20 Januari 2014

Bot Karam: Satu Lagi Mayat Ditemui

18 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
DARO (Sarawak): Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat kelima mangsa tragedi bot panjang yang dinaiki 27 penumpang yang terbalik di Batang Lassa dekat Kampung Kut di sini, pagi Isnin.


Mayat wanita yang identitinya belum dikenalpasti itu ditemui pada 6.49 pagi kira-kira 100 meter dari muara Sungai Saai, yang merupakan kawasan tragedi itu.

Harga kereta turun, sudah-sudahlah tipu rakyat

18 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Apabila tajuk akhbar berbunyi ‘Harga kereta bakal turun lagi’ bermakna harga kereta telah turun sebelum ini dan ianya akan diturunkan lagi. 

Demikian kata Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu yang mengulas tajuk muka depan akhbar harian arus perdana hari ini ‘Harga kereta bakal turun lagi’.

Najib dihormati jika letak jawatan demi rakyat

18 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Jika benar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak inginkan sebuah negara yang baik politiknya, beliau perlu bersara dan menyerahkan kepada keadaan untuk menentukan siapa yang layak membetulkan keadaan sekarang.


Justeru, Najib perlu mempunyai jiwa yang besar dan mengundurkan diri dari menanggung tanggungjawab yang tidak dapat diselesaikannya itu.

Apa lagi rakyat Sabah boleh harapkan daripada BN

18 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Pada hari Rabu, 15 Januari yang lepas, saya berangkat bersama rombongan pimpinan Pemuda PAS Malaysia ke Bumi Di Bawah Bayu. Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda turut serta dalam rombongan tersebut. Selain menghadiri perbicaraan di mahkamah, kami juga menyantuni anak anak muda dan rakyat Sabah dengan pelbagai program yang telaha disusun. Antaranya dialog anak muda, kuliah di surau-surau dan program turun kawasan.

Antara tempat yang sempat saya turun kawasan adalah di Batu Sapi. Ianya terletak lebih kurang 10km daripada bandar Sandakan. Malang bagi warga Batu Sapi apabila mereka mengalami kerosakan jalan hampir 5km terutama di kawasan Taman Po Hing dan ianya telah berlarutan lebih daripada 3 tahun.

Bomba sukar masuk kawasan luar bandar

18 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
NIAH: Perjalanan yang penuh dengan bukit curam, jalan rosak dan agak sempit untuk sampai ke Rumah Panjang (RH) Jelani di Saeh Niah dari jalan utama Miri-Bintulu adalah antara punca kesukaran bagi pihak bomba untuk menyelamatkan harta benda RH Jelani. 


Rumah Panjang Jelani hangus teruk akibat kebakaran beberapa hari yang lalu. 

Selangor kesal Jepun hina Ketua Pembangkang

18 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor amat  kesal dengan kejadian yang menimpa Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dihalang memasuki negara Jepun berdasarkan laporan ‘sesuatu yang berlaku tahun lalu’ yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.


"Kerajaan negeri berpendapat perbuatan ini  menghina kedudukan beliau selaku Ketua Pembangkang Malaysia yang telah dipilih oleh rakyat secara sah menjadi Ahli Parlimen menerusi  Pililhan Raya Umum ke-13 yang lalu," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Najib perlu letak jawatan segera, kata Tamrin

18 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak terus mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya apabila gagal serta tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan janjinya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.


Datuk Mohd Tamrin Ghafar ketika ditemui Harakahdaily turut menggesa agar Najib lebih bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam negara ini atas kegagalannya sebagai pemimpin.