01 November 2010

PPR : Ahmad Maslan perbetul harga mee segera yang diumum Muhyiddin

23 Zulkaedah 1431H.

Projek mee segera yang diumumkan oleh Muhyiddin di Galas beberapa hari sebelum penamaan calon iaitu Projek Perumahan rakyat (PPR) dilihat banyak pepincangan dengan fakta bercanggah antara pimpinan UMNO itu sendiri.

Terkini Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata kos sebanyak RM180 juta untuk Projek Perumahan Rakyat Gua Musang yang diumumkan pada 24 November lalu hanyalah kos anggaran dan mungkin melibatkan beberapa fasa.

Katanya, projek pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah itu juga berharga RM80,000 dan bukannya melebihi RM100,000 seperti yang dipertikaikan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

Sebelum ini Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mempersoalkan kos pembinaan yang tinggi bagi setiap unit rumah dalam Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang yang dilancarkan oleh TPM, Muhyiddin.

"Harga (peruntukan kos untuk membina) terlalu tinggi, RM120,000 bagi (unit seluas) 700 kaki persegi di Gua Musang untuk flat 5 tingkat 18 blok.

"Jadi kos di Kelantan ini saya rasa paling tinggi RM50,000 atau RM60,000 setiap unit. Kalau kita pergi Damansara Damai (Petaling Jaya) itu, (rumah seluas) 300 kaki baru dijual dengan harga RM95,000," kata Husam lagi.

Menurut Husam, beliau membuat perkiraan itu berdasarkan peruntukan sebanyak RM180 juta yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membina 1,500 unit rumah berkenaan.

Laporan sebelum ini menyebut, subsidi yang diberikan kerajaan bagi setiap unit rumah tersebut adalah antara RM45,000 hingga RM85,000.

Ia juga boleh disewakan pada kadar serendah RM124 sebulan manakala harga jualannya pula ditetapkan supaya tidak melebih RM35,000.

"(Dengan subsidi sebanyak itu) baik kita bagi rumah itu free saja," kata Husam lagi ketika ditemui di pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Galas pada 26 Oktober lepas.

mengejutkan bila hari ini Ahmad maslan berkata "Itu kos anggaran. Kos terperinci itu masih belum dikira lagi. Mungkin termasuk tanah dan perkara-perkara lain lah. Ini baru anggaran.

"Yang kita diberitahu, angka sebenarnya ialah RM80 ribu satu unit. (Kos) RM180 juta ini anggaran, mungkin ada fasa.

"Maklumat terperinci itu kita tidak dapat. Mungkin ada fasa pertama, kedua (untuk projek ini)," katanya ketika bercakap kepada wartawan di Pusat Media bagi pilihan raya kecil DUN Galas di Gua Musang hari ini.

Katanya, jumlah kos sebanyak RM80,000 seunit itu juga termasuk subsidi sebanyak RM45,000.

"Saya kira yang RM180,000 ribu ini mungkin dari segi fasa dia, saya difahamkan," katanya lagi.

Adik Teoh Beng Hock ditahan polis di Galas

23 Zulkaedah 1431H.

Seorang adik kepada mendiang Teoh Beng Hock bersama tiga yang lain ditahan polis di bandar Gua Musang hari ini.

Lee Lan dan anggota "Malaysians for Beng Hock" itu dibawa sekumpulan anggota polis diketuai Supt Maszely Minhad ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gua Musang pada kira-kira jam 2.20 petang ini.

Maszely memberitahu wartawan bahawa polis menerima aduan bahawa kumpulan berkenaan telah menjalankan aktiviti kempen.

70 hingga 80 peratus Cina semenanjung sokong Pakatan Rakyat

23 Zulkaedah 1431H.
http://n45galas.pas.org.my

GUA MUSANG, 31 Oktober - Umno-BN kini berada dalam keadaan yang sangat merbahaya ekoran kepupusan sokongan rakyat khususnya bukan Melayu-Islam.

Kenyataan demikian dibuat Bekas Menteri Kesihatan, Dato' Dr Chua Jui Meng dalam satu majlis Makan Malam Pakatan Rakyat di Restoran Kim Kee, Sungai Baru malam tadi.

"Dalam satu kajian yang dijalankan menunjukkan 70 hingga 80 peratus daripada orang-orang Cina di seluruh semenanjung Malaysia menyokong Pakatan Rakyat," katanya.

keadaan tersebut ujarnya menimbulkan kebimbangan sehingga membuatkan Umno-BN kini berada dalam keadaan cemas lantas memungkinkan pelbagai bentuk tindakan dibuat.

Sementara itu, dalam satu majlis yang sama, pengundi tionghua diperkenalkan dengan calon PAS, Dr Zulkifli Mohamed.

Beliau telah memberikan jaminan akan menjaga kebajikan dan kepentingan kesemua kaum termasuk Tionghua di kawasan tersebut.

"Kita minta Dr Zul menjaga kepentingan dan kebajikan penduduk di Galas termasuk kaum tionghua, boleh ?" katanya kepada lebih 200 orang pengundi Cina yang hadir.

Lalu, Zulkifli dengan yakin menjawab persoalan yang dikemukakan Chua tersebut sambil mengangkat tangannya tanda bersetuju dengan mengukir senyuman.

Majlis Makan Malam tersebut disertai lapan persatuan penduduk di Kampung Baru dan Kampung Pulai yang terdiri daripada Persatuan Gereja, Persatuan Kuil-kuil Cina Kampung Baru, Dewan Niaga Gua Musang, Persatuan Burung Walit dan beberapa yang lain.

Ia disertai beberapa pemimpin Pakatan Rakyat iaitu bekas Senator, Datin David Yeoh, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chow, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, Adun Kajang, Lee Seng Ching serta Dato' Micheal Phong dari Sarawak.

Sambutan yang sangat menggalakkan tersebut turut ditunjukkan oleh generasi muda dengan begitu bersemangat.

Pada majlis yang sama, Hu Pang Chow turut menyampaikan pesanan agar terus mengekalkan kemenangan PAS di Galas.

"Kita perlu bersama-sama mengekalkan kemenangan PAS di Galas dan kena pastikan Gua Musang milik kita semua," ujarnya.

Tambahnya, golongan tersebut perlu berperanan agar PAS berjaya memperolehi 70 hingga 80 peratus undi masyarakat tiong hua.

Majlis tersebut tetap mendapat sambutan meskipun hujan turut dengan lebat selain demam perlawanan akhir Piala Malaysia.

Piala Malaysia: Kerajaan PAS rakam tahniah

23 Zulkaedah 1431H.

GUA MUSANG, 31 Okt: Kerajaan PAS Kelantan rakam ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak The Red Warriors di atas kejayaan menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 malam tadi.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, dengan kemenangan itu sekali gus Kelantan berjaya menebus kekalahannya di tangan Negeri Sembilan 1-3 pada saingan akhir musim lepas.

“Tahniah kepada pemain yang telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga dinobat sebagai juara siri perlawanan bola sepak Piala Malaysia yang sememangnya menjadi idaman rakyat selama masa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya lagi, kemampuan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa telah mencipta sejarah baru arena bola sepak negeri ini.

“Tahniah kepada Tan Sri Annuar, kejayaannya memimpin skuad The Red Warriors itu sekali gus melakar sejarah institusi pasukan bola sepak Kelantan sebagai Presiden Kafa pertama berjaya membawa balik piala berprestij itu,” katanya.

Kejayaan Kelantan malam tadi menamatkan kemarau 55 tahun sejak kali pertama mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala HMS Malaya.

Sempena kejayaan itu, kerajaan negeri memberi cuti peristiwa yang diumumkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil selepas menyaksikan sendiri detik gemilang itu.

1,557 pengundi luar pulang dirayu pulang mengundi.

23 Zulkaedah 1431H.

GUA MUSANG, 30 Okt: Seramai 1,557 pengundi luar dirayu supaya pulang membuang undi dalam Pilihan Raya Kecil Galas pada 4 November depan, kata Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Menurut Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat (JPPP) itu, PAS negeri sedia menanggung kos perjalanan pulang khususnya mereka yang pulang dari Lembah Klang dan Johor.

"Semua minta rayu mereka balik, kita bayar kos perjalanan mereka," ujarnya.

"Kalau pengundi luar tak balik (mengundi), kita ada risau juga, kalau peratusan pengundi luar menurun, akan memberi kesan.

PAS negeri, katanya sedia memberi RM200 dan RM250 kepada pengundi luar dari Lembah Klang dan Johor.

"Kita ada kaedah tersendiri, apabila balik (ke Galas) datang ke UPU dan kita buat semakan daftar pemilih," ujarnya.

Majoriti mereka katanya, merupakan pengundi muda yang mempunyai kecenderungan politik kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

"Terus terang mereka ini adalah pengundi muda dan pengundi muda kebanyakannya sokong Pakatan Rakyat," ujarnya.

Bagaimana pun, beliau optimis dengan kepulangan pengundi luar akan mengekalkan 81 peratus keluar mengundi sebagaimana dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

Malah katanya, peningkatan peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil kali ini mampu memenangkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed pada pilihan raya kecil kali ini.

Pun begitu, beliau berkata, PAS menyimpan sedikit rasa risau sekiranya peratus keluar mengundi di kalangan pengundi luar menurun.

"Kalau peratusan turun mengundi mereka turun (berkurangan), akan memberi kesan," beliau menambah.

Sebanyak 675 pengundi luar berdaftar adalah berbangsa Melayu manakala 217 adalah Cina.

Hari pembungan undi yang jatuh pada hari bekerja dijangkakan akan mempengaruhi mood rakyat keluar mengundi.

Ciri-ciri bidadari syurga dalam al-Quran

23 Zulkaedah 1431H.
Oleh : Akhisalman

Sifat-sifat bidadari syurga (Hurun Ain) dalam al-Quranul Karim adalah seperti berikut:

Pertama: Qasrut Torfi.

Ada tiga ayat yang mana tuhan menjelaskan kepada kita bahwa bidadari syurga bersifat begini. Diantaranya:

“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya.” 48 : as-Saffat

Imam Tobari berkata:

Ayat ini menjelaskan bagaimana sifat yang agung bidadari syurga iaitu hanya memandang kepada pasangan mereka tidak seperti wanita dunia yang memandang ke sana sini.

Imam Fakhurrazi berkata:

Ini menunjukkan bahwa betapa malunya bidadari syurga kerana “at-Torfu” adalah gerakan kelopak mata (eyelid). Bidadari tidak menggerakkan kelopaknya dan tidak mengangkat kepalanya untuk lelaki bukan suaminya.”

Wanita muslimah sepatutnya mencontohi wanita syurga yang mana segala kemesraan, pandangan manja, layanan dan sebagainya hanya untuk suami.

Kedua: “ Atrab” Umur yang sama diantara mereka.

Firman Allah swt:

“Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.”52 : surah Sod

Atrab adalah plural bagi turb iaitu sebaya atau sama umur. Mereka berumur 33 tahun seperti disebut dalam hadis riwayat imam Ahmad dengan sanad yang baik.

Ketiga: Baik akhlak dan jantik paras rupa.

Firman Allah swt:

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
70: surah ar-rahman

Ulama berkata bidadari memiliki akhlak yang baik dan rupa paras yang cantik.
Keempat:"kawa'ib" Buah dada yang tegang (tense).

Firman Allah swt:

“Dan ahli syurga mendapat gadis-gadis yang memiliki buah dada yang tegang dan sebaya umur mereka.”33 (an-Naba)

Kelima: Anak dara.

Firman Allah swt:

“Dan kami jadikan mereka (bidadari-bidadari) yang perawan.”36 : Surah al-Waqiah

Berkara pengarang tafsir Maalimut Tanzil:

“Setiap kali mereka dijimak oleh suami-suami bidadari, mereka akan dapati bidadari tersebut ada dara .”

Keenam: Bagus layanan dan kasih sayangnya kepada pasangannya.

Firman Allah swt:

“Bidadari-bidadari yang bagus layanan dan kasih sayangnya serta sebaya umur mereka.”
37 : Al-Waqiah

Mujahid, Hasan dan Qatadah (Ulama tafsir) berkata:

Urub adalah wanita-wanita pecinta yang asyik kepada suami-suami mereka dan menyintai mereka sepenuh hati, melayani suami mereka dengan manja, baik serta pertuturan.

Ketujuh: Tubuh mereka bersih

Firman Allah swt:

"...Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya ."25 : al-Baqarah

Imam at-Tabari berkata:

“ Kesucian bidadari adalah kesucian yang mutlak yang mana termasuklah suci dari semua perkara yang tidak disukai yang ada pada wanita dunia seperti haid,nifas, kencing, berak, ludah,kahak, mazi, mani dan perkara yang seumpama dengannya yang dianggap kotor, jijik, najis.”

Nabi saw bersabda:

“ Peluh-peluh ahli syurga adalah haruman kasturi.”

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Kesimpulan:

Para lelaki hendaklah beramal sebaiknya untuk mendapatkan bidadari syurga dan wanita pula beramal sebaiknya untuk menjadi ketua bidadari kepada pasangannya.

MUNAJAT

Ya Allah sesungguhnya daku tidak layak untuk mendapat bidadari syurgamu lantaran dosa2 ku

Tetapi kemaafan mu lebih luas dari dosa2 ku, ampunkanlah dosa2 ku , berilah ku hidayah menuju Redamu,

Andai ku tersasar sedarkanlah daku, janganlah kau uji diriku apa yang aku tidak mampuHadapinya,

anugerahkanlah ku seorang wanita yang akan menjadi isteriku di dunia dan bidadariku di syurga.

Aku bersyukur kerna kau memberi ruang dan masa untuk mengecap kemanisan inabah(kembali) pd mu.

Rujukan: Sifatul Jannah Fil Quranul Karim oleh Abdul Halim Muhammad
http://akhisalman.blogspot.com/

Lihat anak bulan Aidiladha 6 November

23 Zulkaedah 1431H.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 Nov ini, bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sementara itu, 30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah, iaitu:

1. Pontian Kecil, Johor.
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.
5. Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor.
6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.
7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, selangor Darul Ehsan
8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak.
9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.
11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.
12. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.
13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.
14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.
15. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
16. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.
18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai,
Kelantan.
19. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan.
20. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak.
21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.
22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.
24. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.
25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.
26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.
27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.
30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga.

Julang Piala Malaysia: Kelantan isytihar cuti

23 Zulkaedah 1431H.

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi.

Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

"Saya mewakili Menteri Besar Kelantan, mengumumkan esok cuti peristiwa supaya rakyat dapat tenang, gembira, bersyukur dan dapat balik ke Kelantan dengan selamat.

"Kita juga ucap terima kasih kepada semua yang memberi kejayaan kepada Kelantan khususnya kepada Presiden Kafa dan rakyat Kelantan," katanya.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.

Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.

Manakala Kelantan memperoleh gol penyamaan hanya pada separuh masa kedua apabila hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan pada minit ke-57.

Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad.

Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat, mengembirakan sekurang-kurangnya 60,000 penyokong Kelantan yang hadir ke stadium.

Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut berjanji akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain Kelantan ekoran berjaya ke saingan peringkat akhir akhir Piala Malaysia musim ini.