05 December 2013

Mangsa banjir Kuala Krai meningkat

1 Safar 1435H. [MOD] -
KOTA BAHARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di jajahan Kuala Krai meningkat kepada 538 orang berbanding 436 orang petang semalam.

               
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, setakat 8 malam tadi, kesemua mangsa daripada 124 keluarga itu adalah penduduk di Mengkebang dan Olak Jeram dan mereka dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara.

Air Sungai Kelantan di Tangga Krai pula pada paras 25.42 meter melepasi tahap bahaya 25 meter manakala di Jambatan Guillemard ialah 16.73 meter (bahaya 16 meter).
               
Sungai Lebir di Tualang turut melebihi paras bahaya dengan mencatatkan bacaan 35.94 meter (bahaya 35 meter) manakala Sungai Golok di Rantau Panjang juga melepasi bahaya dengan bacaan 9.01 meter (bahaya 9 meter).
               
Paras air di sungai lain dilaporkan meningkat berikutan hujan yang sesekali lebat di kebanyakan kawasan pedalaman negeri ini.
               
Tiada jalan utama yang dilaporkan terputus hubungan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini.  


- Bernama

No comments: