8 Rejab 1433H. [MOD] -
PENYERANG Lazio kelahiran Opole, Miroslav Klose mengakui Poland tetap berada dalam hatinya walaupun dia kini memegang kewarganegaraan Jerman. Bapa Klose merupakan etnik Jerman, manakala ibunya berdarah Polish tetapi dia dibesarkan di Kusel sejak zaman kanak-kanak.
Pemain antarabangsa Jerman itu juga menyifatkan Kejohanan Euro 2012 amat bermakna kerana dia ‘kembali’ ke Poland yang menjadi hos bersama Ukraine.
“Poland tetap dalam ingatan sampai bila-bila dan sukar buat saya melupakan memori indah ketika terpaksa berhijrah ke Jerman pada 1985,” katanya.
“Saya tidak pernah menyesal memutuskan beraksi menyarung jersi pasukan Die Mannschaft,” katanya yang tidak sesekali melupakan sejarah keturunannya.
Klose, 33, kini bermain dalam kancah Serie A yang sebelum itu pernah menabur bakti bersama Bayern Munich selepas kontraknya dengan gergasi Bundesliga itu tamat tempoh.
Menyifatkan satu keputusan berat meninggalkan Allianz Arena selepas hampir empat tahun berkelanana di sana, Klose akui gemarkan persekitaran dan suasana di Rome.
“Rome satu kota yang aman dan bebas daripada kebisingan. Sebagai pemain profesional, saya harus cepat menyesuaikan diri.
“Pernah saya menyamar menjadi orang biasa apabila keluar bersiar-siar kerana peminat di Itali begitu fanatik,” katanya.
Klose berjaya menjaringkan 13 gol buat kelab Lazio pada penampilan sulungnya sejak mula bergabung dengan kelab itu pada musim panas tahun lepas.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan