08 Mei 2010

Pilihan Raya Britain: Parlimen Tergantung Sejak 36 Tahun

22 Jamadil Awal 1431H.

LONDON: Parti Konservatif sehingga kini masih mendahului bilangan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum Britain tetapi gagal menyisihkan Perdana Menteri Gordon Brown daripada Parti Buruh.

Bagaimanapun pemimpin Konservatif, David Cameron menegaskan Brown telah hilang mandat untuk mentadbir.

Keputusan tidak rasmi dan tinjauan menunjukkan Konservatif berpotensi memenangi 305 kerusi.

Angka itu masih kurang sebanyak 21 kerusi daripada jumlah majoriti sebanyak 326 kerusi daripada 650 kerusi dalam Parlimen.

Sementara sekutu-sekutu Brown membayangkan parti Buruh akan berusaha mengekalkan kuasa dengan pakatan bersama Parti Demokrat Liberal.

Jumlah majoriti itu terdiri daripada 255 kerusi untuk Parti Buruh dan 61 kerusi (Parti Demokrat Liberal).

Ini akan menyebabkan Parlimen tergantung iaitu tidak ada parti mendapat kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian yang merupakan kali pertama berlaku sejak tahun 1974 dan mampu mencetuskan perebutan kuasa di negara ini.

Brown bercadang untuk membentuk sebuah gabungan dan Cameron menolaknya kerana Brown tiada lagi mandat untuk memimpin kerajaan.

“Negara kita perlukan perubahan dan ia memerlukan kepimpinan baru,” kata Cameron yang memahami rundingan mungkin diperlukan bagi menentukan siapa yang membentuk kerajaan seterusnya.

Bagaimanapun, Brown sebelum ini berjanji untuk bertanding bagi memastikan kerajaan kukuh dan kuat, sekaligus menjadi petanda awal menunjukkan beliau mengharapkan kuasa dan mencari satu pakatan dengan Demokrat Liberal.

Penganalisis bagi pengundian IPSOS Mori, Rober Worcester berkata, kelemahan Demokrat Liberal disebabkan oleh kehadiran penyokong yang sedikit.

“Mereka (penyokong) kata akan mengundi, tetapi mereka tidak berbuat demikian,” katanya.

Namun, sebenarnya beberapa parti tidak mungkin untuk menyertai ‘gabungan’ Parti Buruh.

Konservatif pernah digulingkan oleh Buruh di bawah Tony Blair pada tahun 1997 selepas 19 tahun parti itu berkuasa.

Brown mengambil alih kuasa daripada Blair tiga tahun lepas pernah melalui waktu sukar sewaktu ekonomi Britain melonjak tinggi menjadi peneraju servis kewangan dunia. - AGENSI

Surau R&R Gunung Semanggol ditutup

Surau di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan di Gunung Semanggol arah ke utara ditutup sementara sehingga pertengahan Ogos ini.

Penutupan adalah bagi kerja menaiki taraf fasaliti surau berkenaan. Menurut Plus Expressways Berhad, surau sementara disediakan untuk pengguna

KERAJAAN PERSEKUTUAN GADAI 1.9 JUTA EKAR KAWASAN BLOK L DAN M KEPADA BRUNEI

22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Haris Akhlaken

Penyerahan 2 Blok carigali minyak secara sukarela oleh kerajaan Malaysia kepada kerajaan Brunei melalui Surat Pertukaran (Letter of Exchanges) bertarikh 16 Mac 2009 adalah sesuatu yang cukup mengejutkan kerana kerajaan persekutuan tidak pernah membuat sebarang pendedahan ataupun kenyataan rasmi berkenaan penyerahan wilayah negara kepada Brunei Darussalam.

Tindakan kerajaan tersebut hanya diketahui umum selepas Murphy Oil Corporation , sebuah syarikat yang berpengkalan di El Dorado, Arkansas, Amerika Syarikat mengeluarkan laporan dalam laman web syarikat berkenaan bahawa kontrak perkongsian pengeluaran ( production sharing contracts ) bersama Petronas Carigali Sdn Bhd yang melibatkan Blok L dan M yang dianugerahkan oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pada tahun 2003 telah dibatalkan. Menurut surat pembatalan bertarikh 7 April 2010, kontrak tersebut dibatalkan oleh Petronas atas sebab Blok L dan M bukan lagi terletak di bawah wilayah Malaysia,

Kenyataan tersebut juga telah disahkan oleh kerajaan Brunei melalui Timbalan Menteri Luar dan Perdagangan Brunei, Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng yang menyatakan bahawa penyerahakkan tersebut bukanlah sesuatu yang baru dan Brunei boleh memulakan kerja carigali pada bila-bila masa di Blok L dan M yang juga dikenali sebagai Blok-blok J dan K oleh Brunei.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng (DPPKG) mengecam keras tindakan kerajaan Malaysia yang dengan mudah menyerahkan kawasan negara kepada kerajaan asing seolah-olah tindakan tersebut tidak membawa sebarang kesan kepada negara. Penyerahan hak kedaulatan Blok-blok L dan M yang terletak di perairan Sabah-Sarawak merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia dan seharusnya dipandang serius oleh semua pihak. Tindakan ini juga sesungguhnya mencerminkan kegagalan pentadbiran Negara yang ditadbir oleh Barisan Nasional dalam soal mempertahankan kedaulatan Negara. Peristiwa ini sesungguhnya telah mengulangi episod sedih kehilangan Pulau Batu Putih kepada kerajaan Singapura.

DPKKG juga menyatakan bahawa Negara bukan sahaja kerugian ratusan billion ringgit melalui tindakan tersebut namun lebih utama telah kehilangan kawasan seluas lebih kurang 1.9 Juta ekar (net acre) kepada kerajaan Brunei. Ini berdasarkan kepada laporan Form-10K dalam Laporan Tahunan 2009 Murphy Oil Corporation yang sehingga kini masih merahsiakan hasil penggalian di Blok L pada tahun 2003. Namun menurut laporan kawasan Blok-blok L dan M mempunyai kandungan minyak dan gas asli benilai lebih RM230 billion.

DPPKG juga turut mengecam kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia tidak mengalami sebarang kerugian dari tindakan tersebut kerana persetujuan kerajaan Brunei untuk bekerjasama dengan Malaysia membangunkan kawasan berkenaan. DPPKG berpendirian kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan seolah-olah meletakkan soal keuntungan lebih utama berbanding dengan kedaulatan Negara.

DPPKG juga turut mempersoalkan rasional tindakan tersebut yang disifatkan sebagai situasi ‘menang-menang’ oleh Perdana Menteri. Apakah erti kemenangan jika kedaulatan Negara tergadai hanya kerana Petronas diberikan hak bekerjasama dengan kerajaan Brunei membangunkan kawasan tersebut selama 40 tahun tetapi kehilangan hak kepada kawasan tersebut buat selama-lamanya? Hakikat ini lebih kepada situasi “menang sorak kampung tergadai”!

DPPKG juga mahukan kerajaan persekutuan memberikan jawapan kepada rakyat berkenaan laporan bahawa persetujuan untuk menyerahkan Blok-blok L dan M sebagai timbal balas terhadap persetujuan kerajaan Brunei untuk menggugurkan tuntutan ke atas daerah Limbang. Sedangkan sehingga ke hari ini, kerajaan Brunei masih lagi mengekalkan status quo terhadap tuntutan mereka dan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Luar dan Perdagangan Brunei melalui Brunei Times bahawa rundingan pemetaan sempadan antara Brunei dan Malaysia belum lagi bermula.

DPPKG berpendirian tindakan kerajaan pusat menyerahkan Blok-blok L dan M yang terletak di wilayah Sabah dan Sarawak sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak. Jumlah royalti yang bernilai puluhan billion yang sepatutnya diterima oleh rakyat Sabah dan Sarawak melalui Petronas punah dengan sendirinya dengan pembatalan kontrak perkongsian tersebut. DPPKG dengan ini menuntut agar kerajaan persekutuan membayar balik kerugian yang ditanggung oleh rakyat Sabah dan Sarawak hasil tindakan kerajaan menyerahkan kawasan berkenaan kepada Negara Brunei.

DPPKG menggesa agar rakyat Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak bangkit menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan pusat dan berharap pengundi di Parlimen Sibu memberikan isyarat jelas kepada kerajaan BN pada pilihanraya kecil yang akan datang.

DPPKG juga menyeru agar semua pihak, tanpa mengira latar politik, badan-badan bukan kerajaan, dan individu-individu menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan BN yang menggadaikan kedaulatan Negara hanya atas dasar kepentingan ekonomi. Marilah sama-sama kita berdoa, agar kecurangan dan pengkhianatan kerajaan BN kepada Negara yang tercinta ini akan segera berakhir.

HARIS BIN ALIMUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS
Kawasan Gopeng.

Wong fei hong

22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Mazrina Mohd Mokhtar

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China.

Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan
jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

Bengkulu, Sumatera dilanda gempa bumi

22 Jamadil Awal 1431 H

Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter menggegar Bengkulu, Pulau Sumatera pada 11.30 malam semalam namun ia tidak mendatangkan ancaman tsunami.

Setakat ini, belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda.
Para petugas Badan Pengurusan Bencana Kebangsaan di Bengkulu telah menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit sejak malam semalam.

Semua 60 pelajar Malaysia di Padang, yang terletak di utara Bengkulu dilaporkan selamat, malah ada antara mereka yang tidak menyedari kejadian tersebut kerana kebanyakan sedang nyenyak tidur ketika itu.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia, Datuk Paduka Junaidy Abu Bakar berkata beliau telah menghubungi pemimpin pelajar di Padang dan sedang memantau keadaan di sana terutama bagi menghadapi kemungkinan berlaku gempa susulan.

"Mereka telah diingatkan agar mengikut SOP kecemasan sekiranya berlaku bencana gempa bumi susulan. Komunikasi antara para pelajar sangat baik dan mereka saling berhubung antara satu sama lain.

"Pihak MSD Indonesia dan Kedutaaan Besar Malaysia di Jakarta sentiasa memantau keadaan pelajar-pelajar dan bantuan segera akan diberikan sekiranya para pelajar memerlukannya," katanya dalam satu kenyataan di Jakarta hari ini.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia, lokasi gempa berlaku di 143 kilometer (km) Barat Daya Lais, Bengkulu, 151 km Barat Daya Bengkulu, 153 km Barat Daya Padang Betuah, Bengkulu, 157 km Tenggara Pagai Selatan Mentawai, Sumatera Barat dan 685 km Barat Laut Jakarta.

Gempa dengan kedalaman 10 km dari permukaan laut itu berlaku kira-kira 5 minit.

Malaysiakini/-

H1N1: 57 kes baru dikesan

22 Jamadil Awal 1431 H

Sebanyak 57 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan di seluruh negara sehingga 5.30 petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes itu 13,889.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, bagaimanapun berkata tiada laporan kematian terbaru akibat penyakit itu dan bilangan kematian disebabkan H1N1 kekal 82 orang.

Beliau berkata, sehingga 8 pagi ini, 13 laporan kejadian kluster penyakit serupa influenza (ILI) dilaporkan berlaku di Perak, Johor, Kelantan, Selangor, Sarawak, Negeri Sembilan dan Terengganu.

"Jumlah kes ILI yang masih dirawat di wad di seluruh negara adalah sebanyak 632 kes. Daripada jumlah itu, 76 kes telah disahkan positif H1N1.

"Bilangan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sembilan kes dengan enam daripadanya mempunyai faktor risiko," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.

Dr Mohd Ismail mengingatkan orang ramai bahawa penularan jangkitan H1N1 terus aktif dalam komuniti dan menasihatkan mereka yang mengalami gejala ILI supaya segera mendapatkan pemeriksaan perubatan di klinik berhampiran.

Beliau juga menggesa masyarakat agar terus berwaspada dan mengamalkan langkah pencegahan terhadap penyakit itu.

Malaysiakini/-

JUDI HALAL ; BN bagaikan tikus membaiki labu!

22 Jamadil Awal 1431H.
Muhammad Nuruddin Bashah

Teori kawalan Barisan Nasional adalah terlalu teruk dan tidak masuk akal. Malah strategi yang BN gunakan untuk membaiki status sosial, jenayah dan gejala sosial adalah umpama penyelesaian ala barbarian dan amat merisaukan rakyat pada hari ini.

Mengapa kenyataan ini wujud? Suatu ketika dahulu kerajaan ingin menyelesaian permasalahan AIDS yang menjadi petaka besar sosial kita. Penyelesaian adalah dengan memberi jarum suntikan dan kondom percuma kepada rakyat dengan tujuan jangka pendek (cukup dangkal) untuk mengelak perkongsian dan pengedaran virus HIV. Tingkah laku manusiawi, penyebab utama penyakit tersebut merebak tidak disentuh atau ditegaskan melainkan dalam siri kuliah agama dan Forum Ehwal Islam menunjukkan penyelesaian yang bersifat pemisahan antara teknikal dan moral telah menjadi tradisi negara ini

Islam menggalakkan penyelesaian secara menyeluruh, antara teknikal yang bersifat kawalan fizikal dengan kawalan melalui pembaikan moral, akhlak dan nilai keagamaan masyarakat. Jika berhadapan dengan kaum bukan Islam, mereka perlu diterapkan nilai moral sejagat secara menyeluruh juga.

Hari ini, Piala Dunia yang akan berlangsung di Afrika Selatan menjadi antara topik utama media. Seperti biasa pertaruhan dan perjudian akan berlaku apabila adanya pertandingan. Ini lumrah manusia sejak zaman ketamadunan Yunani lagi.

Sebagai rakyat Malaysia, saya cukup terkejut dengan kenyataan Datuk Awang Adek semalam yang disiarkan dalam semua media perdana berkenaan sanggupnya kerajaan untuk mempertimbangkan untuk menghalalkan judi yang belum wujud di negara ini. Tidak cukup dengan Sport Toto, Magnum da sebagainya, kini judi sukan pula ingin diwujudkan.

Kata beliau lagi, kerajaan ingin mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan dengan alasan mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Kerajaan BN tidak memandang langsung amaran Allah bahawa judi kaya dengan kerosakan dan malapetaka berbanding keuntungan sementara yang tidak berkekalan. Judi pada kerajaan Malaysia adalah punca pembangunan fiskal dan ubat untuk merawat defisit yang menggunung. Kata para menteri BN, jika ia judi haram, ia tidak membawa keuntungan fiskal dan ekonomi negara. Jika ia diperlesenkan, didaftarakan, maka ia HALAL TAYYIBAN malah boleh memajukan negara.

Kata Allah kepada orang beriman, "Wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti ( daripada melakukan perkara-perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil) ?" (Al Maidah : 90)

Al Maisir di dalam ayat di atas bermakna judi, apa sahaja jenis perjudian sama ada ia menyumbang kepada ekonomi negara atau tidak. Sama ada di main di belakang rumah kedai atau di Genting Highland.

Adapun perjudian itu diharamkan kerana ia membawa kepada berbagai-bagai keburukan seperti permusuhan, dan juga boleh menjerumuskan seseorang kepada memakan harta haram atau harta orang lain secara batil sedangkan memakan harta orang dengan cara yang batil itu ditegah oleh Allah seperti firman-Nya :

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil ) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah." (Surah al-Baqarah : 188)

Pengharaman ini juga termasuk seperti sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam :

"Sesungguhnya orang-orang yang menceburkan diri dengan mengambil harta Allah secara tiada hak, maka baginya api neraka di hari Kiamat." (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Dahulu UMNO secara tidak malu cuba mengaitkan PAS iaitu sebuah gerakan Islam dengan lambakan arak di Selangor. Kini mereka terpaksa menelan ludah sendiri dengan kenyataan seorang “Menteri Melayu Islam UMNO” yang berucap akan menambahkan lagi sektor judi di Malaysia.

Adakah kita sebagai umat Islam tidak malu apabila Pemuda DAP sendiri menganggap judi adalah perosak masyarakat Cina di Malaysia? Judi bukan sahaja musuh Islam malah menjadi musuh kaum bukan Islam.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Ini alasan kebudak-budakan dan hanya layak disebut oleh pelajar sekolah rendah sahaja. Contohnya ada seorang berkata ‘ Alah kalau bukan aku curi kabel elektrik ni, nanti akan ada orang curi jugak, lebih baik aku kebas dulu’. Ini antara kalimah yang kerap bermain di bibir si pencuri.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. Maka bertukarlah selogan ‘Majulah Sukan Untuk Negara’ kepada ‘Majulah Judi Untuk Sukan’. Saya tidak faham apakah teori pembangunan sukan yang menteri BN baca dan telaah. Dalam kesuraman industri sukan negara yang menjadi punca bukan bajet atau kewangan yang mana judi dikatakan mampu memberi kemudahan pembelajaan sukan negara, sebaliknya bakat, latihan dan disiplin yang pelru diutamakan. Jika rasuah sukan masih tinggi, etlit tidak berdisiplin serta sistem latihan yang tidak bersungguh, duit hasil judi berjuta juga masih tidak menyebabkan pasukan negara kita mengalahkan Brazil atau Perancis nanti dalam Piala Dunia.

Menteri BN ingin juga menjadi aktivis sosial untuk membaikkan moral. Lihat kenyataan ini "Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram,” kata Awang Adek.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya lagi.

Adakah bermain judi di tempat berlesen tiada masalah sosial? Si penjudi Genting Highland memang tidak meminjam wang dari along atau mungkin tidak memaksa isteri memberi wang untuk berjudi, tetapi mereka kebanyakannya pemimpin dan tokoh negara. Mereka juga korporat dan aristokrat yang banyak memegang kuasa dan pengaruh di dalam negara. Adakah dosa mereka itu akan memajukan negara? Malah jenayah kolar putih, kongsi gelab, rasuah dan duit kopi menjadi amalan si penjudi berlesen itu. Bukankah lebih besar petakanya?

Oh tidak mengapa! Kerana mereka berjudi tetapi berlesen!

Dahulu ada suara-suara jahil pemimpin negara ini menyuarakan cadangan cawat besi untuk mengelakkan jenayah rogol. Mereka sanggup mengaku ingin menjaga maruah da martabat wanita tetapi sanggup juga memberi idea kuno yang ‘jakun’ malah cukup melondehkan aib wanita moden hari ini.

BN tidak layak bercakap soal moral apatah lagi ingin bercakap melondeh Dato’ Zaid Ibrahim. Malah Zaid sendiri mengaku UMNO dan BN adalah sarang bagi kegiatan arak dan judi di kalangan elit Melayu.

Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional Perak

Dana Perak didakwa dijanjikan untuk MCA

22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Humayun Kabir

PAS Perak hari ini memfailkan laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan sebuah akhbar bahawa Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang menjanjikkan bayaran RM1.2 million kepada MCA.

Akhbar tabloid Sinar Harian pada 4 Mei lalu melaporkan Zambry sebagai berjanji akan memberi peruntukkan RM50,000 kepada setiap bahagian MCA di Perak.

Ahli dewan undangan negeri, Titi Seorang, Khalil Idham Lim Abdullah menyerahkan laporan maklumat rasuah dan keratan akhbar berhubung artikel bertkenaan kepada SPRM pada jam dua petang untuk tindakan lanjut.

Menurut Khalil, beliau hanya menyampaikan maklumat kepada SPRM dan bukannya membuat laporan rasmi.

Katanya, Zambry tidak seharusnya menggunakan dana awam untuk didermakan kepada parti-parti politik yang pada prinsipnya adalah salah.

"Saya menyoal berhubung derma ini - dari mana wang itu datang dan daripada bajet mana ia diluluskan?” katanya.

"Adakah ia diluluskan oleh `Bajet Mee Segara' yang diluluskan dalam masa 20 minit tahun lalu?” soalnya secara sinis.

Bagaiamanpun, setakat ini, wang berkenaan belum disalurkan.

Khalil diiringi oleh Adun PAS Lubok Merbau, Mohd Zainudin Mohd Yusof, Adun DAP Jalong, Leong Mee Meng dan penolong setiausaha PAS Perak, Safarizat Salleh.

Malaysiakini/-

13 Mei: Azhar dirujuk ke JK Hak dan Kebebasan

22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Susan Loone

Dewan undangan negeri Pulau Pinang kecoh hari ini apabila Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (bawah) memberi amaran bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.

Mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis, Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) menjawab, DAP bukannya tidak menghormati jasa polis tetapi mereka tidak mengiktiraf Tan Sri Musa Hassan yang disifatkan sebagai tidak layak menjadi Ketua Polis Negara.

"Tidak ada salahnya kita mengkritik Musa Hassan (Tan Sri) kerana bagi kita dia tidak layak menjadi Ketua Polis Negara, ditambah lagi insiden terbaru melibatkan kematian Aminulrasyid (Amzah)", katanya

Azhar kemudian mengulangi lagi kenyataannya meminta agar pasukan tentera mengawal negara bagi menggantikan polis dan kenyataan itu menyebabkan beberapa penyokong kerajaan meminta Azhar menarik balik pandangannya kerana ia bersifat menghasut.

Ketua pembangkang itu kemudian menarik balik kenyataannya itu selepas akur dengan arahan Speaker supaya berbuat demikian.

Bagaimanapun beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dan mencadangkan Azhar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Usul untuk merujukkan Azhar (BN-Penaga) ke jawatankuasa itu dicadangkan oleh Jagdeep Singh (DAP-Datok Kramat) dan disokong oleh lebih 10 anggota penyokong kerajaan.

Jagdeep Singh semasa mengemukakan usul itu berkata ketua pembangkang itu melanggar peraturan 46 DUN yang melarang mana-mana anggota DUN menyebut perkataan yang berunsur hasutan dan memberontak serta bermusuhan antara kaum.

Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain yang meluluskan usul itu berkata, notis usul mengenai tindakan itu akan dihantar kepada Azhar.

Sementara itu, Azhar ketika ditemui Bernama berkata beliau bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan tidak khuatir terhadap sebarang tindakan yang bakal dikenakan.

“Saya bercakap seperti itu setelah Umno dan BN dihina dan dituduh sebagai rasuah, samseng dan sebagainya dan saya sanggup berhadapan dengan sesiapa pun walaupun dibawa ke mahkamah," katanya.

Malaysiakini/-

209 pengundi Sibu berusia lebih 100 tahun?


22 Jamadil Awal 1431 H

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyiasat dakwaan sebuah badan pemantau tempatan yang menggelarkan diri sebagai "Pemerhati Pilihan Raya Sibu" (SEW) bahawa terdapat 209 pengundi di kawasan Parlimen Sibu yang berumur melebihi 100 tahun.
Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Sunggah berkata pilihan raya kecil Sibu akan menggunakan senarai daftar pemilih tahun 2009 yang dikemas kini pada 9 April lalu.

"Saya tidak tahu senarai (daftar pemilih) mana yang mereka pakai tetapi kami (SPR) akan meneliti (dakwaan itu)," katanya kepada pemberita selepas taklimat media pilihan raya kecil Sibu di Sibu hari ini. Semalam, SEW satu pertubuhan baru yang diwujudkan sebagai pemerhati bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu.

Penyelarasnya Wong Meng Chuo berkata SEW yang mempunyai 22 anggota yang akan memantau perjalanan penamaan calon, kempen dan pengundian sepanjang pilihan rayakecil itu. Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu akibat barah hati. SPR menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 16 Mei.

Malaysiakni/-

Khalid Samad dakwa BN salah guna masjid

22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman

Ketika PAS berdepan dengan dakwaan menyalahgunakan masjid bagi tujuan politik, seorang pemimpin parti Islam itu 'memulangkan paku buah keras' kepada lawan politik mereka, BN.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa, semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu, BN telah menganjurkan satu majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN.

Menurutnya, majlis tersebut diadakan pada 23 April - dua hari sebelum tarikh pengundian - di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.

Sebagai bukti, Khalid menunjukkan gambar kain rentang (kanan) yang mengiklankan program tersebut - yang didakwa dirakam oleh seorang penulis blog propembangkang di kawasan parlimen tersebut.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan BN itu sebenarnya menyalahi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya institusi agama itu tidak dipolitikkan.

“Perkara seperti tidak boleh dibuat di masjid,” katanya.

Dalam pilihan raya Hulu Selangor sebelum ini, beberapa pemimpin utama PAS, termasuk murysidul amnya sendiri Datuk Nik Aziz Nik Mat didakwa mengingkari perintah Sultan Selangor dengan menggunakan masjid bagi tujuan politik.

Perkara tersebut bagaimanapun dinafikan oleh Nik Aziz.

Dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid berkata beliau akur dengan titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan masjid sewewang-wenangnya.

Bagaimanapun, tambahnya, Nik Aziz memang menyuarakan persoalan politik menurut ajaran Islam, tetapi bukanlah politik partisan.

“Hendak bantai Umno dalam masjid tak bolehlah. Hendak bantai PAS dalam masjid tak bolehlah,” jelasnya.

Sebaliknya, menurut Khalid, Nik Aziz hanya memberikan tazkirah berhubung “prinsip am” dalam agama iaitu agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

Itu pun, tambahnya, setelah diminta oleh imam dan nazir masjid berkenaan.

Malaysiakini/-

Remaja ditembak: Satu kejadian, pelbagai cerita



22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Aidila Razak

Kenyataan saksi utama kes kematian remaja 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh polis - Azamuddin Omar yang juga penumpang pada awal pagi kejadian 26 April lalu menyebabkan versi yang didakwa oleh polis menjadi pertikaian.

Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang memaklumkan kepada pemberita berhubung apa yang berlaku pada kejadian itu, sebelum ini, berkata tindakan remaja berkenaan untuk bercakap kepada wartawan adalah 'tidak beretika'.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga beranggapan tindakan Azamuddin itu sebagai tidak wajar.

Malaysiakini membandingkan kenytaan polis berhubung kejadian itu dengan cerita beberapa saksi termasuk oleh Azamuddin.

ADENGAN KEJAR

Versi polis: Khalid memberitahu Utusan Malaysia bahawa dua anggotanya mengesan sebuah lereta Proton Iswara di Seksyen 14, Shah Alam dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemandu kereta itu tidak mengendahkan isyarat p[olis supaya berhenti tetapi sebaliknya memecut. Tindakan itu menyebabkan polis mengejar dengan bantuan dua anggota lain dengan sebuah kereta peronda yang lain.

New Straits Times melaporkan polis berjaya menahan kereta itu selepas ia melanggar beberapa lampu isyarat.

Panel yang diketuai oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop, semalam mengesan laluan kereta itu yang didakwa mereka dikejar sepanjang 6 km dari Seksyen 7 ke Seksyen 11.

Versi saksi: Pada sidang medianya, Azamuddin mendakwa mereka dalam perjalanan ke restoran Ali Corner di Seksyen 7 di Shah Alam bagi membantu seorang rakan yang tayar motorsikalnya pancit.

"Bagaimanapun ketika dalam perjalanan kereta mereka bergesel dengan sebuah kereta lain dan menyebabkan Aminulrasyid menjadi panik. Dia bercadang untuk pulang ke Seksyen 11,” katanya.

Kata Azamuddin (kanan), beberapa lelaki bermotosikal yang dipercayai rakan pemilik kereta yang mereka gesel sedang mengejar mereka.

Dalam laporan polisnya selepas kejadian itu, saksi berkenaan berkata beberapa penunggang motosikal cuba mengejar mereka berhampiran Bulatan Kayangan di Seksyen 12.

Penunggang motorsikal itu dilapor berlanggar bahagian belakang kereta Iswara Aminulrasyid dan jatuh.

"Aminulrasyid semakin takut dan memecut tanpa menghiraukan keselamatan mereka mahupun orang ramai,” katanya dalam laporan.

ADENGAN TEMBAKAN

Polis: "Apabila tiba di tempat kejadian, polis melepaskan tembakan pada tayar bagi memaksa kereta itu berhenti. Kereta itu terbabas di tepi jalan,” kata Khalid.

Katanya lagi, hanya seorang anggota yang melepaskan tembakan dan empat tembakan dilepaskan, satu menepati kepala Aminulrasyid.

Saksi: Semalam, Azamuddin dipanggil polis untuk memberi keterangan buat kali ketiga dan diminta untuk mengesahkan sama ada tembakan terakhir dilepaskan sebelum atau selepas kereta itu berlanggar.

"Polis mengejar kami sehingga stesen petrol Caltex dan mula menembak," kata Azamuddin.

Remaja itu berkata polis melepaskan tembakan pada tayar kereta di hujung laluan antara Jalan Tarian dan Jalan Wau, yang lebih kurang 500 meter dari rumah mangsa hingga menyebabkan kenderaan tidak dapat dikawal dan terbabas.Sebutir peluru menepati kepala remaja berusia 14 tahun itu.

Malaysiakini/-

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia

22 Jamadil Awal 1431 H

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

Malaysiakini/-

Lagi saksi sahkan kenyataan Azamuddin

22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, pemilik kenderaan yang bergesel dengan kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah, telah bertemu denganya dan menceritakan peristiwa sebelum remaja itu ditembak mati oleh polis pada 26 April.

Khalid berkata, ahli perniagaan tersebut tampil menemuinya kelmarin (Selasa) dan meminta pandangannya berhubung tindakan lanjutnya yang patut diambil.

“Dia asalnya tidak mahu campur. Dia takut direman,” katanya yang enggan mendedahkan indentiti pihak terbabit buat masa ini.

Bagaimanapun, selepas dinasihatkan, Khalid menambah, pemilik kenderaan tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di seksyen 11 pada sebelah malam selepas pertemuan tersebut.

Pada 27 April lalu - sehari selepas insiden kematian Aminulrasyid, Khalid (kiri) dilaporkan telah mendedahkan butiran kandungan laporan polis saksi utama kes itu, Azamuddin Omar, yang berada dalam kereta bersama arwah, pada malam kejadian tersebut.

Dalam aduanya, Azamuddin antaranya mendakwa kenderaan yang dipandu arwah telah bergesel dengan sebuah kereta, menyebabkan beliau dikejar oleh tiga penunggang motosikal, dipercayai rakan kepada pemilik kenderaan itu.

Menurut aduan itu lagi, ketika melarikan diri, mereka telah memotong sebuah kereta polis yang kemudiannya turut mengejar mereka. Azamuddin juga dilaporkan mendakwa, tembakan terhadap Aminulrasyid dilepaskan selepas kejadian tersebut.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, Khalid berkata, beliau difahamkam seorang penunggang motosikal tersebut turut membuat laporan polis sejurus selepas kejadian tersebut, juga di IPD yang sama.

Menurut Khalid lagi, pemilik kereta tersebut memberitahunya, pada malam kejadian tersebut, keretanya digunakan oleh seorang rakannya dan keluar minum di seksyen 7 bersama tiga penunggang motosikal terbabit.

Tambahnya, kedua-dua laporan tersebut bertepatan dengan apa yang diceritakan oleh Azamuddin dalam laporan polis dan sidang medianya sebelum ini.

Menjawab soalan, Khalid berkata, walaupun kedua-dua pihak terbabit tidak menyaksikan peristiwa ketika Aminulrasyid ditembak, laporan tersebut didakwa dapat membuktikan “konsisten dan tepatnya” versi yang diceritakan kembali oleh Azamuddin.

“Kalau di bahagian awalnya (cerita itu) tepat, takkanlah di akhirnya tidak betul?” soalnya kembali.

Sehubungan itu, Khalid mempersoalkan kenapa “laporan yang telah berada dalam simpanan polis” itu tidak didedahkan kepada umum ketika kerajaan menjamin satu siasatan yang telus akan dilaksanakan dalam kes itu.

“Ketelusan bukannya bermaksud telus terhadap jawatankuasa (pemantau) sahaja, tetapi juga kena telus kepada rakyat,” tambahnya.
Sementara itu, Khalid juga menyuarakan kebimbingannya terhadap perkembangan siasatan kes Aminulrasyid di mana Azamuddin telah tiga kali dipanggil memberikan keterangan oleh pihak polis.

Beliau berkata, tindakan itu – terakhir petang semalam – dikhuatiri boleh mendorongnya tersilap membuat kenyataan dan tidak konsisten memberikan jawapan.

"Berapa kali dia (Azamuddin) perlu menceritakan perkara ini? Apa tujuan dia diminta menceritakan perkara yang sama berulang-ulang kali?" soal Khalid.

Malaysiakini/-

PPSMI tidak bercanggah dengan Perlembagaan - Mahkamah Tinggi

22 Jamadil Awal 1431H.


KUALA LUMPUR 7 Mei - Saman pemula yang dikemukakan oleh empat pelajar termasuk anak Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah sejak 2003 sebagai batal dan tidak sah, ditolak dengan kos oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas, Datuk Mohd. Zawawi Salleh membuat keputusan itu setelah mendapati surat pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan berhubung PPSMI di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

Sikit-sikit suruh lucut gelaran Datuk !

22 Jamadil Awal 1431H.

Inilah gelagat yang biasa kita saksi dan kenyataan yang biasa kita dengar dari pemimpin UMNO yang kononnya hendak tunjuk jaguh sebagai pembela dalam segala bidang. Sekali ini UMNO Bahagian Cheras mencadangkan gelaran Datuk kepada Zaid Ibrahim dilucutkan kerana kononnya Zaid biadab terhadap Sultan Selangor dengan menghina dan mencerca titah baginda secara terbuka.

Ketuanya, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan Zaid itu begitu keterlaluan dan seolah-olah menggambarkan Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai seorang sultan yang tidak berpelajaran.

Sebenarnya Syed Ali lah yang biadap kepada Sultan Selangor dengan mencabuli hak yang ada kepada baginda Sultan yang boleh menganugerah dan melucutkan gelaran yang dia sendiri bagi. Apa hak Syed Ali dan semacam sudah jadi penasihat Sultan Selangor pada masa ini. Atau sultan Selangor mesti dengar cakap UMNO dan dia hanya raja untuk UMNO sahaja.

Zaid melalui entri terbaru dalam blognya, myzaidibrahim.wordpress.com dipetik sebagai berkata, titah Sultan Selangor itu bukan satu arahan, perintah atau 'decree' kerana dalam sistem raja berperlembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman raja-raja Melaka dahulu.

Beliau merujuk kepada isu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melanggar arahan Sultan Selangor yang tidak membenarkan masjid dan surau digunakan sebagai tempat berkempen.

Persoalannya siapakah yang selama ini menghina dan mengenepikan kedudukan Sultan termasuklah di Selangor. Lupakah syed Ali di Selangorlah seorang anak raja yang dibawa lari oleh seorang pemimpin UMNO dan bernikah di Thailand satu masa dulu, kenapakah tidak ada cadangan dilucutkan gelarannya.

Nampaknya lucut gelaran nampaknya besar sangat bagi UMNO.

Setahu saya makhluk Allah boleh masuk syurga bila dia melakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang, Orang seperti Zaid ada harapan kerana dia bersama dengan Pakatan Rakyat dan telah berubah perangai dan tidak macam dia dalam UMNO satu masa dulu.

Walaupun Ada gelaran Syed dihadapan, bagi saya tidak selamat kalau berjuang dengan UMNO, sampai judi bolasepak pun hendak dihalalkan setelah berbagai jenis judi telah dihalalkan oleh UMNO di Malaysia. Rasa selamatkah Syed Ali dengan gelaran yang dia ada kalau itulah perjuangan UMNO yang jauh menyeleweng dari islam ?

Biarkan ...seperti kata luncai, yang pentig Allah redha semua yang kita lakukan dunia dan akhirat.

Sultan Kelantan kekal dirawat di HUSM

22 Jamadil Awal 1431 H

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, kekal di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan susulan masalah jantung.

Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata setakat ini belum ada rancangan memindahkan Tuanku Ismail ke hospital lain termasuk ke Hospital Kuala Lumpur.

"Tuanku Sultan masih ditempatkan di Wad Diraja di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan masih belum ada rancangan dipindahkan ke hospital lain," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu.

Beliau berkata, sehingga petang ini tiada sebarang titah dikeluarkan oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Sultan Kelantan dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian Selasa lalu untuk menjalani rawatan susulan masalah jantung.

Pada hari sama, anakanda ketiga Sultan Kelantan, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra, pada sidang akhbar di sini berkata beliau bercadang membawa ayahandanya menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Bagaimanapun, penerbangan itu tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Sultan Kelantan pada 14 Mei 2009 dimasukkan ke HUSM di Kubang Kerian kerana gering dan pada 24 Mei 2009 dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi menerima rawatan lanjutan masalah jantungnya dan hanya kembali ke Kelantan pada 3 Mac lalu setelah hampir setahun berada di hospital itu.

Semalam, Pemangku Raja Kelantan mengeluarkan titah kepada Ketua Polis Kelantan supaya segala pergerakan Sultan Kelantan perlu mendapat perkenan baginda dan menitahkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, supaya meningkatkan tahap keselamatan Sultan Kelantan.

Abdul Halim berkata, beliau belum menerima laporan mengenai status kesihatan Sultan Kelantan daripada doktor yang merawat baginda.

Malaysiakini/-

Laporan kepada SPRM.

ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim didampingi oleh ADUN Lubok Merbau, YB. Zainuddin , ADUN Jalong, YB. Leong Mei Meng dan Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Sdr. Shfrizal Salleh membuat Laporan kepada SPRM mengenai satu laporan berita di Sinar Harian pada 4 Mei dimana menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Perak bersetuju menyumbangkan sebanyak RM 50,000 kepada setiap MCA Bahagian di Perak untuk tahun ini.

Turun padang : Pintu suraupun kena curi !

Minum pagi sambil menerima aduan masalah dari penduduk dalam DUN Titi Serong, pagi 5 Mei sebelum ke Ipoh saya minum pagi di Kedai kopi di Jalan Terusan. Antara aduan yang mengejutkan ialah pintu utama disebuah surau telah dicuri oleh orang yang tidak dikenali. Sekali fikir mungkin kita naik marah, dan sekali fikir jadi lucu pula. Bukan apa kerana semuanya adalah hasil dari bagusnya pentadbiran selama 50 tahun lebih kerajaan BN sehingga pintu suraupun ada nilai, mugkin nak dapatkan keberkatan makanya pintu surau dicuri untuk dijual.

Laporan polis : Pejabat ADUN Titi Serong diceroboh, komputer riba dicuri.

5 Me1 2010, Drs. Khalil berada di Balai Polis Parit Buntar untuk membuat repot kerana pejabat nya diceroboh oleh orang yang tidak dikenali dan sebuah komputer riba telah dicuri.

PARIT BUNTAR, 5 Mei :- Pejabat ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah diceroboh oleh orang yang tidak dikenali dan sebuah komputer riba telah hilang . Berikutan dengan itu Drs. Khalil telah membuat laporan polis di Balai polis disini hari ini.

Berikut adalah laporan Polis yang telah dibuat oleh beliau :-

LAPORAN POLIS

Tarikh laporan : 6 Mei 2010
Nama Pelapor : YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Jawatan :ADUN Titi Serong Perak.
No. Kad pengenalan : 641102-03-5125
Alamat : No.15 Jalan Wawasan 8, Taman Wawasan Jaya, Parit Buntar.
No. Talipon :019 4759697

Inilah Laporan Polis saya :-

Semasa saya datang ke Pejabat saya iaitu Pejabat ADUN Titi Serong beralamat 41(tingkat bawah) Jalan Wawasan 3 , Taman Wawasan Jaya Parit Buntar pada malam 5 Mei 2010 kira-kira jam 9.45 malam untuk bermesyuarat , saya sangat terkejut bila mendapati komputer riba saya yang terletak di atas meja tiada ditempatnya, tetapi kabel letrik dan tetikus masih ada disitu..

Saya mensyaki ianya dicuri oleh pihak lain. Apabila mendapat pengesahan dari semua 3 orang pekerja pejabat mereka mengsahkan ianya tidak kelihatan sejak pagi 5 Mac. .

Kebetulan saya tidak masuk pejabat pada 5 Mei , mereka menyangka saya membawa balik komputer tersebut..

Dengan ini saya mengesahkan ianya telah dicuri dan memohon pihak polis untuk mengambil perhatian kepada kejadian ini kerana pada computer itu mempunyai dokumen penting berkaitan jawatan saya sebagai ADUN sejak tahun 2008 lagi.

Sekian laporan saya yang sebenarnya,


(YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM)

Pengurusan cuai punca Pos rugi besar

22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: M Faqih

KOTA BHARU, 6 Mei: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, akibat kecuaian pengurusan Pos Malaysia menyebabkan syarikat milik kerajaan itu terpaksa menanggung kerugian besar.

”Kerajaan seharusnya bertangungjawab di atas kerugian terbabit. Pos Malaysia sebagai sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) seharusnya diurus dengan berhemah.

“Bagaimanpun sikap pemimpin negara dan pengurusan Pos Malaysia yang cuai mengakibatkan kerugian besar terpaksa ditangung rakyat,” katanya di sini.

Kelmarin Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein menjelaskan kerugian yang ditanggung Pos Malaysia Berhad sebanyak RM227 juta dan bukannya RM546 juta.

Isu kerugian Pos Malaysia sebanyak RM546 juta tercetus berikutan pendedahan mantan Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business baru-baru ini.

Beliau mendakwa tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah, Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh.

Ahmad Fadhli berkata, pengakuan timbalan menteri terbabit tidak boleh dipandang ringan.

”Biarpun jumlah kerugiannya RM227 juta, itu masih besar berbanding dakwaan kerugian asal sebanyak RM546 juta,” katanya.

Oleh itu katanya, kerajaan perlu menyiasat segera dan menghukum pihak yang bersalah memandangkan jumlah tersebut cukup besar ketika negara dilanda krisis kewangan sekarang.

Menurutnya juga, Pemuda PAS bimbang nasib yang serupa akan menimpa wang ihsan sebanyak RM20 juta sekiranya kekal di bawah pengurusan Umno Kelantan.

Ketika kerajaan membeli saham Transmile Group Bhd pada 2004 harga saham RM6.25 seunit. Namun sekarang harganya menjunam kepada 13 sen.

Kerajaan membeli sebanyak 40 juta saham melibatkan peruntukan sebanyak RM250 juta ketika itu.

Hari ini nilai saham Transmile Group Bhd hanya berharga 13 sen seunit dan jumlah pegangan keseluruhan Pos Malaysia hanya RM14 juta sedangkan kerugian yang akan ditanggung Pos Malaysia boleh dikurangkan sekiranya pihak terbabit mengambil tindakan bijak menjual saham Transmile Group ketika harganya di paras RM14.40 pada 3Januari 2007.

Dan ia akan mendatangkan hasil sebanyak RM576 juta atau setidak-tidaknya saham terbabit boleh dijual pada 14 Jun 2007 ketika sahamnya berharga RM6.60 atau paling tidak pada 5 Jun 2009 semasa harganya RM1.24 seunit.

Harakahdaily/-

Loji Nuklear: Kenapa gopoh?

22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Hamba Allah

Apalah malang nasib rakyat negara ini. Secara tiba-tiba satu cadangan tanpa perbincangan parlimen bakal dilaksanakan secara tergopoh-gapah.

Saya memetik kata-kata yang amat selalu didendangkan oleh Tukar Tiub yang berbunyi ;

bayangkan buat stadium – stadium runtuh.
buat jalan - jalan runtuh
buat empangan – empangan runtuh
buat hospital – hospital runtuh
buat sekolah – sekolah runtuh
buat jambatan – jambatan runtuh
loji nuklear jika runtuh - bahayanya berjuta tahun

Mengapa isu loji nuklear ini secara tiba-tiba muncul?

Difahamkan, cadangan membangunkan loji nuklear ini melibatkan firma dari Perancis. Sentimen berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri kita juga datangnya dari negara Perancis.

Adakah telah timbul satu ugutan? atau telah dikemukakan satu tawaran bagi menyelamatkan airmuka dan tahta??;

Demi menyelamatkan maruah seorang pemimpin, maka nasib rakyat 1Malaysia menjadi galang-ganti. Dengan terbinanya loji nuklear kelak, seluruh tanah melayu akan berdepan dengan ibu segala punca penyakit iaitu - sinar radioaktif tercemar.

Jika difikir secara proaktif, semua negara maju mempunyai reaktor nuklear dan mereka masih hidup dengan tenang dan selamat. Malah penggunaan tenaga nuklear sangat efisyen.

Namun kontranya pula ialah, negara kita dengan kadar rasuah dan pelbagai bentuk penyelewengan 'kelas pertama'nya, akan menyebabkan negara ini lebih berisiko tinggi sekiranya mempunyai walau satu reaktor nuklear yang aktif.

Kesimpulannya, atas ketelanjuran antarabangsa, rakyat dan bangsa glokal ini bakal menghadapi hukuman daripada perjanjikan kapitalis yang begitu iblis.

Dengan segala kesedaran, kami rakyat akan menentang habis-habisan pembikinan loji nuklear yang akan menjahanamkan tujuh keturunan.

Demi Rakyat, Untuk Rakyat !!! Ayuh bangkit menggapai Revolusi Malaysia Baru!! Malaysia yang lebih selamat.
Revolusi itu bermula ketika jatuhnya sebuah kerajaan zalim!

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

Malaysia hendak halalkan judi bola sepak?

22 Jamadil Awal 1431 H
http://iskandar56100.blogspot.com/

Datuk Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan, patut beristighfar dan mengucap syahadah kerana berhujah jika judi bagi sukan bolasepak dibenarkan kerajaan boleh memungut hasil.

Beliau hari ini memberitahu Dewan Negara bahawa kerajaan Pusat akan menimbang untuk membenarkan judi untuk sukan tersebut.

Sebagai seorang Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan ucapan sedemikian.

Sebagai ADUN, saya turut mendapat aduan dari masyarakat bukan Islam yang mahu industri judi dihadkan. Tetapi seorang Menteri Islam pula yang mahu ditambah peluang bagi rakyat untuk berjudi.

Inilah Umno yang tidak memperdulikan halal dan haram asalkan dapat mendatangkan keuntungan. Tidak langsung memikirkan keredhaan dan keberkatan Allah SWT.

Maka jelaslah Umno tidak layak bercakap tentang Islam dan ini sepatutnya membuka mata mereka yang mengharapkan Umno membela agama Islam.

Iskandar A. Samad,
ADUN Chempaka,
Timbalan Pesuruhjaya PAS II Negeri Selangor.

Harakahdaily/-

Setelah buat kerjasama dengan Apco, nak halal judi pula?

22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Angkasanuri

Datuk Dr Awang Adek Hussein, Timbalan Menteri Kewangan berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi lesen judi bola sepak sempena Kejohanan Piala Dunia Jun ini.

Di Kelantan, siapa yang tak kenal dengan Awang Adek? Nama yang dicanang dan disebut-sebut oleh Umno Kelantan sebagai pemimpin bersih dan masa depan untuk merampas kerusi Menteri Besar dari kepimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa juga alasan dan hujahnya untuk membenarkan judi bolasepak, judi tetap haram. Tak ada judi halal dan judi haram. Hanya zaman Umno berada dalam kerajaan maka diperkenalkan istilah judi halal dan judi haram.

Rakyat Malaysia amnya dan Kelantan khasnya boleh menilai sendiri sikap pemimpin Umno seperti Awang Adek yang sering bercakap dan menyerang Pas kononnya memperalatkan Islam tetapi terbukti mereka sendiri sangat jahil tentang tuntutan dan apa yang dicegah oleh Islam.

Kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin MCA, Gerakan atau MIC saya tak pelik kerana mereka bukan Islam.

Tetapi bila kenyataan ini walaupun dalam bentuk cadangan keluar dari mulut seorang yang mengaku Islam ia merupakan sesuatu yang sangat memalukan.

Jadi tak hairanlah apabila pemimpin Umno yang turut meneguk arak dan memiliki saham judi serta terlibat dengan skandal memperlekehkan dan menghina sejarah lampau hidup Dato Zaid Ibrahim semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana bagi pemimpin Umno seperti itu umpama mengesahkan bahawa dalam Umno dalam bab tertentu arak dan judi adalah halal.

Maka dalam pilihan raya kecil itu kita dapat menyaksikan ramai pemimpin Umno yang maksum!

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

Wahai Mufti Perak, halalkah lesen judi kerajaan BN?

22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Mutaligat

Kerajaan BN memang tidak pernah memandang halal atau haram sesuatu perkara yang dilakukan yang penting duit 'masyuk'. Sebab itulah lesen judi terus dikeluarkan walaupun yang sedia ada sudah melimpah ruah.

Sehari dua ini kemungkinan besar satu lagi lesen judi akan diluluskan.

Kerajaan Umno-Barisan Nasioal sedang mempertimbang mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan atas kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 awal bulan depan dalam satu lagi langkah yang dikhuatiri akan membawa kepada pelbagai masalah social dan keselamatan kepada negara.

Alasan untuk pertimbangan itu, menurut Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussein, ialah bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Kalau dilihat kepada jawapan Awang Adek ('Menteri Besar' Kelantan yang kempunan ini) kita dapat simpulkan bahawa judi yang diberi lesen oleh kerajaan BN HALAL dan judi yang tiada lesen HARAM. Kitab mana dan hadis mana yang Umno BN pakai ini. Ada judi HALAL dan ada yang HARAM.

Minta tolong Mufti Perak, Sahibus Samahah Harussani Zakaria keluarkan fatwa adakah judi yang dilesenkan oleh kerajaan BN HALAL di sisi ISLAM?

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

Umno-BN tutup rahsia Blok L dan M

22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Halik Zaman

Musa Aman, Ketua Menteri Sabah telah mengeluarkan satu kenyataan penafian yang tidak meyakinkan bahawa Blok L dan M kawasan carigali terletak dalam perairan Sabah. Kita semua dapat baca penafian beliau ini dilihat sebagai suatu kenyataan yang ‘sambil lewa’ tanpa disokong oleh suatu bukti yang tepat dan kukuh. Musa Aman seolah-olah 'melepaskan batuk ditangga' secara bersahaja.

Beliau dilihat sebagai memberikan satu penafian bermuslihat tanpa menjelaskan kepada rakyat Sabah secara terperinci akan kedudukan geografi sebenar Blok L dan M. Beliau sekadar untuk mengaburi mata rakyat tanpa menjelaskan kebenaran yang sebenar-benarnya dengan bersandarkan peta persempadanan antara Limbang dan Sabah.

Datuk Harris Salleh, mantan Ketua Menteri Sabah yang saya temui secara tidak formal di Hotel Hyatt menyatakan bahawa perkara ini perlu disemak dengan teliti. Banyak sumber harus di kaji, antaranya peta British harus dirujuk kembali bagi menentukan lokasi persempadanan yang tepat. Akan tetapi menurut beliau lagi beliau tidak pasti sama ada Kerajaan Malaysia telah atau pernah mengubah peta persempadanan berkenaan.

Kita dapat melihat adanya kontra dalam kenyataan penafian Musa Aman dalam subjek Blok L dan M ini.

Jika di imbas kembali kenyataan terdahulu yang di keluarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mana beliau menyatakan negeri Sabah akan menghadapi kerugian sebanyak RM16 bilion ekoran perjanjian yang dimeterai oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jadi persoalannya, mengapa pula Sabah akan menanggung kerugian sekiranya Blok L dan M ini tidak berada dalam lingkungan perairan Sabah? Dan mengapa Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Ini jelas menunjukkan Blok L dan M pasti berada dalam lingkungan perairan Sabah.

Kita kurang berkeyakinan insan terpelajar seperti Tun Dr Mahathir tidak mempunyai fakta dan bukti yang kukuh sebelum memberikan apa-apa kenyataan berhubung perkara di atas? Malah kita percaya Tun Dr Mahathir juga tidak mahu dilihat sebagai 'pemimpin yang kurang pintar' memberikan kenyataan tanpa merujuk terlebih dahulu persempadanan tersebut.

Siapakah antara pemimpin Umno yang berbohong kini?

Apakah pemimpin Umno zaman dahulu yakni Tun Dr Mahathir ataupun pemimpin Umno Sabah Musa Aman? Yang pasti, salah seorang dari mereka pasti telah mengeluarkan kenyataan 'berbohong'.

Tidak pasti pula Musa Aman ‘buat kenyataan bohong' untuk lepaskan diri dari terus dihujani persoalan-persoalan dari rakyat Sabah? Atau Musa Aman takut nasib Umno Sabah akan sama dengan nasib Parti Berjaya yang tumbang bila Pulau Labuan diserahkan kepada Persekutuan untuk dijadikan wilayahnya?

Pemimpin yang mana satu yang berbohong ini, pastinya antara 'dua M' ini, Musa atau Mahathir? Tapi yang jelas dan pasti, kedua-dua mereka adalah 'khalifah Umno'! Jadi tidak seberapa hairanlah kerana memang budaya Umno suka merekacipta cerita serta pakar membohong.

Pakatan Rakyat seharusnya akan jadikan Blok L dan Blok M satu isu sensasi kepada rakyat Sabah supaya rakyat Sabah tahu mereka benar-benar tertipu lagi.

Jangan tunggu PRU-13 lagi, 'highlight' dari sekarang dari kampung kekampung agar rakyat tahu bahawa mereka kini dan sedang tertipu.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-