12 Jamadil Awal 1431H.
Dzulfikar Mashoor
SHAH ALAM, 27 April: Norsiah Mohamad, 60, ibu kepada juvana yang mati terbunuh petang tadi menyuarakan rasa kecewa dengan dakwaan polis serta laporan media kononnya arwah Amirul Rashid Hamzah dibunuh kerana polis mensyakinya sebagai penyamun.
"Bila polis kata (dakwa) anak saya disyaki terbabit geng samun, saya sekeluarga memang tidak boleh terima," ujar beliau sambil sebak menahan air mata di kediaman mereka sekeluarga.
"Dia anak yang baik, dia pemain ragbi, ahli sukan, semua sukan dia masuk. Kalau bulan puasa, dia memang di surau, kalau pergi surau, siapa tak kenal dia."
Disebabkan itu, beliau meminta pihak berwajib memberikan pembelaan yang sewajarnya kepada anak bongsu kepada lapan beradik tersebut.
"Saya ibu pada arwah, anak bongsu saya (Aminul) ini mendapat pembelaan yang sewajarnya. Saya harap anak saya disiasat dengan telus, itu saja," ujarnya,
Kakak mangsa, Tuty Syaninza Anum Hamzah, 36, pula tidak menyedari arwah memandu kereta suaminya untuk keluar bersama-sama kawan sekelas menonton kejohanan bola sepak Eropah.
Beliau mula menyedari apabila suaminya, Muzaffar Mahalli, 36, menghubunginya dan meminta beliau melihat keadaan kereta di luar kediaman.
Pada ketika itu, menurutnya, kelihatan polis serta penduduk tempatan sedang berhimpun mengelilingi keretanya.
Pun begitu, beberapa pegawai polis, menurut beliau, seakan cuba mengelak untuk memberitahu keadaan sebenar pemandu kereta terbabit, iaitu adiknya.
Sekitar jam 3 pagi, beliau bersama suaminya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, di sini.
Ditanya tentang wujudnya senjata berupa parang di dalam kereta terbabit seperti yang didakwa polis dan media, beliau menafikan sekeras-kerasnya.
Bagaimana pun, Kamaruddin Hassan, waris terdekat kepada arwah dalam nada yang pasrah meminta polis menyiasat insiden tersebut serta memberi kebenaran seperti yang dituntut oleh keluarga arwah.
"Biarlah polis siasat, sebelah pihak dah buat laporan, kita pun dah buat laporan, biar polis buat laporan, kita hanya nakkan kebenaran," ujar beliau di depan lebih 15 wartawan.
Dalam perkara yang berkaitan, selain insiden bunuh yang membabitkan juvana tersebut, integriti polis Oktober tahun lalu turut tercalar oleh kes tembakan liar yang membabitkan seorang balu, Norizan Salleh.
Harakahdaily/-
Dzulfikar Mashoor
SHAH ALAM, 27 April: Norsiah Mohamad, 60, ibu kepada juvana yang mati terbunuh petang tadi menyuarakan rasa kecewa dengan dakwaan polis serta laporan media kononnya arwah Amirul Rashid Hamzah dibunuh kerana polis mensyakinya sebagai penyamun.
"Bila polis kata (dakwa) anak saya disyaki terbabit geng samun, saya sekeluarga memang tidak boleh terima," ujar beliau sambil sebak menahan air mata di kediaman mereka sekeluarga.
"Dia anak yang baik, dia pemain ragbi, ahli sukan, semua sukan dia masuk. Kalau bulan puasa, dia memang di surau, kalau pergi surau, siapa tak kenal dia."
Disebabkan itu, beliau meminta pihak berwajib memberikan pembelaan yang sewajarnya kepada anak bongsu kepada lapan beradik tersebut.
"Saya ibu pada arwah, anak bongsu saya (Aminul) ini mendapat pembelaan yang sewajarnya. Saya harap anak saya disiasat dengan telus, itu saja," ujarnya,
Kakak mangsa, Tuty Syaninza Anum Hamzah, 36, pula tidak menyedari arwah memandu kereta suaminya untuk keluar bersama-sama kawan sekelas menonton kejohanan bola sepak Eropah.
Beliau mula menyedari apabila suaminya, Muzaffar Mahalli, 36, menghubunginya dan meminta beliau melihat keadaan kereta di luar kediaman.
Pada ketika itu, menurutnya, kelihatan polis serta penduduk tempatan sedang berhimpun mengelilingi keretanya.
Pun begitu, beberapa pegawai polis, menurut beliau, seakan cuba mengelak untuk memberitahu keadaan sebenar pemandu kereta terbabit, iaitu adiknya.
Sekitar jam 3 pagi, beliau bersama suaminya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, di sini.
Ditanya tentang wujudnya senjata berupa parang di dalam kereta terbabit seperti yang didakwa polis dan media, beliau menafikan sekeras-kerasnya.
Bagaimana pun, Kamaruddin Hassan, waris terdekat kepada arwah dalam nada yang pasrah meminta polis menyiasat insiden tersebut serta memberi kebenaran seperti yang dituntut oleh keluarga arwah.
"Biarlah polis siasat, sebelah pihak dah buat laporan, kita pun dah buat laporan, biar polis buat laporan, kita hanya nakkan kebenaran," ujar beliau di depan lebih 15 wartawan.
Dalam perkara yang berkaitan, selain insiden bunuh yang membabitkan juvana tersebut, integriti polis Oktober tahun lalu turut tercalar oleh kes tembakan liar yang membabitkan seorang balu, Norizan Salleh.
Harakahdaily/-
34 ulasan:
polis menganas, sape lg nak jaga keselamatan kite..
Saya rasa keliru bagaimana seorang remaja yang berumur 15 tahun boleh sewenangnya memandu kereta tanpa lesen!? Kalau menunggang motorsikal mungkin perkara biasa. Kita yang lebih tua perlulah memantau kelakuan ahli keluarga kita yang meniti zaman keremajaan mereka agar tidak ditimpa musibah sebegini. Pihak polis yang menembak beliau mungkin salah kerana melepaskan tembakan secara terburu-buru tetapi mana mungkin mereka dapat mengagak siapa dan berapa umur pemandu yang gelagatnya mencurigakan. Mungkin juga anggota polis tersebut berada dalam keadaan yang bahaya hasil tindakan pemandu itu dimana nerita ini bertukar kepada anggota polis terbunuh setelah gagal mengelak dari dilanggar kereta. Wallahualam.
al-fatihah untuk arwah...kebetulan anak salah seorang staff di opis berkawan ngan arwah...cerita yang di sampaikan oleh kakak ni buat aku sangat geram....semoga keluarga arwah mendapat keadilan sewajarnya....dan polis tidak menyembunyikan kebenaran
TEOH MATI ADE INKUES..
KUGAN MATI DALAM JEL ADE SUHAKAM SIASAT..
ANAK MELAYU KITA KENE TEMBAK?????
PERKOSA APE KOMEN ANDA?OPS SILAP PERKASA..
UMNO PUN SYP JERRRR..
Polis Raja Di Malaysia PRDM
Sukar jugak kalu nak peccaya budak sekecil 15 tahun utk samun,... xkan pihak berkuasa xleh nak handle kes cam ni??????????????????
Persoalannya adakah tindakan Polis ini ikut standard prosidur kerana pihak polis ada prosidur dalam pengunaan senjata...ini bukan mcm zaman koboi ikut suka hati jer nak tembak orang!
PENG PENG PENG ALAMAK TERTEMBAK KUCINGLA
POLIS RAJA DI MALAYSIA (PRDM).. barua umno.. serupa je perangai..
aku taknak dok malaysia lagi la.. daripada kuli smpai perdana menteri.. semua dah gila babi..
nak jadi mcm pemuda ashabul kahfi la.. lari dok dlm gua.. haha..
bila nafsu memimpin diri, huru hara jadi..
bila Islam dah memimpin negara, baru aku nak kuar.. sungguh hati ini tak tahan melihat kerosakan dan kemusnahan masyarakat zahir dan batin..
SALAM,
AL-FATIHAH KPD ARWAH.
POLIS ADA PROSEDUR DLM MENANGANI JENAYAH, PERTANYAAN SAYA, BOLEHKAH POLIS MENYATAKAN DI MEDIA MASSA, APAKAH PROSEDUR2 YG MESTI DIPATUHI OLEH ANGGOTA2 POLIS (DAN TINDAKANNYA) APABILA TERSEREMPAK DGN SESEORG YG DI SYAKI SEBAGAI PENJENAYAH, DAN APAKAH YG SEPATUTNYA DI LAKUKAN OLEH ORG2 AWAM (YG BUKAN PENJENAYAH) APABILA POLIS SEDANG MENGEJAR MEREKA/MEMBERI ARAHAN SUPAYA MEREKA MENYERAH DIRI. APAKAH YG PATUT MEREKA(ORG AWAM) LAKUKAN SUPAYA TIDAK BERLAKU SESUATU YG MALANG SEPERTI INI.
SEBAB KITA DI MALAYSIA NI SELALU MELIHAT FILEM AMERIKA, BAGAIMANA POLIS DI SANA MEMBERI ARAHAN KPD ORG AWAM SUPAYA MENYERAH DIRI, ADAKAH SAMA DENGAN DI MALAYSIA. PADA PENDAPAT SAYA, PENGETAHUAN TTG CARA MENYERAH DIRI NI PENTING JUGAK RASANYA SUPAYA TIDAK TERJADI KEJADIAN YG TIDAK DI INGINI.
polis gila
Assalamualaiku YB...
Saya ingin memohon jasa baik YB serta MP Pakatan agar membangkitkan fenomena anggota dan pegawai polis yg bertugas di bawah pengaruh alcohol.
Sudah menjadi lumrah ramai anggota dan pegawai polis yg berada di bawah pengaruh alcohol semasa bertugas larut malam dan juga semasa menyoal siasat OKT di dalam lock up.
Saya berpendapat perlu diwujudkan peraturan utk mewajibkan setiap anggota dan pegawai polis yg terlibat dgn kekerasan semasa bertugas diluar dan soal siasat di dalam balai di wajibkan menjalani ujian alcohol.
Salam sejahtera untuk semua, disini cuba anda fikirkan : Pertama masa kejadian? bila berlaku. Kedua tanya saksi kejadian yang lain.. di mana kawan2nya yang lain.. Ketiga mengapa polis bertindak sedemikian.. tentulah mungkin mangsa takut dan ingin melarikan diri..Keempat dimana penjaga semasa itu membiarkan anak bawa kereta tanpa lesen..bawah umur pulak tu.... sayapun ahli PAS juga tapi tak semestinya apa yang kerajaan buat dan polis lakukan tidak betul.. Lu pikirlah...
tembak jgan sebarang tembak...pangkah jgan sebarang pangkah..gunakan akal fikiran dlm keadaan tenang dan iman.barulah boleh buat keputusan,agar tiada sesalan......
Akum YB...inilah yang dikatakan "Malaysia Boleh"
takziah buat keluarga mangsa...Al fatihah
siapa pulak yang akan jadi kambing hitam kali ni...selepas kes altantuya kalau tak labu labi agaknye?...nasib nasib :-)
Polis gila, cikgu la ni boleh jadi gila, kerja banyak sangat...
Assalamualaikum ....
Apabila saya diberitahu akan kejadian yg menimpa arwah, saya mmg terkejut. tidak sangka arwah pergi dengan cara begitu.
terus terang saya katakan saya mungkin mengenali arwah apabila arwah terlibat dengan kes pelajar sekolah saya. kes pergaduhan pelajar. dan rakan yg dikatakan bersama arwah di dalam kereta juga pada tahun lepas panas dengan isu2 gaduh... tetapi bagi saya mereka bukan kategori pelajar kurang hajar dan samseng.. dan daripada pandangan pelajar-pelajar sekolah di sekitar shah alam yg mengenali arwah, semua mengakatakan yg arwah bukan penjenayah dan bukan samseng...cuma nakal budak-budak sekolah... mungkin arwah takut kerana memandu tanpa lesen dan dibawah umur.. apabila dikejar polis mereka terus memecut sedemikian rupa...
semoga kejadian menimpa arwah menjadi iktibar kepada semua pelajar2 dan ibubapa... pelajar2 jgn bawak kenderaan tanpa lesen dan ibubapa prihatin dimana anak kita berada ....dan apa yg mereka lakukan...
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah... Al-Fatihah
aku pernah kena acu pistol dgn polis
dalam balai polis pula tu
dah la pukul aku sb aku bertanyakan psal nak tarik kes balik ja
aku haram x melawan apa pun
lepas tu polis buat crita aku huru-hara balai polis depa
pasal kes arwah ni confirm la polis salah
aku pun dah terkena
byak lg org dah terkena
babi,haram punya polis
semoga kebenaran akn terbukti
salam
kepada semua anggota PDRM termasuk yang sudah bersara @ yang sudah berhenti kerja tu janganlah dok mengada ngada berlagak perasan. kerana imej kamu sudah pun tercemar. inilah akibat nya kalau dok bersekongkol dengan yahudi lahanat yang najib dok bangga sangat tu
corak pemerintahan yahudi sudah pun bermula di negara kita
tu semua da tersurat.x boleh tuduh polis salah.polis terpaksa lepaskan tembakan kerana ianya untuk mempertahankan diri.dan polis tidak tahu siapa yang berada di dalam kereta sama ada umur atau nama.silap dlm perkara ni kepada parent mereka yg tidak ambil peduli ke mana anak mereka pergi.bagaimana budak berumur 15 tahun boleh bawa kereta keluar dan pada waktu yang tidak sesuai dan juga tidak mengikuti arahan dari pihak polis yang memakai uniform penuh.kepada mereka yang membuat tohmahan fikir fikir la.bukan kah sudah banyak iklan tentang memandu dan menunggang kenderaan tanpa lesen.ianya bukan salah arwah atau polis.tapi keluarganya sendiri yang tidak ambil kisah hal anak mereka.
Salam.
Takziah kepada keluarga arwah.
Polis mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian dan siasatlah dengan telus.
Cerita Universal
i.Ibu biasanya jarang mengakui kesalahan anak mereka dan seboleh2nya membelanya-tunggulah masa kepunahan anak tersebut (iktibar filem anakku syazali)
ii. Anak remaja sekarang taksah ke umur 15, yang umur 12 boleh buat apa saja
iii. Entahlah!! pukul 2@3 pagi anak umur 15 keluar bersama kawan2 ( ya lah pi tengok bola )-
tak sekolah ke? mak pak tak marah ke?, amalan biasa ke? entah lah!!!- kalau pi surau/mesjid pukul 2@3 pagi agaknya bising mak bapak kot
Semoga tuhan lindungi aku dan keturunan aku daripada perkara yang tidak diredhai. marilah kita sama-sama jaga anak kita.
Anak anak muda ,,tengok kan dah kena ,,,yang keluar lewat malam kenapa..bawa kereta pula tu.sah tak dak lesen..yang polis pun ,takat bawa parang takkan sampai tembak orang kot.parang tu tah dari mana datang,,
Wahai polis,,hati hati la nak tembak orang takut nanti tertembak anak sendiri.
Tembak.. Jangan tak tembak.. Tembak Rakyat walaupun anak muda yang hanya 15 tahun.. Kemudian buat kenyataan : 'dia adalah penjenayah'!
Siapa yg boleh membantu? Siapa yg boleh menutup keganasan yg berlaku?
1MALAYSIA BOLEH!!
Salam.. Ini anak ahli PAS ke, UMNO ke, DAP ke, MIC ke atau anak anjing sekali pun tidak boleh ditembak sesuka hati.. Selama ini anak2 India dan Cina, sekarang anak2 muda hingusan kemudian siapa lagi?
Mereka yg bertanggungjawab ini tidak takut kerana dilindungi oleh KUASA2 BESAU PUNYA!!
SUBHANALLAH...TUNJUKANLAH MEREKA INI!!!
ALLAHHU AKHBAR...TUNAIKANLAH JANJI2 MU UNTUK MEREKA YG ZALIM INI.
http://www.facebook.com/amir.ra.shit
saya tertarik dengan komen dari King, tentang pengaruh alcohol... pernah terjadi pada kawan saya di mana dia di langgar semasa pulang dari kerja, orang yang langgar kawan saya mabuk memang dapat bau arak, yang saya hairan polis yang datang pun bau yang sama....
jadi tak mustahil polis bertugas di bawah pengaruh alcohol....
renungkanlah....
giler..memang giler..polis dah kene H1N1..tembak budak 15 tahun..berbaloi ker??gerammmm dengan polis nie..
polis malaysia hebat(jaga sidang DUN hebat)jaga masyarakat hancur
YB.. KALAU BOLEH USULKAN YG DLM DEWAN .. SETIAP KERETA PERONDA POLIS KENE PASANG KAMERA... MCM KAT AMERIKA.. SOO KITA BOLEH TAU GAK LAH APA YG BERLAKU.. SOO POLIS NIE TAK LAH BUAT IKUT KEPALA MEREKA AJE
hrp usulkan dlm dewan juga, biar polis yg terlatih/berpengalaman byk(senior) aje yg ade pistol...itupun setiap tahun pastikan tahap kecekapan, ketepatan polis penembak tu. kalu stakat bawahan, br jd polis, tak payah ade pistol. ade wisel dan chota cukup....
Saya tak salahkan polis dalam hal ini.. anak sedara saya umur 14 tahun pun boleh memandu kereta maknya masa maknya tidor..perempuan lak tu..ini kan pula anak lelaki (mangsa). Pada saya senang aje.. nasihat ibubapa tu adakah selalu diberikan kepada anak-anak..
Jangan salahkan pihak polis..kerana mereka menjalankan tugas.. penjenayah selalu melarikan diri bila terserempak dengan polis oleh itu sangkaan pihak polis bahawa kereta tu ada penjenayah, maka mereka berhak bertindak atas nama tugasan..
Pohak polis tidak pernah mengganas, yang mengganas adalah rakyat yang tak makan di ajar, yang tak reti undang-undang yang terlalu banyak haram dalam darah daging mereka.. fikir-fikirkan lah...
Apa pun takziah kepada keluarga simati..dan diharap jadi pengajaran kepada yang lain...
Dah pasang dah ,,depa tutup dengan kain..nak boleh buat apa...
Lain kali bagi anak-anak anda bawa kereta atau motor walaupun takde lesen. ANAK ABAH.
Lain kali bagi anak-anak anda keluar sampai pukul 2 pagi walaupun masih bersekolah. ANAK ABAH.
Lain kali kalau anak anda yang takde lesen ni mamandu terjumpa polis lari laju2 walaupun melanggar lampu isyarat merah. ANAK ABAH.
Lain kali kalau ANAK ABAH kena tahan atau kena tembak polis atas sebab2 diatas SALAHKAN Polis sebab EMOSIONAL lebih penting daripada UNDANG2
Catat Ulasan