19 Januari 2010

Kesemua Mayat Mangsa Perahu Naga Terbalik Ditemui

Ratapan ibu dan beberapa anggota keluarga mangsa ketika mengecam mayat Goh Yi Zhang, 17, yang ditemui pagi tadi di sini hari ini. Goh Yi Zhang adalah mayat ketiga ditemui dalam kejadian perahu naga yang dinaiki oleh sekumpulan pelajar terbalik akibat dipukul ombak di kawasan perairan kira-kira 500 meter dari Pengkalan Weld di sini, hari Ahad. Semalam, pasukan mencari dan menyelamat menemui dua mayat mangsa iaitu guru mereka Chin Ai fai, 20-an dan pelajar Jason Ch'ng, 17. - fotoBERNAMA


PULAU PINANG:Kesemua enam mangsa tragedi bot karam di Pulau Pinang yang dilaporkan hilang semalam disahkan mati lemas dengan penemuan mayat dua lagi murid Sekolah Tinggi Chung Ling, Cheah Zi Jun, 17, dan Yong Xiang, 16, berhampiran Pangkalan Marina pukul 4.15 petang ini.



Laporan polis berhubung kebiadapan YB Hamidah Osman

03 Safar 1431H
Oleh: infodppsa

"Satu laporan polis telah telah dilakukan oleh Sdr Mohamad Jamil Bin Abdul Rahim selaku Ahli dan AJK PAS kawasan Shah Alam berhubung penyiaran gambar YB Khalid Samad yang di Super Imposed dalam blog YB Hamidah Osman. Antara fokus laporan adalah :

1. YB Hamidah dilihat mempunyai niat menghina parti berdaftar PAS dengan meletakkan logo PAS dalam gambar tersebut.

2. Menjatuhkan maruah pemimpin dan semua ahli PAS.

3. Memutarbelitkan isu kalimah Allah

4. Memberi peringatan kepada beliau agar menghentikan segala perbuatan dan memohon maaf kepada PAS

5. Menuntut agar beliau lebih merujuk kepada Ulama.

Kenyataan lisan beliau dapat diikuti menerusi
http://tvdppsa.blogspot.com




Memboikot barangan Israel dan Amerika menurut Islam

3 Safar 1431
http://akhisalman.blogspot.com/


1.MUKADDIMAH

Saya ada menerima foward mesej yang menunjukkan kepada artikel tentang face book. Saya tidak mahu membincangkan adakah ia adakah face book itu yahudi atau pun bukan dan apakah hukum menggunakan face book. Namun mata saya terpaku pada kenyataan dalam artikel tersebut yang berbunyi:

"Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM."

Saya agak terkejut dengan kenyataan dari pendakwah terkemuka di malaysia ini. Ini kerana kenyataan ini telah bertentangan dengan ulama-ulama di seluruh dunia. Oleh itu disini saya ingin mengemukakan pandangan ulama terhadap boikot barangan Amerika dan Israel.

2. BOIKOT ADALAH SENJATA DI ZAMAN NABI


Kita lihat bagaimana kisah Thumamah bin athal ra ثمامة بن أثال yang baru masuk Islam telah memboikot orang-orang musyrikin di mekah. Setelah masuk Islam , beliau berkata:


والله لا يأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم


"Demi Allah tidak akan datang kepada kamu (kaum Quraisy) sebiji gandum pun dari Yamamah sehingga Rasulullah saw izinkan."

Hadis SAHIH Bukhari Muslim.

Sepertimana diketahui beliau adalah penghulu Yamamah.

Dalam hadis lain menyebut:


فانصرف إلى بلده ومنع الحمل إلى مكة حتى جهدت قريش فكتبوا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يسألونه بأرحامهم أن يكتب إلى ثمامة أن يخلي إليهم حمل الطعام ففعل رسول الله صلى الله عليه وسلم


" Lalu Thumamah pun pulang ke kampungnya dan menegah untuk dibawa barang dagangan ke Mekkah sehinggalah orang Quraisy kemelaratan . Lalu orang-orang Quraisy menulis kepada Rasulullah saw meminta dengan berkat hubungan persaudaraan supaya thumamah membiarkan barang makanan sampai kepada mereka. Rasulullah saw memperkenankan permintaan mereka."

hadis HASAN riwayat Imam Baihaqi dan Ahmad.

INI ADALAH DALIL YANG KUKUH TERHADAP PENSYARIATAN BOIKOT TERHADAP MUSUH-MUSUH ISLAM. KALAULAH ORANG MUSYRIKIN MASIH MENINDAS NABI DAN PARA SAHABAT KETIKA ITU MESTILAH NABI SAW AKAN MENERUSKAN PEMBOIKOTAN ITU.

3. MELEMAHKAN EKONOMI MUSUH ISLAM ADALAH SUNNAH NABI

Cara melemahkan ekonomi musuh yang dilakukan pada zaman Nabi saw ada dua cara.

Cara pertama:

Dengan menghantar pasukan tentera untuk peperangan badar bagi menghalang rombongan perniagaan mereka. Begitu mengambil harta orang kafir (ghanimah) setiap kali lepas perang juga adalah bertujuan melemahkan ekonomi mereka. Nabi saw dan para sahabat juga telah memusnahkan tanaman orang yahudi Bani Nadhir sedangkan asalanya Nabi saw menegah untuk dimusnahkan tanaman orang kafir. Ini semua adalah untuk melemahkan ekonomi mereka.

Cara kedua: Dengan DOa

Nabi saw telah mendoakan kepada orang-orang Quraisy:


اَلَّلهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَيْهِمْ بِسَبْعِ كَسَبْعِ يُوْسُفَ


"Ya Allah bantulah aku untuk memusnahkan mereka dengan engkau menjadikan mereka فtujuh tahun mereka seperti mana tujuh tahun yang menimpa Nabi Yusuf (tujuh tahun kemarau)."

Maka mereka ditimpa dengan kemarau sehinggalah ada yang makan bangkai. Lalu Abu Sufyan berkata kepada Nabi saw: "Hai Nabi, sesungguhnya Kaum mu telah binasa. Doalah supaya Allah menghilangkan kemarau ini."

Hadis SAHIH riwayat Bukhari dan Muslim.

4. MEMANGLAH ASAL BERMUAMALAH DENGAN MERKA ITU HALAL TAPI IA BERUBAH DENGAN KEADAAN

Pihak yang tidak mahu memboikot menyatakan bahawa tidak perlu boikot kerana Nabi saw juga bermuamalah dengan orang yahudi. Ini memang jelas bahawa kita boleh berusan dengan orang kafir tidak kira apa agama sekalipun. Hubungan kita dengan mereka adalah hubungan kemanusian. Ini jelas melalui Firman Allah swt:

"ALlah tidak melarangkamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap org2 kafir yang tidak memerangimu kerana agamamu dan tidak mengusirmu dr kampung halamanmu.ssghnya ALLAH mencintai org2 yg berlaku adil." (8 : al-Mumtahanah)

Namun dalam ayat seterusnya menjelaskan kita dilarang untuk berbaik dengan orang yang memerangi dan mengusir umat Islam. Firman Allah swt:

"ssghnya Allah hanya melarangkamu menjdkan org2 yg memerangi mu kerana agama mu dan mengusir mu dr kampung halamanmu dan membantu utk mengusir mu sebagai kawanmu (dengan membantu mereka).barangsiapa yg menjdkan mereka sbg kawan ,mereka itulah org yg zalim." (9: al-Mumtahanah)

Penindasan dan kezaliman Israel dan Amerika terhadap umat Islam adalah perkara yang amat jelas. Oleh itu kita jangan bermudah-mudah untuk keluarkan hukum. Setiap keadaan dan masa itu mempunyai hukum yang tersendiri. Kita hendaklah menyerahkannya pada Ulama.

5. PANDANGAN ULAMA TERHADAP BOIKOT

Para ulama seluruh dunia menyatakan kewajipan boikot baragan Yahudi dan Israel. Diantaranya ialah Bekas mufti Mesir Dr Nasr Farid al-Wasil, Ulama saudi albani dan syeikh Abdullah Jibrin, ulama Lubanan Syeikh Faisal Maului, Ulama-ulama India dan yang paling tegas ialah ulama haraki DR YUSUF QARDAWI.

Dr Yusuf Qardawi berkata:

"Diantara cara membantu umat Islam di Palestin adalah dengan memboikot barangan musuh dengan sempurna (bukan pilih2). Setiap ringgit dan sen yang kita gunakan untuk membeli barangan mereka adalah dianggap peluru yang menembusi dada2 saudara2 dan anak2 kita di palestin.

Oleh kerana yang demikian wajib atas kita untuk tidak membantu musuh-musuh yang menindas Umat Islam dengan membeli barangam mereka. Ini kerana ia termasuk dalam perkara membantu diatas perkara permusuhan dan dosa.

Barang-barang buatan Amerika seumpama barang-barang Israel dari segi wajib diboikot. Pada hari ini Amerika adalah Israel yang kedua."

5. KESIMPULAN

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kebaranian seorang Doktor dari Jordan yang telah meletupkan dirinya di Afghanistan yang membunuh tujuh pegawai perisikan Amerika CIA. Umurnya masih muda (30an) dan mempunyai isteri yang cantik (orang turki). Doktor ini sanggup mengorbankan jiwanya demi Islam tetapi mengapa kita tidak mampu walau hanya dengan memboikot barangan musuh Islam kerana tuntutan Nafsu. Firman Allah swt:

"Maka kamu akan lihat orang-orang yang berpenyakit nifak dalam hati mereka segera menjadikan orang-orang yahudi dan nasrani sebagai teman dan membantu mereka, mereka berkata sebagai alasan "Kami takut akan ditimpa bencana atau mereka mengalahkan orang-orang Islam." Maka pastilah Allah akan memberi kemenangan kepada umat Islam atau Allah akan memusnahkan orang-orang yahudi dan nasrani yang menyebabkan orang-orang munafik itu menyesal terhadap apa yang mereka lakukan (menolong yahudi dan nasrani)." (52 : al-Maidah)

JADI JELAS DARI AYAT INI MEMBANTU YAHUDI DAN NASRANI YANG MEMUSUHI DAN MENINDAS UMAT ISLAM ADALAH PERBUATAN ORANG-ORANG MUNAFIK.

Rujukan: al-Quran , al-Muqataah as-Syariyyah wa Dawabitul Mumarasah oleh Dr Khalid Abdul Qadir dan Fatawa min Ajli Palastin oleh Dr Yusuf Qardawi.

Menegakkan hukum..

3 Safar 1431
Jarjani Usman

“Sesungguhnya hancurnya umat dahulu karena berlaku diskriminatif dalam menegakkan hukum. Jika yang melakukan kesalahan orang-orang lemah, mereka menegakkan hukum. Namun jika yang melakukannya orang-orang terhormat dan terpandang, mereka membiarkannya” (HR. Imam Bukhari).

Kalau diibaratkan dengan sebuah bangunan, keutuhan dan kekuatannya terletak pada seberapa kuat tiang-tiang digunakan dan dipancangkan. Demikian juga kekuatan atau keutuhan sebuah negeri atau suatu kaum. Bagi suatu kaum atau negeri, salah satu pilar penting untuk keuntuhannya adalah keadilan. Setiap warganya perlu mendapat perlakuan yang sama. Sudah bisa ditebak, apa akibatnya bila tiang-tiang penting keadilan rapuh atau ambruk, sebagaimana ambruknya tiang-tiang rumah.

Kehancuran adalah hal yang tak terelakkan terjadi. Akibat-akibat seperti inilah yang sangat dikuatirkan Rasulullah, sebagaimana disebutkan dalam hadits di atas. Apalagi Rasul yang mulia itu sudah berusaha membangun umatnya dengan pergorban harta dan bahkan nyawa. Demikianlah kuatirnya akan terjadi kehancuran suatu kaum, sampai-sampai Rasulullah berani memastikan akan memotong tangan buah hatinya, Fatimah, seandainya ia mencuri.

Sayangnya, apa yang sangat dikuatirkan Rasulullah sudah dianggap sebagai hal biasa di negeri kita ini. Menghukum dengan tanpa nurani terhadap orang yang mencuri sepiring nasi karena perutnya lapar sudah biasa dilakukan, sebiasa membiarkan orang-orang (yang katanya terpelajar) mencuri karena keserakahan atau demi kemewahan. Hal-hal seperti ini sudah semakin merajalela dan menjadi-jadi. Dengan kata lain, semakin banyak orang yang tak merasa berdosa lagi menghancurkan negeri dan kaumnya.

Isu gereja: Hishammuddin, Musa wajar letak jawatan

03 Safar 1431H

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan wajar melepaskan jawatan atau diberhentikan berikutan kegagalan mengawal kejadian pembakaran dan pencemaran ke atas gereja yang sangat memalukan negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keadaan itu terus memberikan imej yang buruk kepada negara kerana dilihat tidak mempunyai keupayaan menjamin keselamatan dan ketenteraman awam untuk rakyat.

Katanya, kegagalan itu perlu dipertanggungjawab ke atas Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Hishammuddin dan Musa yang jelas gagal untuk mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) dan NKRA kedua-dua institusi tersebut.

“Oleh itu, amat wajar Hishammuddin dan Musa melepaskan jawatan atau diberhentikan dari jawatan masing-masing atas kegagalan mencapai KPI masing-masing,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, apa guna bercakap dan bermesyuarat berkenaan KPI apabila KPI paling penting untuk KDN dan PDRM ialah menjaga keselamatan rakyat dan harta benda rakyat tidak dapat dijamin.

Ini, ujarnya dapat dilihat dengan kejadian terbaru di sebuah gereja di Kota Tinggi yang boleh mengakibatkan berlaku pertembungan antara kaum dan agama di kalangan rakyat Malaysia.

Katanya, kabinet Datuk Seri Mohd Najib Razak hanya bercakap besar tentang pencapaian KPI, walaupun sudah dua kali kabinet membincangkannya, tiba-tiba kewajipan asas kerajaan amnya dan KDN serta PDRM khasnya untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta menjaga harta benda rakyat tidak dapat dilakukan.

“Hishammuddin dan Musa kena berhenti atau diberhentikan daripada jawatan masing-masing dan Najib kena tunjuk pada rakyat ‘kaki bangku’ seperti kedua-duanya tidak ada tempat dalam kabinet dan kerajaan.

“Buang saja mereka, baru Najib boleh bercakap walk the talk,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Harakahdaily.net/-

11 pelajar bukan Islam di Pasti Kampung Lobou

03 Safar 1431H

SEPANGGAR, 17 Jan: Pasti Al-Islah Kampung Lobou menempa sejarah istimewa penubuhannya apabila 11 daripada 20 orang pelajar yang mendaftar adalah bukan Islam.

Pasti yang baru sahaja ditubuhkan itu diberi nama Al-Islah sempena nama surau yang bersebelahan.

Ketua Pengarah Pasti Pusat, Azrin Abd Majid yang telah merasmikan penubuhan Pasti itu semalam, melahirkan rasa gembira dengan kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat bukan Islam kepada institusi di bawah Dewan Pemuda PAS itu.

"Ini satu bukti orang bukan Islam meyakini sistem pendidikan Pasti dan juga membuktikan kehadiran Islam adalah untuk semua manusia," kata beliau.

Di dalam ucapannya, turut berhasrat supaya murid-murid bukan Islam yang belajar di Pasti boleh aktif mengikuti aktiviti-aktiviti Pasti seperti pertandingan sukan dan ihtifal.

Sebelum majlis perasmian dimulakan, Azrin telah menyampaikan kuliah Maghrib yang bertajuk "Hijrah Membawa Keluarga Bahagia".

Turut hadir di majlis perasmian itu ialah Mudir Pasti, Miyasir dan wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Salahuddin dan Zulkarnain, setiausaha kerja Pasti Wilayah Persekutuan.

Azrin juga menyertai majlis dialog bersama ibu bapa pelajar Pasti Papar.

Harakahdaily.net/-

Pastikan satu lawan satu di Sabah

03 Safar 1431H

KOTA BELUD, 17 Jan: Kesepakatan Pakatan Rakyat akan terus diterjemahkan di negeri Sabah dengan memastikan satu lawan satu di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Perkara ini dinyatakan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat yang menjaga hal ehwal negeri Sabah, Anuar Ali pada majlis ceramah di sebuah Pasti di sini, malam tadi.

Beliau menegaskan bahawa tidak akan ada lagi pertembungan di antara parti komponen Pakatan Rakyat tetapi pertembungan hanya antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum nanti.

"Rakyat negeri ini yang istimewa kerana rakyat Sabah mampu menukar kerajaan beberapa kali," katanya.

Menurutnya, rakyat negeri ini mempunyai jati diri sebagai seorang yang merdeka seperti yang terkandung di dalam lagu negeri Di Bawah Bayu.

Di dalam majlis ceramah itu juga, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan memberikan motivasi dan 10 tips bagaimana Pakatan Rakyat boleh menawan Negeri Sabah pada masa akan datang.

Beliau meyakinkan pendengar bahawa sememangnya kerajaan BN sudah tidak kuat tetapi mereka sedaya upaya melindungi dan menutup kelemahan dengan isu-isu yang sengaja ditimbulkan.

"Sebagaimana contoh isu kalimah Allah yang digunakan untuk menutup isu enjin jet yang hilang dan kerugian berbilion ringgit dalam isu PKFZ.

"Cuma tinggal lagi kita perlu memantapkan saf kita, dan jika ya, kita mampu tumpaskan kerajaan yang korup yang zalim tersebut," katanya.

Hujan yang berterusan dari siang sehingga malam menyebabkan tempat ceramah dipindahkan dan berpuluh penyokong Pakatan Rakyat di daerah Kota Belud terkandas.

Walau bagaimanapun ia tidak menghalang semangat orang ramai hadir memenuhi Pasti tempat ceramah tersebut diadakan.

Harakahdaily.net/-


Bantah kesal cara polis surai himpunan

03 Safar 1431H

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (Bantah), kesal tindakan pihak polis yang didakwa bertindak ganas dan kasar ketika menyuraikan himpunan mereka dihadapan bangunan pejabat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Putrajaya Jumaat lalu.

Selain mengecam tindakan itu, jurucakap Bantah, Mohd Ridzuan Othman turut mempersoal penangkapan yang dibuat ke atas beberapa pemimpin pelajar sedangkan dakwanya perhimpunan tersebut berlaku dengan aman.

"Bantah mengecam tindakan ganas dan kasar pihak polis yang menangkap Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM), Sdr. Shazni Munir sedangkan kekecohan ditimbulkan oleh pihak polis sendiri.

"Adakah Malaysia sekarang sudah bertukar kepada negara kepolisan?," katanya dalam satu kenyataan.

Jumaat lalu, Bantah dengan beberapa pertubuhan mahasiswa termasuk Pro-Mahasiswa Nasional dan 50 mahasiswa lain telah hadir ke KPT bagi menyerahkan memorandum mendesak kementerian memansuhkan pelaksanaan sistem undian elektronik atau E-Undi pada Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang.

(Gambar: Shazni Munir ditangkap dalam himpunan tersebut)

Kehadiran kumpulan mereka bagaimanapun bertukar kecoh apabila mereka berdepan arahan bersurai pihak polis yang membawa kepada penangkapan dua wakil pelajar dan seorang wartawan.

Kejadian itu bagaimanapun berlaku selepas lima orang pimpinan mahasiswa berkenaan berjaya menghartar memorundum tersebut.

Menurut Ridzuan, jika tekanan sebegitu dikenakan kepada mahasiswa, maka perundangan mana lagi yang wajar digunapakai memandangkan Artikel 10(1) (b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak berkumpul secara aman tanpa senjata dibenarkan.

"Mahasiswa sebagai aset negara diperlakukan semacam ‘penjenayah tegar’ sedangkan mahasiswa mempunyai hak untuk berhimpun.

"Bantah kesal dengan tindakan tidak profesional polis di dalam himpunan mahasiswa!" katanya lagi.

Jelasnya lagi, kejadian Jumaat lalu juga sewajarnya dipandang serius kerajaan Malaysia khususnya bagi memperbetul integriti pasukan polis agar tidak dipandang serong oleh masyarakat.

Harakahdaily.net/-

Nik Sapeia bersumpah nama Allah, dakwa dianiaya

03 Safar 1431H
Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 17 Jan: Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang didapati bersalah oleh mahkamah kerana menyembur bahan berbahaya terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini tampil mempertahan dirinya dengan membuat akuan sumpah menggunakan nama Allah.

Beliau berbuat demikian di kediamannya di Pasir Tumboh pagi ini.

Menurutnya, tindakan bersumpah dengan nama Allah itu dibuat berikutan perbicaraannya telah selesai dan hukuman telah dijatuhkan namun merasakan dirinya dianiaya.

"Hari ini saya bersumpah dengan Nama Allah,Wallahi,Wabillahi,Wattallahi,demi Allah sesungguhnya saya dengan ini bersumpah tidak menyerang atau menyembur Tun Dr.Mahathir Mohamed sebagaimana yang dituduh kepada saya” ujar beliau yang juga Naib Presiden Parti Progresif Penduduk(PPP).

"Saya sedar akan sumpahan saya ini dan saya sudah mendapat pandangan daripada orang alim dan pimpinan parti demi menjaga maruah diri dan parti saya," katanya lagi.

Nik Sapeia juga berkata beliau akur dengan keputusan yang dijatuhkan oleh mahkamah dan kini sedang membuat proses rayuan ke mahkamah tinggi.

Mahkamah Majistret Kota Bharu baru-baru ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas beliau didapati bersalah menyebabkan kecederaan dengan menyembur bahan berbahaya terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamed dan tiga yang lain dalam satu insiden di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.

Majistret Azman Mustapha bagaimanapun membenarkan perlaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sehingga rayuan selesai di putuskan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan nanti.

Harakahdaily.net/-

Pemuda PAS Sabah bersedia hadapi PRU-13

03 Safar 1431H
Rusly Yasmin

PUTATAN, 17 Jan: Lebih 300 pemuda PAS daripada seluruh kawasan negeri Sabah bersiap sedia menyusun kekuatan membantu Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Ketuanya, Lahirul Latinggu berkata bahawa konvensyen pemuda negeri yang diadakan di Pejabat PAS kawasan Putatan semalam telah menyuntik semangat pemuda untuk terus berkerja ke arah memenangkan Pakatan.

lebih 300 pemuda dari semua kawasan negeri itu hadir ke konvensyen tersebut.

"Pemuda Negeri akan memfokuskan 3 perkara selepas ini, iaitu pengukuhan tarbiyah, pengukuhan politik dan pengukuhan organisasi selain pengukuhan ke arah menawan sabah masa akan datang.

"Selepas kemenangan Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, minda rakyat Sabah telah terbuka dan mereka telah mula menerima kehadiran Pakatan Rakyat" ujar beliau ketika dihubungi tadi.

Menurut beliau, terlalu banyak isu yang berlaku namun gagal di selesaiakan oleh kerajaan negeri Sabah seperti isu tanah, pendidikan, dan masalah sosial yang menghantui masyarakat setempat.

"Ini merupakan satu batu loncatan untuk pemuda PAS dan Pakatan Rakyat bergerak lebih pantas di masa akan datang" tambahnya.

Ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan dan barisan exconya telah membentangkan kertas kerja di dalam konvensyen tersebut.

Harakahdaily.net/-

Umno Has No Right To Talk About Islam

03 Safar 1431H
By : Nash Ar-Rawy

Umno has no right to talk about Islam because it’s a United Malay Nationalist Party ; whereas Islam is universal regardless of race and religion ( PAS for All ) .So, we could see the reason why Umno violated the Hudud Act and stopped Hadi Awang from proposing it in the parliament trice. Whereas, according to the teachings of Islam , Hudud Law is only meant for the muslims only and the non-muslims could opt for the present civil law .

This is ordained clearly in the Holy Qur’an : “ La ikro hafiddeen” ( There’s no compulsion in religion) meaning to the non-muslims only but for the muslims they are abide. Suddenly Umno is talking about the usage of the word Allah by the non –muslims in particularly used by the Christians.

Thus, being a nationalist Malay party , Umno is using religion to wow the Muslims votes in the next coming 13th GE . as being truly ‘Islamic’ as a champion of Islam even though it has forgo the Hudud Law.

In Umno’s by law , Malay race, Malay sultanates and Islam is only a tool for umno to achieve it’s Malay Nationalism plight . Islam is only an instrument as what they are doing now in manipulating the issue of Allah used by our Christian brothers.

In Islam human beings are all blood brothers as we are all the siblings of Adam and Even and it’s proven in our naked –eye in the process of blood transfusion. This beautiful world creation of God is meant for everybody regardless of race , ethnic and religion.

Nowadays, religious extremism and racist are not accepted anymore by Malaysian as a multi-racial country . What the masses want is justice , transparency , and ‘rakyat minded’policies being done by the ruling party not corporate minded policies for the rich and turn this nation into a Corporate State . The masses are checking out facts and figures given by Mahathir that during Badawi’s reign money spent wastefully the some of RM 270 Billions. Whereas, Barry Wain said in his book Mahathir himself has over-spent the people’s money the some of RM 100 Billions in the minimum , may be more.

Total up together, where goes so much of the ‘Rakyat Money” amounted both of them the sum of RM 370 Billions. Take for example Daya Bumi building bail-out by petronas and Bank Bumiputra now CIMB and also Perjawa Steel being trice bail-out . Twin tower in KL a waste and Formula one Sepang maintainance alone costs RM One Million a day being paid by “Rakyat Money”.i.e RM365 Millions per year.

These are the things forcussed and interested by the Rakyat. The masses are also watching the law of the rulers manipulating the rule of law. ISA injustice; judgement without trial being the style of UBN as the ruling party to maintain and sustain its rule. Perak ‘s pirate government abuse of law and order in the State Assembly overthrown the Menteri Besar and the speaker in a very manipulative political power greed of UBN; without the vote of non –confident against the MB in the State Assembly; which complies all the parliamentary and democratic procedures throughout the world.

What is the speaker as the chief of our nation’s highest law makers institution or Legislative in the parliament or state level i.e. The State Assembly.

But the speaker could easily be thrown out off the ‘Dewan” by the police abetment creating chaos in the ‘Dewan” whereas in the “Dewan “ the speaker as the chief of our ‘Law Makers Institution” holds the highest post as in the parliament ; the speaker is above PM and his cabinet ministers , Lord President , Attorney General and the I.G.P. as well. Where is law and order in this country under UBN as the ruling party.

There’s no medicine to cure our nation’s syndromes and the chronic abuse of power in running the nation ; except for the masses to change the future of the nation and to save SATU MALYSIA from going down deteriorating i.e. through the ballot paper.

The masses have high hopes for a change and only the voters could do it . A new platform has been offered for the masses ie. PAKATAN RAKYAT which has been officially registered consisting of the ‘Rakyat’ parties for universal justice; mainly PAS DAP PKR using the symbol ‘Bunya Raya “ ( Hibiscus ).

In order to save our jurisdiction , legislative from being prolong manipulated by the devils in UBN ; the electorates must not be the victims of Umno playing the issues of racist and religious extremism which are not the true teachings of Islam . PAS has set a good example of Islamic and just government; non-racist and freedom of religion and worship giving the religious rights to the buddists erecting the tallest Buddha statue in the county . Siamese , Chinese , Indians live peacefully and harmony in the Malay predominantly state. Nik Aziz as the Menteri Besar and being a spiritual leader has set a good example of a universal non-racial leadership governance.

Like wise, Lim Guan Eng of DAP-PAKATAN , Azizan of PAS-PAKATAN and Ibrahim of PKR –PAKATAN are eye –witness of PAKATAN GOVERNMENT as the ruling party ; which means UBN could also be the opposition party in the country and the country could prosper even without UBN existence anyway.

There’s no way for UBN to correct the mal function of separation of power in the judiciary and legislative as shown in the Perak coup; due to the presence of so many devils in UBN destroying and deteriorating democracy with autocracy.

The only way to chase away the devils is only through the ballot-paper. The electorates has the power of the people to make it a reality of a just government by dethrone UBN with the ‘BUNGA RAYA’ to chase away all the “HANTU RAYAS” in UBN . In order to chain the devils ; SPRM, IGP, Lord President, Attorney General , SPR and Jabatan Pendaftaran Negara must be taken under the Parliament jurisdiction i.e the Yang Di Pertuan Agung and no more as subordinates of the ‘Chief Devil “ .

How could the devils talk about the good name of God ; when they ‘ve smeared and cursed the ‘Hudud Law’ when Islam only remains as their baits and a tool of Malay nationalism; that’s all . Even the Malay sultanates and Umnoputra have been taken into their agenda to fool the Malays as a whole . These are all the works of devils in Umno and on the other side collaborated with other devils in PKFZ with MCA, Gerakan etc. as a ‘ Strong Devil Team “ in UBN . To sustain their power ; they turned the nation into a ‘Corporate Police State”; where are the priority for the rakyat . “ Corporate is the priority and sucking the blood of the people being its achievements” prize of sugar gone up because devils never take sugar but they only take the blood of rakyat!. Dethrone the devil rule and start preparing from now on a ‘Bunga Raya ‘ rule i.e . PAKATAN RAKYAT to chase away and chain all the devils( ‘Hantu Rayas’)in UBN ! in the next coming 13th GE. by the grace of God .
“ GOD IS THE GREATEST ! “

GANJARAN YANG DISEDIAKAN OLEH ALLAH TA'ALA DI DALAM SYURGA

03 Safar 1431H
Email : Sal Am


- وعنْ جَابِرٍ رضي الله عنه قَالَ:قَالَ رسُولُ اللَّهِ رسول الله صلي الله عليه وسلم: « يَأْكُلُ أَهْلُ الجنَّةِ فِيهَا ويشْرَبُونُ ، ولا يَتَغَوَّطُونَ ، ولا يمْتَخِطُونَ ، ولا يبُولُونَ ، ولكِنْ طَعامُهُمْ ذلكَ جُشَاء كَرشْحِ المِسْكِ يُلهَمُونَ التَّسبِيح وَالتكْبِير ، كَما يُلْهَمُونَ النَّفَسَ » رواه مسلم .
Jabir ra berkata"Rasulullah saw bersabda:"Dalam syurga itu para ahli syurga sama makan dan minum, tetapi mereka itu tidak membuang air besar, tidak beringus dan tidak pula membuang air kecil, tetapi makanan mereka itu menjadi serdawa seperti percikan minyak kasturi.Mereka diilhami untuk terus bertasbih serta bertakbir sebagaimana juga dikurniakan kepadanya pernafasan tanpa kesukaran." (Riwayat Muslim)

- وعَنْ أَبي هُريْرةَ رضي الله عنه قَال : قَال رسُولُ اللَّهِ صلي الله عليه وسلم: « قَال اللَّه تَعالَى: أَعْددْتُ لعِبادِيَ الصَّالحِينَ مَا لاَ عيْنٌ رَأَتْ ، ولاَ أُذُنٌ سَمِعتْ ولاَ خَطَرَ علَى قَلْبِ بَشَرٍ ، واقْرؤُوا إِنْ شِئتُمْ : { فَلا تَعْلَمُ نَفْسٌ ما أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جزَاءً بِما كَانُوا يعْملُونَ } [ السجدة 17 ] متفقٌ عليه
Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: "Allah Ta'ala berfirman"Aku menyediakan untuk hamba-hambaKu yang shalih pahala yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah didengari oleh telinga dan juga tidak pernah terlintas di dalam hati saorang manusia pun.Bacalah sekiranya kamu mahu firman Allah "Maka tiada seorang-pun yang dapat mengetahui pahala yang disembunyikan untuk mereka yang berupa apa-apa yang menyenangkan mata." (as-Sajdah:17) (Muttafaq'alaih)

3- وعَنْهُ قَالَ : قال رسُولُ اللَّهِ : أَوَّلُ زُمْرَةٍ يدْخُلُونَ الْجنَّةَ على صُورَةِ الْقَمرِ لَيْلَةَ الْبدْرِ ثُمَّ الَّذِينَ يلُونَهُمْ علَى أَشَدِّ كَوْكَبٍ دُرِّيٍّ في السَّمَاءِ إِضَاءَةً لاَ يُبولُونَ ولاَ يتَغَوَّطُونَ ولاَ يتْفُلُونَ ولاَ يمْتَخِطُون أمْشاطُهُمُ الذَّهَبُ ورشْحهُمُ المِسْكُ ومجامِرُهُمُ الأُلُوَّةُ ¬ عُودُ الطِّيبِ ¬ أَزْواجُهُم الْحُورُ الْعِينُ علَى خَلْقِ رجُلٍ واحِد علَى صُورَةِ أَبِيهِمْ آدم سِتُّونَ ذِراعاً في السَّماءِ . متفقٌ عليه .
Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah saw bersabda:"Kumpulan pertama yang memasuki syurga itu rupa mereka bagaikan bulan purnama kemudian kumpulan yang mengiringi mereka itu bagaikan bintang di langit yang paling terang cahayanya.Mereka itu tidak mengeluarkan kotoran, kecil atau besar dan juga tidak pernah berludah dan beringus.Sikat mereka diperbuat dari emas,peluh mereka bagaikan kasturi dan pewanginya dari aluwwah yaitu kayu harum. Isteri-isteri mereka adalah bidadari-bidadari,Mereka itu dicipta sebagaimana rupa ayah mereka Nabi Adam, tingginya enampuluh hasta ." (Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat Imam Bukhari dan Muslim disebutkan pula:
وفي روايةٍ للبُخَارِيِّ ومُسْلِمٍ : آنيتُهُمْ فِيهَا الذَّهَبُ ، ورشْحُهُمْ المِسْكُ ، ولِكُلِّ واحِدٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ يُرَى مُخُّ سُوقِهما مِنْ وراءِ اللَّحْمِ مِنَ الْحُسْنِ ، لاَ اخْتِلاَفَ بينَهُمْ ، ولا تَبَاغُضَ : قُلُوبهُمْ قَلْبُ رَجُلٍ واحِدٍ ، يُسَبِّحُونَ اللَّه بُكْرةَ وَعَشِيّاً .
"Bekas yang digunakan oleh mereka diperbuat dari emas, keringat mereka bagaikan kasturi.setiap mereka mempunyai dua orang isteri yang sumsum betisnya itu dapat dilihat dari balik daging karana indahnya, tiada perbedaan antara para ahli syurga itu dan tiada pula rasa saling benci-membenci. Hati mereka adalah bagaikan hati satu orang lelaki. Mereka bertasbih di waktu pagi dan petang.

4- وَعَنْ أَبي مُوسَى رَضِي اللَّه عنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ : إِنَّ للْمُؤْمِنِ في الْجَنَّةِ لَخَيْمةً مِنْ لُؤْلُؤةٍ وَاحِدةٍ مُجوَّفَةٍ طُولُهَا في السَّماءِ سِتُّونَ ميلاً للْمُؤْمِنِ فِيهَا أَهْلُونَ يَطُوفُ عَلَيْهِمُ المُؤْمِنُ فَلاَ يَرى بعْضُهُمْ بَعْضاً. متَّفقٌ علَيْهِ.
Dari Abu Musa ra Nabi saw bersabda:"Sesungguhnya bagi setiap sebuah khemah dalam syurga yang diperbuat dari sebiji mutiara yang berlubang tengahnya. Panjangnya ke langit enampuluh mil. Bagi sesaorang mu'min di dalamnya itu ada beberapa keluarga yang dikelilingi oleh orang mu'min, tetapi antara yang seorang dengan yang lainnya sedangkan tidak ada yang melihat antara mereka." (Muttafaq 'alaih)


وَعَن المُغِيرَةِ بْن شُعْبَة  عنْ رسُولِ اللَّهِ  قَالَ : سأَل مُوسَى صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم ربَّهُ ، ما أَدْنَى أَهْلِ الْجنَّةِ مَنْزلَةً ؟ قَالَ : هُو رَجُلٌ يجِيءُ بعْدَ ما أُدْخِل أَهْلُ الْجنَّةِ الْجَنَّةَ، فَيُقَالُ لَهُ :اُدْخُلِ الْجنَّة . فَيقُولُ : أَيْ رَبِّ كَيْفَ وقَدْ نَزَل النَّاسُ منَازِلَهُمْ ، وأَخَذُوا أَخَذاتِهِم ؟ فَيُقَالُ لهُ : أَتَرضي أَنْ يكُونَ لَكَ مِثْلُ مُلْكِ مَلِكٍ مِنْ مُلُوكِ الدُّنْيا ؟ فَيقُولُ : رضِيتُ ربِّ ، فَيقُولُ : لَكَ ذَلِكَ ومِثْلُهُ ومِثْلُهُ ومِثْلُهُ ومِثْلُهُ ، فَيقُولُ في الْخَامِسَةِ: رضِيتُ ربِّ ، فَيَقُولُ : هَذَا لَكَ وعشَرةُ أَمْثَالِهِ ، ولَكَ ما اشْتَهَتْ نَفْسُكَ ، ولَذَّتْ عَيْنُكَ. فَيَقُولُ:رضِيتُ ربِّ،قَالَ : ربِّ فَأَعْلاَهُمْ منْزِلَةً ؟ قال : أُولَئِك الَّذِينَ أَردْتُ ، غَرسْتُ كَرامتَهُمْ بِيدِي وخَتَمْتُ علَيْهَا ، فَلَمْ تَر عيْنُ ، ولَمْ تَسْمعْ أُذُنٌ ، ولَمْ يخْطُرْ عَلَى قَلْبِ بشَرٍ. رواهُ مُسْلم .
Dari al-Mughirah bin Syu'bah dari Rasulullah s.a.w. sabdanya:"Musa bertanya kepada Tuhannya: "Bagaimanakah serendah-rendah tingkat ahli syurga itu?" Allah berfirman: "Yaitu seorang lelaki yang datang sesudah para ahli syurga dimasukkan dalam syurga.dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam syurga!" Orang itu berkata: "Ya Tuhanku, bagaimanakah saya dapat masuk, sedangkan orang lain sudah menempah kediaman mereka dan mereka telah pula mengambil bagian yang ditentukan untuk mereka."dikatakan kepadanya lagi:"Adakah engkau ridha jika untukmu diberikan bagian seperti raja dari raja-raja di dunia?"dia menjawab:"Saya ridha."Allah berfirman:"Engkau dapat memperoleh yang sedemikian dan yang seperti itu, lagi yang seperti itu,juga yang seperti itu pula dan seperti itu pula." Untuk kelima kalinya ia berkata: "Saya ridha ya Tuhanku." Allah berfirman pula: "Inilah untukmu dan ada sepuluh lagi yang seperti dengan ini,untukmu juga segala sesuatu yang diinginkan oleh hatimu dan yang selesa dipandang oleh mata.Orang itu berkata:"Saya ridha ya Tuhanku."Musa bertanya lagi: "Ya Tuhanku, bagaimanakah tingkat yang tertinggi bagi ahli syurga itu?"Allah berfirman: "Mereka itu adalah orang-orang yang Aku kehendaki. Aku tanamkan kemuliaan mereka dengan tanganku dan Aku tutupkan atasnya, sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata,tiada pernah didengari oleh telinga dan tiada pernah terlintas dalam hati seorang manusiapun.H.R Imam Muslim

وعن ابْنِ مسْعُودٍ  قال:قَال رسُولُ اللَّهِ : إِنِّي لأَعْلَمُ آخِرَ أَهْل النَّار خُرُوجاً مِنهَا ، وَآخِرَ أَهْل الْجنَّةِ دُخُولاً.رجُلٌ يخْرُجُ مِنَ النَّارِ حبْواً ، فَيقُولُ اللَّه عزَّ وجَلَّ لَهُ : اذْهَبْ فَادخُلِ الْجنَّةَ ، فَيأْتِيهَا ، فيُخيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى ،فيَرْجِعُ ، فَيقُولُ : ياربِّ وجدْتُهَا مَلأى ، يَقُولُ اللَّه عزَّ وجلَّ لهُ : اذْهَبْ فَادْخُلِ الجنَّةَ ، فيأْتِيها ، فَيُخَيَّل إِلَيْهِ أَنَّهَا ملأى ، فَيرْجِعُ . فيَقُولُ : ياربِّ وجدْتُهَا مَلأى ، ، فَيقُولُ اللَّه عزَّ وجلَّ لهُ : اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ . فإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيا وعشَرةَ أَمْثَالِها ، أَوْ إِنَّ لَكَ مِثْل عَشرَةِ أَمْثَالِ الدُّنْيا ، فَيقُولُ : أَتَسْخَرُ بِي، أَوَ أَتَضحكُ بِي وأَنْتَ الملِكُ قَال: فَلَقَدْ رأَيْتُ رَسُول اللَّهِ  ضَحِكَ حَتَّى بدت نَوَاجذُهُ فَكَانَ يقُولُ : « ذَلِكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ منْزِلَةً » متفقٌ عليه .
Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya:Rasul saw bersabda "Sesungguhnya saya mengetahui orang yang terakhir keluar dari neraka dan orang yang terakhir masuk syurga Yaitu seorang lelaki yang keluar dari neraka dengan merangkak, lalu Allah berfirman:"Pergilah masuk kedalam syurga." Orang itu menghampiri syurga lalu terbayang di matanya, seolah-olah syurga itu sudah penuh sesak.dia kembali lalu berkata: "Ya Tuhanku, saya dapati syurga itu sudah penuh sesak."Allah berfirman kepadanya:"Pergilah dan masuklah kedalam syurga." Sekali lagi ia mendatangi syurga itu dan tampak pula dalam pandangannya, seolah-olah syurga itu sudah penuh sesak. la kembali pula lalu berkata: "Ya Tuhanku, saya mendapatkan syurga itu sudah penuh sesak." Allah berfirman pula: "Pergilah, sesungguhnya untuk mu itu adalah seperti dunia luasnya dan digandakan sepuluh kali lagi seperti itu.atau untukmu adalah sepuluh kali ganda luas dunia."Orang itu berkata:"Adakah kamu mengejek aku atau mentertawakan diriku, sedangkan kamu itu raja."Ibnu Mas'ud berkata: "sesungguhnya saya melihat Rasulullah s.a.w. ketawa, sehingga tampaklah gigi-gigi gerahamnya, kemudian beliau bersabda: "Yang sedemikian itu tingkat yang terendah sekali dari golongan ahli syurga." (Muttafaq 'alaih)

وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ  عَنِ النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَال: إِنَّ في الْجنَّةِ لَشَجرَةً يسِيرُ الرَّاكِبُ الْجوادَ المُضَمَّرَ السَّرِيعَ ماِئَةَ سنَةٍ مَا يَقْطَعُهَا. متفقٌ عليه .
Abu Said al-Khudri r.a berkata Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pohon yang kalau dijalani oleh seseorang memacukan kudanya yang laju lagi pantas larinya dalam masa seratus tahun,belum tentu dapat menamatkan perjalanannya." (Muttafaq 'alaih)

- وَعَنْ ابى هريرة عَن النَّبِيِّ  قَالَ:إنَّ أَهْلَ الْجنَّةِ لَيَتَرَاءُوْنَ أَهْلَ الْغُرَفِ مِنْ فَوْقِهِمْ كَمَا تَتَرَاءَوْنَ الكَوْكَبَ الدُّرَّيَّ الْغَابِرَ في الأُفُقِ مِنَ المشْرِقِ أَوِ المَغْربِ لتَفَاضُلِ ما بَيْنَهُمْ. قَالُوا:يَا رَسُولَ اللَّه،تلْكَ مَنَازلُ الأَنْبِيَاءِ لاَ يبْلُغُهَا غَيْرُهُمْ ؟ قَالَ: بلَى وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ رجَالٌ أَمَنُوا بِاللَّهِ وصَدَّقُوا المُرْسلِينَ. متفقٌ عليه .
Abu Said al-Khudri r.a.berkata Nabi s.a.w., sabdanya: Sesungguhnya ahli syurga itu niscayalah dapat melihat penghuni-penghuni bilik-bilik yang ada di atas mereka, sebagaimana engkau semua melihat bintang yang cemerlang cahayanya yang berlalu di cakrawala dari arah timur ke arah barat, karena adanya kelebihan keutamaan di antara mereka itu."Para sahabat bertanya: "Apakah itu kediaman para Nabi yang tidak dapat dicapai oleh orang yang selain mereka itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Benar,demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggamannya,tetapi juga tempatnya orang-orang yang beriman kepada Allah serta membenarkan Rasul-rasul." (Muttafaq 'alaih)
2- وعنْ أَبي هُريْرةَ  أَنَّ رسُول اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَال: لَقَابُ قَوْسٍ في الْجَنَّةِ خَيْرٌ مِمَّا تَطْلُعُ علَيْهِ الشمْسُ أَوْ تَغْربُ. متفقٌ عليهِ .
Dari Abu Hurairah r.a., bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Niscayalah separuh dari panah yang ada di syurga itu adalah lebih baik daripada segala sesuatu yang matahari terbit serta terbenam padanya - yakni lebih baik daripada dunia dan seisinya." (Muttafaq 'alaih)
3- وعنْ أَنَسٍ  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ:إِنَّ في الْجنَّةِ سُوقاً يأْتُونَهَا كُلَّ جُمُعةٍ . فتَهُبُّ رِيحُ الشَّمالِ ، فَتحثُو في وُجُوهِهِمْ وثِيَابِهِمْ، فَيزْدادُونَ حُسْناً وجَمالاً . فَيَرْجِعُونَ إِلَى أَهْلِيهِمْ ، وقَدْ ازْدَادُوا حُسْناً وجمالاً،فَيقُولُ لَهُمْ أَهْلُوهُمْ:وَاللَّهِ لَقَدِ ازْدَدْتُمْ حُسْناً وجمالاً، فَيقُولُونَ:وأَنْتُمْ وَاللَّهِ لَقَدِ ازْددْتُمْ بعْدَنَا حُسناً وَجمالاً ،» رواهُ مُسلِمٌ .
Anas r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada pasarnya, yang didatangi oleh para ahli syurga pada tiap hari Jum'at, lalu meniuplah angin utara- sebagai kiasan yang penuh kenyamanan dan keberkahan -kemudian mengenai wajah-wajah dan pakaian-pakaian mereka, sehingga mereka itu menjadi bertambah bagus dan elok. Selanjutnya kembalilah mereka ke tempat keluarga mereka dalam keadaan mereka telah bertambah bagus dan elok itu. Keluarga-keluarganya itu berkata kepada mereka: "Demi Allah, sungguh-sungguh anda sekalian telah bertambah bagus dan eloknya." Mereka lalu menjawab: "Engkau semuapun, demi Allah, benar-benar telah bertambah indah dan cantiknya." (Riwayat Muslim)
4- وعنْ سَهْلِ بْنِ سعْدٍ رضِي اللَّه عنْهُ أَنَّ رسُولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ:إِنَّ أَهْلَ الْجنَّةِ لَيَتَراءَوْنَ الْغُرفَ في الْجنَّةِ كَمَا تَتَرَاءَوْنَ الْكَوْكَبَ في السَّماءِ. متفقٌ عليه .
Sahl bin Sa'ad r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya para ahli syurga itu niscayalah dapat melihat bilik-biliknya sendiri yang ada di dalam syurga itu, sebagaimana engkau semua dapat melihat bintang di langit." (Muttafaq 'alaih)
5- وَعنْهُ رضِي اللَّه عنْهُ قَال : شَهِدْتُ مِنَ النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم مجْلِساً وَصفَ فِيهِ الْجَنَّةَ حتَّى انْتَهَى ، ثُمَّ قَال في آخِرِ حدِيثِهِ : « فِيهَا ما لاَ عيْنٌ رأَتْ ، ولا أُذُنٌ سمِعَتْ ، ولاَ خَطَر عَلى قَلْبِ بشَرٍ ، ثُمَّ قَرأَ { تتجافى جُنُوبُهُمْ عَنِ المضَاجِعِ } إِلى قَوْلِهِ تَعالَى : {فَلاَ تعْلَمُ نَفْسٌ ما أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْينٍ} . رواهُ البخاري .
Sahl bin Sa'ad r.a. berkata pula,"Saya menyaksikan dari Nabi s.a.w. akan suatu majlis yang di situ beliau s.a.w. menerangkan sifat syurga, sehingga selesai, kemudian dalam akhir pembicaraannya beliau s.a.w. bersabda:"Di dalam syurga itu adalah kenikmatan-kenikmatan yang tidak pernah ada mata yang melihatnya, tidak ada telinga yang pernah mendengarnya dan tidak pernah terlintas dalam hati seseorangpun."Selanjutnya beliau s.a.w. membacakan ayat - yang artinya: "Lambung-lambung mereka menjauh dari tempat-tempat tidurnya" sehingga firmanNya: "Maka tiada seorangpun yang dapat mengetahui pahala yang disembunyikan untuk mereka yang berupa apa-apa yang menyenangkan mata. (as-Sajdah: 17)(Riwayat Bukhari)


1- عنْ أَبِي سعِيدٍ وأَبي هُريْرةَ  أَنَّ رسُول اللَّهِ  قَال:"إِذَا دخَلَ أَهْلُ الْجنَّةِ الجنَّةَ يُنَادِي مُنَادٍ:إِنَّ لَكُمْ أَنْ تَحْيَوْا،فَلا تَمُوتُوا أَبداً وإِنَّ لكُمْ أَنْ تَصِحُّوا، فَلاَ تَسْقَمُوا أَبداً، وإِنَّ لَكُمْ أَنْ تَشِبُّوا فَلا تهْرَمُوا أَبداً وإِنَّ لَكُمْ أَن تَنْعمُوا، فَلا تبؤسوا أَبَداً".رواهُ مسلم .
Dari Abu Said dan Abu Hurairah ra bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila para ahli syurga sudah memasuki syurga, maka menyerulah malaikat :"Sesungguhnya kamu akan hidup tidak ada kematian untuk selama-lamanya, kamu akan terus sihat dan tidak akan sakit selama-lamnya, kamu akan sentiasa muda dan tidak akan tua, kamu akan terus memperolehi kenikmatan dan tidak akan mendapat kesusahan untuk selama-lamanya." (Riwayat Muslim)

2- عَنْ أَبي هُريْرَةَ أَنَّ رَسُول اللَّهِ  قَالَ : « إِنَّ أَدْنَى مقْعَدِ أَحدِكُمْ مِنَ الْجنَّةِ أَنْ يقولَ لَهُ : تَمنَّ فَيَتَمنَّي ويتَمنَّي فَيَقُولُ لَهُ : هلْ تَمنَّيْتَ ؟ فَيَقُولُ : نَعمْ فَيقُولُ لَهُ : فَإِنَّ لَكَ ما تَمنَّيْتَ ومِثْلَهُ معهُ » رَواهُ مُسْلِمٌ .
Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya serendah-rendah tempat di dalam syurga itu ialah bahwa dikatakan kepadanya:Beranganlah kamu,lalu dia pun berangan, ditanyakan kepadanya lagi: "Adakah engkau telah selesai?" la berkata: "Ya, sudah." Kemudian dikatakan lagi kepadanya: "Engkau akan memperoleh apa saja yang engkau harapkan dan yang seperti itu pula besertanya." (Riwayat Muslim)

3- وعنْ أَبِي سعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رسُول اللَّه  قَال : « إِنَّ اللَّه عزَّ وجلَّ يقُولُ لأهْل الْجنَّةِ : يا أَهْلَ الْجنَّة ، فَيقُولُونَ : لَبَّيْكَ ربَّنَا وسعْديْكَ ، والْخيرُ في يديْك فَيقُولُ : هَلْ رَضِيتُمْ ؟ فَيقُولُونَ : وما لَنَا لاَ نَرْضَيِ يا رَبَّنَا وقَدْ أَعْطَيْتَنَا ما لمْ تُعْطِ أَحداً مِنْ خَلْقِكَ ، فَيقُولُ : أَلاَ أُعْطِيكُمْ أَفْضَلَ مِنْ ذَلَكَ ؟ فَيقُولُونَ : وأَيُّ شَيْءِ أَفْضلُ مِنْ ذلِكَ ؟ فيقُولُ : أُحِلُّ عليْكُمْ رضْوانِي ، فَلا أَسْخَطُ عليْكُمْ بَعْدَهُ أَبَداً » متفق عليه .
Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah berfirman kepada ahli syurga: "Hai ahli syurga." Mereka berkata: "Labbaik, ya Tuhan, wa sa'daik." Allah berfirman: "Adakah kamu redo?" Mereka menjawab: "Bagaimana kami tidak merasa redo, ya Allah, sedangkan Engkau telah memberikan kepada kami kurniaan yang tidak pernah Engkau berikan kepada seseorangpun dari makhluk mu." Allah berfirman lagi: "sukakah kamu jika Aku berikan yang lebih utama lagi?" Mereka bertanya: "Apakah yang lebih utama dari itu?" Allah berfirman: "Aku menempatkan keredoanKu pada kamu, maka Aku tidak akan murka pada kamu selama-lamanya." (Muttafaq 'alaih)

4- عنْ جرِيرِ بْنِ عبْدِ اللَّهِ قال : كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ  فَنَظَرَ إِلَى الْقَمرِ لَيْلَةَ الْبدْرِ ، وقَال : « إِنَّكُمْ ستَرَوْنَ رَبَّكُمْ عِياناً كما تَرَوْنَ هَذَا الْقَمرَ ، لاَ تُضامُونَ في رُؤْيتِهِ. مُتَّفَقٌ علَيْهِ .
Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya: "Kami berada di sisi Rasulullah s.a.w. lalu beliau s.a.w. melihat bulan pada malam purnama dan bersabda:"Engkau semua akan dapat melihat Tuhanmu semua dengan mata, sebagaimana kamu melihat bulan purnama ini.kamu tidak akan bersesak-sesak untuk melihatNya." (Muttafaq 'alaih)
5- عنْ صُهَيْب أَنَّ رسُول اللَّهِ  قَال: إِذَا دَخَل أَهْلَ الْجنَّةِ الجنَّةَ يقُولُ اللَّه تَباركَ وتَعالَى : تُرِيدُونَ شَيْئاً أَزِيدُكُمْ ؟ فَيقُولُونَ : أَلَمْ تُبيِّضْ وُجُوهَنَا ؟ أَلَمْ تُدْخِلْنَا الْجَنَّةَ وتُنَجِّنَا مِنَ النَّارِ؟ فَيكْشِفُ الْحِجابَ ، فَما أُعْطُوا شَيْئاً أَحبَّ إِلَيهِمْ مِنَ النَّظَرِ إِلَى رَبِّهِمْ. رواهُ مُسْلِمٌ .
Dari Shuhaib r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila kesemua ahli syurga sudah memasuki syurga, lalu Allah berfirman: "Adakah kamu mahukan sesuatu yang aku boleh tambahkan untuk kamu?" Mereka menjawab: "Bukankah kamu telah memutihkan wajah-wajah kami?Bukankah kamu telah memasukkan kami kedalam syurga dan menyelamatkan kami dari neraka?" lalu terbuka lah hijab,Maka tidak ada suatu kenikmatan yang diberikan kepada ahli syurga itu yang lebih disukai daripada melihat Zatnya Tuhan mereka,".(Riwayat Muslim)

DI SEDIAKAN OLEH
USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA 019-2627636
PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL ABRAR
NO. 19 Atas Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 3,
32040 Seri Manjung Perak.
E Mail ibrahim_mtd07@yahoo.com
Segala sumbangan derma boleh lah di salurkan ke dalam akaun bank muamalat no 08030002138714


China Lancarkan Satelit Pandu Arah Kompas Ketiga

03 Safar 1431H

China berjaya menggunakan roket Chang Zheng-3C untuk melancarkan satelit pandu arah kompas ketiga ke orbit yang dijadual di Pusat Pelancaran Satelit Xichang pada pukul 0.12 subuh ini.

Pegawai pusat tersebut memaklumkan, China sedang menjalankan kerja pembentukan sistem pandu arah satelit kompas, dan merancang akan melancarkan 5 satelit orbit geosegerak dan 30 satelit orbit bukan geosegerak, serta menyelesaikan usaha pembentukan sistem pandu arah yang meliputi sejagat menjelang tahun 2020.

Sebelum ini, China telah berjaya melancarkan dua satelit pandu arah kompas. Satelit ketiga ini ialah satelit orbit geosegerak.

CRI/-


ISU AGAMA : ISLAM AJAR HORMATI

03 Safar 1431H
Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (15 Januari 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah semasa Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) agar rakyat perlu bijaksana mengenalpasti dan meningkatkan asas perpaduan serta memahami implikasi negatif yang boleh tercetus akibat menimbulkan perkara yang mendatangkan ketidakselesaan dan bersifat kontroversi.

DPPN Pk menekankan bahawa Islam tidak mendidik umatnya melakukan perkara yang bertentangan dengan naluri dan perkara yang ditegah oleh agama. Bahkan Islam telah menuntut seluruh umatnya supaya menghormati agama lain. Islam juga telah menetapkan dakwah sebagai cara berhubung dengan agama lain sebagai satu makenisma terbaik sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran.

DPPN Pk merasakan titah Raja Dr Nazrin Shah sebagai satu bentuk peringatan dari Ketua Agama Islam Negeri supaya semua pihak jangan sekali-kali melakukan tindakan di luar batasan norma ajaran agama. Islam yang pada dasarnya sangat mengutamakan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum. Perlu di ingatkan bahawa Islam adalah cara hidup yang sempurna anugerah Allah sebagai satu rahmat kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan kaum.

Malah DPPN Pk juga menyarankan tokoh-tokoh agama agar mengurangkan serangan dan ketegangan tetapi memperkasakan majlis dialog penerangan sepertimana yang telah disaran oleh Agama Islam bagi memastikan umat Islam dan bukan beragama Islam akan dapat memahami dengan jelas kebenaran dan keadilan Islam dalam menangani permasalahan semasa.


MOHD NUR AMIN
Pemangku Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Lelaki Paling Pendek Bergambar Dengan Lelaki Paling Tinggi Dunia

03 Safar 1431H
Email : mazuki mustaffa





MENGAPA KRISTIAN BERIYA-IYA INGIN NAK GUNA NAMA ALLAH????

03 Safar 1431H
Email : Amin Fadzlan

Salam 2 all.

Saya perturunkan diatas contoh risalah yang diterbitkan untuk membuktikan betapa penggunaan nama ALLAH yang ternyata disalahgunakan dari kacamata aqidah Islam, dan jelas mengelirukan dan boleh membawa kesan negatif kepada keharmonian dan ketenteraman awam dalam negara kita.

Sebenarnya ALLAH telah memberi amaran dan peringatan kepada kita umat Islam tentang dakyah dan konspirasi halus Yahudi & Kristian ini yang tidak akan redho dan setuju dengan kita umat Islam selama-lamanya selagi kita tidak mengikut cara kehidupan dan kemahuan mereka:



Al Baqarah: 120
"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".

Dan ALLAH menceritakan kepada kita tentang kesesatan, kekufuran dan kesyirikan golongan Yahudi & Kristian ini dengan menyalahgunakan nama ALLAH ini:

At Taubah: 30-32
"Kaum Yahudi mengatakan , 'Uzair itu anak ALLAH' dan kaum Kristian pula berkata 'Isa (Jesus) itu anak ALLAH. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dila'nati ALLAH mereka, bagaimana mereka sampai berpaling".

"Mereka (Yahudi & Kristian) menjadikan orang 'alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain ALLAH, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih Putera Maryam (Jesus); padahal mereka hanya disuruh menyembah ALLAH Tuhan Yang Satu, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia (ALLAH).. Maha suci ALLAH dari apa yang persekutukan".

Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) ALLAH dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan ALLAH tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya"..

Dan ALLAH menegaskan bahawa apa jua pun, ALLAH telah mengutuskan Rasul dan kitab Al Quran yang benar dan hak, dan akan pasti menang atas segala agama lain, walaupun kafir musyrikin tidak suka dengannya.

At Taubah: 33
"Dialah ALLAH yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk (Al Quran) dan agama yang benar, untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak suka!".

Dan ALLAH memberikan penegasan yang muktamad tentang hakikat ketuhanan dan ketauhidan kepada ALLAH ini.

Al Ikhlas: 1-4
"Katakanlah, "Dialah ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (Satu), ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang sekufu (setaraf) dengan Dia".

Malahan sebenarnya isu penggantian nama God kepada 'ALLAH' ini juga muncul di Eropah Isnin lepas. Seorang tokoh kanan Roman Kristian Katolik di Belanda yang berusia 71 tahun Bishop Tiny Muskens mencadangkan supaya penganut Kristian menggantikan nama God kepada 'ALLAH', namun cadangan beliau dibantah keras oleh tokoh-tokoh Kristian Euro-Amerika.

Seorang tokoh dan ilmuan Kristian di Amerika, Dr. R. Albert Mohler, Jr., President of The Southern Baptist Theological Seminary, menegaskan bahawa, " it is inappropriate for Christians to call God "Allah" based on irreconcilable theological differences associated with the name "Allah" and core Christian beliefs.The key condition behind calling the Christian God "Allah" is that "Allah" must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “ a huge problem for both Muslims and Christians, ” contends Mohler.The theologian pointed out that the Qur ’ an explicitly denies that "Allah" has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy. “ Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father, ” wrote Mohler on his web blog Wednesday. “ If "Allah" has no Son by definition, "Allah" is not the God who revealed himself in the Son.. How then can the use of "Allah" by Christians lead to anything but confusion … and worse ? ” .


Berdasarkan itu, saya ingin bertanya kepada segelintir Melayu di Malaysia ini yang beriya-iya sangat menyokong kemahuan segelintir Kristian di Malaysia ini yang mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk triniti- bahawa ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci, apakah kamu bersetuju dan redho dengan kemahuan itu? Bagaimana kita boleh sampai menjadi golongan yang 'summum bukmum 'umyum faahum-buta, pekak dan bisu!! "Ingatlah " Ar ridho bil kufr..kufr. Mereka yang redho dengan kekufuran itu adalah kafir!! Na'uzubillah minzaalik.

Sebab itu saya menyeru kepada diri saya dan seluruh umat Islam yang masih punya walau sekelumit iman, bertaubatlah kita kepada ALLAH dan kembalilah kita kepada petunjuk Al Quran dan Sunnah. Ingatlah pesanan ALLAH di dalam surah Al Baqarah:2, " sesungguhnya Al Quran itu tiada sedikit pun keraguan kepadanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang menuju ketaqwaan". Dan ingatlah pesanan Rasulullah saw dalam khutbatul wida', " aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang selagi kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat..iaitu Al Quran dan Sunnahku". "Dan sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir pada hari ini (hari wukuf haji Rasulullah), semoga mereka yang terkemudian yang mendengarnya lebih memahaminya".

Dan pesan saya kepada diri saya dan saudara/i yang se aqidah dengan kalimah Tauhid Laa ila ha illallah, janganlah kita terpedaya dan terpesona dengan mainan hidup didunia ini. Janganlah kita menjadi saperti kalkatu, yang begitu terpesona dengan keasyikan cahaya pemusnah, dan terus berebut pergi kapadanya walaupun mereka tahu cahaya itu akan memusnahkan mereka. Janganlah kita menjadi Muslim Al-Kalkatu, sehingga sanggup menjual agama dan Tuhannya sendiri demi mengejar sedikit habuan didunia ini!!

Ya ALLAH, persaksikanlah bahawa aku telah menyampaikan amanat itu. Semoga ALLAH memberikan keampunanNya, dan menganugerahkan petunjuk, taufiq dan hidayahNya, dan memberikan istiqomah dalam perjuangan membela, mempertahan, dan menobatkan syariat dan risalah tauhid ini. Ameen ya robbal 'alameen.

Wassalam.


Peringatan dari PDRM

03 Safar 1431H
Email : anuarani

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM

Belajar Mengucapkan "Saya Tidak Tahu"

03 Safar 1431H
Al Ustadz Muhammad Umar As Sewed


Disamping golongan pengingkar sunnah yang menolak hadits-hadits shahih dengan akal dan hawa nafsunya, adapula golongan yang "sok tahu". Mereka berbicara tanpa ilmu. Di antara mereka ada yang mengatakan bahwa Dajjal akan keluar dari segitiga bermuda, Dajjal adalah Amerika karena memandang dengan sebelah mata, Ya’juj dan Ma’juj adalah pasukan mongol, dan lain-lain.

Maka pada edisi kali ini akan kami bawakan dalil dan ucapan para shahabat dan ulama’ yang membimbing kta untuk belajar mengatakan "tidak tahu" terhadap hal- hal yang memang tidak diketahui, apalagi pada perkara-perkara yang ghaib yang tidak ada perincian dan penjelasannya dari Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Allah Tabaroka wata'ala berfirman,

وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan dimintai pertanggung- jawabannya" (Al-Isra:36)

Dalam ayat tersebut Allah Subhanahu Wata’ala mengajarkan pada kita agar tidak berbicara tentang sesuatu kecuali dengan ilmu. Apalagi jika masalah itu berkaitan dengan Dzat Allah, perbuatan Allah, nama-nama dan sifat-sifatNya, ataupun perkara-perkara yang belum terjadi dan yang akan datang seperti tanda-tanda hari kiamat, hari kebangkitan, hisab, surga dan neraka, ataupun yang selainnya.

Dalam masalah-masalah tersebut, kita tidak mungkin bisa mengetahuinya dengan panca indera atau akal kita. Kita hanya mengetahui sebatas apa yang diberitakan dalam Al-Qur’an dan Al-Hadits yang shahih sesuai dengan apa yang dipahami oleh para shahabat Radhiyallahu ‘Anhum.

Muadz Bin Jabbal Radhiyallahu ‘Anhu ketika ditanya oleh Rasulullah Sholallahu ‘Alahi Wasallam tentang sesuatu yang tidak diketahui, maka beliau menjawab, "Allahu wa Rasuluhu a’lam".

Disebutkan dalam satu hadits yang diriwayatkan oleh Mu’adz Bin Jabal Radhiyallahu ‘Anhu. Ketika Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam berkata pada Muadz:

(( أَتَدْرِي مَا حَقُّ اللهِ عَلَى العِبَادِ ؟)) قَالَ : اللهُ وَرَسُوْلُهُُ أَعْلَمُ. قَالَ (( أَنْ يَعْبُدُوْهُ وَلاَ يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا )) ثُمَّ قَالَ (( أَتَدْرِي مَا حَقُّ العِبَادِ عَلَى اللهِ إِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ ؟ أَنْ لاَ يُعَذِّبَهُمْ ))

"Ya Muadz tahukan engkau apa hak Allah di atas hambaNya? Muadz menjawab: Allah dan RasulNya lebih tahu". Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, "Hak Allah di atas hambaNya adalah agar mereka beribadah kepadaNya dan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu apapun". Kemudian Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam berkata lagi, "Tahukah engkau apa hak mereka jika telah menunaikannya? Muadz menjawab: Allah dan RasulNya lebih tahu" Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, Allah tidak akan mengadzab mereka." (HR. Al Bukhari no 5967 dan Muslim no. 30)

Ini menunjukkan adab seorang shahabat ketika ditanya dengan sesuatu yang tidak dia ketahui, mereka mengatakan "Allah dan RasulNya lebih tahu" [1]

Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri pun diajarkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk menjawab"Allahu a’lam" ketika ditanya tentang ruh, karena itu urusan Allah. Allah berfirman,

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلا قَلِيلا

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang urusan ruh. Katakanlah: Ruh itu termasuk urusan Rabbku, dan tidaklah kalian diberi pengetahuan melainkan sedikit." (Al- Isra:85).

Maka Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam tidak malu untuk mengatakan "tidak tahu" pada perkara-perkara yang memang Allah tidak turunkan ilmu kepadanya. Atau beliau menunda jawabannya hingga turun jawaban dari Allah Subhanahu Wata’ala.

Hikmah dari jawaban-jawaban beliau Sholallahu ‘Alaihi Wasallam ini adalah: kaum Yahudi dan Musyrikin mengetahui betul bahwa Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam tidak mengucapkan dari hawa nafsunya, melainkan dari wahyu Allah yang diturunkan kepadanya. Jika ada keterangan wahyu dari Allah beliau jawab, dan jika tidak maka Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam menundanya.

Imam Asy-Sya’bi Rahimahullah pernah ditanya dalam suatu masalah. Beliau menjawab, "Saya tidak tahu". Maka si penanya heran dan berkata, "Apakah kamu tidak malu mengatakan "tidak tahu", padahal engkau adalah ahlul fiqh negeri Iraq?" Beliau menjawab, "Tidak, karena para malaikat sekalipun tidak malu mengatakan tidak tahu, ketika Allah tanya:

أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

"Sebutkan kepadaKu nama benda-benda itu jika kamu memang benar!" (Al- Baqoroh:31).

Maka para malaikat menjawab:

قَالُوا سُبْحَانَكَ لا عِلْمَ لَنَا إِلا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

"Mereka menjawab: Mahasuci Engkau, tidak ada ilmu bagi kami selain dari apa yang telah engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"(Al- Baqoroh:32)


(Lihat ucapan Imam Asy-Sya’bi dalam Jami’ Bayanil ‘Ilmi wa Fadhili (2/51) melalui Hilyatul ‘Alimi al-Mu’alim karya Salim bin Ied Al-Hilali).

Dakwah ini adalah menyampaikan apa yang Allah turunkan dan apa yang Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam jelaskan. Bukan buatan sendiri, berpikir sendiri, atau memberat-beratkan diri dengan sesuatu yang tidak ada ilmu padanya. Allah berfirman,

قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُتَكَلِّفِينَ إِنْ هُوَ إِلا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ وَلَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ

"Katakanlah (hai Muhammad): Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kalian atas dakwahku, dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-adakan (memaksakan diri). Al-Qur’an ini tidak lain hanyalah peringatan bagi semesta alam. Dan sesungguhnya kalian akan mengetahui (kebenaran) berita Al-Qur’an setelah beberapa waktu lagi." (Shaad:86-88)

Karena ayat inilah Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘Anhu marah ketika ada seseorang yang berbicara tanda-tanda hari kiamat dengan tanpa ilmu. Beliau Radhiyallahu ‘Anhu berkata,"Barangsiap a yang memiliki ilmu maka katakanlah! Dan barangsiapa yang tidak memiliki ilmu maka katakanlah"Allahul A’lam!" Karena sesungguhnya Allah telah mengatakan pada nabiNya: Katakanlah (hai Muhammad): Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kalian atas dakwahku, dan bukanlah aku termasuk orang- orang yang mengada-adakan (memaksakan diri)." (Atsar riwayat Ad-Darimi juz 1/62; Ibnu Abdil Barr dalam Jami’ Bayaanil Ilmi juz 2/51; Baihaqi dalam Al-Madkhal no 797; Al Khatib Al Baghdadi dalam Al Faqiih wal Mutafaqih; melalui nukilan Hilyatul Alimi Al-Mu’allim, hal 59)

Demikian pula Abu Bakar Shidiq Radhiyallahu ‘Anhu ketika ditanya tentang tafsir suatu ayat yang tidak beliau ketahui, beliau menjawab, " Bumi mana yang akan aku pijak, langit mana yang akan menaungiku, mau lari kemana aku atau apa yang akan aku perbuat kalau aku mengatakan tentang ayat Allah tidak sesuai dengan apa yang Allah kehendaki" (Atsar riwayat Ibnu Abdil Barr dalam Jami’ Bayanil ‘Ilmi, juz 2/52; Baihaqi dalam Al-Madkhal no 792; lihat Hilyatul ‘Alimi Al-Mu’allim, hal 60).

Diriwayatkan ucapan yang semakna dari Ali Bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘Anhu, dan juga dinukilkan dari para shahabat oleh para ulama setelahnya seperti Maimun Bin Mihran, Amir Asy-Sya’bi, Ibnu Abi Malikah, dan lain-lain. (lihat sumber yang sama halaman 60)..

Pernah Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu ditanya tentang satu masalah, kemudian beliau menjawab, "Aku tidak mempunyai ilmu tentangnya" (padahal saat itu beliau sebagai khalifah -red). Beliau berkata setelah itu, "Duhai dinginnya hatiku" (3X). Maka para penanya berkata kepadanya, "Wahai Amirul Mukminin apa maksudmu?". Ali Bin Abi Thalib menjawab, "Yakni dinginnya hati seseorang ketika ditanya tentang sesuatu yang tidak ia ketahui". Kemudian ia menjawab, "Wallahu A’lam".(Riwayat Ad-Darimi 1/62-63; Al Khatib dalam Al-Faqih wal Mutafaqih, juz 2 hal 71; Baihaqi dalam Al-Madkhal no 794 dari jalan yang banyak. Lihat Hilyatul ‘Alimi Al-Mu’alim hal 60).

Kejadian yang sama juga terjadi pada Ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhu ketika beliau ditanya, "Apakah bibi mendapat warisan?". Beliau menjawab saya tidak tahu. Kemudian si penanya berkata, "Engkau tidak tahu dan kamipun tidak tahu, lantas…?". Maka Ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhu berkata, "Pergilah kepada para Ulama di Madinah, dan tanyalah kepada mereka". Maka ketika dia (si penanya -red) berpaling, dia berkata, "Sungguh mengagumkan Abu Abdirrahman (Yakni Ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhu) ditanya sesuatu yang beliau tidak tahu, beliau katakan: Saya tidak tahu". (Riwayat Ad-Darimi 1/63; Ibnu Abdi Abdi Barr dalam Jami’ Bayanil ‘Ilmi; Al-Khatib dalam Al-Faqih wal Mutafaqih juz 2 hal 171-172; Al-Baihaqi dalam Al- Madkhal, 769. Lihat Hilyatul ‘Alimi Al-Mu’allim ha 61).

Datang seseorang kepada Imam Malik Bin Anas Rahimahullah, bertanya tentang satu masalah hingga beberapa hari beliau belum menjawab dan selalu mengatakan "saya tidak tahu". Sampai kemudian orang itu datang dan berkata, "Wahai Abu ‘Abdillah, aku akan keluar kota dan aku sudah sering pulang pergi ke tempatmu (yakni meminta jawaban)". Maka Imam Malik menundukkan kepalanya beberapa saat, kemudian mengangkat kepalanya dan berkata, "Masya Allah Hadza, aku berbicara adalah untuk mengharapkan pahala. Namun, aku betul-betul tidak mengetahui apa yang kamu tanyakan." (Riwayat Abu Nu’aim dalam Al-Hilya, 6/323; Ibnu Abdil Barr dalam Jami’ Bayanil Ilmi 2/53; Baihaqi dalam Al-Madkhal no 816; Al-Khatib dalam Al-Faqih wal Mutafaqih 2/174; lihat Hilyatul ‘Alimi al Mu’allim, ha 63).

Dari beberapa ucapan di atas, kita diperintahkan untuk menyampaikan apa yang kita ketahui dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, dan dilarang untuk berbicara pada sesuatu yang tidak kita ketahui. Sebagai penutup kita dengarkan nasehat seorang Ulama’ sebagai berikut:

"Belajarlah engkau untuk mengucapkan ‘Saya tidak tahu’. Dan janganlah belajar mengatakan ’saya tahu’ (pada apa yang kamu tidak tahu -red), karena sesungguhnya jika engkau mengucapkan ’saya tidak tahu’ mereka akan mengajarimu sampai engkau tahu". Tetapi jika engkau mengatakan ‘tahu’, mereka akan menghujanimu dengan pertanyaan hingga kamu tidak tahu". (Jami’ Bayanil ‘Ilmi 2/55 melalui nukilan Hilyatul ‘Alim Al-Mu’allim, Salim Bin Ied Al-Hilaly, hal 66)

Perhatikan pula ucapan Imam Asy-Sya’bi Rahimahullah, "Kalimat ’saya tidak tahu’ adalah setengah ilmu". (Riwayat Ad-Darimi 1/63; Al-Khatib dalam Al-Faqih Wal Mutafaqih juz 2/173; Baihaqi dalam Al-Madkhal no 810. Lihat Hilyatul ‘Ilmi Al- Mu’allim ham 65)

Maka kalau seseorang ’sok tahu’ tentang sesuatu yang tidak ada ilmu padanya, berarti bodoh di atas kebodohan. Yakni bodoh tentang ilmunya dan bodoh tentang dirinya.

wallahu a'lam.

Footnote :

[1] Jawaban di atas di ucapkan jika pertanyaanya berkaitan dengan masalah syari’at. Namun jika masalahnya berkaitan dengan masalah taqdir dan sejenisnya, jawabanny cukup dengan "Wallahul A’lam". Karena Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam sendiripun tidak mengetahuinya. (Demikianlah yang kami dapatkan dari Syaikh Utsaimin dari majelisnya)

Sumber: Buletin Dakwah Manhaj Salaf edisi 74/tahun II

Karpal buat laporan polis terhadap CPO, pegawai SPRM

03 Safar 1431H

Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat laporan polis terhadap ketua polis (CPO) Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang didakwanya telah melakukan fitnah dan ugutan jenayah.

Karpal, seorang peguam terkemuka, membuat laporan tersebut di ibupejabat balai polis Ipoh hari ini.

Laporan tersebut berhubung kenyataan Khalid berkaitan dengan setiausaha agung DAP yang juga ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya mengenai Teoh Beng Hock.

Lim sedang disiasat berhubung kenyataannya itu yang diklasifikasikan sebagai berunsur hasutan.

Dalam laporannya itu, Karpal berkata walaupun Khalid - pada 15 Januari lalu - menafikan polis mengugut untuk menangkap Lim, tetapi katanya ketua polis Selangor itu telah mengesahkan bahawa satu kenyataan telah diambil dari Lim pada 9 Januari.

Salinan artikel bertarikh 16 Januari dalam akhbar The Star turut dikembarkan bersama laporan tersebut.

Sementara itu, Karpal juga membuat satu lagi laporan polis terhadap pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Raub Ghani.

Karpal mendakwa Raub yang bertugas di cawangan siasatan SPRM di Putrajaya, telah membuat laporan polis palsu terhadap pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand.

Pada 1 Januari lalu, Raub membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip selepas sebuah artikel dalam akhbar PKR - Suara Keadilan - mendakwa hasil bedah siasat kedua menunjukkan Teoh telah dibunuh.

Seorang lagi pegawai SPRM, Hisham Mohd Yusoff membuat laporan polis terhadap Suara Keadilan pada hari yang sama.

Bagaimanapun, akhbar PKR itu kemudiannya menjelaskan bahawa sumber maklumat tersebut adalah para pegawai Kementerian Kesihatan.

Pada hari Jumaat, peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Dr Pornthip - saksi terpenting dalam inkues Teoh - tidak melakukan sebarang kesalahan.

Karpal menegaskan bahawa pendedahan Suara Keadilan itu dan kenyataan peguam negara itu, jelas menunjukkan Raub telah membuat laporan palsu.

Salinan dua laporan polis itu diperolehi pihak media petang ini selepas konvensyen nasional DAP di Ipoh berakhir.


Malaysiakini/-



Presiden Parti Makkal Sakti dipecat

03 Safar 1431H

Jawatankuasa siasatan Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) hari ini membatalkan keahlian presidennya, RS Thanenthiran selepas beliau gagal menjawab beberapa tuduhan terhadapnya.

Thanenthiran tidak hadir dalam mesyuarat yang diadakan di ibupejabat parti itu di Shah Alam.

Keputusan tersebut dibuat oleh 14 daripada 27 ahli jawatankuasa pusat selepas sejam bermesyuarat. Baki 13 ahli lagi tidak hadir.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, timbalan presiden MMSP, A Vathermurthy mendakwa enam daripada 13 ahli jawatankuasa yang tidak hadir itu, adalah atas pagar dan tujuh lagi menyokong presiden.

Di akhir mesyuarat tersebut, naib presiden, Ramesh yang juga saudara lelaki Thanenthiran, tiba di ibupejabat MMSP.

Menurutnya, mereka tidak mengiktiraf apa keputusan tersebut kerana keputusan muktamad hanya boleh dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan.

MMSP yang menyokong BN dilancarkan Oktober lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malaysiakini/-

'Saya berkerusi roda, tapi parti saya berdiri teguh'

03 Safar 1431H

Pengerusi DAP Karpal Singh yang kini berkerusi roda selepas mengalami kemalangan jalan raya, berkata walaupun beliau tidak berupaya, tetapi partinya tetap berdiri kukuh.

"Saya mungkin duduk, tetapi ahli-ahli bersatu menyokong saya," kata peguam dan ahli politik veteran itu, disambut tepukan gemuruh para perwakilan di konvensyen nasional DAP di Ipoh hari ini.

Karpal merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.

Ketika berdebat sewaktu permohonan untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhasap seorang pegawai SPRM dalam inkues Teoh Beng Hock, Abdul Razak dilaporkan berkata: "Saya boleh duduk, tetapi Karpal tidak boleh berdiri".

Ekoran 'perang mulut' dan percubaan untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap peguam SPRM itu, Abdul Razak menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.

Dalam ucapannya itu, Karpal juga menimbulkan kemungkinan Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu 'Allah' sepertimana dalam kes rampasan kuasa di Perak.

Jika itu berlaku, katanya, kes tersebut kemudiannya akan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk satu keputusan muktamad.

Merujuk kepada kes Perak, Karpal berkata menteri besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang di mahkamah tinggi tetapi keputusannya ditolak oleh mahkamah rayuan.

"Ini bukan menghina mahkamah kerana kita mempunyai hak untuk mengkritik pihak penghakiman dalam keputusan mereka," jelasnya kepada Malaysiakini ketika waktu jamuan.

Beliau juga berkata rakyat tidak boleh membuat keputusan sendiri dan beremosi tetapi menyerahkan kepada Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan untuk memutuskan perkara tersebut.

Selain itu, beliau juga memberitahu para perwakilan bahawa tugas segera mereka ialah untuk memastikan pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak disabit dan dipenjarakan berhubung kes liwat terhadapnya.

Karpal juga menyentuh'percubaan kerajaan BN' untuk menganggu, mengugut dan mengheret setiausaha agung DAP, yang juga ketua negeri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ke mahkamah berhubung kenyataannya bahawa Teoh telah dibunuh.

Malaysiakini/-

'Jalan tengah' Pakatan ke Putrajaya

03 Safar 1431H

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, negara ini "sedang berperang dengan dirinya sendiri" dan langkah ke hadapan ialah dengan mengambil jalan tengah yang menyediakan peluang yang saksama, inklusif dan tiada lagi diskriminasi.

Katanya, 'middle Malaysia' ini milik setiap rakyat Malaysia.

Berbeza dengan 'Umno Malaysia', Lim berkata, 'Middle Malaysia' mementingkan karakter daripada warna kulit.

"Tidak seperti BN Malaysia, dalam 'Middle Malaysia' kita adalah adik beradik, ibu bapa dan anak lelaki dan anak perempuan Malaysia," katanya ketika berucap di persidangan nasional ke-125 DAP di Ipoh hari ini.

Tidak seperti 'kroni Malaysia', katanya, 'Middle Malaysia' berpegang pada kepercayaan bahawa kekayaan, peluang dan sumber adalah milik semua rakyat Malaysia.

Lim membuat saranan tersebut ketika negara sedang berdepan dengan insiden tempat ibadat, sebahagian besarnya gereja, menjadi sasaran bom api dan perbuatan vandalisme, ekoran isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam.

DAP sendiri menjadi sasaran mereka yang menggambarkan parti itu sebagai cauvinis Cina yang mahu menghakis hak istimewa orang Melayu dan Islam, sebagai agama rasmi.

Pada masa ini, parti itu juga merupakan anggota kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor, dan slogan baru yang disarankan oleh Lim itu dilihat sebagai halatuju baru DAP dalam berdepan dengan pilihanraya umum akan datang.

Sebelum ini parti itu memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia yang menekankan kepada kesaksamaan untuk semua, yang menjadi teras ideologi parti itu sejak penubuhannya pada 1960-an, tetapi ianya menimbulkan kecurigaan di kalangan orang Melayu.

Dalam mengetengahkan 'Middle Malaysia', Lim membidas konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menurut Lim telah memecahbelahkan lagi negara ini.

Sebaliknya, ketua menteri Pulau Pinang itu memuji pendirian anggota Pakatan - PAS dan PKR - dalam menangani kontroversi isu 'Allah'.

Jelasnya, itulah 'Middle Malaysia' yang dibawa oleh Pakatan - bertolak ansur dan saling hormati menghormati, berbanding dengan BN sikap ekstremis BN yang menakutkan semua orang dengan sikapnya yang tidak bertolak.

Sebagai contoh sikap inklusif DAP, Lim berkata, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui parti itu, telah menambah dua kali ganda peruntukan untuk halehwal agama Islam, kepada RM24.3 juta dalam bajet 2010, berbanding peruntukan BN pada 2008.

Lim terus membidas konsep 1Malaysia dengan menyentuh cara kerajaan mengendalikan kes Teoh Beng Hok serta rampasan kuasa di Perak pada Februari 2009

Malaysiakini/-