08 Ogos 2008

JKKKP Dilarang Guna Kemudahan Awam Di Kampung-Kampung Di Perak

IPOH, 7 Ogos :- Kerajaan Perak melarang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) daripada mengguna kemudahan awam di kampung-kampung dan menjadikannya sebagai milik mutlak mereka.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri Perak tidak mengiktiraf pelantikan JKKKP yang didakwanya hanya memecah-belahkan perpaduan masyarakat kampung.Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana pihak lain termasuk parti politik menggunakan kemudahan yang ada, katanya ketika berucap pada majlis penyerahan watikah pelantikan 817 ketua kampung seluruh Perak di Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini.

Mohammad Nizar juga berkata kerajaan negeri sedang mengkaji kemungkinan menaikkan elaun ketua kampung daripada RM200 kepada RM400 serta mewujudkan elaun Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebanyak RM200 untuk dilaksanakan pada tahun depan.

Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau menafikan kononnya kakitangan perkhidmatan awam di Perak kini melalui masa yang sukar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu."Sejak lima bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, para penjawat awam di Perak telah bekerja secara yang sangat profesional, tidak menyebelahi mana-mana pihak and berkhidmat kepada kerajaan semasa," kata Mohammad Nizar.

Raja Muda Perak terima mengadap delegasi Pemuda PAS

KUALA LUMPUR , 7 oGOS :- Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi PAS yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub di Istana Perak, Bukit Persekutuan dekat sini, Khamis.

Dalam pertemuan hampir sejam itu, baginda dan delegasi PAS membincangkan beberapa perkara berkaitan negara termasuk peranan Majlis Raja-raja serta isu berkaitan negara dan rakyat.

"Perbincangan adalah berkisar kepada bagaimana seharusnya peranan yang dimainkan oleh Majlis Raja-raja dan institusi di negara ini ke arah kebaikan semua rakyat.

"Tuanku amat gembira dengan kehadiran dan perbincangan yang diadakan hari ini. Dan kami mengharapkan agar pertemuan seperti ini akan diadakan pada masa akan datang," kata Salahuddin kepada Bernama selepas pertemuan itu.

Salahuddin hadir bersama lima anggota Dewan Pemuda PAS terdiri daripada Setiausaha Ahmad Sabri Yusof, Penolong Setiausaha 1 Musaddak Ahmad, Bendahari Zaki Ibrahim, Ketua Penerangan Suhaizan Kayat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Norazli Musa.

Hadir sama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.

RAJA Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah bergambar dengan delegasi Dewan Pemuda Pas Pusat yang diketuai Ketuanya, Salauddin Ayub (lima, kiri) di Istana Perak di sini, hari ini. Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

CERAMAH DI PARIT BUNTAR

CERAMAH ISU SEMASA

OLEH


YB TUAN HAJI MAHFUZ OMAR

( KETUA PENERANGAN PAS PUSAT )

TARIKH :

11 OGOS 2008 ( ISNIN )

MASA :

9.30 MALAM

TEMPAT :

DEWAN TUAN GURU HAJI AHMAD TUAN HUSIN,

TITI SERONG.

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sidang media wartawan asing dengan Presiden China Hu Jintao

Seminggu sebelum upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing diadakan, Presiden China, Hu Jintao telah mengadakan sidang media dengan wartawan media asing dari 25 buah negara di Beijing. Beliau telah menjawab soalan wartawan mengenai Sukan Olimpik Beijing dan pembangunan sosioekonomi China.

"Sukan Olimpik Beijing bukan kepunyaan rakyat China sahaja, malah kepunyaan rakyat seluruh dunia. Saya mewakili kerajaan dan rakyat China mengalu-alukan kawan-kawan dari seluruh dunia ke Beijing untuk beraksi dan menonton pertandingan Sukan Olimpik, juga wartawan dari pelbagai negara yang akan membuat liputan acara Sukan Olimpik Beijing."

Presiden Hu dengan ikhlas menyatakan bahawa peluang China, negara yang mempunyai bilangan penduduk 1/5 daripada jumlah penduduk di dunia ini, menganjurkan Sukan Olimpik merupakan kepercayaan dunia terhadap China. Ini juga merupakan sumbangan China kepada dunia. Sejak tujuh tahun yang lalu, kerajaan dan rakyat China telah melaksanakan kerja persiapan dalam pelbagai bidang dengan bersungguh-sungguh untuk mengendalikan Sukan Olimpik yang bertaraf tinggi supaya janji China kepada masyarakat antarabangsa dapat dipenuhi.

Usaha Beijing tersebut telah disanjung tinggi oleh pelbagai pihak. Namun, masih terdapat beberapa buah negara yang mahu menghubungkan masalah politik dengan Sukan Olimpik Beijing. Ketika menjawab soalan wartawan dari India tentang masalah ini, Hu Jintao berkata:
"Kami menganggap bahawa mempolitikkan Sukan Olimpik bukan sahaja tidak berfaedah bagi menyelesaikan masalah, malah mengetepikan semangat Olimpik, dan hasrat rakyat sedunia. Akhirnya hal ini juga akan merosakkan pembangunan Sukan Olimpik.

Sukan Olimpik merupakan arena bagi atlet dari pelbagai negara untuk mendapatkan penghormatan dan menjadikan impian mereka kenyataan. Rakyat dari pelbagai negara akan meningkatkan hubungan dan perasaan saling memahami melalui Sukan Olimpik. Hasrat kami hanya satu sahaja, iaitu menjayakan Sukan Olimpik Beijing supaya rakyat sedunia menikmati suasana kemeriahan dan mengembangkan semangat Olimpik bersama-sama."

Isu tentang pengaruh Sukan Olimpik terhadap ekonomi China juga menjadi tumpuan media. Pihak media menganggap bahawa Sukan Olimpik telah mendatangkan peluang yang baik kepada pembangunan ekonomi China. Namun, sejak awal tahun ini, ekonomi China telah menghadapi cabaran yang disebabkan beberapa hal yang diluar kawalan, misalnya, bencana salji dan cuaca yang terlalu sejuk melanda kawasan selatan China pada awal tahun ini dan bencana gempa bumi yang dahsyat yang berlaku di Sichuan.

Walau bagaimanapun, Keluaran Dalam Negara Kasar China pada setengah tahun pertama tahun ini tetap bertambah pada kadar lebih 10%. Namun, berdepan keadaan ekonomi antarabangsa sekarang, cabaran dan kesukaran yang dihadapi oleh ekonomi China turut bertambah.

Ketika menjawab soalan wartawan Reuters tentang kaedah China mengatasi cabaran dari dalam dan luar negara selepas Sukan Olimpik, Hu Jintao berkata: "China akan melaksanakan konsep pembangunan secara saintifik, memastikan pembangunan ekonomi mantap dan mengawal kenaikan harga yang terlalu cepat. Kami akan terus meluaskan pembaharuan sistem ekonomi dan juga sistem politik."

Akhirnya, Hu Jintao menyampaikan harapan yang baik kepada semua atlet Sukan Olimpik. Beliau berkata: "Kami sebagai tuan rumah, berharap semoga atlet dari mana-mana juga negara menunjukkan persembahan yang baik dalam pertandingan nanti. Saya juga berharap atlet China dan altlet negara asing saling mempelajari dan bersama-sama membuat sumbangan dalam usaha mengembangkan Sukan Olimpik."

Gambar menarik hari ini

Gambar ini saya ambil dari blog Isteri YAB.Menteri Besar Perak , Y.A.B Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. Semuga doa Menteri besar Perak dan seluruh Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan dikabulkan oleh Allah SWT.





Saya melihat blognya sentiasa dikemaskini dengan berita yang menarik dan terkini.

Berikut adalah blognya :



http://datinserifatimah.blogspot.com/

Anwar mengaku tidak bersalah, bebas dengan jaminan bon

KUALA LUMPUR, 7 Ogos :-Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini, mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000. Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membaca kenyataan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung kes terhadap Anwar.

Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang menyifatkannya sebagai satu kezaliman politik terhadap Anwar.Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Kira-kira 100 orang penyokong Anwar turut hadir memberi sokongan.Sementera itu, polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan-jalan utama masuk ke bandaraya pendakwaan Datuk Seri Anwar ke mahkamah hari ini atas tuduhan liwat.

Keadaan itu menyebab kesesakan lalulintas yang teruk menuju ke bandaraya.

Hakim SM Komathy kemudiannya membenarkan Anwar diikatjamin diri tanpa penjamin.

Katanya, Anwar juga tidak perlu menyerahkan pasportnya kerana yakin mantan timbalan perdana menteri itu tidak akan melarikan diri.

Beliau juga menetapkan kes itu disebut semula pada 10 September depan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur.

Anwar, 60, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohd. Saiful, 23, antara 3.01 petang hingga 4.30 petang 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Sebaik pertuduhan dibawakan, Anwar yang berdiri di kandang salah berkata: "Tuduhan ini adalah berniat jahat dan khianat dan saya tidak bersalah yang arif."

Blog Baru Timbalan Presiden PAS: http://nasharudin.com

Pagi ini saya hadir lebih awal ke KLCC untuk meneruskan Persidangan Parlimen Komenwel kali ke 54 untuk hari yang 7. Tinggal 3 hari lagi untuk balik ke perak.

Kebetulan Timbalan Presiden PAS, YB. Ust. Nasharudin Mat Isa yang menjadi wakil Malaysia hadir awal sekitar sejam sebelum persidangan bermula. Masa yang ada sambil minum bersama di cafe lantai 1 KLCC saya gunakan untuk bertanya khabar mengenai blog pimpinan no 2 PAS itu.

Beliau menjadi pembentang ke 5 dalam kumpulan kerja A bertajuk : "Democracy and global peace - an international order."


YB. Ust. Nasharudin sedang mebentangkan kertas kerjanya.

Ahli Parlimen Bachok tersebut menjelaskan blog lamanya sudah lama tidak aktif dan menunggu untuk dipadam kerana sudah ada website baru yang dibina iaitu :

http://nasharudin.com/

Kebetulan komputer saya sudah siap dibuka dan disambungkan dengan celcom broadband yang dilanggan sejak sebulan lepas, saya cuba untuk membukanya dan mendapati ianya menarik dari blog sebelumnya.

Namun beliau memohon maaf kepada semua kerana kekerapan kemaskini pada masa sekarang tidak begitu aktif .

Tetapi beliau mengalu-alukan pengunjung untuk cuba berkujung ke website tersebut. Saya juga meminta izin dari beliau untuk menulis berita mengenai website barunya dalam blog cina-islam.

Saya memuji Naib Presiden, Ust. Ahmad Awang yang seingat saya hampir setiap minggu menulis dalam blognya : http://usahmadawang.blogspot.com/

Persiapan Muktamar PAS Ke 54 di Ipoh berjalan lancar.

Muktamar PAS kali ke 54 kali ini akan bermula dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS pada 13 Ogos jam 9 malam di Stadium Indramulia. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa akan menyempurnakan majlis perasmiannya.

Sementara itu pula, Dewan Ulamak akan bermuktamar di Dewan Bandaraya Ipoh bersebelahan dengan Masjid Negeri, manakala Dewan Muslimat di dewan hotel Hillcity keesokan paginya , 14 Ogos mulai jam 8.00 pagi.


Muktamar PAS Pusat akan bersidang pada 15 Ogos jam 8.00 pagi di Stadium Indramulia.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan Ucapan Dasarnya di majlis perasmian muktamar itu.

Ustaz Misbahul Munir menjelaskan,PAS Perak sebagai tuan rumah kali ini sedang sibuk bersiap-siap bagi menyambut kedatangan para tetamu dari seluruh pelusuk negara."Inilah kali pertama PAS Perak menjadi tuan rumah menganjurkan program yang sebesar ini.Kami telah menyediakan satu tempat khas untuk gerai jualan , makan dan minum bagi menampung keperluan para perwakilan dan pemerhati Muktamar.Penginapan untuk para perwakilan juga kami sediakan yang terbaik," jelas Misbah.

Disamping itu, terdapat juga program tarikan berupa konsert Kesenian Islam yang akan diadakan pada 14 Ogos 2008 bermula jam 9.30 malam.Program ini bertujuan untuk menarik minat gulungan remaja mendampingi program PAS dan mengenali etika corak hiburan cara Islam.Kumpulan Nasyid Far-East dan Saff One akan turut menghiburkan para hadhirin disamping deklamasi sajak oleh Dinsman dan rakan-rakannya.

Walau bagaimana pun, penyertaan Amy Search sebagaimana laporan terdahulu , tidak dapat di realisasikan. Amy pada malam tersebut ada persembahan di Sabah.

Pada 15 Ogos 2008 jam 9.30 malam , Nostalgia Forum Perdana akan menemui para hadhirin dengan barisan ahli panel yang tidak asing lagi kepada kita semua iaitu, Dato’ Dr Haron Din, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Taib Azamuddin. Moderator majlis pula ialah Ustaz Misbahul Munir.

Pada 16 Ogos 2008, adalah merupakan malam kemuncak dimana Ceramah Perdana akan diadakan di Stadium Perak.Misbah memaklumkan, selain Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Mursyidul 'Am Tuan Guru Nik Aziz, wakil-wakil dari pertubuhan Hamas Palestine dan PKS - Parti Keadilan Sejahtera (Indonesia) , akan turut menyampaikan ucapan mereka.