01 Ogos 2013

Lelaki AS kena 165 tahun penjara kesalahan penderaan seks di Haiti

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

MIAMI: Seorang lelaki dari Michigan dijatuhi hukuman penjara 165 tahun oleh Mahkamah Miami hari ini kerana sanggup ke Haiti dari Florida beberapa kali untuk melakukan penderaan seks kepada puluhan kanak-kanak di rumah penjagaan untuk orang miskin yang dimilikinya.


Juri mahkamah memutuskan Matthew Andrew Carter, 68, didapati bersalah atas lima tuduhan pada Februari lalu kerana melakukan aktiviti seksual dengan kanak-kanak, termasuk cubaan mengadakan pelancongan seks membabitkan kanak-kanak.
Pada hari kedua keputusan penghakiman, Hakim Joan Lenard memerintahkan Carter dikenakan hukuman maksimum iaitu 15 tahun penjara untuk kesalahan pertama dan 30 tahun penjara untuk tuduhan berikutnya.
Carter yang turut menggunakan nama “William Charles Harcourt” dan “Bill Carter,” menguruskan pusat penjagaan Morning Star Center di Croix-des-Bouquets dan di ibu negara, Port-au-Prince, mulai 1995.
Pihak pendakwa tertuduh mensasarkan orang miskin dan kanak-kanak tidak berumah sebagai mangsa mereka.
Bekas penghuni Morning Star yang dipanggil untuk perbicaraan dan juga ketika sesi penghakiman, memberitahu tertuduh memaksa mereka mengadakan hubungan seks ketika tertuduh mengagihkan makanan, pakaian, patung permainan, tempat perlindungan dan kelas tuisyen ketika mereka berusia kanak-kanak.
"Perbuatan Carter menyebabkan reputasi Amerika tercalar sebagai negara yang ikhlas memberi bantuan kepada golongan memerlukan," kata Lenard.
“Ingin saya nyatakan di sini kepada semua mangsa tertuduh, saya sebagai warga Amerika, saya meminta maaf kepada anda. Ini bukan cara Amerika," katanya.
Ribuan kanak-kanak hidup di rumah anak yatim atau pusat penjagaan seperti Morning Star meskipun salah seorang ibu bapa mereka masih hidup akibat kemiskinan. - AFP

Tiada ulasan: