Nama Sabu sering dikaitkan dengan Naib Presiden Pas Hj. Mohd Sabu. Namun sekali ini lain p[ula di perlis. Sekali ini Datuk Dr. Md Isa Sabu yang dilantik sebagai MB Perlis oleh Raja Perlis yang baru betul-betul memeningkan kepala rakyat Perlis. 15 Mac 2008
Kemelut Jawatan MB Perlis yang membingungkan rakyat
Nama Sabu sering dikaitkan dengan Naib Presiden Pas Hj. Mohd Sabu. Namun sekali ini lain p[ula di perlis. Sekali ini Datuk Dr. Md Isa Sabu yang dilantik sebagai MB Perlis oleh Raja Perlis yang baru betul-betul memeningkan kepala rakyat Perlis. Formula BN yang tidak masuk akal
Persoalan siapa yang akan menjadi Menteri Besar Perak telah pun selesai, cuma menunggu suatu majlis angkat sumpah dan penyerahan watikah perlantikan oleh Sultan Perak dalam waktu terdekat. Walaupun upacara tersebut dijangkakan secepatnya berlaku kelmarin pada hari jumaat 14 Mac tetapi tertangguh lagi dengan berita kelahiran putera pertama Raja Nazrin di Kuala Lumpur.Raja Nazrin dikurniakan seorang putera
IPOH 14 Mac :- Berita gembira kepada seluruh warga Perak apabila Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim telah dikurniakan seorang putera hari ini.Putera pasangan diraja itu dilahirkan pada pukul 10 pagi di di Hospital Pakar Damansara, menurut Kol. Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit Sultan Perak di Istana Iskandariah. Sumber itu juga memaklumkan Tuanku Zara dan puteranya dalam keadaan sihat walafiat.
Surat setuju Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar ditandatangani
IPOH 14 Mac — Semua 31 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas telah menandatangani surat persetujuan menubuhkan kerajaan campuran dan menerima pelantikan ADUN Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi hari ini berkata, surat berkenaan telah diserahkan kepada Setiausaha Sulit Sultan Perak, Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor kira-kira pukul 10 malam semalam.
“Selepas wakil ketiga-tiga parti dipanggil menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Kinta pada 2 petang semalam, kita telah menandatangani dan menyerahkan surat yang dititahkan itu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Surat persetujuan berkenaan perlu dipersembahkan kepada baginda dengan menyatakan persetujuan bekerjasama dalam kerajaan campuran serta persetujuan sebulat suara menerima Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Mohammad Nizar, 51, sebagai Menteri Besar ke-10.
Semalam istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar yang dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 4 petang ditangguhkan selepas ketiga-tiga parti dikatakan berbalah berhubung pengagihan kerusi exco kerajaan campuran yang akan dibentuk.
- Bernama
Sembahyang Jumaat Bersama Bakal MB Perak.
IPOH, 14 MAC:- Gambaran sebenar penerimaan sebenar kepada perlantikan MB baru yang akan dilantik oleh Sultan Perak dilihat dengan suasana selepas sembahyang Jumaat di mesjid Negeri Ipoh pada hari ini.Setelah sembahyang jemaah berpusu-pusu untuk bersalaman dengan Ir. Muhammad Nizar yang dipilih oleh ketiga-tiga parti DAP, PKR dan PAS untuk menerajui Perak sebagai Menteri Besar ke 10 untuk 5 tahun akan datang. Ditambah pula sifat beliau yang mesra rakyat yang tidak dikawal ketat oleh team keselamatan.
Jemaah tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan bakal Menteri Besar itu. Dengan memakai seluar putih dan baju kemeja putih dan bertali leher beliau dengan sifat peramahnya melayani huluran tangan dari jemaah yang mendekatinya.