Video Nur Allyshia ketika menyapa pasangan suami isteri berbangsa Cina di taman perumahan Inderapura, Kuantan pada Jumaat.
KUANTAN - Tindakan seorang wanita memberi penerangan dalam bahasa Mandarin berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bersasar di kawasan Perumahan Inderapura di sini pada Jumaat, bukan sahaja menarik perhatian penduduk setempat, malah menjadi tular di laman sosial.