18 Mac 2009

Apa sudah jadi....

Email : JUNHAIRI BIN ABD JALIL


Resepi Pilihan.

Email:tok_busu

Untuk dikongsi bersama.

Carilah resepi kegemaran anda di sini:

http://ilahmasakank u.blogspot. com/
http://resipimasaka nminang.blogspot .com/
http://www.myresipi .com
http://resepi4u. blogspot. com/
http://resepi. mesra.net/
http://www.iresepi. com/
http://makan. cari.com. my/
http://resipidiana. blogspot. com/
http://www.resepirr recipe.com/
http://www.freewebs .com/hanieliza/
http://www.familiaz am.com/resepi. htm
http://sudipkayu. blogspot. com/
http://wanita. my/kategori/ resipi/
http://www.zainul. com/resepi. htm
http://www.geocitie s.com/Athens/ Troy/6007/ resepikakwan. html
http://www.geocitie s.com/amin_ 24000/resepi. html
http://members. tripod.com/ ~spm99/resepi/ resepi.htm
http://www.jphpk. gov.my/Malay/ resepi%20bm. htm
http://www.spa. gov.my/portal/ page?_pageid= 53,635404&_dad=portal&_schema=PORTAL

Arab jahiliah taksub khurafat

Susunan : SITI AINIZA KAMSARI
Email : Sirajuddin Abbas

Patung Hubal yang diperbuat daripada batu akek merah dan berbentuk manusia tidak sahaja memulakan tradisi penyembahan berhala di kalangan masyarakat Arab di zaman pra-Islam malah patung itu turut 'berjaya' merendahkan taraf pemikiran masyarakat itu.

Tidak cukup mereka mengadu nasib dan hal kepada berhala, masyarakat Arab itu juga melakukan pelbagai cara untuk meramal nasib.

Iaitu animisme atau khurafat yang begitu kuat berakar umbi dalam pemikiran dan kuat menjadi amalan.

Antara yang popular, mereka meramal nasib dengan azlam, iaitu anak panah yang belum dipasangkan bulunya yang digunakan ketika mereka hendak bermusafir, berkahwin dan sebagainya berdasarkan.

Jika anak panah yang dilepaskan mengenai perkataan "ya" atau "tidak" semua itu nanti akan mempengaruhi perbuatan mereka.

Mereka juga percaya kepada kepakaran individu yang dikenali sebagai kahin, arraf dan munajjim, iaitu bagi menentukan perbuatan dan cara gaya hidup mereka tanpa sebarang keraguan untuk mereka mempercayainya.

Ini apabila Kahin merupakan individu yang mempunyai kepakaran memberitahu mengenai berita-berita alam semesta yang akan berlaku pada masa akan datang. Kahin juga mendakwa mengetahui banyak perkara ghaib dan rahsia sebagaimana yang diberitahu oleh jin yang menjadi 'sahabat' si Kahin itu.

Arraf pula tidak ubahnya seperti pawang atau bomoh yang tempat mengadu kepada pelbagai masalah termasuk bantuan mencari barang yang hilang atau dicuri.

Munajjim pula yang meramalkan nasib seseorang itu menerusi ilmu-ilmu bintang. Namun yang lebih teruk lagi masyarakat Arab Jahiliah ini sangat mempercayai Al Yiyarah iaitu menganggap sial. Sehinggakan jika perjalanan mereka dipintas atau dihalang oleh binatang liar seperti ular dan sebagainya mereka menganggap ada kesialan dan menyebabkan mereka tidak meneruskan perjalanan.

Segala kepercayaan karut dan amalan-amalan khurafat dan tahyul oleh masyarakat Arab ini menjadi penyakit yang sukar disembuhkan. Menyebabkan turunnya banyak ayat dari Allah agar ramalan atau merenung nasib diharamkan dan menjadi sebahagian ajaran penting Islam agar umat ini tidak mempercayai khurafat.

Namun kehadiran agama lain terutamanya, Kristian (Nasrani atau Masihi), Yahudi, Majusi dan Sabiah memberikan lagi kepelbagaian rupa dan wajah masyarakat Arab.

Kemasukan agama-agama itu dan menjadi anutan kepada sebahagian masyarakat Arab dengan sebahagian lagi mengekalkan amalan menyembah berhala di samping ada sebahagian lagi mempertahankan agama Ibrahim dan sebagainya menjadi naluri mempercayai tuhan ada dalam setiap sanubari masyarakat ini.

Sesuatu yang agak positif walaupun sering terpesong. Mereka menyedari keterbatasan sebagai manusia yang memerlukan yang paling di atas untuk menyempurnakan kehidupan dan memberikan kepada mereka perlindungan.

Agama Kristian berada di tanah Arab khususnya tertumpu di Wilayah Yaman akibat yang dijajah oleh Habsyah (kini Sudan) dengan bantuan tentera Rom pada tahun 340 (SM). Ini menyebabkan gerakan penyebaran Kristian turut meresapi wilayah itu terutama ke Najran.

Dikatakan mereka tertarik memeluk agama Masihi atas faktor seorang lelaki Kristian yang bernama Pabimion yang dikatakan mempunyai pelbagai karamah menyebabkan ajakan beliau untuk memeluk Kristian dapat diterima oleh penduduk Najran.

Apabila Yaman kemudiannya di bawah pemerintahan Yusuf Dhu Nuwas tragedi menimpa umat Kristian. Semasa pemerintahan Dhu Nuwas inilah sebagai seorang penganut Yahudi beliau telah bertindak ganas membunuh penganut-penganut Kristian Najran. Iaitu setelah seruan beliau supaya mereka memeluk agama Yahudi enggan diterima oleh penduduk Najran.

Akibat enggan, beliau telah menggali beberapa batang parit yang besar yang dinyalakan api di dalamnya. Beliau kemudiannya menghumban penganut agama Nasrani itu ke dalam parit yang sedang menyala-nyala api. Lalu meratah sehingga hangus setiap mereka, tanpa mengira mangsa, termasuk lelaki, wanita, kanak-kanak dan orang tua habis kesemuanya dibakar di dalam parit itu.

Dalam peristiwa ini dikatakan seramai 20 hingga 30,000 penganut Kristian mati di tangan penguasa kejam yang beragama Yahudi ini. Peristiwa disebut dalam surah al Buruj ayat 14, melalui firman Allah yang bermaksud; "Celakalah kaum yang menggali parit...".

Akibatnya, saki baki pengikut Kristian yang ada mengadukan tragedi yang menimpa mereka itu kepada pemimpin-pemimpin atau Maharaja Rom supaya membalas perbuatan Yahudi itu. Sekali lagi bala tentera dari Habsyah yang terdiri daripada hampir 70,000 armada lautnya menyerang Yaman buat kali kedua. Akhirnya mereka menawan wilayah itu pada tahun 525 (SM).

Raja Najashi (Habsyah) meletakkan Ariyat sebagai pemerintah Yaman sehinggalah beliau berjaya dibunuh oleh Abrahah, yang merupakan salah seorang dari panglima perangnya.

Abrahah yang kemudiannya mendapat perkenan daripada Raja Najashi kemudiannya membina bangunan yang hampir serupa seperti Kaabah. Ia bagi mengalihkan tumpuan orang ramai ke Kaabah di Kota Mekah kepada binaannya itu. Namun usahanya gagal kerana penduduk Arab tetap tidak berganjak dari tumpuan yang mereka berikan kepada Kaabah.

Ini menyebabkan Abrahah mengepalai bala tentera yang besar, iaitu terdiri dari tentera bergajah (Ashabul Fil - Angkatan Bergajah) untuk menyerang Kota Mekah. Peristiwa ini seperti yang diketahui umum, Abrahah bukan sahaja gagal menawan malah kalah dengan teruk.

Selain Hasbyah, pengaruh Kristian turut datangnya dari Mesir dan Syria (Syam) ke Tanah Arab.

Namun seperti yang diceritakan kisah sepupu Siti Khadijah Khuwailid (isteri Rasulullah) iaitu Waraqah Bin Naufal. Dia memeluk Kristian dan menjadi seorang Kristian yang terpelajar. Beliau yang mengesahkan mengenai kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagaimana beliau temui dalam Kitab Injil.

Walaupun dia adalah saudara dan penasihat rohani Nabi Muhammad, dia tidak pernah memeluk agama Islam. Selepas kematiannya, Nabi Muhammad dikatakan telah bermimpi melihat Waraqah berpakaian putih dan mengambilnya sebagai tanda Waraqah selamat di syurga.

Dalam masa yang singkat, iaitu di zaman pra-Islam itu, tidak dinafikan Kristian berjaya menjadi agama utama di Timur Tengah. Namun dikatakan ajarannya telah dipenuhi ajaran yang diperbaharui mengikut kepentingan pemimpin agama dan pengikutnya. Ini yang telah melahirkan kelompok-kelompok Kristian yang saling bertentangan antara satu sama lain, iaitu Katolik (Ortodoks), Anglican, Methodist dan Protestan.

Ramai yang keliru tentang fahaman Kristian yang benar terutamanya mereka yang tidak berpeluang membaca Al-kitab (gabungan kitab Taurat, Mazmur dan Injil) untuk mengkaji isu-isu yang diperdebatkan

Ikuti bagaimana Yahudi melebarkan pengaruhnya sehingga terdapat banyak kabilah di Tanah Arab yang memeluk Yahudi. Adakah benar mereka Yahudi sedangkan agama itu merupakan agama bangsa (Bani Israel).

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

Politik wang : Ali Rustam dan Khairy wajib letak jawatan sebagai Wakil Rakyat!

Dikirim pada Mac 17, 2009
oleh : Herman Samsudeen

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) mendesak agar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat serta semua jawatan mereka dalam Kerajaan.

Dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Ali Rustam dan Khairy didapati bersalah kerana terlibat dengan politik wang bagi tujuan merebut jawatan sempena Perhimpunan Agung Pemilihan Umno tahun ini.

Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan dan Khairy pula hanya diberikan amaran dan masih boleh bertanding.

Walaupun ianya hanya melibatkan perwakilan Umno dan dalam organisasi Umno, mereka wajib letak jawatan dan melepaskan semua jawatan yang disandang sekarang dalam Kerajaan.

Ini selaras dengan tindakan Tan Sri Mohd. Isa Samad yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan Politik wang dalam pemilihan Umno 2004.

Politik wang adalah bahasa yang digunakan dalam Umno tapi rakyat secara keseluruhannya melihatnya sebagai rasuah. Walaupun ia dilakukan sesama ahli Umno tetapi ia juga tertakluk dibawah undang-undang negara kerana dilakukan dalam negara ini dan sekaligus menunjukan perlakuan jenayah yang wajib dibanteras.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib bertindak dan mendakwa mereka dimahkamah kerana perbuatan mereka itu adalah satu jenayah.

Umno mempunyai Lembaga Disiplin untuk menghukum dan mendidik ahlinya, tapi mereka juga perlu patuh pada undang-undang yang lebih tinggi dari Perlembagaan dan Peraturan Disiplin Umno. Selagi perbuatan itu dianggap jenayah maka tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan dibawah kuasa SPRM wajib dilaksanakan.

SPRM tidak boleh menutup mata dan melihat itu sebagai isu dalaman Umno kerana rasuah tetap rasuah walaupun ia dilakukan sesama ahli parti sama seperti apa yang dilakukan oleh SPRM dalam pendakwaan Ketua Pemuda Umno Wilayah, Datuk Norza Zakaria yang dituduh terlibat politik wang.

Pemudawilayah juga melihat bahawa tindakan mereka itu tidak sesuai dengan taraf mereka sebagai wakil rakyat dan pemimpin dalam Kerajaan kerana jenayah itu dilakukan ketika mereka memegang amanah rakyat. Jika dalam pemilihan parti pun mereka boleh berlaku curang dan tidak amanah, apakah jaminan bahawa mereka boleh menunaikan amanah rakyat melalui jawatan yang disandang sekarang tanpa sebarang penyelewengan.

Oleh itu mereka wajib meletakkan semua jawatan yang disandang untuk memberikan laluan buat rakyat memilih pemimpin yang lebih bersih dari mereka.

Pemudawilayah bertegas untuk mendesak mereka letak jawatan. Sekiranya mereka enggan, Perdana Menteri wajib memecat mereka bagi menjaga nama baik kepimpinan negara ini.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

UMNO masih UMNO

Oleh : Tok Iskandar
Email : Topeng perak

Tok baru je tengok berita panas hari ni. Ali Rustam tak boleh bertanding Timbalan Presiden UMNO. Bermakna peluang Muhyiddin untuk menang kerusi nombor 2 dalam UMNO makin cerah kerana Mat Taib bukanlah tandingannya.

Spekulasi tentang cantas-mencantas sedang berlaku dalam UMNO antara kem Najib dengan Pak Lah tok tak nak ulas.

Tok heran macamana Khairi dan Ali Rustam yang melakukan kesalahan yang serupa tapi Khairi kena amaran tapi Ali Rustam dikenakan hukuman tak boleh bertanding. Paling pelik dulu Isa Samad kena gantung beberapa tahun kerana politik wang. Norza Zakaria yang dihadapkan ke mahkamah tidak pula digantung oleh jawatankuasa tatatertib UMNO.Begitu juga dengan Azalina Othman Said yang sedang disiasat SPRM.

Khalayak ramai semakin keliru dengan UMNO yang tengah bergolak sakan sekarang.Eloklah kita sediakan sebanyak mungkin borang PAS, PKR dan DAP di Melaka. Mana tahu ramai yang nak join.

Ali Rustam dulu pernah melarang kakitangan awam negeri melawat Kelantan dan siapa sangka hayat politiknya berakhir begini.

Cuma tok nak rakan bloggers perhatikan tadi AJK Jawatankuasa Tatatertib UMNO, Hasfarizam Harun banyak buat statement. Mamat ni kan peguam bela menteri pasola di negeri pasir dua butir. siapakah gerangan mamat ni sampai begitu berpengaruh. Cuba kengkawan bloggers luangkan sikit masa siasat latar belakang mamat ni dan dedahkan kat blog masing-masing.

Tok juga nak ulas tentang kerajaan perpaduan dengan UMNO-BN. Eloklah kita dengar nasihat Tok Guru Nik Aziz yang serik untuk bergabung dengan UMNO-BN. Ramai yang meragui keikhlasan UMNO.

Kerajaan PAS di Perak ditumbangkan dan Nizar dimalukan.Kerajaan PAS di Terengganu pernah ditarik royalti minyaknya dan kerajaan PAS di kelantan selama 18 tahun diberikan bermacam-macam tekanan.

Buat apa kita menaiki kapal yang hampir karam. Jika benar-benar ikhlas, MP-MP UMNO patut keluar parti dan jadi bebas atau serta PAS ataupun PKR.Jika tidak,lupakan sahaja kerajaan gabungan dan kepada mana-mana pemimpin PAS yang berminat dengan idea sebegini, ingatlah Tok Guru Nik Aziz seorang MP PAS ketika PAS ditendang keluar BN.

Tok percaya majoriti ahli PAS akan bersetuju dengan pandangan Tok Guru Nik Aziz.

Plat Pokok Demokrasi Telah Dimusnahkan, Tapi Semangat Masih Disana

Ketika saya balik ke kampung tercinta saya, Perak pada minggu lepas,
kedengaran perbualan beberapa pihak mengenai krisis rampasan kuasa di Perak yang berlaku baru baru ini.

A : " Apa yang terjadi? Mesyuarat diadakan di bawah pokok? "
B : " Adakah mesyuarat bawah pokok ini diiktiraf? "
C : " Mesyuarat bawah pokok ini memalukan sahaja

Ya, mereka adalah segelintir masyarakat Perak yang berjaya dipengaruhi media utama,
segelintir masyarakat Perak ini, kita perlu lihat apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa krisis ini berlaku!

Beginilah ceritanya...

Kuasa Setiausaha DUN dikatakan lebih besar daripada Speaker DUN,
Setiausaha Kerajaan Negeri menguncikan bilik mesyuarat dan melarangkan mesyuarat dijalankan,Setiausaha Kerajaan Negeri memanggil pihak polis untuk mengawal bangunan,
FRU menghalang ADUN Perak daripada memasuki DUN Perak,Speaker berhak memanggil mesyuara DUN di mana saja,ADUN mengadakan mesyuarat di bawah pokok berdekatan dengan DUN Perak,Beginilah peistiwan DUN Bawah Pokok Demokrasi ini berlaku.

Untuk memperingati hari yang begitu bersejarah ini, ADUN Pakatan Rakyat telah meletakkan pingat bersejarah di bawah pokok yang dinamakan poko demokrasi tersebut,
Terdapat segelintir pihak yang sangat cerdik merasakan memusnahkan pingat supaya Rakyat Perak lupakan krisis ini akan mematahkan semangat Pakatan Rakyat untuk merampas semula Perak,kali pertama tak berjaya, kali kedua pula,

Anda semua ini telah memperbodohkan dan memperkecilkan semangat Rakyat Perak,
pingat ini cuma satu simbol demokrasi untuk Rakyat Perak,pingat demokrasi yang sebenar telah didirikan di dalam setiap hati kita, bukan begitu senang untuk dimusnahkan.

Sebenarnya saya amat bangga menjadi anak Perak kerana kita memiliki Majlis Perbandaran yang begitu efektif,ya, bawah pimpinan kerajaan baru, mereka sangat efektif sehingga menjalankan tugas kurang daripada 24 jam surat untuk memusnahkan pingat dikeluarkan,langkah ini dlihatkan sebagai mengambil hati kerajaan baru, tapi bagi saya mereka buat telah membawa lebih masalah kepada kerajaan baru.

ADUN Pakatan Rakyat harus berterima kasih kepada MBI ini kerana berjaya menghangatkan semula pokok demokrasi ini sebelum pilihan raya kecil 3B (Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bantang Ai) ini,

Bagi pihak Barisan Nasional, mereka seharusnya menyokong atau membantah?
menyokong - tindakan ini bertentangan dengan suara rakyat Perak yang mahukan pilihan raya diadakan semula, selain itu, ia akan menjadikan rakyat lebih kasihan kepada Pakatan Rakyat yang terpaksa menyerahkan kuasa kepada BN.membantah - ini akan memalukan mereka diri sendiri kerana semua ini kerana BN.

maka samapai hari ini tiada pemimpin BN yang berani keluar memberikan pandangan mereka.

Sebenarnya, rakyat sudah bersuara pada 3 March 2008,Barisan Nasional sudah dengar mesejnya, ini telah diiktiraf oleh Perdana Menteri dan bakal Perdana Menteri,
tapi adakah mereka sedia untuk berubah? Krisis Perak telah memberikan mesej kepada kita bahawa perjalanan ke arah perubahan masihlah jauh,tapi saya ingin menasihati BN disini, kini anda semakin jauh daripada suara dan hati Rakyat,mungkin satu Bukit Gantang merupaka satu pilihan raya yang amat kecil bagi BN,apa yang penting bagi anda ialah pentadbiran seluruh Perak yang dikatakan perkara besar,namum jangan memperkecilkan kuasa Rakyat Perak,segala keputusan tunggulah sehingga pilihan raya akan datang.

Editor's Blog : http://gomalaysian.blogspot.com/(dengan sedikit ubahsuai oleh WMCI)

BERAPAKAH NILAI KESEDIHAN ANDA?

Oleh : Dr Fikrah

Manusia telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan perasaan sedih, pilu dan sebagainya yang menjadi rutin kehidupan seorang hamba. Tiada manusia yang sentiasa gembira sepanjang hayatnya. Ia adalah fitrah semulajadi manusia. Sekiranya kita melihat kepada Sirah Nabi Muhammad SAW, Baginda juga pernah bersedih, iaitu ketika kematian isterinya, Saidatina Khadijah, dan bapa saudaranya, Abu Thalib dalam satu-satu masa.

Tahun tersebut telah dinamakan “Tahun Kesedihan”, sehingga hari ini kita mengetahui tentang kisah tersebut. Hakikat yang perlu kita ambil di sini ialah bagaimanakah kita hendak menghilangkan kesedihan yang ada? Sekiranya kita melihat kepada sebab-sebab berlakunya kesedihan, seperti perpisahan, pergaduhan, kebencian dan sebagainya. Dan hakikat ini tidak boleh lari dari kehidupan seorang manusia.

Oleh itu, seseorang itu terpaksa berhadapan dengannya, dan mampu untuk mengawal kesedihan tersebut supaya tidak melampaui batasan. Bukankah Nabi SAW sendiri melarang umatnya daripada menangisi pemergian seseorang? Satu ketika, anak Baginda SAW meninggal dunia, lalu Nabi SAW menitiskan air mata kerana pemergiannya. Lalu sahabat Baginda SAW bertanya, bukankah engkau melarang daripada menangisi kematian? Baginda SAW menerangkan bahawa itulah perasaan manusia, tetapi hendaklah dikawal supaya tidak melampau, dengan meraung, menyakitkan badan dan sebagainya.

Kadangkala kita merasa sedih disebabkan ujian yang menimpa kita. Ujian tersebut diuji oleh Allah SWT untuk melihat kekuatan dan kesabaran kita di dalam menghadapi ujian tersebut. Semakin dekat seseorang itu dengan Allah SWT, semakin tinggilah ujiannya. Antara ujian tersebut ialah kesedihan. Ketika Nabi SAW berada di dalam Gua Thur bersama Saidina Abu Bakar, Baginda telah menyatakan kepada beliau, “janganlah bersedih, Allah bersama kita”.

Bagaimanakah pula kita hari ini? Kita sering diuji dengan kesedihan, tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, berapakah besarnya nilai kesedihan tersebut? Atau berapa mahalkah nilai benda yang disedihkan itu? Atau kenapa perlu aku bersedih, bukankah Allah SWT bersamaku? Atau, kenapakah perlu aku bersedih sekiranya diuji, sepatutnya aku gembira kerana berada hampir denganNya.

Oleh itu marilah kita fikir sejenak. Manusia hari ini sedih disebabkan kehilangan sesuatu benda yang disayangi. Sekiranya kehilangan seseorang di dalam hidup, mengapakah kita bersedih sedangkan kita sendiri sudah tahu bahawa setiap jiwa pasti akan pergi? Sekiranya seseorang itu bersedih kerana diuji dengan ujian yang besar, mengapakah kita bersedih sedangkan ujian tersebut adalah tanda hampirnya kita dengan Allah?

Sekiranya kita bersedih kerana putus cinta, mengapakah kita bersedih sedangkan cinta yang sebenar milik Allah? Bukankah Dialah yang menjodohkan seseorang? Sekiranya sudah ditetapkan jodoh seseorang, maka tidak perlulah disedihkan kerana sudah pasti cinta itu tiada pada orang yang memutuskan cinta tersebut. Maka, apa lagi yang perlu disedihkan?

Salam Perjuangan,

Kenapa Pas tenang melihat muqabalah Anwar-Abdullah?

oleh : Herman Samsudeen

Di penghujung Usrah Pemuda Titiwangsa malam tadi ada sahabat yang membangkitkan soal kenapa pimpinan Pas begitu tenang melihat muqabalah Anwar-Abdullah yang berlangsung pada 10 Mac lepas di di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Ini berbeza dengan respon yang diterima oleh pemimpin Pas dari kebanyakkan rakan Pakatan setelah isu Muqabalah Pas-Umno hangat diperdebatkan.

Anwar dalam kenyataan menafikan bahawa ada sebarang rundingan tengahari itu, begitu juga Abdullah yang turut menolak untuk menceritakan isi perbincangan mereka sepanjang berada di madrasah itu.

Walaubagaimana pun MSO ada menceritakan sedikit bagaimana pertemuan yang dikatakan tidak dirancang itu berlaku. Beliau menceritakan bahawa Abdullah sampai dulu dan kemudiannya diikuti Anwar dimana kedua-duanya terus dibawa masuk ke rumah Tuan Guru Sheikh Mahmud dan makan tengahari.

Dalam satu ceramah, Ust. Badrul Amin yang turut berada ditempat kejadian mengesahkan hal ini dan turut menyatakan bahawa dalam satu ketika Anwar dan Abdullah ada dipanggil oleh Sheikh Mahmud untuk masuk ke dalam sebuah bilik dirumah itu dan berbincang sesuatu. Walaubagaimana pun, tiada siapa yang tahu isi perbincangan itu melainkan mereka bertiga dan Allah sahaja.

Ramai orang melihat pertemuan itu satu kebetulan, malah Anwar mengakui bahawa turut sama berada di madrasah hari itu adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin. Mereka datang untuk memberikan ucapan berkaitan dengan isu-isu keamanan dan perpaduan.

Cuma pelik sedikit kerana kenapa Sheikh Mahmud memanggil Anwar dan Abdullah berbincang dalam bilik. Dan kenapa selepas solat Zohor, hanya Abdullah sahaja diberikan peluang berucap? Jika VIP lain yang dijemput turut dibenarkan berucap sebelum itu, kenapa Anwar tidak diberikan peluang itu? Kenapa Sami Buddha dari Thailand mendapat keutamaan untuk sampaikan ucapan berbanding Anwar? Adakah benar Anwar dijemput hanya sekadar untuk meramaikan majlis dan makan tengahari sahaja?

Kenapa Anwar perlu buang masanya disitu jika tiada hal yang penting walhal pada hari itu beliau ada agenda penting dalam Persidangan Parlimen?

Yang peliknya, kenapa Abdullah yang dijadualkan merasmikan program sambutan maulidur Rasul di madrasah itu pada hari keesokkannya datang sehari lebih awal dan bertembung dengan Anwar? Adakah Abdullah ada datang pada hari keesokkannya untuk rasmikan majlis itu?

Nampak seolah-olah pertemuan itu sudah diatur dan mereka berdua kena naik terus ke rumah sebaik sahaja tiba. Sama ada ada Anwar dan Abdullah terlibat dalam komplot pertemuan yang tidak ‘dirancang’ ini atau tidak, saya tidak pasti. Namun Seperti yang dikatakan oleh pemimpin PKR, Ust Badrul Amin, bahawa mereka ada berbincang sesuatu, maka pastilah ada sesuatu yang dibincangkan.

Adakah ianya soal kerjasama PKR atau Pakatan dengan Umno-BN. Atau adakah ianya satu detik penyatuan pemimpin melayu-Anwar dan Abdullah untuk kepentingan bersama sekaligus menghalang Najib jadi PM? Siapa pun tidak tahu. Anda tidak tahu, saya pun tidak tahu.

Kenapa Pemimpin Pas tenang sahaja?

Itu persoalan rakan Usrah saya. Soal muqabalah atau pertemuan yang tidak ‘dirancang’ ini bukanlah persoalan yang seharusnya menserabutkan akal pemikiran kita. Bagi saya, biarlah kalau Anwar nak jumpa Abdullah kat mana-mana sekalipun. Anwar nak jumpa Najib pun saya tak kisah. Buat apa nak kecoh. Itu hak mereka untuk bertemu dan berbincang secara baik tentang apa jua isu.

Namun begitu saya jelas dan faham akan tujuan soalan yang dilontarkan oleh sahabat itu. Apa yang beliau mahu adalah supaya pemimpin Pas komen, sama seperti pemimpin PKR dan lain-lainnya termasuk ahli Pas yang komen bila pertemuan sulit pemimpin Pas dan Umno selepas PRU-12 terbongkar. Sahabat itu mahu pemimpin Pas komen sama sepeti orang lain kritik kenapa Pas perlu bermuqabalah dengan Umno tahun lalu.

Ya! muqabalah. Ia idea Presiden Pas yang ditentang oleh ramai anggota Pakatan termasuklah kalangan segelintir pimpinan dan ahli Pas yang tak faham politik cara Islam. Secara peribadi, ketika Presiden keluarkan idea itu saya setuju dan begitu juga dengan pemimpin pemuda Pas Wilayah yang lain.

Kami setuju bila Presiden kata;

“Kita akan mengadakan muqabalah apabila perlu kerana ia turut memberi keuntungan kepada banyak orang, contohnya dalam isu Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang memberi keuntungan kepada Hindraf,”

Maka disitu ada satu garis panduan tentang tujuan dan matlamat muqabalah itu. Justeru itu, saat Anwar kantoi (ini bahasa rakyat marhaein), maka pemimpin Pas tenang. Pemimpin Pas langsung tak nak kata apa kerana itu adalah hak mutlak Anwar untuk bertemu dan berbincang, apalagi jika ada hasrat yang baik disitu.

Pemimpin Pas tak kata “Hah! sekarang Anwar bermuqabalah boleh pulak, bila Pas nak buat tak boleh sampai Pas dituduh khianati Pakatan kerana tak bincang dulu dengan rakan lain sebelum jumpa Umno”

Walaupun ada orang yang bermulut celupar pernah maki Pas dan Presiden kerana pertahankan isu muqabalah, tapi saat isu muqabalah muncul kembali pemimpin Pas tak nak komen apa kerana mereka lebih faham dari orang yang tak faham. Walaupun pertemuan Anwar-Abdullah tidak dimaklumkan pada rakan Pakatan yang lain, itu tidak menjadi isu kerana ikatan Pakatan tidak sama dengan BN. Setiap anggota Pakatan mempunyai hak ekslusifnya sendiri untuk bertemu dan bersahabat dengan mana-mana pemimpin dan parti.

Maka dalam hal ini, benarlah tindakan dan pandangan Presiden Pas sebelum ini dalam isu muqabalah. Kita tidak seharusnya menutup ruang untuk bertemu dengan Umno atau parti komponen BN yang lain. Sekiranya ada isu yang kita boleh duduk bincang dan cari jalan penyelesaian bersama kenapa kita perlu tolak amalan muqabalah. Bukan Pas atau Anwar sahaja boleh bermuqabalah dengan Umno, Lim Kit Siang, Karpal atau mana-mana pimpinan Dap pun boleh. Masing-masing ada pandangan dan cara, tapi kepentingan rakyat perlu diambil kira dalam bermuqabalah.

Dalam apa jua isu, Hormati pandangan Presiden Pas

Oleh itu, saya melihat dalam hal ini. Kebijaksanaan Presiden Pas dalam mentafsirkan kepentingan dan keperluan sesuatu itu begitu jauh kehadapan. Malah beliau telah membuktikan bahawa apa yang beliau lakukan itu bukan untuk kepentingan peribadi dan parti, tapi lebih kepada kepentingan semua pihak.

Oleh itu, gagasan pemikiran beliau perlu disambut oleh segenap lapisan pemimpin dan dibahaskan secara positif dan bukannya menolak dengan gaya pemikiran ortodoks yang konservatif.

Banyak juga isu yang menarik perhatian seperti isu negara Islam, Hadharah Islamiah, Negara Berkebajikan dan terkini isu Unity Goverment yang dilhamkan oleh Presiden masih gagal dihayati dan dikembangkan oleh kebanyakkan pimpinan dan ahli akar umbi. Seharusnya buah-buah pemikiran beliau dibengkelkan dan diseminarkan bagi mendapatkan pandangan yang lebih jitu.

Apa jua yang keluar dari kotak pemikiran beliau wajar diambil untuk difikirkan bukannya ditentang secara membuta tuli. Malah pandangan beliau tidak pernah berbeza dengan mursyidul Am. Telitilah setiap kenyataan yang melibatkan isu-isu panas yang mereka komen, pasti ada persamaannya walaupun mulanya nampak berbeza.

Sejarah dalam Umno, Ali Rustam dilucut hak tanding

Mohd. Ali Rustam yang dilucutkan hak bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno - pemimpin yang pertama dalam sejarah parti itu dikenakan tindakan sedemikian - akan kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.Dia didapati terlibat dengan rasuah dalam kempen jawatan yang ditandinginya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mohd. Ali, calon kedua terbanyak menerima pencalonan iaitu 48 setakat November lalu, hanya tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan Umno, tetapi kekal Ketua Menteri Melaka.

Sementara itu, Mohd Ali ketika ditemui pada majlis memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan parti di Ipoh petang tadi enggan memberikan ulasan lanjut berhubung perkara tersebut.

Mohd. Ali yang merupakan salah seorang Naib Presiden Umno bertanding buat julung kali merebut jawatan Timbalan Presiden.

Beliau dipilih sebagai Naib Presiden buat kali pertama pada 2004 dan menjadi Ketua Menteri Melaka sejak 1999.

Pagi tadi Mohd. Ali menemui Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Istana Melaka, Bukit Beruang.
mstar.

Setahun sudah berlalu.

Hari ini 17 Mac 2009 mengimbau 17 Mac 2008 yang lepas di mana tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Perak pakatan Rakyat disahkan dengan majlis angkat sumpah YAB Menteri Besar Ke 10 dari Pakatan Rakyat, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin.

Suasana pada 6 Februari 2009 yang menyaksikan Rampasan kuasa telah sampai ke kemuncaknya apabila berlangsungnya majlis angkat sumpah MB Kudeta di Istana Kuala Kangsar bersama dengan tragedi Kuala Kangsar yang menampakkan gelombang rasa tidak puas hati rakyat dengan peristiwa itu.

Sesudah itu semua ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat yang seincipun tidak berganjak dari menyokong YAB DS.Nizar sebagai Menteri Besar yang sah @ halal di Negeri Perak.

Kekadang timbul pertanyaan dari hati kecil ini sebagaimana orang lain juga bertanya, kenapakah sampai ketahap itu sokongan kepada YAB Nizar . Jawapannya mudah dan ringkas, kerana kami yakin dialah MB yang masih sah dan berada dihati rakyat jelata keseluruhannya.

Kalau orang takutkan kezaliman Yazid bin Muawiyah, selepas peristiwa karbala, namun dihati kecil masyarakat Islam di zaman itu, mereka masih bersama dengan pengikut syaidina Hassan dan Hussin., cucu Baginda Rasulullah.

Demikianlah apa yang saya yakini sehingga ulang tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah Perak pada hari. Kuasa kami masih dihati rakyat dan akan segera diterjemahkan di Bukit Gantang dan seterusnya bermula ini saya istiharkan gelobang kedua Tsunami politik Malaysia akan terus memastikan UMNO dan BN akan dibumi hanguskan dari pentas politik Malaysia dan Perak.

Selamat Ulang tahun Ds. Nizar dan PR Perak.

Perang poster di Bukit Gantang hangat

TAIPING, 17 Mac : - Perang poster sedang hangat berlangsung di antara PAS dan Umno-BN sempena menjelangnya hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen P-59 Bukit Gantang pada 29, Mac ini.

Pakatan Rakyat yang meletakkan wakil PAS sebagai calon menentang Barisan Nasional awal-awal lagi telah memulakan perang poster untuk menampakkan siapa hebat dan kuat di sepanjang Jalan Taiping-Kuala Kangsar sekitar pekan Bukit Gantang, Changkat Ibol serta Changkat Jering dekat sini.

Umno-BN telah menamakan calon mereka di Parlimen Bukit Gantang iaitu anak tempatan Ismail Saffian manakala calon dari PAS difahamkan akan diumumkan pada 28, Mac ini.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong setelah penyandangnya, Allahyarham Roslan Shahrum dari PAS meninggal dunia akibat serangan jantung Februari lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, Roslan berjaya dapat undi sebanyak 20,015 mengalahkan calon BN Abdul Azim Mohd Zabidi 18,449 undi.

Dalam tinjauan Harakahdaily semalam, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan pada Pilihan Raya Parlimen Bukit Gantang ini Pakatan Rakyat akan memastikan kemenangan memihak kepada calon PAkatan Rakyat.

"Kami tidak akan sia-siakan peluang keemasan yang telah berada di hadapan itu. Kami akan bermati-matian berusaha siang dan malam. PAS, KeADILan dan kerjasama DAP untuk menebus "kekalahan" Kerajaan Pakatan Rakyat yang dirampas secara kotor oleh Umno-BN baru-baru ini," katanya.

Tegas Ahmad, kemenangan PAS ini nanti adalah sebagai kayu pengukur menentukan suara rakyat sebenarnya berkehendakkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat dan bukan dengan cara jelek "melompat atau merangkak" parti. Harakahdaily.

3 pemimpin Pakatan Rakyat tarik diri dari jawatankuasa siasat pergaduhan di Parlimen

Tiga wakil Pakatan Rakyat dalam jawatankuasa siasatan, yang dibentuk untuk menyiasat insiden pergaduan di bangunan Parlimen berhubung isu Karpal Singh tiga minggu lalu, hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada menganggotai badan itu.

Mereka ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasa dan Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar.

Ketiga-tiga mereka dilantik minggu lalu.

Keputusan itu diumumkan tidak sampai dua jam selepas Karpal yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP dan menjadi tumpuan insiden tersebut, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini berhubung tuduhan mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan terhadap Sultan Perak.

Minggu lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, jawatankuasa khas itu yang menyiasat kes pergaduhan Pemuda Umno Selangor yang didakwa mengancam keselamatan Karpal sudah mengenal pasti saksi dan dalang yang mencetuskan kejadian tersebut.

Jawatankuasa itu turut dianggotai Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan Datuk Nancy Shukri (BN-Batang Sadong).

Pada 26 Februari lalu, Pandikar mengumumkan penubuhan jawatankuasa khusus bagi menyiasat tuduhan Karpal berikutan tindakan sekumpulan 15 ahli Pemuda Umno Selangor yang menghalang Pengerusi DAP itu memasuki bangunan Parlimen.

Mereka menuntut Karpal memohon maaf kerana mendakwa Pemuda Umno menghantar peluru kepadanya dan menggunakan perkataan 'celaka' terhadap mereka ketika berucap dalam Dewan Rakyat .

Kejadian mengakibatkan suasana tegang selama kira-kira 15 minit apabila berlaku cabar mencabar dan tolak menolak antara ahli Pemuda Umno dengan beberapa Ahli Parlimen daripada DAP termasuk anak Karpal, Gobind Singh Deo dari Puchong.

Selain itu, Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) dan R Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) mendakwa dikasari kumpulan Pemuda Umno itu apabila cuba membantu Karpal.Mstar.

Khairy bersalah, kenapa dibenar tanding ?

KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini didapati bersalah melanggar peraturan kempen pemilihan parti. Namun dia tetap dibenarkan bertanding, Inilah persoalan yang mungkin memeningkan kepala banyak pihak.

Beliau bagaimanapun hanya diberi amaran dan masih layak untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan minggu depan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini, sebentar tadi.

Katanya, Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda didapati bersalah di bawah Perkara 10.1, Tataetika Ahli Umno.

Dalam sidang media itu, beliau turut mengumumkan 14 lagi ahli Umno yang didapati bersalah termasuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali yang akan sepatutnya bertanding jawatan Timbalan Presiden bagaimanapun telah hilang kelayakan bertanding kerana didapati bersalah di bawah Perkara yang sama.

Ditanya sebab Khairy hanya dikenakan amaran manakala Mohd Ali hilang kelayakan bertanding sedangkan kesalahan mereka jatuh di bawah Perkara yang sama, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, jenis perlakuan kesalahan yang dilakukan mereka adalah berbeza.

"Mereka tidak ada kes yang sama. Apa yang dilakukan oleh ejen mereka juga berbeza.

"Contohnya antara rasuah makan-makan atau rasuah wang, sudah pasti kesalahan dan hukuman itu juga berbeza walaupun kes itu dalam Perkara Tataetika yang sama," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seorang lagi calon Ketua Pemuda iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.

Pertandingan bagi merebut Ketua Pemuda Umno pada 25 Mac ini membabitkan tiga calon termasuk Khairy, Dr Mohamad Khir dan Datuk Mukhriz Mahathir.Mstar.

Ali Rustam lucut kelayakan tanding Timbalan Presiden


KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati bersalah melanggar peraturan kempen pemilihan parti.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, persaingan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden yang sebelum ini melibatkan tiga penjuru kini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, Mohd Ali didapati bersalah mengikut Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.

Katanya, keputusan itu dibuat Lembaga Disiplin selepas mendapati Mohd Ali mempunyau kaitan dengan kesalahan politik yang dilakukan oleh ejen dan pelobi semasa proses pencalonan dan juga semasa berkempen.

"Beliau bersalah disebabkan ada sabit kesalahan, pekerja yang buat. Dia hanya disabitkan.

"Tiada kesalahan khusus atau terus yang dilakukan beliau," katanya.

Ditanya sama ada Mohd Ali digantung keahlian, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, pihaknya hanya melarang beliau daripada bertanding.

"Beliau hanya dilarang bertanding. Beliau masih lagi ahli Umno, masih lagi perwakilan dan masih layak bertanding," katanya.

Ditanya sama ada Mohd Ali boleh mengemukakan rayuan bagi membolehkan beliau bertanding, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, proses rayuan terpulang kepada individu berkenaan.

Katanya, kesalahan Mohd Ali banyak dipengaruhi oleh tindakan setiausaha politiknya, Saadun Basirun yang juga ahli Umno bahagian Bukit Katil.

Beliau berkata, Saadun turut didapati bersalah dan digantung keahlian selama tiga tahun.

Beliau berkata, sebanyak 29 kes disiasat oleh Lembaga Disiplin dan 15 daripadanya didapati bersalah.

Berikut adalah 13 lagi ahli-ahli Umno yang didapati bersalah.

Ahli-ahli yang digantung keahlian selama tiga tahun:

1. Rosli Hasan (AJK bahagian Bukit Katil)

2. Zalina Ismail (Naib Ketua Puteri bahagian Bukit Katil)

3. Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi (Ketua Pemuda bahagian Maran)

4. Datuk Japlin Akim (ahli bahagian Kota Belud)

5. Salmah Pin (ahli bahagian Bandar Tun Razak)

Ahli-ahli yang digantung keahlian selama setahun:

6. Datuk Mokhtar Samad (Ketua bahagian Bandar Tun Razak)

7. Datuk Manan Ismail (ahli bahagian Paya Besar)

8. Amran Mat (Timbalan Ketua Pemuda bahagian Kuala Krai)

9. Mohd Zuki Mohd Zain (Ketua Cawangan Gua Musang)

10. Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (Timbalan Ketua bahagian Paya Besar)

Ahli-ahli yang diberi amaran:

11. Mohd Zali Besar (AJK bahagian Paya Besar)

12. Mohd Shohaimi Jusoh (Naib Ketua bahagian Paya Besar)

13. Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda dan Ketua Pemuda Rembau).Mstar.