16 Mac 2009

Mesyuarat PIBG medan kutuk PAS dan Tok Guru

Saya menerima email dari seorang hamba Allah mengenai "ketidak warasan" ADUN Terong yang juga Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang....

SAYA XTAHU KEPADA SIAPA SAYA NAK CERITA. SEBUAH KISAH BENAR BERLAKU DI SK DATO PANGLIMA BUKIT GANTANG PERAK PADA HARI INI 13 MAC 2009. YB ROSLI MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG. KALAU RASMI MESYUARATJE XAPA TAPI DUK KUTUK PAS DAN YG PALING SAYA XBOLEH MAAF KUTUK TOK GURU NIK AZIZ. BETULKAH INI? SEKOLAH JADI TEMPAT MAINAN POLITIK? HARAP DPT DEDAHKAN PERKARA INI.

Tindakan beliau telah menyalahi etika dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian pelajaran di mana orang politik tidak boleh masuk ke sekolah untuk merasmikan apa saja program.

Apakah Rosli ingin buktikan bila sudah masuk pilihanraya di Bukit gantang peraturan cuma tinggal peraturan saja?

Jangan berani dan celupar sangat, apalagi dato sudah hampir jadi "kupang tembaga " kerana orang kuat dato tidak jadi calon untuk PRK Bukti Gantang.

Kalau sayapun akan rasa malu... orang yang kalah dalam pertandingan ketua bahagian ,tiba-tiba dipilih oleh Najib jadi calon. apa sudah jadi, adakah dato tidak terasa kepala dato telah diketuk dan dipijak oleh mereka ?

Nasib plak pokok demokrasi....

Berikut ini saya paparkan gambar babak-babak akhir kemusnahan yang berlaku kepada plak demokrasi yang telah dimusnahkan oleh pihak tertentu.

Kemusnahan plak ini adalah gambaran yang sebenar tentang ketakutan pihak tertentu kepada lokasi yang menyaksikan satu kezaliman dan penafian hak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin bersidang di tempat yang sebenarnya, namun bila mereka dihalang dengan samseng dan pihak keselamatan lalu mesyuarat dilakukan di bawah pokok ini.


Masih bagus : Gambar pada Khamis/12 Mac 2009.


Sudah dipecahkan : Gambar pada Jumaat/13 Mac 2009)


Dirosakkan dan disimbah dengan cat hitam : Gambar pada Sabtu / 14 Mac 2009


Dibersihkan oleh MBI dengan alasan yang tidak munasabah : Gambar pada Sabtu/15 Mac 2009.

Poligami, suami atau isteri siapa dulu tempah ke neraka?

Oleh:Ahmad Baei Jaafar
email : Ummu Waheedah

Membaca rencana keluaran lalu, ramai yang bertanya mengapa pula poligami boleh mengundang kepada neraka, bukankah poligami sunnah Rasulullah. Benar, sesiapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah akan beroleh pahala, syurga. Tetapi siapa yang boleh memberi jaminan bahawa mereka yang mengamalkan poligami pada hari ini benar-benar mengikut sunnah?

Sebenarnya sama ada kahwin poligami atau tidak, hukumnya adalah harus. Dan setiap yang harus kadang-kadang boleh menjadi wajib, boleh jadi sunat, boleh jadi makruh dan boleh jadi juga haram.

Bagaimanapun apabila seseorang itu telah secara rasmi berkahwin secara poligami, suami dan isteri-isteri terdedah kepada dosa yang boleh menghampirkan mereka kepada neraka. Semua ini adalah berpunca daripada kurang pengetahuan agama khususnya dalam soal hukum poligami sama ada suami atau isteri.

Di sini disenaraikan kesalahan yang sering terjadi kepada pengamal poligami:

1. Berbohong

Ada orang kata, bohong dalam poligami tidak sampai masuk neraka kerana bohong diharuskan untuk menyelamatkan keadaan yang gawat. Dalam kes ini siapa yang gawat? Siapa yang hendak diselamatkan hingga terpaksa mengguna senjata berbohong?
Jelas dalam kes ini suami berbohong untuk melepaskan dirinya sendiri. Maka dalam keadaan ini tidak ada keharusan dalam berbohong. Apatah lagi kalau pembohongan itu dilakukan berpanjangan tanpa henti, tentu berdosalah si suami itu.
Apabila seluruh hidupnya penuh dengan pembohongan, bahagiakah kehidupannya? Setiap detik gerak-gerinya dirasakan sedang diintai oleh isterinya. Maka sebelum dia dimasukkan ke dalam neraka di akhirat, hakikatnya dia telah memasukkan dirinya dalam neraka dunia.

2. Tidak Adil

Dalam keadaan di atas, suami tersebut tidak mungkin akan berlaku adil terhadap isterinya. Ada isteri yang teraniaya di sudut nafkahnya, ada juga isteri yang dicuaikan gilirannya dan ada isteri yang dibiarkan langsung atas alasan nusyuz dan sebagainya.

Bayangkan apa akan jadi kepada suami yang tidak adil kepada isteri-isterinya. Dia bukan sahaja berdosa dengan isterinya kerana tidak berlaku adil, dia juga berdosa terhadap Allah kerana melanggar perintah-Nya supaya berlaku adil. Sekali lagi suami dalam keadaan semakin hampir ke neraka.

Dalam sebuah hadis Rasulullah ada bersabda yang maksudnya, mana-mana suami yang tidak adil terhadap isteri-isterinya, di akhirat nanti dia akan berdiri dalam keadaan senget sebelah.

Berhubung dengan adil, yang paling penting ialah giliran malamnya. Dalam bab itu ramai suami atau isteri yang tidak tahu, lalu mereka terus melakukan dosa.

3. Salah Giliran

Sebenarnya giliran seseorang yang berpoligami adalah berdasarkan 24jam sehari. Maknanya kalau dia menentukan gilirannya bermula pada waktu asar, maka berakhir tempohnya pada waktu asar esoknya. Berdasarkan itu jika dia bermalam dengan isterinya pada malam itu, maka esok siangnya adalah termasuk gilirannya juga. Begitu juga sebaliknya kalau suami bekerja malam, maka siangnya adalah mula gilirannya.
Dalam hal ini kalau suaminya keluar kerja sama ada siang atau malam, maka waktu keluar itu juga dikira masih giliran isterinya itu. Jadi, selagi dalam tempoh giliran isteri itu, suami tidak boleh mengambil kesempatan untuk tidur dengan isteri yang lain.

Dia boleh pergi zirah isteri itu tetapi dia tidak boleh tidur bersama isteri itu. Dia boleh menghantar barang atau melihat anak dan isteri tetapi tidak boleh tidur dengannya. Jika berlaku persetubuhan sedangkan bukan gilirannya, maka perhubungan itu adalah haram. Jika lahir anak hasil persetubuhan itu adalah dikira haram, walaupun tidak sampai kepada hukum berzina.

Perkara inilah yang sering terjadi kepada pasangan poligami yang bermasalah semuanya hendak dirahsiakan. Boleh jadi pada malam Jumaat dia bersama isteri pertama, tetapi pada pagi Jumaat keesokannya dia singgah di rumah isteri keduanya dan pada kesempatan itu juga dia sempat bersama isteri tersebut. Sedangkan siang hari Jumaat itu adalah masih giliran isteri pertamanya.

Dalam kes ini, isteri pertama tahu suaminya ke tempat kerja, tetapi sebaliknya dia melencong ke rumah madunya. Jadi, selain dia menipu isterinya dia telah mencuri giliran isteri pertama untuk bersama isteri yang bukan gilirannya. Bayang berapa banyak dosa yang dilakukan oleh suami ketika itu. Semua ini kalau dia tidak bertaubat, sebaliknya mengekalkan amalan itu, pasti tempatnya adalah neraka.
Selain suami, isteri juga boleh terlibat dengan dosa dalam beberapa kes. Antara dosa isteri ialah:

1. Isteri menghalang suaminya bagi memenuhi giliran pada isteri yang lain.
2. Isteri menggauli suaminya padahal dia tahu hari tersebut bukan gilirannya.
3. Isteri menyekat madunya daripada mendapat manfaat, nafkah dan sebagainya.
4. Isteri bersangka buruk terhadap suaminya lalu mengintip gerak-gerinya.
5. Isteri bersangka buruk terhadap madunya lalu mengintip gerak-gerinya.
6. Tindakan isteri itu menyebabkan madunya hilang hak kenikmatan hidup berkeluarga.

Jika isteri tersebut tidak bertaubat malah meneruskan kesalahan di atas, mereka memang dijamin neraka. Namun oleh sebab para isteri tidak tahu kedudukan hukum ini maka mereka terus mengekalkan dosa-dosa itu.

Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 3/15/2009 06:55:00 AM

Wahai Wanita Jadilah Isteri Bukan Kuli Sampai Mati

Email : Cili Muda
(Artikel di ambil dari www.ceria.com. my)

"Inilah orang perempuan kerana terlalu takut, sayang membabi buta, akhirnya diri sendiri yang binasa. Namun tidak terlalu lewat untuk beliau bertindak sekarang, anak-anak pun dah besar, biarlah wanita lain pula mengambil alih tanggungjawab, mana tahu mungkin wanita tersebut boleh mengajar suami puan Norzie menjadi baik, dan berjaya menundukkannya, biasalah, suami terlalu kedekut dengan isteri pertama, dengan isteri kedua, barulah dia tahu langit itu rupanya tinggi. Dan biarkan dia menyesal hingga ke akhir hayat." Kata Farra lagi.

Kita lupakan sementara cerita Norzie dengan suami kedekutnya, dan Zaki teringin berpoligami, kita baca kisah puan Amalena tentang penderitaan ibu kerana sikap ayahnya langsung tidak bertanggung jawab kepada keluarga demikian ceritanya dalam emelnya kepada penulis.

Sekali tertinggal terasa amat rugi besar. Ruangan di celah-celah kehidupan banyak mengajar saya tentang erti kehidupan sebenarnya serta membekalkan topik-topik hangat untuk kami berbincang dengan kawan-kawan dan suami saya bagi memastikan rumah tangga yang kami layari selama 5 tahun ini sentiasa ceria, bahagia dan berkualiti.

"Tetapi cerita dua minggu lalu menarik hati saya dan rasa terpanggil untuk menyumbang sedikit cerita bagi renongan pembaca. Iaitu tentang betapa besar dan beratnya peranan lelaki sebagai suami menjadi ketua keluarga. Kalau nama aja suami tapi tidak berfungsi apa guna berkahwin, mungkin bahtera yang dilayari karam dilanda badai ganas. Wanita pula amat gembira bila naik pelamin jadi raja sehari, tetapi hakikatnya tanpa disedari dirinya jadi kuli sampai mati.

"Kami suami isteri sentiasa berusaha supaya bahtera kami selamat, kerana saya tidak mahu terjadi seperti bahatera ibu bapa saya, bukan menghina, tetapi saya rasa bertuah kerana kapten kedua bahtera kami iaitu ibu, seorang petugas setia, kerana peranannya kami adik beradik selamat, tidak tenggelam dilambung ombak menjadi mangsa dadah, penjahat, penyamun, kutu rayau ataupun penghuni sekolah jahat mahupun pusat pemulihan akhlak. Jadi manusia.

"Ibu gigih membesarkan dan memastikan kami hidup seperti orang lain. Ayah mengahwini ibu takkala mereka sama-sama berusia 21 tahun. Semenjak itu dugaan hidup ibu menjadi sangat tragis. Ayah sering tinggalkan ibu berbulan-bulan lamanya terutama apabila ibu hendak bersalin. Itulah sikapnya setiap kali ibu melahirkan, ayah menghilang. Alasannya mencari kerja.

"Minat ayah yang mendalam dalam dunia seni menyebabkan dia sering keluar daerah. Kami tak pasti apa tugas ayah sebenarnya. Sepanjang pemergiannya, sesen pun dia tidak tinggalkan duit kepada ibu. Ibu mengajar kami mengikat perut bila beras dalam tin sudah habis.

"Kami biasa makan nasi digaulkan gula campur air suam, bubur nasi campur gula atau bubur nasi dengan garam, dah jadi menu biasa kami berlima beradik. Ibu berusaha sedaya upaya melakukan bermacam-macam kerja. Ambil upah menjahit, memajak sawah, berniaga kecil-kecilan, ambil upah menoreh getah asalkan dapat sedikit duit.

"Kerana terlalu susah dua orang kakak saya tak pernah bersekolah. Kerana terlalu miskin orang kampung memujuk ibu membenarkan dua orang kakak bekerja sebagai orang gaji di rumah orang walaupun waktu itu mereka baru berusia 10 dan 9 tahun. Ibu terpaksa merelakan kerana hidupnya terlalu susah dan supaya kami yang tinggal boleh makan nasi bukannya bubur.

"Saya amat bertuah mempunyai kakak-kakak yang sanggup berkorban demi ibu dan kami adik-adiknya. Kak Long pernah menceritakan kepada saya betapa ibu menangis tersedu sedan, apabila tangan kecilnya menghulurkan wang gaji pertamanya kepada ibu. Mungkin hati ibu amat tersentuh kerana usia sementah itu sepatutnya riang ria bersekolah sebaliknya terpaksa membanting tulang mencari duit untuk ibu bukan banyak tak sampai pun RM40 sebulan.

"Ibu pasrah akan ketentuan illahi memberikannya suami yang sangat tidak bertanggung jawab. Sudahlah tidak bekerja tetap bila ada duit sikit dapat kerja sementara mulalah berjudi dan minum arah. Sikap itulah membuatkan ibu cepat melenting. Kerap juga kami melihat mereka perang besar terutama apabila ayah mabuk-mabuk atau sehari suntuk di meja judi.

"Walaupun mereka berperang, tapi ayah tak berani memukul ibu. Mungkin ayah sedar dia tidak menjalankan kewajipan sebagai suami. Ayah bosan duduk di rumah dia ada tempat pelarian untuk bertemu kawan-kawan seninya di bandar. Ibulah yang terpaksa menanggung anak-anak dengan apa cara sekalipun, asalkan kami tidak kebulur.

"Ayah selalu merungut pada kawannya katanya anak-anak menyusahkannya. Katanya bilalah kami nak besar boleh cari kerja boleh keluar rumah dan tidak susahkan dia lagi. Bila kedua kakak bekerja di rumah orang di bandar, tinggalkan abang, menjadi sasaran kebencian ayah. Sejak kecil lagi saya tahu ayah bencikan abang, bila balik ke rumah abang akan jadi sasarannya melepaskan marah. Ayah tak pernah menunjukkan kasihnya kepada abang.

"Ayah bencikan abang anak lelaki tunggalnya. Abang sering kena maki hamun pantang buat silap. Ringan aje mulut ayah halau abang keluar rumah. Jadi untuk elakkan ketegangan, setiap kali ayah balik abang menyendiri bawa diri, asalkan tak bersemuka dengan ayah.

"Abang rajin membantu ibu menoreh, ke sawah atau apa aja kerja yang boleh mendatangkan duit, sampaikan ambil upah jual buah-buah, panjat pokok kelapa, pendaknya apa saja kerja asalkan berduit abang akan buat, biasalah dengan orang kampung berapa sen sangat upahnya, kadang tu tak ada upah duit, buah kelapa, pisang sebagai ganti, abang ambil juga.

"Pendek kata abanglah harapan ibu membantunya mencari duit untuk beli beras, bukannya ayah. Tapi ayah tetap bencikan abang sebabnya saya tak tahu. Masa berlalu dan ayah tidak pernah berubah. Abang cuma mampu bersekolah hingga tingkatan lima dengan pangkat 3. Ringan pulak mulut ayah panggil abang bodoh. Tapi abang tak melawan, kerana ibu sering berpesan jangan mendurhaka kepada ayah. Kalau dia marah pekakkan telinga.

``Demikian juga halnya ketika sampai giliran saya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dahulu, ayah membantah keras, katanya budak perempuan buat apa sekolah akhirnya duduk dapur juga. Syukur kepada Allah, kakak desak hantar saya ke sekolah menengah, waktu itu kakak dah berkahwin, umurnya baru 16 tahun. Mulanya saya takut juga, tapi kerana desakan kuat kakak dan abang saya beranikan diri melangkah ke sekolah menengah. Saya naik basikal ke sekolah untuk jimatkan belanja. Maklum sekolah menengah jauh dari rumah kami.

``Gembiranya tak terperi dapat sambung sekolah. Tapi bermulalah episod persekolahan yang penuh kekurangan. Belanja jarang dapat, yuran sekolah asyik tertunggak. Baju sukan tak pernah ada. Kasutku jarang berganti hinggakan budak lelaki kerap mengejek saya budak berkasut buruk. Pendek kata saya bukan sahaja menghadapi dugaan dengan ayah, malah kawan-kawan di sekolah pun sentiasa berusaha memudarkan semangat saya bersekolah, tapi emak bersemangat waja, katanya dia tak berharta, cuma pelajaran sahaja boleh mengubah nasib dan kehidupan kami, berusahalah kalau mahu hidup senang. Dalam makna nasihat ibu, cuma saya waktu itu tak faham, sekarang baru saya tahu hikmahnya.

``Walaupun miskin, tapi saya berusaha jadi budak pandai, paling tidak ada juga tempat budak-budak nak segan kat saya orang miskin ni. Nampaknya harapan ibu tak sia-sia, saya kerap dapat nombor terbaik dalam kelas, selepas SPM saya ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah ke UK. Ibu agak berat hati untuk melepaskan, almaklum anak dara pergi jauh sendirian.

``Ayah yang selama ini membenci saya bersekolah sudah terbalik, dia terkejut saya ditawarkan ke UK. Dia tak memuji saya berdepan, tetapi saban dia melepak di kedai kopi bercerita perihal kejayaan saya. Ada juga suara-suara sumbang memperlekehkan keluarga kami, sudahlah miskin merempat ada hati nak hantar anak ke luar negeri.

``Malang tidak berbau dalam saya sibuk menmbuat persiapan untuk berlepas ke luar negara, ibu terlibat dalam kemalangan, dilanggar motor semasa dalam perjalanan menoreh getah. Seminggu ibu koma kerana pendarahan dalam otak sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Hancur luluh hati ini. Niat untuk membela ibu selepas mengecapi kejayaan tak kesampaian.

``Kami adik-beradik terlalu bersedih sehingga tidak sedar terkeluar perkataan mengapa tidak ayah saja yang mati bukan ibu. Adik bongsu terkandas pelajarannya di tingkatan 3, siapa nak bantu kerana ayah menghilangkan diri tidak lama kemudian.

``Tinggalkan kami adik-beradik bagai kehilangan arah. Alhamdulillah, kak long bertindak sebagai ibu menjaga adik. Sewaktu di luar negara, saya diberitahu ayah dah kahwin lagi. Tak apalah bisik hati, sekurang-kurangnya ada orang boleh menjaganya kerana dia dah tua.

``Dipendekkan cerita kami kini semua telah berumah tangga dan beranak pinak. Pernah juga kami menziarahi ayah di rumah isteri mudanya. Semuanya kelihatan baik, tapi baru-baru ini ayah buat tabiat lamanya, dia tinggalkan isterinya dan balik duduk kampung seorang diri.

``Banyak cerita ayah mengumpat isterinya, sebab itu dia pindah duduk kampung. Tapi kami tak ambil pusing. Rupanya dalam diam dia mengharapkan bantuan kami, sebab itu dia pindah balik kampung dia dah boleh cakap besar anak-anak dah bekerja dan nampak senang sikit.

``Sebenarnya amat payah untuk kami melahirkan perasaan kasih terhadap ayah, sebab sejak kecil kami sudah renggang, ayah macam orang datang bertandang sahaja. Begitu juga kakak-kakak dan abang. Mereka merasa cukup terseksa kerana ayah. Abang bertambah lagi, sebab dialah anak yang paling ayah benci, dia dianggap musuh jadi macam mana dia nak sayangkan ayah?

``Saya tidak pernah salahkan mereka kerana berperasan sedemikian, sebab kami merasakan kesusahan dan keperitannya. Cuma adik bongsu kami sahaja yang yang kerap balik menziarah ayah serta menguruskan keperluan dan makan minumnya.

``Tapi akhir-akhir ini adik pun dah mula merungut. Dia tak berdaya menjaga ayah seorang, tambah-tambah bila ayah memintanya membelikan sebuah tv besar kerana mata ayah dah mula kabur disebabkan penyakit kencing manisnya hinggakan ayah sudah tak nampak lagi untuk menonton cerita di tv kalau tvnya kecil sangat.

``Kami adik-beradik merasa lebih pelik kerana ayah pentingkan tv, bukankah golongan orang seperti ayah sepatutnya lebih kerap beribadah dan pergi masjid. Masalah yang saya rasa sekarang ialah ayah sentiasa mengharapkan anak-anaknya datang menjenguknya di kampung, tetapi sedihnya anak-anak ayah berat hati nak pulang ke kampung kerana masih terkenangkan perbuatan lampau ayah terhadap ibu dan langsung tidak kasihkan anak-anak di samping itu kami pun sering kesibukkan dengan tugas dan mengurus keluarga sendiri. Kami tak mahu ketepikan anak-anak, kerana kami tak mahu anak-anak membenci kami apabila kami tua nanti, seperti perasaan kami terhadap ayah yang terasa amat sukar untuk dikikis.

"Kini ayah memburuk-burukkan kami terutama abang dan kak long. Panas juga telinga bila ayah kutuk abang tidak bertanggungjawab menjaga ayahnya sendiri. Tapi ayah sedarkah itulah sikapnya dahulu melupakan anak-anak." Demikian cerita Amalena tentang pengalaman pahitnya semasa kecil semoga kita mendapat iktibarnya.

Kesimpulan cerita Amalena dia mengingatkan kaum lelaki, agar lebih bertanggungjawab kepada keluarga iaitu anak-anak dan isteri, jangan marah kalau anak-anak tak kenal ayah bila dah tua nanti, hidup inikan umpama roda sentiasa berputar. Dan ingat setiap perbuatan baik ataupun jahat itu ada balasannya dari Allah, cuma lambat atau cepat sahaja datang pembalasanNya

- MAIMUNAH -

Dulu SPM gred 3 senang dapat kerja professional

Email : Rozmal bin Malakan

Kalau zaman kita dulu, zaman 70an, zaman 80an, zaman belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu kalau dapat SPM gred 3 masih boleh mohon masuk ITM, mohon masuk Maktab Perguruan, dapat pula biasiswa. Dan ramai golongan profesional di sektor swasta dan kerajaan sekarang ini, mereka tak lah dapat SPM 10 A, 16 A macam sekarang ini.

Tapi sekarang SPM dapat banyak A pun, belum dijamin lagi dapat biasiswa (dulu pinjaman PTPTN tak ada, semua biasiswa yang banyak), belum jamin lagi keluar U dapat kerja. Dulu gred 3 senang jadi cikgu, sekarang bukankan gred 1, ada ijazah pun belum tentu lagi dapat jadi cikgu

Fikir betul-betul mereka yang masih berbelah bahagi mengenai PPSMI, adakah orang Melayu, bangsa Melayu sekarang ini susah dapat kerja kerana tak mahir Bahasa Inggeris, kerana tak dapat SPM 10 A ?

Mereka yang masih lagi rasakan PPSMI ini penting, adakah kita sendiri hari demi hari belajar bahasa Inggeris, sentiasa membuka kamus untuk mempertingkatkan kemahiran Bahasa Inggeris kita, atau kita sekadar suruh anak-anak kita mahir Bahasa Inggeris, kita suruh cikgu yang mengajar anak-anak kita mahir Bahasa Inggeris ?

Kalau kita nak anak-anak kita mahir Bahasa Inggeris, kita sendiri mesti menunjukkan minat untuk meningkat ilmu pengetahuan kita dalam Bahasa Inggeris dalam pada masa yang sama kita memartabatkan Bahasa Melayu.

Siapa kata mereka yang ingin Memansuhkan PPSMI macam saya ini , anti Bahasa Inggeris. Kami yang ingin memansuhkan PPSMI , sayangkan anak bangsa yang semakin hari semakin terpinggir, walaupun mereka dapat banyak A dalam SPM sekali pun, biar pun mereka dapat A dalam Sains dan Matematik (tak tahulah berapa peratus dapat A) tak mesti mereka akan dapat pekerjaan yang setanding.

Dengar cerita sekarang ini ada pihak yang ingin memberi biasiswa kepada pelajar lepasan SPM, mahukan keputusan peperiksaan di sekolah , walaupun mereka dapat “Straight A”, kerana tidak yakin bahawa pelajar yang dapat banyak A memang betul-betul pelajar yang cemerlang dan pintar. Apa ke tidaknya ada pelajar yang tak pernah lulus mata pelajaran Sains, bila ambil SPM boleh lulus.

Apa nak jadi bukan sahaja pada anak Melayu, apa nak jadi pada sistem pendidikan di Malaysia ini ?

Hari ini Sabtu 14 Mac 2009 saya memakai baju T Mansuhkan PPSMI, ternyata ramai yang masih memberikan sokongan. Justeru itu jangan padamkan gelombang Pejuang Bahasa 7 Mac 2009, teruskan pakai baju T Mansuhkan PPSMI setiap Sabtu sehingga ianya dimansuhkan.

Macam kisah seorang Sultan yang tidak mahu mencukur jambang/janggutnya sehingga hajatnya tertunai.

Apa gunanya mencium keris jika bahasa dan bangsa dipinggirkan !

MANSUHKAN PPSMI ! HIDUP BAHASA MELAYU !

http://waghih. blogspot. com

Siapa Rasulullah Di Hati Kita ?

Oleh : budokfelda

12 Rabiulawal menjelang lagi. Tarikh ini mengingatkan kita kepada keputeraan nabi junjungan kita Muhammad S.A.W yang berlaku lebih 14 kurun yang lalu. Insan pilihan Allah ini dilahirkan dengan penuh keistimewaan, sejak hari lahirnya hinggalah waktu wafatnya. Di hari kelahirannya, terpadam api biara Majusi yang tidak pernah padam sebelum itu, runtuhnya istana Kisra Parsi, Mekah diterangi cahaya putih dan pelbagai kejadian pelik lain.

Seminggu sebelum tibanya 12 Rabiulawal, masyarakat di Syria telah sibuk bercakap mengenai Rasulullah S.A.W melebihi dengan apa yang dilakukan mereka pada hari-hari biasa. Ulama’-ulama’ pula sememangnya mengambil kesempatan ini untuk mendidik masyarakat untuk cinta kepada nabi, sesuatu yang susah kita nak dapati di Malaysia. Suasananya begitu terasa. Hari ini pun aku mendengar khutbah Jumaat Sheikh Sariah mengenai cinta kepada Rasulullah. Semasa majlis zikir pada waktu pagi pun, dia bercerita dan memberi tazkirah mengenai cinta kepada Rasulullah. Subhanallah…insaf rasanya apabila merasakan diri ini hanya mampu melafazkan cinta kepada nabi tetapi jauh sekali rasanya kedudukan cinta nabi itu di hatiku mahupun dengan amalanku. Astaghfirullah….

RAHMATAN LIL ‘ALAMIN

Hadirnya baginda ke dunia ini menjadi rahmat besar ke seluruh alam. Bukan sekadar kepada masyarakat Arab di semenanjung tanah arab, bahkan semua orang di atas muka bumi ini. Malah rahmat ini meluas bukan sahaja kepada manusia, tetapi kepada makhluk-makhluk Allah yang lain termasuk malaikat, binatang, tumbuhan, jin, batu-batu dan sebagainya. Rahmat ini datang dengan pakej Islam, bukan dengan pakej lain. Bukan dengan pakej bangsa Arab, bukan dengan pakej nasionalisme, bukan dengan pakej kapitalisme, akan tetapi hanya dengan Islam!! Dengan kata lain, rahmat ini hanya dapat dirasai sekiranya kita mengamalkan Islam. Kita tidak merasai rahmat ini seratus peratus sekiranya kita mencampurkan Islam dengan perkara lain. Malah, rahmat ini dapat dirasakan oleh orang bukan Islam sekiranya Islam dilaksanakan.

BUKAN TEPUK SEBELAH TANGAN

Kalau orang sedang bercinta, mereka sering katakan “Aku bertepuk sebelah tangan” sekiranya cintanya tidak diterima orang atau dia hanya syok sendiri. Kita pun telah mengetahui betapa banyak orang yang frust bercinta hanya kerana cintanya tidak berbalas. Ini fenomena dalam cinta haram atau cinta monyet. Cinta yang dianjurkan oleh Islam amat berbeza benar, sama ada bercinta dengan Allah mahupun cinta kepada Rasulullah S.A.W.

Percintaan dengan S.A.W amat unik kerana baginda telah dahulu memulakan percintaan ini, sebelum kita semua memulakannya. Baginda telah menyintai kita semua sebelum kita semua menyintainya. Baginda telah menghulurkan tangannya untuk bertepuk dengan kita sambil menunggu kita untuk membalasnya. Ironinya, nabi S.A.W tidak memerlukan kepada balasan kita sebenarnya. Baginda memulakannya kerana ingin melihat kita bahagia dan senang di akhirat kelak.

Ketikamana Rasulullah bersabda “Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (berdoa) ke atasnya (sesiapa yang berselawat) dengan 10 kali selawat”, Rasulullah amat gembira dengan kurniaan Allah S.W.T tersebut. Bukanlah gembira dengan pujian dan limpahan doa yang bakal dilakukan oleh umat kepadanya, akan tetapi baginda gembira dan seronok apabila Allah akan memberikan ganjaran yang banyak kepada umatnya. Mana tidaknya, sekali kita berselawat kepada nabi, Allah akan membalasnya dengan 10 kali lebih baik daripada itu. Imam Sakhowi ketika mengulas perkara ini mengatakan bahawa satu selawat Allah (doa) kepada umatnya lebih baik daripada membuat 1000 kebajikan. Lihatlah cintanya nabi kepada kita semua, lebih memikirkan nasib umatnya berbanding perkara lain.

Kita juga tidak boleh melupakan jasa nabi Muhammad S.A.W ketika menerima ibadah solat fardhu pada peristiwa Isra’ Mikraj. Daripada 50 rakaat yang ditaklifkan, nabi berusaha untuk mengurangkan bilangan tersebut sehinggalah menjadi 5 rakaat seperti sekarang selepas mendapat signal daripada nabi Musa yang menyatakan umat akhir zaman ini tidak mampu melakukan ibadah sebanyak itu. Lalu turun-naik lah nabi berjumpa Allah untuk mengurangkan bilangan tersebut lantaran memikirkan umatnya walaupun dia sendiri ‘tebal muka’ untuk meminta pengurangan itu. Ada sebahagian riwayat menyatakan daripada 50 rakaat yang disyariatkan, ia dikurangkan 5 rakaat setiap kali nabi mengadap Allah. Secara congakan akal yang dangkal ini, bermakna 9 kali nabi S.A.W turun-naik secara tebal muka untuk berunding bagi urusan umatnya!! Akhirnya dengan sifat kasih sayang Allah jua, kita hanya difardhukan untuk menunaikan 5 kali solat sehari tetapi pahalanya tetap sama dengan 50 rakaat yang mula disyariatkan !!

Saat-saat akhir nabi di alam ini adalah isyarat yang paling jelas kepada kita bahawa baginda telah memulakan proses percintaan ini sebelum kita memulakannya. Ketika baginda nazak menghadapi sakaratul maut, baginda masih menyebut “Ummati, ummati, ummati (umatku, umatku, umatku)”. Jika kita fikir-fikirkan pun, tak mungkin orang yang sakit akan menyebut perkara yang lain ketika sakitnya melainkan mengerang kesakitan. Akan tetapi kerana cintanya kepada umatnya, baginda masih memikirkan umatnya walaupun di penghujung usia…. Ya Allah !!!!

MEMBALAS CINTA

Sudah menjadi resam orang bercinta, cinta itu akan menjadi asyik dan amat memabukkan jika cinta itu berbalas. Begitu juga bentuk cinta ini. Baginda telah menghulurkan cintanya, maka kitalah perlu menyambutnya. Malangnya kita pada hari ini, tidak mabuk dengan cinta kepada Allah dan cinta kepada nabi tetapi mabuk dengan cinta monyet dan cinta manusia yang fana’. Kita perlu memuhasabah kembali sejarah yang telah dilalui semoga generasi akan datang tidak kering dan gersang dengan cinta kepada Rasul mereka.

Sememangnya kesilapan bermula sejak awal lagi. Ketika kita kecil, kita tidak diajar untuk mencintai baginda. Kita lebih dulu diajar A-B-C sebelum diajar mengenali nabi. Kita lebih dulu diajar 1-2-3 sebelum kita diajar mencintai nabi. Malah amat mengecewakan perkara ini tidak langsung mendapat perhatian ibu bapa. Kita boleh lihat, anak-anak kini dibesarkan dengan watak-watak animasi Pokemon, Doraemon, Superman, Power Rangers dan Mickey Mouse. Astro menjadi pendidik kanak-kanak kini menggantikan peranan ibu bapa yang sepatutnya berperanan. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Tepuk dada, tanya iman.. Islam awal-awal lagi telah mengajar bagaimana kita hendak mendidik anak-anak dengan betul. Rasulullah pernah bersabda ;

أَدِّبوا أولادَكم على ثلاثِ خِصَالٍ حبِّ نبيكم وحبِّ أهل بيته وقراءةِ القرآن فإن حملة القرآن فى ظل الله يوم القيامة يوم لا ظل إلا ظله مع أنبيائه وأصفيائه

“Didiklah anak-anak kamu dengan 3 perkara - Cinta kepada nabi, cinta kepada keluarga nabi dan membaca al-Quran kerana orang yang menjadi ahli al-Quran akan berada di bawah naungan Allah bersama para anbiya’dan para sufi ketika hari kiamat di mana pada ketika itu tiada naungan lain kecuali naungan Allah”

Oleh kerana itu, kita semua perlu memupuk cinta ini dalam diri masing-masing. Sekiranya kita ada anak-anak, ajarkanlah mereka cinta kepada nabi sebelum mereka mengenali artis ataupun ikon animasi lain. Sekiranya kita seorang guru, selalulah bercerita kepada murid-murid mengenai nabi, insyaAllah daripada menceritakan peribadi baginda, orang akan jatuh cinta kepadanya. Walaubagaimanapun, ia perlu sentiasa dihangatkan dan jangan ditinggalkan. Umpama hubungan suami dan isteri, cinta akan menjadi lebih kuat apabila ia sentiasa dihangatkan dengan pengorbanan dan persefahaman.

Kesan perasaan cinta ini, kita akan membuktikannya dengan amalan kita. Bukti kecintaan yang paling besar ialah mengamalkan sunnahnya. Bukan sekadar mengamalkan sunnah-sunnah yang kecil seperti bersiwak, memakai serban atau memakai capal seperti capal Rasulullah, akan tetapi juga mengamalkan sunnah yang lebih besar seperti menjadi pewaris anbiya’ iaitu ulama’, membina negara dan berusaha mendaulatkan Islam. Kita juga akan bangkit ketikamana baginda dihina seperti yang berlaku di Denmark sebelum ini. Begitu juga kecintaan ini akan menyebabkan kita sentiasa mengingati baginda dengan berselawat kepadanya. Selawat inilah yang akan menjadi charger cinta kita kepada nabi S.A.W.

MEMPERINGATINYA SEMPENA KEPUTERAAN BAGINDA

Menyambut keputeraan baginda merupakan satu peluang bagi kita mengingatinya. Ini bukanlah bermakna kita hanya mengingatinya pada hari kebesaran baginda dan melupakannya pada hari-hari yang lain. Kita amat berbeza dengan orang barat. Orang barat merayakan Hari Ibu kerana mereka tidak berkesempatan untuk berbuat baik kepada ibu mereka pada hari-hari yang lain. Pada Hari Ibu, mereka pulang ke rumah dan memberi hadiah kepada ibu-ibu mereka kerana tidak sempat berbuat baik pada hari-hari lain. Begitu juga dengan Valentine Day..Semuanya dari barat yang sesat dan lemas dengan kehidupan dunia mereka. Islam tidak begitu. Islam menganjurkan kita sentiasa berbuat baik kepada sesiapa sahaja termasuk ibu bapa kita pada setiap masa dan waktu, malah melarang kita derhaka kepada mereka hatta tidak boleh berkata ‘Uh’ kepada mereka.

Begitu juga apabila kita menyambut keputeraan Rasulullah (Maulidurrasul) . Bukan bermakna kita hanya mengingati baginda pada hari ini. Kita mengingati baginda mereka setiap hari dan setiap waktu solat kita apabila melafazkan selawat kepada baginda pada waktu tahiyyat. Pada hari maulid ini, kita hanya meningkatkan lagi rasa kasih dan sayang kita kepadanya lebih daripada hari-hari yang lain. Moga-moga dengan mengingati baginda akan menguatkan lagi azam kita untuk menjadi pejuang agama dan sunnahnya.

RASULULLAH DI HATI KITA

Sebenarnya amat bertuah kita menjadi umat nabi Muhammad. Tidakkah kita ingat bahawa para rasul yang lain ingin benar menjadi umat Muhammad kerana banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah. Namun itulah takdir, hanya insan yang terpilih menjadi umat utusan akhir ini.

Kita telah mengetahui pengorbanan Rasulullah dan juga betapa tingginya cinta baginda kepada kita. Baginda telah meletakkan kita sebagai umatnya di tempat yang tinggi di dalam hatinya. Setelah mengetahui ini semua, kita perlu persoalkan kepada diri kita sendiri, siapa pula Rasulullah di hati kita sekarang? Adakah kita telah meletakkan nilai cinta kita ini lebih tinggi daripada cinta kita terhadap dunia? Atau cinta kepadanya sama sahaja seperti kasih kita kepada orang-orang lain di atas muka bumi ini? Atau lebih teruk lagi, kita tidak langsung berasa cintakan Rasulullah. Tatkala orang menghina Rasulullah, kita hanya melihat dari jauh tanpa bangkit. Tatkala orang memijak-mijak sunnah Rasulullah dengan mengambil sumber panduan lain daripada al-Quran dan sunnah, kita tidak bersuara dan kadang-kadang tu menyokong pula.

Wahai sahabat-sahabat, apakah nasib kita di akhirat nanti tanpa cinta ini? Dengan siapa kita mahu mohon syafaat selain daripada Rasulullah? Layakkah kita mendapat syafaat baginda di akhirat tanpa cinta suci ini? Apakah kesudahan kita semua di akhirat? Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk menjadi umat Muhammad yang cinta kepadanya….

http://ilmuanmuda. wordpress. com

Ciri-Ciri Pasangan Sejati

Oleh : Lutfi
Email : abi umar

Tips Dalam Berpasangan. ......... .

1. Beriman

Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan ˜minder" dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan di masa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahawa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahawa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hubungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi

Ini adalah kebalikan dari tip di atas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda

Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi

Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya

Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka .

9. Komunikasi

Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyedari bahawa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda

Cukup jelas ¦
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yang tersimpan, tetapi fakta bahawa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda mahupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

http://lutfimj2006. blogspot. com/

Muslimat cenderung kahwin awal?

Oleh : Safa Atma

Artikel ini adalah respon bagi menjawab persoalan yang pernah ditimbulkan oleh sesetengah pihak, mengapa perlu kahwin awal?. Saya rasa terpanggil untuk memberi respond tentang perkara tersebut. Tetapi saya lebih menyentuh kepada persoalan mengapa muslimat mahu kahwin awal.

Ada pihak yang membuat bermacam-macam andaian mengapa perkara tersebut boleh berlaku dan adakah ianya disebabkan oleh budaya di satu-satu tempat atau sebaliknya. Di sini saya ingin berkongsi sedikit fikrah bagi menjelaskan keadaan tersebut.

Seperti yang kita semua maklumi bahawa disyariatkan pernikahan itu adalah untuk menjaga kemaslahatan umat dan banyak perkara kebaikan lagi yang telah ditetapkan di dalam syariat. Jika ingin diceritakan kesemuanya sudah tentu ianya melalui perbahasan yang panjang. Jadi untuk meringkaskan topic ini saya akan nyatakan beberapa alasan dan pandangan yang boleh kita kongsikan bersama.

Kita biasa mendengar persoalan yang timbul, mengapa muslimat atau siswi yang belajar agama terutama di asia barat lebih cenderung untuk kahwin awal dan melimitkan tempoh akhir usia ‘bujang’ kepada 25 tahun. Sudah tentu ianya menjadi tanda Tanya bagi sesetengah pihak. Maka timbullah bermacam-macam jenis andaian. Ada yang mengatakan bahawa takut dilabelkan ‘AN-DAR-TU’ dan banyak lagi istilah-istilah yang timbul.

Kebiasaan tersebut kadang-kala boleh menimbulkan suasana dan budaya yang tidak berapa menyenangkan. Namun sebenarnya bagi muslimat itu sendiri mempunyai sebab dan alasan. Walaupun tidak semua yang berfikiran sedemikian tetapi saya berharap agar muslimat yang sudah berumahtangga dan yang masih bujang dapat memikirkan apa yang akan saya nyatakan ini. Jika pendapat ini salah dan bertentangan maka tegurlah.

Sebenarnya faktor kahwin awal dan melimitkan usia tertentu adalah kerana muslimat itu mempunyai perancangan dalam kehidupan dan berfikiran jauh. Selaku umat Islam kita mesti mempunyai perancangan jangka panjang dalam kehidupan. Perancangan yang dimaksudkan adalah bagaimana meneruskan kehidupan selaku seorang muslimat. Bagi seorang muslimat yang mempunyai kefahaman agama yang mendalam sudah tentu faham akan apa yang perlu dilakukan.

Factor tersebut dilihat daripada banyak aspek antaranya aspek kesihatan, umur, kewangan dan sebagainya. Saya lebih menjurus kepada antara salah satu tujuan perkahwinan adalah meramaikan umat Islam kerana Rasulullah sukakan umatnya yang mengikut sunnah Baginda seterusnya menjaga kelangsungan agama Islam itu sendiri.

Jika dilihat dari factor kesihatan tempoh kehamilan wanita adalah sehingga usia 40 tahun kerana selepas dari usia tersebut akan menimbulkan bermacam-macam risiko kepada wanita tersebut. Jadi cuba anda fikirkan jika seseorang muslimat itu telah memilih tempoh akhir untuk berkahwin ketika usia 25 tahun, maka berapa kalikah kehamilan dan kelahiran yang boleh dirancang?? Dari kaedah penyusuan pula tempoh paling baik adalah dengan tempoh 2 tahun ke bawah. Bukan pendapat dari doctor perubatan sahaja.

Tetapi konsep itu juga ada di dalam agama Islam. Salah satu hikmah dari penyusuan bayi kepada 2 tahun itu adalah boleh menjarakkan kelahiran kepada 2 tahun. Dan jarak tersebut boleh memberi kerehatan fizikal dan mental bagi wanita tersebut. Maka cuba anda kira berapa ramai anakkah yang boleh dilahirkan oleh wanita tersebut jika dia berkahwin dalam usia 25 tahun dan mendapat anak pada usia 26 tahun kemudian mengehadkan kehamilan ketika berusia 40 tahun?

Jawapannya adalah 8 orang. Jumlah tersebut adalah mengikut cara yang telah dinyatakan di atas. Jika tidak percaya cubalah hitungkan semula. Itulah antara faktor-faktornya. Jadi bagi merancang kehidupan dan memikirkan kelangsungan agama Islam itu sendiri saya membawa anda semua untuk memikirkan perkara tersebut. Sebenarnya semua yang dilakukan itu perlu kembali kepada niat seseorang. Jika niat kita IKHLAS untuk meraih keredhaan ALLAH maka segala amalan menjadi ibadah malahan mendapat ganjaran di sisinya. Teruskan hidup dan perjuangan demi Islam!

Jiwa Islam Shamsiah Fakeh

Fahri Abdullah al-Masri
Email : abi umar

Salah satu andaian, telahan peribadi saya yang masih tidak dapat dibuktikan sehingga kini ialah.. "British membuat propaganda dalam bentuk agama ke atas pemikiran Melayu supaya dengan itu, Melayu tidak akan menyebelahi dan atau masuk komunis."

Tapi, seperti mana yang saya sebutkan tadi, tak dapat dibuktikan sama ada wujudnya dokumen, catatan dan kenyataan akhbar dalam bentuk propaganda British yang mengolah cara berfikir Melayu sehingga memandang serong ke arah komunis.

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, saya tidak fikir bahawa cara berfikir itu terbitnya dari kalangan Melayu sendiri. Ini kerana, kita tahu British ingin memusnahkan komunis sejak zaman penaklukannya ke atas Malaya selepas Jepun kalah.

British jugalah yang memberikan senjata secara rahsia kepada MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) untuk melawan tentera Jepun. MPAJA kemudiannya bertukar nama kepada Bintang Tiga atau komunis selepas British kembali menjajah Malaya.

Selepas kejatuhan Singapura, MPAJA dan British in Asia Tenggara putus hubungan. British mahu pulihkan semula perhubungan itu dengan mendaratkan agen tenteranya di Malaya. Kumpulan pertama, Kolonel John Davis bersama lima agen Cina, mendarat di Perak pada Mei 1943. Demikian menurut satu catatan.

Kumpulan kedua tiba pada September 1943. Agen-agen inilah yang kemudian terkenal dengan nama "Force 136". Pada Januari 1944, pimpinan MPAJA tiba di kem Force 136 dan mengikuti perbincangan bersama para pegawai Force 136.

"It was agreed that in return for arms, money, training, and supplies the MPAJA would cooperate and accept the British Army's orders during the war with Japan.." [Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya, 1983, Singapore.]

Maka, dengan tiba-tiba, British menyerang MPAJA (Bintang Tiga, Komunis) kembali. Di sini British tentulah bermusuhan dengan puak-puak dari gunung dan hutan ini. Dan kaum Melayu pun diminta agar tidak lagi mendekati komunis.

Walhal, dahulunya Britishlah yang menyalurkan latihan ketenteraan kepada MPAJA Cina untuk menentang Jepun. MPAJA akhirnya berubah nama, Bintang Tiga atau komunis dan diperangi semula oleh British. Pada saat inilah, propaganda ke atas Melayu bermula!

Propaganda British

Sejak dahulu, British tahu bahawa sentimen agama Islam dan adat resam Melayu adalah suatu hal yang bersifat sakral, suci dan kedua-duanya tak boleh disentuh sama sekali. Di sini, mustahil propaganda bahawa Melayu tidak masuk komunis datang daripada Melayu sendiri. Ada juga orang Melayu yang terkenal kuat agamanya telah masuk komunis.

British dalam rupa tentera berbeza daripada segi pendekatan British saudagar. Tapi dalam hal slogan dan seruan, mereka tetap ada persamaan. Jika pada masa British saudagar, hal slogan ini berbunyi, Residen British menasihati raja-raja kecuali dalam hal Islam dan adat istiadat Melayu sahaja yang tidak akan disentuh.

British dalam rupa paras tentera, menjelang kemerdekaan menyeru seruan yang bersifat keagamaan juga. Bahawa Melayu jangan menyokong komunis kerana faham mereka itu tiada bertuhan. Komunis adalah atheis. Dengan kepungan fikiran rakyat ini, British cuba menakluk hati, jiwa dan perasaan Melayu.

Salah seorang pimpinan komunis yang terkenal kuat agama ini bernama Shamsiah Fakeh. Beliau yang asalnya dari Awas (Angkatan Wanita Sedar), sebuah sayap Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) akhirnya terpaksa berpindah kepada perjuangan di hutan.

Membaca memoir Shamsiah Fakeh menyebabkan akal kita terpaksa bekerja keras semula untuk berfikir, kenapa insan yang tebal keinginannya untuk belajar agama ini mengambil keputusan memasuki PKM ketika propaganda bahawa PKM itu faham tiada bertuhan itu sedang giat dijalankan.

Hanya ada satu jawapan. Ini semua adalah propaganda British supaya keanggotaan PKM itu semakin berkurangan dan pengaruhnya makin merosot. Mustahil Melayu atau kaum-kaum lain melancarkan propaganda ini.

Mereka tiada kepentingan apa-apa melainkan mahu menjalani kehidupan sebagai biasa, mencari nafkah untuk hidup dengan bebasnya dalam negara ini.

Ada beberapa perenggan yang menarik untuk diteliti mengenai kuatnya hubungan gadis bernama Shamsiah ini terhadap agamanya sendiri.

Aku berasal dari keluarga miskin. Sejak kecil lagi aku ingin belajar ilmu pengetahuan sebanyak-banyaknya. Aku terdidik dalam masa panjang dengan pelajaran agama. Cita-citaku hendak belajar lebih tinggi tidak tercapai kerana pelbagai sebab. Yang terutamanya ialah kerana miskin. Pelajaranku terputus di tengah jalan kerana aku telah berkahwin.

Rupa-rupanya, aku masih berpeluang melanjutkan pelajaran agamaku. Pada 1939, sebuah sekolah agama telah dibuka di Pelangai iaitu di daerah kediamanku di Kuala Pilah. Sekolah itu ialah Madrasah Aliyah Islamiyah. Nama Inggerisnya iaah Islamic High School. Sekembalinya aku dari Sumatera, aku terus melanjutkan pelajaranku di sekolah ini. Minat Shamsiah ke atas pelajaran agama terserlah melalui cara melontarkan pendapatnya terhadap corak pembelajaran di sekolah ini lewat memoirnya.

Lebai Maadah telah memperkenalkan cara baru dalam pengajarannya. Pengajian utama di sekolah ini ialah al-Quran dan hadis. Pengajian dimulakan dengan penterjemahan al-Quran secara perkataan demi perkataan iaitu secara harfiah. Para penuntut di sekolah ini termasuk aku sendiri sudah boleh menterjemah 30 juz al-Quran dalam masa satu tahun lebih. Seterusnya dalam masa tak sampaiu dua tahun, mereka mampu mentafsir 30 juz al-Quran itu. Bagaimanapun aku hanya dapat belajar selama setahun lebih saja di sekolah ini kerana aku berkahwin.

Ini bererti, Shamsiah sudah mengenal kaedah-kaedah pelajaran agama yang dianggapnya berbeza dengan sistem pendidikan yang lain. Beliau sudah boleh membuat perbandingan. Keupayaan Shamsiah menterjemah hingga 30 juz al-Quran membuktikan bahawa beliau bukan calang-calang orangnya.

Ini kerana, seseorang yang mampu memahami, manfsirkan dan menterjemah satu persatu istilah dan ungkapan dalam al-Quran itu, tentulah benar-benar mahir dalam menguasai selok-belok dan simpang-siur laluan pengetahuan agama.

Perkahwinan bukan penghalang belajar agama
Kiblat kesetiaannya ke atas pelajaran agama kekal tidak berubah. Apabila Shamsiah telah bernikah, antara syarat tuntutannya ke atas suami ialah beliau ingin diberi peluang belajar agama. Hal itu dipersetujui oleh suaminya.

Rusdi bersertuju untuk memenuhi syarat itu. Aku dan Rusdi serta seroang kawan Rusdi bernama Abdul Ghani iaitu seorang tukang jahit telah berpindah ke Bagan Serai. Setelah masalah untuk mendapatkan rumah selesai, aku pun mulai belajar agama di sekolah agama di Masjid Tinggi, Bagan Serai selama sebulan saja.

Sebetulnya, ada banyak lagi contoh-contoh perbandingan yang boleh dikembarkan di sini tapi biarlah kita rumuskan satu hal saja. Bahawa perjuangan Islam ini boleh masuk dalam lapangan apa sahaja. Baik komunis sekali pun.

Menurut Shamsiah Fakeh, komunis pada asalnya adalah sebuah parti yang sah dan bukan suatu yang pelik jika kita menganggotainya pada saat itu. PKM asalnya bukan perjuangan mengangkat senjata di hutan. Keadaan telah menyebabkan mereka berubah watak.

Umno mengubah slogan Hidup Melayu kepada Merdeka pun disebabkan aktivis PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), sebuah pertubuhan Melayu Kiri telah masuk dalam Umno. Timbul persoalan, apakah ini terjadi kerana PKMM diharamkan sekitar 1948?

Apa pun.. perjuangan agama itu boleh wujud dalam mana-mana pertubuhan, parti politik, dan mana-mana wadah pun termasuk Umno. Bezanya, sejauh manakah seseorang itu boleh menegakkan kebenaran keyakinan hidup beragama dalam parti yang dianggotai itu?

Katakanlah Umno, sejauhmanakah mereka dapat bersuara menterjemahkan hukum hudud dalam negara? Bagaimana ahli-ahli Umno mahu membanteras amalan khurafat dalam hal permainan kuda kepang yang terkenal di Johor? Amalan itu berleluasa sehingga pemain-pemainnya dirasuk semangat jahat, jin dan syaitan ketika permainan itu berlangsung.

Dan, banyak lagi hal yang kita harus segera bermuhasabah sebelum terlambat. Shamsiah Fakeh telah meninggalkan sebuah memoir. Dan di sana kita dapat menghukumnya sendiri samada beliau seorang yang taat beragama atau tidak.

Kepentingan Fasih Inggeris

Oleh : jerung
Email dari : abi uma

"Adakah dengan fasih berbahasa inggeris kita akan maju. Adakah bahasa inggeris adalah bahasa ilmu. Adakah kita akan menjadi senang dengan fasih berbahasa inggeris? Persoalan ini perlu dijawab dengan melihat negara-negara yang maju seperti Jepun, Korea dan juga negara yang berjiran dengan negara yang menggunakan bahasa inggeris ini iaitu Europe. Ni nak cerita pasal pengalaman jalan-jalanlah. Bukan cerita rekaan, tapi benar-benar terjadi.

Aku ni kira fasih berbahasa inggerislah, pergi ke Spain, di airport kastam tanya dalam bahasa Spanish, aku jawab balik dengan bahasa isyarat, sebab, aku fasih bahasa inggeris, bahasa ilmulah katakan. Aku ke Jerman, nak beli tiket train di Jerman, dah pulak kena cakap bahasa jerman, tak tahu, bahasa isyaratlah lagi, sebab aku fasih inggeris. Jalan-jalan di Italy, sesat, tanya orang disana, lagi...... guna bahasa isyarat. Aku pergi conference di Gran Canaria, nak shoppinglah katakan, aku kena guna bahasa isyarat lagi. Lepas tu nak pergi melawat tempat-tempat menarik, ada satu booth tempat pelancung, aduh.... kat situ pun aku kena guna bahasa isyrat.

Berkata-kata aku dalam hati, bahasa isyarat yang paling penting buat aku yang fasih berbahasa inggeris. "

Kufur Nikmat.

Sejak kita mengenal dunia ini tersangat banyak nikmat yang telah Allah anugerahkan. Namun hanya sedikit yang bersyukur kepada Allah SWT. Alangkah mulianya kalau kita terhindar dari golongan kufur nikmat.

Sedikitnya hambaNya yang bersyukur dijelaskan oleh Allah SWT dalam ayat berikut:

وَلَقَدْ مَكَّنَّاكُمْ فِي الأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ قَلِيلاً مَّا تَشْكُرُونَ

Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.(Al-A'raaf: 10)

Sedangkan banyaknya nikmat yang kita kecapai kurniaan dari Allah sehingga tidak terhitung :

وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni`mat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (ni`mat Allah).(Ibrahim : 34)

Tanda-tanda orang yang tidak mensyukuri nikmat dan kufur nikmat, menurut Imam al-Ghazali, tidak cukup dilihat dari keengganannya mengucapkan "Alhamdulillah" . Tetapi juga kerana menggunakan kenikmatan pada jalan yang tidak diridhai Allah. Kenikmatan fikiran yang sihat, contohnya, banyak digunakan oleh orang yang kufur nikmat untuk memikirkan hal-hal yang tidak diridhai Allah.

Sikap yang demikian jauh dari kehendak Allah, kerana fikiran yang sihat dan cergas yang dikurniakan oleh Allah sepatutunya digunakan untuk mengingati Allah dan membantu kita dalam melakukan ibadah dan amal soleh. Jauh sekali digunakan untuk menghalang kerja-kerja Islam dan untuk menghancurkan Islam.

Betapalah malangnya jika dilihat perbezaan yang amat ketara antara dia bersyukur yang tersangat sedikit berbanding nikmat Allah yang bertimbun-timbun. Kembalilah kepada jalan yang benar dengan mensyukuri nikmat Allah, mohon lah dari Allah supaya kita terhindar dari golongan yang kufur nikmat.




Hati Yang Mati

Jangan mati sebelum mati tetapi jadi lah orang yang sentiasa hidup disisi Allah SWT. Sabda Rasulullah s.a.w "Perumpamaan orang yang ingat akan Allah dengan orang yang tidak ingat akan Allah seperti hidup dan mati?"(HR. Bukhari dan Muslim).

Mati mustahil boleh terjadi dua kali pada insan selama hidup di dunia ini. Namun ada sebahagian manusia yang mati hatinya sebelum jasad berpisah dengan nyawa. Sebagai dikatakan dalam hadits di atas, hati menjadi mati karena tidak mengingat Allah. Orang yang lupakan Allah diibarat tanaman yang kekeringan tanpa disirami. Keringnya tanaman tanpa air begitulah keringnya jasad tanpa ingat kepada Allah. Demikianlah betapa ramai yang mati sebelum mati apabila dia lupakan Allah.

Hati yang mati dapat dikenali. Sandaran hati yang mati selalu pada harta benda. Sehingga ia akan mudah kecewa dan berputus asa ketika harapannya untuk mendapatkan sesuatu tidak berhasil sepenuhnya atau memperolihi separuh apalagi gagal mandapatkannya. Sedangkan hati yang hidup akan selalu mengingat bahwa Allah pernah berfirman tentang akan diujinya manusia dengan berbagai kekurangan harta benda. Lalu kesabaran menjadi sandaran hidup bagi insan yang hidup hatinya . Tujuannya, untuk menguji sejauhmana kekuatan iman seseorang. Namun hati yang mati jauh dari ayat ayat Allah, sandaran hati yang mati cuma pada dunia semata-mata. Mereka sangat jauh dari ayat-ayat Allah.

Hati yang mati tidak meninggalkan bau tetapi empunya diri sangat beruntung jika dapat menyedari hatinya telah mati. Sebab, masih ada kesempatan untuk menghidup kembali. Menghidupkan hati yang mati memerlukan kesabaran dan ketekunan kita dalam menyiraminya setiap waktu. Allah berjanji akan membantu hambanya kerana Allah berjanji akan menerima taubat setiap hambaNya, meskipun dosa dosanya sudah memenuhi langit dan bumi.

Maha Suci Allah dengan segala Kebesarannya, hidupkan hati-hati kami untuk terus mendekatiMu. Jadikan hati-hati kami terus subur dengan siraman Hidayah Mu.

Malang ahli Umno berketua Hishammuddin

ISU PPSMI masih belum berakhir biarpun memorandum bantahan berjaya diserahkan wakil Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) 7 Mac lalu sambil diiringi lebih 100,000 rakyat yang menolak dasar pelik tersebut. Namun begitu, Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishammuddin Hussein tetap mempertahankan dasar tersebut biarpun ditolak rakyat. Malah Perdana Menteri juga mahu ia diselesaikan segera

Bagi Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, kedegilan Hishammuddin itu melambangkan beliau tidak layak untuk dijadikan pemimpin orang Melayu, termasuk oleh Umno. Dalam temu bual bersama Harakah, ahli Parlimen Bachok itu menjelaskan kenapa Hishmamuddin tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin orang Melayu. Selain itu, beliau menjelaskan tentang isu Kerajaan Perpaduan (Unity Goverment), pelawaan bekerjasama yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri, peralihan kuasa antara Perdana Menteri dan timbalannya dan juga persiapan menghadapi pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Ikuti temuramah wartawan Harakah, IRWAN MUHAMMAD ZAIN bersama Ustaz Nasharuddin yang diadakan di lobi Parlimen pada 12 Mac lalu.

HARAKAH: Baru-baru ini ketika membentangkan bajet mini, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mempelawa parti pembangkang untuk mengadakan kerjasama dalam menangani masalah kemelestan ekonomi yang sedang melanda.

USTAZ NASHARUDDIN: Hal yang berkaitan dengan kerjasama ini bukanlah perkara yang tak pernah kita lakukan. Kita mempunyai pengalaman dalam beberapa isu mengenai. Yang terbesar baru-baru ini adalah isu Palestin. Sikap kita jelas, sekiranya isu untuk kepentingan bersama, lebih-lebih lagi untuk kepentingan negara dan rakyat, PAS tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa saja. Malah ia telah dilontar oleh Dato' Seri Presiden PAS dalam beberapa siri kenyataan beliau mengenai Kerajaan Perpaduan (Unity Goverment) dan seumpamanya. Dan rakyat boleh menilai kejujuran PAS dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Kita merasakan jalan terbaik untuk kita menghadapinya adalah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti yang berada dalam Dewan Rakyat.

Apa pula pendirian PAS dalam soal ini?

Kita acap kali menggunakan kalimat 'suasana yang kondusif'. Dalam soal berkaitan mewujudkan perpaduan, BN perlu mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan apa yang nak kita buat ini terlaksana. Mereka perlu bersikap terbuka dan tidak melampau sangat menekan kita dengan pelbagai peraturan, perundangan dan sebagainya bagi membolehkan hal ini dapat kita selesaikan bersama.

Mengenai kerajaan Perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS itu, boleh Ustaz perincikan hasrat beliau?

Apa yang dapat saya fahami, ia merupakan satu cara untuk kita menyelesaikan kemelut negara sekarang, iaitu kemelut ekonomi, kemelut politik dan kemelut sosial. Kita rasa fahaman politik pertembungan antara pembangkang dan kerajaan tidak perlu dipanjangkan. Kita berpolitik sepertimana seperti yang saya selalu takrifkan daripada seorang alim yang menyebut siasah merupakan perbuatan yang kerana niat itu menjadikan manusia dekat kepada kebaikan. Jadi kita melibatkan diri dalam politik kerana mahu mengajak manusia dekat dengan kebaikan. Tiada siapa dapat menafikan kita kini menghadapi pelbagai kemelut. Salah satu penyelesaiannya ialah dengan cara kita mendekatkan parti-parti politik di Malaysia ini dan kita bangunkan bersama, dan selesaikan isu ekonomi, isu politik, isu sosial dan isu-isu lain. Kedua-dua belah pihak mempunyai pengalaman dan keupayaan untuk mengangkat Malaysia berdepan cabaran semasa.

Apakah Ustaz merasakan pemimpin BN akan bersetuju atau menerima cadangan ini?

Saya membaca apa yang dilontarkan Timbalan Perdana Menteri dalam perbentangan mini bajet baru-baru ini sebagai respons terhadap apa yang dicadangkan Dato' Seri Presiden kita. Jadi saya juga telah berbincang secara tidak formal dengan rakan-rakan ahli Parlimen baik dalam Pakatan Rakyat dan juga BN. Kita melihat ini satu cadangan atau model di Malaysia untuk kita selesaikan masalah yang dihadapi.

Boleh Ustaz jelaskan bagaimana timbulnya idea kerajaan perpaduan ini?

Ini inisiatif dan cadangan Dato' Seri Presiden. Saya menjangkakan inilah pandangan Siasah Syariah daripada Presiden sebagai penyelesaian kepada permasalahan semasa. Apa yang kita harapkan, ia bukanlah satu penyelesaian ad-hoc untuk menyelesaikan masalah dalam tempoh jangka pendek. Ia boleh dijadikan satu model berpanjangan sehingga negara kita dapat mendepani cabaran semasa dengan lebih baik daripada negara lain.

Apakah sudah ada perbincangan diadakan bagi kedua-dua pihak?

Belum ada perbincangan secara rasmi antara kedua-dua belah pihak. Kalau ada pun ia sekadar perbincangan di lobi Parlimen saja sesama ahli Parlimen atau ahli-ahli politik. Kita tengoklah perkembangannya dalam tempoh mendatang.

Reaksi pemimpin Pakatan Rakyat yang lain bagaimana?

Belum ada sebarang kenyataan terbuka dari pimpinan Pakatan Rakyat yang menentang cadangan Dato' Seri Presiden ini.

Jika ia dipersetujui, apakah PAS akan mengetuai perbincangan dengan BN atau semua pimpinan Pakatan Rakyat akan bersama berbincang?

Isu sekarang adalah kesediaan dahulu. Kesediaan untuk mengadakan perbincangan terlebih dahulu, barulah kita tengok dari segi yang lebih mendalam.

Beralih isu PPSMI. Sehari selepas perarakan aman Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) 7 Mac lalu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesa agar isu ini segera diselesaikan kerana ia mendapat bantahan meluas rakyat. Malangnya, Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishamuddin Hussein dengan angkuhnya menolak cadangan Perdana Menteri itu.

Komen saya mudah. Beliau bersifat keras kepala kerana beliaulah yang menerima tamparan paling hebat menghadapi penentangan rakyat khususnya ketika perarakan aman 7 Mac lalu. Perarakan itu mendapat sambutan hebat rakyat. Jadi beliau merasakan tempias dan tamparan, sebab itu beliau masih berkeras untuk meneruskan dasar tersebut. Bagi PAS, kita tegaskan bahawa kita bukan anti bahasa Inggeris. Yang kita tentang adalah dasar PPSMI. Sepatutnya untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris adalah dengan mengajar mata pelajaran seperti kesusasteraan Inggeris dan bahasa Inggeris untuk komunikasi, bukan dalam Sains dan Matematik. Tidak betul bila dikatakan kita menentang atau anti bahasa Inggeris. Dalam isu PPSMI ini kita akan terus menentang dan menerangkan kepada rakyat apa yang kita tentang dan apa yang sepatutnya dilakukan sehingga dasar ini dimansuhkan.

Apakah sebab Hishamuddin terus berdegil untuk meneruskan dasar PPSMI?

Saya tidak tahu masalah peribadi beliau tapi dalam soal ini beliau cuba menjadi hero untuk mempertahankan dan untuk mendapatkan undi perwakilan Umno dalam menghadapi pemilihan parti itu. Dengan sikap kerasnya itu beliau memberikan signal bahawa semangat Melayunya tidak setebal mana kerana masih berbangga dengan bahasa asing. Hishammuddin cuba membina imej sebagai seorang pemimpin orang Melayu. Beliau dalam beberapa perhimpunan Umno sering mengangkat keris untuk menunjukkan beliau membela Melayu tapi dalam soal bahasa beliau menentangnya apabila pejuang bahasa berusaha memartabatkan bahasa ibunda. Keris yang dijulang itu melambangkan Melayu tapi lambang Melayu yang sebenarnya terletak pada bahasa kerana pepatah juga ada menyebut "bahasa jiwa bangsa". Bangsa Melayu sekarang sudah hilang jiwanya kerana bahasanya sudah dipermainkan pemimpin Melayu itu sendiri.

Perlukah ahli-ahli Umno dan orang Melayu menerima pemimpin seperti Hishammuddin yang dianggap pengkhianat bahasa itu?

Teramat malang bagi ahli Umno dan orang Melayu memiliki seorang pemimpin yang jiwa bangsanya dan jiwa agamanya tidak dapat dizahirkan untuk membela bahasa, bangsa dan agama sendiri. Kalau beliau berbangga dengan bahasa orang lain sudah tentulah bahasa ibunda bagi beliau tidak penting. Kalau beliau berbangga dengan budaya orang lain sudah tentu bagi beliau budaya bangsa sendiri itu tidak penting. Jadi tidak ada harapan yang boleh diberikan kepada seorang pemimpin yang sedemikian sifatnya. Dalam konteks Umno pula, teramat malang bagi ahli-ahli dan parti itu sendiri jika memberi peluang kepada pemimpin seperti ini untuk memegang jawatan tinggi dalam parti mereka.

Kita beralih pula kepada soal pertemuan antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Hulu Langat baru-baru ini. Apa komen Ustaz dan apa yang Ustaz tahu mengenai pertemuan tersebut?

Saya tidak tahu apa yang dibincangkan dan apakah program itu dirancangkan atau secara kebetulan sahaja. Yang saya dimaklumkan majlis itu merupakan sambutan Maulidur Rasul. Itu saja maklumat yang saya dapat.

Pendirian Ustaz jika benar terdapat perbincangan antara Anwar dan Abdullah?

Bagi saya, perbincangan kalau memberi manafaat kepada negara dan rakyat, tidak ada salahnya. Sebab itulah saya mengambil sikap bahawa perbincangan adalah sesuatu yang patut digalakkan. Berbincang dengan sesiapa saja, kalau ia boleh mendatang kebaikan agama, bangsa dan negara, maka ia patut dihormati. Kita tidak sewajarnya memiliki sifat dan sikap untuk tidak mahu mengadakan dialog atau perbincangan dengan musuh-musuh kita hanya kerana kita bermusuh dalam politik. Hanya kerana kita bermusuh dari segi pendekatan politik maka kita tutup ruang untuk perbincangan, bagi saya, itu tidak betul.

Bila kita bercakap tentang Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak dapat tidak akan ada cerita atau spekulasi mengatakan beliau mungkin tidak akan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agung Umno nanti.

Macam-macam teori yang berkisar di bawah. Pelbagai teori dan bermacam cerita boleh kita dengar. Banyak khabar angin dan banyak spekulasi dan andaian oleh pelbagai pihak boleh kita dengar. Bagi saya mudah saja. Bukan orang itu sebenarnya boleh merubah keadaan, tak kiralah sama ada A, B atau C. Selagi mana dasar sesuatu organisasi itu tidak berubah, kalau hanya orang saja yang berubah, ia tak ke mana. Yang penting, bagi saya, dasar sesuatu organisasi itu perlu dilihat semula dan dinilai untuk menjamin negara kita bebas daripada ancaman yang tidak baik. Kita dengar sekarang isu politik wang masih berleluasa. Calon-calon yang bertanding jawatan di peringkat tertinggi masih mengamalkan politik wang. Saya difahamkan oleh ahli-ahli Umno itu sendiri mengatakan ada antara calon-calon itu dari segi kelayakannya dipertikaikan tapi kerana poketnya tebal, kerana tangannya panjang untuk memberikan 'sumbangan', sudah tentulah ia mampu mencapai kemenangan. Ini yang dikatakan 'money talk', wang itu yang berbicara.

Selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, Ustaz Abdul Hadi Awang mencadangkan agar Abdullah Ahmad Badawi mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Pada Ustaz, kenapa Presiden PAS membuat cadangan tersebut?

Merujuk apa yang disebut Dato' Seri Presiden bahawa beliau melihat masih banyak perkara yang telah dimulakan dan sedang dilakukan Abdullah Ahmad Badawi perlu dilanjutkan tempohnya. Jadi dalam konteks itu, isu-isu yang masih belum selesai dilaksanakan Perdana Menteri maka cadangan Dato' Seri Presiden PAS supaya beliau melanjutkan tempoh sebagai Perdana Menteri. Andaian saya ialah sebab utamanya kerana banyak perkara-perkara positif yang dibuat, yang perlu dipanjangkan seperti isu menangani rasuah dan ketelusan dan kerana itu timbul cadangan tersebut daripada Dato' Seri Presiden.

Abdullah Ahmad Badawi dilihat lebih bersifat terbuka terhadap pembangkang, dan bila berlakunya peralihan kuasa antara beliau dan Dato' Seri Najib Tun Razak, apakah Ustaz harap keterbukaan itu akan diteruskan?

Harapan saya, siapa pun akan jadi Perdana Menteri selepas ini, sama ada Abdullah kekal atau tidak, yang paling penting adalah satu suasana yang kondusif, satu suasana yang terbuka perlu diwujudkan dalam kita tangani cabaran politik semasa. Kita tidak harus terus menerus dilihat sebagai musuh politik yang tidak boleh diberikan ruang untuk berperanan. Kita harus dilihat sebagai penyumbang juga dalam kestabilan politik, ekonomi dan sosial walaupun kita berada di pihak pembangkang.

Merujuk pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan juga Batang Ai, sejauh mana persiapan telah dilakukan?

Saya sudah ke Bukit Gantang beberapa kali dan melancarkan jentera di peringkat MTD. Selaku pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kecil Bukit Gantang, saya menerima laporan khasnya daripada pengarah operasi, Asmuni Awi. Persiapan operasi telahpun berjalan. Begitu juga kumpulan penyokong daripada seluruh negeri mula turun ke Bukit Gantang. Persiapan sudah berjalan sama ada di Bukit Gantang atau Bukit Selambau dan Batang Ai.

Bagaimana harapan PAS di Bukit Gantang?

Peluang dan harapan di Bukit Gantang, insya-Allah tinggi. Ada beberapa faktor saya berkeyakinan begitu. Apa yang berlaku di Perak masih mendapat simpati rakyat dan faktor sumbangan yang ditinggalkan Allahyarham Roslan Shahrom juga merupakan faktor yang boleh memberikan kita kemenangan. Sumbangan dan kerja yang dijalankan Allahyarham selama lapan bulan tidak boleh dinafikan dan amat disanjungi penduduk Bukit Gantang. Faktor ini memberikan harapan untuk calon Pakatan Rakyat yang diwakili PAS untuk mencapai kemenangan.

Pesanan Ustaz kepada petugas parti dan pengundi di ketiga-tiga kawasan tersebut?

Saya berharap agar petugas parti pada semua pilihan raya kecil ini, baik di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan juga Batang Ai, agar bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat. Untuk pengundi pula saya berharap mereka terus mengekalkan kemenangan dan rekod pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-12 yang diperolehi Pakatan Rakyat agar kita dapat membawakan suara rakyat ke Parlimen dan juga Dewan Negeri.Harakahdaily.

Pas tetap umum nama calon 26 Mac

TAIPING: PAS hanya akan mengumumkan calonnya 26 Mac ini walaupun Barisan Nasional (BN) telah menamakan calonnya untuk pilihan raya kecil Bukit Gantang semalam.

PAS Perak akan bermesyuarat malam ini untuk mempertimbangkan empat nama yang sudah ditapis.

Ibu Pejabat PAS pula akan memutuskan bakal calonnya 23 Mac.

Empat nama itu akan dihalusi malam ini selepas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi menolak namanya daripada dicalonkan.

Sambil menolak andaian bahawa langkah awal Umno dan BN semalam memberi tekanan kepada PAS dalam soal memilih calonnya, Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata, pihaknya mempunyai beberapa sebab untuk berbuat demikian.

Antaranya, kata beliau, Presiden PAS Daruk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa anggota jawatankuasa pusat berada di luar negara.

"Jadi PAS pusat akan memutuskan nama calon yang sesuai pada 23 Mac dan akan diumumkan di sini tiga hari kemudian," katanya ketika ditemui selepas majlis anjuran Kelab Penyokong PAS Bukit Gantang di sini hari ini.

Semalam BN mengumumkan Ismail Saffian iaitu bekas Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang sebagai calonnya.

Ketika ditanya sama ada pengumuman lewat akab menjejaskan peluang PAS kekalkan kerusinya, Ahmad yang juga Naib Presiden PAS berkata, pihaknya sudah membuat persiapan awal.

"Lagipun jentera sudahpun berjalan dan kini mengaturkan pelbagai aktiviti bagi hadapi pilihan raya kecil ini," katanya.Mstar.

MBI roboh plak "Pokok Demokrasi" .


DIROBOHKAN.. Plak "Pokok Demokrasi" yang diletakkan oleh kerajaan Pakatan di Perak sebagai mengingati tempat mesyuarat DUN tergempar dua minggu lalu telah dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh hari ini.


IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan 'Pokok Demokrasi' yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lepas.

Exco kudeta Perak, Mah Hang Soon berkata tindakan meroboh plak itu adalah mengikut undangundang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam.

"Saya tidak anggap kes ini sebagai satu kes yang istimewa kerana sebarang pembinaan secara haram tanpa kebenaran MBI akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undangundang," katanya mengulas mengenai tindakan pekerja MBI membersihkan kawasan berkenaan pagi ini.

Semalam, MBI mengeluarkan notis mengarahkan pemilik plak 'pokok demokrasi' yang terletak di Medan Istana di sini supaya merobohkan tugu berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Notis itu ditampal pada pokok hujan berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan dan menjadi tempat persidangan 27 Anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang yang gagal memasuki Dewan. Persidangan yang dikatakan sah itu meluluskan tiga usul termasuk pembubaran DUN.

Notis yang ditandatangani Pegawai Undangundang MBI, Syahrul Azrin Ghazali bagi pihak Datuk Bandar Ipoh menyatakan pembinaan tugu itu menyalahi Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menyebabkan halangan di tempat awam.

Dua hari berturut-turut sebelum ini, plak berkenaan telah dipecah dan disimbah cat oleh pihak yang tidak diketahui.

Sejak dibina dan penanaman lima anak pokok hujan oleh YAB. Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin minggu lepas, kawasan berkenan menjadi tumpuan ramai pelawat bukan sahaj dari negeri Perak malah seluruh negara termasuklah pelancong asing.

Plak pokok demokrasi di musnah pakai jentolak.

IPOH : Ketakutan dan kebencian melihat Plak Pokok Demokrasi yang menjadi tumpuan ramai sampai kekemuncaknya apabila ianya diceroboh untuk kali ke tiga dengan menggunakan jentolak untuk memusnahkan semua plak pokok tersebut.

Kejadian itu dilaporkan kepada kami melalui talipon.

Selain itu dilaporkan terdapat ramai wartawan dan orang ramai yang berkumpul bagi menunjukkan simpati kepada kejadian yang dianggap tidak bertamadun itu.

Bolehkah Najib pastikan kabinetnya tidak rasuah ?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihati Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memastikan barisan Kabinet yang beliau akan lantik apabila menjadi Perdana Menteri nanti terdiri daripada mereka yang bersih daripada sebarang bentuk rasuah.

Bekas Perdana Menteri berkata ketika ini ramai di kalangan rakyat yang memerhatikan senario politik negara terutama menjelang pemilihan Umno hujung bulan ini.

"Masyarakat memang tahu siapa yang terbabit dengan rasuah kerana mereka memberikan wang secara agak terbuka, dan pihak yang menerima pula bercakap bahawa mereka menerima wang itu yang bertujuan memenangi sokongan mereka.

Adakah nasihat dari TDM adalah seumpama memperli Najib sendiri yang bergelumang dengan kes Rasuah dan pelbagai skandal. Mana boleh akan ujud sebuah kabinet yang dinasihatkan oleh TDM kalau PM yang mengepalai kabinet itu adalah "bapa rasuah".

Sehingga sekarang kes rasuah membabitkan pembelian kapal selam dan
helikopter "eurocopter" masih tidak dibersihkan oleh beliau. Najib juga sering dikaitkan dengan kes Altantuya yang menjadi tanda tanya banyak pihak.

Suasana yang berlaku dalam UNO sekarang saya anggap sebagai"tsunami perebutan jawatan" yang amat dasyat dalam sejarah pemilihan UMNO. Kalau Dato Husam Musa menyebut dia ada 1000 bukti , jumlah sebenarnya tentu lebih dari itu.

Dato, Mazlan dan Dato' Kadar melaporkan 100 kes yang perlu diselesaikan sebelum pemilihan hujung bulen ini, sehingga mereka menyatakan kesedian membawanya ke Mahkamah kalau tidak dapat diselesaikan oleh Pak Lah. UMNO terdedah kepada resiko diharamkan untuk kali ke 2 ?

Demikian parahnya penyakit UMNO, dan saya sangat yakin TDM mengikuti perkembangannya dengan lebih teliti, malah mustahil dia tidak dilaporkan keadan sebenar ,atau pastinya ada yang mengadu masalah, kalaupun bukan untuk mendapat "syafaat" lagi.