13 November 2009

Drs. Khalil lawat petugas Pejabat DUN yang terkena penyakit misteri



TITI SERONG, 12 Nov:- Sekali lagi Drs. Khalil meluangkan masanya menziarahi Abdullah Sani yang terkena penyakit misteri sejak akhir Ogos lepas. Keadaan beliau dikatakan terus bertahan dan setakat ini agak membaik setelah dimasukkan ke Hospital Taiping munggu lepas. Terakhir dia mengalami pendarahan yang serius melalui dubur, dan sebelum ini mengalami batuk darah.

Menurut isteri beliau, sejak Abdullah terkena penyakit misteri tersebut dia lansung tidak dapat bercakap dan dia sering menunjukkan ke mulutnya ada sesuatu yang menahannya. Beberapa hari lepas dikatakan dia boleh mengucapkan beberapa kalimat dan sesudah itu tidak dapat bercakap kembali.

Segala usaha dilakukan oleh keluarga beliau untuk mengubati penyakit misteri itu adakah secara moden atau tradisional.

Semuga Abdullah cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa bagi menyara kehidupan keluarganya yang serba kekurangan.


ADUN Titi Serong lawat Pasar Rabu Batu 5.

Drs. Khalil singgah sebentar di gerai yang dikelolakan oleh sekelompok anak muda, Beliau memuji usaha gigih tersebut sambil mengatakan sesuatu kepada mereka.


TITI SERONG,11 Nov;- Lawatan rutin ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim diteruskan dengan bertemu dengan pengunjung dan peniaga di Pasar Rabu batu 5 yang terletak dalam kawasan DUN Titi Serong.

Lawatan sekitar 2 jam itu dimanfaatkan oleh beliau untuk bertanya khabar kepada peniaga-peniaga yang berniaga disitu. Disamping para pengunjung yang sempat bertemu dengan beliau dan mengambil peluang untuk bertanyakan keadaan kerajaan negeri perak pada masa ini dan ada yang mengambil peluang menjemput ADUN tersebut untuk menghadiri majlis kenduri khawin tidak beberapa lama lagi.

Jasamu di kenang : Drs. Khalil kunjung AJK PAS Kawasan Parit Buntar.


Drs. Khalil bergambar bersama AJK PAS Kawasan Parit Buntar, Hj. Idris bin Zaini atau biasa dipanggil dengan Cikgu Idris semasa mengadakan kunjungan silatulrahim beberapa hari lepas. Sebelum ini Cikgu Idris mengalami gangguan kesihatan dan dimasukkan ke hospital beberapa hari.

Cikgu idris adalah ayah kepada Setiausaha badan perhubungan PAS Negeri Sembilan, Sdr.Shamsul Kamal bin Hj Idris.

Saya mengenali beliau sejak sekembalinya saya dari mengajar di Serawak pada tahun 1995.Ternyata dia seorang pejuang PAS yang gigih walaupun dia berada dipenghujung usianya namun masih menyumbangkan tenaga untuk PAS Kawasan Parit Buntar.

Ceramah di Perlis.




Han Dan Xue Bu : Meniru Gaya Berjalan di Handan


Pada Zaman Negara-negara Berperang (475-221 sebelum Masihi), di Shouling, Negeri Yan, ada seorang budak lelaki yang mengetahui bahawa orang Handan, ibu Negeri Zhao, berjalan dengan bergaya. Maka, dia pun pergi ke sana untuk mempelajari gaya mereka berjalan.

Ketika di Handan, tiap-tiap hari, dia memperhatikan cara orang tempatan itu berjalan, dan mencontohi gaya mereka dengan bersungguh-sungguh. Bagaimanapun, walau dengan apa cara pun dilakukannya, dia bukan sahaja gagal menguasai gaya mereka berjalan, malah ia lupa gaya berjalannya sendiri. Maka, dia terpaksa merangkak untuk balik ke kampungnya.

Episod ini menasihati kita agar jangan meniru kelebihan orang lain secara membuta tuli. Jika membuang kelebihan dan keunikan sendiri begitu saja, kita pasti akan mengalami kerugian..CRI/-

Dong Shi Xiao Pin : Seperti Dong Shi Meniru Gaya Jelitawan Mengerut Dahi

Peribahasa "Dong Shi Xiao Pin", yang boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai "seperti Dong Shi meniru gaya jelitawan mengerut dahi", membawa pengertian yang sama dengan "Han Dan Xue Bu". Ceritanya begini:

Pada zaman purba kala, di Negeri Yue, ada seorang wanita yang terkenal kerana kejelitaannya. Namanya ialah Xi Shi. Malangnya si cantik ini menghidap penyakit jantung sejak masih muda. Setiap kali diserang sakit jantung, dia akan mengerut dahinya dan tangannya akan mendakap dadanya dengan kuat.

Dong Shi, seorang wanita yang sangat hodoh ialah seorang jiran Xi Shi. Pada suatu hari, ketika dia bersiar-siar di kawasan sekitar kampung, dia bertemu dengan Xi Shi. Dia berasa amat iri hati terhadap kecantikan Xi Shi. Jadi, selepas balik ke rumahnya, dia memutuskan untuk meniru gaya Xi Shi, sama ada gaya berjalannya mahupun gaya Xi Shi mengerut dahi.

Maka, setiap kali dia keluar bersiar-siar di kawasan sekitar kampung, dia sengaja mengerut dahinya sambil meletakkan tangan pada dadanya.

Malangnya, setiap kali melihat gaya si hodoh itu, penduduk di kampungnya segera mengunci pintu rumah masing-masing dengan ketat, kerana semua mereka takut melihat wajahnya

Dalam cerita ini, si hodoh itu telah menyalahfahamkan gaya mengerut dahi yang dilakukan oleh Xi Shi sebagai sejenis kecantikan yang luar biasa. Namun, dia tidak tahu mengapa perbuatan tersebut boleh menjadikan seseorang kelihatan lebih cantik. Pada hakikatnya, perbuatannya itu pula mengakibatkan wajahnya menjadi bertambah hodoh dan dia semakin dijauhi orang.

Sekarang, kita menggunakan peribahasa ini untuk mempersenda perbuatan meniru kelebihan orang lain secara membuta tuli yang hanya akan mendatangkan hasil yang negatif..CRI/-

36 Taktik Peperangan: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia

Taktik "Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia" juga dikenali sebagai "Berpura-pura Membuat Persiapan untuk Mara ke Depan Melalui Satu Laluan, Sementara Menggunakan Laluan yang Lain secara Rahsia". Dalam bidang ketenteraan, taktik tersebut bermaksud: Berpura-pura membuat sesuatu secara terbuka untuk menyembunyikan laluan yang akan digunakan semasa melancarkan serangan supaya pihak musuh terpedaya, kemudian menyerang musuh dari arah tepi atau belakang. Walaupun taktik "Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia" mempunyai persamaan dengan taktik "Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat" yang telah diperkenalkan sebelum ini, akan tetapi perkara yang disembunyikan dalam kedua-dua taktik tersebut adalah berbeza dan tersendiri iaitu laluan yang akan digunakan untuk melancarkan serangan dan tempat untuk memulakan serangan.

Taktik "Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia" dihasilkan dalam satu pertempuran terkenal pada zaman purba China. Pada abad ke-3 Sebelum Masihi, oleh sebab sebahagian pegawai kerajaan mengamalkan rasuah, ini telah mengakibatkan pemberontakan rakyat jelata untuk menentang pemerintah Dinasti Qin pada masa itu. Antara golongan pemberontak tersebut, terdapat dua puak militan yang paling kuat, satu diketuai oleh Liu Bang dan satu yang lain diketuai oleh Xiang Yu. Kedua-dua militan itu juga bermusuh antara satu sama lain untuk merebut kuasa pemerintahan negeri. Pasukan Liu Bang merupakan yang dahulu sampai ke kawasan Guan Zhong iaitu kawasan sekeliling ibu kota negeri Qin, akan tetapi mereka telah dikalahkan oleh pasukan Xiang Yu dan terpaksa berundur balik ke pangkalan lama mereka. Untuk memperdayakan Xiang Yu, pasukan Liu Bang telah memusnahkan semua jalan yang menyambungkan pangkalannya dengan kawasan Guan Zhong dan berikrar tidak akan berpatah balik.

Pada hakikatnya, Liu Bang sama sekali tidak lupa akan keinginan untuk menewaskan Xiang Yu bagi menguasai kuasa pemerintahan negeri Qin. Anggota pasukannya sentiasa sibuk dalam menjalankan latihan dan menyimpan bahan makanan bagi membuat persiapan untuk berperang dengan pasukan Xiang Yu pada sesuatu hari nanti.

Pada tahun 206 Sebelum Masihi, Liu Bang telah menghantar pasukan yang diketuai oleh Panglima Han Xin untuk bertempur dengan pasukan Xiang Yu. Walau bagaimanapun, Han Xin berpendapat bahawa jika serangan dilancarkan secara berdepan, mereka tidak pasti akan menang dengan menimbangkan kekuatan pasukannya. Jadi, beliau telah mengambil tipu helah untuk memperdayakan Xiang Yu. Tipu helah itu adalah seperti yang berikut: Han Xin mengerahkan sebahagian daripada bala tenteranya untuk membaiki jalan yang dimusnahkan dulu supaya meyakinkan Xiang Yu yang mereka akan melalui jalan itu semula. Sementara itu, kekuatan utamanya pula telah bergerak dengan menggunakan laluan yang lain dan merancang untuk melancarkan serangan dari sana. Xiang Yu yang menerima khabar tentang perkara tersebut telah memberi perhatian sepenuhnya terhadap pergerakan pasukan Han Xin dan menghantar kekuatan utamanya ke kawasan sepanjang laluan tersebut untuk mempertahankan dan membendung serangan pasukan Han Xin.

Melihat tipu helahnya telah berjaya memperdayakan Xiang Yu yang mengerahkan pasukan ke kawasan sepanjang jalan lama, Han Xin telah mengarahkan pasukannya yang berada di laluan yang lain melancarkan serangan mendadak dan sekali gus mengalahkan pihak musuh dan memasuki kawasan Guan Zhong. Ini telah menyediakan asas kepada usaha Liu Bang yang kemudian menyatukan China dan menubuhkan Dinasti Han.

Sama ada taktik "Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia" boleh berjaya atau tidak, kunci utamanya ialah penggunaan tipu muslihat untuk memperdayakan pihak musuh dan meyakinkan mereka bahawa kegiatan yang kita buat secara berpura-pura itu adalah yang sebenar supaya mereka tidak lagi berwaspada terhadap pergerakan kita. Sementara itu, kita harus mengumpulkan kekuatan utama dan mencari peluang untuk sekali gus mengalahkan pihak musuh dengan menyerang dari arah yang lain.

Selain bidang ketenteraan, dalam persaingan perniagaan moden, taktik "Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia" juga banyak digunakan. Saya bagi contoh, kadangkala hadiah atau perkhidmatan percuma yang disediakan sebenarnya adalah untuk mendapatkan pembelian yang lebih banyak.

----Puspa.CRI/-

36 Taktik Peperangan: Memulakan Sesuatu daripada Sifar

"Memulakan Sesuatu daripada Sifar" pertama kali ditemui dalam buku "Dao De Jing", karya Lao Tze, seorang ahli falsafah yang terkenal pada zaman purba China. "Dao De Jing" merupakan sebuah karya klasik tentang pemikiran Taoisme yang menjelaskan hubungan sifar iaitu daripada "tiada" kepada "ada" yang saling bergantung antara satu sama lain.

Dalam taktik "Memulakan Sesuatu daripada Sifar", "sesuatu" disifatkan sebagai yang palsu atau yang dibuat-buat untuk memperdayakan pihak lawan supaya mereka membuat keputusan yang kurang bijak sehingga matlamat yang dirancang dapat dicapai.

Dalam bab ke-36, "Romance of Three Kingdoms", sebuah novel klasik China, terdapat satu cerita tentang penggunaan taktik "Memulakan Sesuatu daripada Sifar".

Menurut cerita tersebut, pada suatu masa dahulu, tentera negeri Wei yang diketuai oleh Cao Cao telah dikalahkan oleh tentera negeri Shu yang di bawah pimpinan Raja Liu Bei. Cao Cao mendapat maklumat bahawa kemenangan yang diraih oleh tentera Shu kerana mereka mempunyai seorang penasihat yang bijak, namanya Xu Shu. Maka, Cao Cao mahu menarik dan mengambil Xu Shu supaya berkhidmat dalam pasukannya. Namun, Xu Shu merupakan seorang pemikir yang taat setia kepada raja Liu Bei dan sama sekali tidak akan meninggalkan tuannya untuk berkhidmat untuk Cao Cao. Tatkala itu, seorang pemikir Cao Cao telah mencadangkan suatu tipu helah untuk "memikat" Xu Shu datang ke kem tentera negeri Wei. Pemikir itu memberitahu Cao Cao bahawa Xu Shu ialah seorang anak yang taat kepada ibu bapanya dan hanya ibunya seorang sahaja yang berada di rumah tanpa penjagaan anak setelah adik lelakinya meninggal dunia. Lalu, mereka telah membawa ibu Xu Shu ke kem tentera dengan menggunakan tipu muslihat dan memaksa beliau menulis surat untuk memanggil Xu Shu datang ke kem itu. Akan tetapi, ibu Xu Shu tidak tergamak untuk menulis surat bagi memujuk anaknya meninggalkan Liu Bei.

Maka, Cao Cao telah menggunakan taktik "Memulakan Sesuatu daripada Sifar" iaitu menulis sepucuk surat dengan meniru tulisan tangan dan gaya ibu Xu Shu. Dalam surat itu, "ibu" Xu Shu telah meluahkan kerinduanterhadap anaknya. Sepertimana yang dijangka, setelah membaca surat itu, Xu Shu berasa sungguh sedih dan segera meninggalkan Liu Bei untuk menziarahi ibunya. Dengan menggunakan taktik tersebut, Cao Cao telah berjaya memperdaya Xu Shu supaya datang ke kemnya. Walau bagaimanapun, setelah Xu Shu menyedari akan dirinya telah terpedaya, ini membuatkan dendam kesumat terhadap Cao Cao semakin berganda. Dia telah berikrar tidak akan berkhidmat untuk Cao Cao.

Dalam bidang ketenteraan, taktik "Memulakan Sesuatu daripada Sifar" boleh digunakan dalam tiga peringkat. Peringkat pertama, menunjukkan yang palsu kepada pihak musuh untuk meyakinkan pihak musuh bahawa itulah yang benar. Peringkat kedua, membuat sesuatu supaya pihak musuh beranggapan bahawa perkara yang ditunjukkan itu adalah yang palsu supaya menjadikan pihak musuh tidak lagi berwaspada terhadap perkara itu. Dan ketiga, kita akan mengubah yang palsu kepada yang benar dan membuatkan pihak musuh masih menganggap perkara itu adalah palsu. Dengan begitu, pemikiran pihak musuh akan berserabut dan menjadi keliru. Pada saat itulah, kita akan melancarkan serangan mendadak terhadap musuh yang tidak bersiap sedia.

Saya bagi satu contoh, pada zaman Dinasti Tang China, iaitu pada abad ke-8 Masihi. Satu pasukan yang diketuai oleh jeneral pengkhianat Linghu Chao telah mengepung kota Yong Liu. Hulubalang Zhang Xun, sebagai komander pasukan kerajaan Dinasti Tang yang berada di dalam kota itu telah mengarahkan tenteranya membuat 1000 buah patung orang yang diperbuat daripada rumpai kering. Mereka telah memakaikan pakaian hitam untuk orang rumpai itu dan menggantungnya dengan menghala ke luar tembok kota itu. Pasukan Linghu Chao menganggap itulah tentera di dalam kota yang sedang melancarkan serangan terhadap mereka. Maka mereka telah melancarkan anak panah terhadap askar palsu itu. Dengan begitu, tentera di dalam kota itu telah mendapat ratusan ribu batang anak panah dalam masa semalam. Keesokan harinya, tentera yang berada di dalam kota sekali lagi menggantungkan askar palsu itu yang menghala ke luar kota, pasukan di luar kota percaya bahawa itu hanyalah tipu helah dan tidak mengambil sebarang tindakan. Akan tetapi, Jenaral Zhang Xun benar-benar menghantar 50 orang askarnya untuk melancarkan serangan terhadap tentera di luar kotanya. Pasukan itu telah berjaya mengalahkan musuh mereka dengan membakar kem pihak musuh.

Walaupun taktik "Memulakan Sesuatu daripada Sifar" banyak digunakan sebagai tipu helah dalam peperangan, akan tetapi, taktik itu tidak selaras dengan etika moral insan pada zaman ini. Jadi, jika boleh, kita patut menjadikannya sebagai pilihan terakhir dan jika benar-benar terdesak.

----Puspa.CRI/-

Ust. Azhan Ishak kemalangan.

Saya dan DS. Nizar bergambar kenangan dengan Ust. Azhan (dukung anak) semasa kunjungan DS. Nizar ke Parit Buntar satu masa dulu


Sebelum larut malam tadi saya menerima SMS mengenai pengusaha Pusat Motivasi Taqwa Ipoh , Ust. Azhan Ishak yang mengalami kemalangan dan mendapat kecederaaan yang agak parah.

Diberitakan tangannya patah dan satu pembedahan dilakukan untuk memasukkan besi pada malam tadi juga di Hospital Ipoh.

Sudah agak lama tidak bertemu beliau, minggu lepas semasa saya dalam perjalanan ke Batu Gajah untuk berceramah bersama YB.Dato' mahfoz Omar, dia ada menghubungi saya.

Saya sekeluarga, dan warga Blog Cina Islam mendoakan beliau dan seisi keluarga tetap tabah menghadapi ujian. Semuga cepat sembuh.

Bohong..

Sabda Rasulullah : “Sesungguhnya aku diutus ke dunia hanyalah untuk menyempurnakan akhlak” (HR. Imam Ahmad).Dikisahkan, Rasulullah s.a.w. didatangi seorang non-muslim yang menjumpainya seraya mengemukakan niat sucinya untuk menjadi seorang muslim. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, orang itu bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya saya selalu berbuat dosa dan susah untuk meninggalkannya.”

Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kembali , “Mahukah kamu berjanji untuk tidak berbohong?” Lelaki itu menjawab, “Ya.” Selanjutnya ia pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, pemuda tadi berfikir tentang janjinya tadi. Dalam hatinya mengakui betapa berat melaksanakan janjinya dengan Rasulullah. Kebiasaan lamanya berbuat jahat selalu mengajak hatinya untuk melakukan kejahatan lagi.

Namun ia mengajak hatinya untuk membuat perhitungan baru. Bila berbuat jahat, apa yang harus dikatakan nantinya bila ditanya Nabi Muhammad s.a.w. Bila mengatakan tidak berbuat jahat setelah melakukannya, berarti ia telah berbohong kepada Rasulullah. Itu artinya mengkhianati janjinya dengan Rasulullah. Sebaliknya, bila mengatakan yang sebenarnya bahwa ia melakukan kejahatan, sebagai mukmin ia pasti mendapat hukuman yang berat dan setimpal. Setelah difikirkan secara serius, ia lalu membuat kesimpulan untuk tidak mahu menerima hukuman dan tidak mahu menjadi pengkhianat iaitu berbohong.

Kesimpulan ini mengunci kemahuannya untuk melakukan kejahatan. Kesimpulan inilah yang membuatnya memahami betapa agungnya ajaran Islam. Islam memastikan bahawa suatu kebaikan bertaut dengan kebaikan yang lain. Sebaliknya, suatu kejahatan melahirkan perbuatan yang lain yang mengudang padah yang lebih dasyat dan besar.

Betapa takutnya salafus soleh kepada Allah

http://akhisalman.blogspot.com

MUKADDIMAH

Kebanyakan manusia melakukan ibadat tanpa ada perasaan takut kepada Allah. Ibadah mereka seumpama kotak yang tidak berisi. Perasaan takut dan gentar hati adalah sifat orang berIman yang tulen. Firman Allah swt:

" Sesungguhnya orang-orang beriman itu hanya orang yang gementar hati mereka bila disebut nama Allah, bertambah Iman mereka bila dibacakan ayat-ayat Allah dan mereka berserah diri kepada tuhan mereka." (2 : al-Anfal)

Oleh bagi memotivasikan diri kita agar kita dapat menanam perasaan takut dan gentar kepada Allah, saya hidangkan beberapa kisah para sahabat dan ulama yang diri mereka amat takut kepada Allah.


1. SAMMAH رحمه الله

Pada suatu hari Sammah رحمه الله bermuhasabah dirinya. Dia mengira umurnya sudah menjangkau 60 tahun. Lalu dia membilang hari-hari yang telah dilaluinya , dia mendapati sudah 21 ribu hari. Lalu dia berkata:

يا ويلتى لو لم يكن في كل يوم سوى ذنب واحد لكان أمرا عظيما فكيف ولي في كل يوم عشرة ألاف ذنب؟

" Alangkah celakanya, kalau aku hanya buat satu dosa sahaja sehari dosaku sudah amat besar dan banyak dosaku. Bagaimana pula kalau aku mempunyai sehari 10,000 dosa?"

Kemudian dia terus menjerit dan jatuh pengsan. Bila orang-orang lain mengejutkannya, mendapati dirinya sudah mati.

2. MUHAMMAD BIN WASIE'

Ketika Muhammad bin wasi' رحمه الله dalam keadaan sakit tenat, ramai manusia yang menziarahinya. Ada yang berdiri dan ada yang duduk. Beliau berkata kepada seorang sahabatnya:

أخبرني ما يغني هؤلاء عني إذا أخذ بناصياتي وقدمي غدا وألقيت في النار؟ ثم تلا هذه الأية يعرف المجرمون بسيماهم فيؤخذ بالنواصي والأقدام


"Beritahu aku, apakah mereka semua ini boleh membantu aku ketika malaikat menyentap ubun2 dan kedua kaki ku dan aku dicampakkan ke dalam api neraka pada hari kiamat kelak? Kemudian beliau membaca ayat ini:

"Orang-orang yang berdosa dikenali dengan tanda-tanda yang ada pada mereka dan akan direntap ubun2 dan kaki mereka." (41 : ar-Rahman)

3. Suatu hari Abu Hurairah ra menangis ketika beliau sakit. Lalu ada orang berkata kepadanya: "Kenapa engkau menangis?" Lalu beliau menjawab:

أما إني لا أبكي على دنياكم هذه
ولكني أبكي لبعد سفري وقلة زادي وأصبحت في صعود مهبطة على جنة ونار فلا أدري إلى أيهما يسلك بي



"Adapaun aku sesungguhnya tidak menangis kerana kehilangan dunia ini, tetapi aku menangis kerana betapa jauh perjalanan ku (di akhirat) dan amat sedikit bekalan ku (amalan ku). Aku seumpama menaiki tempat yang tinggi dan akan jatuh samaada ke neraka atau ke syurga. Aku tidak tahu aku akan terjerumus ke neraka atau masuk ke syurga."

4. SAID BIN 'AMIR RA

Said bin 'Amir ra adalah seorang sahabat yang dilantik Umar ra sebagai pemerintah Syam. Penduduk syam telah mengadu kepada Umar ra tentang Sa'd. Diantaranya ialah Sa'id selalu jatuh pengsan. Lalu Said ra menjawab:

"Sesungguhnya aku kadang-kadang pengsan adalah disebabkan aku dahulu telah melihat pembunuhan Khabib al-Ansari ra di Makkah. Orang-orang Quraisy telah memotong dagingnya hidup-hidup dan menanggungnya diatas batang pokok kurma. Ketika itu mereka bertanya kepadanya "Adakah kamu suka kalau Muhammad ditempatmu sedangkan dirimu selamat sejahtera." Beliau menjawab "


والله ما أحب أني في أهلي وولدي معي عافية الدنيا ونعيمها ويصاب رسول الله صلى الله عليه وسلم بشوكة


"Demi Allah aku sesungguhnya tidak suka bersama anak2 dan isteriku dalam keadaan sihat dan mendapat nikmat sedangkan Rasulullah saw tercucuk duri."

Setiap kali aku teringat peristiwa yang menimpa khabib yang mana ketika itu aku masih musyrik, kemudian aku teringat bahawa aku tidak menolongnya , aku gementar kerana takut dengan azab Allah sehingga aku pengsan."

5. ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Sesungguhnya Abu Bakar as-Siddiq ra ketika dirumahnya telah didatangi oleh seekor burung. Burung itu hinggap di sebatang pokok. Lalu Abu Bakar memandang burung tersebut dan berkata:


طوبى لك يا طير ما أنعمك على هذه الشجرة تأكل من هذه الثمرة ثم تموت ثم لا تكون شيئا ليتني مكانك


" Beruntunglah wahai burung terhadap nikmat pohon yang telah Allah berikan kepada mu. Engkau makan buah dari pohon ini. Kemudian engkau akan mati dan tidak dibangkitkan untuk dipertanggungjawabkan seperti manusia. Alangkah baiknya aku ditempat mu." (Hr Ibnu Abu Dunya)


KESIMPULAN

Walaupun mereka banyak melakukan amal soleh dan sebahgianya yang sudah dijamin syurga seperti Abu Bakar tetapi perasaan takut mereka melebihi segalanya. Mereka amat bimbang tidak diterima amalan mereka. Mereka begitu takut untuk berjumpa dengan tuhan. Balasan mereka adalah syurga seperti mana firman Allah swt:

ولمن خاف مقام ربه جنتان

" Dan sesiapa yang takut untuk berdiri dihadapan tuhannya pada hari kiamat mendapat dua syurga." (46 : ar-Rahman)

Rujukan: Makhawuf as-salihin min adamil qabul al-A'mal oleh Dr Muhammad 'Azzuz, Qasasus Salihin wa dumu'il Abidin oleh Haidar Muhyiddin dan at-Tahzibul Maudu'ie lihilyatul Auliya oleh Muhammad bin Abdullah.

Peguam: Wakil BN langgar perlembagaan

Peguam Speaker DUN Kedah, Abd Isa Ismail berhujah bahawa ADUN Kota Siputeh telah melanggar Perkara 51 undang-undang tubuh negeri dengan tidak menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut, maka Datuk Abu Hasan Sarif tidak berhak mendakwa beliau masih wakil rakyat BN yang sah.

Sulaiman Abdullah juga berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh memutuskan sebaliknya kerana ia bertindak di luar bidang kuasanya secara tidak sah dan tidak munasabah apabila enggan mengisytiharkan kerusi tersebut kosong.

Beliau menyenaraikan beberapa keputusan suruhanjaya itu yang didakwa tidak rasional:

* SPR bertindak secara tidak sah apabila ia memutuskan tiada kekosongan bagi kerusi tersebut;

* SPR bertindak secara tidak sah menurut undang-undang, tidak munasabah dan sewenang-wenangnya apabila menerima surat cuti Abu Hasan yang telah ditolak oleh Speaker;

* SPR bertindak secara tidak sah apabila memutuskan Speaker harus merujuk perkara tersebut kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Kedah sebelum menguatkuasakan Perkara 51 perlembagaan negeri.

Speaker Kedah mencabar keputusan SPR awal September lalu yang menyatakan kerusi Kota Siputeh tidak kosong kerana Abu Hasan "tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat dalam satu penggal yang sama", selain memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi tersebut kosong.

TPM arah ADUN Kota Siputeh hadir sidang DUN, Arahan Muhyiddin undang kekecohan dalam DUN Kedah.

Tidah habis dengan kemelut perlembagaan dan kekecohan sidang DUN di Negeri Perak, nampaknya Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini membuat arahan yang akan mengundang kepada kekecohan sidang DUN Kedah dengan mengarahkan ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif supaya menghadiri sidang DUN Kedah yang dijadualkan Selasa ini.

Beliau nampaknya membuat arahan yang membelakangi kuasa Speaker yang tidak boleh dicabar dan dipertiakaikan oleh mana-mana pihak termasuklah mahkamah. Muhyiddin dipetik sebagai berkata walaupun Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail menganggap Abu Hasan hilang kelayakan sebagai ADUN, namun BN memegang prinsip apa yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

"Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu. SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa speaker itu saya tak tahu," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung di Alor Star.

Dr Abdul Isa baru-baru ini berkata beliau menyifatkan Abu Hasan bukan lagi ADUN walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan wakil rakyat itu.

Katanya Abu Hasan hilang kelayakan sejak 17 Ogos lepas setelah gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturut-turut yang menyalahi Perkara 51 Undang Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK).

Beliau sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang mengekalkan Datuk Abu Hasan Sarif sebagai ADUN kawasan Kota Siputeh.

Dewan Undangan Negeri Kedah akan bersidang mulai Selasa minggu depan bagi membentangkan bajet negeri 2010

Mekah 2010

Email : kerang ngeleber




















Pemuda PAS Perak gerakkan misi bersih rumah mangsa banjir

LENGGONG, 12 Nov: Dewan Pemuda PAS Perak telah telah menggerakkan ahli mereka membantu dalam membersihkan kediaman mangsa banjir yang melanda kawasan itu baru baru ini.

Program amal yang diketuai Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Saleh itu telah berjaya membersihkan lebih 50 buah kediaman di kawasan tersebut.

Turut menyertai misi bantuan itu Yang DiPertua PAS Kawasan Lenggong Haji Razman Haji Zakaria dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Lenggong Ustaz Abdul Karim Mahmud.

Program tersebut asalnya telah dicetus Dewan Pemuda PAS Lenggong sendiri dengan dibantu Pemuda Negeri itu.

"Saya telah mengarahkan supaya jentera Unit Amal menjadualkan tugas untuk membantu penduduk di sini," jelas Salman yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda PAS.

Di Lenggong sahaja hampir 200 buah rumah terjejas teruk akibat banjir yang melanda negeri itu baru baru ini.

Sehubungan itu, misi pemuda PAS ini adalah sebagai bantuan meringankan beban mangsa yang terlibat.

HarakahDaily.Net/-

Permohonan maaf, penghargaan Datuk Kamarudin

KUALA LUMPUR, 12 Nov : “Saya ingin memohon kemaafan ekoran kelewatan saya untuk hadir lebih awal menerima kunjungan dan ziarah sekelian tetamu kerana masalah kelewatan penerbangan dari Qatar…”

Demikian rakaman permohonan maaf Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar kepada semua hadirin yang telah datang menziarahi jennazah isterinya, Datin Kamariah Kamarudin yang meninggal dunia jam 6 pagi semalam selepas sekian lama melawan penyakit barah.

Beliau yang mewakili ahli keluarganya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang menziarahi kediamannya di Kelana Jaya untuk merakamkan ucapan takziah dan simpati di atas pemergian ke rahmatullah isterinya dan ibu tercinta kepada anak-anaknya yang tercinta.

“Kepada rakan-rakan ahli parllimen, sahabat handai, jiran, kakitangan Harakah, ahli-ahli serta penyokong PAS yang datang dari luar.

“Kehadiran dan rakaman takziah dan simpati mereka amat mengharukan saya dan moga Allah SWT memberikan ganjaran atas keikhlasan mereka.,” katanya dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

“Saya juga memohon maaf kerana masalah kelewatan penerbangan dari Qatar (saya ke sana kerana urusan rasmi) yang amat tidak disengajakan dan saya memohon agar sebarang kekurangan ini dapat difahami dan diterima,” katanya yang juga merupakan Ahli Jawarankuasa PAS Pusat dan Pengarah Urusan Harakah

(Gambar: Datuk Seri Anwar dan Dr Wan Azizah antara yang hadir)

Kamaruddin berkata, beliau sekeluarga akan menjadikan setiap takziah dan simpati daripada semua pihak sebagai modal semangat untuk terus melalui ujian yang penuh cabaran dari Allah SWT.

Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya dan jenazah Allahyarhamah telah disembahyangkan di Masjid Nurul Yakin, SS7 Kelana Jaya dan dikebumikan di Bukit Kiara selepas solat Asar.

HarakahDaily.Net/-

PAS dedah hasil siasatan 'bai'ah talak' esok

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan hasil siasatannya berhubung dakwaan wujud bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga dalam PAS esok.

Pendedahan itu akan dibuat pada satu sidang media yang akan diadakan di bangunan PAS, Jalan Raja Laut jam 11.00 pagi.

Beliau sebelum ini telah diarah oleh Presiden Parti, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyiasat dakwaan terbaru itu setelah beberapa media perdana dan laman blog membangkitkan perkara tersebut.

Perkara itu didakwa timbul selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan beberpa blogger.

Kemudiannya mendapat liputan meluas sehingga PAS diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

Selain Abdul Hadi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz serta Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub turut menafikan dakwaan tersebut.

Ianya kerana Majlis Syura Ulama tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah sedemikian.

Mereka juga berpendapat, isu ini hanya sengaja dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memecahbelahkan PAS.

HarakahDaily.Net

Royalti: Kelantan panggil Tengku Razaleigh perjelas perjanjian

KOTA BHARU, 12 Nov: Kelantan akan meneruskan misi tuntutan hak royalti minyak negeri itu dengan memanggil bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah memberi penjelasan kedudukan sebenar kepada rakyat negeri itu.

Exconya, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu telahpun dipersetujui Tengku Razaleigh dalam pertemuan mereka sewaktu di parlimen baru-baru ini.

''Saya mendapat persetujuan itu dua hari lalu semasa di Parlimen dan Ku Li akan bersama dalam ceramah yang dikendalikan oleh kerajaan negeri kelak," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Antara lain Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang itu akan memberi penjelasan berhubung perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Petronas yang telah dibuat pada 1975.

Kerajaan negeri bagaimanapun belum menetapkan masa untuk megadakan majlis penjelasan tersebut.

"Kita tidak pasti lagi bila ceramah itu akan diadakan kerana Menteri Besar Kelantan (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) menunaikan haji di Makkah.

“Kalau sempat, kita buat sebelum Menteri Besar pergi. Jika tidak kita buat selepas itu,” ujarnya.

Selain itu, kerajaan negeri juga telah melantik sebuah syarikat guaman untuk menjadi panel menuntut wang royalti tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat berkata, tunggakan bayaran royalti pusat kepada Kelantan kini mencecah RM2 bilion.

Ianya kerana Kawasan Pembangunan Bersama (JDA) mula mengeluarkan hasil pada 2005, dan Kelantan sepatutnya memperoleh RM400 juta setiap tahun.

Maka sejak dari itu jumlah keseluruhan tunggakan adalah sebanyak RM2 bilion.

'' Mengikut rekod, kerajaan Pusat menerima RM800 juta untuk 2010 dan kita berpendapat separuh dari pembayaran itu yang sepatutnya dilakukan secara tunai adalah untuk Kelantan.

Menurutnya, keadaan itu sama seperti yang dibayar kepada negara Thailand.

''Ini sama seperti yang diamalkan oleh Thailand, negara itu memperoleh RM800 juta dan RM400 juta diberikan kepada wilayah Songkhla," ujarnya.

Kelantan ujarnya tidak wajar dinafikan bayaran royalti kerana Sarawak dan Sabah telah menerima bayaran seumpamanya walaupun operasi perolehan minyak lebih jauh tiga batu nautika daripada perairan negeri tersebut.

Selagi belum mendapat bayaran royalti tersebut, kerajaan negeri tegasnya akan menggunakan seluruh saluran yang ada bagi memastikan hak rakyat negeri itu dikembalikan.

HarakahDaily.Net

ADUN turun tinjau masalah banjir

Drs. Khalil meninjau keadaan banjir dilokasi Hadapan SMK Methodist dan SMNK Panglima Bukit Gantang di Jalan Sekolah Parit Buntar pagi tadi.


PARIT BUNTAR, 12 Nov.:- Hujan lebat yang turun hampir sepanjang malam tadi memberi kesan kepada penempatan di sekitar Parit Buntar apabila kebanyakan kawasan yang kedudukannya lebih rendah menjadi kawasan takungan air dan mengalami banjir kilat disekitar DUN Titi Serong. Demikian komen awal ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham apabila ditemui sebaik sahaja sepagi suntuk beliau turun padang meninjau permasalah itu di dalam DUNnya hari ini.

Menurut beliau lagi sepanjang lawatan itu beliau mendapati banyak longkang dan parit yang tidak dibersihkan dan tersumbat dengan sampah sarap. Selain itu katanya terdapat parit yangditumbuhi dengan rumput sehingga menganggu perjalan air seperti yang didapati disenjang jalan di kawasan kampung Kedah.

"Saya mendapati kebanyakan parit dan longkang adalah kecil dan tidak mampu untuk menampung kawasan taman perumahan dan penempatan yang berkapasiti besar", Jelasnya

Drs. Khalil juga berpandangan kawasan sekitar Parit Buntar yang dilanda banjir kilat adalah kawasan yang lebih rendah dan seolah menjadi tempat takungan air bila berlaku hujan lebat.

"Saya merayu kepada pihak agensi yang terbabit untuk mengambil serius masalah ini kerana ianya sudah lama menjadi persoalan masyarakat setempat bila saja berlaku hujan" Katanya.

"Seingat saya perkara ini telah saya ajukan dalam soalan sidang DUN semasa Pakatan Rakyat masih berkuasa dan Kerajaan negeri pada masa itu telah berjanji untuk mengabil tindakan yang sewajarnya dalam bajet 2010" Dedah khalil bila titanya apakah tindakan beliau sebelum ini.

Bila ditanya perkembang permohonan itu, beliau menyatakan tidak dapat menjawab perkembangan sebenar kerana kuasa politik berada tangan BN yang merampas kuasa di Perak sejak Februari lepas. namun berdasarkan kemapuan kerajaan negeri semasa mengajukan permohonan satu masa dulu, Drs. Khalil menganggap sepatutnya masalah perparitan di Parit Buntar sudah boleh diselesaikan dalam tahun 2010 ini.

Pemendapan tanah akibat banjir

Sebuah lubang besar di hujung jambatan Sungai Jarak yang terbentuk daripada pemendapan tanah akibat banjir di Jalan Lunas-Padang Serai dekat Kampung Nagalilit dan Permatang Tok Dik, menyebabkan hubungan dengan mapung berdekatan terputus, kelmarin - foto BERNAMA

Mengerjakan Ibadah Korban Menurut Sunnah Rasulullah SAW

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh ALLAH. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima ALLAH.

Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana ALLAH dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w.

Firman ALLAH S.W.T:

"DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)." - Surah al-Mulk: 2.

Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w seperti berikut:

1. Waktu perlaksanaan ibadah korban.

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Imam Syafie r.h berkata:

"Waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha…Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih korban." – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm fi al-Fiqh karya Imam Syafie, edisi terjemahan bertajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Peringkas dan peneliti Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, Pustaka Azzam, Jakarta (2004), jil. 1, m.s. 737.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَّهْلِهِ لَيْسَ مِنْ النُّسُكِ فِي شَيْء

Maksudnya:
"Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1961

Sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَلْيُعِدْ
Maksudnya:
"Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (Aidiladha), dia hendaklah mengulanginya." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5561.

Sabda Rasulullah s.a.w:


كُلُّ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ ذَبْحٌ
Maksudnya:
"Seluruh hari-hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan." – Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 16151.

2. Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan.

Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah s.a.w:

أَرْبَعٌ لاَ تَجُوزُ فِي الأََضَاحِيِّ فَقَالَ الْعَوْرَاءُ بَيِّنٌ عَوَرُهَا وَالْمَرِيضَةُ بَيِّنٌ مَرَضُهَا وَالْعَرْجَاءُ بَيِّنٌ ظَلْعُهَا وَالْكَسِيرُ الَّتِي لاَ تَنْقَى
Maksudnya:
"Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)." – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Dawud, 2420.

3. Tidak menggunting rambut dan memotong kuku.

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
Maksudnya:
"Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1977.

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Menurut Imam al-Nawawi r.h:

"Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain." – Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Diukil dari kitab Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, edisi terjemahan dengan tajuk Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98.

Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata:

"Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada ALLAH. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja." – Rujuk Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96. Dinukil dari kitab Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, ms. 99

4. Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian.

Jabir r.a berkata:

نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ

Maksudnya:
"Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah s.a.w ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk 7 orang dan menyembelih lembu untuk 7 orang bersama-bersama Rasulullah s.a.w." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1318.

5. Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya.

Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.

Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah s.a.w. Lalu Abu Ayyub menjawab:

كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِالشَّاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ فَيَأْكُلُونَ وَيُطْعِمُونَ
Maksudnya:
"Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain." – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1425.

6. Ibadah korban dilaksanakan di musolla.

Menurut sunnah Nabi s.a.w. solat sunat Aidiladha mahupun Aidilfitri dilaksanakan di musolla. tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin Dalil yang menunjukkan disunnahkan untuk mengerjakan solat sunat Hari Raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى. فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ.
Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w. keluar menuju musholla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat Hari Raya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 956.

Sebagaimana yang telah kita maklum solat di Masjid Nabawi adalah lebih baik daripada solat 1000 kali di masjid lain selain Masjidil Haram. Namun ternyata meskipun dengan keutamaan sebesar ini Rasulullah s.a.w. tetap memerintahkan para sahabat untuk mendirikan solat Hari Raya di musolla. Ibnu Qudamah r.h di dalam al-Mughni (jilid 3, ms. 260) berkata:

“Mengerjakan solat Hari Raya di musholla adalah sunnah, kerana dahulu Nabi s.a.w. keluar ke tanah lapang dan meninggalkan masjidnya (iaitu Masjid Nabawi). Demikian pula para khulafa’ al-Rasyidin. Dan ini merupakan kesepakatan kaum muslimim. Mereka telah sepakat di setiap zaman dan tempat untuk keluar ke tanah lapang ketika solat Hari Raya.”
Oleh itu disunnahkan melaksanakan ibadah korban di tanah lapang yang digunakan untuk mengerjakan solat Aidiladha (musolla) demi memperlihatkan syiar Islam.

Menurut Ibn Umar r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْبَحُ وَيَنْحَرُ بِالْمُصَلَّى

Maksudnya:
"Sudah menjadi kebiasaan baginda menyembelih dan berkorban di musolla." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5552.

7. Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban.

Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata:

ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ

Maksudnya:
"Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

8. Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah.

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta. Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca (بِسْمَ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر).

Anas r.a berkata:

ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ وَسَمَّى وَكَبَّرَ وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا

Maksudnya:
"Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama ALLAH dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung keduanya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Darah dari anggota badan haiwan korban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapahnya.

9. Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan.

Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan mensedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.

Sabda Nabi s.a.w:

فَكُلُوا وَادَّخِرُوا وَتَصَدَّقُوا
Maksudnya:
"Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu)." - Hadis riwayat al-Muslim di dalam Sahih al-Muslim, hadis no: 1971.

10. Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.

Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لاَ أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا. قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Maksudnya:
"Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1317.

Demikianlah beberapa sunnah Rasulullah s.a.w ketika melaksnakan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha. Oleh itu, kita hendaklah bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah-sunnah tersebut.

Berbahagialah orang-orang yang diberi taufik oleh ALLAH dalam beribadah kepada-NYA dengan mengikuti sunnah Nabi-NYA dan tidak mencampur-adukkannya dengan amalan bid'ah.

HIKMAH DAN HUKUM IBADAH KORBAN

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).

Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.

Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

KEUTAMAAN MENGERJAKAN IBADAH KORBAN

Ibadah korban ini memiliki keutamaan yang begitu besar bagi mereka yang mengerjakannya.

Firman ALLAH S.W.T:

"Dan KAMI jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama ALLAH untuk kamu; pada menyembelih unta itu ada kebaikan bagi kamu. Oleh itu, sebutlah nama ALLAH (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya. Setelah ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah KAMI memudahkannya untuk kamu (menguasai dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada ALLAH. Tetapi, yang sampai kepada-NYA ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu. Demikianlah DIA memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat nikmat petunjuk-NYA. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya." – Surah al-Haj: 36-37.

Melalui ayat di atas dapat kita senaraikan beberapa keutamaan ibadah korban seperti berikut:

1) Ibadah korban dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat dengan mempereratkan hubungan kasih sayang antara golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan seumpamanya dengan golongan yang bernasib baik melalui pengagihan daging-daging korban.

2) Ibadah korban berupaya membentuk insan yang bersyukur melalui penyembelihan haiwan korban yang dilakukannya dengan menggunakan hasil rezeki tersebut dalam rangka beribadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH.

3) Ibadah korban dapat membentuk jiwa yang ikhlas kerana sejumlah wang ringgit telah dibelanjakan demi mendapat keredhaan ALLAH.

4) Ia juga merupakan bukti ketakwaan kita kepada ALLAH kerana menurut perintahnya.

5) Ibadah korban merupakan amalan mulia dan sesiapa yang menunaikan ibadah tersebut bakal mendapat ganjaran paling baik, iaitu syurga.

HUKUM IBADAH KORBAN

Para ulamak berbeza pendapat mengenai hukum melakukan ibadah korban. Ia terbahagi kepada dua pendapat, iaitu:

1. Wajib bagi yang mampu.

Ini merupakan pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Rabi’ah al-Ra’yi, al-Auza’i, al-Laits bin Saad, salah satu dari pendapat Imam Ahmad bin Hanbal dan pendapat ini telah dirajihkan (dibenarkan) oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Dalil-dalil yang menyokong pendapat ini adalah seperti berikut:

"Oleh itu, kerjakanlah solat kerana TUHANnmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)." – Surah al-Kautsar: 2.

Ayat ini menggambarkan kewajipan ibadah korban sebagaimana kewajipan mengerjakan solat. Ini kerana, kedua-dua ibadah tersebut dihubungkan dengan kata penghubung wau (و) bermaksud 'dan' yang mana ia menunjukkan ada persamaan hukum.

Jundab bin Abdillah bin Sufyan al-Bajali r.a berkata:

صَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ النَّحْرِ ثُمَّ خَطَبَ ثُمَّ ذَبَحَ فَقَالَ: مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيَذْبَحْ أُخْرَى مَكَانَهَا وَمَنْ لَمْ يَذْبَحْ فَلْيَذْبَحْ بِاسْمِ اللَّهِ

Maksudnya:
"Nabi s.a.w solat pada hari al-Nahr (Aidiladha) kemudian berkhutbah lalu menyembelih (bintang) korbannya lantas bersabda: Sesiapa yang menyembelih sebelum solat (hari raya Aidiladha), sembelihlah yang lain sebagai penggantinya dan sesiapa yang belum menyembelih maka sembelihlah dengan nama ALLAH." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 985.

Perintah Rasulullah s.a.w agar mengulangi ibadah korban jika ia dilakukan sebelum solat hari raya Aidiladha menunjukkan ia termasuk perkara wajib. Jika tidak, sudah pasti baginda tidak akan memerintahkan agar penyembelihan diulangi.

Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنَا
Maksudnya:
"Sesiapa yang memiliki kemampuan (keluasan rezeki) dan tidak menyembelih, maka jangan dekati tempat solat kami." – Hadis riwayat Imam Ibn Majah di dalam Sunan Ibn Majah, hadis no: 3114

Hadis ini berupa ancaman bagi golongan yang memiliki kemampuan untuk menyembelih pada hari raya Aidiladha tetapi tidak mengerjakan ibadah korban. Ancaman berat ini tidak akan dikeluarkan oleh baginda melainkan ia sebagai bukti mengenai kewajipannya.

Mikhnaf bin Sulaim r.a berkata:

كُنَّا وُقُوفًا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَفَاتٍ فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ فِي كُلِّ عَامٍ أُضْحِيَّةٌ وَعَتِيرَةٌ. هَلْ تَدْرُونَ مَا الْعَتِيرَةُ؟ هِيَ الَّتِي تُسَمُّونَهَا الرَّجَبِيَّةَ.
Maksudnya:
"Kami bersama Rasulullah dan baginda wukuf di Arafah lalu berkata: Wahai manusia! Sesungguhnya wajib bagi setiap keluarga pada setiap tahun (mengerjakan ibadah) korban dan ‘atirah. Baginda berkata: Tahukah kalian apakah ‘atirah itu?. Iaitu yang dikatakan orang Rajabiyah (kambing yang disembelih pada bulan Rejab)." – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam kitab Sunan Tirmizi, hadis no: 1438.

Hadis ini jelas membuktikan bahawa ibadah korban dan ‘atirah itu diwajibkan kepada semua umat Islam yang berkemampuan. Walau bagaimanapun, hukum bagi ‘atirah telah dimansuhkan. Namun, ia tidak memansuhkan ibadah korban. Bahkan, kewajipannya masih berterusan hingga sekarang.

2. Sunat atau sunat muakkad (sunnah yang amat dituntut) bagi yang mampu.

Inilah pendapat jumhur (majoriti) ulama dan pendapat Imam Syafie r.h. Golongan ini berpegang kepada dalil-dalil seperti berikut:

Menurut Ummu Salamah r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:

إِذَا دَخَلَتْ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا

Maksudnya:
"Jika masuk sepuluh hari pertama Dzulhijjah dan salah seorang daripada kamu semua ingin menyembelih (haiwan) korban, janganlah memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1977.

Dalil ini menunjukkan bahawa ibadah korban tidak wajib berdasarkan kata-kata baginda 'dan salah seorang antara kamu semua yang ingin'. Ia menggambarkan kepada kita bahawa baginda memberi pilihan kepada sesiapa sahaja sama ada untuk menyembelih atau sebaliknya. Seandainya ibadah korban itu wajib, pasti baginda memberi pilihan kepada seseorang sambil berkata: “Janganlah memotong rambut dan kukunya sehingga selesai menyembelih haiwan korban.”

Jabir r.a berkata:

شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الأَضْحَى بِالْمُصَلَّى فَلَمَّا قَضَى خُطْبَتَهُ نَزَلَ مِنْ مِنْبَرِهِ وَأُتِيَ بِكَبْشٍ فَذَبَحَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ وَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ هَذَا عَنِّي وَعَمَّنْ لَمْ يُضَحِّ مِنْ أُمَّتِي

Maksudnya:
"Aku menyaksikan bersama Nabi s.a.w solat Aidiladha di musolla (tanah lapang). Ketika selesai berkhutbah, baginda turun dari mimbar lalu dibawakan seekor kambing lantas Rasulullah menyembelihnya dengan tangannya sendiri sambil berkata: Bismillah wallahu Akbar (Dengan nama ALLAH dan ALLAH Maha Besar). Ini daripadaku dan daripada umatku yang belum meyembelih." – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 2427.

Selain itu, kata-kata baginda 'ini dariku dan dari umatku yang belum menyembelih' diungkapkan secara lafaz mutlak dan umum bukan secara khusus. Bermakna, memadai ibadah ini diwakilkan kepada seseorang sebagaimana baginda mewakili seluruh para sahabat yang masih belum melakukan korban.

Inilah dalil menunjukkan ibadah korban tidak wajib. Sekiranya ia wajib, tentu bagi mereka yang meninggalkan ibadah tersebut berhak dihukum dan tidak memadai baginda mewakilkan korbannya itu kepada seseorang.

Abu Sarihah al-Ghiffari, beliau berkata:

مَا أَدْرَكْتُ أَبَا بَكْرٍ أَوْ رَأَيْتُ أَبَا بَكْرٍ وَ عُمَرَ كَانَا لاَ يُضَحِّيَانِ – فِي بَعْضِ حَدِيْثِهِمْ – كَرَاهِيَّةَ أَنْ يُقْتَدَى بِهِمَا

Maksudnya:
"Aku mendapati Abu Bakar atau melihat Abu Bakar dan Umar tidak menyembelih (haiwan) korban – dalam sebahagian hadis mereka – khuatir dijadikan ikutan orang terkemudian." – Hadis riwayat al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra, jil. 9, ms. 295. Syeikh al-Albani telah mensahihkan riwayat ini di dalam Irwa’ al-Ghalil, hadis no: 1139.

Seandainya ibadah korban itu wajib, pasti Abu Bakar dan Umar r.a akan mendahului umat Islam dalam melakukan ibadah korban.


Sebelum membuat rumusan tentang hukum ibadah korban, kita hendaklah fahami bahawa hukum sunat atau wajib berkaitan sesuatu ibadah hanyalah berbentuk kajian ilmiah dan bertujuan mengetahui sama ada sesuatu amalan itu dibenarkan untuk ditinggalkan ataupun tidak sahaja. Namun, bagi mereka yang mencintai sunnah Nabi s.a.w sekiranya sesuatu amalan itu tsabit daripada baginda s.a.w mereka akan berusaha bersungguh-sungguh mengerjakannya tanpa memikirkan sama ada ia wajib atau sunat.

Namun, kedua-dua pendapat tersebut memiliki hujah daripada baginda s.a.w dan seharusnya kita berlapang dada dalam permasalahan khilafiyah sebegini.

Syeikh Muhammad al-Amin al-Syingqiti r.h berkata:

"Aku telah meneliti dalil-dalil daripada sunnah mengenai pendapat yang mewajibkan dan yang tidak mewajibkan ibadah korban. Menurut pandangan kami, tidak ada satu dalil dari kedua-dua pendapat tersebut yang kuat, pasti dan selamat dari kritikan sama ada menunjukkan ia wajib atau tidak…
Yang rajih (tepat) menurutku dalam hal yang tidak jelas mengenai nas-nas dalam suatu perkara kepada suatu perkara yang lain bahkan tanpa mempunyai dalil yang kuat dan jelas ialah berusaha sedaya mungkin keluar dari khilaf dengan melakukan korban apabila mampu. Ini kerana, Nabi s.a.w bersabda: “Tinggalkanlah perkara yang ragu kepada yang tidak ragu.”
Sepatutnya, seseorang tidak meninggalkannya apabila mampu kerana menunaikannya sudah pasti menghilangkan tanggung jawabnya." – Rujuk Kitab Adhwaa’ al-Bayaan Fi Idhah al-Quran bil Qur’an karya Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti, jil. 5 ms. 618.

Oleh itu, penulis lebih cenderung kepada pendapat jumhur (majoriti) ulama kerana mustahil Abu Bakar dan Umar r.a meninggalkan sesuatu amalan yang wajib apatah lagi mereka berdua merupakan imam yang layak manjadi ikutan dan kelayakkan mereka telah dijamin oleh Rasulullah s.a.w

Sabda Rasulullah s.a.w:

فَإِنْ يُطِيعُوا أَبَا بَكْرٍ وَ عُمَرَ يَرْتَشُدُوا
Maksudnya:
"Sekiranya mereka semua mentaati Abu Bakar dan Umar, pasti mereka mendapat petunjuk." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 681

POLITIK ADU DOMBA UMNO PECAH BELAH PAS/PAKATAN

Oleh : Nash Ar-Rawy

Perangai Umno mengadu-dombakan pimpinan PAS pusat dan dengan Pakatan Pilihan Rakyat memang menjadi tabiat tradisi Umno ; kalau tidak bukanlah Umno namanya. Apa lagi setelah usaha pecah belahkan PAS sesama pimpinan melalui isu UG itu gagal samasekali dan sekarang ini pakai pula umpanan berjenama “MelayuIslam”Umno ;suatu ideologi assobiyyah Islam kosmetik “MelayuIslam Umno”; yang sesat jahiliyyah siber lagi menyesatkan.

Namun, terbukti umpanan perangakap UG ini bisa ditangani dengan baiknya segala fitnah media baru bloggers Umno; bisa diselesaikan hingga ke peringkat akar umbinya sampai ke peringkat pimpinan tertinggi secara telus, terbuka , berprofesional dan berhemah tinggi yang di hormati dan diakui oleh DS Anuar sendiri akan sikap dan keistimewaan PAS selaku Gerakan Islam dan massa yang berwibawa untuk memimpin ummah.Umno pastinya dayus untuk mengadakan koreksi terbuka seperti seminar terbuka PAS itu kerana Umno bukan parti Islam dan sarat dengan politk korupsi. Pemimpin UBN di lindungi gua zam-zam alakazam yang berjenama ISA, SPRM, SPR dan Mahkamah.

Memang kelebihan dan keistimewaan yang ada pada Gerakan Islam dan massa PAS sangat di geruni oleh UBN apabila berlaku cantuman dan persenyawaan politk baru Malaysia PAS – DAP – PKR ; memberikan nafas dan nyawa baru bagi massa untuk menumbangkan entiti politik penindas rakyat dan penyelewengan salah guna kuasa , kefasadan rasuah dan autokrasi berparlimen yang menghimpit dan menekan keringat dan khazanah rakyat untuk kepentingan kroni elit” Umnoputra MelayuIslam” dan konglomerat MCA .

Semua orang tahu siapa yang menghanguskan wang rakyat sebanyak 20 Billion dalam skandal Perlabuhan Kelang Free Zone ; di mana wang rakyat berlabuh di dalam poket korprat –keparat UBN .Mengapakah ‘ Parti Baru” keluarga UBN, iaitu SPRM senyap sunyi seribu bahasa. Tetapi, bisa pula menggeledah 200 persen tindakan optimum ke atas apa-apa sahaja tuduhan ke atas anggota Pakatan Pilihan Rakyat. Sekalipun bisa membawa maut; tiada menjadi hal buat mereka walaupun membabitkan nyawa manusia yang di isytiharkan oleh pakar bedah Thailand sebagai kes bunuh bukannya bunuh diri.

Inilah kerakusan dan kefasadan politik UBN yang tiada berperikemanusian, primitif dan buta perut; diperlihatkan kezalimannya kepada massa secara terang dan jelas Yang tiada pernah diinsafi oleh UBN ; walaupun pembunuhan pernah berlaku ke atas pemimpin PAS allahyarham Samad Gol Kelantan dan pembunuhan beramai –ramai di Memali , Kedah ke atas rakyat yang tiada berdosa dan tiada bisa dibuktikan bersalah oleh mahkamah sehingga kini masih lagi tergantung pembicaraannya, Mengapa? Anda sudah tahu jawapannya!.

Mana ada demokrasi dan keadilan di negara satu Malaysia ini; yang penuh dengan skandal demi skandal daripada BMF ke Pewaja Steel ( ‘Stealings the masses money ‘) Tabung Haji, Bank Islam kepada PKFZ dan entah apa lagi satu demi satu pembongkaran yang dibuat bukan oleh Pakatan Pilihan Rakyat ; tetapi antara sesama kroni suku –sakat “MelayuIslam Umno” UBN. yang memfaraidkan harta rakyat sesama mereka dengan kekayaan yang melimpah ruah. Golongan marhein bagaimana? Bagilah beras sekampit seorang sedangkan wang rakyat berbilion trillion di telan mereka sekali gus dengan sekelip mata sahaja ; bermain silap mata dengan massa. Wang rakyat di luar negara hasil daripada usahasama negara dengan negara luar di simpan dalam akaun satu syarikat proksi pemimpin “MelayuIslam Umno “; itu sahaja berjumlah 1.1. trillion . habuan joli dan rasuah politik untuk PRU 13 akan datang.

Inilah dia rakyat di dahulukan kononnya dalam retorik tadika satu Malaysia; yang SMS ( Satu Malaysia Sekular ) .. Gua zam-sam alakazam yang terkini dan ternanti-nanti oleh kroni korprat keparat “MelayuIslam Umno” ini ialah ternganga-nganga untuk menelan emas hitam berjenama ehsan melalui Jabatan Persekutuan dan JKKK(P) di Kelantan. Sesi memfaraid wang ehsan emas hitam tersebut adalah di kuasai sepenuhnya oleh kroni-kuncu “MelayuIslam Umno” untuk mengkayakan diri di atas nama rakyat satu Malaysia.di Kelantan.

Seperti kata TGNA ,” siapa yang eshsan siapa . Pusat ehsan Kelantan ke , Kelantan yang ehsan pusat ?. Di Kuala Lumpur setitik minyak pun tak ada”.. Ini wang dan hak rakyat negeri Kelantan kerna minyak mengalir di Kelantan dan rakyat Kelantan berhak seratus peratus ke atas ROYATI yang mesti bagi kepada warga Kelantan terus melalui kerajaan Negeri bukan 5% royalti itu milik putrajaya . Mana dia satu Malaysia yang pakai sistem FEDERALISME . Kalau rakyat Sabah dan Sarawak bisa meni’mati wang Royalti walaupun lebih daripada 3 batu nautika dan memang tak ada pun syarat tersebut di dalam Akta Petroleum . Ternyatalah kroni ‘MelayuIslamUmno” adalah perompak gua zam-zam alakazam yang lebih ganas lagi daripada 40 orang penyamun.

Justeru kerna, ketuanya juga bapak perompak wang negara sebanyak RM500 juta yang terselam di selami oleh KD Atantunya.Oleh kerna kuncu-kuncu kroni dalam UBN ini terlalu sibuk untuk mengaut keuntungan ; meraka terlupa akan perkhidmtan cemerlang kakitangan awam yang mempunyai saham yang besar di dalam membangunkan negara dan bekerja keras untuk memajukan ekonomi negara . Tanpa mereka siapa lah yang bisa mengurus-tadbir segala kementerian utama pemacu ekonomi negara. Akan tetapi, keringat mereka langsung tiada dihargai dan diapreciasi. Permintaan Ceupac untuk mendapatkan dua bulan bonus ditolak mentah –mentah . Sedangkan “One Day One Million Formula One ,One Malaysia” bisa saja dibung setiap hari satu juta dan PKFP bisa saja buang 20 Billion yang bisa bagi 10 KALI BONUS ; kerna apa? Kerna khazanah dan kekayaaan negara itu; sudah direzab untuk knoni “MelayuIslam Umno” dan UBN , itu saja. Rakyat marhein dan kakitangan awam ? Disuruh satu Malaysia undi UBN . Apakah anda bisa ?

Selamatkanlah agama , bangsa dan tanah air anda . Cukuplah dengan apa yang berlaku setelah UBN diberi peluang dan amanah untuk memerintah satu Malaysia selama lebih daripada lima dekad. Selamatkanlah negara Malaysia yang KAYA dan tercinta ini daripada jatuh bankrup! Gagasan Pakatan Pilihan Rakyat; gabungan padu dan mantap untuk semua kaum dan agama PAS DAP PKR dan gandingan mantap ketokohan kepemimpinan PAKATAN PILIHAN RAKYAT ; HADI ANUAR KIT SIANG adalah lebih baik daripada PARTI KORUPSI UMNO MCA GERAKAN dalam PKRZ dan MIC dalam MAIKA HOLDING..Ternyata PAS DAP PKR yang memerintah lima negeri ; lebih afdal dan lebih baik daripada UMNO MCA MIC . Kapal UBN yang sarat dengan perbagai jenis sindrom yang kronik itu , sudah tiada bisa diobati lagi . Pembersihan apa kalau masih ada lagi wakil rakyat dan Ketua Menteri satu Malaysia perasuah !.MCA dan Gerakan sekarang sudah jadi seperti parti “MelayuIslam Umno” yang terdiri daripada perasuah. Bahtera Pakatan Rakyat insyaAllahu SATU-SATUNYA PILIHAN RAKYAT yang ada yang bisa memenuhi cita rasa dan aspirasi massa semua kaum dan agama SATU MALAYSIA BARU pada PRU13.di bawah kerajaan baru PAKATAN PILIHAN RAKYAT ( PPR ) .KE ARAH PUTRAJAYA dengan jayanya .InsyaAllahu.

“ GOD IS THE GREATEST ! “

Pemuda PAS teruskan agenda bersama orang muda

Email : safarizal saleh

8 November 2009 (KAMPAR) - Usaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak untuk bersama dengan semua kelompok generasi muda diteruskan atas nama program 'Orang Muda Geng Kita' di Kampar telah dijayakan dengan sempurna.

Kali ini di Kampar, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar telah mengadakan Futsal padang yang menarik minat hampir 19 pasukan sekitar Kampar.

Majlis perasmian pada hari tersebut telah disempurnakan oleh Salman Saleh, Naib Ketua Pemuda PAS Perak. Turut hadir adalah Ustaz Haji Shuaid Hussien, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kampar dan Ridzuan Rashid, Ketua Pemuda PAS Kampar merangkap Exco Pemuda PAS Perak.

'Futsal ini sebagai medan kami untuk bersama peminat-peminat sukan ini bersama Pemuda PAS dan sukan bukan sebagai penghalang untuk kami bersama' tegas Ridzuan di dalam ucapannya.

Salman pula merasakan bahawa pendekatan 'Orang Muda Geng Kita' ini adalah membuktikan semua pihak terutama generasi muda akan terus bersama PAS dan sukan futsal ini sebagai buktinya.

'Pemuda PAS akan terus mencari mekanisma untuk bersama semua kelompok orang muda tanpa mengira latar belakang mereka' tegas Salman.

Pemuda PAS Perak telah merancang pertandingan futsal ini di semua kawasan Parlimen di negeri Perak pada tahun ini. Bagi pertandingan akhir juara-juaranya akan berlangsung pada pertengahan bulan Disember ini.