09 Disember 2011

MCA turut protes Lynas

(Gambar yang diambil dari video yang disiarkan blog pro Umno, Semaremas)

14 Muharram 1433H. [MOD] -

KUANTAN, 9 Dis: Walaupun kerajaan BN terus menafikan projek Lynas di Kuantan merbahaya kepada kesihatan, namun kerabatnya, MCA turut membantah projek itu.

Dalam satu bantahan yang dibuat terhadap Lynas, jelas Pemuda MCA Indera Mahkota turut menaikkan kain rentang mereka membantah projek itu.

Bantahan itu mendapat kejutan dari blog pro BN Umno dan mengecam tindakan MCA itu.

"Mengejutkan kerana klip video yang dimuatnaik di youtube pada 31hb Oktober 2011 jelas mempaparkan kain rentang MCA Youth Indera Mahkota dalam kempen anti Lynas yang berada dalam kawasan Parlimen Indera Mahkota.

"Sewajarnya sebarang protes sedemikian disalurkan melalui saluran Barisan Nasional dan bukannya menyertai bersama dengan penganjur kempen tersebut yang jelas nyata adalah pihak Pakatan DAP PKR PAS.

"Kalau benda itu betul merbahaya kepada rakyat kita mampu memahami sentimen mereka.

"Namun pakar tempatan dan luar negara mengakui projek Lynas tidak merbahaya. Jadi apakah keperluannya turut serta dalam kempen yang tidak bermanafaat kepada rakyat dan turut menyokong fitnah kosong sahaja? Tindakan itu tidak betul. Sila perbetulkan," tulis blog Jas Salleh, Semaremas.

Harakahdaily/-

Dr M: Shahrizat harus tahu bila nak berundur

14 Muharram 1433H. [MOD] -

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan memoirnya "A Doctor in the House" versi e-book, Dr Mahathir berkata adalah lebih baik berhenti daripada dihalau.

Dengan memberi contoh persaraannya, Dr Mahathir berkata beliau mengambil keputusan untuk berhenti tanpa perlu menunggu orang lain memintanya berbuat demikian.

"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya berhenti".
 
"Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.

"Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi.

Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".

Malaysiakini/-

Persoalannya bukan sahaja letak jawatan namun yang lebih penting setiap mereka yang terlibat dengan penyelewengan dan rasuah mesti diseret ke muka pengadilan dan dihukum sesuai dengan undang-undang negara yang sedia ada.

6 aktivis SMM ditahan di Speakers Corner UiTM

13 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 9 Dis: Enam aktivis mahasiswa ditahan polis bantuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam malam tadi ketika mereka sedang mengadakan sesi penerangan di Speakers Corner di kampus itu.

Program yang pada mulanya aman tiba-tiba bertukar kecoh apabila berlaku provokasi melampau oleh mahasiswa pro-aspirasi sehingga memaksa polis bantuan kampus itu campur tangan dan menahan keenam-enam aktivis mahasiswa itu.

Kesemua yang ditahan adalah dua dari UiTM, dua dari Universiti Malaya (UM) dan dua orang lagi masing-masing dari Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Razab yang juga salah seorang yang ditahan berkata, kesemua mereka ditahan kira-kira jam 9.30 malam dan dibawa ke pejabat polis bantuan di UiTM Shah Alam.

Katanya, alasan penahanan mereka adalah kerana masuk ke kampus itu tanpa kebenaran, manakala dua pelajar UiTM itu pula ditahan kerana menyertai Speaker Corner yang tidak mendapat kelulusan pihak universiti.

"Bagi saya tindakan UiTM keterlaluan dan sangat terkebelakang berbanding kampus-kampus lain.

"UiTM juga tidak seiring dengan keterbukaan kerajaan yang mahu memberi kebebasan kepada mahasiswa," katanya.

Menurutnya lagi, kesemua yang ditahan kemudian dibebaskan kira-kira sejam kemudian selepas melalui soal siasat biasa.

Mereka juga diberi amaran agar tidak meneruskan program itu dan diiring keluar dari kampus tersebut sejurus selesai soal siasat tersebut.

HARAKAHDAILY/-

Guan Eng dan 2 timbalannya naik Scorpene hari ini

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Hanya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - akan dibenar menaiki kapal selam Scorpene hari ini.

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1Mereka telah dipelawa oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi untuk menyaksikan sendiri bahawa KD Tun Razak mampu menyelam.

Pembantu Lim - Lim Kim Fei dan pengawal peribadinya, Azmi Kechik - tidak dibenar mengiringi ketiga-tiga mereka.

Lim (kiri) dan dua timbalannya akan tiba di Lapangan Terbang Langkawi pada jam 1.30 tengahari dan pada jam 2 petang, sebuah helikopter akan menerbangkan mereka ke lokasinya.

Delegasi Lim dijangka kembali di Hotel Awana Porto Malai pada jam 4 petang.

military malaysia navy french built submarine scorpene classMereka kemudiannya akan menghadiri demonstrasi maritim dan
lawatan ke pameran statik kapal perang.

Sementara itu, wartawan yang membuat liputan, dibawa dalam perjalanan selama lima jam, ke sebuah kapal di perairan Kuala Perlis untuk menyaksikannya.

MALAYSIAKINI/-

Gerhana Bulan Penuh Sabtu ini – 10 Disember 2011

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas.

Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

HARIAN METRO/-

Mati jatuh pokok petai

13 Muharram 1433H. [MOD] -

ANGKAT...anggota polis mengangkat mangsa untuk dibedah siasat di Hospital Baling. Gambar kecil, Othman, maut

BALING: Tindakan seorang warga emas mencari petai untuk dijadikan ulam berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati dipercayai terjatuh dari pokok berkenaan, petang kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4 petang ketika mangsa, Othman Ismail, 68, memanjat pokok petai setinggi 10 meter itu di Kampung Sungai Batu, di sini.

Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh penduduk bersama beberapa ikat petai berhampiran pokok berkenaan.

Anak mangsa, Faridah Othman, 43, berkata, arwah menetap bersama dua adik lelakinya, Abd Razak, 40, dan Md Radzi, 29, di Kampung Banggol Wan Matt A, di sini, dikatakan keluar rumah kira-kira jam 3.30 petang.

Menurutnya, mereka tidak membenarkan mangsa keluar jauh dari rumah kerana dia tidak begitu sihat tetapi mereka tidak menyedari arwah berjalan sejauh kira-kira satu kilometer ke kampung berhampiran untuk memetik petai.

“Memang kami terkejut apabila dimaklumkan penduduk kampung berkenaan bahawa mereka menemui arwah terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah pokok petai bersama beberapa ikat petai di sebelahnya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, beberapa penduduk setempat terjumpa arwah terbaring di bawah pokok petai semasa mereka membersihkan kawasan berkenaan.

“Mereka mendapati arwah sudah meninggal dunia dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Baling untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Banggol Wan Matt, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, mangsa ditemui penduduk di bawah pokok petai kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Menurutnya, siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Harian Metro

Kereta dibedil pesawat Israel

13 Muharram 1433H. [MOD] -

DUA orang terbunuh apabila sebuah kereta terbakar akibat serangan udara Israel dipercayai dilakukan sebuah pesawat tanpa juruterbang di Bandar Gaza semalam.

GAZA, Palestin - Satu serangan udara Israel ke atas sebuah kereta di sebatang jalan yang sesak semalam menyebabkan sekurang-kurangnya dua pejuang Hamas terbunuh dan dua lagi cedera, kata tentera Israel dan beberapa pegawai perubatan tempatan.

Stesen radio Hamas mengenal pasti mangsa yang terkorban sebagai dua beradik yang menganggotai sayap bersenjata Hamas iaitu Essam Al-Batsh dan Sobhi Al-Batsh.

Beberapa pegawai Palestin menyatakan, serangan itu dipercayai dilakukan sebuah pesawat tanpa juruterbang.

Beratus-ratus penduduk Palestin mengerumuni kereta berkenaan yang diserang awal tengah hari semalam di sini.

Sementara itu, di ibu negara Israel, Tel Aviv, seorang jurucakap tentera rejim Zionis mengesahkan satu serangan udara telah dilancarkan.

Jurucakap berkenaan memberitahu, kedua-dua lelaki yang terbunuh telah merancang untuk menyerang penduduk awam dan askar Israel di kawasan sempadan Israel dengan Semenanjung Sinai, Mesir.

Hamas, sebuah kumpulan Islam yang menentang Israel memerintah Semenanjung Gaza sejak 2007. - Agensi

36 kereta RM29.55 juta dilelong

13 Muharram 1433H. [MOD] -

BEBERAPA pelancong kelmarin melihat sejumlah kereta vintaj yang dipamerkan untuk dilelong di Dewan Hortikultur Diraja di London. - AFP

LONDON - Sebanyak 36 buah kereta bernilai £6 juta pound (RM29.55 juta) dilelong di Dewan Hortikultur Diraja di London kelmarin.

Antara kereta yang dilelong itu termasuk sebuah Aston Martin yang dimiliki oleh bekas anggota kumpulan The Beetles, George Harrison. - AFP

DAP cadang 6 langkah banteras rasuah

13 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Dis: DAP mencadangkan kerajaan melaksanakan enam perkara untuk membersihkan nama negara dari kancah rasuah yang berpanjangan termasuk mengharamkan semua parti politik terlibat dengan perniagaan.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mencadangkan enam pendekatan itu sempena dengan sambutan hari Anti-Rasuah Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disambut 9 Disember hari ini.

Enam langkah ini perlu dibuat bagi menghentikan kebimbangan Transparency International yang sangat bimbang dengan integriti pihak polis serta dapat membersihkan malaysia daripada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

Prestasi Malaysia telah merosot dalam laporan terkini Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International 2011, di mana negara telah jatuh 4 anak lagi ke tangga 60 berbanding dengan tangga ke-56 daripada 178 negara tahun lepas.

CPI 2011 Malaysia telah menurun untuk tahun ketiga berturut-turut kepada 4.3 tahun ini dan tangga ke-60, berbanding tangga ke-37 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2033.

Malah Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali telah menyatakan bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana “elemen-elemen kerajaan” yang memudahkan “rasuah besar” masih lagi berleluasa.

Bagi Lim Guan Eng (gambar kanan) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu, dakwaan yang berat daripada TI ini menjelaskan sedikit sebanyak serangan Umno yang penuh fitnah, kebencian dan maki hamun terhadap DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Tidak pula ada kritikan mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah mendedahkan jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion.

Tidak pula disebut tentang skandal lembu dan kondo, di mana RM250 juta yang sepatutnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk pembelian kondo mewah, dan bagaimana duit itu boleh diberi dua tahun sebelum perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak, katanya.

Yang lebih teruknya, kata beliau, kaji selidik TI ke atas 1,000 orang responden juga mendapati bahawa pihak polis dan parti-parti politik dilihat sebagai institusi-institusi yang paling korup dalam negara.

Juga dilaporkan bahawa kebanyakan warga Malaysia percaya tahap rasuah tidak akan berubah dalam masa tiga tahun akan datang.

"Oleh itu, DAP mencadangkan 6 langkah-langkah integriti untuk menambahbaikkan kedudukan anti-rasuah kita dengan menghentikan politik wang dan membanteras rasuah dalam polis," katanya.

6 cadangan

Pertama, parti-parti politik harus diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan.

Bagaimana politik boleh bercampur dengan perniagaan, apabila politik itu bertujuan untuk menjaga kepentingan awam manakala tujuan perniagaan adalah untuk keuntungan peribadi?

"Contoh parti politik yang telah menjadi kaya melalui perniagaan boleh dilihat dalam kes MCA yang sekarang berupaya untuk memberi wang kepada ahli-ahlinya setiap tahun," kata beliau.

Kedua, pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni.

Sistem tender terbuka akan memastikan kontrak yang tidak adil di mana Penjana Elektrik Bebas (IPP) dan syarikat-syarikat pengendali tol tidak akan mendapat keuntungan luarbiasa sebanyak berpuluhan ribu bilion ringgit sementara 27 juta rakyat dibebankan.

Kerugian RM5 bilion dalam skandal Perwaja, skandal Port Klang Free Trade Zone dan skandal saham bumiputra RM52 bilion kesemuanya berjumlah lebih daripada USD 100 bilion, iaitu jangkaan kerugian rakyat Malaysia akibat daripada penyelewengan dan rasuah.

Ketiga, hak untuk maklumat tidak sulit hendaklah dilindungi di bawah Akta Maklumat Bebas untuk memastikan ketelusan.

Keempat, semua penjawat awam yang memegang amanah awam hendaklah membuat pengisytiharan aset mereka.

Kelima, 125 cadangan oleh Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM 2005 hendaklah dilaksanakan tanpa apa-apa syarat, terutama sekali penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
IPCMC ini bertujuan untuk mengurangkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa polis.
Kegagalan untuk menubuhkan IPCMC hanya menunjukkan ketidak sanggupan Kerajaan BN untuk menangani persepsi negatif awam tentang polis, tambah beliau.

Terakhir, kata beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah dihukum untuk kegagalannya untuk bertindak atau menuntut tindakan daripada pihak berkuasa ke atas rasuah pilihan raya, terutama sekali kegagalannya untuk mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengenakan had perbelanjaan pilihan raya sebanyak RM200,000 untuk kawasan parlimen dan RM100,000 untuk kawasan dewan undangan negeri.

Pelanggaran peraturan ini berlaku secara terang-terangan sampai SPR sendiri telah mengaku bahawa RM110 juta telah dibelanjakan untuk poster pilihan raya sahaja dalam Pilihan Raya Umum 2004, kata beliau.

Dengan 219 kawasan parlimen dan 445 kawasan DUN yang ditandingi dalam PRU 2004, had perbelanjaan pilihan raya sepatutnya RM88.3 juta, katanya.

Adalah amat jelas bahawa hanya BN sahaja yang dapat membelanjakan sebanyak RM110 juta untuk poster pilihan raya dalam PRU tersebut. Meskipun demikian, tiada sebarang tindakan yang telah diambil oleh SPR, tambah Lim Guan Eng lagi.

"6 langkah-langkah integriti ini boleh memulakan proses pembersihan Malaysia daripada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

"Langkah-langkah asas seperti menghukum mereka yang mengamalkan rasuah, mengurangkan peluang rasuah, melaksanakan sistem integriti kebangsaan melalui undang-undang dan institusi-institusi yang sesuai adalah antara langkah-langkah yang dapat mengembalikan kuasa kepada rakyat," tegasnya.

HARAKAHDAILY/-

Hospital Melaka kurang ubat

13 Muharram 1433H. [MOD] -

MELAKA – Jarang kedengaran tetapi ia benar-benar berlaku apabila Hospital Melaka (HM) menghadapi masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan bagi keperluan pesakit sejak September lalu.

Akibatnya, pengurusan HM terpaksa menggunakan ubat alternatif selain terpaksa mendapatkan ubat dari Hospital Muar di Johor, hospital di Negeri Sembilan dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk memenuhi keperluan harian.

Bagaimanapun media tidak dimaklumkan mengenai jenis-jenis ubat yang mengalami kekurangan bekalan tersebut atas alasan maklumat adalah sulit.

Namun difahamkan ubat-ubatan yang kurang itu kebanyakannya bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi.

Kosmo

Pensyarah akui tanpa Utusan Umno sudah tiada

13 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 9 Dis: Seorang pensyarah Sains Politik UKM mengakui tanpa media seperti Utusan Malaysia dan saluran televisyen milik kerajaan, Umno sudah lama kehilangan kuasa.

Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berasal dari Tanah Merah yang dilihat lebih cenderong berhujah menyokong Umno dan kerajaan pusat mengakui kuasa dimiliki Umno sekarang kerana ada bantuan media arus perdana.

Katanya, hujah yang dilontar seorang penonton tadi sememangnya benar dan tidak dapat dinafikan lagi.

”Tanpa Utusan, RTM dan media lain lagi Umno sudah lama tiada,” katanya ketika menjawab soalan seorang penonton pada Wacana Perdana siri ke-8 anjuran kerajaan negeri di Balai Islam malam tadi.

Panelis lain Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari UM.

Manakala Datuk Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff bertindak sebagai moderator. Kehangatan dirasakan sepanjang wacana tersebut berlangsung.

HAERAKAHDAILY/-

Lelaki bakar diri dekat istana Presiden

13 Muharram 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Seorang lelaki berada dalam keadaan kritikal dengan 95 peratus badannya melecur selepas dia dikatakan membakar dirinya sendiri, menurut polis, semalam.

Media tempatan melaporkan, lelaki berusia 40-an, menuang petrol ke badannya dan membakar dirinya, tidak jauh dari Istana Negeri sebelum berlari ke arah papan iklan yang memaparkan gambar Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Jurucakap polis, Baharudin Djafar mengesahkan kejadian itu. Katanya, siasatan sedang dijalankan.

“Dia membakar dirinya dan anggota polis menyelamatkannya. Keadaannya kritikal dengan 95 peratus badannya melecur,” katanya.

“Kami akan menyiasat identitinya. Kami tidak tahu kenapa dia berbuat demikian dan kami tiada saksi,” tambahnya lagi.

Seorang doktor berkata, lelaki itu menjerit kata-kata antikerajaan, tetapi Baharudin menolak spekulasi yang mengatakan lelaki itu memprotes kerajaan dan Presiden.

“Buat masa ini kami tidak jumpa kaitannya,” katanya.

Penasihat Presiden, Daniel Sparingga berkata, Susilo telah diberitahu mengenai kejadian itu dan telah ‘melahirkan rasa simpati dan bimbang’.

“Buat masa sekarang, fokus kami adalah menyelamatkan nyawanya. Setiap yang bernyawa itu adalah rahmat dari Tuhan.”

“Kami kesal dengan perbuatan itu dan harap ia tidak berulang,” katanya.

Tunjuk perasaan adalah perkara biasa di Indonesia tetapi perbuatan mengorban diri sendiri adalah perkara baru dalam negara demokrasi ketiga terbesar dunia, dengan 240 orang penduduk.

Populariti Presiden Susilo semakin jatuh walaupun pertumbuhan ekonomi kukuh, berikutan masalah rasuah dan ketidakcekapan yang semakin berleluasa di negara itu. - AFP

PAS: Rampas kondo NFC, kereta dan tanah

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan Persekutuan digesa merampas aset termasuk kondominium, kereta mewah dan tanah di Putrajaya yang "tiada kaitan" dengan perniagaan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

NONENaib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, tindakan tersebut sekurang-kurangnya boleh membantu kerajaan "mendapat semula sebahagian wang yang telah diluluskan tetapi telah digunakan untuk tujuan yang tidak bersangkutan".

"Dalam keadaan seperti ini, kerajaan seharusnya bertindak cepat untuk menyelamatkan semaksimum mungkin jumlah wang yang telah diluluskan itu.

"RM250 juta wang rakyat ternyata sebahagiannya telah digunakan di luar skop pemberian/pinjaman ini diluluskan... Ia dengan itu, juga adalah satu pecah amanah," katanya dalam satu kenyataan.

Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan, turut menggesa aset yang diletakkan atas nama persendirian atau syarikat persendirian oleh NFC juga harus segera diarahkan untuk diserahkan kepada kerajaan.

Husam turut menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwanya berdiam diri "seakan menunjukkan skandal sebesar ini tidak menjadi keutamaan kepada beliau".

Bahkan tegasnya laporan ketua audit negara dan pendedahan ekoran dari itu sepatutnya sudah cukup untuk Najib bertindak terhadap semua pihak terlibat.

MALAYSIAKINI/-

Guru jadi tikus puteh kerajaan BN

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) ingin menyatakan rasa simpati yang amat mendalam terhadap situasi terkini yang dihadapi oleh para guru dan bakal guru di negara ini.

Pelbagai masalah dan kerenah melanda Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menular menjangkiti sektor pendidikan negara kita.

DPPNK menuntut Kerajaan menyelesaikan dengan segera beberapa kemelut yang berlaku.

Pertama. Isu penghinaan kepada mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Pendidikan dan di fakulti-fakulti pendidikan.

Menteri Pelajaran dilaporkan telah membuat kenyataan yang menghiris hati mahasiswa dengan mengatakan mahasiswa perlu mencari kerja lain berikutan tiada kekosongan jawatan. Ia telah membawa kepada perhimpunan aman yang telah dianjurkan di Universiti Perguruan Sultan Idris yang dihadiri oleh ribuan mahasiswa.

Kedua. Kementerian perlu menyatakan kesahihan dakwaan yang mengatakan berlaku kelewatan penempatan sehingga 7 bulan. Graduan ISMP seolah-olah dipermainkan dan diperbodohkan oleh KPM.

Persoalan yang timbul ialah apakah ia berpunca daripada tiada perjawatan ataupun kerajaan tidak mempunyai dana untuk membayar gaji pegawai pendidikan.

Apa tidaknya, dari bulan ke bulan menanti hingga sekarang borang online masih belum ada bayangnya. KPM hanya menjawab sila semak laman web KPM dari semasa ke semasa.

Ketiga. Menteri Kewangan membuat pengumuman umur persaraan dinaikkan daripada 58 ke 60 tahun lewat bajet 2012. Apakah kesan pertama dirasai oleh sektor pendidikan? Berlakunya pembekuan kenaikan pangkat dan pengambilan kakitangan baru seperti yang dibahaskan oleh saya yang dinafikan oleh menteri rupanya terjawab. Ia tetap melibatkan guru.

Keempat. Pengumuman dan kenyataan bersimpang siur KPM juga mengecewakan graduan. Termasuklah maklumat yang mengatakan graduan tidak perlu lagi mengisi borang. Tunggu sahaja dan mereka akan terus dipanggil temuduga. Termasuk juga persoalan pihak manakah yang sebenarnya menguruskan penempatan guru. KPM atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang menguruskan penempatan guru.

Kelima. Polisi KPM membingungkan. Bagi pengambilan 2007, berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia pengambilan dua kali mahasiswa untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Tanpa perlu mengikut proses biasa; tidak perlu mengisi borang UPU, tanpa ujian kelayakan guru dan ujian sakhsiah. Hanya dengan borang yang disediakan KPM mereka terus bergelar mahasiswa dengan alasan unjuran KPM kekurangan guru untuk 2011. 80 000 dilaporkan memohon, 5000 dipilih. Akhirnya mereka diminta mencari kerja lain!

Keenam. Kenyataan terbaru berkenaan 5000 graduan sudah ditemuduga juga dilihat amat mengelirukan. Bangunnya ramai graduan ISMP yang mempertikaikan kenyataan beliau. Apa sudah jadi wahai KPM dan Timbalan Menteri. Janganlah buat kenyataan yang bertentangan dengan realiti.

Ketujuh. Kenyataan kerajaan yang ingin membawa 13 000 guru asing juga menambahserabutkan lagi polisi KPM. Kera di hutan disusukan, anak bini di rumah kelaparan dan dihina.

Kelapan. KPM wajar menstrukturkan semula kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau tutup sahaja fakulti dan Universiti Pendidikan sekirannya ia tidak perlu. Janganlah struktur itu akan menambahkan lagi kadar pengangguran warga Malaysia yang sudah dianggarkan 400 000.

Pemegang ISMP adalah amat sukar diterima oleh mana-mana majikan apabila tertera pendidikan. Majikan menolak kerana biasanya pemegang ijazah ini biasanya akan berhenti apabila dipanggil untuk bertugas di sekolah.

Cukuplah dengan pelbagai isu yang boleh menimbulkan kegelisahan warga pendidik yang menjadi tonggak pembangunan ilmu warga Malaysia. Isu kuarters guru, isu 9 jam bekerja dan isu elaun pengangkutan dan perpindahan yang belum kesudahan.

Justeru itu DPPNK berpandangan, Kementerian wajib menyelesaikan segera isu ini. Kepada warga guru yang menghabiskan empat tahun di universiti mempelajari ilmu pedagogi, falsafah, sosiologi, psikologi pendidikan. Seterusnya dua minggu menjalani Rancangan Orientasi Sekolah dan 14 minggu menjalani praktikum di sekolah. Fikir-fikirkan dan buat pilihan tepat dalam PRU 13.

Penulis adalah anggota Parlimen Padang Terap yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah.

Rebut keistimewaan Jumaat

13 Muharram 1433H. [MOD] -

SETIAP minggu kita bertemu hari Jumaat. Hari yang sepatutnya dinanti-nantikan setiap umat Islam agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Hari Jumaat melambangkan keutuhan dan kesepaduan umat Islam. Seluruh umat berhimpun di rumah Allah bagi meraih keredaan dan kerahmatan-Nya.

Sesungguhnya kemuliaan hari Jumaat yang juga digelar ‘Saiyyidul ayyam’ terpahat dalam banyak hadis Rasulullah. Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat”. (Hadis riwayat Muslim) Pada hari Jumaat juga perlu melakukan banyak kebajikan dan berdoa.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Pada hari itu (hari Jumaat) tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah menyatakan bahawa antara waktu yang mustajab doa adalah ketika imam duduk di antara dua khutbah. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) Setiap individu Muslim dianjurkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.

Amalan membaca surah al-Kahfi menyelamatkan daripada fitnah Dajal. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, akan terpelihara daripada fitnah Dajal.” (Hadis riwayat Ahmad) Kita dikehendaki bersegera menghadirkan diri ke masjid untuk bersolat. Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu,

jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu’ah ayat 9) Namun, selepas selesai solat Jumaat, umat Islam digalakkan untuk meneruskan aktiviti dan urusan mereka kembali. Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah al-Jumu’ah ayat 10) Begitulah keindahan Islam yang diatur dengan sebaik-baiknya mengikut aturan Allah.

Perkara itu dapat difahami menerusi maksud sabda Rasulullah: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan al-Hakim) Walaupun besar ganjaran yang dihamparkan Allah kepada kita pada hari Jumaat, ramai masih alpa beberapa perkara. Terdapat individu Muslim yang sanggup meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan.

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Barang siapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik.” (Hadis riwayat Baihaqi) Namun, bagi mereka yang hadir solat Jumaat, pastikan anda menjaga tertib, antaranya berbual ketika khatib membaca khutbah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada teman kamu (dengan perkataan) ‘diam’ sementara imam sedang berkhutbah, maka kamu melakukan laghw (perkara sia-sia).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Mendengar khutbah Jumaat dengan teliti serta mengambil peringatan daripadanya ialah sesuatu yang dituntut. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raf, ayat 204) Hal berkenaan bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya ini adalah umat kamu, umat yang satu. Dan Aku (Allah) adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku (Allah).” (Surah al-Mu’minun ayat 52)

Harian Metro

Hadiah najis: Wasatiah ala Umno?

13 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Umno Pulau Pinang mengenepikan adab dan tatasusila orang Melayu Islam apabila bertindak menghadiahkan empat replika najis manusia sempena ulang tahun ke-51 kelahiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Tindakan jijik dan tak senonoh itu dilakukan sekumpulan lelaki yang dipercayai dari Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, sebuah NGO Umno yang diketuai oleh Mohamed Ghani Abd Jiman.

Mereka hadir ke bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), George Town tengah hari semalam dengan membawa empat bungkusan yang dihias seperti kek.

Bungkusan tersebut adalah replika najis manusia yang ditempah khas untuk dihadiahkan kepada Lim Guan Eng.

Ianya bagaimanapun diserahkan kepada kakitangan kerajaan yang bertugas di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri itu.

Mengulas tindakan itu, AJK PAS Pusat Idris Ahmad menyifatkan ianya sebagai menghina dan memalukan Islam.

"Ajaran mana yang mengajar sikap begini?

"Adakah ini yang dikatakan Islam wasatiah," soalnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, tindakan Umno sejak akhir-akhir ini bukan sahaja menjatuhkan maruah Islam malah telah menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam yang harmoni dan mulia.

Tindakan itu juga katanya telah memperlihatkan sikap sebenar Umno yang selama ini hanya berbohong dengan laungan transformasi parti itu.

Tindakan serupa pernah dilakukan kumpulan sama yang juga diketuai Mohamed Ghani pada Julali lalu apabila membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada ketua menteri Pulau Pinang itu.

HARAKAHDAILY/-

Ber'SMS' ketika khutbah Jumaat

13 Muharram 1433H. [MOD]

Kebiasaanya di setengah2 masjid sebelum khutbah jumaat, selalu dipeingatkan supaya jangan berkata2 ketika khatib sedang berkhutbah berdasarkan hadis Rasulullah SAW kalau tak silap saya yang di riwayatkan oleh abu hurairah ra, kerana sia2 lah pahala jumaatnya.

Bagaimana pula dengan orang yang ber"SMS" ketika khatib sedang berkhutbah? Mintak penjelasan dari sheikh2 ahkam ttg perkara ini.

Wassalam

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih akhi Desaputra. Insyaallah, kami akan cuba menjawab sekadar kemampuan yang ada.

Benar kata akhi Desaputra, memang kita selalu diingatkan (bukan semasa khutbah Jumaat) melalui sebuah Hadith :

عن أبي هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " إذا قلت لصاحبك والإمام يخطب يوم الجمعة أنصت فقد لغوت " . رواه البخاري ( 892 ) ومسلم ( 851 ) .

"yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.a), bahawa Nabi saw bersabda : Jika anda berkata kata kepada teman anda [dengan perkataan] "dengar!" sementara Imam sedang membaca Khutbah, anda telah laghw" - Riwayat al-Bukhari #892, Muslim #851.

Hadith ini mengingatkan kita bahawa melalaikan diri semasa khutbah bahkan menegur orang yang lalai (berkata-kata) didalam khutbah pun tidak dibenarkan semasa Imam sedang membaca khutbah. Begitulah adab yang diajar oleh Nabi saw kepada umatnya semasa menghadirkan diri mendengar khutbah Jumaat. Mendengar dengan khusyuk khutbah Jumaat ini adalah dituntut! Para jemaah diseru agar mendengar dengan baik ucapan/khutbah Imam dan mengambil tauladan didalamnya. Cuba kita lihat hadith yang selanjutnya yang lebih keras dari ucapan menegur orang daripada bercakap.

عن أبي الدرداء قال : جلس النبي صلى الله عليه وسلم على المنبر وخطب الناس وتلا آية وإلى جنبي أُبيّ بن كعب فقلت له : يا أُبيّ متى أنزلت هذه الآية ؟ فأبى أن يكلمني ثم سألته فأبى أن يكلمني حتى نزل رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال لي أبيٌّ : مالك من جمعتك إلا ما لغوت ، فلما انصرف رسول الله صلى الله عليه وسلم جئته فأخبرته فقال " صدق أُبيّ إذا سمعت إمامك يتكلم فأنصت حتى يفرغ " . رواه ابن ماجه ( 1111 ) ، وأحمد ( 20780 ) .

"Dari Abu Darda' berkata :"Nabi saw duduk diatas mimbar dan berkhutbah kepada manusia dan membacakan satu ayat. Ubai ibnu Ka'ab yang duduk disebelahku dan aku bertanya :'Ya Ubai, Bila diturunkan ayat tersebut? Beliau ENGGAN menjawab soalanku. Aku bertanyakan mengenai ayat tersebut lagi sekali dan dia tidak melayanku, dan aku bertanya lagi sekali kepadanya dan dia masih enggan bercakap denganku sehinggalah Nabi saw turun dari mimbar. Kemudian Ubai berkata kepadaku ,'Apa yang anda dapat pada hari Jumaat ialah melainkan LAGHW (cakap yang sia-sia)'. Setelah perginya Nabi saw, Aku pergi kepada beliau dan memberitahu apa yang berlaku, dan sabda beliau :'Ubai telah berkata Benar, Jika kamu mendengar Imam berkhutbah, maka dengarlah akan ia sehingga ia selesai" (Riwayat Ibn Majah #1111, Ahmad #20780. Dikelaskan sebagai sahih oleh Al-Busayri dan Sheikh Al-Albani didalam Tamaam Al-Minnah, ms 338)."

Bertanyakan mengenai AYAT pada hari Jumaat pun MEMBATALKAN PAHALA Jumaat, bagaimana pula mereka-mereka yang bercakap-cakap pasal hal dunia, perniagaan, berSMS dan sebagainya semasa Imam sedang berkhutbah?? Sudah tentu kita tahu jawapannya. Cuba kita renungkan baik-baik.

Malahan terdapat situasi dimana sekalipun kita tidak memahami apa yang disampai oleh Khatib (contohnya khatib membaca didalam bahasa asing eg: Arab, Urdu dsb), kita disuruh agar memberikan sahaja tumpuan kepada khatib yang membaca. Dibawah ini kami petik soalan yang dijawab oleh Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr[2].

------------------------------------
Soalan:

Saya buat masa ini menetap di Afrika. Maka saya tidak tahu bertutur didalam bahasa mereka disana. Semasa khutbah Jumaat, saya tidak mendapat apa-apa daripadanya. Apakah yang harus saya lakukan ketika khutbah? Bolehkan saya membaca Al-Quran dan berzikir kepada Tuhan atau pun adakah perlu saya duduk mendengar kepada sesuatu yang tidak saya fahami?

Jawab Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr :

الحمد لله إن استمعت ولو لم تفهم فأنت على خير إن شاء الله ، ورخص بعض أهل العلم للذي لا يفهم لغة الخطبة أن يتشاغل بالذكر أو القراءة شريطة أن لا يشوّش على غيره ممّن يستمع الخطبة ، والذي أميل إليه أنه عليه الاستماع ولو لم يفهم .

Alhamdulillah. Jika anda mendengarnya, walaupun anda tidak memahami apa-apapun, anda telah melakukan sesuatu yang baik, Insyaallah. Ada juga beberapa ulama' yang memberi keizinan kepada sesiapa yang tidak memahami bahasa khutbah tersebut dibenarkan mengisi masa mereka dengan zikir dan membaca Al-Quran, dengan syarat mereka tidak menganggu orang yang lain yang sedang mendengar Khutbah. Pandangan yang saya pilih ialah anda haruslah mendengar walaupun anda tidak memahaminya.

--------------------------------------------

Bukan setakat bercakap sahaja yang dilarang, membaca al-Quran pun tidak digalakkan. Malah menurut ulama', menjawab SALAM dan mengucap Tashmit keatas orang yang bersin pun tidak dibenarkan semasa Imam sedang berkhutbah. Menurut Fatwa #4769 yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Buhuth Daa'imah[3] (8/242) :

لايجوز تشميت العاطس، ولا رد السلام، والإمام يخطب على الصحيح من أقوال العلماء؛ لأن كلامنهما كلام، وهو ممنوع والإمام يخطب؛

"Tidak dibenarkan menjawab Bersin dan memulangkan Salam, semasa Imam sedang berkhutbah, dan ia sahih dikalangan pendapat Ulama! Sesungguhnya kedua-duanya adalah percakapan, dan ia dilarang semasa Imam sedang berkhutbah"

Adalah sunnah melihat kearah Imam semasa beliau membaca Khutbah. Ini terdapat didalam Hadith berikut :

وعن يحيى بن سعيد الأنصاري قال : ( السنة إذا قعد الإمام على المنبر يوم الجمعة ، يقبل عليه القوم بوجوههم جميعاً )

Telah diriwayatkan bahawa Yahya ibnu Sa'ed Al-An asari berkata : "Adalah sunnah apabila Imam duduk diatas Mimbar pada hari Jumaat untuk semua hadirin memandang kearahnya"

وعن نافع : ( أن ابن عمر كان يفرغ من سبحته بوم الجمعة قبل خروج الإمام ، فإذا خرج لم يقعد الإمام حتى يستقبله )

Diriwayatkan oleh Naafi' bahawa Ibnu Umar menhabiskan tasbihnya sebelum Imam keluar, dan apabila Imam keluar, beliau akan memandang kearah Imam sebelum sempat Imam duduk.

(Al-Abani telah mengumpulkan Hadith-Hadith ini didalam al-Silsilat al-Sahiiah, # 2080)

Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz[4] :

فينبغي للمؤمن في الجمعة أن ينصت ويخشع ويحذر العبث بالحصى أو غيره ، وإذا سلم عليه أحد أشار إليه ولم يتكلم ، وإن وضع يده في يده إذا مدها من غير كلام فلا بأس كما تقدم ، ويعلمه بعد انتهاء الخطبة أن هذا لا ينبغي له ، وإنما المشروع له إذا دخل والإمام يخطب أن يصلي ركعتين تحية المسجد ولا يسلم على أحد حتى تنتهي الخطبة ، وإذا عطس فعليه أن يحمد الله في نفسه ولا يرفع صوته .

"Semasa solat Jumaat, orang yang Mu'min hendaklah mendengar Khutbah Jumaat dengan Khusyuk dan Senyap sunyi, dan ia ditegah dari bermain batu di atas tanah atau selainnya. Jika seseorang memberi salam kepadanya, hendaklah ia memberi isyarat dengan menggunakan isyarat tanpa bercakap. Jika ia meletakkan tangan untuk bersalam, tanpa bercakap, ia dibenarkan. Dia harus memberitahunya selepas Khutbah bahawa dia tidak boleh melakukan perkara tersebut, sesungguhnya dibolehkan kepada seseorang yang masuk masjid semasa Imam sedang berkhutbah untuk menunaikan 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid, dan tidak memberi salam kepada sesiapa sehingga khutbah selesai., dan jika dia bersin, maka pujilah Allah (Alhamdulillah) untuk dirinya sendiri dan tidak menaikkan suaranya".

Jelas fatwa dari Sheikh Abdul Aziz bin Baaz yang sekali gus menjawab soalan yang anda nyatakan itu, maka "Adalah dikatakan telah lalai Jumaat seseorang itu jika semasa Imam sedang berkhutbah, ia sibuk menghantar mesej SMS melalui handphone". Bayangkanlah, bertanyakan mengenai ayat, menjawab bersin, menjawab salam yang selama ini sunnat, tidak digalakkan semasa khutbah, inikan pula menghantar SMS!. Ibnu Baaz mengatakan, sehingga mereka yang bemain-main dengan batu ditangan (handphone ke, GameBoy ke, PDA ke)semasa Imam berkhutbah pun ditegah, maka sudah tentu selain dari mendengar Khutbah dengan khusyuk, perkara-perkara lain adalah dilarang (secara umumnya).

http://qasolatjemaah.blogspot.com

Khutbah Jumaat: Perkahwinan jauhi gejala maksiat, zina

13 Muharram 1433H. [MOD] -

RUMAHKU, syurgaku, mahligaiku. Begitu indah sekali ungkapan ini dituturkan setiap insan yang punyai hati dan perasaan ingin mencintai serta dicintai.
Justeru, Islam menggalakkan perkahwinan kerana di situ terletaknya segala penyelesaian masalah sosial yang kian hebat berlaku hari ini.

Lebih tepat ingin ditegaskan, perbuatan zina itu lebih terkutuk dan keji walaupun ia mungkin lebih mudah berbanding perkahwinan. Perkara haram lebih digemari daripada yang halal namun, kesannya meruntuhkan sistem kekeluargaan Islam dan menjerumus masyarakat ke lembah kehinaan.

Islam mengatur perjalanan umatnya begitu bersistem sekali dan pasti setiap daripada kita sama ada sudah memasuki gerbang perkahwinan atau memasang impian mengharapkan rumah tangga yang aman persis di syurga, bukan saja di akhirat bahkan di dunia lagi.

Begitulah yang selalu kedengaran untuk menggambarkan syurga dalam rumah tangga yang disegerakan di dunia ini supaya bukan saja mendapat reda Allah tetapi keampunan-Nya juga.

Persoalannya, rumah tangga yang bagaimana dipanggil syurga? Semestinya rumah tangga yang dipupuk kasih sayang, mawaddah, sakinah, qanaah dan reda.

Firman Allah bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.” (Surah ar-Ruum, ayat 21)

Langit tidak selalu cerah, gelora laut kadangkala membadai pantai malah ungkapan lain seperti sedangkan lidah lagi tergigit dan pelbagai kata-kata menggambarkan betapa sebuah perkahwinan berlaku perselisihan faham.

Bahkan dalam keluarga Rasulullah SAW sendiri pernah berlaku sedemikian rupa. Cuma apa yang diperkatakan ketika ini untuk kita merenung serta menilai kembali segala ikrar dan perjanjian kita.

Masihkah suami ingat ketika lafaz nikah diikrarkan? Bagaimana pula janji membawa pasangan menuju Ilahi dengan pelaksanaan perintah-Nya?

Jawapannya mungkin pelbagai, namun perlu kita fahami bahawa matlamat sebuah perkahwinan bukan berakhir dengan perceraian atau kelakuan sumbang pasangan masing-masing tetapi perlu disantuni penuh adab dan etika sebagai seorang muslim.

Firman Allah SWT yang meletakkan amal soleh sebagai penentu kebahagiaan keluarga: “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Rumah tangga yang dibina atas dasar iman dan takwa tidak mungkin ditemui keretakan padanya.

Jika setiap pasangan suami isteri mematuhi perintah Allah SWT dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan berumah tangga, pasti tidak akan berlaku keretakan, salah faham, prasangka atau bertikam lidah.

Yang ada hanyalah kasih sayang dan ketenangan. Inilah syurga dunia yang dijanjikan Yang Maha Esa.

Sempena cuti sekolah ini, ramai yang bakal bergelar suami atau isteri. Ingatlah bahawa proses perkahwinan adalah permulaan sebuah keluarga Islam bagi melahirkan generasi yang taat dan sedia berkorban demi agama.

Semoga kita dapat memelihara masyarakat Islam hasil perkongsian kasih melalui perkahwinan dan mengatakan tidak kepada perbuatan maksiat serta zina.

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk melangsungkan perkahwinan bagi yang mampu, perkara ini tidak lain untuk memelihara hati dan anggota badan kita daripada terjebak dengan maksiat dan noda lebih-lebih lagi perbuatan zina.

Apabila proses ini berlaku dengan syumul, maka tidak mustahil masyarakat Islam yang lahir kelak akan berupaya mengembalikan kekuatan Islam di persada dunia.

Nikmat perkahwinan yang sebenar ialah apabila menggapai reda Ilahi dalam melayari bahtera kasih dan proses perkahwinan menjadi pencetus pembinaan generasi Islam yang bakal memartabatkan semula agama.

BERITA HARIAN/-

Bila tersepit, baru Umno ingat PAS

13 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Apabila orang Melayu mula menolak Umno, maka baru pemimpin Umno teringat bahawa PAS adalah parti orang Melayu.

“Selama ini mereka memandang PAS sebelah mata sahaja, seolah-olah PAS bukan parti Melayu.

“Sewaktu mereka kuat seolah-olah PAS ini, parti haram. Apa yang mereka tidak buat kepada PAS selama ini,” ujar AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Justeru, tanya beliau, berapa ramai di kalangan pimpinan PAS yang ditangkap ISA, ditukar tempat kerja, diturun pangkat, diskriminasi bantuan, menganaktirikan Kelantan, menghalang ustaz-ustaz PAS daripada memberi ceramah agama.

Sekarang, ujarnya mereka cuba mengajak PAS bersatu atas nama perpaduan Melayu, kononnya Melayu terancam pada hal yang terancam ialah Umno.

Tambahnya, terbaru seruan Datuk Seri Najib Razak di dalam Persidangan Agung Umno supaya PAS meninggalkan DAP demi agama dan Melayu, dan menuduh PAS kuda tunggangan DAP.

Katanya, ketika mereka menuduh DAP mengancam Melayu, rakan sejawat mereka, MCA begitu biadap dengan Islam dan Melayu.

“Kenapa mereka tidak menegur keceluparan mulut Presiden MCA, Chua Soi Lek terhadap Islam?

“Cuba bayangkan jika ucapan itu keluar daripada pemimpin DAP,” katanya lagi.

Semalam, kata beliau NGO pro Umno di Pulau Pinang menghadiahkan replika kek najis kepada Lim Guan Eng sempena ulang tahun ke-51.

“Ajaran mana yang mengajar sikap begini? Adakah ini yang dikatakan Islam wasatiah?” katanya.

Beliau menegaskan, semua tindakan itu memalukan Islam dan menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam yang harmoni dan mulia.

Justeru, beliau menggesa pemimpin Umno supaya menghentikan pelawaan untuk bersatu dengan PAS.

Jelasnya, PAS mempunyai jati diri dan tahu meletakkan kompas perjuangan.

Katanya lagi, PAS mendahulukan Islam daripada segalanya, walaupun apa cercaan yang diterima kerana itu adalah lumrah perjuangan.

“Perjuangan PAS semakin diterima, sentiasa segar di hati rakyat, ketika Umno sedang mengalami mimpi ngeri untuk mara ke hadapan,” ujarnya.

HARAKAHDAILY/-

5 pekerja landasan kereta api Korea Selatan maut digilis

13 Muharram 1433H. [MOD] -

SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan berkata, lima pekerja maut selepas dilanggar kereta api ketika mereka sedang menggantikan landasan sebagai persiapan musim sejuk di pelabuhan ibu kota Incheon.

Pegawai pasukan bomba, Kim Dae-il, berkata mereka dilanggar kereta api awal Jumaat di mana lima maut dan seorang cedera parah.

Beliau berkata, punca kemalangan sedang disiasat. - AP

Nenek 66 tahun mangsa cinta siber

12 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Walaupun usia sudah mencecah 66 tahun dan bergelar nenek, seorang ahli perniagaan wanita yang kaya-raya di Indonesia sanggup terbang jauh ke Malaysia semata-mata ingin bertemu kekasih siber bergelar 'Datuk' yang melamarnya untuk dijadikan isteri.

Bukan itu sahaja, wanita terbabit sanggup mengirim wang sebanyak AS$75,000 dolar (RM226,000) kepada kekasihnya itu sebagai modal untuk menjadi rakan kongsi dalam perniagaan.

Namun, hajat nenek itu untuk berkahwin dengan lelaki pujaannya tidak kesampaian kerana lelaki itu rupa-rupanya adalah kasanova 'Awang Hitam' yang bijak memperdayakan wanita kesunyian melalui Internet.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, wanita warga Indonesia itu berkenalan dengan suspek menerusi laman sosial Facebook sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, ketika berkenalan, suspek menggunakan nama lelaki Melayu mendakwa dia ahli perniagaan bergelar 'Datuk' dari Malaysia.

"Setelah beberapa bulan berkenalan, suspek mempelawa wanita itu untuk menjadi rakan kongsinya.

"Tanpa berfikir panjang, mangsa bersetuju dan hubungan mereka bertambah 'serius' apabila suspek melamarnya menjadi isteri. Ini menyebabkan mangsa tidak teragak-agak mengirim wang AS$75,000 kepada teman lelakinya itu untuk membeli barang- barang berniaga," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Bukit Perdana di sini hari ini.

Syed Ismail berkata, walaupun mangsa diarah memasukkan wang ke dalam akaun milik individu lain, namun wanita itu langsung tidak menyedari ditipu dan sanggup datang ke Malaysia untuk bertemu kekasihnya itu apabila diminta berbuat demikian.

Beliau berkata, sebaik sahaja tiba di ibu negara, mangsa tidak sempat bertemu dengan teman lelakinya kerana suspek hanya menghantar seorang rakan iaitu seorang lelaki warga Afrika untuk menemuinya berhampiran sebuah hotel di Bukit Bintang.

Menurutnya, dalam pertemuan itu, lelaki Afrika terbabit telah menunjukkan bungkusan berisi kertas berwarna hitam dan sejenis cecair.

"Lelaki Afrika itu memaklumkan kertas hitam itu adalah wang AS$2.4 juta dan ia akan bertukar kepada wang asli jika dicuci dengan cecair yang dibawa.

"Suspek bagaimanapun tidak menyerahkan barang-barang itu kepada mangsa dengan alasan dia perlu membuat sejumlah pembayaran terlebih dahulu," katanya.

Syed Ismail berkata, mangsa yang tidak menyedari sudah terjerat dengan sindiket black money pulang semula ke Indonesia bagi menyediakan wang tanpa menemui kekasihnya.

Beliau berkata, teman lelaki mangsa berterusan menghubunginya meminta segera menyediakan wang untuk mendapatkan barang-barang ditawarkan rakannya itu dan pada masa sama mengajak wanita itu berkahwin segera kononnya dia sedang sakit dan merancang mewasiatkan semua harta kepada bakal isterinya itu jika meninggal dunia.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu dan membuat laporan polis pada November lalu, apabila sekali lagi datang ke Malaysia tetapi teman lelaki masih enggan berjumpa dengannya.

UTUSAN MALAYSIA/-

Tengku Fakhry saman IGP, polis RM150j

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Tengku Muhammad Fakhry Petra Tengku Ismail memfailkan saman RM150 juta terhadap Ketua Polis Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan tiga yang lain kerana mendakwa telah ditahan secara salah.

Tengku Fakhry menamakan Ismail, ASP Norazman Ismail, bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai defendan.

Beliau memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melalui firma undang-undang AS Dhaliwal and Co.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Tengku Fakhry berkata beliau
mengambil tindakan itu bukan bermotifkan wang tetapi demi keadilan.

"Saya rasa ini adalah kali pertama seorang anggota keluarga diraja telah menamakan ketua polis negerinya sendiri sebagai defendan," katanya.

Peguam AS Dhaliwal dan Harpal Singh turut hadir semasa saman difailkan.

Pada 4 Mei tahun lalu, Sultan Kelantan ketika itu, Tuanku Ismail Petra, raja perempuan serta Tengku Fakhry telah dihalang oleh Unit Tindakan Khas, kira-kira 50 meter dari pintu pagar istana semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang Kota Baru pada jam 7.30 malam.

Mereka mahu menghantar Tuanku Ismail kembali ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk rawatan susulan tetapi telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian.

Tengku Fakhry juga ditahan selama kira-kira empat jam manakala Tengku Anis mendakwa terpaksa tidur di atas lantai di HUSM untuk mengelak ditangkap polis.

harakahdaily/-

PART 10 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan Kelantan berjaya sekali lagi mengadakan program Wacana Perdana kali ke 8 berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada malam tadi 8 Disember .

Wacana Perdana itu diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan dengan membarisan 4 panel iaitu YB. Saifuddin Nassution, Prof Madya Dr. Syamsul Adabi, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dan YB.Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu moderator wacana ialah Prof Dato' Dr. Agus.

PART 9 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan Kelantan berjaya sekali lagi mengadakan program Wacana Perdana kali ke 8 berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada malam tadi 8 Disember .

Wacana Perdana itu diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan dengan membarisan 4 panel iaitu YB. Saifuddin Nassution, Prof Madya Dr. Syamsul Adabi, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dan YB.Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu moderator wacana ialah Prof Dato' Dr. Agus.

PART 8 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan Kelantan berjaya sekali lagi mengadakan program Wacana Perdana kali ke 8 berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada malam tadi 8 Disember .

Wacana Perdana itu diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan dengan membarisan 4 panel iaitu YB. Saifuddin Nassution, Prof Madya Dr. Syamsul Adabi, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dan YB.Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu moderator wacana ialah Prof Dato' Dr. Agus.

PART 7 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan Kelantan berjaya sekali lagi mengadakan program Wacana Perdana kali ke 8 berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada malam tadi 8 Disember .

Wacana Perdana itu diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan dengan membarisan 4 panel iaitu YB. Saifuddin Nassution, Prof Madya Dr. Syamsul Adabi, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dan YB.Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu moderator wacana ialah Prof Dato' Dr. Agus.

PART 6 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan Kelantan berjaya sekali lagi mengadakan program Wacana Perdana kali ke 8 berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada malam tadi 8 Disember .

Wacana Perdana itu diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan dengan membarisan 4 panel iaitu YB. Saifuddin Nassution, Prof Madya Dr. Syamsul Adabi, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dan YB.Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu moderator wacana ialah Prof Dato' Dr. Agus.

PART 5 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan Kelantan berjaya sekali lagi mengadakan program Wacana Perdana kali ke 8 berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada malam tadi 8 Disember .

Wacana Perdana itu diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan dengan membarisan 4 panel iaitu YB. Saifuddin Nassution, Prof Madya Dr. Syamsul Adabi, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dan YB.Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu moderator wacana ialah Prof Dato' Dr. Agus.

PART 4 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan Kelantan berjaya sekali lagi mengadakan program Wacana Perdana kali ke 8 berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada malam tadi 8 Disember .

Wacana Perdana itu diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan dengan membarisan 4 panel iaitu YB. Saifuddin Nassution, Prof Madya Dr. Syamsul Adabi, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dan YB.Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu moderator wacana ialah Prof Dato' Dr. Agus.


PART 3 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan Kelantan berjaya sekali lagi mengadakan program Wacana Perdana kali ke 8 berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada malam tadi 8 Disember .

Wacana Perdana itu diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan dengan membarisan 4 panel iaitu YB. Saifuddin Nassution, Prof Madya Dr. Syamsul Adabi, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dan YB.Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu moderator wacana ialah Prof Dato' Dr. Agus.

PART 2 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan Kelantan berjaya sekali lagi mengadakan program Wacana Perdana kali ke 8 berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada malam tadi 8 Disember .

Wacana Perdana itu diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan dengan membarisan 4 panel iaitu YB. Saifuddin Nassution, Prof Madya Dr. Syamsul Adabi, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dan YB.Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu moderator wacana ialah Prof Dato' Dr. Agus.

PART 1 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?

13 Muharram 1433H. [MOD] -Kerajaan Kelantan berjaya sekali lagi mengadakan program Wacana Perdana kali ke 8 berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada malam tadi 8 Disember .

Wacana Perdana itu diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan dengan membarisan 4 panel iaitu YB. Saifuddin Nassution, Prof Madya Dr. Syamsul Adabi, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dan YB.Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu moderator wacana ialah Prof Dato' Dr. Agus.