05 February 2014

Tahniah : Taib dijangka undur bulan ini

Taib undur bulan ini5 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Adenan, Abang Johari, Awang Tengah antara calon Ketua Menteri Sarawak

Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak yang disandangnya sejak 33 tahun lalu dan bersara daripada politik dalam tempoh terdekat. Begitulah bunyinya berita terbaru tentang kedudukan jawatan Ketua menteri Sarawak itu akhir-akhior ini.


Apa yang penting ialah cerita ini bukan hanya berita angin dan sekadar spekulasi seperti yang berlaku sebelum dari ini. Sebenarnya ramai pihak sudah lama menunggu perletakan jawatan Taib dari jawatan yang beliau sandang sekian lama.


Beliau yang kembali daripada mengerjakan umrah minggu lalu, dijangka memaklumkan keputusan itu pada mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuainya, pada Sabtu ini.

No comments: