01 Ogos 2013

Peniaga perabot ditemui mati ditikam

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

MELAKA: Seorang peniaga perabot dan barangan elektronik ditemui mati dengan enam kesan tikaman di kawasan semak berhampiran pantai Telok Gong di Alor Gajah, malam tadi.

Lelaki Cedera Parah Diserang Di Butterworth

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

BUTTERWORTH: Seorang lelaki cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki di hadapan Flat Kelisa di sini malam Rabu.

CEO Baru Maybank Akan Diumumkan Bulan Ini - Zeti

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, akan diumumkan bulan ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Abdul Aziz.

Kenderaan pemain hoki kebangsaan yang maut dalam kemalangan

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

REMUK... Beginilah keadaan kereta Proton Perdana yang dipandu oleh pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat yang maut selepas keretanya melanggar lori di Lebuhraya Damansara-Puchong, berhampiran Stesen LRT Kelana Jaya, 2.25 pagi Khamis. Beliau berusia 33 tahun yang berasal dari Bukit Cina, Melaka antara salah seorang pemain hoki paling lama bermain untuk negara dan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998. -fotoBERNAMA

Jurulatih anjing ditahan reman kes video 'raya'

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


  • Mahkamah Majistret Segamat memberi kebenaran kepada polis untuk menahan reman jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof selama satu hari sehingga tengahari esok.
    Maznah, 38, disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan berhubung kesalahan menjejaskan keharmonian melibatkan agama serta Seksyen 4 Akta Hasutan.

Pendedahan kenapa Morsi perlu dijatuhkan

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
(Penyokong Morsi berterawih di Medan Raba'ah. Di belakang tertera poster Morsi, Presiden Mesir yang sah yang telah diguling tentera)

MESIR: Satu rakaman video memamarkan ucapan Ketua Perisikan Israel Jeneral Afif Khufifi dimuat naik ke laman youtube mendedahkan sebab kenapa kepimpinan Islam di Mesir yang diterajui Presiden Dr Muhammad Morsi perlu "dihancurkan".

Hari itu saya sendiri yang lawan hakim

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Petisyen Dun Rungkup ditolak oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hanya kerana masalah teknikal. Setelah hakim membuat keputusan menolak dengan kos, saya sebagai pempetisyen memberanikan diri bangun untuk minta izin bercakap. 

Kuala Brang catat kos petisyen paling tingggi, RM150,000

23 Ramadhan 1434 H. [MOD]
KUALA TERENGGANU: Petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kuala Brang mencatat rekod kos petisyen paling tinggi apabila pempetisyen dikenakan kos RM150,000.

Selangor Mohon Penguasa PBT Jadi Polis Bantuan

23 Ramadhan 1434 H.

SHAH ALAM: Berikutan peningkatan kes jenayah berat melibatkan senjata api, kerajaan Selangor akan memohon daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjadikan pasukan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai polis bantuan bagi memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin.

Pemain Hoki Negara, Boon Huat Maut Kemalangan

23 Ramadhan 1434 H. [MOD]
 


Chua Boon Huat
PETALING JAYA: Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut selepas terbabit dalam kemalangan apabila kereta yang dinaikinya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Stesen LRT Kelana Jaya di sini pukul 2.25 pagi Khamis.

Maznah jurulatih anjing akan dihantar ke Segamat

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


  • Jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof akan dihantar ke ibu pejabat polis daerah Segamat pagi ini bagi melengkapkan siasatan terhadapnya kerana memuat naik video menampilkan anjing dan ucapan hari raya.

Pemandu van mati ditembak

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Ada tiga kesan tembakan pada perut, pinggang

Parit Buntar: Seorang pemandu van kilang mati ditembak ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di persimpangan Jalan Permai Utama berdekatan Taman Seri Semarak, di sini, semalam.

Lelaki AS kena 165 tahun penjara kesalahan penderaan seks di Haiti

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

MIAMI: Seorang lelaki dari Michigan dijatuhi hukuman penjara 165 tahun oleh Mahkamah Miami hari ini kerana sanggup ke Haiti dari Florida beberapa kali untuk melakukan penderaan seks kepada puluhan kanak-kanak di rumah penjagaan untuk orang miskin yang dimilikinya.


08:57:58 AM Parlimen Lembah Pantai kekal milik PKR, mahkamah tolak petisyen

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerusi Parlimen Lembah Pantai kekal menjadi milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Mahkamah Pilihan Raya, hari ini, menolak petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Petisyen bagi kawasan itu yang difailkan pengundi, Mohamad Sazali Kamilan.

Kabinet Mesir arah polis hentikan keganasan pro-Morsi

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KAHERAH: Kabinet Mesir hari ini mengarahkan polis membanteras penunjuk perasaan oleh penyokong setia Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan ketika wakil Eropah tiba di Kaherah untuk membantu mengangani krisis itu.