Email yang saya paparkan ini sangat kira menarik ianya membincangkan mengenai beer yang dikatakan halal yang akan masuk di Malaysia secara sah. Tujuan saya paparkan adalah untuk menjadi medan perbicangan semacam forum untuk kita jadikan panduan dan mengambil kesimpulan sementara dalam persoalan ini
(Tanpa edit) Saya mohon YB bincangkan isu beer 'halal' ini. dan harapan saya agar beer ini diharamkan kerana ia amat mengelirukan umat ISlam khususnya anak2 muda di Malaysia.. Sedikit sebanyak penerimaan beer halal ini akan menyebabkan para remaja dan dewasa kita mempunyai kecenderungan untuk meminum beer yang sedia ada.. banyak kesan negatif lain yang saya nampak, tapi biarlah YB bawakan ia sebagai perbincangan kita semua..
Moga perjuangan Islam akan berterusan dari segala aspek kehidupan. Dan doa saya agar kekuatan Islam dapat mengatasi kekalutan politik di Perak dan Malaysia amnya
Salam dari perantauan,
EYU
(Tanpa edit) Saya mohon YB bincangkan isu beer 'halal' ini. dan harapan saya agar beer ini diharamkan kerana ia amat mengelirukan umat ISlam khususnya anak2 muda di Malaysia.. Sedikit sebanyak penerimaan beer halal ini akan menyebabkan para remaja dan dewasa kita mempunyai kecenderungan untuk meminum beer yang sedia ada.. banyak kesan negatif lain yang saya nampak, tapi biarlah YB bawakan ia sebagai perbincangan kita semua..
Moga perjuangan Islam akan berterusan dari segala aspek kehidupan. Dan doa saya agar kekuatan Islam dapat mengatasi kekalutan politik di Perak dan Malaysia amnya
Salam dari perantauan,
EYU
UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.
Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.
Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.
"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.
Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.
Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.
Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.
Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.
"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya.
Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand, Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.
Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.
Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.
20 ulasan:
kalau lar benda ni memang di sahkan halal, jangan taruk di pangkal nama tu beer! yang paling bodohnya orang yang bawak masuk benda tu ke MIHAS, tak sensitive dengan perkataan beer. penjenamaa semula dengan tulis minuman malt pon ok. mungkin orang yang bawak masuk benda ni bangga dengan perkataan beer.. mentaliti yg mengambarkan orang islam minum beer. saya rasa nak sepak pon ade dengan orang syarikat tu! macam mana orang islam nak sokong dengan produk tu kalau jenama tu sendiri berbangga dengan BEER HALAL? beer ada halal? root beer. benda positive terus jadi sensitive akibat tak tau ikut suasana dan keadaan di negara sendiri. mangkuk betul org yg produce dan conduct benda ni tanpa segan menggunakan BEER sebagai mukadimah!
banyak benda makanan dan minuman yang haram telah di halalkan..cuma penguatkuasaan yang lemah, kerana nak menjana ekonomi negeri atau negara, seorang pemimpin sanggup menggadai maruah bangsa dan agama bab halal haram nih. Contoh yang terpampang dalam web page pengguna islam, Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
yang ni la jadi punca wujudnya masyarakat yg ALLAH tak memberkati hidup mereka.wujudnya mat rempit..cuba tanya makan minum depa..halal ke haram ke..ALLAH berkat kan tak pemakanan tu..sampai sekarang setiap kali saya makan sesuatu..saya memohon ALLAH memberkati agar makanan ni halal dan suci..nak jadi darah daging ni...
wallahuallam
Produk ni memang halal, mcm khol atau cuka, kalau kat perak org panggil nira, kat kelantan org panggil tuak, boleh bikin dari buah buahan mcm epal dan tamar, atau dari bijirin mcm beras dan barli, cume x yah le letak nama beer.
Saya pun Rasa tertarik dengan isu ini. Pada pandangan saya, walaupun ia dikatakan halal tetapi nama beer yang umum diketahui lebih sinonim pada arak. dari segi rupa corak botol & tin minuman tersebut boleh menimbul fitnah kerana ia menyerupai botol & tin arak sebenar. apa akan terjadi sekiranya kita umat islam ini meminum minuman tersebut sedangkan dalam hati kita beriktiqad dia adalah beer(arak). Ia boleh menarik minat para remaja untuk lebih cenderong mencuba arak. Persoalan saya sekarang kesan jangka masa panjang. adakah ia baik atau sebaliknya. Jika minuman disahkan halal adalah lebih baik jangan lah i disebut beer halal dan coraknya hendaklah ditukar. Kepada pihak berkuasa disarankan supaya minuman ini dikaji semula dan mohon pandangan mufti atau majlis fatwa berhubung isu ini.
di jalan ipoh kalau tak silap.., sebelum lorong kecik masuk ke vistana hotel...,ada satu kedai .., orang iran iran punya.., saya pernah kesana sekali.., rasanya dalam dua tahun lepas.., memang ada beer istak ni..., saya tak pasti sekarang kedai ni masih ada lagi ke tak...,di kedai tu juga ada dijual rempah.., kismis dan segala macam perkakas, kebanyakannya produk makanan.., dari iran. tuan punya kedai ni beritahu.., istak ni.., rasa dia sama macam beer.., cuma dia tak memabukkan macam beer biasa dan takde alcohol dan kawan saya mencubanya. baunya, boleh kata 100% macam beer, dan selepas minumnya pun.., bau mulut pun seakan2 orang minum beer/arak yang betul tu.
cuma pada pandangan saya disini, tak perlulah produk sebegini dibawa masuk kenegara kita, atas alasan apa sekalipun..., takut nanti jadi budaya dan ikutan para remaja terutamanya, mula2 memang la minum beer yg takde alkohol.., lama2 nanti nak cuba yang betul2.., dan byk lagi rasanyanya implikasi buruk yg bakal berlaku.., tak tau nak cakap apa.., untuk kerajaan najis...., tariklah pelabur sebanyak mungkin.., dan rosakkanlah akhlak muda mudi kita..., jawablah nanti di mahsyar...
Saya pernah tinggal di Bahrain dan saya dapati minuman "beer" halal banyak terdapat tanpa masalah. Tidak ada sebarang kesan negatif, bahkan minuman ini tidak mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti minuman ringan lain yang banyak terdapat di Malaysia. Apa salahnya kalau minuman ini dibuat di negara ini, dan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna.
Soal perkaitan minuman ini dengan arak adalah interpretasi. Pernahkah dibuat kajian yang minuman seperti ini boleh menjurus kepada orang ramai mencuba arak? Janganlah pandangan sempit ini menjadi penghalang kepada kemasukkan minuman yang halal. Ia lebih kepada meletakkan hukum haram bagi sesuatu yang halal. Pada pendapat saya sikap menghalang lebih menyebabkan anak muda ingin mencuba tetapi kalau dah ada pilihan - biar mereka mendapat yang halal.
Saya juga tak setuju dengan penggunaan jenama BEER Halal. Inilah masalah umat islam hari ini. Kerana terlalu bangga dan mengagungkan budaya hidup Inggeris dan Eropah (baca : kapir), teringin pula untuk minum beer. Lalu dibuat beer tanpa alkohol yang halal. Kalau dah halal tu, guna la nama lain. Buat la rupa bentuk botol yang berbeza dari rupa beer sedia ada. Tapi ada teman mengatakan, Jus Buah memang kena preserve dalam botol macam tu. ( Tak percaya la pulak )
lelaki yang menyerupai perempuan itu haram, begitu juga sebaliknya. menyerupai adat atau perbuatan orang kafir juga haram. menyerupakan isteri dengan mahram juga haram. Air yang halal dikatan arak pun haram diminum. Apatah lagi minuman yang halal, tapi bekas yang menyerupai arak dan dinamakan salah satu nama arak terkenal masih nak dinamakan halal? kaum muslimin berhati2 lah dengan apa yang anda makan atau minum. Agenda utama yahudi adalah meruntuhkan akidah dan pegangan umat islam.
...saya bersetuju benar dengan ibnukaduk tu ... memang kerajaan la ni pun (Umno/BN) suka sangat menghalalkan benda benda yang haram tu. tak lama lagi babi pun akan diusahakan supaya jadi halal dan boleh dimakan oleh umat islam
ni apa kes bawak masok minuman nih .. kat mesia dh takder minuman ker ..
the name itself (ishtak beer) dh mengelirukan. maybe mazhab kat iran sana xder masalah .. tapi kita kt sini x perlu nak tiru cara mereka .. mana perginya budaya islamik mesia nih .. xder identiti ker ..
Root beer? Ginger Beer?
Yang saya dok minum la ni root beer..tak pa kot..Saya setuju dengan Tanpanama..tukaq la nama beer tu..
Untuk makluman syarikat tersebut dari Iran. Iran berfahaman Islam Syiah. Jadi banyak perbezaan hukum halal haram sesuatu perkara. jadi umat Islam Malaysia perlu berhati-hati. Saya takut akidah anak-anak kita serta peminat "beer haram" masih tidak sempurna walaupun menjamah beer "halal" ini. Kita perlu ingat mengikut hukum Islam yang kita pegang, walau secawan air sejuk yang dipegang, kalau menyamakan ia dengan arak, maka jatuhlah hukumnya menjadi haram dan bial meminumnya berdosa. Dalam soal beer halal ini, adakah seseorang minum kerana niatnya meneguk "arak" yang tidak memabukkan. Kalau itulah, maka jatuhlah hukumnya haram walaupun tidak ada alkohol didalamnya.
yg aku belajar la...arak yg diminum kemudian tidak memabukkan adalah sama saja meminum arak hukumnya tetap haram tahap maksima.Manakala benda yg memabukkan walaupun namanya daun koko sekalipun sama je hukumnya haram tahap maksima.Kalau nak syarikat tu kekal dlm peta malaysia,Toksah la bubuh beer...letak la nama Kasturi ka,kekabu water ka...barulah takde fitnah...apa da...
aku blajar kat subject halal n haram in food processing ..if bahan tu dah doubtful macam perkataan beer tapi halal ..baik di jauhkan ...macam case vegetarian babi gak ...dah terang terang doubtful nya
salam. ini saya jumpa beberapa fatwa dari majlis mufti di luar negara (dikepil dibawah in english). Semoga dapat membantu perbincangan.
Kalau mengikut fatwa mufti singapura, haram hukumnya sebab proses pembuatan sama seperti arak, cuma to make it non alcoholic, dia tambah proses membuang kandungan alkohol. kalau begitu prosesnya, rasanya usul fiqhnya samalah macam air kencing yang telah disuling bersih, walaupun tinggal air yang sudah putih bersih, tetap najis, sebab asalnya najis. wallahualam, tapi yang syubhah begini eloklah dijauhkan.
Cuma masalah di Malaysia ini, arak yang memang haram pun tak dapat diharamkan, inikan pulak arak 'halal'.
:
Tayeb14-01-2006, 18:52
Source: sahannan@sonarbangladesh.com
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatahu
BEWARE the "wolf in sheep's clothes". I know this may be a common drink in some areas, but the so-called "non-alcoholic beer" does contain alcohol. (plus it looks like jahiliya to have a Muslim sipping from a beer bottle anyway.)
Alhamdulillah Allah (SWT) blessed us with uncountable delicious HALAL drinks let's avoid this one.
1 Details of Fatwa
Title of Fatwa Non-Alcoholic Beer
Date of Reply 12/Jul/2003
Topic Of Fatwa Foods & Drinks
Question of Fatwa
Dear scholars, As-Salamu `alaykum. My husband drinks non-alcoholic beer with the intention of not thinking of it as beer, but I believe it is haram. Can you please give us an opinion on this? Jazakum Allah khayran.
Name of Mufti IOL Shari`ah Researchers
Content of Reply
Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.
Dear sister in Islam, we would like to thank you for the great confidence you place in us, and we implore Allah Almighty to help us serve His cause and render our work for His Sake.
The basic ruling on food and drink is that things are halal except for those which are specifically described in Shari`ah as being haram, such as alcoholic drinks. It was reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: "Every intoxicating substance is haram." (Narrated by al-Bukhari) And it was narrated that `A'ishah said:
"The Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) said: `Every intoxicating substance is haram, and whatever intoxicates in large amounts, a handful of it is haram.'" (Narrated by at-Tirmidhi).
Focusing more on the question in point, we'd like to cite the following relevant fatwa:
"Non-alcoholic beer is haram because although it is claimed that it is alcohol free, it does have some alcohol in it. We checked with beer manufacturersand confirmed that non-alcoholic beers do have a minimum amount of alcohol in them because during the manufacturing process, a small amount of alcohol is unavoidable. Also, we checked the matter from the legal perspective and found that U.S. law (and probably European law, too), allows beer manufacturers to claim that it is alcohol free if it contains less than one percent alcohol.
We wish all Muslims were aware of this fact and if they are not, then we should make this known through the proper educational and media channels."
Source: www.islamicity.com
Allah Almighty knows best.
2 Details of Fatwa
Title of Fatwa Non-Alcoholic Beer: Prohibited?
Date of Reply 25/Dec/2005
Topic Of Fatwa Foods & Drinks
Question of Fatwa
Is non-alcoholic beer halal? Can Muslims consume it?
Name of Mufti Islamic Religious Council of Singapore
Content of Reply
In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.
Thanks for your question, and we implore Allah to guide us all to the best way through which we can learn more about what is lawful in order to follow it and what is prohibited in order to refrain from approaching it.
Indeed, Muslims need to understand the process of making so-called non-alcoholic beers or wines. The process to make alcoholic and non-alcoholic beers and wines is the same. Both alcoholic and non-alcoholic beers and wines are haram. Once the beer or the wine is produced, alcohol is extracted from it to make it non-alcoholic. Never is 100 percent of the alcohol removed. The Islamic principle is that if the whole of a thing is haram, the part of it is also haram. By that principle non-alcoholic beers and wines are haram.
Responding to the question, the Islamic Religious Council of Singapore, states the following:
Our position is that non-alcoholic beer is not halal. Our position is based on the premise that.
1. It is drunk as an alternative to something which is haram, that is, alcoholic beer.
2. The culture of wine and beer drinking which the drink entails is non-Islamic and, therefore, haram.
Therefore, based on the principle of blocking the doors to transgression in Islamic jurisprudence, non-alcoholic beer is haram.
"To God belongs all that is in the heavens and all that is on the earth. Whether you show what is in your own selves or conceal it, God will call you to account for it. Then He forgives whom He wills and punishes whom He wills, for God is Able to do all things." (Qur'an 2:284).
--------------------------------------------------------------------------------
Ala... tak payah le sebut nak sepak2..
bukan nya nak penyepak sangat pun hehe..
nama beer tu sensitif sangat ke?
Yang A & W Root BEER tu amacam..?
alcohol in itself is not haram - there are thousands of usage of alcohol that is benevolent to man. most of the medicine that u consume for ur illnesses, ur cough & flu, contains alcohol.
it is when alcohol is processed to make it intoxicating in a beverage turns it haram i.e. arak.
in fact, in Islam, anything tht is intoxicating, anything consumed with the intention of being intoxicated by it, is haram. if somehow, u can make sirap bandung intoxicating - then it will be haram.
arak is haram. beer is not arak. beer that contains alcohol IS arak. just cos it is called beer doesnt make it haram. beer is a type of drink, does not necessarily contains alcohol & not necessarily intoxicating. if it doesnt intoxicates u at all, why is it haram? so is root beer haram cos it's beer ?! wht about ginger beer then ?!
the same argument applies - why are tuak & tapai acceptable to the Muslim Malays ? while tuak is downright intoxicating, & thus haram, tapai is made thru a fermentation process (as is wine) & does cos intoxication. just because u dont get intoxicated by it doesnt mean it is not intoxicating i.e. haram ! a 100kg, 6.5inch tall guy wont be intoxicated by a bottle or two beers, but it is still an intoxicating substance, as is tapai !!
the malays seems to live with tradition without the rationality of things.. "if my parents had tapai & my parents' parents had tapai.. then it should be ok for me to have tapai too..."
let me put to u one classic example - bersanding.. what is bersanding? effectively it is showing off of the newly weds. bersanding in Malay culture serves no other purpose other than to show off to ppl that this is the groom & this is the bride. on a dais.. with all the clothes that u will never ever wear again but spent a fortune on, with a make up an inch thick plastered on ur bride's face (that also cost a fortune !)
u r effectively MEMPERAGAKAN ISTERI UNTUK TATAPAN UMUM !!!
now, why is that not haram ?! why is that not frowned upon ?! why is it still practiced today ?!
because to the malays - "my parents did it... my parents' parents did it so why not i do it... it's tradition !!"
also the practice of bersanding is a total waste of money - membazir.. the dais wont be turned into a bed where the newly weds will spend their first nite together (the malays nowadays spend their first nite together waaaay before their nikah anyway!!). the flowers used for decorating wont be turned into sayur masak lemak to be eaten later.. all the rest of the decoration wont be used later either, but to be thrown away..= pembaziran !! isnt it haram to membazir !?
where did bersanding come from? no, not from ur grandma.. not from ur grandma's grandma or even her grandma.. bersanding came from the Hindus. not from the Indians - from the Hindus! there is a difference - Indians are ppl, a race that originated from the Indian sub-continent. Hindu on the other hand is a RELIGION !! wht the Muslims will refer to as KAFIR !! INFIDELS !!
& bersanding is part of the Hindu's wedding religious ritual. Yes my friend - RELIGIOUS RITUAL !!!
so in other words, not only the Malays are membazir (haram) when they bersanding, they are also memperagakan isteri (haram) & megikut upacara agama orang KAFIR !! (obviously haram !)
& here we are arguin if beer tanpa alkohol is haram when ur very existence - the union from where u Muslim Malays were conceived from is HARAM !!
i agree with malaysian muslim... and to make it simple and in an easier way to understand ...beer sebenarnya dibuat dari barli, hop, dan malt... yang membuatkan beer beralkohol adalah apabila di campurkan dengan yis.. yis tersebut akan mencerna gula dalam beer dan menghasilkan alkohol dan karbon dioksida...
resepi beer halal mengenepikan penggunaan yis... bagi mengelakkan penghasilan alkohol yang akan menyebabkan beer tersebut memabukkan... jika difikir secara logik jika minuman tersebut tidak memabukkan dan tidak memudharatkan maka ianya tidak haram... yang mengharamkan beer tanpa alkohol ini sebenarnya mind set masyarakat kita... kalau begitu kenapa minuman berkarbonat seperti coke dan pepsi yang sudah terbukti boleh menyebabkan penyakit kencing manis (kandungan gula yang terlalu tinggi) dianggap halal sedangkan ianya memudharatkan? jangan jadi katak di bawah tempurung.... buka minda anda... jangan terlalu cepat melatah... lihatlah dunia dari sudut positif... renung-renungkan... selamat beramal...
alah, ini baru beer 'halal'. aku duk uk siap ada non-alcoholic wine lagi. kecoh r korang ni.
kalau dah tak memabukkan, n xde bahan2 dari binatang, then boleh je minum.
pasal letak nama beer n wine ke apa ke, yg tu barulah aku kurang setuju. sbb nabi pun kte tak elok tiru orang kapir.spe tiru termasuk golongan tu.
diorang maybe guna nama beer n wine tu utk tujuan komersil, tapi sebenarnya rasa minuman tu langsung x sme dengan rasa wine n beer yang sebenar sbb diorang x taruk alkohol. so spe2 yang nak rasa beer n wine yang sbnar tapi xleh n nak try beer n wine yang halal, aku recommendkan x perlulah. korang akan nyesal nnti sbb rasa dia langsung x sme.
Catat Ulasan