8 Rejab 1433H. [MOD] -
LEDANG - Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Muar, ditemui di Teluk Kesang berhampiran Tanjung Emas di sini, petang semalam.
Mangsa, Lim Yew Yea yang berusia 24 tahun dan dipercayai penuntut sebuah kolej swasta di Melaka ditemui orang awam pada jam 2.30 petang.
Ketika ditemui, mayat mangsa lengkap berpakaian.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris mengesahkan menerima laporan berkaitan penemuan mayat berkenaan.
Menurutnya, sebaik menerima laporan, dua anggota Pasukan Polis Marin Muar bergegas ke tempat kejadian menaiki bot dan mayat ditemui dalam keadaan terapung.
“Ketika ditemui, dipercayai mayat berkenaan telah hanyut lebih daripada 24 jam.
“Setakat ini, kami masih belum menerima laporan berkaitan kehilangan ahli keluarga atau kenalan,” katanya kepada Sinar Harian.
Harun berkata, mayat tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini, untuk tujuan bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan