16 November 2021

JPA perhalusi data penjawat awam tolak vaksin

 BANGI 16 NOVEMBER 2021. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berucap ketika Majlis Pelancaran Buku Koleksi Teks Ucapan & Coffe Table KPPA dan Sesi Town Hall bersama sama Warga Universiti Awam dan Pelajar Pelajar Tajaan JPA di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM, Bangi. STR/AZHAR RAMLI

BANGI 16 NOVEMBER 2021. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berucap ketika Majlis Pelancaran Buku Koleksi Teks Ucapan & Coffe Table KPPA dan Sesi Town Hall bersama sama Warga Universiti Awam dan Pelajar Pelajar Tajaan JPA di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM, Bangi. STR/AZHAR RAMLI

BANGI: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang memperhalusi data penjawat awam yang masih enggan menerima vaksin COVID-19, sebelum membuat keputusan berkenaan tindakan selanjutnya ke atas mereka.

‘Tiada agama menerima judi’ – Dr Balachandran

 

KUALA LUMPUR: Amalan berjudi tidak hanya diharamkan oleh Islam sahaja, bahkan ia turut dilarang di dalam semua agama, demikian dinyatakan Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), Dr Balachandran Gopal Krishnan.

PRN Melaka: 11,557 pengundi awal tunai tanggungjawab

 

Oleh NUR HASMIRA MOHAMAD|Foto SYAHIRAH SALLEH

MELAKA: Seramai 11,557 pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan melaksanakan tanggungjawab mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15.

Jumlah pengundi awal ini terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis. 

Proses pengundian awal juga disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding.

Tinjauan Harakahdaily seawal pagi di Pusat Mengundi Awal berpusat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak mendapati pusat undian berjalan lancar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Harakahdaily kongsikan suasana undi awal di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak.

Tujuh lokasi mengundi bagi tentera dan pasangan sedang dijalankan di Bilik Gerakan 96 DPP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Bilik Pusat Latih Palapes Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) di DUN Durian Tunggal serta Dewan Sri Beruang Kem Askar Wataniah membabitkan DUN Bukit Katil.

DUN Sungai Udang merekodkan jumlah pusat pengundian awal terbanyak iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Terendak I, SK Kem Terendak II dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak serta Dewan Borhan.

PN ada kelebihan menang 15 kerusi?

 

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

BUKAN 
mudah berdepan pilihan raya dalam keadaan kempen terpaksa berjalan dengan kaedah norma baharu, apatah lagi ada beberapa kawasan yang capaian internetnya ‘kaput’ amat.

Ini luahan beberapa sahabat yang berkampung di Melaka sejak sebelum proses penamaan calon hingga ke saat ini khasnya di kawasan yang agak kurang akses internet seperti di Kuala Linggi, Ayer Limau dan Tanjong Bidara serta Taboh Naning.

Berkempen dengan bas persiaran

 

Oleh SYAHIRAH SALLEH

MELAKA:
 Calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Ahmad Bilal Rahudin berkempen menggunakan bas persiaran dua tingkat.

Fungsi utama bas berkenaan adalah untuk memudahkan pergerakan petugas dan jentera parti dari satu tempat ke satu tempat.

Pengundi Melaka perlu bijak nilai kempen melalui platform digital

 PERANG BENDERA PARTI …  Bendera Parti Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional memenuhi pada kiri dan kanan jalan raya bagi menghangatkan lagi  kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kampung Sempang dekat Merlimau,  Melaka. - Foto hiasan/BERNAMA

PERANG BENDERA PARTI … Bendera Parti Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional memenuhi pada kiri dan kanan jalan raya bagi menghangatkan lagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kampung Sempang dekat Merlimau, Melaka. - Foto hiasan/BERNAMA

Oleh Shafezah Abdul Wahab dan Hilmi Abu Bakar 

Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semakin hangat apabila 112 calon dan jentera sibuk berkempen siang malam memancing undi dengan tempoh berbaki empat hari sebelum hari pengundian.