05 Februari 2014

Speaker DUN Perak Bidas Pihak Hantar Surat Palsu Adun Keluar Parti

5 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Seri S. K. Devamany (kanan) menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan (kiri) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung penerimaan surat palsu yang mendakwa S Kesavan mengisytihar keluar dari parti PKR di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, Rabu. -fotoBERNAMA
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Seri S.K. Devamany pada Rabu membidas tindakan pihak yang cuba mencetuskan situasi 'huru-hara' dengan menghantar surat palsu ke pejabatnya kononnya daripada seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun).

PRK Kajang: Hari Mengundi 23 Mac

5 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (dua kiri) mengumumkan tarikh penamaan calon dan membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN Kajang di pejabatnya di Putrajaya pada Rabu.
PUTRAJAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ditetapkan pada 23 Mac manakala tarikh penamaan calon ialah pada 11 Mac.
Tempoh berkempen adalah selama 12 hari.

Enam pasukan berjaya ke suku akhir Piala FA

5 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Enam pasukan iaitu Sarawak, Kelantan, Kedah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor PKNS dan Felda United melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA selepas mencatat kemenangan pada perlawanan pusingan kedua, Selasa.

Sarawak terlebih dahulu menempah tiket ke suku akhir selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dalam aksi sebelah petang.

Zamri Morshidi menjadi wira pasukan apabila menjaringkan gol tunggal skuad 'Bujang Senang' pada minit ke-33.

Pemandu teksi minta tambang RM100 dibunuh

5 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Pemandu teksi minta tambang RM100 dibunuhAhli keluarga melihat gambar mangsa (gambar kecil) dalam telefon bimbit di Kampung Tenglu Laut, Mersing. - Foto Ikhwan Muhamad
Kluang: Seorang lelaki bukan saja enggan membayar tambang teksi kira-kira RM100, tetapi menikam sampai mati pemandu teksi yang dinaikinya, dalam kejadian di Kilometer 17 Jalan Mersing-Kluang dekat Kahang.

Anggota Cawangan Khas ditemui mati ditembak

5 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Cawangan Khas ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini hari ini.

Anggota berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter dari sebuah motosikal.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata mangsa ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 4.30 petang yang kemudian memaklumkannya ke Balai Polis Travers.

6,000 hektar ladang Kesedar tiada kelulusan

5 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dikenal pasti memajukan kawasan seluas 6,000 hektar tanpa mendapat kelulusan kerajaan negeri.

Manakala keluasan kawasan seluas 2,000 hektar lagi terlebih dimajukan agensi terbabit.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, ada tanah yang hanya diberi kelulusan peringkat dasar, namun agensi itu membangunkan lebih daripada kawasan yang diluluskan.

Tahniah : Taib dijangka undur bulan ini

Taib undur bulan ini5 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Adenan, Abang Johari, Awang Tengah antara calon Ketua Menteri Sarawak

Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak yang disandangnya sejak 33 tahun lalu dan bersara daripada politik dalam tempoh terdekat. Begitulah bunyinya berita terbaru tentang kedudukan jawatan Ketua menteri Sarawak itu akhir-akhior ini.


Apa yang penting ialah cerita ini bukan hanya berita angin dan sekadar spekulasi seperti yang berlaku sebelum dari ini. Sebenarnya ramai pihak sudah lama menunggu perletakan jawatan Taib dari jawatan yang beliau sandang sekian lama.

Kementerian siasat kes kamera tersembunyi di Hospital Bentong

5 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Kementerian Kesihatan memandang serius kejadian tiga buah kamera tersembunyi yang ditemui di dalam tandas anggota kesihatan wanita di Unit Kecemasan, Hospital Bentong.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian tersebut menjelaskan, pihak
pengurusan hospital telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis pada 30 Jan lalu bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab meletakkan kamera tersebut.

Menterinya, Datuk Seri S. Subramaniam meminta orang ramai agar tidak panik dengan penemuan itu dan membuat pelbagai spekulasi melalui laman media sosial sehingga boleh mengganggu siasatan polis.

Polis kenal pasti sindiket curi cincin RM5.2 juta

5 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa suspek yang mencuri cincin berlian bernilai RM5.2 juta dari sebuah pusat membeli-belah di Bukit Bintang bulan lepas telah melarikan diri ke luar negara.

Namun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya telah mengetatkan kawalan di pintu masuk dan keluar negara ini.

Beliau berkata, pihaknya turut meminta bantuan daripada pihak Interpol bagi mengesan dan menangkap kesemua suspek yang melakukan jenayah terancang itu.