27 Julai 2008

Mahathir seru ahli Umno 'paksa' Abdullah letak jawatan segera

KUALA LUMPUR, 26 Julai : - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru ahli dan pemimpin Umno supaya 'memaksa' Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya segera bagi memulihkan Umno dan BN.

"Janganlah tunggu Pilihan Raya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan Umno supaya Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau Umno. Yang salah ialah Abdullah," katanya dalam satu komentar yang tersiar dalam lama web beliau hari ini.

"Jika ahli Umno hendak melihat parti dan BN dipulih semula, 'paksalah' Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian," katanya.

Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Abdullah terus menjadi Presiden Umno, yang salah ialah ahli Umno sendiri, katanya.

Mahathir mendakwa bahawa beliau masih dipersoal setiap kali mengeluarkan kritikan terhadap Abdullah.

"Tiap kali saya mengkritik Abdullah sebagai Perdana Menteri ada sahaja orang yang secara sinis berkata, "Awak yang lantik dia"," kata Dr Mahathir dalam ulasan terkininya berhubung pergeseran antara beliau dan Abdullah.

"Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Abdullah sebagai pengganti saya. Tetapi ahli Umno juga pilih Abdullah," ujarnya sinis.

Abdullah pernah sebelahi Ku Li lawan Mahathir

Menurut Dr Mahathir, Abdullah memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan Musa Hitam dalam usaha untuk menjatuhkan beliau pada tahun 1986-1987.

"Apabila Team B kalah dan Umno diharamkan, Abdullah tidak menyertai Semangat 46 tajaan Ku Li. Sebaliknya dia pilih untuk menjadi ahli Umno baru yang saya pimpin.

"Saya tidak berhak menolaknya sebagai ahli Umno Baru. Tetapi saya gugurkannya daripada Jemaah Menteri," katanya.

Dalam pemilihan Majlis Tertinggi yang menyusul Abdullah bertanding untuk ahli Majlis Tertinggi, dan ketika itu katanya Mesyuarat Agung Umno memilih Abdullah sebagai ahli Majlis Tertinggi.

"Saya masih tidak terima dia balik jadi Menteri. Di Mesyuarat Agung selepas itu dia bertanding untuk jawatan Naib Presiden. Dia menang dengan undi kedua terbesar jumlahnya berbanding Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Saya berpendapat Umno hendakkan kepimpinan Abdullah. Walau apa pun perasaan saya terhadap orang yang bersubahat untuk jatuhkan saya, saya tidak berhak untuk menolak kehendak Umno," katanya.

Justeru itu ujar Mahathir, beliau kembalikan Abdullah sebagai Menteri dalam Kabinet.

Dari 'Mr Clean' kepada pemimpin yang lemah "Puji-pujian didengar merata-rata yang Abdullah adalah "Bersih", "Mr Clean". Oleh itu apabila saya terpaksa gugurkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pilih Abdullah untuk mengisi jawatan itu walaupun Najib adalah Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi," katanya.

Kenapa tidak dipilih Najib? Menurut Mahathir, beliau tidak memilih Najib kerana TPM itu lebih muda dan beliau berharap selepas satu atau dua penggal sebagai Perdana Menteri, Abdullah akan serahkan jawatan itu kepada Najib.

Kerana itu katanya beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan Abdullah pilih Najib sebagai timbalannya.

"Pemilihan Naib Presiden bukan yang pertama sebagai timbalan pernah berlaku. Saya Naib Presiden yang ke-tiga tetapi Tun Hussein Onn pilih saya jadi Timbalan Perdana Menteri.

"Seperti juga dengan diri saya, Mesyuarat Agung Umno mengesahkan pemilihan Abdullah sebagai Timbalan Presiden parti dalam pemilihan yang berikut," katanya.

Selepas itu beliau anggap penyerahan kuasa kepada Abdullah bukanlah sesuatu yang tidak dikehendaki oleh Umno dan ketika itu tiada sesiapa yang membantah.

"Saya jelaskan latarbelakang pemilihan Abdullah sebagai Perdana Menteri bukan kerana hendak bersihkan diri saya. Saya rela dihukum jika saya salah.

"Yang penting bagi saya ialah apabila kita lakukan sesuatu yang salah, menuding jari tidak mendatangkan apa-apa faedah.

"Yang penting ialah kita cuba betulkan keadaan. Dalam perkara ini pendapat saya ialah Abdullah perlu letak jawatan dengan sendirinya atau dia disingkir," tegasnya.

Kerosakan yang dibuat Abdullah terhadap Umno teruk Malah kata Mahathir, kenyataan Abdullah bahawa beliau kan serahkan jawatan dalam parti dan kerajaan pada bulan Jun 2010 disambut baik bahkan dengan gembira oleh hadirin serta orang ramai, Melayu dan bukan Melayu.

"Tiada siapa yang merayu supaya dia teruskan pimpinannya. Dari ini agak jelas yang semua pihak hendak Abdullah letak jawatan.

"Tetapi meletak jawatan dua tahun dari sekarang bermakna penggantinya hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan parti untuk hadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Barisan Nasional dan parti-parti komponennya amat teruk. Masa yang lebih panjang diperlukan," katanya.

Jika Abdullah benar-benar sayang kepada Umno, Mahathir menyeru supaya Abdullah rela korban dirinya untuk penggantinya berpeluang memulihkan Umno.

Alasannya bahawa Abdullah ingin mengawasi pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-9 tidak boleh diterima kerana sesungguhnya kehadiran Presiden Umno itu menyebabkan Umno dan Barisan Nasional jadi lemah, kata Mahathir lagi.

Beliau seterusnya mengakui kesilapan kerana memilih Abdullah sebagai penggantinya pada tahun 2003 lalu 'Mr Clean' tidak begitu 'clean'

"Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka "Mr Clean" tidak begitu clean. Saya percaya ahli dan pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama," katanya.

Hari ini yang berkuasa menggantikan Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin Umno, katanya.

Ahli Umno akan bertanggungjawab terhadap kehancuran dan malapetaka yang akan menimpa orang Melayu dan negara Malaysia, katanya.

Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa Umno dan BN di bawah kepimpinanAbdullah, Umno masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggungjawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin Umno sendiri," ujarnya

Kawalan keselamatan amat penting untuk menjayakan Sukan Olimpik Beijing

Akhbar Renminribao China menyiarkan rencana seorang penulis hari ini yang menegaskan bahawa kawalan keselamatan untuk Sukan Olimpik Beijing tidak sepatutnya dibantah oleh mana-mana pihak.

Menurut rencana tersebut, semasa Sukan Olimpik Athens dahulu, penulis itu telah melihat sendiri peluru berpandu Partriot siap untuk dilancarkan dan kapal perang NATO giat menjalankan rondaan. Tindakan tersebut disanjung tinggi oleh pelbagai pihak. Pada masa sekarang, apabila China mengambil beberapa langkah untuk menjamin keselamatan sepanjang berlangsung Sukan Olimpik Beijing, beberapa pihak telah membantah usaha China tersebut. Mereka mengaitkan isu itu dengan masalah politik.

Menurut rencana itu, kawalan keselamatan amat penting untuk menjayakan Sukan Olimpik dan China tetap berusaha menjamin keselamatan untuk temasya sukan tersebut.

Perkampungan Media Sukan Olimpik Beijing Dibuka

BEIJING, 25 July:-Dua perkampungan media dibuka secara rasmi hari ini untuk mengalu-alukan seramai 7000 orang wartawan yang berdaftar dari seluruh dunia untuk membuat liputan tentang Sukan Olimpik Beijing.

Dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing, pihak penganjur menyediakan dua perkampungan media, iaitu Rumah Hijau dan Huiyuan yang memberikan perkhidmatan kepada seramai 7000 orang wartawan yang berdaftar.

Ketua Pengarah Kumpulan Pentadbiran Perkampungan Media, Puan Zhao Jinfang menyatakan: "Perkampungan Media Rumah Hijau dibuka secara rasmi dan telah menerima seramai 427 orang wartawan hari ini. Kami akan menerima seramai lebih 6000 orang wartawan berdaftar lagi dari lebih 70 buah negara."

Difahamkan bahawa pihak Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah membuat persiapan yang terperinci untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada wartawan dari pelbagai tempat di dunia. Penginapan dan keperluan hidup seharian para wartawan di kampung media ini terjamin.

Setiap wartawan yang akan tinggal di perkampungan media ini dijamin sebuah bilik seorang dengan kelengkapan yang mencukupi. Wartawan Britain, Mattew Leach yang telah melalui proses mendapatkan penginapan dalam perkampungan media ini menyatakan: "Baik sekali. Semua yang saya harapkan ada di sini. Televisyen, alat penyaman udara ada dan katil besar sekali. Bilik ini amat terang dan selesa."

Di samping itu, kedua-dua perkampungan ini juga menyediakan perkhidmatan makan minum sepanjang 24 jam dengan makanan yang mempunyai yang berlainan dari pelbagai tempat di dunia untuk memenuhi selera wartawan yang berbeza-beza.

Selain itu, kemudahan pengangkutan juga disediakan 24 jam untuk kegunaan wartawan yang tinggal di kedua-dua perkampungan media ini.

Dengan mengambil kira sesetengah wartawan mungkin perlu bekerja selepas balik ke perkampungan media, pihak penganjur telah membina bilik kerja di kedua-dua perkampungan tersebut. Bilik kerja itu dilengkapi dengan kemudahan perkhidmatan faks, internet, telefon jarak jauh, televisyen dan lain-lain. Petugas Bilik Kerja Perkampungan Media Rumah Hijau, Encik Zhang Xiangdong memberitahu wartawan bahawa fungsi bilik kerja ini seperti sebuah pusat media utama (MPC) yang kecil.

"Bilik kerja ini menawarkan perkhidmatan internet, mengedit dan lain-lain kepada para wartawan secara percuma. fungsi bilik kerja ini boleh dikatakan amat lengkap dan seperti MPC yang kecil."

Selain itu, perkampungan media Rumah Hijau juga mempunyai dua buah kedai runcit dan sebuah kedai yang menjual barang-barang dagangan francais daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik, dua gimnasium, bank, kolam renang dan lain-lain untuk memberikan perkhidmatan yang menyeluruh kepada para wartawan.

Ketua Pengarah Kumpulan Pentadbiran Perkampungan Media Rumah Hijau, Puan Zhao Jinfang menyatakan bahawa matlamat perkampungan media adalah untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada para wartawan supaya keperluan asas mereka dipenuhi dan mereka dapat bekerja dengan selesa dan mudah semasa membuat liputan tentang Sukan Olimpik Beijing.

Presiden PAS Selamat meresmikan Konvensyen PAS Perak ke 13


IPOH, 26 July:-Presiden PAS mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Pakatan Rakyat Perak kerana memberi kepercayaan kepada PAS untuk meneraju Kerajaan Perak dalam keadaan "Islam phobia" akibat salah faham terhadap Islam, demikian antara ucapan Presiden PAS, YB. Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang yang diadakan disini pagi ini.

Tuan Guru menyatakan "Perlu diketahui Islam tidak sama dengan ideologi lain, Islam adalah dalam peringkat priktikal bukan dalam bentuk teori. Kemelesetan idealogi komunis perlu menjadi pengajaran. namun kejatuhan kerajaan Islam kerana kepimpinannya tidak beramal dengan Islam bukan kelemahan Islam. "

Perwakilan Muslimin yang hadir

Tegasnya, Mengambil contoh undang-undang Qisas berbanding hukuman gantung yang diperkenalkan barat, manakah yang lebih baik melainkan dari Al Quran.

Orang Islam diajar takut kepada Tuhan, diatas ajaran inilah kita mentarbiyah pimpinan dan ahli PAS, jelasnya lagi.

Sebahagian perwakilan muslimat yang hadir

Selain itu Presiden PAS menjelaskan kita bersedia berhaluf dengan rakan yang berlainan idealogi dengan kita kerana arahan dari Allah SWT itu sendiri. Majlis Syura meluluskan mengadakan tahaluf dengan disana ada titik persamaaan seperti, keadilan, menentang diskriminasi, penindasan. Di atas titik yang sama ini Pakatan Rakyat di tubuhkan.

Katanya, kita masih sanggup mengadakan muqabalah bukannya muzakarah dalam keadaan PAS ditekan yang sangat kuat oleh UMNO. Pemimpn PAS ada yang dibunuh, ada pemimpin PAS di Terengganu difitnah khalwat pada tahun 50 -an. Kita memerintah di Terengganu dirompak rolyati minyak, pengikut kita di kampung dinafikan kerana menyokong PAS, pelajar diluar negeri dinafikan haknya dan lain-lain lagi.

Persoalan mengapa kita bertemu oleh mereka dijawab oleh Presiden PAS, berdasarkan perintah Allah SWT Surah Al Anfal 61-63.

Maksud firman Allah SWT: “Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.” (Al-Anfal:62).

Tegasnya, Muqabal bukannya muzakarah, PAS mengemukakan perkara-perkara yang dilakukan oleh UMNO yang menjadi teras pemerintahan yang tidak mudah dilupakan oleh rakyat.

Menerima bersemuka dengan pemimpin UMNO kerana kita menerima hakikat teras pemerintahan ini adalah UMNO. Dengan harapan supaya berlakunya anjakan paradigma pemimpin UMNO yang memberi kesejahteraan kepada rakyat. kita tidak mahu melakukan seperti orang yang menebuk kapal, dibahagian bawah sehingga semua mati, berundinglah dengan orang di tingkat atas untuk menyelesaikan masalah.

Presiden menyeru supaya dalam konvensyen ini kita mengadakan chek and balance, musahabah kepada parti dan pemimpin. apa lagi dalam amanah memerintah bersama pakatan rakyat.

Islam adalah agama yang menyeluruh yang di dalam nya ada aspek-aspek politik. Islam mewajibkan kita melaksanakan keadilan termasuk kepada non muslim. maka dalam keadaaan ini akhli akar umbi mesti melakukan check and balence.

Beliau juga mengucapkan terima kasih awal kepada PAS Perak kerana bersedia menjadi tuan rumah muktamar ke 54.

PAS yakin tumbangkan calon-calon UMNO

IPOH, 26 July :- PAS Perak yakin untuk merampas kerusi-kerusi yang dipertandingkan oleh wakil-wakil UMNO dalam Pilihanraya ke 13 akan datang bersama calon Pakatan Rakyat yang lain, demikian antara penegasan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Hj. Ahmad Awang.


Beliau juga mengulangi prinsip PAS sejak awal lagi menolak kerjasama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan Perak.


Pengerusi majlis yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB. Hj. Rosaln Sharom, secara berseloroh mengatakan selain Pakatan Rakyat (PR), PR juga adalah Penyelamat Rakyat, dan Barisan Nasional (BN), juga adalah Beban Negara.

Konvensyen PAS Perak dihadiri oleh berbagai golongan tetamu kehormat

IPOH, 26 July :- Konvensyen PAS Kali Ke 13 yang diadakan di Dewan Orang Ramai Rapat Setia yang sedang berlangsung disini pagi ini mempunyai kelainan dari Konvensyen sebelum dari ini.

Selain dari menerima tetamu kehormat Presiden PAS, YB. Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang acara tahunan PAS kali ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, YAB. Dato' Seri Hj. Muhamad Nizar Jamaliddin,Pengerusi DAP Perak yang juga merupakan Exco Kanan, DatNgeh Koo Ham , Timbalan Speaker Perak, YB. Puan Hee Yit Foong, Pengerusi PKR Perak Tn. Hj. Ismail Yusof, Timbalannya Ust. Zukifli Ibrahim, ADUN Simpang Pulai, YB, Chan Ming Kai , ADUN Hutan Melintang, YB. Kesevan, Wakil-wakil dari yayasan orang Asli Perak, Pengerusi kelab-kelab Penyokong PAS kawasan-kawasan, Wakil NGO Cina, ADUN-ADUN PAS dari, Titi Serong, Gunung Semanggol, Selingsing dan Cangkat Jong.

Konvensyen hari in diadakan dalam keadaan Pakatan Rakyat memegang teraju Negeri Perak dan inilah kelainan yang sangat menonjol pada hari ini.