22 Mei 2011

15 hilang bot pelancong karam dalam cuaca buruk

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


HANOI: Seramai 15 orang, termasuk seorang budak lelaki berusia tiga tahun, yang menghadiri majlis hari ulang tahun kelahiran, dipercayai lemas selepas bot yang mereka naiki karam, kata polis semalam.

Kira-kira 100 polis dan tentera digerakkan ke Sungai Saigon bagi mengesan mangsa.

Ketua polis setempat, Trieu Van Giau, berkata setakat petang semalam tiada mayat ditemui.

Gambar hiasan

“Gerakan mencari dan menyelamat kini ditingkatkan dengan bantuan penyelam polis,” katanya.

Menurut Trieu, kejadian berlaku petang kelmarin di wilayah Binh Duong, selatan Ho Chi Minh.

Ketika kejadian, bot berkenaan disewa untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran budak terbabit.

Kata Trieu, seramai 26 orang menaiki bot dua tingkat itu ketika ia karam dalam hujan lebat dan angin kencang.

“Empat daripada 15 mangsa yang hilang adalah warga China,” katanya. Siasatan awal polis mendapati, bot berkenaan memang digunakan untuk membawa pelancong pada waktu siang, manakala disewa bagi tujuan makan malam selepas itu.

Trieu berkata, bot berkenaan karam dengan cepat akibat cuaca buruk.

“Seramai 11 penumpang sempat berenang menyelamatkan diri, manakala yang lain hilang,” katanya. 

AFP

Tiada ulasan: