23 Disember 2008

Majlis Makan malam Bersama MB Perak.




ADUN Titi Serong tutup kursus perkahwinan Orang Asli.

IPOH, 21 Dis,:- Hidayah dan petunjuk adalah anugerah dan hak Allah yang boleh diusahakan dari kerja dakwah yang berterusan, namun persoalan bangsa dan kaum adalah statik dan tidak akan berubah dari dia dilahirkan sehingga dia mati. Demikian antara ucapan Timbalan Exco Agama Perak, Drs. Khalil Idham Lim yang mewakili Exco Agama dalam Program Perasmian Penutup Krusus Pra Perkhawinan Orang Asli di Kampung Makmur Ulu Kinta di sini.

Drs. Khalil juga menegaskan program seumpama ini dapat meningkatkan masyarkat Orang Asli kepada konsep keluarga Islam dan ketaatan agama dikalangan mereka.

Program sehari anjuran Jabatan Agama Islam Perak itu melibatkan hampir seratus orang penduduk setempat.

Pada kesempatan yang sama ADUN Titi Serong itu juga menyampaikan sijil tamat krusus kepada peserta yang terlibat. Selain itu sumbangan saguhati berupa sehelai pakaian sembahyang dan wang tunia disampaikan
kepada Orang Asli yang baru memeluk Islam.

Hidangan istemewa, ubi kayu goreng.

Selain itu beliau mengambil kesempatan dalam kunjungan itu untuk mendengar permasalahnan yang dikemukakan oleh Ketua Kampung setempat, Alang bin Alang.

Cenderamata kepada Orang Asli yang baru memeluk Islam

Jalan masuk yang rosak teruk dan tidak selamat digunakan.

Antara permasalahan yang dikemukan kepada Drs. Khalil ialah masalah jalan masuk sejauh 3 km ke kampong tersebut yang membahayakan pendudk yang keluar masuk. Pihak JKKK setempat sangat mengharapkan maklumat tersebut disampaikan kepada YAB. Menteri Besar Perak yang juga pengerusi Lembaga Air Perak (LAP) kerana kampong tersebut adalah terdiri dari keluarga yang berpindah akibat pembinaan Empangan Sultan Azlan Shah yang terletak tidak berapa jauh dari itu.

Menerima Hadiah istemewa buah petai dari Tok Batin .

KERAJAAN DIGESA WUJUD STOK PENIMBAL GETAH KEBANGSAAN BANTU PEKEBUN KECIL .

Kerajaan Pusat di gesa supaya mengambil tindakan segera demi membantu pekebun-pekebun kecil getah di seluruh negara yang terjejas akibat kejatuhan harga komoditi itu.

Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa berkata antara langkah yang boleh diambil ialah dengan mewujudkan stok penimbal getah kebangsaan.
“ Sekiranya Kerajaan Pusat boleh memperuntukkan RM5 billion ringgit wang KWSP kepada Valuecap Sdn Bhd untuk melindungi syarikat-syarikat tertentu, kenapa tidak sejumlah wang digunakan untuk membantu para pekebun kecil, ” tegasnya.

Husam berkata demikian ketika menjadi ahli panel pada program Wacana Tranformasi Politik Negara yang berlangsung di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, malam tadi.

Ahli panel lain ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaludin dan pakar undang-undang, Professor Aziz Bari. Wacana dipengerusikan oleh Professor Madya Agus Yusof.

Menurut Husam, sekiranya RM5 billion ringgit itu di gunakan untuk membeli getah, pada harga 70 sen sekilogram harga getah basah kini, tujuh billion kilogram getah dapat di beli dari pasaran.

Stok penimbal dapat membantu mengurangkan lambakan komoditi itu akibat kejatuhan harga sekaligus mampu mengekang tekanan aliran penurunan harga.

Disamping itu, para peniaga dan pengexport getah pula dilaporkan sukar untuk menjual komoditi itu ke pasaran dunia akibat kejatuhan ekonomi global yang sedang melanda.

Kini terdapat hampir 600 ribu pekebun kecil di seluruh negara yang menghadapi bebanan kejatuhan harga dan kos sara hidup yang memeritkan.

Untuk tempoh 5 bulan pertama tahun ini, sebanyak 475,233 metrik ton getah dihasilkan. Dari jumlah itu, pekebun kecil menyumbangkan 95.3 peratus manakala sektor estet 4.7 peratus.

Negara pengimport getah asli Malaysia yang terbesar ialah China, dikuti Jerman dan Amerika Syarikat.

Husam yang juga Pengerusi Lujnah Ekonomi PAS ketika dihubungi pula memberitahu akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pekebun kecil terutama di negeri-negeri PR.

Katanya, ia akan dilakukan dalam masa terdekat untuk melihat langkah-langkah yang dapat diambil demi membantu para pekebun kecil menghadapi situasi harga getah yang tidak stabil.-www.husammusa.com.

Ustaz, Lebai buat persembahan

PASIR PUTEH: Kerajaan Pas Kelantan akan menampilkan kumpulan dikir barat dan mak yong dianggotai guru agama dan lebai, untuk membuat persembahan kebudayaan berkonsepkan Islam pada acara sambutan tahun baru, akhir bulan ini. Berucap ketika merasmikan bangunan Makmal Pengajian al-Quran dan Hadis di Masjid Majidiah, Kampung Wakaf Berangan, di sini, semalam.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata usaha itu adalah langkah awal menggalakkan guru agama dan guru pondok negeri ini, menceburkan diri dalam persembahan kebudayaan tradisional rakyat Kelantan sebagai kaedah berdakwah.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, penyertaan mereka dalam seni budaya terbabit boleh membantu dalam usaha membawa perubahan dan dakwah kepada generasi muda.

"Jangan kita biarkan kepada generasi muda saja menceburi bidang berkenaan. Pada kali ini, kita akan buat satu kelainan pada sambutan tahun baru ini dengan menganjurkan persembahan kebudayaan berkonsepkan Islam oleh kumpulan ‘Tok Lebai’.

"Acara hiburan sambil berdakwah itu boleh diketengahkan lagi bagi menarik perhatian generasi muda supaya mereka tidak terpesong dengan hiburan yang melalaikan.

"Kita tidak mahu ada golongan belia menyambut acara sambutan tahun baru seperti masa lalu di Kuala Lumpur dan kini mula merebak ke Kelantan dengan acara mereka sendiri seperti lumba haram," katanya ketika berucap merasmikan bangunan Makmal Pengajian al-Quran dan Hadis di Masjid Majidiah, Kampung Wakaf Berangan, di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, berkata menerusi penyertaan guru agama dan tok guru pondok, ketika berdikir atau menyertai mak yong mereka berpeluang menyelitkan bacaan ayat suci al-Quran. Mengenai pembukaan makmal pengajian al-Quran dan hadis itu masjid berkenaan, Nik Aziz berharap pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan korporat tampil memberi sumbangan.-ajijoi