08 Mei 2010

Pilihan Raya Britain: Parlimen Tergantung Sejak 36 Tahun

22 Jamadil Awal 1431H.

LONDON: Parti Konservatif sehingga kini masih mendahului bilangan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum Britain tetapi gagal menyisihkan Perdana Menteri Gordon Brown daripada Parti Buruh.

Bagaimanapun pemimpin Konservatif, David Cameron menegaskan Brown telah hilang mandat untuk mentadbir.

Keputusan tidak rasmi dan tinjauan menunjukkan Konservatif berpotensi memenangi 305 kerusi.

Angka itu masih kurang sebanyak 21 kerusi daripada jumlah majoriti sebanyak 326 kerusi daripada 650 kerusi dalam Parlimen.

Sementara sekutu-sekutu Brown membayangkan parti Buruh akan berusaha mengekalkan kuasa dengan pakatan bersama Parti Demokrat Liberal.

Jumlah majoriti itu terdiri daripada 255 kerusi untuk Parti Buruh dan 61 kerusi (Parti Demokrat Liberal).

Ini akan menyebabkan Parlimen tergantung iaitu tidak ada parti mendapat kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian yang merupakan kali pertama berlaku sejak tahun 1974 dan mampu mencetuskan perebutan kuasa di negara ini.

Brown bercadang untuk membentuk sebuah gabungan dan Cameron menolaknya kerana Brown tiada lagi mandat untuk memimpin kerajaan.

“Negara kita perlukan perubahan dan ia memerlukan kepimpinan baru,” kata Cameron yang memahami rundingan mungkin diperlukan bagi menentukan siapa yang membentuk kerajaan seterusnya.

Bagaimanapun, Brown sebelum ini berjanji untuk bertanding bagi memastikan kerajaan kukuh dan kuat, sekaligus menjadi petanda awal menunjukkan beliau mengharapkan kuasa dan mencari satu pakatan dengan Demokrat Liberal.

Penganalisis bagi pengundian IPSOS Mori, Rober Worcester berkata, kelemahan Demokrat Liberal disebabkan oleh kehadiran penyokong yang sedikit.

“Mereka (penyokong) kata akan mengundi, tetapi mereka tidak berbuat demikian,” katanya.

Namun, sebenarnya beberapa parti tidak mungkin untuk menyertai ‘gabungan’ Parti Buruh.

Konservatif pernah digulingkan oleh Buruh di bawah Tony Blair pada tahun 1997 selepas 19 tahun parti itu berkuasa.

Brown mengambil alih kuasa daripada Blair tiga tahun lepas pernah melalui waktu sukar sewaktu ekonomi Britain melonjak tinggi menjadi peneraju servis kewangan dunia. - AGENSI

10 ulasan:

Mr Q- UK berkata...

MasyaAllah, ana tinggal di UK sekarang, banyak perbezaan politik yang sangat berbeza dengan Malaysia. Kebebasan politik disini sangat bebas dan rakyat memang mendapat maklumat yang tepat. Kempen dilaksanakan dengan berkesan. Isu-isu yang ditimbulkan dan kempen sangat mengambil berat tentang rakyat. Mereka di sini sibuk membincangkan tentang isu-isu cukai, imigresen, keselamatan dll. Namun di malaysia kita masih lagi sibuk nak timbulkan isu-isu yang berkaitan orang politik, bangsa dll. Di UK, Parti yang racist memang ditolak terus! Takbir!!!

Tanpa Nama berkata...

mr q uk ana ingat biarlah tuan terjun dengan labu tuan di UK , biarkan

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 4.10pm, apa yang baik boleh jadikan panduan.. ini tidak, tau nak suruh org tenggelam aje..jumud sungguh..sempit pemikiran... - Neo

king berkata...

Yg baik kita ambil sebagai teladan ....yg buruk kita jadikan sempadan.

Masih ada yg hidup umpama katak di bawah tempurung kaca di malaysia ni.

bang usin berkata...

alahai...apa punya komen la kau ni anonymous 4.10pm..dah la tak letak nama,peh tu suruh orang terjun...sebelum kau suruh orang,elok kau terjun dulu...terjun dengan umno-apco kau tu sekali...

merbok berkata...

melayu memang ramai yg jumud pun.. contoh kat atas tu adalah contoh paling tepat

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 4.10am di atas DENGKI dengan mr q yang duduk kat UK...hang dah duduk bwh tempurung jgn la dengki...wahai 4.10 bumi ni luas...kalau sekadar melawat tak sama dgn tinggal. yg baik jadi contoh yg tidak jadi sempadan...CEMBURU la Tu.....


utuh

chendrawasih berkata...

dah duduk bwh tempurung memang mcm tu lah, fikiran jumud, tindakan jumud boleh dikatakan semua jumud lah, otak tak berkembang lansung, alahai 4.10 pm

joegrimjow berkata...

bangga sebab jadi antara penyumbang
tp kalah...

Tanpa Nama berkata...

Nah 4:10, aku bagi kat kau 4 "kupang" kerana keprihatinan engkau. Jangan buat muka seposen lak.

Banyak merantau, banyak ilmu. Kalau tak leh merantau, baca buku, check Internet. Hah nanti kau jadi pandai.

Tapi, cari ilmu dengan niat yang baik, utk mencari kebenaran. Kalau tak nanti kau dapat ilmu yang salah je...hati mesti bersih.