01 Oktober 2021

AirAsia tambah 20 laluan domestik di Thailand

 (Gambar fail) Pesawat milik AirAsia.

(Gambar fail) Pesawat milik AirAsia.

BANGKOK: AirAsia mengembangkan lagi rangkaiannya di Thailand kepada 20 laluan pada bulan ini dalam usaha untuk merancakkan pelancongan domestik di sini.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, bermula bulan ini ia menambah laluan dari Don Mueang Airport ke Phitsanulok, Nan, Loei, Sakon Nakhon, Surat Thani, Krabi, dan Trang selain sambungan serantau Chiang Mai-Hua Hin (bermula 15 Oktober) dan Chiang Mai-Phuket (bermula 16 Oktober).

Negara miskin dibelenggu hutang BRI China

 Paparan peta menunjukkan jajaran Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di Chengdu International Railway Port, China. - Foto AGENSI

Paparan peta menunjukkan jajaran Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di Chengdu International Railway Port, China. - Foto AGENSI

BEIJING: Projek Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China yang menjanjikan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan menyebabkan negara negara miskin kini dibebani 'hutang tersembunyi' bernilai AS$385 bilion (RM1.6 trilion).

Mohon doakan kesihatan saya – Ustaz Kazim

 

Ustaz Kazim menunjukkan gambar keadaan kaki kirinya yang membengkak.

IPOH – Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika ini berada dalam keadaan kurang sihat dipercayai terkena buatan orang.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi perkongsian sebuah video live di laman Facebook milik beliau semalam termasuk menunjukkan gambar kotak berisi objek yang ditemui di pusat pengajiannya.

Tinggal 3.7% lagi capai 90% vaksinasi populasi dewasa

 

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Statistik terkini menunjukkan hanya 3.7% vaksinasi sahaja lagi negara akan mencapai tahap 90% populasi dewasa lengkap menerima dua dos suntikan vaksin berdasarkan data dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Penganjuran ceramah, perhimpunan tak dibenar sepanjang kempen pilihan raya

 

Wan Junaidi berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya sedang meneliti dan merangka penambahbaikan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya yang baharu.

PETALING JAYA: Penganjuran sebarang bentuk ceramah, syarahan dan perhimpunan oleh mana-mana individu atau parti politik sepanjang tempoh berkempen adalah tidak dibenarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

11,889 kes Covid-19, Sarawak kekal tertinggi

 

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 11,889 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 2,257,584 kes setakat ini.

60 peratus populasi dewasa di setiap negeri lengkap divaksin

 Gambar hiasan. Keadaan di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kota Kinabalu. Foto fail NSTP

Gambar hiasan. Keadaan di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kota Kinabalu. Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Semua negeri kini sudah melepasi 60 peratus kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) melaporkan Sabah menjadi negeri terakhir melepasi angka itu selepas 60.3 peratus penduduk dewasanya melengkapkan dua dos vaksinasi, sementara 71.9 peratus lagi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

'Lengkap vaksin syarat 'dine-in' dalam semua fasa PPN'

 Orang ramai mengambil peluang menikmati makan malam secara "dine in" di tapak Food Truck "La Park" yang terletak bersebelahan dengan Royal Chulan Hotel Jalan Conlay. Kuala Lumpur

Orang ramai mengambil peluang menikmati makan malam secara "dine in" di tapak Food Truck "La Park" yang terletak bersebelahan dengan Royal Chulan Hotel Jalan Conlay. Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Syarat vaksinasi lengkap bagi makan di restoran atau 'dine in' dikekalkan dalam semua peringkat fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) awal hari ini yang tidak meletakkan syarat mesti lengkap vaksinasi untuk aktiviti dine-in' bagi penduduk di negeri Fasa 3 PPN disebabkan ia belum dikemaskini.

Jepun tarik balik sepenuhnya perintah darurat COVID-19

 (Gambar fail - hiasan) Jepun menarik balik sepenuhnya perintah darurat COVID-19, hari ini. - FOTO AFP

(Gambar fail - hiasan) Jepun menarik balik sepenuhnya perintah darurat COVID-19, hari ini. - FOTO AFP

TOKYO: Jepun menarik balik sepenuhnya perintah darurat COVID-19, hari ini, untuk kali pertama dalam tempoh sejak April lalu, lapor Agensi Berita Kyodo.

Ia menyaksikan darurat yang dikenakan di bandar raya Tokyo dan 18 wilayah lain turut ditarik balik, berikutan penurunan berterusan angka kes baharu COVID-19 di seluruh negara.

Bisa Ronaldo berjaya bantu United

 

RONALDO meledak gol kemenangan United pada penghujung perlawanan ketika menewaskan Villareal awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Cristiano Ro­naldo sekali lagi mempamerkan kelas tersendiri untuk menutup mulut para pengkritiknya apabila meledak gol kemenangan Manchester United 2-1 ke atas Villarreal di Old Trafford awal pagi semalam.

Warga Lembah Klang hanya tunggu masa balik kampung

 

LEMBAH Klang beralih ke Fasa 3 PPN bermula hari ini.

PETALING JAYA – Perasaan te­ruja untuk pulang ke kampung kini semakin dirasai oleh warga ibu kota susulan kejayaan Lembah Klang beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bermula hari ini.

Amaran JPA: Terima vaksin atau dikena tatatertib

 

JPA mengeluarkan amaran agar penjawat awam mengambil vaksin atau berisiko dikena tindakan tatatertib. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkan semua penjawat awam melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sebelum 1 November ini atau mereka berdepan dikenakan tindakan tatatertib. Ketika ini, kelompok penjawat awam di seluruh negara yang belum mendaftar untuk divaksin adalah seramai 16,902 orang. Selaras arahan tersebut

Kapasiti jemaah umrah dinaikkan kepada 100,000 orang sehari

 GAMBAR hiasan. FOTO AFP

GAMBAR hiasan. FOTO AFP

Kuala Lumpur: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kapasiti harian bagi jemaah umrah dinaikkan kepada 100,000 bermula hari ini.

Sektor swasta disyor wajibkan vaksin

 Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) mengesyorkan supaya sektor swasta turut mewajibkan kakitangannya mengambil vaksin sebelum 1 November ini. - Foto hiasan NSTP/Luqman Hakim Zubir

Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) mengesyorkan supaya sektor swasta turut mewajibkan kakitangannya mengambil vaksin sebelum 1 November ini. - Foto hiasan NSTP/Luqman Hakim Zubir

KUALA LUMPUR: Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) mahu sektor swasta turut mengambil langkah seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin sebelum 1 November ini.

KKM lulus penggunaan vaksin keluaran Sinovac terhadap remaja

 Vaksin COVID-19 keluaran Sinovac kini diluluskan untuk penggunaan terhadap remaja di negara ini

Vaksin COVID-19 keluaran Sinovac kini diluluskan untuk penggunaan terhadap remaja di negara ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin CoronaVac keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China dan Pharmaniaga Lifesciences Sdn Bhd, Malaysia, kepada remaja berusia 12 tahun dan ke atas di negara ini.