08 Februari 2008

Zam : Rakyat Bukan Macam "Hang".

Semakin hampir dengan pilihanraya semakin banyak pujukan dan rayuan dari pemimpin UMNO supaya rakyat menolak pembangkang. Alasan nya tidak lain pembangunan dan kestabilan negara. seolah-olah hanya dengan BN sesebuah negara itu akan stabil dan maju.




Wahai menteri yang "kurang cerdik" tahukah anda dinegara maju lain adakah Jepun, Korea, dan China di sana mana ada BN dan UMNO. Kalau kerana BN dan UMNO sesebuah negara itu maju kenapa sampai sekarang sangat bergantung kepada teknologi asing dari negara tersebut. Hakikatnya yang tak maju adalah pemikiran Zam sendiri. Jangan ingat rakyat tidak cerdik macam "hang".

Zainuddin Maidin meminta rakyat jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang mahu mereka menukar kerajaan sekarang pada pilihan raya akan datang. Menurut beliau, kerajaan sedia ada terbukti cukup baik, malah di bawah kepimpinan PM, Abdullah Ahmad Badawi, negara semakin maju ke hadapan. ‘‘Jangan dengar hasutan pembangkang supaya dibuat perubahan (tukar kerajaan). Rakyat tidak perlu melakukan perubahan, sebaliknya menyokong kepimpinan sedia ada kerana kita bukan negara yang mundur, kita semakin maju,” katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Merbok bercakap kepada pemberita selepas beramah mesra dengan penduduk Flat Paya Nahu 2, di sini, hari ini. Menurut Zainuddin, beliau yakin rakyat negara ini bijak membuat keputusan dan tidak akan terpedaya dengan hasutan seumpama itu. Kata beliau, rakyat seharusnya memberikan sokongan padu kepada calon BN pada pilihan raya umum ke-12 supaya kestabilan negara dapat dikekalkan.

Sebenarnya apakah yang dijanjikan oleh BN kepada rakyat adalah rantaian siri pembohongan kepada rakyat yang telah berlangsung selama 50 tahun. Hadiah kepada 50 tahun kemerdekaan Malaysia adalah hadiah kesengsaraan dan penderitaan rakyat semua kaum terutama orang Melayu dan India. Dasar pecah dan perintah yang ditinggalkan penjajah diguna pakai oleh BN untuk memastikan agenda peribadi mencapai matlamatnya. Pemimpin BN dan UMNO hanya mementing perut dan bawah perut setelah berada dikerusi empuk, rakyat dibiarkan menderita dan sengsara tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Khir Toyo :Selangor akan Perkenal Calon Lebih Awal

Khir Toyo mengeluarkan kenyataaan kononnya akan mengumumkan calon-calon BN Selangor lebih awal di 3 kawasan bermasalah .Satu lagi ucapam Khir yang saya sokong 100% namun saya ragui adakah benar ianya akan menjadi realiti, atau cuma omong-0mong kosong saja dari khir?




Khir di petik telah berkata bahawa BN Selangor akan cuba memperkenalkan calon-calonnya lebih awal di tiga kawasan yang dikatakan bermasalah bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 kali ini, kata Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini.

Ini bertujuan supaya pengundi di tiga kawasan berkenaan dapat mengenali dengan lebih dekat lagi calon-calon BN yang dipilih, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat dan Sukaneka di Sungai Nipah di sini.

Ditanya mengenai tiga kawasan yang dikatakan bermasalah itu, Khir yang juga Menteri Besar Selangor berkata, di antaranya ialah Sekinchan dan Sungai Pinang tetapi beliau enggan memberitahu satu lagi kawasan kerana tidak mahu menimbulkan spekulasi.

Khir berkata; “Kita nak tengok dan kita telah bincang dengan pengerusi parti kawasan terlibat (ketua bahagian) dan mereka telah bersetuju untuk menggantikan calon yang kalah atau calon yang menyebabkan kawasan itu hitam atau kelabu”.

Kita cadangkan kepada Khir jangan hanya perkenalkan lebih awal untuk 3 kawasan sahaja, namun kita minta umumkan semua calon BN lebih awal untuk seluruh negari Selangor. Paling penting tolong umumkan dimana dia mahu bertanding. Ini adalah untuk membuktikan BN benar-benar bersih dengan calonnya yang kononnya bersih?
Begitu juga BA adakah PAS dan PKR, kita akan umumkan calon-calon kita lebih awal dari sekarang. InsyaAllah kita akan buktikan calon-calon kita adalah yang berkualiti dan betul-betul bersih.
Sabda Rasulullah s.a.w " Allah melaknat penyuap dan pemberi suap" (Hadis riwayat Abu Dawud)

Jawatan dalam Islam adalah suatu amanh dari Allah yang mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana ianya akan ditasnya kelak oleh Allah SWT.



Namun begitu bagi orang yang dangkal pengetahuan agamanya dan lemah imannya menganggap jawatan itu adalah sutu peluang untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin. Halal dan haram tidak diambil peduli lagi. Semuanya di sapu bersih.

Salah satu kerja terlarang mengambil dan mengumpul harta ialah dengan menerima suap/rasuah. Sebagaimana hadits di atas Allah melaknart pemberi rasuah dan penerimanya. Ini disebabkan tidak ada yang akan menerima kalau tidak ada yang memberinya atau sebaliknya. Inilah keadilan Islam kedua-duanya mendapat laknat dari Allah.

Kenapakah rasuah ini sangat dilarang dalam islam. Tentunya kerana rasuah akan menimbulkan gejala lain seperti penindasan, penipuan , ketidak adilan, pengunaan kuasa sesuka hati, melanggar undang-undang dan sebagainya. Kerana rasuah yang berhak tidak menerima haknya.