08 April 2008

Pak Lah pantang berundur

KOTA KINABALU, 7 April :– Tekanan yang kuat dari pelbagai pihak supaya melepaskan jawatan sebagai PM dijawab hari ini oleh beliau. Abdullah berkata, beliau sedia melepaskan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya kini apabila tiba masanya.Katanya, beliau tidak akan pegang jawatan itu lebih lama daripada yang sepatutnya dan akan menyerahkan kepada pengganti apabila tiba masa yang sesuai.

Bagaimanapun kata Perdana Menteri, pada masa ini beliau masih mempunyai tanggungjawab yang perlu ditunaikan terhadap negara selain memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan stabil.

“Saya tidak akan memegang jawatan bertahun-tahun lamanya. Sudah tentu tidak. Saya tidak akan memegang jawatan lebih lama daripada yang sepatutnya.“Saya akan bersara satu hari nanti tetapi saya tidak akan berhenti dalam keadaan politik sekarang.

Alasan yang diberikan oleh beliau ialah“Saya tidak boleh berhenti pada ketika parti dalam keadaan begini. Saya tidak boleh berhenti pada ketika kami sedang menyiapkan pelaksanaan projek pembangunan. Kami telah pun berjanji kepada rakyat. Kami akan melakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN Sabah di sini hari ini.

Sebenarnya negara kita dalam keadaan yang sangat-sangat tidak stabil seperti yang diakui pak lah dalam pertemuan tersebut. Ketidakstabilan ini sangat diyakini adalah kesan dari sikap beliau yang tidak mahu tunduk kepada pelbagai pihak supaya mahukan dia melepaskan jawatan.

Merendah dirilah.....

“Sifat jujur itu adalah amanah, sedangkan kebohongan adalah pengkhianatan” (Abu BakarShiddiq r.a.).

Tidak semua orang yang terpilih dan diamanahkan sesuatu jawatan merasa dirinya manusia pilihan yang telah ditentukan oleh Allah SWT, meskipun tidak sedikit juga yang merasa demikian. Abu Bakar Siddiq r.a., misalnya, saat terpilih sebagai pemimpin umat setelah wafatnya Rasulullah SAW juga merasa dirinya bukan orang pilihan. Hal ini tercermin dalam pidatonya dalam nada yang sangat merendah diri beliau berkata, “Saudara-saudara, saya telah terpilih menjadi pemimpin, tetapi bukan kerana saya orang yang terbaik di antara kamu sekalian …”

Karena merasa dirinya bukan orang pilihan, Abu Bakar selalu menempatkan dirinya sebagai manusia biasa yang tidak sunyi dari berbagai kesilapan atau ketidak sempurnaan dalam melaksanakan amanah umat. Sehingga dalam bertugas, beliau merasa sangat memerlukan bantuan-bantuan orang lain. Tentunya, bantuan yang dimaksud adalah pada hal-hal yang baik, sebagaimana dapat difahami lanjutan ucapannya” … jika aku berbuat baik, bantulah aku; namun, jika aku berbuat salah luruskanlah aku.”

Mudah-mudahan orang-orang yang terpilih sebagai pemimpin di berbagai peringkat di Malaysia mengikuti jejak Abu Bakar. Iaitu, tidak tinggi hati atau selalu merasa dirinya bukan orang pilihan meskipun sudah terpilih, meyakini bahwa bantuan orang lain sangat penting, selalu untuk menerima cadangan dan pandangan dari siapa saja demi untuk kebaikan negara dan negeri, sesudah itu dia sangat takut untuk mengkhianati amanah. InsyaAllah, orang-orang seperti ini akan selalu mendapat pertolongan Allah sewaktu melaksanakan tugas dan mendapat keistimewaan dariNya di akhirat kelak kerana telah berbuat kebaikan secara ikhlas untuk hamba-hambaNya.