01 August 2013

Kabinet Mesir arah polis hentikan keganasan pro-Morsi

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KAHERAH: Kabinet Mesir hari ini mengarahkan polis membanteras penunjuk perasaan oleh penyokong setia Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan ketika wakil Eropah tiba di Kaherah untuk membantu mengangani krisis itu.




Arahan dikeluarkan Menteri Dalam Negeri itu dijangka meningkatkan lagi ketegangan di Mesir selepas tunjuk perasaan besar-besaran itu menyebabkan lebih 82 orant terbunuh.
Usaha diplomatik bagi mengembalikan semula keamanan di Mesir itu turut membabitkan Kesatuan Eropah (EU) dan Jerman yang menghantar wakil bagi tangani krisis berkenaan.
Kabinet Mesir mengumumkan bahawa protes yang dilancar penyokong Morsi di dua tempatan di Kaherah itu boleh mengancam keselamatan negara. - AFP

No comments: