27 January 2014

Terpedaya helah sindiket black money

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

  • Terpedaya helah sindiket black money
  • Antara barang rampasan sindiket Black Money oleh pihak polis.

GOLONGAN yang bersikap suka cari jalan mudah untuk menambah kekayaan sering kali akan tertipu dan terpedaya dengan sindiket penipuan yang mencari peluang atas sikap kealpaan diri.

Sindiket penipuan black money menyasarkan golongan profesional yang mempunyai simpanan wang banyak kerana mereka amat mudah menjadi mangsa tembelang sindiket black money.

Sebelum ini terdapat satu kes di mana seorang pensyarah kanan berkelulusan doktor falsafah kerugian RM600,000 selepas terpedaya dengan tawaran sindiket black money untuk mewarisi pusaka berjuta-juta dolar milik seorang pemimpin Afrika yang baru meninggal dunia.

Wanita berusia awal 40-an itu menerima emel daripada sindiket terbabit, yang mendakwa akan membantu mengeluarkan wang berkenaan daripada sebuah bank di Afrika.

Bagaimanapun, sebagai syaratnya, mereka yang berminat, perlu memperuntukkan sebahagian daripada wang itu untuk kerja amal selain diberikan kepada anggota sindiket itu.

Penipuan melibatkan mata wang asing atau lebih dikenali sebagai black money scam adalah satu penipuan oleh sindiket warga Afrika dengan memperdaya mangsa yang dikenali di laman sosial untuk mengeluarkan sejumlah wang kononnya untuk membeli sejenis bahan kimia untuk mencuci 'wang' dan dijanjikan hasil yang lumayan.

No comments: