17 Ramadhan 1431H
السلام عليكم ورحمة الله وبكاته
AL-Quran diturunkan menjadi petunjuk kepada orang yang beriman. Di saat ramai sanggup menghayati dan melaksanakan perintah ALLAH ayat 183 dalam Surah Al-Baqarah dari sudut kewajiban berpuasa, namun kurang pula orang yang sanggup menerima arahan ALLAH pada ayat 178 Surah yang sama; iaitu melaksanakan hukum ALLAH yakni Qisas selaku cabang dari Hudud(Batasan) ALLAH S.W.T.
Kesilapan besar UMNO dan PBB terhadap Islam adalah mereka tidak ada niat atau hasrat untuk melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh.
Sekiranya umat Islam dalam UMNO dan PBB benar-benar berjuang Islam sudah lama Islam dapat ditegakkan dibumi Malaysia ini. Mereka tidak layak bercakap pasal perjuangan Islam sedangkan hakikatnya merekalah yang menentang perlaksanaan undang-undang Islam yang sebenarnya. Bila isu hudud hendak dilaksanakan tiada seorang pun pemimpin PBB mahupun UMNO mahu bersama dengan parti Islam menyokong perlaksanaan hukum tersebut. Samada mereka diam atau berkata bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ini.
Sudah jelas lagi bersuluh ,mereka yang sentiasa menentang ISLAM datangnya dari parti yang kononnya mengaku Melayu ISLAM BN ini. Isu Dinar dan Dirham Emas di Kelantan dan pemisahan politik dari agama jelas menunjukkan kegagalan BN,UMNO dan PBB dalam menerima sepenuhnya Al-Quran secara Kaffah(Kesuluruhannya).
Di saat mereka menempelak PAS dan Pakatan Rakyat berpolitik di Masjid dan Surau,PBB dan UMNO boleh pula melaksanakan kerja kerja politik di Masjid dan Surau. Jelas seperti meludah ke langit ;akhirnya mereka terpaksa mengakui hakikat ISLAM tidak pernah memisahkan setiap juzuk kehidupan dengan ISLAM. Baik dari sudut ibadah,jenayah,muamalah malah siasah politik,semuanya hendaklah kembali kepada paksi ISLAM.
PAS memandang serius ugutan dan tekanan yang dilakukan oleh SUPP ,PBB,BN terhadap rakyat, yang membuktikan terdesaknya BN ketika ini. Siapa boleh lupa pada April ; saban hari mereka menempelak aduan peniaga di Pasar Malam Saberkas,dituduhnya PAS menggangu perniagaan penjaja,tapi akhirnya mereka terpaksa jua menyiapkan kemudahan yang dipinta bertahun lamanya oleh peniaga di situ. Itupun setelah desakan dilakukan PAS dan Pakatan Rakyat.
Siapa juga boleh lupa ;laporan mukadepan Utusan Borneo 28 April melibatkan warga emas yang lumpuh diKampung Pengkalan Lutong jelas menjadi satu lagi kelemahan ketara pimpinan PBB yang sekadar mengenyangkan perut mereka dengan projek sedangkan rakyat terus terabai. Apakah setelah 15 tahun Ketua Wanita PBB tersebut tidak tahu isu ini? Kenapa selepas PAS dan rakan Pakatan Rakyat hadir dalam menyantuni insan yang memerlukan bantuan ini ;laporan ditulis dalam blog PAS Miri ,barulah PBB mahu tunjuk muka?
Selain itu tekanan demi tekanan semakin dahsyat dilakukan oleh SUPP,PBB ,BN. Restoran yang menjadi tempat anggota Pakatan Rakyat makan pun ”di serang ” dengan ahli PBB yang mengugut pihak peniaga.
Disepanjang Ramadhan pula,di saat sekonyong konyongnya pihak PBB melaksanakan program di Surau dan Masjid,kenapa di saat PAS mengadakan program ,semua pihak AJK Masjid ditekan bagi menghalang program bersama rakyat oleh PAS dan Pakatan. Sampai hendak mengukur tanah NCR pun di beri amaran rakyat jangan bertemu pihak Pakatan Rakyat. Apa semua ini? Adakah BN semakin terdesak? Jawapannya YA. Tambah pula kepala bapa Rasuah mereka Taib mahu undur diri,sudah pasti kewangan mereka menipis kelak. Sebab itu ,mungkin, SUPP berkira kira mahu keluar BN. Di luar atau di dalam BN,SUPP tetap tidak relevan . Begitu juga BN,BN juga semakin hampir terkubur menjelang PRU 13.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR
Bukhari & Muslim)
’PAS UNTUK SEMUA’
PAS Kawasan Miri
S.K YDP Kawasan , MT PAS Kawasan
Dewan Pemuda PAS Miri
Dewan Muslimat PAS Miri
www.pas-miri.blogspot.com