22 Mei 2011

Bantulah rakyat bukan minta persiap mental

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



PARIT BUNTAR, 22 Mei: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim mengkritik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan rakyat agar bersedia secara mental bagi menghadapi tekanan ekomoni yang bakal berlaku sambil menggambarkan ia sebagai satu lagi kelemahan BN mentadbir negara.

"Kenapakah rakyat disuruh bersedia menghadapi masalah tekanan ekonomi sedangkan pemimpin BN belum menunjukkan usaha bersungguh-sungguh untuk bantu rakyat?" katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.

“Kerajaan yang dikuasai oleh BN telah untung besar melalui Petronas berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia, keuntungan tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada rakyat," katanya ketika ditemui di sini.

Tambahnya, contoh lain negara sepatutnya telah memiliki kekuatan dan lonjakan kemajuan dalam bidang  pertanian yang hebat setanding negara jiran seperti Thailand yang tidak bergantung harap dengan bekalan makanan dari negar luar secara total.

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, kelesuan BN mentadbir negara kian terserlah berikutan langkah demi langkah yang diambil kononnya sangat mengambil berat isu serta soal kebajikan rakyat namun terbukti ianya satu pembohongan kepada rakyat.

“Pada hemat saya usaha BN untuk membela rakyat yang sebetul tidak dibela sejak 50 tahun, tetapi ditutup mata melalui media pro BN untuk mengaburi rakyat dari mengatahui perbuatan terkutuk Umno BN yang lebih suka merompak wang rakyat secara terhormat selepas setiap kali diberi mandat untuk memerintah,” ujarnya.

Katanya, pemimpin Umno BN sepatutnya mempersiapkan mental untuk menjadi pembangkang di Malaysia selepas PRU 13 kerana rakyat telah muak dengan lakonan mereka.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah SWT memberikan mereka hidayah dan taufik agar kembali kepada jalan penyelesaian Islam. Hanya Islam jalan terbaik.

Tanpa Nama berkata...

TS mahyiddin menyeru rakyat bersedia dgn kekuatan mental dan memperbanyakan pengeluaran makanan sendiri.Ini lah kata2 dari orang no.2 Negara untuk menghadapi kenaikan harga brg2 keperluan rakyat.kata2 ini kalau datang dari mulut ketua kampong,saya tak hairan kerana mereka tidak sekolah tinggi.Ini TPM!Rakyat undi Tan Sri untuk membela rakyat mengatasi masaalah kenaikan petrol dan gula yang tak berkesudahan.Cuba lah cakap kami menteri2 sedar kesusahan rakyat dan pada masa ini kami akan memberhentikan subsidi kepada IPP yang berjumlah belasan billion setahun dan pampasan kepada PLUs yg berjumlah hampis 1 billion untok menampong kesusahan akibat kenaikan barang2 keperluan asas rakyat.