28 Februari 2010

Hari ini berada di Miri Sarawak.

Saya bersama YDP PAS Kawasan dan Pimpinan PR yang lain sama-sama memotong riben tanda perasmian Pejabat PAS Kawasan Miri.

13 Rabiul Awwal 1431H.

Hari ini saya berada di Miri Sarawak memenuhi jemputan Pakatan Rakyat dan PAS Kawasan Miri. Saya sampai disini pada sekitar jam 9.30 pagi tadi dengan menaiki penerbangan Airasia pada jam 7.30 dari KLIA.

Alhamdulillah saya kembali memijakkan kaki di negeri yang pernah meninggalkan nostalgia sebagai negeri tempat pertama memulai tugas sebagai guru pada tahun 1992 hingga 1994 di Sekolah Menengah Teknik Sibu. Semasa bertugas di Sibu tidak sempat saya sampai di Miri dan sekali ini saya datang dengan tugas lebih besar untuk membantu Pakatan Rakyat bagi menghadapi persiapan Pilihanraya yang dijangkakan berlaku antara Jun dan July tahun ini.

Acara yang diatur yang telah akan di ikuti pada sesi pagi tadi adalah Majlis penerangan dan dailog dan Perasmian Pejabat Baru PAS Kawasan Miri.Saya diberikan penghormatan untuk memotong riben bersama Pimpinan Pakatan Rakyat lain dalam majlis ringkas tapi penuh bermakna dan bersejarah.

Hadir sama dalam majlis yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Miri yang terletak dilantai 3 di Lot 779 ,Pusat Komersial Bintang, ialah Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj. Jofri, Ketua Cabang Keadilan, Dr. Teh, Ketua DAP Miri, En, Pau Teik dan Ketua SNAP Miri serta pimpinan dan ahli yang lain. Hadir sama ialah beberapa pemberita dan para blogger.

Dalam sessi Dailog saya diajukan beberapa soalan berkaitan politik semasa negara dan Perak serta pakatan Rakyat.

Untuk Program malam ini saya akan hadir dan memberi ucapan pada majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Miri yang akan diadakan di kediaman Ketua Cabang PKR Miri. Program akan bermula mulai jam 7.00 malam.

Pakatan: Satu lawan satu di Sarawak

13 Rabiul awwal 1431H.
Hafiz Yatim

Pakatan Rakyat telah bersetuju agar semua pertandingan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang adalah pertembungan satu lawan satu antara Pakatan dengan BN.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Pakatan telah mula membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri itu yang dijangka diadakan beberapa bulan akan datang, kemungkinan antara bulan Jun dan Julai ini.

Pilihan raya negeri Sarawak - yang terakhir berlangsung pada 2006 - mesti diadakan dalam tempoh 16 bulan ini. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya Parlimen.

Saifuddin berkata, strategi satu lawan satu itu - yang telah menghasilkan kemenangan besar kepada pembangkang dalam pilihanraya umum 2008 - akan digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

"PKR, DAP dan PAS pada prinsipnya telah bersetuju dengan pertandingan satu lawan satu dengan BN. Kita pastinya berharap ia akan memberi impak yang besar kali ini," katanya kepada Malaysiakini.

Tsunami politik pada 2008 menyaksikan lima negeri di Semenanjung jatuh ke tangan pembangkang serta menafikan BN penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Sarawak mempunyai 71 kerusi negeri, dengan 62 daripadanya dikuasai oleh BN. Manakala DAp, Parti Cinta Malaysia yang baru ditubuhkan dan Bebas, menang sembilan kerusi.

Pilihan raya umum 2008 telah menyaksikan berlakunya beberapa pertandingan tiga penjuru yang membabitkan parti-parti Pakatan di Sabah dan Sarawak.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang berkata, perkara itu telah dibincangkan oleh majlis presiden Pakatan pada hari Isnin.

Majlis itu, kata beliau, seterusnya akan menumpukan kepada perbincangan mengenai pilihan raya negeri Sarawak, khususnya mengenai strategi pertandingan satu lawan satu, serta memanfaatkan jentera pilihan raya bersama. Malaysiakini/-

Gempa Bumi Kuat Goncang Pasifik - Amaran Tsunami Dikeluarkan

13 Rabiul Awal 1431H.

KUALA LUMPUR: Laporan berita agensi dari seluruh dunia melaporkan gempa bumi dengan ukuran skala richter yang sangat kuat telah mengoncang beberapa lokasi di Lautan Pasifik dari Jepun sehinggalah ke Barat Amerika Selatan. Demikian sebuah berita ringkas yang diterbitkan dalam mStar hari ini

Laporan paling awal menyebut Jepun telah dilanda dengan gegaran berskala 6.9 magnitut berdekatan dengan kepulauan Okinawa.

Bagaimanapun gegaran paling kuat telah dicatatkan di Concepcion, Chile pada magnitut 8.3 skala Richter - sehingga menyebabkan bekalan elektrik terpadam dan beberapa bangunan mengalami goncangan yang teruk.

Malah di Peru dan juga Equador, amaran awal tsunami telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Berita ini menarik perhatian dan kebimbangan yang menghantui penduduk di kawasan yang terlibat dengan ancaman bencana Tsunami yang pernah berlaku di Sumatera Indonesia sebelum dari ini.

Malaysia tempat longgokan arak !

13 Rabiul Awal 1431H.


Seorang pegawai polis mengatur minuman keras yang telah dirampas ketika sidang akhbar mengenai Penyeludupan Minuman Keras Tanpa Dokumen yang Sah di Markas Operasi Gerakan Marin di Pelabuhan Klang, hari ini. Pihaknya menahan bot barter trade dari Indonesia itu semasa melakukan rondaan di perairan Pelabuhan Selatan pada pukul 5.30 petang semalam. Hasil pemeriksaan, anggota-anggotanya telah menemui 423 kotak berisi minuman keras itu yang disorokkan di bawah guni-guni berisi pakaian terpakai di dalam bot itu yang menuju ke Dumai, Indonesia. - Foto BERNAMA

Resepi (Mee) Mi Udang

13 Rabiul Awal 1431H.
Email : Mohd naim mohd zain

Bahan-bahan :
1 peket mi kuning
10 ekor udang
3 biji bawang merah
½ inci belacan
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kering
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sawi
Tauge
Daun bawang
Minyak secukupnya

Cara membuat:
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan air rebusan udang.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan serbuk perasa.
4. Setelah sebati masukkan mi kuning dan udang. Kacau seketika.
5. Akhir sekali, angkat dan boleh hiaskan dengan sawi, tauge dan hirisan daun bawang

Hadits Pilihan.

13 Rabiul Awwal 1431H.

Sabda Rasulullah saw "Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)

Najib is setting the stage

13 Rabiul Awwal 1431H
http://blog.limkitsiang.com

When the Prime Minister and UMNO President, Datuk Seri Najib Razak said last night that it was up to UMNO members to decide if action should be taken against Tengku Razaleigh Hamzah for continuing his campaign against the federal government over Kelantan’s oil royalties claim, the stage is set for drastic action by Umno against the Kelantan prince and elder Umno statesman.

It is clear as to what Najib meant when he made the ominour statement:” We have to hear what the party members have to say” after the Umno supreme council meeting last night.

Already, the Deputy Prime Minister and Deputy Umno President, Tan Sri Muhyiddin Yassin had more than once expressed displeasure at Razaleigh’s unrepentant recalcitrance, openly questioned Razaleigh’s loyalty to Umno and accused him of trying to confuse the public over the oil royalty issue.

Will Razaleigh back down from the very clear ultimatum from the Umno leadership to “cease and desist” or to face severe Umno retaliation for continuing to champion the state rights not only of Kelantan but other states, particularly Terengganu, Sabah and Sarawak who are directly affected by the oil royalty controversy.

Whether Razaleigh would be “disciplined” or even hounded out of Umno is an internal Umno matter but the issue he has taken an uncompromising stand concerns not only him and Umno, but larger public interests affecting not only the oil royalties but the state rights of all states in the federal system of government in Malaysia.

Razaleigh yesterday accused the Federal Government of behaving like a “Godfather” even though their power comes from the 13 states.

Today, Razaleigh has upped the ante in a Malaysian Insider report elaborating on his concerns at the signs of decline everywhere in Malaysia, saying that even Malays are getting disillusioned with the state of the nation and leaving the country.

He said: “Something must be wrong in this so-called Malay Land (Tanah Melayu) when they (Malays) are leaving.”

He said people, especially the young, are feeling uneasy over developments in the country, adding:

“There are many Malays in London who are professionals, making good money, who will not return because the environment is not right in Malaysia.”

The Prime Minister said his government’s refusal to pay oil royalties is in accordance with the law and was decided upon after consultation with various legal experts.

Najib should present a White Paper when Parliament meets on March 15 to explain why for 25 years from 1975 to 2000, the Federal Government recognised and paid five per cent oil royalties to the Terengganu state government for offshore oil produced, but refused to accord such recognition because PAS captured power in Terengganu state in the 1999 general election and paid out instead “compassionate monies” to a separate Federal Government agency.

The White Paper should declassify all documents and records of Petronas, the Attorney-General Chambers and other government agencies to explain when and why legal opinion changed from recognition of the states’ oil royalties rights for 25 years from 1975 to 2000 to refusal to recognise such state rights and to pay out instead “wang ehsan” at the discretion of the Federal Government.

Harakahdaily.net/-

Khidmat PAS bantu penghuni Lorong Haji Taib

13 Rabiul Awwal 1431H
Rusli Yasmin

KUALA LUMPUR, 27 Feb: "Taufik dan hidayah datangnya dari Allah, kita ni berusaha untuk menyentuh hati-hati mereka," kata Dr Lo'Lo' Ghazali dengan penuh harapan dapat memberi kebaikan dan bantuan kepada penghuni di sekitar lorong Haji Taib, di sini.

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat melancarkan kaunter perkhidmatan kebajikan PAS di hadapan pejabat agungnya, petang semalam.

Antara kaunter yang dibuka ialah kaunter khidmat guaman, khidmat kesihatan, khidmat kaunseling dan khidmat perubatan Islam selain memberi makanan dan minuman percuma kepada masyarakat di sekitar situ.

Lebih kurang 100 masyarakat sekitar yang hadir bagi mengambil peluang mendapatkan khidmat-khidmat yang disediakan turut menarik perhatian kenderaan yang lalu di Jalan Raja Laut, berhadapan dengan Pejabat Agung PAS.

"Kita mengharapkan warga Lorong Haji Taib kini yang agak terbiar, dan ada yang telah tersasar, dapat kita dekati, dapat kita santuni dan insyaAllah kalau boleh kita merubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik," kata Ahli Parlimen Titiwangsa tersebut yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatn PAS Pusat ketika ditemui.

"Mungkin kita kata mereka ni setengahnya sudah agak tegar, pekerja seks tegar, tetapi kita masih lagi meletakkan harapan, Allah Maha Pengampun, dan kita juga hendaklah bersikap begitu.

"Saya harap masyarakat juga memberi peluang kepada mereka sebab kita tahu antara mereka ada yang telah bertaubat (dan) meninggalkan perangai buruk mereka ni," tambahnya.

Dr Lo' Lo' juga mengharapkan program itu digerakkan di peringkat negeri-negeri dan kawasan-kawasan.

Harakahdaily.net/-

Ekonomi Malaysia: Retak menanti belah

13 Rabiul Awwal 1431H
http://anwaribrahimblog.com/

Pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri bahawa “senario ekonomi terburuk” negara telah berakhir kerana KDNK berkembang pada kadar 4.5% dalam suku terakhir 2009 bukan sahaja dikira terlalu awal tetapi juga tidak bertanggungjawab.

Apa yang jelas, pertumbuhan itu sebenarnya dipacu oleh perbelanjaan besar-besaran oleh kerajaan sejak setahun lepas.

Suntikan pakej rangsangan, seperti yang diketahui oleh mana-mana ahli ekonomi, sebaiknya adalah langkah sementara dan tidak boleh dilakukan secara berterusan.

Oleh sebab itulah, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.

Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba.

Sejak 1998, kerajaan Barisan Nasional hanya tahu satu dasar ekonomi sahaja, iaitu menaikkan perbelanjaan kerajaan (melalui projek-projek besar yang tidak diperlukan dan membazir kerana melibatkan kepentingan kroni) untuk menutup kegagalannya menarik pelaburan individu dan swasta yang telah jatuh merudum.

Data pelaburan individu dan swasta sejak 1991 menjadi peringatan bagaimana Barisan Nasional telah mengheret negara ke lembah kehancuran ekonomi. Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2%, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1% secara purata sejak 11 tahun lepas.

Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun.

Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu.

Pada ketika Barisan Nasional terus hilang punca untuk menghidupkan kembali ekonomi bagi jangka masa panjang, kadar pelaburan individu dan swasta menjunam berbanding dengan tahapnya sebelum tahun 1997.

Pada ketika itu, pelaburan individu dan swasta menyumbang 40% kepada KDNK. Malangnya sejak sedekad yang lalu, sumbangan pelaburan individu dan swasta terus merosot secara puratanya kepada kadar 28% sahaja daripada KDNK.

Oleh sebab itu, Pakatan Rakyat tidak akan membuat pengisytiharan yang cuai seperti Perdana Menteri bahawa ekonomi kita sudah pulih, kerana masih terlalu banyak masalah pokok yang perlu diselesaikan dengan segera sekiranya kita tidak mahu Malaysia terus tertinggal di belakang.

Tindakan Perdana Menteri merwar-warkan anggaran pertumbuhan 5% bagi 2010 sebagai sangat baik sebenarnya kurang berhemah. Apa yang tidak diwar-warkan oleh Perdana Menteri disebalik anggaran pertumbuhan 5% itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak. Malaysia pada suatu ketika adalah setanding dengan Korea Selatan dan Singapura dan jauh lebih maju dari negara-negara yang lain.

Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi, walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih.

Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50% lebih pesat dari Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional perlulah bertanggungjawab dan menerima hakikat bahawa ekonomi kita tersangkut di dalam perangkap seperti yang diumumkan Menteri Kewangan Kedua suatu masa dahulu; adalah disebabkan oleh salahguna kuasa dan rasuah oleh mereka yang berkuasa sejak sekian lama.

Kemakmuran negara pada masa hadapan hanya boleh dijamin oleh sebuah kerajaan yang memikul amanah yang diberikan oleh rakyat dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Maka, persoalan ketelusan dan amalan pentadbiran yang baik adalah prasyarat untuk memulihkan ekonomi negara.

Oleh sebab itu, Pakatan Rakyat akan terus bekerja keras untuk menawarkan kepada rakyat pentadbiran ekonomi yang telus, tulus dan berkembang secara sihat bagi jangkamasa yang panjang demi generasi akan datang.

Harakahdaily.net/-

PR, bersedialah untuk gantikan BN

13 Rabiul Awwal 1431H
Zolkharnain Abidin

SATU - Media melaporkan, Mahmood Zuhdi (Prof Datuk Dr) dipilih penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul. Sekalung tahniah. Beliau memang layak. Sumbangannya dalam perkembangan pemikiran Islam di negara ini memang besar.

Salah satu ideanya yang masih segar dalam ingatan saya ialah melahirkan kitab Fiqh Malizi. Apa maksudnya? Kitab-kitab fiqh yang ditadah oleh pelajar-pelajar di negara ini disemua peringkat adalah kitab fiqh untuk realiti negara Arab sebab pemikiran ilmu itu asalnya berkembang di sana.

Dalam beberapa hal, ia mungkin agak asing bagi masyarakat negara ini. Justeru, sebuah kitab fiqh berasaskan realiti Malaysia perlu dilahirkan supaya sesuai dengan masyarakat di negara ini tanpa membuang asas-asas fiqh yang asal tadi.

Namun, setahu saya sehingga kini itu belum menjadi keupayaan. Nampaknya, bukan senang melakukan kerja yang dilakukan oleh orang terdahulu. Kita kaya dengan teknologi tetapi mereka kaya dengan kecintaan kepada ilmu dan pengorbanan mengembangkan ilmu.

Tak apa, saya tidak teruja sangat dengan itu semua.

DUA - Saya lebih teruja apabila media melaporkan seorang Pegawai Penyelidik Prinsipal Dr Tan Swee Lian turut dipilih menerima anugerah itu. Berdasarkan nama dan rupanya, saya berpendapat dia seorang wanita Cina non Muslim (maafkan saya kalau tersalah).

Tentu sangat besar ertinya buat SL Tan, dia menerima anugerah itu sempena Maulidur Rasul. Anugerah itu disandarkan kepada makhluk paling mulia, Muhammad Rasulullah (saw). Jika dibandingkan dengan semua anugerah lain, anugerah yang disandarkan kepada rasul mengatasi semuanya.

Walau pun tiada gelaran khusus untuk penerima anugerah ini dipangkal namanya, itu bukan menjadi keutamaan.

Bagi orang Islam, anugerah ini membawa makna besar. Ya, rasul adalah rahmat untuk semua samada Muslim atau bukan. Rahmat pengutusan rasul tiada batas masa dan ruang. Rahmatnya menyelinap dan memberi kesan kebaikan kepada segenap sudut kehidupan.

Amalan ini wajar diteruskan. Banyak lagi diluar sana mereka yang menyumbang kepada pembangunan untuk kesejahteraan manusia yang terdiri daripada non Muslim. Bukan nilai anugerah yang diperhatikan tetapi kesentimentalan anugerah sangat besar kesannya.

Bayangkan, plak atau sijil anugerah Maulidur Rasul akan terpampang atau paling kurang tersimpan di rumah SL Tan. Dia akan ditatap oleh keturunan beliau selama itu semua masih wujud. Kesannya dari segi dakwah sangat besar dalam tempoh jangka masa panjang.

Saya yakin, 20 atau 30 puluh tahun lagi, suara-suara perjuangan berasaskan ras akan semakin mengecil dan pupus. Nilai-nilai kemanusiaan dan keintelektualan akan mengambil tempat sentimen perkauman. Pada waktu itu, orang tidak bercakap soal bangsa tetapi orang bercakap soal kemanusiaan dan ilmu.

Samada kamu Islam atau tidak, kamu berbangsa apa pun, selama kamu adalah manusia dan berilmu, kamu tetap ada tempat istimewa dalam masyarakat manusia.

Kera dihutan hidup bersekali tanpa mengira spesis. Kalau ada manusia yang mahu hidup berasaskan bangsa, dia bukan sahaja tiada tempat dalam tamadun manusia malah tiada tempat juga di dalam tamdun kera.

Maaf, kalau dikaitkan ini dengan politik kepartian di Malaysia, saya katakan 20 atau 30 tahun lagi Umno, MCA dan MIC akan pupus selama mereka berpaut pada dahan sentimen bangsa. Dahan itu sudah mulai mereput sekarang.

Ayuh, Pakatan Rakyat bersedialah untuk menjadi alternatif kepada kereputan BN itu.

Harakahdaily.net/-