27 Julai 2008

Presiden PAS Selamat meresmikan Konvensyen PAS Perak ke 13


IPOH, 26 July:-Presiden PAS mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Pakatan Rakyat Perak kerana memberi kepercayaan kepada PAS untuk meneraju Kerajaan Perak dalam keadaan "Islam phobia" akibat salah faham terhadap Islam, demikian antara ucapan Presiden PAS, YB. Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang yang diadakan disini pagi ini.

Tuan Guru menyatakan "Perlu diketahui Islam tidak sama dengan ideologi lain, Islam adalah dalam peringkat priktikal bukan dalam bentuk teori. Kemelesetan idealogi komunis perlu menjadi pengajaran. namun kejatuhan kerajaan Islam kerana kepimpinannya tidak beramal dengan Islam bukan kelemahan Islam. "

Perwakilan Muslimin yang hadir

Tegasnya, Mengambil contoh undang-undang Qisas berbanding hukuman gantung yang diperkenalkan barat, manakah yang lebih baik melainkan dari Al Quran.

Orang Islam diajar takut kepada Tuhan, diatas ajaran inilah kita mentarbiyah pimpinan dan ahli PAS, jelasnya lagi.

Sebahagian perwakilan muslimat yang hadir

Selain itu Presiden PAS menjelaskan kita bersedia berhaluf dengan rakan yang berlainan idealogi dengan kita kerana arahan dari Allah SWT itu sendiri. Majlis Syura meluluskan mengadakan tahaluf dengan disana ada titik persamaaan seperti, keadilan, menentang diskriminasi, penindasan. Di atas titik yang sama ini Pakatan Rakyat di tubuhkan.

Katanya, kita masih sanggup mengadakan muqabalah bukannya muzakarah dalam keadaan PAS ditekan yang sangat kuat oleh UMNO. Pemimpn PAS ada yang dibunuh, ada pemimpin PAS di Terengganu difitnah khalwat pada tahun 50 -an. Kita memerintah di Terengganu dirompak rolyati minyak, pengikut kita di kampung dinafikan kerana menyokong PAS, pelajar diluar negeri dinafikan haknya dan lain-lain lagi.

Persoalan mengapa kita bertemu oleh mereka dijawab oleh Presiden PAS, berdasarkan perintah Allah SWT Surah Al Anfal 61-63.

Maksud firman Allah SWT: “Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.” (Al-Anfal:62).

Tegasnya, Muqabal bukannya muzakarah, PAS mengemukakan perkara-perkara yang dilakukan oleh UMNO yang menjadi teras pemerintahan yang tidak mudah dilupakan oleh rakyat.

Menerima bersemuka dengan pemimpin UMNO kerana kita menerima hakikat teras pemerintahan ini adalah UMNO. Dengan harapan supaya berlakunya anjakan paradigma pemimpin UMNO yang memberi kesejahteraan kepada rakyat. kita tidak mahu melakukan seperti orang yang menebuk kapal, dibahagian bawah sehingga semua mati, berundinglah dengan orang di tingkat atas untuk menyelesaikan masalah.

Presiden menyeru supaya dalam konvensyen ini kita mengadakan chek and balance, musahabah kepada parti dan pemimpin. apa lagi dalam amanah memerintah bersama pakatan rakyat.

Islam adalah agama yang menyeluruh yang di dalam nya ada aspek-aspek politik. Islam mewajibkan kita melaksanakan keadilan termasuk kepada non muslim. maka dalam keadaaan ini akhli akar umbi mesti melakukan check and balence.

Beliau juga mengucapkan terima kasih awal kepada PAS Perak kerana bersedia menjadi tuan rumah muktamar ke 54.

Tiada ulasan: