09 April 2008

Lima Menteri Besar bakal gegarkan Stadium Perak

IPOH, 8 April (Hrkh) - Stadium Perak yang selama ini digegarkan sorakan 'Kejo Yop Kejo' pada setiap kali pertandingan bolasepak Liga Super, buat pertama kalinya stadium ini akan digegarkan oleh puluhan ribu rakyat negeri Perak dengan laungan takbir, reformasi dan 'makkal sakti' apabila lima Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat berpidato pada 14 April ini bermula jam 8.30 malam.


Lima Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat, iaitu Menteri Besar Kelantan,Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan berpidato di hadapan puluhan ribu sempena Himpunan Rakyat Negeri Perak anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Perak.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki, dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di pejabatnya sebentar tadi.

"Seluruh rakyat diminta hadir untuk mendengar amanat daripada lima orang Menteri Besar, inilah buat pertama kalinya dalam sejarah Stadium Perak akan bakal menyaksikan himpunan puluhan ribu atas nama pakatan rakyat," katanya lagi.

Acara dimulakan dengan solat Isyak, diikuti dengan solat hajat, selepas itu pidato lima Menteri Besar akan bermula dan orang ramai yang hendak hadir dinasihatkan membawa sejadah.

"Kalau di Stadium Melawati,Shah Alam, Selangor himpunan seumpama itu dihadiri lebih kurang 30,000 orang, insya-Allah puluhan ribu juga akan hadir di Stadium Perak bagi mendengar pidato lima Menteri Besar," katanya.

Undurlah Pak Lah....

Pelbagai pihak mahu agar pertemuan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diadakan segera bagi menjernihkan sebarang masalah antara kedua-dua pihak demi kepentingan parti dan negara.




Sebaliknya bekas Setiausaha Agung UMNO, Sabbaruddin Chik berkata sebarang usaha untuk mempertemukan bekas Presiden UMNO, Dr. Mahathir Mohamad dan Pedana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi melalui pihak ketiga adalah satu usaha yang sia-sia. Beliau berkata, ini kerana kedua-dua pemimpin itu mempunyai pendirian yang sangat berbeza dan tidak mungkin dapat menemui kata sepakat.

Katanya, Dr. Mahathir bertegas mahukan Abdullah berundur selepas kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu. Selain itu Pak Lah dah kata "saya pantang berundur".

Artinya tidak ada alasan dan sebarang pertemuan yang boleh menyelesaikan masaalah dan kemelut dalaman UMNO sekarang. Pandangan Dr. Mahathir saya lihat kepada ingin menyelamatkan Malaysia itu sendiri. Seperti rata-rata rakyat Malaysia yang sudah tidak percaya kepada Abdullah dengan menolak BN , demikianlah Dr. mahadhir menolak Abdullah mentah-mentah.

Abdullah tidak bolah dimasak dan direbus lagi kalau diumpama ianya daging, yang kita kena lakukan ialah menukarnya dengan daging yang baru. Tidak busuk, sedap dan harum baunya.

Siapa salah bila ahli UMNO sabotaj ?

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perak, Tajol Rosli Ghazali berkata, Sabotaj ke atas calon-calon BN pada pilihanraya yang lepas dilakukan oleh ahli UMNO secara beramai-ramai dan bukan secara bersendirian , ia adalah ekoran sikap ahli parti yang tidak berpuas hati dengan calon komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kawasan mereka.

Sepatutnya BN dan UMNO Perak tidak hanya melihat kepada siapa mahu sokong siapa. Lebih dari itu kita beranggapan sabotaj dari pengundi BN adalah hasil kesedaran politik yang tinggi telah muncul disanubari setiap pengundi di Perak. Harapan yang begitu tinggi selama 50 tahun dengan amanah yang telah diabaikan menyebabkan mereka tidak tahan lagi.

Swing undi yang begitu besar berkait rapat dengan "kebobrokan" calon-calon UMNO dan BN yang lepas. Bila telah berada di atas kerusi bergelar "YB" mereka lupa daratan.

Sebelum ini Presiden UMNO telah mendedahkan perbuatan sabotaj dikenal pasti menyebabkan prestasi buruk BN pada pilihan raya umum lepas. Mengulas isu tersebut beliau berkata, memandangkan gerakan sabotaj tersebut dilakukan secara beramai-ramai maka sudah tentu pihak pengurusan UMNO sukar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Demikianlah bala dan bencana yang menimpa BN dan UMNO. Era kegemilangannya telahpun berakhir. Sejarah telah mencatat sebagai sesuatu yang tidak boleh dibohongi bahawa siapakah pemimpin UMNO yang sebenarnya. Lalu rakyat telah menjawabnya dengan suatu yang mereka namakan sendiri iaitu "tsunami politik" yang mematikan dan mereputkan BN dan UMNO.

Selamat tinggal UMNO dan BN......

Kilang arak boleh, ternak babi kenapa tak boleh ?

SHAH ALAM 7 April - Semua tiga Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari parti Pas tidak menghalang pelaksanaan projek ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berkata, Pas menyokong projek itu selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.

"Kita tidak ada masalah, kita sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi. Itu hak mereka. Kita sangat rasional untuk kegunaan mereka," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas Pusat berkata demikian ketika ditemui sewaktu mengiringi pertemuan antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini hari ini.

Dua lagi Exco Selangor dari Pas ialah Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali yang memegang potfolio Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam manakala Iskandar Abdul Samad ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan.

Menurut Dr. Halimah, pihaknya menyokong semua projek yang baik serta menepati piawaian antarabangsa dan keadaan itu berbeza dengan penternakan babi di Melaka yang mencemarkan alam sekitar.

"Masalahnya sentimen orang Melayu seolah-olah babi lebih besar dosanya daripada rasuah dan jenayah, pada hal kita tidak boleh makan sahaja, pegang pun boleh tetapi nak kena samak," katanya.

Selain ini perlu diingatkan bahawa babi adalah makanan bagi orang bukan Islam, Islam juga tidak boleh menganggu cara hidup , makan, minum dan agama bangsa lain.

Persoalannya di Selangor terletaknya kilang arak yang terbesar dirantau ini, itulah peninggalan kerajaan BN yang lalu. Arak juga haram bagi orang Islam tetapi orang Islam masih sanggup meminumnya. Namun begitu kita katakan bahawa haramnya babi tetapi orang melayu dan Islam tidak sanggup memakannya.

Jadi apalah salahnya selagi tidak ada pencemaran dan diselia dengan baik hasrat tersebut mesti diluluskan kerana itu hak bangsa lain yang wajib dihormat.

Termasuklah memelihara binatang yang dihalalkan dalam Islam seperti ayam, lembu dan kambing. kalaulah menyebabkan pencemaran kita pun bantah dan tidak akan menyokong.