05 Disember 2013

Sultan Kelantan lawat Karangkraf, lancar al-Quran

1 Safar 1435H. [MOD] -

  • Sultan KelantanKDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (kanan) meneliti naskhah pertama al-Quran di Majlis Pelancaran Penerbitan al-Quran Karya Bestari dan lawatan ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. - Foto Sinar Harian
 1 / 1 
KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (kanan) meneliti naskhah pertama al-Quran di Majlis Pelancaran Penerbitan al-Quran Karya Bestari dan lawatan ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - [Dikemaskini] Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat Kompleks Kumpulan Media Karangkraf diiringi  Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, di sini, hari ini.

Jumlah mangsa banjir di Johor tinggal 2,027 orang, Pahang 29,270 dan Terengganu menurun kepada 7,163 orang

1 Safar 1435H. [MOD] -

MERSING: Keadaan banjir di Johor mulai pulih berikutan cuaca yang bertambah baik dan air yang mulai surut. 

Daripada 8,793 mangsa, hanya tinggal 2,027 orang daripada 496 keluarga yang masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan setakat jam 4 petang.


Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata Mersing yang teruk dilanda sebelum ini, hanya mempunyai 194 mangsa daripada 49 keluarga di sebuah pusat pemindahan. 

Lebih 1,000 lagi dipindah di lima jajahan di Kelantan

1 Safar 1435H. [MOD] -

KOTA BHARU: Seramai 1,284 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di lima jajahan di sebelah petang berbanding tidak sampai 1,000 orang pagi tadi. 

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jajahan Kuala Krai merupakan jumlah terbesar mangsa yang berpindah iaitu 753 orang di enam pusat pemindahan di Mengkebang dan Olak Jeram. 

Dua Wanita Warga Columbia Didakwa Curi 29 Utas Rantai Emas Bernilai RM49,000

1 Safar 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dua wanita warganegara Colombia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis terhadap pertuduhan mencuri 29 utas rantai emas bernilai RM49,000 dari sebuah pasar raya, bulan lepas.

Aura Maria Flores, 40, dan Blanca Dorris Parra, 49, bersama-sama dua lagi rakan yang masih bebas didakwa mencuri rantai emas itu dari pasar raya Haniffa Sdn Bhd di Jalan Masjid India, Dang Wangi di sini pada 7 malam, 23 November lepas.

Pengikut Tuhan Harun Rancang Bunuh Lebih Ramai Penguatkuasa - KPN

1 Safar 1435H. [MOD] -

PETALING JAYA: Pengikut ajaran sesat Tuhan Harun telah merancang untuk membunuh lebih ramai pemimpin penguatkuasa, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata siasatan awal mendapati pengikut ajaran sesat bukan sahaja bertanggungjawab merancang dan menjalankan pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Rafli Abdul Malek bulan lepas, tetapi juga sedang dalam perancangan melakukan pembunuhan lain.

Persidangan Dewan Rakyat Ditangguh Hingga Tahun Depan

1 Safar 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Parlimen ke-13 yang bersidang sejak 21 Oktober lepas ditangguhkan pada Khamis ke suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Sepanjang persidangan selama 27 hari itu, lima rang undang-undang diluluskan termasuk Rang Undang-undang Perbekalan 2014 untuk perbelanjaan pembangunan yang dibahas sejak 14 November lepas.
Empat rang undang-undang lain adalah Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2013, Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia)(Pengesahan) 2013), dan Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013.

Banjir mula landa 5 jajahan di Kelantan

1 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Seramai 1,296 orang telah dipindahkan di Kelantan setakat tengah hari ini akibat banjir yang melanda negeri itu sejak semalam, menurut laporan portal rasmi e-banjir negeri Kelantan.


Antara lima jajahan yang teruk dilanda banjir adalah Kuala Krai yang meliputi kawasan Mengkebang dan Olak Jeram; Machang meliputi Ulu Sat, Labok dan Pulai condong; Pasir Mas meliputi Kangkong dan Gual Periok; Pasir Puteh meliputi Limbungan, Gong Datok dan Bukit Awang dan jajahan Tanah Merah melibatkan Bukit Panau dan Ulu Kusial.

Banjir di Terengganu merebak ke Marang

1 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU:  Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk apabila bencana alam itu kini melanda daerah Marang selepas Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

               
Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN), keseluruhan mangsa banjir di Terengganu sekarang meningkat kepada 5,393 berbanding 4,929 orang petang semalam. 

Keadaan banjir Pahang tambah buruk, dua beranak dikhuatiri lemas

1 Safar 1435H. [MOD] -
KUANTAN:  Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila lebih 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, manakala dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam tadi.

               
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kedua-dua beranak itu dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber.

Mangsa banjir Kuala Krai meningkat

1 Safar 1435H. [MOD] -
KOTA BAHARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di jajahan Kuala Krai meningkat kepada 538 orang berbanding 436 orang petang semalam.

               
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, setakat 8 malam tadi, kesemua mangsa daripada 124 keluarga itu adalah penduduk di Mengkebang dan Olak Jeram dan mereka dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara.

Selangor salur RM50,000 bantu mangsa banjir di Pahang

1 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan segera berjumlah RM50,000 kepada mangsa bencana banjir yang melanda di beberapa kawasan di Pahang.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Rodziah Ismail, berkata bantuan itu bertujuan meringankan beban ditanggung ribuan mangsa yang terbabit dalam kejadian banjir yang berlaku.

Banjir: Jabatan Amal gerakkan misi, rayu bantuan

1 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan misi menyelamat mangsa-mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri yang telah dinaiki sejak beberapa hari lalu.


Bagaimanapun, ekoran banjir kali ini dikatakan antara paling besar, khsususnya di Pahang, Terengganu dan Johor sehingga puluhan ribu terpaksa dipindahkan, maka pihak mereka merayu sumbangan dari rakyat prihatin.