IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam bertitah supaya umat Islam di negeri itu mencontohi kemuliaan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW.
Titah baginda, Nabi Muhammad yang diutuskan Allah adalah untuk memberi rahmat ke seluruh alam sehingga kejayaan Baginda Nabi membina satu tamadun yang agung.
Melaksanakan dan memenuhi amanah serta tanggungjawabnya menerusi akhlak yang terpuji, bukan sahaja diperlihatkan dalam kalangan anggota keluarganya, sahabat dan pengikut, malah ketika menghadapi kumpulan yang menentangnya
Semoga ucapan ini diambil oleh semua pemimpin UMNO di Perak yang melakukan rampasan kuasa di Perak. Adakah satu akhlak yang terpuji dengan melakukan penafian kepada kehendak rakyat supaya diadakan pilihan raya semula, bukannya dengan mengeluarkan seribu alasan untuk mempertahankan kedudukan "haram" adakah sebagai jawatan MB dan Exco.
Tamadun yang agung dalam Islam ialah dengan pembinaan negara tanpa ada penindasan dan penafian hak orang lain, jauh sekali Islam melarang tindakan zalim dan menumpahkan darah. Oleh itu ucapan DYMM Tuanku Sultan amat tepat pada waktu nya untuk menegur pihak yang tidak bertamadun dalam Isu Perak

6 ulasan:
Saban yahun,saban bulan,saban minggu dan sentiasa seruan agar menconthi Rasulallah SAW di laungkan oleh mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.Masyarakat melopong samaada mengiyakan atau merasa heran keran yang bercakap tak pernah merealitikan seruannya.Malah tukang seru buat perkara yang bertentangan dengan apa yang diseru.PELIK,PELIK. Setiap tahun rakyat diseru bersatupadu pada masa yg sama mereka para pembesar,pemerentah,pemimpin bercakaran sesama sendiri dan menjadi tontonan RAKYAT JELATA.OLEH ITU PARA PEMIMPIN PERLU MUHASABAH MEMPERBAIKI DIRI SEBELUM SERU ORANG LAIN.
sultan pandai jer nasihat org suruh contohi kemuliaan nabi, tapi dia tak ikut pun. haprak punya sultan. kena gertak skit ngan umno dah kecut. nampaknya azlan nih bersultankan umno atau najib, 2-2 sama.
Kalau setakat baca teks tapi tak amal, anak buah saya yang belum pmr tu pun boleh baca... Dengan situasi sekarang, jangan harap rakyat nak hormat dengan nasihat oleh anak beranak kesultanan Perak nie, kalau hak rakyat sendiri boleh dipijak2...
Apa dah jadi? Inilah dunia akhir zaman, apabila golongan yang tak buat kata Ikutlah Rasulullah. Perkataan itu tak salah. Sebab semua orang tahu kena ikut Rasulullah, cuma yang berkata tu dah buat ke belum.
Seluruh umat manusia tahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh teladan tebaik, sebagai seorang islam, mulai saat ini mari kita semua mengamalkan sirah Rasulallah secara tatal bukan sekadar manis dibibir sahaja, tidak kira samada kita ini sultan mahupun rakyat.Janganlah kita bila keadaan tersepit kita menyeru marilah ikut Rasulallah, tp bila senang kita menjadi setan2 bisu, tindak tanduk kita tidak ubah seperti Abu Lahab,Abu Jahal dan Abdullah Bin Ubai. Sebelum kita menyeru orang supaya mencontohi Rasulallah, tolong tanya diri kita,"Sejauh mana kita mencontohi Rasulallah dan mengasihi baginda?" kerana dibimbangi org yg kita seru itu lebih mencontohi dan kasih kepada Rasulallah berbanding kita. Rasulallah di utuskan untuk mendaulatkan Syariat Islam bukan mendaulatkan sultan mahupun melayu. Mari kita bersatu di bawah panji2 islam dengan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai dasar perjuangan... Allah Maha Besar...
Sultan juga hendaklah mencontohi akhlak,peribadi dan pentadbiran yang ditunjuk oleh Rasulullah. Bukan sekadar cakap saja.
"CAKAP SERUPA BIKIN DAN BIKIN SERUPA CAKAP"
Catat Ulasan