14 Mei 2009

Takziah

Takziah kepada DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah dan seluruh kaum kerabatnya di atas kembalinya kekanda Tuanku YM Raja Baharom jam 10.45 pagi. Semuga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt. YAB Dato' Seri Hj Nizar akan menziarahi jenazahnya dan akan turut mengerjakan solat jenazah sebentar lagi.



15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takziah kepada Tuanku. Dan Takziah kepada rakyat Malaysia atas matinya demokrasi.

tok moh berkata...

Takziah kepada Tunku. Ingat la masa tuanku akan tiba taklama lagi.. Malaikat Maut sedang menunggu arahan.. Bartaubat la sebelum di talkin kan..

Tanpa Nama berkata...

Takziah juga kepada Tuanku Sultan dan kaum kerabat yang lain. Zambry tak datang ke, sibuk kot. Kalau datang mintalah Zambry imamkan solat jenazah. Barulah pemimpin yang serba boleh. PRU13 nanti bolehlah jadi imam untuk baca talkin BN.

Tanpa Nama berkata...

bila sultan perak udah balik ke negerinya utk upacara pengkebumian kekandanya nanti, maka boleh ler diusulkan bubar dun... kena cepat bertindak sebelum sultan ke luar negara lagi...

Tanpa Nama berkata...

ha masa la nak tunjuk kebaikan dan kalau boleh imankan dan baca talkin sekali biar rakyat tengok siapa yang benar jadi khalifah...

Tanpa Nama berkata...

AL FATIHAH BUAT ROH BAGINDA DAN SELURUH ORANG MUKMIN.

TpK berkata...

Al-Fatihah dan Takziah kepada keluarga Tuanku. YB, adakah ini juga bermakna Tuanku akan berangkat pulang segera ke Perak?

Tanpa Nama berkata...

Takziah kepada Tuanku.
Takziah juga kepada seluruh rakyat perak khususnya dan rakyat malaysia umumnya kerana umno bn telah merogol perlembagaan,polis,peguam negara,suk dan badan2 berkanun kerajaan yg lain.

ayie berkata...

assalamualaikum teman2 semua...
YA ALLAH ENGKAU BUKAKKN LH HATI TUANKU UNTUK MEMBUBARKAN DUN DN MENYELESAIKAN KRISIS DIPERAK NIE...AMIN

DonZaini berkata...

Dapat harta itu cubaan dari Allah. Hilang hartapun cubaan dari Allah. Sihat, sakit,kaya dan miskin juga cubaan dari Allah. Tambah2lagi menang dan kalah. Semua ini cubaan dari Allah. Masa menang, tanya hati kita, samada hati kita terkesan atau tidak. Masa kalah, kita juga tanya hati kita samada kita terkesan atau tidak. Apa yang kita tanya dalam kedua2 situasi tadi? Kita tanya hati kita samada hati kita masih yakin yang menang atau kalah tadi itu datangnya dari Allah. Kalau hati kita masih yakin semua itu datang dari Allah, kita ucap Alhamdulillah. Apa yang penting bukan menang atau kalah. Yang penting kita yakin semua itu dari Allah dan kita akan sentiasa diduga oleh Allah sampailah hembusan nafas terakhir kita. Semua ini adalah dugaan Allah kepada semua rakyat dan pemerintah.Yang sahih imannya adalah orang2 yang beruntung tidak kira samada mereka menang atau kalah, bn atau pr.

Unknown berkata...

alfatihah,semoga dicucuri rahmat keatas rohnya,ditempatkan bersama orang yang soleh.
Semoga Tuanku Sultan Perak mendapat pertunjuk untuk berkenan buburkan dun perak.
Amin.

Tanpa Nama berkata...

Takziah juga kepada rakyat Perak. Muga2 Tuanku perkenan bubar DUN sebagai penyelesaian. Selagi berbalah, aku sah - kau tak sah, aku gagal aku rayu - kau gagal kau rayu, kami bersidang kamu halang, kamu bersidang kami halang, kau seret aku - aku seret kau, kau jerit aku - aku jerit kau sampai kiamat tak selesai yang binasa negeri Perak. Ingatlah 100 tahu dahulu bila Perak ada dua raja. Ampun Tuanku.

ridzuan KUala Lumpur berkata...

tok moh ...ayat yang digunakan tok moh tak sesuai,jgn la babitkan raja jangan pulak sebut malaikat maut la...matilah...seolah olah nak menghina raja...raja perlu dihormati...kalau anda ahli anggota pr bawa la insaf..kalau kita sebut bergitu tak jauh bezanya nagan apa yang berlaku di terengganu satu masa dulu ...menatang kami nak????..tujuan hina raja..so jagn pula nanti anda terperangkap dgn tulisan anda sendiri.....sekadar ingatan....takziah buat seluruh keluarga diraja perak,kematian itu salah satu ujian buat kita yang hidup....

Tanpa Nama berkata...

Mr Donzaini..
Hanya kebaikan datang daripada Allah, keburukan datang daripada manusia. Sesungguhnya disisi Allah itu Maha Adil dan Maha Suci dari sifat-sifat kezaliman.

Menang atau kalah dalam konteks Perak ini amat penting berikutan telah bertemunya antara Hak dan Batil. Rasulullah saaw telah bersabda "sekiranya bertemu 2 perkara yang tidak dapat kamu selesaikan, maka kembalilah kepada al-Quran". Maka bila rujukannya adalah al-Quran, maka kita akan mengetahui dimana kita berada.

Sekiranya salahguna kuasa itu kita ANDAIKAN adalah DUGAAN.. Maka apa perlu Allah utuskan para Nabi dan Rasul untuk memerangi segala penguasa Zalim seperti Namrud, Firaun, Kisra, Kaisar kerana itu hanyalah DUGAAN Allah?? Bezakan DUGAAN dan KEZALIMAN.

Apakah yang kita lakukan pada hari ini bukan untuk Allah bagi kita terus merenung dalam diri terkesanannya? Untuk menegakkan hak kebenaran al-Quran lah maka kita perlu letakkan matlamat penghujungnya adalah kemenangan.

Kalau menang atau kalah kita tidak pentingkan maka, "kami beri telinga, mengapa kamu tidak mahu mendengar, kami beri mata, kenapa kamu tidak mahu melihat, kami beri akal mengapa kamu tidak mahu berfikir"

Alhamdulillah.. Semua kurniaan itu cukup bagi kita untuk meneruskan perjuangan bagi mencapai kemenangan yang hak.

Tanpa Nama berkata...

Takziah kepada Tuanku dan rakyat Perak..saya difahamkan DS Nizar mengimamkan solat jenazah.. sila sahkan..