22 Mei 2011

Senarai nama yang meninggal dalam kejadian tanah runtuh


18 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

1) Mohd. Kamarul Amizan, 11

2) Nurahimi Rosdi, 14

3) Dzahir Haziq M. Muin, 11

4) Ahmad Lokman Hakim, 11

5) Farid Ibrahim, 34

6) Mohd. Azret Azahari, 8

7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11

8) Zahid Assawal Zamri, 19

9) Mohd. Mustakim Mamat, 12

10) Mohd. Naerzein M. Nor, 8

11) Mohd. Aiman Abdullah, 10

12) Shahrul Nurimran Adnan, 9

13) Mohd. Zaim Azahari, 14

14) Mohd. Imal Fahad, 9

15) Mohd. Riezman Ab. Latif, 9

16) Mohd. Hazim Sapri, 10

Bencana di Hulu Langat : Berdaftar atau tidak bukannya persoalan utama, yang penting hulurkan bantuan segera.

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Kenyataan Rasmi
Pejabat Ketua Penerangan PAS PERAK

Pemimpin yang baik perlulah bersikap terbuka apabila terjadi sesuatu bencana seperti yang belaku kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di di Kampung Gahal, Hulu Langatt dan mereka perlu bijak bertindak dan segala langkah yang wajar, bukannya sekadar mencari salah mana-mana pihak dan menunjuk jaguh.

Saya melihat pemimpin BN hanya sibuk dengan kenyataan yang berbelit-belit sehingga tidak menghiraukan nasib para mangsa tragedi tanah runtuh Hulu Langat yang menyayat hati tersebut.

Pakatan Rakyat Perak menyokong usaha dan langkah positif dan drastik Ketua Menteri Pulau Pinang serta Menteri Besar Selangor sendiri yang telah memberikan reaksi dan tindakan pantas dengan menghulurkan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat.

Pakatan Rakyat yang telah memerintah di beberapa negeri dan secara tidak langsung telah memberikan model bagaimana seorang pemimpin di sesebuah negeri mahupun negara tentang bagaimana reaksi yang perlu dari seorang pemimpin apabila berlaku tragedi seperti di hulu langat Selangor ini.

Kerana itu pemimpin Umno BN harus ambil contoh dari pemimpin-pemimpin negeri Pakatan seperti di Selangor dan Pulau Pinang.

Saya sangat kesal dengan kenyataan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dipetik sebagai berkata Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementeriannya.

Saya memuji langkah Menteri berkenaan yang mengadakan lawatan rasmi ke lokasi musibah tersebut namun Shahrizat cuma mengatakan akan mengadakan pertemuan dengan agensi dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat untuk mengetahui status rumah anak yatim itu.

Pesoalannya berdaftar atau tidak bukannya persoalan utama pada masa sekarang. Semua pihak mahu melihat kematangan pemimpin BN yang boleh membantu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

Misi membantu rakyat bukan terbatas apabila tiada status berdaftar dan bermacam lagi kerebah birokrasi, seperti sikap yang ditunjukkan oleh Menteri Pembangunan wanita dan keluarga, Shahrizat Jalil yang menyibuk dengan kenyataan kononnya Sekolah anak yatim tersebut tidak berdaftar dengan kerajaan.

Sepatutnya shahrizat menumpukan usaha membantu mangsa dan keluarga yang terlibat sesuai dengan peruntukan dan bidang kuasa yang dimilikinya sebagai seorang menteri.

Usaha mencari kesalahan semasa pelbagai pihak memikirkan langkah untuk menyalurkan bantuan adalah tindakan tidak cerdik yang ditunjukkan oleh menteri umno itu.

Kerana itu saya tidak hairan mengapa Menteri terbabit kalah di parlimennya dan dimenangi oleh Nurul Izzah yang jauh lebih muda darinya.

Tahniah kepada pemimpin Pakatan Rakyat kerana bertindak segera membantu mangsa dan semua yang terlibat dengan tragedi yang menyayat hati ini,

Sekali lagi saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, semoga anda diberi ketabahan dan kesabaran oleh Allah swt.

Ketua Penerangan Pas Perak
Drs. Khalil Idham Lim
IPOH, 22 Mei 2011

Jenazah tujuh mangsa tanah runtuh dikebumi satu liang lahad

Jenazah pertama dibawa turun dari masjid untuk dibawa ke kubur.

18 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

HULU LANGAT 22 Mei – Tujuh daripada 16 mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding di Hulu Langat hari ini.

Kesemua jenazah tujuh mangsa itu dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 2.30 petang.

Tujuh jenazah itu ialah; Mohd Azhari, Wan Mohd Hazim, Wan Mustakim, Mohd Zahid, Imam Farhad, Zahir Mukmim dan Mohd Hazim. Kesemua jenazah disembahyangkan di Masjid Sultan Sallahuddin Shah di Batu 14, Hulu Langat

Dua lagi mangsa dikebumikan di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil selepas solat Zuhur hari ini, manakala tujuh lagi mangsa lain sudah dituntut ahli keluarga masing-masing dari Hospital Kuala Lumpur.

Kepada keluarga masing-masing diucapkan takziah semoga Allah memberi kekuatan imam menerima dugaan itu dan roh yang pergi pula dicucui rahmat. Al Fatihah.

15k sertai majlis Himpunan 10k Pemuda Kelantan.

18 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 22 Mei: Biarpun dianggarkan 10,000 akan hadir pada majlis Munajat Rakyat Kelantan (Ipon 10k Pemuda), namun seramai 15,000 orang hadir pada majlis yang penuh bersejarah itu.

Mereka hadir untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan Kelantan agar terus kekal mentadbir negeri setelah 21 tahun kepimpinan ulama mewarnai pentadbiran kerajaan negeri itu.

(GAMBAR: Bob Lokman antara tetamu yang hadir)

Majlis berkenaan bermula kira-kira jam 3.00 petang pada majlis yang diadakan di Padang Perdana.

Majlis pada sebelah malam itu bermula dengan solat Maghrib, diikuti bacaan al-Quran 30 juzuk beramai-ramai bagi menjayakan 100 kali khatam al-Quran yang dibacakan sendiri oleh golongan pemuda termasuk pelajar tahfiz al-Quran dan pelajar-pelajar pondok.

Majlis seterusnya diteruskan dengan solat sunat hajat bagi memohon pertolongan dari Dia agar mengekalkan pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan ulamak disamping dijauhi segala usaha jahat pihak lawan untuk menghancurkan pentadbiran keajaan negeri.

Kesemua program munajat termasuk solat sunat hajat, Maghrib dan Isyak diimamkan oleh Mudir Pondok Darilnaim, Ustaz Mohd Aziz Che Man.

(GAMBAR: Muslimat turut serta)

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun, pemimpin masyarakat dan lain-lain jemputan.

Majlis disebelah malam bertambah meriah bukan hanya setakat bacaan al-Quran kehadiran pimpinan tertinggi parti dan kerajaan negeri, sebaliknya Bob Lokman yang turut diberi kesempatan berucap pada malam itu.

Turut berucap pada majlis disebelah malamnya, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Abdul Fatah Mahmood.

Husam ketika berucap pada majlis itu menyelar kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan subsidi minyak adalah candu kepada rakyat.

Katanya, kenyataan sedemikan jelas membuktikan kebajikan untuk rakyat langsung tidak ada sebaliknya untuk membenankan mereka sehingga mengistiharkan sabsidi adalah seumpama candu kepada rakyat.

Macamana Perdana Menteri boleh berkata demikian, sepatutnya membela rakyat,”ujarnya.

(GAMBAR:Ikrar para pemimpin PAS mempertahankan kerajaan negeri Kelantan)

Bagaimanapun beliau berpendapat rasuah dan korupsi adalah candu sebenar yang mampu merosakkan kebajikan rakyat.

Tambahnya, kerana rasuah negara boleh tergadai akibat diterajui oleh pemimpin yang tidak beramanah.

”Saya harap rakyat di seluruh negara menilai balik kepimpinan kerajaan BN hari ini, kita buat perhitungan segera khususnya menjelang pilihanraya umum akan datang,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memuji program yang dianjurkan oleh anak muda itu kerana ianya juga antara tanggungjawab jamaah Islam bagi mempertahankan kerajaan yang membela kebajikan rakyat.

Sambungnya, semua lapisan masyarakat wajar mempertahankan kerajaan Kelantan yang banyak membela kebajikan untuk mereka. HD/-

Pertembungan Najib dan Anwar hampir kemuncak

18 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Mohd Sabri Said

BUKIT MERTAJAM, 22 Mei: Pertembungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kian sampai ke kemuncaknya tidak lama lagi kata, Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Sharin.

Menurutnya, kerajaan mana yang akan mendaki Putrajaya juga akan terjawab bila rakyat sendiri menilai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat yang mana memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Pertembungan Najib dan Anwar sudah melepasi tahap kedua di mana masing-masing merangka strateji politik cuma perbezaan BN main politik tidak sihat mempergunakan semua kesempatan untuk menekan Pakatan Rakyat. Itulah politik Umno dan BN mereka tidak akan duduk diam buat kejahatan, " jelasnya ketika menyampaikan ceramah di Juru, Bukit Mertajam semalam.

Namun apa pun, rakyat yang cintakan kebenaran mesti yakin dan melaksanakan kerja menjatuhkan BN cara terhormat melalui pilihanraya serta menyampaikan maklumat terkini sehingga ke akar umbi, kata beliau yang juga dikenali sebagai Cikgu Bard (gambar bawah).

Sekarang ini BN cuba memperbanyakan program kepemudaan menerusi Belia di mana kemunculan konsert dan rancangan realiti yang tidak membawa manafaat kepada wawasan yang ingin dibina.

Mereka tahu tambahnya, lagi banyak program seumpama itu bermakna sokongan golongan muda terhadap BN tetapi jangan bimbang Pakatan Rakyat juga mempunyai ageda yang tersendiri untuk mengajak anak muda bersatu di bawah satu payung kebenaran.

"Memang tidak dinafikan BN banyak adakan rancangan bermotif politik namun jangan bimbang Pakatan Rakyat juga ada agenda untuk menyusun beberapa program demi menyelamatkan golongan terbabit daripada terus menjadi hamba kepada politik kotor BN, " terangnya yang juga Ketua Cabang Parti KeAdiLan Rembau, Negeri Sembilan.

Bagi beliau, kemampuan Dato' Seri Anwar lebih menyerlah walaupun beliau ditekan dengan berbagai isu yang kadang-kadang jika dilihat Anwar akan kalah awal sebelum bertarung pada pilihanraya umum nanti.

Sebenarnya Najib lebih tertekan dengan isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat seperti kes Antantuya, pembaziran Datin Seri Rosmah Mansor, kes liwat atau video lucah yang bakal dibicarakan bulan depan.

"Terdapat kelebihan pada Pakatan Rakyat sebab itu BN cuba mengalih pandangan masyarakat pada isu yang tidak rasional seperti percubaan mengharamkan Parti KeAdiLan, " katanya lagi.

Justeru itu, rakyat yang mahukan kemenangan muklak mesti bekerja keras dengan parti dalam gabungan Pakatan Raykat bagi memastikan kerusi parlimen atau negeri di semenanjung Malaysia dikekalkan atau menambah banyak kerusi manakala rakyat di Sabah dan Sarawak wajar memenangkan sepuluh kerusi parlimen berbanding lapan yang menjadi sasaran sebelum ini.

Berceramah sama dalam program anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Tengah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Komuniti (JKKK) Kampung Sekolah, Juru ialah Ketua Srikandi Malaysia, Siti Aishah Sheikh Ismail dan Yang Dipertua PAS Kulim Bandar Baru, Ustaz Haji Hasan Abdul Razak.

Selangor bantu mangsa tanah runtuh

18 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat.

NONEMenurut TV Selangor, kerajaan negeri juga telah menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor serta Yayasan Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera kepada mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mereka.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membiayai kos keperluan kepada mereka yang terselamat dalam bencana alam ini serta petugas-petugas yang bertungkus lumus menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini.

Beliau turut mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan kebajikan mereka yang terselamat dijaga.

24 buried alive in landslide at orphanageBuat sementara waktu, Kerajaan Negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat di Azwin Resort sehingga misi penyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan.

Khalid menasihatkan keluarga mangsa-mangsa terlibat supaya bersabar dan redha dengan kejadian ini. Semoga roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Tanah runtuh: Pulau Pinang sumbang RM25,000

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 22 Mei: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mencadangkan pemberian sebanyak RM25,000 kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Setiausaha DAP turut mengucapkan takziah kepada semua 16 orang mangsa yang terkorban dan 9 orang lain yang cedera dalam mala petaka  tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

“Mala petaka ini amat menyayat hati dan telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa kira bangsa dan agama yang penuh simpati dan kesedihan kepada mangsa-mangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

DAP juga, katanya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan penuh dedikasi.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bagan menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan tragedi seperti itu dapat dielakkan.

“Pada masa yang sama, kerajaan negeri Pulau Pinang akan mencadangkan pemberian sebanyak RM25,000 kepada semua mangsa dan Rumah Anak Yatim," ujarnya.

Menurutnya, sungguhpun wang tidak seberapa, ia adalah sokongan moral untuk memberikan semangat kepada keluarga mangsa yang terkorban dan mereka yang terselamat meneruskan kehidupan dengan tabah hati.

Mahfuz sah pertahan jawatan Naib Presiden PAS

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 22 Mei: Datuk Mahfuz Omar (gambar) hari ini mengesahkan beliau menerima pencalonan untuk jawatan naib presiden iaitu jawatan yang sedang disandangnya kini.

Pengesahan ini menyaksikan beliau mungkin berdepan dengan 13 lagi calon lain sekiranya kesemuanya menerima pencalonan untuk jawatan itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-57, bulan depan.

Mereka ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Idris Ahmad, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Mazlan Aliman, Datuk Mohd Amar Abdullah, Dr. Mohd Hatta Ramli, Mujahid Haji Yusof Rawa, Nik Zawawi Nik Salleh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

"Saya menerima pencalonan sebagai naib presiden untuk meneruskan khidmat saya membantu presiden untuk melakukakan lonjakan ke arah PRU ke 13," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menganggap keputusan itu sebagai mempertahankan jawatan kerana menurutnya jawatan bukan milik individu, tapi milik parti.

Sebaliknya tegas Mahfuz, beliau akan terus memberi tumpuan kepada gerak kerja parti,terutama untuk menumbangkan Umno BN.

"Saya tak suka guna istilah mempertahankan jawatan kerana jawatan bukan milik individu tapi milik parti.

"Kalau saya menumpukan soal pemilihan, saya akan hilang fokus sebenar. Jadi saya serahkan kepada kawasan untuk membuat penilaian," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Mahfuz turut menekankan '5K' yang menjadi prinsipnya dalam memastikan PAS terus diterima masyarakat dan mampu bersama-sama Pakatan Rakyat memerangi politik perkauman yang kembali dimainkan Umno BN untuk mewujudkan rasa tidak senang antara kaum.

'5 K' tersebut ialah kejujuran, ketelusan, kebijaksanaan, kesaksamaan, dan keprihatinan/kebajikan.

"5K ini yang saya nak bawa. Jadi menjadi tanggungjawab besar bagi saya, untuk menerima pencalonan untuk bawa PAS ke dalam 'green politic' di Malaysia," katanya.

Sementara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengekalkan jawatan presiden parti tanpa bertanding.

Ini katanya menunjukkan ahli memberikan sepenuh kepercayaan kepada Abdul Hadi untuk terus meneraju PAS bersama Pakatan Rakyat.

"Kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi sebagai presiden parti akan melicinkan lagi perjalanan PAS bersama Pakatan Rakyat.

"Ahli ternyata memberi penghargaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau," katanya.

Sebanyak 152 kawasan menghantar pencalonan untuk jawtan tertinggi parti namun hanya 146 diterima selepas enam borang yang dihantar tidak lengkap.

Bantulah rakyat bukan minta persiap mental

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



PARIT BUNTAR, 22 Mei: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim mengkritik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan rakyat agar bersedia secara mental bagi menghadapi tekanan ekomoni yang bakal berlaku sambil menggambarkan ia sebagai satu lagi kelemahan BN mentadbir negara.

"Kenapakah rakyat disuruh bersedia menghadapi masalah tekanan ekonomi sedangkan pemimpin BN belum menunjukkan usaha bersungguh-sungguh untuk bantu rakyat?" katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.

“Kerajaan yang dikuasai oleh BN telah untung besar melalui Petronas berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia, keuntungan tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada rakyat," katanya ketika ditemui di sini.

Tambahnya, contoh lain negara sepatutnya telah memiliki kekuatan dan lonjakan kemajuan dalam bidang  pertanian yang hebat setanding negara jiran seperti Thailand yang tidak bergantung harap dengan bekalan makanan dari negar luar secara total.

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, kelesuan BN mentadbir negara kian terserlah berikutan langkah demi langkah yang diambil kononnya sangat mengambil berat isu serta soal kebajikan rakyat namun terbukti ianya satu pembohongan kepada rakyat.

“Pada hemat saya usaha BN untuk membela rakyat yang sebetul tidak dibela sejak 50 tahun, tetapi ditutup mata melalui media pro BN untuk mengaburi rakyat dari mengatahui perbuatan terkutuk Umno BN yang lebih suka merompak wang rakyat secara terhormat selepas setiap kali diberi mandat untuk memerintah,” ujarnya.

Katanya, pemimpin Umno BN sepatutnya mempersiapkan mental untuk menjadi pembangkang di Malaysia selepas PRU 13 kerana rakyat telah muak dengan lakonan mereka.

PRU 13: Umno Pulau Pinang bakal hilang kerusi

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



BAYAN LEPAS, 22 Mei: Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan bermimpi untuk merampas kembali Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“Rakyat negeri ini telah celik dan sedar selama ini mereka telah dibohongi oleh parti pemerintah sebelum 2008,” kata Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim pada majlis jamuan teh di padang awam, Permatang Damar Laut, petang semalam.

Menurutnya, PR bukan saja mampu mengekalkan kedudukan 29 kerusi yang telah berjaya dirampas dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, sebaliknya yakin boleh membolos kawasan yang menjadi kubu kuat Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Kita telah membuat kajian dan penyelidikan mengenai kedudukan kerusi-kerusi yang mampu dimenangi dan ditawan oleh PR dalam pilihan raya yang akan datang.

"Berdasarkan kepada percaturan yang dibuat, PR yakin bukan saja 29 kerusi yang ada dikekalkan milik PKR, PAS dan DAP, sebaliknya kerusi-kerusi Umno yang sudah tidak layak diterajui oleh mereka akan jatuh ke tangan PR," tegasnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung, tidak menolak kemungkinan ini berdasarkan kepada kenyataan sedia ada, di mana rakyat semakin condong untuk menyokong PR jika dibezakan dengan BN.

"Hentakan, serangan bertubi-tubi yang dilakukan oleh Umno dan BN terhadap PR menyebabkan rakyat semakin menolak mereka. Dasar perkauman yang bersifat cauvanis diamalkan oleh BN memberi impak yang negatif kepada mereka.

"Umno dan BN menyedari hakikat penolakan rakyat di Pulau Pinang terhadap kepimpinan mereka, tetapi ia cuba dinafikan melalui provokasi yang dilakukan melalui pelbagai elemen, semata-mata untuk mengkaburkan pandangan rakyat," ujarnya lagi.

Malah katanya, niat Umno dan BN tidak akan kesampaian selagi kepimpinan PR mengamalkan sistem pentadbiran berdasarkan kepada amalan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT).

Muhyiddin mudah lupa

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



Saya masih tak faham kenapa Tan Sri Muhyiddin masih menuduh Pakatan Rakyat (PR) hanya pandai mengkritik kosong kenaikan harga minyak. Adakah dengan melaksanakan solusi kenaikan harga RM0.20  secara senyap-senyap dan berkali-kali itu di tengah malam ketika rakyat sedang nyenyak tidur itu solusi yang terbaik, bijak dan berhemah khususnya kepada rakyat?

Tindakan rakus dan hipokrit dari slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” hanya satu retorik murahan. Jelas pandangan rakyat dan kebajikan rakyat ditolak mentah-mentah. Adakah tindakan yang cukup tidak ‘gentleman’, tidak bermaruah dan penakut itu akan mirip kepada isu Cukai Perkhidmatan (GST) dan Kenaikan Tarif Elektrik yang pastinya akan mengheret rakyat golongan pertengahan dan bawahan ke kondisi yang lebih parah?

Mencari solusi yang terbaik untuk rakyat adalah hakikat tugas dan tanggungjawab seseorang yang memerintah wahai Tan Sri, lebih-lebih lagi apabila kamu berada di hiraki tampuk kuasa ke-2 tertinggi di Parlimen selepas Perdana Menteri dan juga pimpinan kepada Kerajaan Persekutuan. Tidak kira sesiapa pun yang memerintah, sememangnya mencari solusi itu adalah asas kepada segala urus tadbir rakyat tetapi haruslah telus, adil, berhemah dan tidak menzalimi serta dilihat oleh rakyat bersungguh-sungguh tidak mahu menjadikan solusi memerah keringat rakyat untuk menanggung beban derita ekonomi itu sebagai solusi alternatif awal. Bercakap dari minda kelas tadika, rakyat yang rata-rata sudah semakin bijak rasanya sudah muak dan sakit telinga dengan alasan-alasan yang sudah basi sejak zaman Tun M lagi. Saya agak ragu-ragu kenapa ahli politik seperti ini yang dikatakan cukup berpengalaman dengan sepak terajang politik dan urus tadbir negara selama hampir 40 tahun masih dipilih untuk mewakili rakyat malah dipilih pula oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Minda akal yang waras tidak melayakkan sesiapa pun seperti itu untuk diberi kuasa memerintah kecuali mereka yang melantik itu juga mempunyai gangguan akal dari jiwa yang karat seperti orang yang dilantik itu.

Rakyat memang selalu di dahulukan sebagai pilihan untuk menanggung beban ekonomi itu dari setiap solusi jalan pintas kerajaan yang memerintah. Pencapaian juga selalu di utamakan khususnya kedudukan Indeks Rasuah yang semakin corot dan Ketirisan dalam Pengurusan Kewangan Negara cukup jelas mempengaruhi solusi yang cukup tidak bijak, drastik dan terdesak itu, pada hemat saya cukup sinonim dan mirip kepada slogan 1Malaysia itu sebenarnya.

Pengecualian cukai selama 12 tahun kepada hasil perolehan Lynas Australia sebanyak RM8 Billion setahun atau RM96 Billion dalam tempoh 12 tahun, Kerugian RM1.14 Billion kerana ketidakcekapan pengurusan dalam projek landasan keretapi berkembar Rawang-Ipoh, Kegunaan RM500 juta wang pembayar cukai untuk menampung kerugian pelaburan kerajaan dalam syarikat Columbia Aircraft Manufacturing Corp di Amerika Syarikat, Kerugian Sime Darby sebanyak RM1.6 Billion dan Peningkatan Kos anggaran faedah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebanyak RM7.453 Billion adalah antara contoh yang sebenarnya harus dicegah dan ditegah terlebih dahulu oleh mereka yang memerintah sebelum keputusan menaikkan harga minyak, harga gula, tarif elektrik, perlaksanaan cukai perkhidmatan (GST), pelepasan cukai keterlaluan kepada syarikat asing dan pengurangan subsidi rakyat diambil kira sebagai solusi awal kepada hasrat kerajaan Tan Sri yang memerintah sebagai solusi jalan keluar negara untuk menjadi bankrap pada tahun 2019.

Jangkaan peningkatan jumlah subsidi dari RM10.3 billion kepada RM20.58 billion pada tahun ini khususnya yang membabitkan bahan bakar kerana kenaikan harga minyak dunia haruslah diimbangi dengan peningkatan pendapatan kepada pengeluar minyak negara PETRONAS selaku salah satu pengeluar minyak dunia dan penyumbang secara langsung kepada  peningkatan pendapatan negara dan tidak hanya dijadikan sebab dan solusi utama untuk mengurangkan subsidi bahan bakar itu dengan menaikkan harga minyak RON 97 dan RON95 di malam hari.

Pengurangan subsidi rakyat dan masalah ketirisan pengurusan kewangan negara boleh diatasi dengan kaedah ‘Good Governance’ atau Tadbir Urus yang telus dan amanah. Jelas, kegagalan mereka yang memerintah dalam mentadbir urus segala transaksi ekonomi dengan baik sebaliknya telah menghukum rakyat yang tidak berdosa. Yang terpaksa melarat ditanah sendiri seperti peminta sedekah kepada pemerintah, kroni dan keluarga mereka yang terus menerus kekal dengan kehidupan yang cukup mewah.  Saya tidak melihat ‘Leadership By Example’ atau Kepimpinan Melalui Teladan dalam isu pengurangan kos tadbir negara seperti yang digembar gemburkan oleh Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala. Kenapa pula rakyat yang harus menderita?

Sememangnya, antara tugas utama Pakatan Rakyat (PR) sebagai pembangkang adalah mengkritik kerana mahu memastikan Tadbir Urus yang baik dari Kerajaan Persekutuan yang memerintah wahai Tan Sri. Kritikan yang sememangnya bukan omongan kosong dan telah dibuktikan melalui Tadbir Urus yang baik di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR) dan juga dari cadangan solusi Buku Jingga yang dilihat lebih adil dan telus dalam melaksanakan reformasi ekonomi yang adil kepada semua lapisan masyarakat.

Tan Sri jangan mudah lupa.

Menjawab tuduhan Khairy Jamaluddin

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela Melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela Melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairy yang mendakwa bahawa Umno pembela orang Melayu, hakikatnya Umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin Umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.

Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian  yang mendakwa PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad  kalah menentang  Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno. Faktanya bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan  dengan Tunku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. Seorang lagi calon ialah  CM Yusuf. Khairy juga salah fakta mengenai perkara  tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam Umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan PAS kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat?

Perlu diingatkan penubuhan PAS bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam Umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada Umno dalam hukum agama.

Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecahbelahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan Melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.

Beliau menuduh  Melayu terbela di bawah Umno? Sudah 54 tahun merdeka, keadaan  ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan Cina, India. Apa yang Umno lakukan untuk orang Melayu sehingga tertinggal ke belakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang Melayu? Bukankah pegawai tertinggi orang Melayu.

Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka Umno menuduh ini angkara bukan melayu dengan meniupkan sentimen kaum.

Di sini adalah sebahagian jawapan yang  membuktikan Umno gagal membela Melayu.

1. Umno menggunakan konsep "Umno Putera" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang Melayu.

2. Apabila jawatan di dalam Umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela melayu, akhirnya mereka rebut harta, Melayu merempat merata-rata.

3. Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan.

4. Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu.

5. Macam mana melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailand 270 kilometer.

6. Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki  ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar Umno pembela Melayu.

7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9).

8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka.  Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil Umno pembela Melayu.

9. Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana.  

10. Menyalah guna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.

Ini adalah sebahagian daripada bukti Umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti Umno. PAS terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan Umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong Umno walaupun hakikatnya Umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.

BN ajak rakyat bersedia, sedang mereka tidak berusaha bantu rakyat

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Oleh ; Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 22 Mei : Ketua Penerangan Pas Perak, YB  Drs Khalil Idham Lim mengkritik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan supaya rakyat malaysia perlu bersedia secara mental bagi menghadapi tekanan ekomoni yang bakal berlaku sambil menggambarkan ia sebagai satu lagi kelemahan bn mentadbir negara.

"Kenapakah rakyat disuruh bersedia menghadapi
masalah tekanan ekonomi sebelum mereka pemimpin BN belum menunjukkan usaha bersungguh-sungguh untuk bantu rakyat" katanya

Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik sebagai berkata menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.

“Kerajaan yg dikuasai oleh BN telah untung besar melalui petronas berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia, keuntungan tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada rakyat ", katanya ketika ditemui di sini.

Tambahnya, contoh lain negara sepatutnya telah memiliki kekuatan dan lonjakan kemajuan dalam bidang pertanian yang hebat setanding negara jiran seperti thailand yang tidak bergantung harap dengan bekalan makanan dari negar luar secara total.

Menurutnya yang juga ADUN Titi Serong, kelesuan BN mentadbir negara kian terserlah berikutan langkah demi langkah yang diambil kononnya sangat mengambil berat isu serta soal kebajikan rakyat namun terbukti sebagai satu pembohongan kepada rakyat.

“Pada hemat saya usaha BN untuk membela rakyat yang sebetul tidak dibela sejak 50 tahun, tetapi ditutup mata melalui media pro bn untuk mengaburi rakyat dari mengatahui perbuatan terkutuk umno BN yang lebih suka merompak wang rakyat secara terhormat selepas setiap kali diberi mandat untuk memerintah,” ujarnya.

“Umno BN sepatutnya mempersiapkan mental untuk menjadi pembangkang di Malaysia selepas PRU 13, sebab rakyat telah muak dengan lakonan mereka ” katanya.

Wenger akui Ferguson pengurus terbaik

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



LONDON - Arsene Wenger mengakui rakan sejawatnya, Alex Ferguson sememangnya layak dipilih sebagai Pengurus Terbaik Barclays Liga Perdana England musim ini.

Malah, pengurus Arsenal itu turut meramalkan bahawa Manchester United akan memberi kejutan kepada Barcelona, sekali gus menjuarai final Liga Juara-Juara di Wembley pada Ahad depan.

Wenger percaya, United yang tewas kepada Barca di Rom dua tahun lalu, kini jauh lebih hebat dan bertenaga.

Dia turut melihat kejayaan dalam kempen Eropah itu akan menjadi penutup musim yang indah bagi Ferguson.

Wenger berkata: "Manchester United akan bermain di final Liga Juara-Juara dan mereka telah pun menjuarai gelaran liga ini. Jadi, hanya Ferguson yang layak memenangi anugerah tersebut.

"Daripada apa yang saya lihat sejak tiga minggu lepas, tiada lagi saat yang lebih baik untuk menewaskan Barcelona selain di final.

"Mereka (Barca) nampak seperti agak keletihan dan Manchester United pula dilihat lebih bagus dari segi fizikal. Saya rasa Manchester United ada peluang untuk menang.

"Wembley akan memberi kelebihan kepada mereka. Kamu tahu Barca akan menguasai bola selama 70 peratus pada pertemuan itu nanti dan United perlu lebih berkesan dalam 30 peratus yang mereka miliki.

"Naluri saya dapat merasakan bahawa United akan mengubah corak permainan mereka sama sekali.

"Saya rasa mereka akan cuba menguasai posisi tengah dan bermain lebih pantas berbanding ketika di Rom dua tahun lalu."

Wenger juga mengakui bahawa United telah menjuarai gelaran liga kerana prestasi hebat mereka di Old Trafford, sebaliknya di gelanggang lawan, mereka hanya menang lima kali.

Wenger berkata: "Prestasi mereka di gelanggang lawan sangat berbeza, namun di tempat sendiri mereka lebih bagus.

"Penyokong mereka sentiasa teguh di belakang mereka."

Agensi

15 hilang bot pelancong karam dalam cuaca buruk

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


HANOI: Seramai 15 orang, termasuk seorang budak lelaki berusia tiga tahun, yang menghadiri majlis hari ulang tahun kelahiran, dipercayai lemas selepas bot yang mereka naiki karam, kata polis semalam.

Kira-kira 100 polis dan tentera digerakkan ke Sungai Saigon bagi mengesan mangsa.

Ketua polis setempat, Trieu Van Giau, berkata setakat petang semalam tiada mayat ditemui.

Gambar hiasan

“Gerakan mencari dan menyelamat kini ditingkatkan dengan bantuan penyelam polis,” katanya.

Menurut Trieu, kejadian berlaku petang kelmarin di wilayah Binh Duong, selatan Ho Chi Minh.

Ketika kejadian, bot berkenaan disewa untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran budak terbabit.

Kata Trieu, seramai 26 orang menaiki bot dua tingkat itu ketika ia karam dalam hujan lebat dan angin kencang.

“Empat daripada 15 mangsa yang hilang adalah warga China,” katanya. Siasatan awal polis mendapati, bot berkenaan memang digunakan untuk membawa pelancong pada waktu siang, manakala disewa bagi tujuan makan malam selepas itu.

Trieu berkata, bot berkenaan karam dengan cepat akibat cuaca buruk.

“Seramai 11 penumpang sempat berenang menyelamatkan diri, manakala yang lain hilang,” katanya. 

AFP

Kilang iPad 2 di Chengdu terbakar

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


SAN FRANCISCO - Syarikat pengeluar alat elektronik, Apple Inc. kini menyiasat punca letupan yang mengakibatkan dua orang pekerja terbunuh dan mencederakan 16 yang lain.

Insiden sama turut menyebabkan kilang Foxconn International Holdings Ltd. yang mengeluarkan iPad 2 di Chengdu, China memberhentikan produksinya.

ORANG ramai dan pihak polis berkumpul di luar kilang Foxconn yang terbakar di Chengdu, China

Foxconn merupakan sebahagian daripada syarikat dari Taiwan, Hon Hai Precision Industries dan rakan pengilang utama Apple menyatakan letupan berlaku pada pukul 7 malam waktu tempatan.

"Pengeluaran telah dihentikan sehinggalah siasatan disempurnakan. Keselamatan pekerja adalah keutamaan kami. Kami akan melakukan apa sahaja untuk mengetahui apakah punca kejadian tragik ini," kata Foxconn dalam satu kenyataan. Syarikat itu juga masih menilai jumlah kerugian yang dialaminya.

Kejadian itu menjadi tamparan terbaru kepada Foxconn. Sebelum ini, Foxconn menjadi perhatian selepas laporan mengenai kondisi tempat kerja yang teruk di kilang-kilangnya di China disiarkan. Pengkritik juga menyatakan keadaan itu juga menyumbang kepada beberapa kes pekerjanya membunuh diri.

"Kami bekerjasama rapat dengan Foxconn untuk mengetahui punca letupan ini," kata jurucakap Apple, Steve Dowling. Letupan itu pasti akan menjejaskan bekalan iPad dan para pelabur memantau perkembangan dengan teliti.

iPad dan iPad 2 keluaran Apple menguasai 80 peratus pasaran komputer tablet yang turut disaingi oleh produk keluaran Motorola Inc. dan Samsung Electronics Co. Ltd. 

Reuters

Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR - Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, 69, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini semalam selepas tiga minggu mengalami demam dan batuk. Menurut anak sulungnya, Fadila Hussien, 47, ibunya terpaksa dipindahkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

"Mulanya arwah dibawa ke klinik tetapi doktor menyarankan rawatan susulan di hospital. Sebelum ini ibu hanya demam dan batuk yang biasa. "Kami sempat pergi ke Wangsa Walk di Wangsa Maju dan membeli lauk-pauk semalam (kelmarin)," katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Ampang Puteri. Tambah Dilla, arwah tidak menghidap penyakit serius kecuali penyakit diabetes. "Sebelum ini arwah tidak pernah mengalami sakit teruk dan sentiasa beringat terutama soal pemakanan kerana kandungan gula dalam darahnya tinggi," ujarnya.

Selain Fadila, Mahyon yang mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon terkenal, Allahyarham Hussein Abu Hassan dikurniakan tiga anak iaitu Fairuz (penyanyi), 46, dan Faizal (pelakon), 44, serta lima cucu. Hussein meninggal dunia pada 25 November 2007. Jenazah Mahyon telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ibu Kota, Danau Kota di sini.

15 rentung ketika kumpul petrol dari lori tangki Nato

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 15 terbunuh apabila lori tangki milik Nato terbakar dan meletup ketika orang ramai leka mengumpul petrol yang tertumpah dari kenderaan terkena bom itu, semalam.

Pegawai pentadbir tempatan, Shafeerullah Wazir, berkata sembilan daripada mangsa adalah satu keluarga yang tinggal berhampiran Landi Kotal, Khyber.

Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas Taliban mengebom konvoi konsulat AS yang dalam perjalanan ke Peshawar, kelmarin.

Shafeerullah berkata, lori tangki itu terbakar selepas meletup akibat bom kecil menjelang subuh.

“Pada peringkat awal, kebakaran di lori itu berjaya dipadamkan sebelum ramai penduduk kampung bergegas ke situ untuk mengumpul petrol yang berbaki.

“Tiba-tiba api menyambar sekali lagi dan sekurang-kurangnya 15 orang, termasuk lima budak lelaki, hangus,” katanya.

Minyak petrol itu dikumpul penduduk kampung untuk dijual semula di pasaran terbuka pada harga RM3.60 seliter.

Terdahulu, 11 kenderaan membawa bekalan untuk Nato - kebanyakannya lori tangki minyak - musnah terbakar berhampiran bandar Torkham. 

AFP

16 maut tragedi tanah runtuh Hulu Langat, sembilan cedera

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 22 Mei — Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dekat sini, ditemui awal pagi ini. Dengan itu 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.

Seorang ibu mangsa tanah runtuh berdoa sambil menangis di lokasi tragedi malam tadi.

Mayat tiga daripada empat mangsa itu, dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi dan mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam itu, seramai 25 orang yang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim tertimbus. Laporan semalam menyebut ada 49 orang di lokasi kejadian.

Lima daripada lapan mangsa kejadian tanah runtuh yang dimasukkan ke Hospital Ampang dekat sini semalam berada dalam keadaan stabil. Tiga lagi kritikal, kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab.

Mereka yang stabil dikenali sebagai Aizat, 12, yang cedera tangan kiri; Muhd Alauddin Sobri, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Pandan Mewah yang patah tangan kiri; Muhd Syafiq Ibrahim, 21, warden pula patah kaki kanan dan terkehel di bahagian leher; Khairul Anuar Nasri, 9, (luka kaki kanan); dan Siti Fatimah Ibrahim, 21, warden yang dikatakan mengalami trauma akibat kejadian tanah runtuh itu.

Kesemua mereka cedera akibat dihempap runtuhan tanah. Tiga lagi mangsa yang kritikal dikenali sebagai Hairi, Izudin dan Muhd Harris Izzudin Sharul Azmi. Ada mangsa yang dihantar ke Hospital Kajang.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus. Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini.

Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat.

Doktor hilang selepas ditepuk gadis bertudung merah

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


ALOR SETAR – Kehilangan seorang doktor pelatih, Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, sejak lima hari lalu menjadi bertambah misteri apabila dia pernah hilang sebanyak dua kali bulan ini selepas dipercayai dipukau seorang gadis bertudung merah.

NATRAH menunjukkan gambar anaknya yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu

Ibunya, Natrah Shaari, 52, memberitahu, anaknya menghilangkan diri pada 3 Mei dan 12 Mei lalu selepas keluar bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Katanya, dalam kejadian pada 3 Mei lalu itu, anak sulungnya itu hanya pulang ke rumah dua hari kemudian.

“Dia cerita kepada saya bahawa ada seorang wanita muda bertudung merah berusia lingkungan 20-an menegurnya ketika mahu naik lif di HSB kira-kira pukul 6.30 pagi.

“Wanita itu bertindak menepuk dahi anak saya menyebabkan dia tidak sedar. Dia hanya tersedar di dalam kereta di kompleks beli-belah City Square di Sungai Petani dua hari selepas itu dan hilang sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM500,” katanya di sini semalam.

Ujarnya, pada 12 Mei lalu, Mohd. Noor Azam sekali lagi hilang ketika berada di kawasan HSB dan pulang ke rumah semula dua hari kemudian.

Semua mangsa yang terkorban berjaya dikeluarkan

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, ditemui awal pagi ini.

Mayat tiga daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi, manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi.

Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis.

Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.

Tragedi tanah runtuh, Kami ucap takziah.

18 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Berikutan dengan tragedi tanah runtuh yang melibat bangunan asrama anak yatim Hidayah, Madrasah Al-Taqwa di Huku Langat Selangor, di mana setakat ini disahkan 15 meninggal dunia 3 selamat. Usaha sedang dilakukan untuk menyelamatkan 16 mangsa yang masih tertimbus.

"Dengan ini kami seluruh warga DUN Titi Serong dan warga kerja blog Cina Islam mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa kejadian yang telah menggemparkan negara itu. Harapan kami semuga seluruh keluarga dan kenalan mangsa yang terlibat sentiasa bersabar dengan ujian yang dilalui ini" Demikian satu pesanan yang dikirim oleh ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim sebentar tadi.

Beliau pada masa ini sedang berada di Shah Alam kerana mengikuti jamuan makan kutipan Dana PRU Ke 13 anjuran PAS Pusat.