27 Januari 2014

Penggantungan The Heat ditarik balik

25 Rabiul Awal 1435. [MOD] -


Kerajaan akhirnya menarik balik penggantungan mingguan The Heat selepas lebih sebulan digantung ekoran isu berkaitan permit penerbitan.

Difahamkan bahawa penarikan balik itu sudah dimaklumkan secara hitam putih kepada akhbar itu.

The Heatdifahamkan sedang menyiapkan kenyataan akhbar berkaitan perkara itu, yang dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

Penggantungan akhbar itu sebelum ini menimbulkan kemarahan pelbagai pihak termasuk pengamal media (kanan).

Dipimpin perkumpulan longgar dinamakan Gerakan Media Marah (GERAMM), mereka mengadakan demonstrasi "Pensel Merah” di ibu negara pada 4 Januari lalu.

Beberapa pihak sebelum ini mengaitkan penggantungan itu dengan artikel muka depannya yang melaporkan perbelanjaan mewah perdana menteri dan isterinya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagaimanapun menafikan penyiaran rencana itu menjadi puncanya dan memberikan alasan "pelanggaran peruntukan permit penerbitan".

Tiada ulasan: