31 Januari 2014

Bapa kelar anak hingga mati direman seminggu

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Bapa yang mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, Kajang semalam, ditahan reman seminggu bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar ketika dihubungi Bernama berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

"Keadaan dua anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun (kini dirawat di Hospital Kajang) yang mengalami kecederaan di tengkuk dan tangan dilaporkan stabil," katanya.

Muhammad Ali peluk Islam di puncak kegemilangan

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
SIAPA tidak kenal Muhammad Ali, peninju dunia kulit hitam berasal daripada Amerika Syarikat?
Muhammad Ali dilahirkan sebagai Cassius Marcellus Clay, Jr. Dilahirkan di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat pada 17 Januari 1942; beliau kini berusia 72 tahun.
Ketika berusia 33 tahun, beliau menyertai Nation of Islam pimpinan Elijah Mohamad dan akhirnya memeluk Islam pada 1975.
Pada 1999, Ali dianugerahi “Sportsman of the Century” oleh Sports Illustrated. Beliau menyandang juara heavyweight dunia sebanyak tiga kali.

Dua Penjenayah Kes Tembak Berhampiran Plaza Tol Behrang Diberkas

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

IPOH: Dua penjenayah yang melarikan diri ke kawasan hutan selepas kejadian berbalas tembakan dengan polis berhampiran Plaza Tol Behrang, Isnin lepas, berjaya diberkas dalam dua serbuan berasingan di SlimRiver, kira-kira 70km dari sini.
Suspek pertama, 24, ditangkap ketika sedang tidur di sebuah rumah kongsi di Kampung Balun, Slim River pukul 3.10 petang, Selasa lepas, manakala suspek kedua berusia 27, ditangkap pada 10.50 pagi Khamis ketika berjalan kaki mendaki sebuah bukit terletak dua kilometer dari rumah kongsi itu.

Gunung Kinabalu Dilitupi Fros

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Lapisan fros meliputi tanah dan tumbuh-tumbuhan di Laban Rata di Gunung Kinabalu. 
KOTA KINABALU: Suhu rendah yang luar biasa di Sabah menyebabkan lapisan fros meliputi tumbuh-tumbuhan di Gunung Kinabalu, terutamanya berhampiran Panar Laban dan Laban Rata pada ketinggian hanya lebih 3,000 meter.
Selain itu, suhu yang sejuk itu telah membekukan titisan air kabus yang meliputi gunung.

100 kenderaan musnah terbakar

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Seratus kenderaan termasuk kereta mewah dan treler musnah dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel membaiki kenderaan dan tempat penyimpanan kenderaan di Muar semalam.
    
Pegawai Operasi Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Ismail Mahmud berkata antara yang musnah dalam kebakaran 9.45 pagi itu ialah 70 kereta,  10 treler, van dan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
    
Beliau berkata 50 kenderaan lain yang diletakkan di dalam tempat penyimpanan kenderaan dapat diselamatkan.

Budak perempuan mati dikelar bapa kandung

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi petang tadi.
    
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian jam 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -


Blog Cina Islam mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai, kepada seluruh pembaca blog ini khususnya yang berketurunan Tionghoa. 

Harapan kami Semoga Tahun Kuda akan membawa arti yang lebih besar kepada masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Cina . Semuga tahu ini akan membawa keamanan, keadilan dan kebebasan kepada semua rakyat Malaysia.

Anak pasangan Malaysia diserah kepada kedutaan Malaysia

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

STOCKHOLM: Empat anak pasangan Malaysia, yang kini ditahan reman kerana dakwaan memukul tangan anak lelaki mereka, hari ini diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini.      
Sebelum ini, anak-anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal  itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam di sini berikutan penahanan pasangan itu pada 18 Dis lepas.     
Hari ini, selepas 42 hari terpisah daripada ibu bapa mereka, anak-anak itu yang dikenali sebagai Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif,7, dipertemukan dengan saudara mara mereka dari Malaysia di sini pada 4 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Aliran trafik ke utara & selatan dari KL mulai perlahan

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR:  Aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mulai perlahan pagi ini akibat kemalangan dan pertambahan kenderaan.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Sdn Bhd berkata terdapat kemalangan di Km448, berdekatan Sungai Buloh menghala ke utara apabila sebuah kereta yang mengalami kerosakan telah terbakar dan menyebabkan kesesakan di laluan itu.
           
"Api telah berjaya dipadamkan dan kereta tersebut telah dialihkan ke tepi jalan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

PRK Kajang: Anak muda mahu lihat pemuafakatan nasional

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) berpandangan gagasan idea permuafakatan nasional yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin meliputi empat teras utama merangkumi sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa tiada mempunyai agenda yang jelas berkenaan agenda anak muda Malaysia dan agenda agama.

“Perlaksanaan agenda ini juga masih samar-samar,” tegas ketuanya, Suhaizan Kaiat.

Katanya, PPM menegaskan, anak muda Malaysia sebenarnya merasa bosan dengan polemik politik yang tidak berkesudahan.

Menurutnya lagi, mereka mahukan pemuafakatan negara yang lebih harmoni dengan kerjasama ke arah mewujudkan negara yang aman, damai dan sejahtera. 

30 Januari 2014

Penempatan Orang Asli Kelantan diwarta

28 Rabiul Awal 1435H.
KOTA BHARU:Mana-mana kawasan yang didiami penduduk Orang Asal akan diwartakan sebagai kawasan penempatan mereka, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Katanya, Kelantan merupakan negeri negeri pertama di negara ini mengambil langkah tersebut bagi memastikan kehidupan masyarakat Orang Asal lebih terbela.

“Sehingga sekarang dua penempatan sudah diwartakan termasuk Pos Jedip di Gua Musang. Dua lagi kawasan yang baru dilulus di peringkat jawatankuasa.

“Kerajaan negeri mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi mengenal pasti lokasi-lokasi lain,” katanya di sini.

Mat Sabu: PAS tak akan boikot kempen di Kajang

28 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
  • Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti itu tidak akan memboikot kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

    Beliau menegaskan demikian walaupun mengakui pandangan keras PAS Selangor dan Dewan Pemudanya semalam, yang mengkritik tindakan PKR mengosongkan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada PRK.

28 Januari 2014

BN akan tanding DUN Kajang - Muhyiddin

26 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
BN akan tanding DUN Kajang - MuhyiddinTIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan sijil dan pingat Perkhidmatan Cemerlang kepada Datuk Marina Chin Abdullah pada Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail
PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) bersedia untuk meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

4 lelaki larikan van syarikat keselamatan bawa wang tunai RM3.3 juta

26 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KUALA SELANGOR: Empat lelaki melarikan sebuah van syarikat keselamatan yang membawa wang tunai RM3.3 juta dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Ijok, kira-kira jam 10 pagi tadi. 

Dalam kejadian itu, empat pengawal keselamatan yang berada di dalam van turut dilarikan ke sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian sebelum suspek membakar van berkenaan selepas memindahkan sembilan beg berisi wang ke kenderaan lain. 

Sweden: Anak Pasangan Dipindahkan Kepada Keluarga Islam Dalam Masa Terdekat

26 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Gambar tiga anak lelaki pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal, Ammar (tengah), Adam (kiri) dan Ariff (kanan). Gambar dimuatnaik di Facebook Ammar pada 1 Januari 2014.
STOCKHOLM: Khidmat Sosial Stockholm akan memindahkan anak pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa tempatan sebelum ini kepada sebuah keluarga Islam Malaysia dalam masa terdekat.

Kembara dakwah di Tawau dan Sandakan

26 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Gerimis menyapa kami apabila tiba menjejak kaki di Tawau, bandar paling jauh dari Semenanjung Malaysia dan bersebelahan dengan Indonesia. Bumi Tawau adalah paling subur dengan pusat pengajian Islam di negeri bawah bayu itu, bermula dengan pusat pra sekolah PASTI sehinggalah madrasah al hidayah yang semakin menampung permintaan anak-anak tempatan untuk menggali ilmu agama. Gerakan Islam juga bertapak subur di Tawau sejak dekad 80an dimana penjawat awam dari Semenanjung telah menyebarkan dakwah dan fikrah kepada anak tempatan.

PAS, DAP sokong Anwar tanding di Kajang

26 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

PETALING JAYA: PAS hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan PKR yang meletakkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Naib Presiden PAS, Slahudin Ayub berkata, PAS sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat sentiasa mendokong semangat kebersamaan dan muafakat bersama PKR dan juga DAP.

"Ini semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat, setiap parti akan memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan itu milik Pakatan Rakyat, khususnya (kali ini) PKR," jelas beliau kepada Harakahdaily.

MB: Anwar sah tanding kerusi DUN Kajang

26 Rabiul Awal 1435. [MOD] -


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Chen dari PKR meletakkan jawatan semalam, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

27 Januari 2014

Terkini : ADUN Kajang letak jawatan

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini

Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini.

Bagan Datoh: Keputusan bantahan awal 19 Feb

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mahkamah Pilihan Raya hari ini menetapkan 19 Feb untuk memutuskan bantahan awal dikemukakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh yang difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Hakim Pilihan Raya Datuk Hasnah Mohammed Hashim menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam yang mewakili Ahmad Zahid, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan peguam Edmund Bon yang mewakili calon PKR Madhi Hasan dan peguam Chong Kok Yew yang mewakili seorang pengundi Azmi Sulaiman.

RON 95 dijangka naik sebelum BR1M diagih

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka akan menaikkan lagi harga petrol RON 95 dan diesel serta kadar tol sebelum pengagihan BR1M 3.0 kepada 7.9 juta rakyat pada pertengahan Februari 2014 ini.

“Pengurangan subsidi terhadap big ticket items iaitu seperti petrol, diesel, tol serta elektrik mampu menjana penjimatan yang besar kepada kerajaan,” kata Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.

Beliau berkata, menurut anggaran Pemandu, kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel seharusnya dinaikkan sebanyak 10 sen seliter setiap 6 bulan.

Katanya, kenaikan tersebut akan disusuli dengan pelbagai langkah mitigasi untuk meringankan beban rakyat dan kerajaan akan menikmati lebih penjimatan setiap tahun. 

Penggantungan The Heat ditarik balik

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -


Kerajaan akhirnya menarik balik penggantungan mingguan The Heat selepas lebih sebulan digantung ekoran isu berkaitan permit penerbitan.

'Bekir ada kepentingan dalam 85 syarikat asing'

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Seorang akauntan bertauliah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa anak lelaki kepada ketua menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib mempunyai kepentingan dalam 85 syarikat asing, termasuk Sakthi International yang berpangkalan di California.

Anwar nafi laporan jadi MB ganti Khalid

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan laporan media bahawa beliau akan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Menepisnya dengan menyifatkan ia sebagai spekulasi, Anwar memberitahu pemberita bahawa beliau tidak bertemu Khalid minggu lalu berbincang mengenai surat peletakan jawatan.

Kenapa fitnah TMI terhadap Almarhum Ustaz Harun tidak boleh dimaafkan?

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Setelah saya membaca tulisan Sheridan Mahavera di dalam The Malaysian Insider, saya dapati tulisannya berbaur fitnah dan adu domba serta cuba menggambarkan kepuakan konservatif di dalam PAS.

The Malaysian Insider cuba menggambarkan seolah-olah pendirian berbeza antara TG Presiden dan TG Dato Harun Taib khususnya tentang isu kalimah Allah apabila menyebut: "ini adalah pendirian yang berbeza dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Allah boleh digunakan oleh bukan Islam".

Perkataan seperti ini seolah-olah menggambarkan 2 Tuan Guru adalah tidak sekata dalam Isu kalimah Allah swt. Walhal bukan sahaja 2 Tuan Guru ini yang seiya sekata, bahkan semua tuan-tuan guru di dalam PAS, khususnya di dalam mesyuarat syura pada 13 Januari 2013, juga mesyuarat sebelum dan selepas itu, bahawa kalimah yang mulia (ALLAH swt) boleh digunakan pada tempat yang betul oleh muslim dan non-muslim kecuali apabila ia digunakan pada tempat yang salah seperti menggambarkan Allah swt ada anak, isteri dan seumpamanya.

Terpedaya helah sindiket black money

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

  • Terpedaya helah sindiket black money
  • Antara barang rampasan sindiket Black Money oleh pihak polis.

GOLONGAN yang bersikap suka cari jalan mudah untuk menambah kekayaan sering kali akan tertipu dan terpedaya dengan sindiket penipuan yang mencari peluang atas sikap kealpaan diri.

Sindiket penipuan black money menyasarkan golongan profesional yang mempunyai simpanan wang banyak kerana mereka amat mudah menjadi mangsa tembelang sindiket black money.

Letupan di Xinjiang angkara pengganas - polis

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

BEIJING: Polis China menyatakan "serangan pengganas" adalah punca siri keganasan di wilayah Xinjiang yang meragut 12 nyawa. 

Enam orang terbunuh dalam beberapa letupan, temasuk di salon dandanan rambut dan pasar, manakala enam lagi ditembak polis di Xinhe pada Jumaat lalu


Agensi berita Xinhua melaporkan,siasatan polis mendapati letupan berkenaan adalah "serangan terancang pengganas". - AFP 

Mesir umum pilihan raya awal

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KAHERAH: Mesir semalam mengumumkan pilihan raya presiden awal yang bakal menabalkan jeneral yang menggulingkan Presiden Mohamed Morsi ketika kumpulan pejuang mendakwa menembak jatuh helikopter tentera pada pertempuran hujung minggu yang meragut puluhan nyawa. 

Presiden sementara, Adly Mansour mengumumkan pilihan raya itu menerusi televisyen sehari selepas 49 orang terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis serta ribuan penyokong Abdel Fattah al-Sisi. Sisi dijangka mengumumkan pencalonannya untuk pilihan raya itu yang dijadualkan pada pertengahan April.