad negeri 'Red Warriors' yang telah berjaya ke perlawanan akhir selepas 39 tahun dalam penantian.

"Cuti berkenaan diberikan juga untuk kemudahan para penyokong untuk memberi sokongan kepada pasukan kita, khususnya dari Kelantan,"ujarnya. Menurutnya, mereka tidak perlu bersusah payah memohon cuti atau tergesa-gesa untuk pulang semula ke kampung halaman masing-masing untuk bekerja keesokan harinya.

"Walaupun kita belum pasti adakah kita akan menjadi juara pada malam itu, namun cuti tetap akan diberikan pada hari Ahad ini atas sebab-sebab sedemikian," ujarnya.
Sambungnya, mudah-mudahan dengan cuti yang diberikan oleh kerajaan negeri, para penyokong khususnya yang sama-sama turun ke Stadium Bukit Jalil akan pulang dengan tenang dan selamat.

Pada masa yang sama beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan negeri kerana telah berjaya melangkah gagah ke peringkat akhir. Beliau juga berharap, dengan prestasi yang semakin meningkat itu skuad Kelantan diharap mampu menjuarai perlawanan peringkat akhir.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan
Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika ditemui berkata, dianggarkan hampir 50,000 penyokong Kelantan akan memberi sokongan di Stadium Bukit Jalil nanti.

Sebelum ini Tuan Guru telah mengikuti perlawanan separuh akhir pertama antara Kelantan menentang Perlis di Stadium Sultan Muhammad
Ke-IV berkesudahan pasukan merah putih itu menang dengan 2-0.

Perlawanan kedua separuh akhir antara Kelantan menentang Perlis itu juga sekali lagi skuad 'Red Warriors' berjaya menewaskan Perlis dengan 3-1.

Anggota-anggota exco kerajaan negeri termasuk Datuk Husam Musa dijangka hadir menyaksikan perlawanan berkenaan.

Kelainan di Mahkamah Persekutuan pada hari ini.

Kes pembicaraan MB Perak di Mahkamah Rayuan pada Mei lepas ditempat yang sama dengan Mahkamah Persekutuan hari ini, Keduanya di Istana Keadilan cuma tingkat satu dan dua sahaja. Pada dasarnya kehadiran ramai wartawan dan penyokong Pakatan Rakyat tidak dapat dinafikan pada kedua-dua pembicaraan itu.

Namun pada hari ini yang tidak kelihatan ialah ADUN-ADUN BN, seorangpun tidak hadir. Seingat saya pada 22 Mei semasa mahkamah ingin memutuskan Zambry sebagai MB Perak saya melihat ada ADUN dari BN yang hadir disamping mereka yang kalah dalam pilihanraya yang lepas. Antaranya ADUN Manjoi dan ADUN Sungai Rapat.

Hari ini seorangpun dari mereka tidak kelihatan. Cuma pada sesi pagi yang jelas mewakili UMNO hanyalah Hamdan Taha dan kawan-kawannya yang datang. Mereka tidak ada apa-apa jawatan dalam UMNO cuma yang pasti ada kepentingan.

Keadaan ini menimbulkan banyak persoalan, adakah merekia sudah tahu keputusan awal sehingga seorangpun tidak kelihatan didalam kamar bicara. Yang jelas panel peguam sahaja yang mewakili Zambry termasuklah peguam pencelah, Ghani Phatail.

Ramai yang bertanyakan kepada saya kenapakah ini berlaku, dan saya pun tidak dapat memberi jawapan yang pasti.

Bila bertanya secara jujur dengan hujjah yang dikemukakan oleh Peguam Hj. Sulaiman Abdullah dengan jelas membuktikan bahyawa DS. Nizar adalah MB Perak yang masih sah sehingga sekarang.

Apapun saya tidak selayaknya untuk mendahului keputusan mahkamah yang akan diumumkan mungkin pada hari ini atau setelah semua hujah kedua belah pihak didengar oleh 5 hakim yang ditetapkan.

Terkini 2.34 pm : Mahkamah berhenti rehat

Mahkamah berhenti rehat sebentar tadi dan akan bersambung semula selepas sesi rehat yang diumumkan Hamin sebentar tadi.


Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Email : Lamar

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok)

kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

Terkini 1.51 pm: Hj. Sulaiman masih kemukakan hujah

Peguam Ds. Nizar, Hj. Sulaiman masih membacakan penghujahan yang panjang dan membuktikan MB Nizar merupakan MB yang sah, kedudukannya hanya boleh dilucutkan dalam undi tidak percaya selepas PR dan BN memiliki masing-masing 28 kerusi dan 3 ADUN telah diistiharkan oleh Speaker telah kosong dengan surat perletakan jawatan.


Terkini 1.06 pm: Hujah Peguam Hj. Sulaiman kes di Kelantan, Sarawak dan Terengganu

Hj. Sulaiman dengan jelas berhujah kepada kes-kes yang pernah berlaku di Sarawak, Kelantan dan sebentar lagi mengenai MB Daud Samad yang berlaku di Terengganu membuktikan seorang Menteri Besar yang hilang majoriti dibawa ke dewan untuk undi tidak percaya, dan beliau memohon supaya di bubarkan DUN pada masa itu untuk menyerahkan kepada rakyat Terengganu memilih semula.


Terkini 12.52 pm : Perbicaraan bersambung kembali

Perbicaraan yang bermula tadi dimulai dengan pertanyaan dari Haji Sulaiman mengenai jadual perjalanan perbicaraan hari ini seperti waktu makan dan sembahyang. Pihak panel hakim menjelaskan kes akan diselesaikan hari ini juga.


Terkini 12.39 pm : Nizar: Komposisi Hakim tidak gambarkan 1 Malaysia

Ds. Nizar menjelaskan 5 hakim melayu yang ditetapkan tidak menggambarkan 1 Malaysia. Kalau kes dadah boleh di dengar oleh 5 hakim tentunya kes ini memerlukan hakim lebih besar kerana ia membawa kesan lebih besar. Sepatutnya ada hakim dari broneo juga. Katanya semasa ditemui pada sesi rehat sebentar tadi.

Beliau berharap inilah peluang keemasan untuk membuat keputusan yang memulihkan sistem kehakiman negara.


Permohonan didengar panel 11 hakim ditolak

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin supaya rayuannya berhubungi kes menteri besar yang sah, didengar oleh panel 11 orang hakim.

Hakim Datuk Alauddin Mohd Sheriff berkata ia diputuskan sebulat suara dan tiada perintah dibuat mengenai kosnya.

Keputusan tersebut menimbulkan tandatanya kerana mahkamah tertinggi di negara ini itu sebelum ini pernah membenarkan panel tujuh hakim mendengar dua kes dadah.

Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mewakili Nizar, sebelum itu berhujah bahawa panel 11 hakim itu penting kerana kes itu membabitkan kepentingan awam dan banyak implikasinya.

Katanya, ia juga memberi kesan pada semua negeri dan serta Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, katanya, seluruh dunia sedang mengikuti kes tersebut, termasuk para akademik dan orang awam "kerana ini adalah satu kes yang unik".

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang membantu menterjemah perlembagaan Perak dan perlembagaan Persekutuan, berkata permohonan tersebut tidak seharusnya dibuat melalui usul.

Sebaliknya, kata beliau, ia seharusnya dibuat melalui semakan kehakiman.

Keputusan rayuan Nizar, akan menentukan masa depan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang ditumbangkan Februari lalu selepas beberapa wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).
Ia juga bukan sahaja akan menentukan menteri besar Perak yang sah tetapi juga akan menjadi duluan bagi kes-kes yang serupa pada masa depan.

Panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas.

MalaysiaKini/-

Terkini 12.04 am : Penghakiman ditangguh

Ds. Nizar semasa keluar dari bilik penghakiman setelah sesi pagi berehat sebentar tadi.

Penghujahan kes MB ditangguh setelah sesi pagi berakhir sebentar tadi.


Koroner benar mayat Teoh digali semula

Mahkamah koroner Shah Alam membenarkan mayat mendiang Teoh Beng Hock, yang telah dikebumikan lebih tiga bulan lalu, digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.

Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan supaya bedah siasat kedua itu dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan dengan kehadiran empat pakar forensik lain iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan seorang lagi yang akan dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun butiran terperinci mengenai proses bedah siasat itu, termasuk bila dan di mana ia akan dilakukan, hanya akan ditentukan oleh mahkamah Isnin depan.

Koroner Azmil Muntapha membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan keluarga Teoh untuk menggali semula mayat mendiang bagi menentukan punca sebenar kematian setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor itu, yang ditemui mati selepas jatuh dari bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Julai lalu.

Permohonan itu dibuat berikutan keterangan Dr Pornthip di mahkamah yang mendakwa terdapat 80 peratus kemungkinan bahawa Teoh mati akibat dicekik dan didera.

Dalam prosiding hari ini, peguam Datuk Abdul Razak Musa bagi SPRM menarik perhatian mahkamah bahawa Dr Pornthip tidak berkelayakan daripada segi undang-undang di Malaysia untuk mengendalikan proses bedah siasat terhadap mayat Teoh.

"Ini kerana pakar forensik Thailand itu menerima kelulusan perubatannya dari universiti yang tidak diiktiraf di bawah senarai 250 universiti perubatan dalam Jadual Kedua akta tersebut," katanya.

Peguam Gobind Singh Deo, bagi keluarga Teoh, memohon mahkamah supaya membenarkan Dr Pornthip menghadiri proses bedah siasat itu dan membuat pemerhatian bagi membolehkannya menyediakan laporan forensik.

"Kami juga memohon supaya Dr Pornthip dibenarkan untuk memberi keterangan sekali lagi ke mahkamah ini dan membentangkan hasil laporan forensiknya.

"Kami merasakan pendapat Dr Pornthip adalah amat relevan dalam prosiding inkues ini bagi membantu mahkamah membuat penemuan mengenai sebab-sebab kematian mendiang dan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kematiannya," kata peguam itu yang turut memaklumkan bahawa Dr Pornthip sedia menghadiri bedah siasat bermula 14 Nov depan.

Gobind juga berkata koroner mempunyai bidang kuasa untuk melantik seorang pegawai perubatan bagi menjalankan bedah siasat ke atas mayat Teoh.

Beliau juga tidak membantah sekiranya bedah siasat itu dihadiri oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant, yang telah menjalankan autopsi ke atas mayat Teoh sebelum ini, serta seorang pakar forensik bebas yang dilantik SPRM.

Peguam Tan Hock Chuan, mewakili kerajaan Malaysia serta peguam Malik Imtiaz Sarwar, bagi kerajaan negeri Selangor, tidak membantah permohonan itu.

"Kami bersetuju bahawa keluarga si mati berhak untuk mengetahui punca sebenar kematian Teoh dan apa yang berlaku pada 16 Julai lalu.

"Kesemua pihak (peguam) dalam prosiding inkues ini bersetuju untuk membantu koroner dalam hal ini dan kami juga bersetuju bahawa doktor-doktor terbabit dibenarkan untuk menghadiri bedah siasat Teoh," kata Tan.

Pada 16 Julai, Teoh, setiausaha politik kepada anggota EXCO Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi kenyataan mengenai dakwaan salahguna peruntukan kerajaan negeri di pejabat SPRM yang terletak di bangunan yang sama.

Mayatnya telah dikebumikan empat hari kemudian di Nirwana Memorial Park, Semenyih, Selangor. - Bernama

MalaysiaKini/-

Terkini 11.15 am : Hj. Sulaiman sedang berhujah

Ketua Panel Peguam Ds. Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah sedang memberikan penghujahannya.


Terkini 11.13 am: Permohonan tambah Hakim ditolak

Mahkamah yang bersidang semula menolak permohonan peguam Ambiga yang mewakili Ds. Nizar agar ditambah jumlah hakim.


Isu MB Perak: Panel 5 hakim dengar rayuan

Masa depan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan menteri besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, kini terletak pada keputusan rayuan yang sedang didengar oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Keputusan rayuan bukan sahaja akan menentukan menteri besar Perak yang sah tetapi juga akan menjadi duluan bagi kes-kes yang serupa pada masa depan.

Mahkamah tertinggi di negara ini itu juga akan mentafsir kuasa raja-raja untuk membubarkan dewan undangan negeri serta pelantikan menteri besar.

Panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas.

MalaysiaKini/-

Wala’ Dan Istiqamah Pemimpin Pada Pejuangan

Oleh: Nash Ar-Rawy

Pendukung PAS selalu diingatkan demi perjuangan Islam , wajib memberikan wala’ kepada pemimpin dan jangan timbul masaalah kepada perjuangan. Namun demikian, pemimpin juga wajib memberikan wala’ yang tiada berbelah –bahagi kepada pejuangan dan bersikap istiqamah supaya tiada menjadi orang yang bermasaalah dalam perjuangan.

Yang penting sekali adalah Islam itu terserlah dan diprojeksi “PAS FOR ALL” secara teori dan praktikalnya sekali bukan cakap tak serupa bikin seperti retorik tadika UBN ; Satu Malaysia yang sebenarnya SMS ( Satu Malaysia Sekular) .Parti hanyalah sebagai wadah sahaja , kerna anggota PAS bukannya bertuhankan PAS atau TGNA hatta TGHA. Pemimpin boleh pergi dan datang , tetapi panji-panji Islam tetap akan berkibar walau apa pun terjadi kepada parti yang hanya merupakan instrumen untuk mencapai matlamat ( Islam ).

Bekas pemimpin PAS seperti Asri pernah menubuhkan Hamim dan kemudiannya masuk Umno. Namum wala’ dan keistiqamahan para pejuang Islam masih lagi kekal dalam parti yang bernaunsakan Islam. Yakni, PAS dan tiada menjejaki Asri. Muhammad Nasir bekas MB Kelantan pernah menubuhkan Berjasa dan berjasa kepada Umno ; mengkhianati perjuangan Islam. Nakhaie pernah menjadi Pengarah Kitab Usrah yang digunapakai oleh semua pemimpin dan anggota parti . Akhirnya mengusrahkan diri pada Umno dan membeloti kitab usrah yang beliau sendiri karang.

Pemimpin yang terdahulu dalam PAS yang bermasaalah ini memberikan masaalah kepada pejuangan dan melambatkan Islam untuk menang. Ini adalah kerna ada pemimpin yang sebenanya tiada wala’ dan tiada istiqamah dalam perjuangan. Seluruh anggota PAS, hendaklah ada sifat cemburu kepada perjuangan. Memang salah , salah sangka terhadap pemimpin ,tetapi tiada salah cemburu kepada perjuangan dan kepemimpinan demi ketulusan dan wala ‘ kepada perjuangan.

Pemimpin atau parti bukannya tuhan dan tiada bisa lakukan kesilapan. Satu jemaah pernah masuk UBN dan kemudian ditendang keluar setelah melepaskan ‘anjing tersepit’ , itu satu iktibar dan pengajaran buat PAS.; yang tinggal hanya satu kerusi parlimen sahaja selepas itu.

Umno tidak akan berubah dan bagaimana bisa berubah jika perjuangannya sekular bernaunsakan assobiyyah(perkauman) Melayu yang diharamkan Rasulillahu di dalam hadisnya. Satu demi satu Presiden Umno melaungkan anti –korupsi dan mahu bersihkan Umno sepenuhnya daripada amalan rasuah. Apa bezanya teriakan anti-rasuah Rosmah Najib dengan Khairy Abdullah dan Tun Mahathir yang sudah menjadi kanser dan darah daging. Yang tiada bisa dibendung lagi ;justeru padat dengan sindrom kroni, korupsi dan manipulasi yang ketara dan parah . Ibarat kapal yang tunggu masanya sahaja akan pecah dan karam.

Apakah kapal yang semacam ini , mahu diselamatkan oleh sekelumit kepemimpinan Pas ; jika ada yang mengidami Umno dan ketagihan yang meluap-luap. Jika ada kecenderungan beberapa kerat pemimpin yang sedemikian; yang bersembunyi disebalik lalang .Keluarlah kamu daripada penyamaran dan persada persembunyian kamu secara terhormat meletakkan jawatan sebelum kamu , lambat laun akan dikeluarkan juga secara fitrah dan sunnah perjuangan dalam proses pembersihan dari dalam pucuk pimpinan. Sebagaimana yang sangat disedari dan dicemburui oleh Mursyidul Am TGNA yang bertanggungjawab ke atas Badan Tertinggi dalam PAS yang mengatasi obligasi Presiden dan Setiausaha Agung . Agar kesetiaan pemimpin adalah pada perjuangan ; justeru kerana Majlis Syura Ulamak adalah badan yang berotori untuk menentukan dasar , ‘approach’ prinsip dan hala-tuju perjuangan tidak seperti Umno; ulamak diperdudukkan di bawah ketiak Rosmah-Najib.

PAS bukannya parti perkaumnan Melayu seperti Umno atau perkauman Cina seperti MCA dan perkauman India seperti MIC. Penyatuan rakyat atas asa perkauman memang dilarang keras oleh Rasulillahu . Apakah asas kaum ini mahu digunapakai sekali lagi untuk ‘rejoin’ UBN oleh beberapa kerat pemimpin yang bermasaalah ?. Pakatan Pilihan Rakyat adalah satu-satunya PILIHAN yang ada untuk menyelamatkan Agama, Bangsa dan Negara daripada tipu daya retorik tadika ‘Satu Malaysia’. Tahaluf siasi yang menyatupadukan PAS , DAP dan PKR atas dasar ;” ISLAM FOR ALL” dan “ JUSTICE FOR ALL” telah menghakis fahaman perkauman dalam PAKATAN PILIHAN RAKYAT yang tidak bernaunsakan kaum dan slogan retotik tadika ‘satu Malaysia’ dari awal lagi sudah ketinggalan dengan konsep Islam sebagai “ RAHMATAN LIL ‘ALAMEEN” yang di bawa oleh PARTAI ISLAM SEMALAYSIA ( SATU MALAYSIA) sejak dari tahun 1951 lagi. Umno masih lagi untuk orang Melayu.bumiputrra sahaja ; SMS , iaitu , “SATU MALAYSIA SEKULAR” yang bernaunsakan assobiyyah Melayu.

Wala’ dan istiqamah pemimpin bukan sahaja perlu tulus dan ‘honest’ pada perjuangan Islam dan tahaluf siasi yang disepakati semua pemimpin . Akan tetapi, penghormatan kesetiakawanan , wala’ dan istiqamah para pemimpin PAS dalam semua peringkat samada Majlis Presiden, Majlis Sekretariat maupun diperingkat Negeri dan kawasan hendak suci , bersih dan ikhlas dalam menyatukan sokongan massa untuk memenangkan Pakatan Pilihan Rakyat (PPR) pada PRU13 nanti, insyaAllahu.

Untuk itu, jangan ada pemimpin yang bermasaalah memberikan masaalah kepada Pakatan kerana tiada wala’ dan istiqamah untuk memperkukuhkan Pakatan Pilihan Rakyat. Jika hati masih lagi kurang senang dan kurang sedap untuk memperkukuhkan Pakatan dan teridam-idamkan bersekongkol dengan Umno demi assobiyyah Melayu ; silakan menjejaki dua bekas Presiden ( Ustaz Fuad dan Dato’ Asri) atau Nakhaie selaku bekas Naib Persiden Pas. Atau pun terus beristiqamah dalam perjuangan Islam bersama TGNA selaku Mursyidul Am; Badan yang tertinggi di dalam perjuangan yang berotoriti menentukan prinsip , polisi , pendekatan dan hala-tuju Gerakan Islam Pas ;iaitu Pengerusi, Majlis Syura Ulmak ; sekaligus merangkap MB Kelantan yang membangun bersama Islam sebagai model “ Pas For All, “Islam For All” yang diterima semua kerna menolak retorik tadika “ Satu Malaysia “ yang rasuah dan menyanjung tigggi perasuh menjadi wakil rakyat dan Ketua Menteri Satu Malaysia.

Pakatan Pilihan Rakyat(PPR) berbeda dengan UBN kerna UBN telah mengkhianati Agama, Bangsa dan Negara yang bergelumang dengan kefasadan rasuah , kezaliman autokrasi , kronisma dan nepotisma yang anti –federalisme( kerajaan rakyat Kelantan) Masa sama dengan Pakatan ; kecuali orang yang buta politk sahaja yang bisa samakannya. Para pejuang keadilan dan para penentang kezaliman semuanya berada di dalam Pakatan . Seperti DS Anuar, Mahfuz, Mohammad Sabu, Tian Chua, Gobalakrisnan dan lain-lain kecuali yang ada kepentingan dan bermasaalah seperti Ezzam dan Nakhaie yang membeloti perjuangan. UBN sarat dengan pembelot-pembelot perjuangan dan penegak kezaliman autokrasi dan kefasadan ; yang berselindung dengan jenama baru ‘ satu Malaysia” untuk meraih simpati dan pengaruh baru dari rakyat .

Justeru itu, pemimpin juga perlu memberikan wala’ , fokus dan istiqamah sepenuhnya kepada perjuangan Islam dan tiada bersubahat , telus dan berani membasmi sebarang bentuk ‘VIRUS” dan elemen ; anasir-anasir pengkhianatan dan pembelotan dalam perjuangan. Pemimpim juga perlu ada sifat cemburu kepada saf kepemimpinan demi keutuhan perjuangan agar di geruni lawan dan dihormati serta disegani lawan. Perkukukan Pakatan Pilihan Rakyat (PPR) dan bersihkan jemaah daripada pengkhianat-pengkhianat perjuangan ; kemuncup –kemuncup sepanjang jalan agar tiada belaku “ Gerhana Bulan “ supaya pisang tiada berbuah dua kali dan tiada di batuk ular dua kali dalam satu lubang (UBN) .InsyaAllahu. massa akan kembali memberikan kepercayaan penuh ( ‘trust’) kepada PAS dan PAKATAN PILIHAN RAKYAT ( PPR) Pembuktian dan komintmen semua pemimpin mesti ada, berani , telus.dan tegas membasmi hipokrasi beberapa kerat pimpinan PAS; tanpa memilih bulu.
“ ALLAH HU AKBAR! “

Terkini 10.24 am : 3 Adun PKR juga datang

Senarai panel hakim yang dipaparkan di skrin tv diluar bilik perbicaraan

Kelihatan ADUN Teja, Chan Lih Kang, ADUN Simpang Pulai, Chang Ming Kai dan ADUN Kuala Sepetang, Tai Sing Eng kelihatan sampai ke dalam bilik penghakiman. Turut kelihatan bekas Pengerusi Keadilan Perak, Hj. Osman Abd. Rahman.


Terkini 10.20 am : Mahkamah berhenti rehat

Penghakiman berhenti sebentar dalam keadaan permohonan Peguam Ambiga supaya kes di dengar oleh 11 panel hakim dan bukannya 5 orang.


Terkini 10.08 am : Peguam Negara mencelah

Peguam Negara mencelah sebentar tadi mempertahankan kewajaran penghakiman 5 panel hakim, tetapi terus dipertahankan oleh peguam Ambiga.


Terkini 10.04 am : Peguam Ds. Nizar memohon penghakiman dengan jumlah peguam lebih ramai

Peguam Ambiga mencadangkan Panel Hakim untuk mendengar penghakiman Kes Menteri Besar Perak dengan hujah pentingnya kes ini untuk Perak dan Malaysia dan luar negara dan memberi kesan selanjutnya.


TAZKIRAH : 9 jenis pembaziran

Email : BawangGoreng®

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.

Terkini 9.50 am : Peguam Ambiga sedang meneruskan penghujahan

Peguam Ambiga yang mewakili Ds. Nizar sedang memberikan penghujahan.


Terkini 9.47 am : Keputusan hari ini penting

Mahkamah dimaklumkan bahawa keputusan Mahkamah Persekututan akan memberi kesan kepada rakyat dan tafsiran undang-undang di Malaysia pada masa akan datang.


Terkini 9.45 am : Hj. Sulaiman membacakan peguam yang mewakili DS. Nizar

Ketua Panel Peguam Ds. Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah membacakan senarai peguam yang mewakili Ds. Nizar antaranya peguam Ngeh, Philip, Chan, Hanifa Maidin, Leong, Amir Hamzah dan Zulkarnain.


Terkini 9.41 am : Penghakiman Bermula

Penghakiman bersejarah menentukan siapakah Menteri Besar yang sah bila 5 hakim mengambil tempat masing-masing.


Terkini 9.30 am : Mahkamah dijangka bermula pada jam 9.30 pagi

5 kerusi Hakim, menandakan lima Hakim akan memutuskan kes Menteri Besar Perak pada hari ini.

Semuanya dalam keadaan bersedia untuk menunggu jam 9.30 pagi dijangkakan penghakiman bermula pada pagi ini.

Turut kelihatan ialah Ketua Panel Peguam DS. Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah dan peguam pencelah iaitu Peguam Negara Ghani Phatail.

Ds. Nizar bersama dengan peguam Chan yang sampai pada jam 9.10 pagi tadi. Ramai wartawan yang menunggu ketibaan Ds. Nizar untuk merakamkan penghakiman yang bersejarah pada hari ini.

Terkini 9.10 am : DS. Nizar tiba bersama rombongan

Menteri Besar pakatan Rakyat Perak sampai bersama rombongan, antaranya Dato' Ngeh Kho Ham, Drs. Khalil Idham Lim, YB. Zainuddin Yusof dan Ust. Nor Azli Musa. Turut kelihatan ialah setiausaha PKR Perak saudara Anuar.


Terkini 9.00 am : Saya dan rombongan tiba di Istana Kehakiman

Saya dan rombongan sampai di Istana Kehakiman Putrajaya tempat yang akan berlangsungnya perbicaraan ke MB Perak pada pagi ini.


Benarkah Dr Asri tidak layak?

Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Meneliti malaysiakini tengah hari ini (4 November 09) saya rasa agak kecewa dengan pandangan Penolong pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin al-Ghari mengenai ijazah dan jawatan mufti yang pernah disandang oleh Dr Asri Zainul Abidin sekali gus menampakkan ketidaklayakan dia memberi komen.

Saya menjangkakan penafian beliau terhadap apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia boleh menyelesaikan masalah tetapi rupanya menambahkan masalah. Jawapan dan ulasannya melalukan Jakim kerana memberikan jawatan itu kepadanya.

Saya paparkan jawapan beliau pada hari ini:
"(Wartawan) bukan tanya palsukan kelulusan tapi dia tanya saya, status sebenar ijazah Dr Asri."Saya kata Dr Asri cuma ada ijazah sarjana muda bahasa Arab daripada fakulti sastera Universiti Jordan, bukannya mempelajari jurusan syariah dan pengajian Islam."Laporan daripada (akhbar Utusan) lah yang salah kerana dia kata saya dakwa dia palsukan Ijazah," jelasnya.Katanya lagi, Dr Mohd Asri tidak mendasari ilmu di bidang syariah dan pengajian Islam kerana bekas mufti itu hanya seorang lulusan bahasa Arab."Dia bukan seorang ahli hukum, maksudnya bukan seorang yang mahir tentang al-Quran, hadis tafsir atau fekah."Beliau hanya belajar bahasa Arab, macam mana dia dapat menggali ilmu Islam, apatah lagi untuk berinteraksi secara mendalam tentang al-Quran dan hadis."Kalau ada (kelulusan) syariah dan pengajian Islam barulah layak dilantik ke jawatan mufti," katanya lagi.

Saya percaya Zamihan tidak menyedari bahawa dengan ijazah sarjana muda seseorang itu tidak boleh menjadi pensyarah, sedangkan Asri kini adalah pensyarah USM. Untuk pengetahuan umum untuk menjadi pensyarah perlu memiliki sarjana (MA).

Di sini sahaja kita dapat faham bahawa Asri sudah ada MA, kenapa Zamihan tidak selidik dalam bidang apa MA Asri itu? Selain itu adakah Zamihan tidak sedar bahawa di hadapan Asri itu ada Dr bererti dia memiliki Phd. Sudahkan Zamihan mengkaji apakah bidang yang dikaji untuk mendapatkan Phd itu?

Jadi, jawapan seorang penolong pengarah Jakim itu sungguh memalukan Jakim. Seharusnya Pengarah Jakim perlu menilai semula jawatan yang disandangnya. Setidak-tidaknya apakah kelayakannya menjawab persoalan itu kepada media.

Untuk pengetahuan umum juga kebanyakan mufti di negara ini hanya memiliki ijazah sarjana muda waktu dilantik, malah ada yang sekadar sekolah pondok. Jadi, jangan pertikai orang hanya berdasarkan penilaian yang cetek.

Terkini 8.46 am : Perjalanan ke Putrajaya lancar

Saya menaiki bas yang disediakan oleh YB. Nga Khir Ming dengan rombongan yang lain dari penyokong Pakatan Rakyat berbangsa Melayu, Cina dan India. Perjalanan sejak 6.30 pagi tadi dari Ipoh lancar dan bas sudah keluar di tol Putrajaya.

Saya difahamkan ada beberapa bas lagi yang bergerak dari Perak untuk ke Putrajaya pagi ini. Demikian sokongan moral yang kami mampu berikan kepada DS. Nizar.


Terkini 8.17 am : Siapakah MB Perak ditentukan hari ini

PUTRAJAYA, 5 Nov :- Hari ini genaplah 270 hari atau 9 bulan BN merampas kuasa di Negeri Perak. Semenjak rampasan kuasa dengan kudeta yang terancang oleh BN dengan membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat, sejak itulah krisis perlembagaan dan pelanggaran undang-undang yang menyaksikan gelombang rakyat yang mahukan kepada kembalinya kesejahteraan dan keamanan di Perak dengan tuntutan pembubaran DUN Perak.

Selain itu harapan rakyat ialah untuk melihat satu keadilan dalam semua peringkat Kehakiman Negara berlaku untuk krisis di Perak. Kerana itu penghakiman pada hari ini yang akan bermula pada jam 9.30 pagi di Mahkamah Persekutuan disini akan mencatat satu lembaran sejarah pada rakyat Perak, Malaysia malah untuk sistem Kehakiman Negara Komenwel.

Harapan rakyat Perak supaya sistem kehakiman memainkan peranan pada fungsi dan tempatnya dan melakukan penafsiran seterusnya keputusan tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak.

Semoga keputusan yang akan berlaku pada hari ini adalah keputusan yang mengembalikan kuasa Pakatan Rakyat yang telah dirampas itu. Dan sesudah itu MB Nizar akan segera memastikan satu pembubaran DUN Perak.

Walaupun keputusan mungkin saja berpihak kepada BN, yang diharapkan tidak lain, BN secara sedar dan matang juga mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih semula.