YAB Dato'Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sempat duduk dimejanya yang kosong dengan dokumen sambil menulis satu memo. Inilah tempat MB halal yang kembali dirampas oleh MB haram.
Enam jam berada di Pejabat MB semalam sangat-sangat dirasai kehadiran kami oleh beberapa pegawai dan staf pejabat di bangunan SUK yang sempat ditemui, lebih-lebih lagi staf di pejabat MB. Kerinduan kepada MB, EXCO dan pegawai-pegawai MB jelas terbayang.
Pegawai-pegawai MB yang lain, Hj Anuar Hashim (Setiausaha Akhbar), Amran Harun, K.Y. Tiang, Ust. Zulkifli Ibrahim dan Nadarajan hadir sama di pejabat. Hj Wan Junaidi (Bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri) juga turut hadir. Jelas terbayang keceriaan mereka.
Setelah berada kira-kira 15 minit di pejabat MB, Dato' Seri terpaksa meninggalkan majlis untuk ke Istana Iskandariyyah bagi menghadiri Majlis Anugerah Pingat dan Bintang bersama Tuanku Raja Muda Perak.
Sepeninggalan beliau, semua EXCO dan pegawai-pegawai MB berada di pejabat MB. pejabat EXCO masih berkunci tak boleh dikunjungi. Beberapa pegawai kanan kerajaan turut berada di pejabat MB, antaranya En. Shamsuzaman Sulaiamn (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Asri Saad (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia), En. Abdullah Antong (yang digantung sebagai Setiausaha DUN oleh Speaker) juga hadir sama.
Tidak ada kerja-kerja pentadbiran yang kami buat, kami sekadar melihat-lihat dan bertanya khabar. Ramai juga yang datang mengucapkan tahniah, mereka terharu sehingga ada yang menitis air mata menyambut ketibaan kami. Mereka sangat merindui Dato' Seri untuk mengimami Solat Zohor berjamaah dan tazkirah. Saya juga diberitahu, kehadiran solat berjamaah di surau SUK sangat berkurangan berbanding dulu.
Saya juga sempat berbual dengan beberapa orang, mereka bercerita ketika berita di TV3 mengumumkan kemenangan Hj Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ramai pelanggan yang sedang makan tengahari sambil menonton berita di kantin pejabat bersorak menyambut gembira.
Saya sempat berbincang dengan beberapa pegawai dari pejabat SUK untuk melaksanakan beberapa arahan dari YAB MB. Jelas mereka tidak keberatan melaksanakannya malahan memberi kerjasama yang cukup baik.
Menjelang Zohor, kami mendapat mesej dan maklumat dari Kuala Lumpur oleh peguam Hj Nizar bahawa permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi diterima oleh Mahkamah Rayuan. Mendengar keputusan tersebut, pejabat MB menjadi sunyi dan hening buat seketika. Ketika itulah Dato' Seri tiba dari Istana.
Kami Solat Zohor berjamaah di surau dengan diimami oleh Dato' Seri Hj Nizar. Selepas solat, kami kembali ke pejabat untuk berbincang mengenai keputusan Mahkamah Rayuan tadi. Setelah berbincang, semuanya sepakat bersetuju untuk keluar pejabat sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan.
Lebih kurang jam 2.30 petang, MB, EXCO dan seluruh pegawai-pegawainya meninggalkan pejabat dengan penuh hormat dan tenang. Kami bersalam-salaman semula dengan staf dan pegawai keselamatan. Polis masih ramai di sekitar Banguanan SUK. Kami mimum petang di Kedai Kopi berhampiran pejabat SUK, MB dikerumuni oleh para wartawan dan sidang akhbar terus diadakan di pejabat DAP yang berada di atas kedai kopi tersebut.
http://misabah.blogspot.com
Enam jam berada di Pejabat MB semalam sangat-sangat dirasai kehadiran kami oleh beberapa pegawai dan staf pejabat di bangunan SUK yang sempat ditemui, lebih-lebih lagi staf di pejabat MB. Kerinduan kepada MB, EXCO dan pegawai-pegawai MB jelas terbayang.
Pegawai-pegawai MB yang lain, Hj Anuar Hashim (Setiausaha Akhbar), Amran Harun, K.Y. Tiang, Ust. Zulkifli Ibrahim dan Nadarajan hadir sama di pejabat. Hj Wan Junaidi (Bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri) juga turut hadir. Jelas terbayang keceriaan mereka.
Setelah berada kira-kira 15 minit di pejabat MB, Dato' Seri terpaksa meninggalkan majlis untuk ke Istana Iskandariyyah bagi menghadiri Majlis Anugerah Pingat dan Bintang bersama Tuanku Raja Muda Perak.
Sepeninggalan beliau, semua EXCO dan pegawai-pegawai MB berada di pejabat MB. pejabat EXCO masih berkunci tak boleh dikunjungi. Beberapa pegawai kanan kerajaan turut berada di pejabat MB, antaranya En. Shamsuzaman Sulaiamn (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Asri Saad (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia), En. Abdullah Antong (yang digantung sebagai Setiausaha DUN oleh Speaker) juga hadir sama.
Tidak ada kerja-kerja pentadbiran yang kami buat, kami sekadar melihat-lihat dan bertanya khabar. Ramai juga yang datang mengucapkan tahniah, mereka terharu sehingga ada yang menitis air mata menyambut ketibaan kami. Mereka sangat merindui Dato' Seri untuk mengimami Solat Zohor berjamaah dan tazkirah. Saya juga diberitahu, kehadiran solat berjamaah di surau SUK sangat berkurangan berbanding dulu.
Saya juga sempat berbual dengan beberapa orang, mereka bercerita ketika berita di TV3 mengumumkan kemenangan Hj Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ramai pelanggan yang sedang makan tengahari sambil menonton berita di kantin pejabat bersorak menyambut gembira.
Saya sempat berbincang dengan beberapa pegawai dari pejabat SUK untuk melaksanakan beberapa arahan dari YAB MB. Jelas mereka tidak keberatan melaksanakannya malahan memberi kerjasama yang cukup baik.
Menjelang Zohor, kami mendapat mesej dan maklumat dari Kuala Lumpur oleh peguam Hj Nizar bahawa permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi diterima oleh Mahkamah Rayuan. Mendengar keputusan tersebut, pejabat MB menjadi sunyi dan hening buat seketika. Ketika itulah Dato' Seri tiba dari Istana.
Kami Solat Zohor berjamaah di surau dengan diimami oleh Dato' Seri Hj Nizar. Selepas solat, kami kembali ke pejabat untuk berbincang mengenai keputusan Mahkamah Rayuan tadi. Setelah berbincang, semuanya sepakat bersetuju untuk keluar pejabat sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan.
Lebih kurang jam 2.30 petang, MB, EXCO dan seluruh pegawai-pegawainya meninggalkan pejabat dengan penuh hormat dan tenang. Kami bersalam-salaman semula dengan staf dan pegawai keselamatan. Polis masih ramai di sekitar Banguanan SUK. Kami mimum petang di Kedai Kopi berhampiran pejabat SUK, MB dikerumuni oleh para wartawan dan sidang akhbar terus diadakan di pejabat DAP yang berada di atas kedai kopi tersebut.
http://misabah.blogspot.com
29 ulasan:
rakyat dipermain-mainkan sewenang-wenangnya, semua gaji dan segala kemudahan yang diperolehi adalah dari hasil sumbangan rakyat jelata...tanpa rakyat Pemimpin @ raja tak akan ada...kenapa rakyat DIPERMAINKAN SEDEMIKIAN RUPAAAAA...apakah pemimpin @ raja di MALAYSIA ini mahu makan KASUTKAH?...
SESUNGGUHNYA ORANG YANG BENAR SERING DIUJI OLEH ALLAH.....
PERCAYALAH BAHAWA SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA....
KEBENARAN PASTI DATANG.....
sayunya.. sesungguhnya Allah bersama2 orang yang benar. teruskan perjuangan!
Sabar dan teruskan perjuangan YB Nizar.Kami sentiasa menyokong anda!Takbir!
ya allah... berilah kemenangan dan kejayaan kpd datuk sri muhammad nizar dlm perjuangannye untuk menegakkan keadilan dan keamanan di negeri perak..
Apalah malangnya nasib demokrasi dan keluhuran perlembagaan di Malaysia ni? Sedih sungguh mengenangkan bagaimana undang-undang dan orang yang sepatutnya memepertahankannya (Sultan, Hakim, YB) diperkotak-katikkan oleh nafsu serakah manusia yang teralu rakus pada kuasa dan takut untuk kehilangannya. Seolah-olah mereka semua nanti tidak akan mati untuk menemui Penciptannya.
Sabarlah dengan ujian Allah ini. Kebenaran pasti mengalahkan Kebatilan.
AllahuAkbar!
AnakMaharani
wahai BN..
inikah dikatakan RAKYAT DIDAHULUKAN?????
baik tukar PEROMPAK DIDAHULUKAN!!!!!!
Sedih, pilu dan geram pun ada bila membaca artikel ini.
Siapa tahu apa lagi yang akan UMNO rogol, Negeri Perak telah dirogol, DUN Perak telah dirogol dan terkini penghakiman Mahkamah Rayuan juga dirogol, baca kehairanan YB Zulkifli Nordin
Saya merasa dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Datuk Zambry Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman YA Hakim Datuk Abdul Aziz semalam yang mengisytiharan Dato Seri Mohamad Nizar sebagai MB negeri Perak yang sah.
Saya tidak nafikan mana-mana pihak yang terkilan dengan mana-mana keputusan seseorang Hakim berhak untuk membuat rayuan.
Namun undang-undang memperuntukkan dibawah Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa “sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman”.
Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).
Didalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi sekadar mengesahkan kedudukan YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar, dan itulah kedudukan beliau sebelum daripada ini.
Jadi tidak timbul keadaan istimewa. Ianya akan jadi keadaan istimewa sekiranya keputusan itu menyebabkan negeri Perak tidak ada MB sehingga rayuan itu didengar dan diputuskan.
Keputusan itu sekadar menyatakan Zambry Kadir bukan Menteri Besar. Menguatkuasakan penghakiman tersebut bermakna beliau perlu mengosongkan pejabat dan rumah Menteri Besar.
Sekiranya rayuan beliau dibenarkan pun ianya tidak membawa apa-apa kerugian kepada beliau. Pejabat dan rumah Menteri Besar tetap ada disitu. Jawatan Menteri Besar tetap ujud dalam negeri Pera. Gajinya pun boleh dibayar semula menggantikan bulan-bulan yang beliau tidak mendapat gaji beliau sebagai MB.
Apa yang saya nampak keadaan istimewa itu hanyalah bagi BN kerana mereka kehilangan kerusi MB. Dan kehilangan kerusi MB bagi BN bukanlah keadaan istimewa saperti yang disyaratkan oleh undang-undang untuk memberikan perintah penggantungan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.
Apatah lagi Hakim Datuk Ramly dalam perintahnya menyatakan bahawa Zambry Kadir masih lagi MB. Ini adalah merit kes itu sendiri yang mana telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai sebaliknya.
Bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly yang tidak membicarakan kes tersebut dan tidak mendengar saksi dan keterangan boleh menyatakan Zambry Kadir sebagai MB sedangkan Hakim yang membicarakan kes itu iaitu YA Dato Aziz telah memutuskan sebaliknya.
Selanjutnya saya hairan bagaimana Hakim Datuk Ramly boleh membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sedangkan undang-undang menyatakan dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa “melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya HENDAKLAH dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu” (sila rujuk juga buku Civil Procedure tulisan Jefrey Pinsler m/s 860).
Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu YA Dato Aziz. Malahan YA Dato Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.
Dan inilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Dato Seri Anwar Ibrahim apabila membincangkan isu permohonan penggantungan hukuman penjara terhadap DSAI dahulu sementara menanti rayuan.
Jadi bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly sebagai Hakim Mahkamah Rayuan boleh mendengar dan membicarakan permohonan penggantungan penghakiman oleh Zambry sebelum YA Dato Aziz mendengar dan membicarakannya!
Saya khuatir keputusan Haim Datuk Ramly akan mengujudkan satu “precedent” baru yang bercanggah dengan semua prinsip dan keputusan Mahkamah-mahkamah sebelum daripada ini.
UMNO teruskanlah merogol, nanti PRU rakyat akan menyula.
sewaktu dalam perjalanan pulang dari menghantar anak di kolej metrikulasi perlis, saya sempat singgah digerai tepi jalan yang menjual buah pauh harum manis. Tuan punya gerai tersebut dengan membahasakan dirinya pak tam, beliau mengalirkan air mata kerana bersyukur tak terhingga apabila menerima sms akan kemenangan berpihak kepada ds nizar. Allahuakbar!!!
Salam...
Kemelut politik di Perak ini nampaknya akan berpanjangan( Dr Zamry sendiri mengakui hakikat ini).Apa yang kita ingin lihat sekarang ini adalah kematangan mengatasi kejantanan.Maknanya..Tidak ada gunanya bersifat jantan yang sanggup bermatian tanpa mermperdulikan isu-isu dan semangat rakyat padahal dengan sedikit kematangan berpolitik sahaja kesemua kemelut ini akan selesai..saya mohon kepada YB Nizar dan YB Dr Zamry supaya bermusyawarah lah dan ajukan pandangan dan jalan penyelesaian kepada Tuanku Sultan agar dikembalikan semangat itu kepada rakyat..ini maknanya kematangan. Dr Zamry lupakah akan slogan mahagurunya Najib yang mana satu ideanya adalah RAKYAT DIUTAMAKAN..ini tidak.. Beliau sanggup meminta rakyat Perak paham apa yang berlaku sekarang..PELIK..nak rakyat tengok sandiwara mereka..dengan sombong dan bongkah menyatakan mereka yang berhak..tengok muka depan cermin dan berdoa(doa menghadap cermin).ini tidak.. tengok cermin..segak juga aku ni..bukan senang nak jadi MB lepas ni( ya kot).Jadi kita berdoa agar kemelut ini dapat diselesaikan sekadar segera dan kita raikan mereka yang pergi dan kita raikan mereka yang datang dengan berlapang dada dan merendah diri..insyaallah.
salam perantau dr sarawak,
teruskan perjuangan yab dato seri hj nizar, saat kemenangan sudah pasti tiba... takbir....
DULU,PEROSAK TULISAN JAWI KINI,BAKAL MEROSAK BAHASA MELAYU SEKARANG,BERUSAHA KERAS MEROSAKKAN DEMOKERASI
BERSABAR LAH SESUNGGUHNYA ALLAH MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERSABAR..
SABAR ADALAH SEPARUH DARI IMAN
WALAUPUN KITA BERJUANG
TETAPI KITA SECARA X LANGSUNG DAPAT PAHALA
DENGAN NIAT KERANA ALLAH
ALLAH UJI KITA KERNA DIA SUUKA PADA KITA
AMIN
MAHA SUCI ALLAH.......
Matlamat Nizar membuktikan yg dia adalah Menteri Besar Perak Yang SAH...telah pun dibuktikan diseluruh pelusuk dunia...la ni apahalm pulak ngan si Zambry Kutty tu?Udoh ke mike buang najis2 mike kat SUK tu?
...saya ank selangor yg tidak putus mendoa'kn PR memerintah semula d bumi PERAK...sayu dan pilu bila mengenangkan apa yg berlaku..geram...marah..kpd mereka2 yg sial...durjana...cilaka!!!!!!...semoga kemenangan akan menanti kita insy'ALLAH..BERSABARLH yb.ir nizar dan exco yg lain semoga keadaan ini menjadi kekuatan bt kita di masa hadapan...TAKBIR!!!!!!!!
Allah itu Maha melihat,Allah itu Maha mendengar,Allah itu Maha Rahim.Yakinlah kita semua ,sebagai pejuang agama pasti kemenangan akan tiba.bersangkabaiklah kita kepada Maha Pencipta yang tahu segala-galanya.
SESUNGGUHNYA UJIAN ALLAH ITU AMAT BERAT KECUALI BAGI ORANG YANG BENAR BENAR BERIMAN DAN BERTAKWA.PEMIMPIN YANG BAIK IALAH YANG PALING TINGGI KETAKWAANYA.TERUSKAN BERJUANG Y.A.B NIZAR.
YA ALLAH,KASIHANILAH HAMBAMU YG JUJUR DAN AMANAH INI(DRS NIZAR)..TEGUHKANLAH IMAN DAN SEMANGAT KAMI..KAMI YAKIN AKAN TIBA SAATNYA PEMIMPIN YG ZALIM HANCUR-SEHANCURNYA(UMNO DAN BN)..
DRS NIZAR,SAYA AKAN SENTIASA DOAKAN DATO'..
ISMAIL,BATU PAHAT
cume nk ingatkan...
lepas pengumuman Nizar disahkan sebagai MB yg sah siape yg tidak buat sujud syukur?
Sy tidak buat sebab terlalai.
Dan sy rase rentetan itu adalah tanda Allah murka dgn hamba-Nya yg tidak bersyukur.
By yg lakukan sujud syukur, syabas! Anda berjaya dgn ujian Allah.
Di dalam hati ini masih ade rasa kesal yg sungguh sangat.
Ya Allah ampunkan kami....
umno-BN pengecut. takut nak bubar Dun. insyaAllah akan kalah teruk. katak2 3org tu pun mesti susah hati klu bubar dun. entah2 BN pun letak calon jadi 3 penjuru. apa2 pun kebenaran pasti akan terserlah jua nanti. PRU13 masih kekal menanti dihadapan. rakyat makin jelek dgn umno-BN
hei mahatma zamri kononnya...adeeepiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiirah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hehehe pemimpin dunia baru mahatma zamry mendela
Apalah susah sangat nak selesai isu Perak nie. Kalau pemimpin tak dapat selesaikan, bagi je kat rakyat selesaikan. Tahulah nanti langit tinggi atau rendah.
salam
saya tidak berpihak kepada BN mahupun PR
disini saya ingin mengatakan sesuatu.saya mahukan rakyat tidak kira di Perak mahupun di mana-mana. saya minta anda berfikir.yang penting, pabila anda baca komen saya ini, saya mahu anda berfikir bahawa saya bukan orang BN.
saya ialah orang yang menyokong ke arah kebenaran.
kita jangan terlampau taksub terhadap apa yang berlaku.Rasulullah kita dulu pun tidak terlampau taksub dengan kemenangan ke atas Islam.cukup sekadar rasa penuh syukur kepada Allah.
lihat sahaja contoh peperangan Uhud.tentera Islam terlampau taksub di atas kemenangan yang diperolehi sehingga kan tentera kafir berjaya mengalahkan mereka semula.ini semua disebabkan kelalaian tentera Islam itu sendiri.
melihat kepada isu di perak, saya bersyukur di atas keputusan mahkamah tinggi yang memutuskan YB Nizar sebagai MB Perak.
kemudian keluarlah kenyataan dari pemimpin PR yang memuji badan kehakiman itu dan ini.tetapi apabila sahaja mahkamah rayuan membenarkan permohonan YB Zambry itu, pihak dari PR terus menuduh mahkamah rayuan telah dirasuah oleh BN dan sebagainya.
ini adalah sifat orang munafik.apabila keputusan berpihak kepada PR, semuanya bagus sdangkn keputusan yang berpihak kepada BN, semuanya rasuah.tolonglah berfikir secara waras.jangan bertindak melulu.BN tidak pun menuduh PR merasuah mahkamah tinggi pun.malu PR kalau sikap pemimpin mereka begini.
pemimpin begini kah yang kita nak sebagai kerajaan malaysia satu hari nanti?
wahai rakyat malaysia, tolonglah berfikir dari sudut kiri, kanan, atas, bawah, depan dan belakang terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan.jangan bila kene batang hidung sendiri, baru nak menjerit.tetapi bila kene batang hidung lawan, bersorak bagaikan menang 1 juta
pikir2kan lah..........
ya saya setuju pada pandangan tanpa nama 7.18 pm,nanti dulu mukaddimah baru...sya nak tanya pada anda secara jujur anda tidak menyebelahi mana2 kan?Hakim Abdul Aziz pada 07 mei 2009 tetapkan isnin 11 Mei 2009 tarikh keputusan siapa MB Perak sah,fakta ni betul tak?cuma yang saya jadi heran tahap gaban tu bukan apa semasa sambutan ulang tahun UMNO,PM sebut beliau akan secepat mungkin akan membuat rayuan kerana terdapat hujah kes yang kukuh,sedangkan MB Kudeta Zamri menerima dengan fikiran yang terbuka.dan tak sampai 24 jam mahkamah rayuan membenarkan rayuan penagguhan keputusan yg membawa zamry kekal MB,point nya kat sini ibarat saya dan anda berebut rumah yg kita masing2 dakwa milik kita,dan mahkamah sahkan awak tuan rumah yg sah,kemudian esok saya failkan rayuan dan dibenarkan awak keluar saya masuk balik.saya rasa yang terbaik selepas rayuan saya dibenarkan sementara menunggu keputusan muktamat saya mahupun awak tidak dibenarkan masuk setuju atau tidak atas tafsiran ini...yg pastinya ia dibuat terlaLu pantas xsampai 24 jam adalah sesuatu yang teristimewa,maybe perlu buat begitu sebab jika nizar dibenarkan mengadap pada ketika beliau dalam kemenangan pengistiharan bermakna Tuanku Saya mestilah mengambil berat apa yg disarankan menteri besar dan ia sudah tentu lah mengudang bencana pada pihak BN sebab usia Zamry jadi Mb lebih pendek dari Nizar.apa rakyat yg duk kampung fikir...dan pengambilalihan pemerintah jadi telah memberi moral psikologi pada jentera pilihanraya PR yang sudah tentu mengguna modal ini untuk memberi smash maut pada jentera BN...kalo mahkamah itu tidak ditekan confirm hakim mahkamah rayuan akan memberi ruang masa yang lebih untuk beliau membuat pertimbangan wajar seterusnya memakan masa paling cepat 3 hari baru dapat result ini tak smapi 24 jam,hebat mahkamah rayuan malaysia diatas penyelesaian yang cepat dalam memastikan zamry terus dapat menjalankan tugas demi membantu rkyat yang tiada harga bila berurusan dengan pejabat tanah bila tanahnya nak dibuat pembangunan,diherdik,dimaki staf..zaman nizar staf ni patah kuku dan taring,mere xberani maki org kalo kita pertikai mereka semua senyapsunyi...masalah orang kat tempat saya jer,awk jgn amik paluli,naik jer zamri jd mb, depa tengok kita,dia punya air muka yang sangat angkut haramjadah babi butuh puki duk bagi kat kita.fail siap hempas lagi atas meja..selamba jer cakap tak faham bahasa melayu ker ni tanah kerajaan malaysia punya bila2 dia ndak kena bagi jgn duk lawan,kalo dia nak amik takbayar pun encik tak boleh kata apa...org kg apa la yang depa ada tanah waris org tua tak banyak tuk2 tau2 kerajaan nak bangunkan ingat kut nak dapat ganti tanah luas tu gak kat tempat lain ni dia bagi 2/3 ribu sebab nilai tanah masih murah biasa kampung.setakat ni dulu saya dah tah tahan,ini pun ade rase macam nak terkucil kutahan jebat.k nak break dulu nanti sambung
semuanyer same jerrrrrrrrrrr.islam hanya d mulut
Zambry dan Hakim Ramly dua-dua manusia ni kena virus selesma babi dan penyakit gila babi. Perangai dah tak senonoh hidup hentam keromoh. Dua manusia ni kena ingat hidup sesaat buat kezaliman, kejahatan dan penganiayaan tunggu balasannya dalam neraka nanti.
Kat dunia ni nanti kamu berdua tunggu balasan kontan dari Allah melalui rakyat Perak yang bijaksana dan berdaulat.
Ingat, doa orang dizalimi tidak ada hijab di sisi Allah. Ertinya akan langsung sampai ke hadrat Allah dan langsung dimakbul oleh Allah
Rakyat Perak, khususnya umat Islam berdoalah banyak-banyak, solat hajat, mintalah kepada Allah moga Perak selamat, aman dan damai. Pemimpinnya yang ikhlas berjuang untuk rakyat akan selamat dan menang dalam perjuangan ini.
Manakala pemimpin perampas dan perasuah alias lanun akan dihukum dan dijatuhkan satu demi satu oleh rakyat Perak.
Teruskan perjuangan, jangan jemu dan bosan dengan mihnah dan ujian ini. Ingatlah, inilah ujian yang akan menentukan siapa di antara hamba-Nya dan rakyat Perak khususnya.
Takbir, jangan takbur....
ALLAHU AKBAR!
Salam...
5/13/2009 9:53 PM
Tanpa Nama berkata...
semuanyer same jerrrrrrrrrrr.islam hanya d mulut
MAK BAPAK HANG LAH...
lain kali letak nama...hang tu dah sempurna ke?
DIAM lebih baik dari bersuara sumbang!
Catat Ulasan