12 Mac 2009

Nizar mohon menghadap Sultan Perak bubar DUN

PETALING JAYA: Surat mohon menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga resolusi yang diluluskan ketika sidang tegempar di bawah pokok di Ipoh, Selasa lalu telah difakskan kepada pihak Istana semalam.

Menurut Setiausaha Politik YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Mohd Misbahul Munir Masduki surat tersebut telah dihantar secara faks pada pukul 12 tengah hari semalam.

"Saya sendiri memfakskan surat mohon menghadap Sultan kepada pihak istana tengah hari. Insya-Allah esok kita akan menghantar surat tersebut secara rasmi dengan menggunakan perkhidmatan pos laju pula," katanya kepada mStar Online.

Jelas Misbahul, Kerajaan Perak Pakatan Rakyat sedang menunggu tarikh menghadap untuk mempersembahkan tiga resolusi yang telah diluluskan minggu lalu.

"Kerajaan Perak Pakatan Rakyat yakin kita akan dapat perkenaan untuk mohon menghadap Sultan Perak secepat mungkin," katanya.

Ditanya apakah kandungan surat yang dihantar itu, Misbahul berkata, surat tersebut merupakan prosedur yang perlu dilakukan bagi memohon perkenaan menghadap Sultan Perak.

"Tiga resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat tergempar menjadi agenda utama kerajaan Pakatan yang mahu dipersembahkan kepada Sultan Perak," katanya.

Selasa lalu, sidang tergempar DUN Perak yang berlangsung di bawah pokok 100 meter dari bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, meluluskan tiga usul.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Nizar sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Menteri Besar Kudeta, Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri kudeta daripada menghadiri persidangan dewan.

Persidangan itu, yang berlangsung selama 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Usul pertama dibentangkan oleh wakil rakyat Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, usul kedua oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang, dan satu lagi oleh ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham. Mesyuarat itu ditangguhkan pada 10.33 pagi.

Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 27 ADUN pembangkang daripada memasuki Dewan.

Persidangan yang berlangsung sambil wakil-wakil rakyat terbabit berdiri dan ia dijalankan dengan bantuan Setiausaha Dewan yang baru dilantik, Mohd Misbahul Munir Masduki, dengan penggunaan alat pembesar suara.

Kawasan persidangan yang berlangsung di sebuah lorong itu dipagari oleh sekumpulan penyokong pembangkang manakala lebih 500 orang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Dakwaan politik wang, SPRM 'serbu' pejabat Azalina

PETALING JAYA: Selepas seminggu menahan setiausaha politik, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'menyerbu' pejabat Menteri Pelancongan di ibu negara pagi semalam.

Tiga pegawai SPRM menghabiskan hampir tiga jam untuk mendapatkan bukti susulan dipercayai berhubung amalan politik wang menjelang pemilihan Umno hujung bulan ini.

Menurut sumber, pegawai-pegawai SPRM keluar dari pejabat menteri berkenaan dengan membawa keluar beberapa dokumen.

Dua fail berkaitan dengan perwakilan Umno Wilayah Persekutuan dipercayai dibawa keluar ekoran kunjungan tersebut.

Malah mereka juga menemu bual dua pegawai kanan di pejabat Datuk Azalina Othman yang terletak di Menawa Dato Onn, Kuala Lumpur.

Menurut sumber, pegawai-pegawai MACC mengunjungi pejabat tersebut kira-kira 10 pagi tetapi Azalina tiada di pejabat.

Bagaimanapun pegawai pejabat Azalina, SPRM tidak merampas apa-apa dokumen dari pejabat mereka.

Rabu lalu, SPRM menahan pegawai tersebut - setiausaha politik, didapati membawa bersama wang tunai RM75,000 dalam keretanya.

Setiausaha Politik itu dan menterinya turut layak untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi.

Dia telah dibebaskan awal Khamis lalu selepas kenyataannya diambil.

Dalam pada itu, pegawai-pegawai Azalina menafikan kunjungan MACC ada kaitan dengan isu wang tunai tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, pejabat Menteri Pelancongan berkata, pihaknya memberikan kerjasama penuh kepdada SPRM berhubung isu tersebut.

"Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap MACC dan yakin bahawa kami akan dibersihkan menerusi siasatan mereka," katanya.

SPRM tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta SPRM menyegerakan siasatan terhadap setiausaha politik berkenaan.

Sehubungan itu kata Perdana Menteri, pegawai kanan tersebut harus dibebaskan jika tidak bersalah.

Beliau berpendapat kes tersebut kemungkinan menjejaskan peluang setiausaha politik berkenaan jika bertanding dalam pemilihan Umno pada 26 Mac ini.

"Jika dia tidak melakukan apa-apa kesalahan termasuk dakwaan politik wang, saya berharap dia akan dibebaskan dengan secepat mungkin.

"Kemungkinan dia bertanding... jadi jangan tangguhkan (siasatan)," kata beliau.Mstar.

Nizar dijangka rasmi gerak kerja Kelab Penyokong PAS di Bukit Gantang

IPOH, 11 Mac : - YAB. Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka akan merasmikan pelancaran gerak kerja Kelab Penyokong PAS di Parlimen Bukit Gantang pada 15 Mac ini, sekali gus menyuntik semangat ahli kelab di negeri ini untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi mempastikan calon PAS memenangi kerusi parlimen tersebut pada pada 7 April nanti.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Jentera Kelab Penyokong PAS, Khalilul Rahman Adbul samad, dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di Pejabat PAS Negeri Perak pagi tadi.

Menurut beliau, pelancaran gerak kerja Kelab Penyokong PAs itu akan diadakan di hadapan Bilik Gerakan Kelab Penyokong PAS, Taman Matang Utama, Simpang, Taiping , bersebelahan Bilik Gerakan MTD Kuala Sepetang bermula jam 11.00 pagi.

Antara pimpinan utama kelab penyokong PAS yang akan berucap di majlis itu, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Negeri Perak, Soorianarayanan, Pengarah Jawatankuasa Operasi Kelab Penyokong PAS yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Perak, YB. Hj. Mohd. Zainudin Mohd. Yusoff, Pengerusi Kelab Penyokong India Pusat, Balasubramaniam dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw.

Serentak dengan itu juga Mohamad Nizar akan melancarkan dana Kelab Penyokong PAS.

"Kita menjangkakan kehadiran tidak kurang 2,000 ahli kelab penyokong PAS dari seluruh negeri Perak," katanya.

Menurut beliau lagi, di bawah pengelolaan Kelab Penyokong PAS, pada hari yang sama akan dilancarkan gerak kerja Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membantu kemenangan calon PAS di Parlimen Bukit Gantang.

"Saya menyeru seluruh ahli Kelab Penyokong PAS khususnya di negeri Perak untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk memenangkan calon dari Pakatan Rakyat, kita mahu buktikan BN tidak lagi diterima di Bukit Gantang, marilah kita bersama sama mentalkinkan BN di bumi Bukit Gantang," tegasnya. Harakahdaily.

Bila PM akan umum tarikh peralihan kuasa ?

KOTA KINABALU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan membuat pengumuman rasmi mengenai tarikh peralihan kuasa sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena lawatan seharinya di negeri ini, hari ini.

Perdana Menteri yang akan melepaskan jawatannya pada Perhimpunan Agung Umno, akhir bulan ini berkata, tarikh itu sebenarnya sudah ada dalam pemikirannya.

Kartun di Mahkamah Ipoh : Speaker dipaksa terima nasihat Penasihat Undang-undang Negeri

IPOH : Setelah berlaku perang mulut antara Speaker Kerajaan Negeri Perak, V.Sivakumar dengan Penolong Penasihat Undang-undang Negeri, En.Zul akhirnya Hakim telah memutuskan Speaker mestilah diwakili oleh Panasihat Undang-undang Negeri dalam kes samannya terhadap bekas ADUN Jelapang, Behrang dan Changkat Jering.

Satu perkara yang tidak pernah berlaku dalam sejarah kehakiman di Malaysia apabila Sivakumar yang pada mulanya berhujah dalam kamar Hakim bahawa dia tidak mengenali dan tidak pernah bercakap dengan wakil tersebut, bagaimanakah dia boleh mewakili saya, kata Speaker semasa dihubungi sebentar tadi.

Hujah yang dikemukakan oleh Sivakumar untuk membela diri sendiri dalam kes ini ditolak oleh Hakim. Satu perkara yang sangat bertentangan dengan undang-undang dan amalan yang biasa berlaku dalam proses kehakiman di negara kita. Sehingga kita tahu siapapun boleh menggunakan peguam atau tidak dalam sesuatu kes di Mahkamah.

Hak Speaker ditolak dengan mudah oleh Hakim pada pagi ini. Suatu lagi keganjilan yang berlaku.

"Perkara ini ajaib dan luar biasa" kata Sivakumar . Selain itu tiga orang peguam peribadi ,Chang, Leong dan Nga yang datang bersama beliau juga dinafikan hak untuk bercakap kerana dengan alasan mereka ditolak untuk menjadi peguam kepada Sivakumar dalam prosiding sebelumnya.

Perbicaran bersambung isnin hadapan.

Gambar lawatan MB Perak ke Parit Buntar.

Lawatan YAB Menteri Besar Perak ke Parlimen Parit Buntar telah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat berbagai bangsa yang hadir dalam semua proram yang diatur. Gambar diatas ialah MB Perak dan ADUN Titi Serong mengaminkan doa dalam taklimat bersama petugas piliharaya muslinat di Pusat Tarbiyah PAS Titi Serong..

Taklimat kepada petugas pilihanraya muslimat di Pusat Tarbiyah Titi Serong.YAB Menteri Besar menyampaikan ucapan.

ADUN Titi Serong menyampaikan ucapan aluan.

ADUN Canning menyampaikan ceramah di Dewan JKKK Tg. Piandang dalam bahasa manderin

Kehadiran sebahagian kaum Tionghua dalam majlis tersebut.

MB perak menyampaikan ceramah kepada kaum Melayu, Cina dan India yang hadir.

Kuliah Maghrib di Masjid Jamik Sungai Kota.

Hampir 20,000 hadir ceramah MB Perak di Titi Serong.

PARIT BUNTAR: Krisis perlembagaan yang berlaku di Perak sekarang menarik minat pelbagai pihak untuk memenuhi segenap inci dan sudut di Pusat Tarbiyah Titi Serong dengan kehadiran hampir 20,000 orang di sini malam tadi.

"Sebelum ini tidak pernah seramai itu yang hadir dan merupakan sejarah di tempat berkenaan" Jelas Ketua Kampung Jalan Pantai Tg. Piandang, En Jamaluddin.

Penceramah utama dalam program itu ialah YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Machang , YB.Saifuddin Nasution.Selain itu turut memberikan ucapan ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. mujahid Yusuf Rawa, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, Pengerusi Kelab penyokong PAS Bagan Serai, En.Beh dan YDP Pas Kawasan Parit Buntar, Hj. Harun Hashim.


Andainya Datuk Seri Najib Menjadi Perdana Menteri

Posted by: Kerajaan rakyat
Email : Asrul Nizan Abd Jalil

Amalan biasa parti UMNO yang telah membentuk kerajaan persekutuan Malaysia sejak lebih 50 tahun dulu, presiden parti tersebut secara langsung akan diangkat menjadi Perdana Menteri. Ini hak mereka walaupun perlembagaan tidak mensyaratkan begitu.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Najib selepas perhimpunan agong parti tersebut akhir Mac ini. Telah menjadi tradisi UMNO/BN menyerahkan kuasa perdana menteri yang akan mentadbir negara yang mempunyai lebih 27 juta RAKYAT seolah-olah jawatan tersebut warisan datuk nenek moyong mereka.

Saya tidak berminat membicarakan budaya mereka menyerahkan kuasa mentadbir negara dengan cara yang amat tidak demokratik itu. Apa yang ingin saya sentuh adalah apakah yang dapat RAKYAT Malaysia bangga kan andainya Datuk Seri Najib menjadi perdana menteri?

Senarai berikut mungkin tidak lengkap, tetapi memadai untuk kita menilai - andainya Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka sejarah akan terukir:

1. Perdana Menteri pertama yang diangkat menjadi wakil rakyat BUKAN kerana potensi peribadinya tetapi kerana mengenang jasa arwah bapanya.

2. Perdana Menteri pertama yang mempunyai sejarah “duda mengahwini janda”

3. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan konspirasi pembunuhan zalim warga Monggolia.

4. Perdana Menteri perdana yang tidak merasa malu atau rasa bersalah mengizinkan isterinya berlaku sumbang bersama pelakon lelaki Bollywood di hadapan orang ramai.

5. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan perbuatan rasuah bernilai ratusan juta ringgit.

6. Perdana Menteri pertama yang didakwa berlaku sumbang dengan seorang artis wanita tempatan di Port Dickson.

7. Perdana Menteri pertama yang melakukan penyembunyian wakil rakyat demi menjatuh sebuah kerajaan negeri pilihan RAKYAT.

8. Perdana Menteri pertama yang didakwa melakukan perhubungan sulit dengan wanita Monggolia yang kemudiannya mati dibunuh.

9. Perdana Menteri pertama yang diketahui umum terlalu menurut telunjuk isteri.

10. Perdana Menteri pertama yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ telah menggunakan khidmat bomoh Hindu untuk tujuan tertentu.

Sambungan kepada senarai di atas saya serahkan kepada RAKYAT Malaysia lainnya untuk meneruskan.

http://kerajaanrakyat.com

Contohi kemuliaan Rasulullah: Sultan Azlan

IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam bertitah supaya umat Islam di negeri itu mencontohi kemuliaan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW.

Titah baginda, Nabi Muhammad yang diutuskan Allah adalah untuk memberi rahmat ke seluruh alam sehingga kejayaan Baginda Nabi membina satu tamadun yang agung.

Melaksanakan dan memenuhi amanah serta tanggungjawabnya menerusi akhlak yang terpuji, bukan sahaja diperlihatkan dalam kalangan anggota keluarganya, sahabat dan pengikut, malah ketika menghadapi kumpulan yang menentangnya

Semoga ucapan ini diambil oleh semua pemimpin UMNO di Perak yang melakukan rampasan kuasa di Perak. Adakah satu akhlak yang terpuji dengan melakukan penafian kepada kehendak rakyat supaya diadakan pilihan raya semula, bukannya dengan mengeluarkan seribu alasan untuk mempertahankan kedudukan "haram" adakah sebagai jawatan MB dan Exco.

Tamadun yang agung dalam Islam ialah dengan pembinaan negara tanpa ada penindasan dan penafian hak orang lain, jauh sekali Islam melarang tindakan zalim dan menumpahkan darah. Oleh itu ucapan DYMM Tuanku Sultan amat tepat pada waktu nya untuk menegur pihak yang tidak bertamadun dalam Isu Perak

25 NGO mohon bubarkan DUN

IPOH – Sebanyak 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perak sepakat menghantar Referandum Kembalikan Hak Rakyat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Pengerusi Jaringan Per-muafakatan Pertubuhan Islam Negeri, Zulkifly Ibrahim berkata, referendum itu untuk menzahirkan kekecewaan rakyat terhadap keputusan Sultan Azlan Shah yang dianggap tidak telus dalam pelantikan kerajaan baru.

“Rakyat bukan bermaksud untuk melawan atau menderhaka kepada Sultan Azlan Shah, tetapi mereka (rakyat) hanya mahukan hak sebagai untuk menentukan pemimpin yang diyakini boleh membela nasib rakyat.

“Pengambilalihan kerajaan oleh Ba-risan Nasional (BN) daripada Pakatan Rakyat (PR) adalah satu pelanggaran perlembagaan yang dianggap sebagai kemuncak penderhakaan serta pengkhianatan rakyat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Zulkifli berkata, Sultan Perak perlu menimbangkan lima usul iaitu mendapatkan mandat baru dari rakyat supaya DUN dibubarkan dengan mengadakan pilihan raya umum negeri.

Katanya, mereka juga mahu pelantikan Menteri Besar kudeta, Zambry Abdul Kadir dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri kudeta digantung sehingga DUN bersidang untuk menentukan usul undi tidak percaya kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diluluskan selaras peruntukan Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Perlembagaan Negeri.

“Kita memohon supaya pihak keselamatan berlaku adil dan menjalankan tugas secara profesional demi mengelakkan rakyat diperlakukan secara kasar serta tidak berperikemanusiaan.

“Seterusnya, 25 NGO ini menyeru perintah Paduka Seri Sultan agar semua media perdana menghentikan penyebaran fitnah dan menghasut kerajaan sedia ada yang boleh membangkitkan perasaan perkauman serta boleh mengancam keamanan awam,” katanya.

Setiausaha Kumpulan Prihatin Negeri, Mohd Nazri Sahat berkata, bermula 19 Februari lalu rakyat telah dipertontonkan dengan pelbagai adegan dan proses rampasan kuasa yang menyayat hati.

“Penyelesaian terbaik dicadangkan, ialah pembubaran DUN dan menyerahkan kembali hak menentukan kerajaan di tangan rakyat melalui pilihan raya,” katanya.sinarharian

Musa, Gani tidak palsu bukti mata lebam Anwar

Ketua polis negara dan peguam didapati tidak terlibat dalam kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jawapan itu dimaklumkan di Parlimen hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Anwar membuat aduan polis terhadap Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail tahun lalu tidak lama selepas disiasat meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Adakah Nazri cuba berbohong lagi dalam isu ini? kita tunggu dan lihat siapakah yang benar.

'Kita punya pandangan serupa dengan GMP' - Nik Aziz

KOTA BAHARU, 11 Mac :- Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu penglibatan parti pembangkang dalam himpunan 100,000 anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) 7 Mac lalu bukan bertujuan mengambil kesempatan tetapi kerana mempunyai pandangan sama terhadap isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata disebabkan kedua-dua pihak iaitu pembangkang dan GMP mempunyai aliran yang sama maka berlakulah himpunan besar-besaran itu secara serentak.


"Ya lah, aliran pemikiran serupa, mana ada manusia yang cintakan bahasa tidak mahu masukkan ilmu Sains dan Matermatik dalam bahasa Melayu, kami pembangkang juga setuju," katanya yang dipetik daripada laporan agensi berita.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penglibatan PAS dalam himpunan dan perarakan membantah pelaksanaan PPSMI dari Masjid Negara ke Istana Negara.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata himpunan itu diadakan kerana kerajaan tidak mempeduli bantahan yang dibuat oleh orang ramai berhubung isu PPSMI.

Beliau menyifatkan kerajaan tidak memahami dengan kehendak pejuang bahasa yang mahu bahasa Melayu diutamakan sehingga sanggup menuduh GMP diperalatkan pembangkang.

Dua hari lepas, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI pada Sabtu jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan itu. Harakahdaily.

Hishammuddin mula takut, iktiraf GMP.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan tidak pernah mempertikaikan keikhlasan Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) yang membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Namun dalam nada lain dia masih mengaitkan GMP dengan penyertaan beberapa orang pemimpin politik dalam perhimpunan tersebut "Kita juga ingin perjuangkan dan perkasakan bahasa kebangsaan, (tapi) bila ia dibawa ke tepi jalan, dipolitikkan, itu akan mengeruhkan keadaan," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 di Dewan Rakyat hari kelmarin.

Persoalannya adakah pemimpin PAS yang menyertai perhimpunan itu bukannya rakyat Malaysia yang layak untuk menunjukkan sikap membantah bahasa ibunda mereka dibunuh begitu saja.

Ataupun Hisham lebih selesa kalau semua pemimpin PAS tidak hadir kerana dia akan menyerang bahawa ini lah bukti PAS yang tetap menjadi dalang namun tidak berani untuk tampil bersama dengan peserta perhimpunan.

Apapun Hisham sudah banyak "dalih" berbanding "dalil", kelak kamu danparti cap kati yang kamu dokong akan dihukum dalam PR yang akan datang.

Kempen anti-PPSMI ke Bkt Gantang, Bkt Selambau

Setelah berjaya mengadakan demonstrasi besar, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan melebarkan kempennya bagi menjelaskan pendiriannya membantah dasar kontroversi itu di dua pilihanraya kecil bermula hujung bulan ini.

Setiausaha gabungan itu Hasni Abas berkata ia akan turut serta dalam kempen di kawasan parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah bagi terus menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Dua pilihanraya itu - yang diadakan serentak dengan DUN Batang Ai di Sarawak - berlangsung antara 29 Mac hingga 7 April.

Gabungan itu pernah berkempen ketika berlangsung pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, Januari lalu.

Mereka menabur kira-kira 50,000 risalah yang menyifatkan PPSMI sebagai satu "pengkhianatan" terhadap bangsa dan negara (foto).

Mengulas mengenai perkara tersebut, timbalan setiausaha GMP Suhaizan Kaiat menambah selain untuk berkempen, ia ke sana untuk “membalas jasa” penyokong-penyokong yang hadir dalam demonstrasi Sabtu lalu.

"Kita akan ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk berkempen berhubung isu PPSMI dan membalas jasa mereka yang hadir (dalam demonstrasi)," katanya.

Kira-kira 8,000 aktivis bahasa, sasterawan dan penyokong pembangkang berarak ke Istana Negara dari Masjid Negara petang Sabtu lalu dalam usaha menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan mereka melanggar arahan polis - yang membenarkan mereka berhimpun di masjid berkenaan sahaja dan melarang sebarang perarakan - kemudian didakwa akibat didalangi parti-parti pembangkang.

Mengulas perkara tersebut, Hasni (dua dari kiri) berkata "isu dalang tidak timbul" kerana GMP memang turut disertai oleh barisan aktivis bahasa, NGO dan parti-parti politik.

Bercakap dalam satu sidang media di Rumah PENA, Kuala Lumpur hari ini, beliau mengulas penafian pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad semalam.

Suhaizan (dua dari kanan) menambah, isu dalang dan kekacauan dalam perarakan adalah satu cara untuk mengalih perhatian umum daripada membicarakan isu sebenar.

"Kalau menuduh GMP didalangi oleh parti pembangkang PAS, PKR dan DAP, mereka berada dalam jawatankuasa ini bersama-sama kami.

"Tidak ada dalang di sini," katanya, yang juga ketua penerangan Pemuda PAS.

"Kita konsisten dengan untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan, untuk menyelamatkan bahasa ibunda dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah."

Hasni berkata, gabungan tersebut terdiri daripada 135 NGO dan ia merentasi budaya, politik, agama dan ras.

"Kami juga mengundang Umno (untuk menyertai gabungan ini), tetapi mereka enggan," katanya. Malaysiakini.