19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Kenyataan Rasmi
Pejabat Ketua Penerangan PAS PERAK
Pemimpin yang baik perlulah bersikap terbuka apabila terjadi sesuatu bencana seperti yang belaku kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di di Kampung Gahal, Hulu Langatt dan mereka perlu bijak bertindak dan segala langkah yang wajar, bukannya sekadar mencari salah mana-mana pihak dan menunjuk jaguh.
Saya melihat pemimpin BN hanya sibuk dengan kenyataan yang berbelit-belit sehingga tidak menghiraukan nasib para mangsa tragedi tanah runtuh Hulu Langat yang menyayat hati tersebut.
Pakatan Rakyat Perak menyokong usaha dan langkah positif dan drastik Ketua Menteri Pulau Pinang serta Menteri Besar Selangor sendiri yang telah memberikan reaksi dan tindakan pantas dengan menghulurkan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat.
Pakatan Rakyat yang telah memerintah di beberapa negeri dan secara tidak langsung telah memberikan model bagaimana seorang pemimpin di sesebuah negeri mahupun negara tentang bagaimana reaksi yang perlu dari seorang pemimpin apabila berlaku tragedi seperti di hulu langat Selangor ini.
Kerana itu pemimpin Umno BN harus ambil contoh dari pemimpin-pemimpin negeri Pakatan seperti di Selangor dan Pulau Pinang.
Saya sangat kesal dengan kenyataan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dipetik sebagai berkata Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementeriannya.
Saya memuji langkah Menteri berkenaan yang mengadakan lawatan rasmi ke lokasi musibah tersebut namun Shahrizat cuma mengatakan akan mengadakan pertemuan dengan agensi dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat untuk mengetahui status rumah anak yatim itu.
Pesoalannya berdaftar atau tidak bukannya persoalan utama pada masa sekarang. Semua pihak mahu melihat kematangan pemimpin BN yang boleh membantu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.
Misi membantu rakyat bukan terbatas apabila tiada status berdaftar dan bermacam lagi kerebah birokrasi, seperti sikap yang ditunjukkan oleh Menteri Pembangunan wanita dan keluarga, Shahrizat Jalil yang menyibuk dengan kenyataan kononnya Sekolah anak yatim tersebut tidak berdaftar dengan kerajaan.
Sepatutnya shahrizat menumpukan usaha membantu mangsa dan keluarga yang terlibat sesuai dengan peruntukan dan bidang kuasa yang dimilikinya sebagai seorang menteri.
Usaha mencari kesalahan semasa pelbagai pihak memikirkan langkah untuk menyalurkan bantuan adalah tindakan tidak cerdik yang ditunjukkan oleh menteri umno itu.
Kerana itu saya tidak hairan mengapa Menteri terbabit kalah di parlimennya dan dimenangi oleh Nurul Izzah yang jauh lebih muda darinya.
Tahniah kepada pemimpin Pakatan Rakyat kerana bertindak segera membantu mangsa dan semua yang terlibat dengan tragedi yang menyayat hati ini,
Sekali lagi saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, semoga anda diberi ketabahan dan kesabaran oleh Allah swt.
Ketua Penerangan Pas Perak
Drs. Khalil Idham Lim
IPOH, 22 Mei 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan