02 November 2009

35 anggota JAIS serbu ceramah Dr Asri

SUASANA sepi di sebuah rumah banglo di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay menjadi kecoh malam tadi apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

Seramai 35 anggota JAIS telah datang ke premis tersebut dengan tiga buah van pada jam 9.45 malam. Kedatangan mereka diiringi lebih 25 orang polis beruniform dalam kereta patrol.

Pada ketika itu, Mohd Asri sedang memberi ceramah kepada lebih 300 orang jemaah di dalam kawasan banglo milik Tuan Hj Yahya itu.

Ceramah agama yang bermula pada jam 8 malam itu terpaksa dihentikan setelah pegawai JAIS datang menyerbu.

Alasan yang diberikan oleh pihak JAIS ialah mereka menerima aduan dan terpaksa membuat penangkapan kerana Mohd Asri memberi ceramah tanpa tauliah.

Menurut anak tuan rumah, Norman Yahya, pegawai penguatkuasa JAIS telah memasuki banglo kira-kira jam 9.30 malam.

"Pada jam 9.30 ketika kuliah sedang berlangsung, pegawai JAIS memaklumkan kehadiran mereka adalah untuk menahan Dr Asri kerana memberikan ceramah tanpa tauliah," kata Norman.

Sementara itu, beberapa jemaah yang ditemui berkata, pihak JAIS telah menunggu selama setengah jam di luar banglo sebelum membuat serbuan.

Namun, seramai 50 orang jemaah bertindak menghalang penguatkuasa JAIS dan tidak membenarkan Dr Asri ditahan.

Untuk menenangkan keadaan, Mohd Asri telah ditempatkan di sebuah bilik di dalam banglo tersebut sementara proses perundingan dijalankan.

Senario menjadi sedikit tegang apabila penyokong Mohd Asri tidak mahu berganjak dan berkawal di hadapan bilik Dr Asri dan tidak membenarkan pihak JAIS mahupun polis memasuki bilik bekas mufti itu.

Sejurus selepas itu, kelihatan Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungip mengadakan perundingan bersama tiga orang peguam dan pihak JAIS dan polis.

Kesemua mereka bertanya kepada JAIS atas alasan apa Dr Asri hendak ditahan. Dan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Sharom Maarof, Pegawai Penguatkuasa Agama, dengan nada yang keras, "Dia tidak ada tauliah untuk memberi ceramah..."

Sharom juga kelihatan begitu agresif untuk memasuki bilik Mohd Asri.

"Siapa yang halang kita buat tangkapan, kita akan tangkap juga," kata Sharom.


Pihak media menanti dengan setia di luar kawasan balai polis Ulu Kelang ketiak Dr Asri dibawa masuk untuk diambil keterangannya

Ketika ini, tiga orang peguam terpaksa menjadi orang tengah dan berbincang dengan pihak polis dan JAIS namun pihak JAIS enggan meninggalkan premis tersebut dan berkeras ingin membuat penangkapan juga.

Suasana berterusan menjadi tegang bila beberapa pegawai JAIS dan polis mengugut untuk menggunakan kekerasan seandainya penyokong-penyokong Dr Asri berkeras tidak mahu melepaskan Mohd Asri.

Pihak polis juga telah mengarahkan pihak media dan mereka yang tidak berkenaan untuk mengosongkan rumah.

Setelah keadaan berlarutan hingga 3 jam, Mohd Asri akhirnya dibawa keluar dari biliknya dengan diiringi oleh beberapa orang polis dan pegawai JAIS untuk dibawa ke balai Polis Hulu Klang untuk diambil keterangan.

Mohd Asri terus dibawa ke balai polis menaiki sebuah van tepat jam 12 tengah malam. Hanya peguam sahaja dibenarkan memasuki kawasan balai polis sementara pihak media dan penyokong Mohd Asri terpaksa menanti dengan setia di luar kawasan balai.

Setelah hampir 1 jam, Mohd Asri dibebaskan tanpa diambil apa-apa keterangan.

Namun kelibat pegawai JAIS dan van JAIS yang membawa Dr Asri ke balai polis langsung tidak kelihatan pada ketika itu. Dr Asri kemudiannya dibawa balik ke rumah Hj Yahya untuk sebuah sidang akhbar.

Mohd Asri telah diarahkan untuk menghadirkan diri di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada hari ini, jam 9 pagi untuk diambil keterangannya.Mstar/-

Bekas Mufti Perlis ditahan olerh JAIS.

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin ditahan oleh anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi. Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang. --foto THE STAR

Hari Ulang Tahun kelahiran ke 45.

Masa begitu cepat berlalu dan tanpa kita sedari tahun 2009 sudah menuju kepenghujungnya, begitu juga pada hari ini 2 November 2009 genaplah usia hamba MU yang kerdil ini pada usia ke 45 tahun.

Apapun saya mengharapkan kedatangan hari ulangtahun ke 45 ini membawa seribu arti dalam penerusan perjuangan bersama teman ADUN pakatan Rakyat Perak dan rakyat Perak untuk menuntut pembubaran DUN demi untuk mengembalikan kestabilan politik Perak yang kita sayangi.

Terkini 7.50 PM : 3 Pelajar UTAR hilang dibawa arus di Kampar

Terkini 7.50 malam : Saya menerima satu pesanan ringkas dari ADUN Teja, YB. Chan Lih Kang yang memaklumkan seramai 5 orang pelajar berbangsa Cina dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)hanyut dibawa arus deras di Air Terjun Kampar.

Beliau yang berada ditempat kejadian memaklum 2 darinya telah dapat diselamatkan dan 3 masih hilang. Gerakan mencari sedang dijalankan.

Kejadian ini merupakan kejadian kemalangan yang melibatkan pelajar dalam tempoh dua minggu terakhir ini apabila sebelum ini 3 orang pelajar India dari sekolah rendah yang meninggal dunia akibat kejadian jambatan runtuh di Kuala Dipang juga di Kampar minggu lepas. Mereka adalah peserta perkhemahan 1Malaysia .

Pesta Kuih Bulan


Pesta Kuih Bulan China merupakan perayaan tradisional utama rakyat China. Pesta ini juga dinamakan Pesta Bulan 8, Pesta Mengekori Bulan, Pesta Menyembah Bulan, Pesta anak Perempuan atau Pesta Berkumpul.

Menurut cerita dongeng, pada zaman purba, terdapat 10 buah matahari di langit. Cahaya matahari yang panas terik menyebabkan tanah kering dan berasap, air di laut kering tersejat dan rakyat jelata menghadapi ancaman maut.

Ada seorang pahlawan yang juga Raja Negeri Youqiong zaman Dinasti Xia, iaitu pada tahun 2070 hingga 1600 sebelum Masihi, yang bernama Hou Yi yang mempunyai kuasa misteri dan pandai memanah. Baginda dengan gagah beraninya memanah jatuh 9 daripada 10 buah matahari itu. Rakyat jelata amat gembira dan memuja Hou Yi yang menyelamatkan mereka dari ancaman maut.

Permaisuri Hou Yi, bernama Chang E, merupakan seorang jelitawan. Pada suatu hari, Hou Yi memperoleh ubat panjang umur yang dihadiahkan oleh Wangmuniangniang, Permaisuri Maha Kuasa di langit. Katanya, orang yang makan ubat panjang umur itu segera akan menjadi dewa atau dewi dan terbang ke kayangan. Hou Yi tidak mahu berpisah dengan permaisurinya, maka baginda tidak memakan ubat itu dan menyerahkan ubat itu kepada permaisurinya Chang E untuk disimpan. Peristiwa itu ternampak oleh Peng Meng, seorang pengikut Hou Yi. Ketika Hou Yi keluar, Peng Meng telah pergi ke istana Hou Yi dan memaksa Chang E memberikan ubat panjang umur itu kepadanya. Chang E mengetahui bahawa dia tidak berdaya melawan Peng Meng, lalu dia memakan ubat panjang umur itu. Setelah memakan ubat itu, Chang E terbang dari bumi ke bulan serta-merta.

Apabila Hou Yi kembali ke istana, para dayang yang sedang menangis telah memberitahukan hal yang berlaku itu kepadanya. Hou Yi berasa amat sedih, lalu menyeru permairurinya di bulan. Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat, besar dan terang. Bayang permaisurinya yang bergerak di bulan pun dapat dilihatnya. Hou Yi berdoa untuk permaisurinya Chang E di bulan dengan meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya di tempat tertentu.

Setelah mengetahui Chang E terbang ke bulan dan menjadi dewi, rakyat jelata juga beramai-ramai berdoa dengan meletakkan pelbagai jenis makanan, semoga Chang E di bulan menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan kepada mereka. Lama-kelamaan, berdoa pada bulan pada hari ke-15, bulan 8 menurut kalendar China telah menjadi tradisi rakyat China. Itulah Pesta Kuih Bulan.

Walaupun terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza-beza tentang asal-usul Pesta Kuih Bulan ini di China, tetapi makan kuih bulan merupakan perkara yang paling penting dalam Pesta Kuih Bulan ini. Pada Pesta Kuih Bulan, iaitu malam 15 haribulan bulan 8 menurut kalendar China, anggota keluarga orang China akan berkumpul dan bersama-sama menikmati pemandangan bulan purnama yang indah sambil makan kuih bulan yang enak.

Cara pelbagai etnik China merayakan Pesta Kuih Bulan ini juga berbeza-beza. Masyarakat etnik Zhuang China merayakan Pesta Kuih Bulan dengan menyembahyangkan bulan dengan menghidangkan samsu. Para gadisnya pula memasang tanglung yang cantik dan meletakkannya di permukaan air sungai dan tasik untuk berdoa agar mendapat kebahagiaan sepanjang hayat. Rakyat etnik Korea merayakannya dengan memalu gendang panjang dan menari berramai-ramai. Teruna etnik Dong pula akan bersiar-siar dan mengutarakan perasaan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Manakala pemuda-pemudi etnik Dai akan melepaskan tembakan senapang ke udara, minum samsu dan bernyanyi bersama-sama. Mereka juga akan memilih kekasih dengan peluang ini.

Pesta Kuih Bulan bukan sahaja merupakan perayaan tradisional rakyat China, tetapi juga merupakan perayaan tradisional orang Cina seluruh dunia. Walaupun zaman sudah berubah, tetapi Pesta Kuih Bulan tetap merupakan kesempatan bagi orang Cina untuk mengeratkan hubungan antara anggota keluarga dan sanak saudara serta berdoa untuk memohon restu dan kebaikan. CRI/-

Wibawa Nik Aziz yakinkan DAP kepada PAS

IPOH, 1 Nov: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang semalam melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana masyarakat bukan Islam, termasuk para pemimpin DAP negeri sudi menjemputnya bersama-sama memperkukuh majlis Pakatan Rakyat di Perak.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS negeri tidak lagi menjemput saya dalam program parti, tapi Ngeh Khoo Ham...pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak."

Demikian kata Nik Aziz ketika memberikan ucapan di majlis penutup konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

Dalam nada berjenaka, Nik Aziz melahirkan rasa terkejut kerana pemimpin PAS tidak lagi menjemputnya, disebabkan beliau menyokong Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan perasmian itu juga, Nik Aziz mengajak semua pemimpin parti-parti peringkat negeri menjadikan parti masing-masing berusaha mengenal Pencipta dunia ini, iaitu Allah.

"Sebelum (Allah) mencipta manusia, bumi ini telah ada. Kalau Allah cipta dulu manusia baru cipta bumi, di mana manusia nak tinggal...dia (manusia) kata dia cipta (dunia)...Umno tak kenal Pencipta, sebab itu dia rampas kerajaan...dia (Umno) anggap bumi ini dia punya," jelasnya.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana para pemimpin Pakatan Rakyat Perak berusaha untuk saling mengenali antara satu sama lain.

"Begitu juga manusia, Allah cipta tak sama muka...supaya kenal-mengenal...saya jadi Melayu kebetulan (dan) Ngeh Khor Ham jadi Cina kebetulan sebab itu rahmat."

"Kalau Allah jadikan manusia sama semua muka macam (seperti) selipar Jepun, susah nak kenal mana satu Nik Aziz dan Ngeh Kor Ham," jenaka Nik Aziz lagi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menjelaskan tohmahan Umno kononnya budaya membaca ayat al-Quran oleh beberapa pemimpin DAP sebagai suatu penghinaan kepada Islam.

"Nabi pun mengutus surat pada semua pemimpin kerajaan bukan Islam, Raja Najasyi di Habsyah, Kaisar di Parsi, Heracleus di Rom, Nabi mula dengan tulis ayat al-Quran."

"Nabi tulis untuk pemimpin bukan Islam baca, bukan Nabi tulis: jangan baca ayat al-Quran ini sebab nanti hina Islam. Pemimpin Umno bodoh agama dan tak suka ikut Nabi," tegas Nik Aziz lagi.

Tegas Nik Aziz lagi, perjuangan PAS berdasarkan ajaran Islam, bukannya politik perkauman Melayu sebagaimana yang diamalkan Umno.

Jadi, beliau mengajak masyarakat bukan Islam mengenali Islam sebelum mengenali perjuangan PAS di Malaysia.

Ngeh Khoo Ham yang berucap sebelumnya mengakui bahawa DAP dan beliau sendiri sebelum ini percaya bahawa PAS adalah parti ekstrem, disebabkan terperdaya dengan propaganda Umno.

"Dulu saya memang ingat PAS (sebagai) parti ekstremis agama, fundamantelis dan tidak suka orang Cina (dan) dan bukan Islam. Itu semua sebelum kenal Tok Guru dan Hj. Nizar lah," jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak menyuarakan rasa kagum dengan kepimpinan amanah Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana bersabar dan terus mempertahankan mandat rakyat, walaupun selepas Umno merampas kerajaan negeri.

Katanya lagi, kewibawaan Nizar menyebabkan majoriti rakyat terus bersama Pakatan Rakyat, walaupun beberapa Adun Pakaran Rakyat mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.

Beliau juga berharap hubungan antara PAS, PKR dan DAP di Perak kekal kukuh, walaupun masing-msing mempunyai beberapa perbezaan dari segi ideologi kepartian.

Turut menyertai majlis perasmian penutup Nik Aziz itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Mustafa Kamil Ayub, Speaker DUN V. Sivakumar dan Setiausaha DAP Perak Nga Kor Meng,

Dipercayai kekaguman para pemimpin Pakatan Rakyat Perak terhadap peribadi Nik Aziz kerana Mursyidul Am PAS itu kebelakangan ini tegas mempertahankan gagasan Pakatan Rakyat dari diperdaya oleh Umno.

Ianya sekaligus menjadikan Nik Aziz bukan sahaja berwibawa dalam kalangan ahli-ahli PAS, malah mula dikagumi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri.

Kenapa Polis yang menjadi saksi sukar bercakap benar dan sesuci hati?????

Oleh : Nashita Md Noor

Sesi perbicaraan pada pagi 29hb Oktober disambung dengan soalan dari pihak Timbalan Pendakwaraya pada saksi jurugambar video polis dari Bukit Aman. Video rakaman ditayangkan.

Apa yang dicatatkan dibawah ialah soalan balas dari pihak peguambela Augustine Anthony yang telah dapat dicatatkan dan dikongsi di sini.

Catatan di sini lebih kepada rekod peribadi dan juga dapat dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak peguambela yang terlibat.

Saksi polis telah membuat pengecaman ke semua 13 orang OKT menerusi gambar-gambar yang diambil dari rakaman video tersebut dan dibandingkan dengan gambar-gambar statik yang dibekalkan oleh Ketua Pegawai Penyiasat Cif Inspektor Ishak.

Soalan balas dari Augustine Anthony (AA) kepada saksi:

AA: Sudah berapa lama buat rakaman untuk PDRM?
Saksi : 9 tahun.

AA : Pada 6/2/09 tugasan perisikan atau pegawai polis yang bertugas benteras jenayah pada hari itu?
Saksi : Cuma tugas untuk ambil gambar pada hari itu sahaja.

AA : Setuju pada hari itu kerja untuk bahagian risikan PDRM?
Saksi: Tak benar Yang Arif.

AA: Pukul berapa sampai di kawasan kejadian?
Saksi: 1.20 petang.

AA : Awak tahu kenapa OKT ada di sini pada hari ini? Setuju sebab sertai perhimpunan haram?
Saksi : Setuju.

AA : Setuju sebab sertai himpunan haram?
Saksi : Setuju

AA : Pernah buat rakaman sebelum ini untuk kes-kes perhimpunan haram?
Saksi : Ada

AA : Tahu maksud perhimpunan haram?
Saksi : Tahu Yang Arif.

AA : Kalau 10 orang duduk di kedai kopi di tempat awam, adakah ianya satu perhimpunan haram?
Saksi : Tak pasti.

AA : Kalau 20 orang bermain bola di padang, itu perhimpunan haram atau tidak?
Saksi : Tak pasti.

AA : Berapa kali buat rakaman perhimpunan atau yang dikatakan perhimpunan haram?
Saksi : Tak pasti.

AA : Lebih kurang berapa 10kali? 20kali? 200kali?
Saksi : Tak pasti tapi lebih dari 1 kali.

AA : Adakah rakaman di Masjid Ubudiah kali pertama buat rakaman?
Saksi : (Ya)

AA : Adakah pernah buat di tempat lain, di batu Burok ke, Hindraf ke....sebab saya pun ada di situ.
Saksi : Ada.

AA : Dimana di tempat lain itu?
Saksi : Di Jalan Tun Razak. Hindraf.

AA : Hindraf 2007?
Saksi : Tak pasti.

AA : Sebelum seseorang dileraikan dari kawasan perhimpunan apa yang biasanya didengari?
Saksi : Biasanya pegawai FRU akan arahkan untuk bersurai.

AA : Jangan beritahu sahaja pegawai FRU yang arahkan bersurai, tetapi sebut siapa?
Saksi : Siapa yang ada di situ.

AA : Apa yang dikatakan?
Saksi : Diminta bersurai atau disuraikan dengan kekerasan.

AA : Nanti dulu.
Saksi : Dia minta supaya bersurai.

AA : Itu saja atau dia beri masa untuk bersurai, biasanya beri masa atau tidak?
Saksi : Kadang-kadang ada sesetengah tak ada.

AA : Biasanya ada atau tidak?
Saksi : Ada.

AA : Kalau beri masa bersurai ada beri jalan keluar untuk bersurai? Contohnya keluar Jalan Yap Kwan Seng atau Jalan Pudu.
Saksi : Tidak ada.

AA : Ada tak beri jalan?
Saksi : Tidak tahu.

AA : Ikut pocedure macam mana? Kalau isyarat bersurai diberikan tetapi orang ramai tak bersurai apa yang berlaku?
Saksi : Anggota FRU yang akan suraikan.

AA : Betulke?
Saksi : Betul.

AA : Bagaimana dia lakukan/suraikan?
Saksi : Tak tahu Yang Arif.

AA : Bagaimana? Kita ada rakaman video untuk buktikan.
Saksi : Dia tolak.

AA : Cara lain?
Saksi : Tak pasti

AA : Ada tak dia semburkan gas pemedih mata?
Saksi : Ada.

AA : Kenapa tak bagitahu, tadi semua tak pasti.
Saksi : Ada

AA : Ada tak water cannon, semburkan air?
Saksi : Di tempat lain ada.

AA : Sebelum sesuatu perhimpunan disuraikan, bunyi loceng, beri arahan yang tepat untuk bersurai, beri laluan, kalau tidak akan letupkan tear gas. (ini procedure)

(Saksi diminta untuk menayangkan video rakaman yang diambil di hari kejadian)

F=Frame=gambar rakaman yang di 'still' kan.

AA : Setuju dengan saya di frame no 3, 2.16pm 6/2/09, keadaan di Masjid Ubudiyyah dan sekitarnya adalah tenang?
Saksi : Setuju

AA : Lihat frame 4, 2.17pm, setuju dengan saya perkarangan masjid juga tenang.
Saksi : Setuju

AA : Lihat ketiadaan polis dan FRU, setuju?
Saksi : Setuju

AA : Frame 5, 2.19pm perkarangan masjid luar dan dalam aman?
Saksi : Tak setuju.

AA : Anda kata tak aman kenapa?
Saksi : Ramai yang bersorak.

AA : Apa yang kedengaran? Setuju tak yang kedengaran itu ialah 'ALLAH HU AKBAR'? Setuju atau tidak?
Saksi : Setuju

AA : Orang jerit 'ALLAH HU AKBAR' ganas, tak tenteram. Ada ganas atau tidak?
Saksi : Ganas tak ada, tak tenteram ada.

AA : Ok saya 'rephrase', ada sebarang keganasan di frame 6. 2.21pm.
Saksi : Tak ada.

AA : Apa yang anda nampak?
Saksi : Ramai yang berhimpun.

AA : Apa yang mereka pakai? Selepas sembahyang ke selepas balik dari party ke ? Ada sebarang keganasan?
Saksi : Tak ada.

AA : Ada sebarang perkataan yang tidak senonoh atau kasar?
Saksi : Tak pasti.

AA : Frame 6. 2.21pm. Apa yang kedengaran, laungan?
Saksi : Allah hu Akbar,

AA : Apa maksud ALLAH HU AKBAR?..untuk rekod ya.
Saksi : Allah Maha Besar.

AA : Apa laungan yang anda dengar? F 6, 2.21pm.?
Saksi : Hidup Rakyat, tak ada, tak dengar.

AA : Setuju dengan saya mereka laung Hidup Rakyat, Hidup, Hidup, Hidup Islam.
Saksi : Tak dengar.

AA : Orang belakang pun boleh dengar...ok kita tinggikan suara (mohon saksi kuatkan volume). Ada dengar?
Saksi : Hidup Islam.

AA : Dari awal sampai F7, 2.27pm anda saksikan perhimpunan sahaja, setuju?
Saksi : Setuju.

AA : Ada lihat polis di situ?
Saksi : Tak ada

AA : Ada dengar sebarang arahan bersurai.?
Saksi : tak ada.

AA : F 9, 2.26pm apa yang anda lihat sekarang?

Saksi : Asap Yang Arif.

AA : ini asap orang bakar kain ke, rumput ke, ini asap keluar dari mana?

Saksi : asap gas.

AA : Koperal lihat F 9, 2.26pm, koperal disitu ambil rakaman bukan? Setuju dengan saya asap gas keluar dari pemedih mata?

Saksi : tak setuju.

AA : (tengok gambar) asap paling tinggi datang dari mana? Apa yang keluar asap?

Saksi : (teragak-agak untuk beri jawapan, mendiamkan diri)

AA : Mengaku sajala ianya keluar dari gas pemedih mata, setuju..senang cerita. Semasa gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai adakah arahan bersurai didengari?

Saksi : Tak dengar Yang Arif.

AA : Setuju dengan saya gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai sebelum arahan bersurai, setuju? jangan dengar cerita orang lain ya, menurut rekod video. Saya ulang soalan, setuju atau tidak, ikut gambar-gambar.

Saksi ; Setuju.

AA : Setuju dengan saya oleh kerana gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai sebelum arahan bersurai dikeluarkan maka keadaan menjadi kecoh di masjid dan persikatarannya?
Saksi : Setuju.

AA : Sebelum ini ada pergi perhimpuanan, ada tak buat rakaman? Setuju dengan saya protokol ini sudah salah? Menurut rekod rakaman yang diberikan, prosedur PDRM tidak diikuti.

AA : Tadi dah beritahu keadaan aman, sekarang selepas gas pemedih mata apa yang terjadi sekarang? Ada nada tinggi sekarang?
Saksi : Tak ada Yang Arif?

AA : Kita tengok lagi apa dalam video ini, tengok gambar huru hara yang dibuat oleh polis. Setuju dengan saya orang awam melarikan diri untuk mencari perlindungan dalam rumah orang, lari bertempiaran. Setuju dengan saya?
Saksi : Setuju.

AA : Inilah Polis ZALIM...Setuju dengan saya ada watak orang batuk kuat dan meludah. Mengapa mereka buat macam tu?

Saksi : Sebab gas pemedih mata.

AA : Apa yang dilihat lagi? budak-budak lari bertempiaran kerana marah?

Saksi : Setuju.

AA : Lihat F 11, selepas melulu tembak gas pemedih mata, keadaan sudah menjadi tidak terkawal.

Saksi : setuju.

AA : F11 2.35pm, tiada kelihatan sebarang polis.

Saksi : Setuju.

AA : Tetapi setuju ada orang berkumpul di F 11?

Saksi : setuju.

AA : Setuju dengan saya tiada sebarang suara minta bersurai didengari?

Saksi : Setuju.

AA : Menerusi frame ini siapa yang paling dekat dengan kereta? Setuju dengan saya mereka yang paling dekat dengan kereta ialah mereka yang memakai baju warna kuning.

Saksi : Setuju.

AA : Sekarang tengok kalau ada antara 3 orang itu (yang berbaju kuning di dalam video frame 11) ada di sini (di kandang orang tertuduh).

Saksi : Tak ada.

AA : Sekarang fokus kepada orang yang pakai baju kuning berseluar gelap, setuju dengan saya dia ganas sedikit, agresif sedikit, cuba tengok tangan dia.

Saksi : Setuju.

AA : Kedua berbaju kuning ada di mahkamah pada hari ini?

Saksi : Tak ada.

AA : Saya cadangkan mereka adalah agen provocator dalam perhimpunan itu.

Saksi : tak pasti.

AA : F 12, 2.35pm, apa yang kedengaran?

Saksi : La Ilaha Illallah.

AA : Ada polis yang beruniform di sini?

Saksi : Tak ada.

AA : Tapi ada orang yang berhimpun, orang berhimpun tetapi tidak ada polis yang berhampiran.

Saksi : Ya...

AA : Setuju dengan saya ini suatu perhimpunan?

Saksi : Setuju.

AA : Setuju dengan saya tiada sebarang amaran bersurai?
Saksi : Setuju

AA : Setuju dengan saya jika amaran bersurai tidak dikeluarkan maka perhimpunan itu bukan perhimpunan haram?
Saksi : Tidak setuju.

AA : F 13, Setuju dengan saya sekarang keadaan sudah sedikit bertambah riuh, setuju?

Saksi : Setuju

AA : Setuju dengan saya sebab kecoh selepas gas pemedih mata dilontarkan ke arah orang ramai, setuju?

Saksi : Setuju

AA : Setuju dengan saya setiap masa tiada arahan bersurai dikeluarkan?

Saksi : Setuju

AA : Apa yang kedengaran sekarang?

Saksi : Laungan Takbir, Allah hu Akbar.

AA : F 13, ada amaran bersurai? Adakah anda dapat lihat orang berbaju kuning seperti tadi, ada seorang berbaju kuning dan seorang berbaju batik hijau.

Saksi : Ada.

AA : Setuju dengan saya bahawa orang berbaju hijau seolah seorang yang memegang kepala lembu di bangunan Sekretariat Selangor?

Saksi : tak tahu.

AA : F 4, 2.27pm, apa yang anda lihat di sini? Setuju dengan saya ada perhimpunan. ada nampak ada polis di sini?

Saksi : Tak ada.

AA : Ada dengar sebarang arahan bersurai di situ?

Saksi : tak ada.

AA : Pada hari tersebut ada orang lain selain dari polis yang tembak gas pemedih mata?

Saksi : Tak tahu.

.....................................................................................................

Perbicaraan berhenti rehat pada jam 1 tengahari dan bersambung jam 2.30 petang.

AA : Ada orang berkumpul atau berhimpun di F 18, 2,38 pm.?

Saksi :Setuju.

AA : Apa lagi yang dilihat di sini?

Saksi : Bunyi siren FRU.

AA : Selain bunyi siren FRU ada kelihatan polis/FRU berlegar di situ? Mereka merupakan pasukan beruniform apa? Polis/ FRU?

Saksi : Tak perasan.

AA : Ada polis ?

Saksi : Ada

AA : Ada sebarang amaran bersurai ?

Saksi : Tak Ada.

AA : Adakah anda lihat orang berhimpun secara beramai-ramai?

Saksi : Ada.

AA : Setuju dengan saya orang sebelum ini yang kita telah cam sebagai agesif berkelakuan agresif adalah orang yang berada paling ke hadapan sekali?

Saksi : Tak setuju.

AA : Ok ulang tayang...(ulang tanya soalan di atas)

Saksi : (tetap jawab) Tak setuju.

AA : Adakah orang yang berbaju kuning yang paling dekat dengan kereta?

Saksi : Setuju.

AA : Adakah orang lain yang berhimpun berada paling jauh dari kereta berbanding orang yang berbaju kuning?

Saksi : Setuju

AA : Ada melihat sebarang polis di sana?

Saksi : Tak ada.

AA : Yang berbaju hijau balik semula dengan yang berbaju kuning di frame tadi. Ini orang yang sama yang bawa kepala lembu di Shah Alam, Ada tak anggota polis di sini?

Saksi : Tak ada

AA : Ada sebarang amaran bersurai di dengar menurut gambar?

Saksi : tak ada.

AA : F 19 2.40pm, apa yang dilihat?

Saksi : Ada bawa kain rentang, sepanduk DAULAT TUANKU.

AA : Ada buat pengecaman di gambar ini?

Saksi : ada.

AA : Nampak macam orang Singh saja, betul ke orang itu? Adakah pengecaman agak-agak sahaja.

Saksi : tak setuju.

AA : Selain dari berdiri di belakang sepanduk DAULAT TUANKU apa dia buat?

Saksi : Sorak

AA : Dia kata La Ilaha illallah, itu sorak ke?

Saksi : Ya Yang Arif.

AA : Selain dari itu apa lagi yang dia buat? Ada bawa senjata atau apa?

Saksi : Tak ada.

AA : Ada bawa batu bata atau apa-apa? Tengok lagi. Ada apa2 senjata di tangan yan dilaungkan.

Saksi : Tak ada.

AA : Ada polis di kawasan itu?

Saksi : Tak ada.

AA : Ada sebarang amaran laungan bersurai atau tidak ?

Saksi : Tak dengar. Tiada

AA : F 20, 2.41pm Ada seseorang di situ yang laung kuat-kuat, ada di sini sekarang?

Saksi : tak pasti.

AA : Tadi buat pengecaman positif, sekarang tengok OKT di sini ada tak dalam frame 2.41pm?

Saksi : Tak ada.

AA: Setuju dengan saya pada masa itu polis tidak menggunakan sebarang isyarat atau amaran bersurai?

Saksi : setuju Yang Arif.

AA : Tengok orang-orang yang buat bisnig refomasi, tengok ada tak orang yang ada di situ ada dalam kandang OKT sekarang?

Saksi : tak pasti.

AA : Ada orang yang agresif tu datang lagi, menggalakkan lagi orang-orang buat bising. Tengok orang yang pakai baju hijau bersongkok, bukankah dia yang bersama-sama dengan orang yang berbaju kuning tadi.

Saksi : Setuju.

AA : Dia berpura-pura dilanggar motosikal polis.

Saksi : Ya.

AA : Mungkinkah dia sengaja buat begitu untuk menaikkan semangat kemarahan orang ramai ?

Saksi : Tak pasti.

AA : F 22 , 2.43pm, apa baju kuning tu buat?

Saksi : duduk.

AA : setuju dengan saya dia sedang buat persiapan untuk baring,

Saksi : Tak pasti.

AA : Setuju dengan saya orang yang berbaju kuning duduk di tengah jalan?

saksi : setuju

AA : F 23 2.43pm. Apa yang kelihatan.

Saksi : 2 orang anggota FRU berdiri di atas kenderaan FRU

AA : itu saja yang kelihatan. tak ada yang lain? F 24

Saksi : Pegawai FRU beri arahan bersurai serta merta

AA : Beritahu perkataan sebenar yang digunakan. apa yang dikatakan?

Saksi : Serta merta atau kami akan suraikan dengan kekerasan.

AA : Encik tahu berapa panjang jalan di Masjid Ubudiyyah?

Saksi : Tak tahu.

AA : Encik tahu berapa lebar jalan di Masjid Ubudiyyah.?

Saksi : Tak tahu

AA : Sila beri jawapan yang tepat, kalau tak tahu jawab tak tahu. tahu tak lokasi sebenar d mana polis berada sekarang ?

Saksi : Di hadapan Masjid Ubudiyyah.

AA : (lihat rakaman) sekarang beritahu saya boleh ke kita lihat masjid di mana sekarang?. tengok gambar tak ada masjid pun. F 24, saya tanya dalam frame 24 ada atau tidak ada?

Saksi : Tidak ada.

AA : Oleh kerana anda tidak tahu di mana Masjid Ubudiyyah jadi awak tidak tahu arah mana arahan itu dikeluarkan, jadi awak tahu tak di mana dia menujukan arahan untuk bersurai, hala mana?

Saksi : tak pasti.

AA : Oleh kerana anda tidak pasti kepada siapa arahan itu ditujukan jadi anda tidak pasti kalau polis beri arahan pada 13 OKT yang ada di sini hari ini.
Saksi : Benar.

AA : Anda setuju arahan dikeluarkan untuk bersurai adalah serta merta, setuju?

Saksi : setuju.

AA : F 25, 2.46pm, setuju dengan saya mereka berkumpul?

Saksi : Setuju.

AA : F 25, 2.47pm, ada kelihatan mana-mana pihak polis? Ada dengar arahan bersurai masa itu?

Saksi : tak ada.

AA : Setuju dengan saya anda nampak mereka hanya berkumpul di situ?

Saksi : Setuju

AA : F 26, 2.47pm, Setuju dengan saya angota FRU dengan kenderaan FRU, juga tidak ketinggalan yang berbaju kuning. Setuju, FRU tidak kesah pun dengan dia (yang berbaju kuning), dia baik sahaja dengan polis, merokok pula tu, FRU tak kesah pun dia seorang.

Saksi : Setuju.

AA : F 26, ada anggota polis, kenderaan polis FRU dan kenderaan FRU. Di belakang kain sepanduk warna kuning ada kepulan asap. Setuju dengan saya ada kepulan asap tear gas?

Saksi : tak pasti.

AA : F 26 ada kedengaran sebarang amaran bersurai oleh anggota polis?

Saksi : tak pasti.

AA : Ada amaran bersurai?

Saksi : Ada.

AA : Saya cadang tiada amaran sebarang amaran bersurai secara specific? setuju atau tidak? Tidak ada amaran secara specific.

Saksi : Ada arahan.

AA : tengok betul-betul dia beri arahan pada siapa?

Saksi : Frame ini tidak ada.

AA : Frame 26 tidak ada sebarang arahan bersurai lansung. 2.47pm . 2.50pm arah mana FRU sedang menuju? Jawab betul2 tak pasti jawab tak pasti. Adakah arah ke istana atau keluar ke istana?

Saksi : tak pasti.

AA : Saya cadangkan FRU bergerak menuju ke arah istana. Setuju dengan saya sekarang orang ramai ditolak ke arah istana tanpa ada jalan susur keluar?

Saksi : Saya tak pasti Yang Arif.

AA : Ada pergi ke kawasan kejadian sebelum ini?

Saksi : tak ada.

AA : 2.47pm 2.50pm. Ada dengar arahan bersurai?

Saksi : Tak ada.

AA : tadi cam OKT, (lihat rakaman gambar) apa yang ada di belakang OKT?

Saksi : Pagar.

AA : Setuju dengan saya di belakang OKT ialah pagar, di hadapan dikelilingi oleh FRU. Tolong letakkan diri encik di situ, bolehkah dia bersurai?

Saksi : tak boleh.

AA : Adakah dia berdekatan dengan FRU, dekat atau jauh dari anggota FRU atau kenderaan FRU? Apakah dia buat, duduk dekat FRU atau apa?

AA : Lihat di F 27, 2.50pm, Ada cam mana-mana OKT di sini di dalam gambar? Ada bukan, apa yang dia sedang buat? Dia cuma ambil gambar sahaja. OKT ke berapa ini (sambil merujuk kepada gambar dan OKT di dalam kandang)

Saksi : Tak ingat.

AA: Tak ingat juga? Di belakang OKT tadi ada orang baling batu, dia (OKT) cuba halang orang baling batu, orang menahan orang tu dari membaling barang pada polis, itupun kena tangkap??

AA : Kamu ambil gambar pada 6 hb Feb, beri kecaman pagi tadi okay saja steady saja, sekarang dah lupa, tak ingat? yang tadi dikepung oleh FRU OKT yang ke berapa?

Saksi : Tak ingat.

AA : Ada buat pengecaman OKT pagi tadi yang pakai serban? Setuju dengan saya dia pun sama di belakang adalah pagar dan dia dikepung oleh FRU dan orang awam.

Saksi : tak setuju.

AA : Setuju dengan saya OKT yang dicam tidak berada di tengah2 perhimpunan.

Saksi : Setuju yang arif.

AA : Setuju dengan saya dalam perhimpunan itu bukan sahaja ada orang awam tetapi ramai anggota polis.

Sasi : Setuju.

AA : setuju dengan saya di belakang beliau adalah pagar?

Saksi : tak setuju.

AA : Lihat rakaman di F28, 2.51pm, F 29, 2.51 pm jelaskan kepada mahkamah apa yang dia buat? Dia menghalang seseorang yang begitu marah. Setuju dengan saya menolong orang adalah membantu menjaga keamanan?
Saksi : Setuju.

AA : Setuju dengan saya perbuatan itu adalah yang menolong pihak polis? Setujulah...

Saksi : Setuju.

AA : Mengikut jawapan akhir tadi orang yang membantu polis tadi pun boleh jadi OKT pada hari ini.

Saksi : Saya tak pasti Yang Arif.

AA : F 30, 2.53pm Apa yang koperal dengar? Setuju dengan saya ianya adalah das tembakan ? Saya cadangkan pada 2.52pm, F 30 koperal terdengar banyak das tembakan-bertalu-talu.

Saksi : Saya tak pasti.

AA : Selain daripada apa yang kelihatan, apa lagi yang kelihatan? Asap berkepulan di merata-rata tempat?

Saksi : Setuju

AA : Sila beritahu kepada mahkamah di mana asap berkepulan ini keluar?

Saksi : tak pasti

AA : Adakah asap berkepulan datang dari orang bakar ayam?

Saksi : tak Pasti

AA : Adakah asap berkepul-kepul kerana orang membakar tayar di situ.

Saksi : Tak pasti.

AA : Adakah asap berkepul-kepul kerana orang membakar samapah?

Saksi : Tak pasti.

AA : Saya cadangkan asap berkepul-kepul hasil dari gas pemedih mata dari pihak polis.

Saksi : Mungkin Yang Arif.

AA : F 30 adakah kedengaran sebarang amaran bersurai? Tak ada di F 30.

AA : Setuju dengan saya keadaan sekarang di F30 bertamabah riuh.

Saksi : Setuju

AA : Setuju dengan saya keadaan bertambah riuh selepas asap berkepulan?

Saksi : Setuju.

AA : F30 2.53pm ada buat pengecaman.

Saksi : tak pasti.

AA : Ada buat pengecaman OKT, Ada sekali lagi terdengar tembakan.

Saksi : tak pasti, ada dengar, ada..

AA : F30 2.53pm ada kedengaran bunyi tembakan?

Saksi : tak pasti.

AA : Sebelum F30, 2.53pm ada kedengaran sebarang amaran bersurai?

Saksi : Tiada.

AA : Apa yang anda lihat? Orang melarikan diri setuju?

Saksi : Setuju.

AA : Mengapa mereka melarikan diri?

Saksi : tak pasti.

AA : Saya cadangkana kepada kamu mereka melarikan diri kerana tembakan gas pemedih mata seterusnya, setuju atau tidak.

Saksi : tak pasti

AA : Sebelum mereka melarikan diri ada tak anda dengar sebarang amaran bersurai?

Saksi : tak ada,

AA : F 31, 2.54pm ada orang menjerit, setuju?

Saksi : Ada.

AA : Apa perkataan yang boleh didengar? tembak-tembak.

Saksi : Ada dengar Yang Arif.

AA : Pada jeritan tembak-tembak ada tak amaran bersurai dikeluarkan.

Saksi : tak ada

AA : Ada budak jerit "bodohlah". dia menjerit pada siapa?

Saksi : tak pasti.

AA : Dia (budak) dalam keadaan terlalu marah melihat kejadian. Saya cadangkan dia terlalu marah sebab POLIS ZALIM, saya cadangkan dia terlalu marah sebab keganasan polis terhadap orang ramai secara melulu.

Saksi : tak pasti

AA : F 33 ada orang berkumpul, setuju?

AA F 32, 2.56pm adakah anda lihat tembakan gas pemedih mata?

Saksi : tak pst

AA : kepulan asap

Saksi : tak pasti.

AA : Setuju dengan saya ada kedengaran bunyi tembakan.

Saksi : tak setuju.

AA : Setuju dengan saya selepas tembakan asap berkepulan.

Saksi : Setuju.

AA : Semasa/sebelum kedengaran tembakan asap berkepul, ada kedengaran sebarang amaran bersurai?

AA : Cuba terang pada saya benda yang berterbangan di langit itu ialah tear gas cannister, setuju atau tidak?

Saksi : (diam)

AA : Setuju dengan saya semasa benda yang berterbangan mungkin tear gas cannister tiada amaran bersurai?

Saksi : Setuju.

AA : Setuju dengan saya ada orang berpakaian kuning seolah-olah ikut kenderaan polis? Setuju dengan saya kepulan asap kelihatan di kesemua kawasan?

Saksi : tak setuju.

AA : Setuju dengan saya ada kedengaran bunyi 4 das tembakan?..cuba dengar semula..setuju dengan saya ada bunyi 5 das tembakan?

Saksi : Setuju

AA : Apa das tembakan itu semua? Apakah polis ambil M16, atau gas pemedih mata. 5 das tembakan gas pemedih mata, semasa 5 das tembakan gas pemedih mata adakah ada sebarang amaran bersurai dikeluarkan?

AA : F 35, 2.57pm bagaimana keadaan jalanraya pada masa itu, setuju dengan saya jalan dipenuhi dengan asap.

Saksi : Setuju.

AA : Juga kelihatan orang ramai balik.

Saksi : setuju.

AA : ada kedengaran sebarang amaran oleh polis untuk bersurai, setuju dengan saya keadaan sudah bertambah lebih parah?

Saksi : Setuju.

AA : Ada dengar amaran bersurai ketika ini, Anda lihat orang yang berbaju kuning dan hijau muncul kembali, orang yang berbaju kuning dan hijau hanya datang semula bila keadaan tenang dan tiada asap. Setuju dengan saya orang yang berbaju kuning ada 3 orang semuanya, yang membawa sepanduk?

Saksi : Setuju

AA : Adakah orang-orang ini ini ditangkap ? Dia menjerit-jerit seolah-olah dia marah, dia beri laluan kepada kereta Tuanku Raja Di Hilir, setuju dengan saya dia pandai jaga laluan,

Saksi : tak setuju.

AA : Orang yang berbaju kuning muncul lagi.

Saksi : Tak setuju.

AA : Setuju dia orang yang paling dekat dengan kereta. Dia seolah-olah menahan kereta. Adakah OKT yang ada di sini mengganggu perjalanan kereta tersebut?

Saksi :

AA : Lihat gambar OKT yang ada di dalam gambar..Setuju dengan saya seolah-olah dia menoleh dan kesah pun dengan keadaan di sekitarnya. F 38 , 3.02, lihat yang berbaju putih (salah seorang OKT), adakah dia mengganggu perjalanan kereta? Dia hanya berdiri di tepi jalan, setuju?

Saksi : Setuju.

AA : F39. 3.07, beritahu mahkamah adakah kenderaan ini berhenti atau dalam perjalanan?

Saksi : Berhenti

AA : Setuju dengan saya oleh kerana kenderaan tersebut dalam keadaan berhenti maka kita tidak tahu adakah mereka menghalang kenderaan tersebut.

Saksi : Setuju Yang Arif.

AA : Ada buat sebarang pengecaman OKT dalam frame tersebut?

Saksi : Ada.

AA : Dia (OKT dalam gambar) hanya berdiri di situ tanpa buat apa-apa. Dia beredar, adakah dia menghalang?

Saksi : Tidak.

AA : Yang pegang bendera (OKT) menerusi tingkah laku dia adakah dia mengarahkan orang keluar dari situ?

Saksi : Tidak, Setuju

AA : Siapa antara OKT yang duduk di sini?

Saksi : (buat pengecaman)

AA : Dia di situ sedang meleraikan keadaan. Orang yang sama (OKT) cuba memberikan laluan keluar kereta Raja Di Hilir berjalan, setuju?

Cross examine oleh Augustine Anthony ditangguhkan bila Mahkamah berhenti jam 5 petang dan akan disambung pada jam 10 pagi 30 hb Oktober 2009.

Jalan Runtuh Tidak Dibaiki...Maklumlah jalan bukan ke Putrajaya...

Jalan yang runtuh menuju ke Kampung Kandek, bukan ke Putrajaya...


Mr. President

Saya menggunakan perkhidmatan aduan secara online kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri berkaitan jalan-jalan di sekitar Dun Dabong yang runtuh, rosak dan berlubang. Terima kasih BPA kerana menyediakan saluran ini bagi mendengar luahan hati rakyat. Tetapi jangan hanya dengar dan terima lapuran sahaja, tindakan pun perlu juga la...

Sebelum ini saya telah membuat lapuran berkaitan jalan-jalan yang rosak, runtuh dan berlubang di kawasan Dun Dabong. Tetapi amat malang sekali apabila maklumbalas yang diberikan tidak menampakkan jalan tersebut akan dibaiki dalam masa terdekat. Memandangkan sekarang sudah mula musim tengkujuh, hujan turun saban petang. Ini memambah kerisauan penduduk, kemungkinan besar, jalan yang berlubang, akan bertambah teruk.

Jalan yang saya maksudkan ialah jalan yang meuju ke Kampung Kandek, 18200 Dabong, Kelantan. Kenal tak? Tahu tak? Ada ramai pengundi di sana tau...alaa..time pilihanraya, ada je menteri, ketua bahagian UMNO dan orang kuat PAS masuk ke sana berkempen. Takkan tak tahu kot...hehhe

Jalan tersebut telah runtuh 2,3 tahun yang lepas, tetapi tidak taindakan lanjut dari agensi-agensi terbabit. Maklumlah, boleh guna lagi satu lorong tu. Lagipun, jalan ke Kampung Kandek je..bukan ke Putrajaya atau Kota Darulnaim pun. Mungkin orang di sana tak guna dh kot jalan tu. Diorang guna lorong-lorang dalam hutan kot. Ye lah, orang-orang dalam hutan. mana nak pada jalan-jalan, kemudahan ni.
.
Maklumlah, jalan tersebut bukan ke Putrajaya, bukan ke KLCC, bukan ke pusat2 konvensyen, bukan ke rumah menteri-menteri. Ia hanya jalan menuju ke sebuah kampung terpencil di pedalaman Dun Dabong. Dabong pun bukan tempat tersohor pun. Penduduknya pun barangkali tak bayar cukai jalan, bawa kenderaan pun tiada lesen kot, dahlah cukai jalan tak bayar. Oleh itu, buat apa nak dibaiki. Buat habis pitih, diut je.

Lainlah kalau jalan tersebut menuju ke bangunan parlimen ke, ke pusat2 hiburan, kelab2 malam, tempat-tenmpat hiburan, judi dan sebagainya, barulah cepat2 nak dibakiki walaupun cuma haus je. Ini jalan ke kempung, aahh..apalah sangat kan???

Kalau anda semua nak tahu, jalan yang runtuh ni dah lama, sampai dh naik pokok rumput pun kat tempat runtuh tu. Penduduk kampung ni, nak mengadu tak tahu tempat, so, jalan yang selorang yang masih tinggal tu, guna yang tu je lah. Dah la tempat selekoh. Kalau kemalangan, eksiden, yang sakit, meninggal penduduk kampung, penoreh getah, petani, bukan menteri, bukan raja, bukan sultan, bukan exco, bukan perdana menteri. Oleh itu, pikir-pikir, buat mesyuarat, xpayah baikilah... Dah boleh guna satu lorong tuh....
huhuhu....

Ini yang saya sangat tak puas hati. Jalan yang rosak sikit-sikit tak dibaiki segera, bila dh lama, bukan sedikit dah jadinya, sudah banyak kena dibaiki.

Tak tahulah, mungkin semasa kenderaan JKR, KESEDAR, Kerajaan Negeri , Majlis Daerah Dabong, majlis Daerah Kuala Krai, Majlis Daerah Jeli melalui jalan tersebut, ok je..jalan nya tak rosak, Tetapi bila kami penduduk lalui jalan tersebut, jalan itu runtuh ke, berlubang ke...mana la tahu kan...huhuhu...

Ataupun nak tunggu terputus terus baru nak baiki? ke nak tunggu ada yang mati, patah kaki dl baru nak baiki. Ke nak suruh kami memberontak??? jangan hanya sedap jawab xde projek, xde peruntukan, yang kami duk bayar cukai jalan buat apa hah???? Buat apa diut tu????? kalu saya kata buat kempen Pilihanraya marah kat rakyat pulak, tuduh macam2...

Dahlah bagi alasan, kami tak minta alasan, kami nk progress kerja. lakukanlah yang terbaik. Kalau kami ada kuasa, ada kekuatan, ada dibayar gaji untuk selesaikan masalah rakyat, dah lama kami desak agensi-agensi terbabit supaya dibaiki segera jalan ke kampung tersebut.

Anda semua dibayar gaji unutk menguruskan negara ini. Oleh itu, jangan bagi alasan yang mengada2 nih, kami dh jemu dengar.

Saya harap kali kedua saya buat laporan ni, dapatlah kiranya menampakkan perubahan. Jika ada sesiapa yang eksiden di situ, siapa yang dipersalahkan? Nak salahkan bawa laju, eh, tempat yang macam tu, bw perlahan la.. Dh lah selekoh. Kalau tak tahu tempat di mana, hubungi saya, saya boleh tunjukkan di mana.

Sekian dipohonkan. Selaraskanlah dengan slogan PM kita ya....


Anda mungkin boleh batal solat

Ahmad Baei Jaafar

Sewaktu belajar agama di sekolah dahulu, ada ustaz memberitahu bahawa perkara yang boleh membatalkan solat ialah bercakap. Waktu itu, sebagai pelajar tiada persoalan yang mencurigakan kerana hokum itu telah tercatat dalam kitab. Kita terima sahajalah.

Tetapi di dalam hati timbul juga persoalan, “takkanlah tengah solat nak bercakap” kerana sepanjang masa kita perlu membaca doa tertentu selain ayat al-Quran. Jadi, tidak mungkin orang yang solat boleh bercakap.

Walau bagaimanapun dengan kreatif ustaz yang mengajar itu, dia cuba membawa cerita yang pada saya rekaan semata-mata, tidak kena mengena dengan orang yang hidup mahupun yang mati. Kata ustaz, ada tiga orang muallaf melakukan solat di sebuah surau yang ketika itu sudah tidak ada orang lain.

Salah seorang daripada mereka menjadi imam, dan dua lagi menjadi makmum di belakangnya. Yang menjadi imam itu agak lebih lama masuk Islam malah lebih tahu daripada dua sahabatnya walaupun masih jahil. Sewaktu solat salah seorang makmum terlupa bacaan dalam fatihah. Maklumlah dia membaca secara kuat dan terangkak-rangkak.

Oleh sebab bacaan yang agak kuat menyebabkan perbuatannya itu mengganggu makmum seorang lagi. Bacaan yang diulang-ulangkan berkali-kali turut menjadikan bacaan tidak dapat disempurnakan.

Dalam keadaan itu imam terus rukuk dan makmum yang terganggu itu segera menyuruh sahabatnya turut rukuk. “Ikut saja imam rukuk”, beritahunya dalam bahasa Melayu. “Fatihah tak habis lagi macam mana?” tanya balasnya. Namun imam yang sudah rukuk itu tiba-tiba bersuara, “kenapa kamu berdua bercakap?”

Moral storynya, orang yang tidak cukup ilmu untuk solat perlu ikut bersama-sama dengan orang yang benar-benar faham ilmu solat. Tanpa contoh solat yang baik, ketiga-tiga mereka itu telah terbatal solat. Walaupun ini paparan ini sekadar contoh, entah betul atau tidak, tapi yang penting bercakap sewaktu solat boleh membatalkan solat.

Mendengar cerita itu saya rasa selamat kerana kesilapan itu hanya boleh berlaku kepada orang yang baru belajar solat atau orang yang baru masuk Islam. Maka orang yang sudah lama Islam tidak mungkin boleh tersilap seperti itu.

Tetapi tahukah anda, pada hari ini ramai umat Islam bercakap dalam keadaan dia melakukan solat, tetapi dia terus melakukan solat tanpa sedar bahawa dia sudah terbatal. Ya, ramai yang tidak sedar, tetapi tahukah anda sewaktu melakukan solat berjemaah ada jemaah yang sempat membaca tulisan pada baju T jemaah yang berdiri di hadapannya.

Benar, mereka membaca di dalam hati, dan keadaan itu tidak salah dan tidak membatalkan solat. Namun walaupun mereka membaca dalam hati, kita tidak tahu mungkin sesaat bergerak juga lidah untuk membacanya. Maka ketika itu sudah boleh membatalkan solat.

Saya sendiri ada pengalaman, pernah bersolat di belakang remaja yang memakai baju T bertulis kata-kata yang menarik. Ada juga yang tulisannya seperti buku sejarah dan tidak kurang juga yang menggunakan bahasa gila-gila. Ya, tanpa sedar kita terpanggil untuk membaca kata-kata itu.

Oleh sebab itulah ada ulama yang mengharamkan orang yang bersolat memakai baju T yang bertulis atau bergambar baik di hadapan mahupun belakang. Mungkin dengan pemakaian itu menyebabkan orang lain terbatal solat. Jadi, jangan pakai baju T seperti itu lagi demi menghormati ibadah solat.

Kelab umno luar negara guna Pejabat jabatan penuntut malaysia kaherah Untuk Adakan Rumah Terbuka


Olwh : Muhammad Mujahid bin Mohammad
Fadzil http://mujahidazhar.blogspot.com

17 Oktober 2009- Bertempat di Pejabat Jabatan Penuntut Malaysia Iskandariah, Kelab Umno Iskandariah (KUIM) telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersempena dengan bulan Syawal yang mulia ini.

Majlis yang bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran tetamu daripada setiap tempat seperti Kaherah, Dumyat, Thafanah, Tanta dan juga Damanhur.

Lebih kurang 100 orang tetamu yang telah hadir. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Nor Zakiah Binti Zaidon Pegawai Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia Iskandariah beserta keluarga. Turut hadir Ustaz Nik Ahmad Sukimi Bin Nik Leh Pembantu Jabatan Penuntut Malaysia Iskandariah. Tidak ketinggalan Exco Kelab Umno Kaherah yang turut hadir bersama kehadiran pelajar-pelajar yang berada di Iskandariah. Pihak penganjur turut menjemput pegawai-pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) tetapi mereka tidak dapat hadir kerana mendapat jemputan rumah terbuka pada waktu yang sama di Kaherah.

Pelbagai jenis hidangan yang telah disediakan seperti nasi berkismis,rendang daging, ayam bersos, satay, kuah kacang, nasi himpit dan bermacam-macam lagi .

Semua Ahli kelab Umno Iskandariah telah memberikan komitmen yang cukup memberangsangkan. Bertempat di rumah Pengerusi Siti Saharaneh Binti Mohd Shuaib semua ahli bergotong-royong membakar satay dan menyediakan persiapan untuk majlis rumah terbuka tersebut.

Sebelum majlis bersurai, sesi bergambar beramai-ramai diadakan sebagai gambar kenangan Aidilfitri 2009.

Ulasan

Entah tiba-tiba sahaja terbuka web umno luar negara.. Mata terpaku apabila terbaca berita yang bertarikh 17 Oktober.. dan linknya ada di bawah ini

http://www.kelab-umno.com/index.php?option=com_content&view=article&id=228:kelab-umno-iskandariah

Sebelum ini beriya-iya mengatakan bahawa para pelajar tidak dibenarkan terlibat dengan politik.. Ni apa kejadah ni?

Dr Hassan Ali, yang merupakan rombongan Kerajaan Negeri Selangor, tidak dibenarkan menggunakan ARMA untuk menyampaikan ceramah.. Tetapi, kenapa dalam kes ini nampak pelik? Memang jangan haraplah nak bagi peluang kepada "bukan kerajaan" untuk bergerak secara rasmi di Mesir ini, walaupun sebagai wakil kerajaan negeri.

Entah kenapa.. Tempat jamuan pun dibuat di Pejabat jpmk.. Kalau umno-umno itu datang atas title kerajaan,.. boleh diterima lagi.. Tapi yang peliknya.. kelab umeno iskandariah buat majlis jamuan hari raya di Pejabat jpmk..

Teringat ketika Iftor Jam'ie PMRAM berlangsung.. Rancangan siapakah yang ingin merosakkan program tersebut? Tanyalah mereka yang lebih mengetahui.. Majlis Pembacaan Kutub Sittah pula, beriya-iya JPMK menghantar surat kepada pengurus Azhar Conference Centre untuk menggagalkan program tersebut. Katanya PMRAM itu pembangkang..

Fikirlah sendiri wahai manusia yang berakal. Diharap kepada jpmk supaya tidak buat hal lagi. Kalau nak carik pasal, tunggulah balasan dari Allah.

Alasan dari dulu, PMRAM tidak berdaftar.. umno mesir daftar.. jadi bolehlah guna pejabat JPMK. Takkanlah nak buat Majlis Pembacaan Kutub Sittah pun nak kena daftar dengan jmpk? Nak guna Dewan ACC pun kena daftar jugak? Kalau PMRAM daftar bawah jpmk, komfim takleh buat Kutub Sittah.

Sebabnya, PMRAM tak berdaftar dan tak guna premis jpmk pun depa usaha untuk gagalkan.. kalau daftar .. lagi la.. Langsung takleh buat program apa-apa. Sebelum ini pun dah banyak program PMRAM cuba digagalkan oleh jmpk.. dah boring rasenya.. semua orang tahu.. Diharap jmpk tahu bidang tugasnya.. PMRAM tak berdosa.. jangan carik dosa sekat orang buat baik..