22 Disember 2009

"Saya tak akan bagi anak kedua saya pula dibunuh."Bapa Mangsa..

5 Muharram 1431

KAMPAR, 20 Dis.:-Ceramah Tragedi Jambatan Runtuh One Malaysia yang diadakan di sebuah dewan Cina di Mambang Diawan malam tadi cukup teruja dan menyanyat hati apabila salah seorang bapa kepada mangsa Jambatan runtuh One Malaysia BN, menggamatkan suasana dengan menyatakan "Saya tidak mahu anak kedua saya dibunuh..!! "katanya dengan lantang,sambil menunjukkan surat panggilan PLKN yang memerlukan anaknya menyertai program tersebut.


Ceramah Isu Kuala Dipang itu dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Perak dengan Kerjasama Pakatan Rakyat Parlimen Tapah dan Parlimen itu menampilkan 4 orang penceramah utama iaitu MB pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammas Nizar jamaluddin,Speaker Perak , YB.Sivakumar,ADUN Teja, YB. Chang Lih Kang dan Setiausaha PAS Perak, Ust.Misbahul Munir Masduki.

Kehadiran dari masyarakat setempat amat menggalakkan sehingga melimpah keluar dewan dengan dianggarkan sekitar 1000 orang.

"Selesaikan kes anak kami dahulu..selagi kes ini belum selesai anak kami tidak akan menyertai apa-apa program yang dijalankan oleh pihak sekolah atau kementerian Pendidikan,dan kami sanggup di bawa ke mahkamah."kata bapa salah seorang mangsa itu lagi.

Keberanian beliau mendapat tepukan gemuruh para hadirin yang datang dari pelbagai kaum memenuhi setiap ruang di Dalam Dewan ini.



Dalam ucapan MB Pakatan Rakyat Perak, DS. Nizar meminta bapa kepada mangsa bersabar dan pimpinan Pakatan Rakyat akan memastikan keadilan ditegakkan dalam kes ini. "Malang bagi kita,apabila hanya kontraktor yang membina jambatan ini di senarai hitamkan,sedangkan ramai lagi individu-individu yang selayaknya disabitkan dengan amalan rasuah dalam tragedi ini terlepas begitu sahaja" . Katanya.

Beliau juga menyeru agar semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum bersama-sama Pakatan Rakyat untuk melawan dan menentang segala penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pemimpin-pemimpin BN yang menyusahkan kehidupan rakyat.

Beliau juga memberi penjelasan berkaitan kehilangan Enjin Jet Pesawat F-E5 yang berharga 50 juta,merisaukan setiap rakyat akan keselamatan negara kita yang dengan mudah boleh ditembusi oleh anasir jahat,kerana amalan rasuah yang telah menjadi budaya pimpinan Umno kini diikuti oleh pegawai-pegawai dari perkhidmatan Awam. Gejala inilah yang mengakibatkan wang negara mengalami kekontangan dan rakyat kembali menjadi magsanya.

DS.Nizar menyampaikan sumbangan RM1000 kepada bapa mangsa tragedi Jambatan runtuh.(mereka memakai topi "Pas For All")

Unit Amal Tapah juga mendapat penghargaan,kerana bersama-sama dalam misi menyelamatkan mangsa tragedi Jambatan Runtuh Kuala Dipang.

Keluarga Mangsa yang turut hadir dalam ceramah tersebut,kehadiran para hadirin dari pelbagai bangsa sehingga memenuhi dewan menggambarkan kepada kita bahawa masyarakat kini mahu kepada kebenaran dan sanggup menentang segala penyelewengan pimpinan BN tanpa rasa gentar.

Runtuh lagi .....

5 Muharram 1431

Keadaan penghadang cahaya (awning) sebuah stesen bas yang dalam pembinaan yang runtuh di Hulu Terengganu, hari ini. Dalam kejadian pada kira-kira 3 petang itu panel penyambung penghadang cahaya tersebut dipercayai tercabut menyebabkan empat pekerja termasuk tiga warga Bangladesh cedera. Kejadian ini menjadikannya ianya yang ke empat seumpamanya di Terengganu selepas sekolah, stadium dan juga masjid runtuh sebelum ini.--fotoBERNAMA

AJK MASJID: UMNO TIDAK LAYAK JAGA MASJID

4 Muharram 1431H
Kenyataan Media (21 Disember 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah pendedahan yang telah dilakukan oleh Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkaitan isu perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang ditimbulkan olehnya baru-baru ini.

Dengan pendedahan Dato’ Khusairi tersebut jelas bahawa UMNO telah menyusun perlantikan AJK Masjid yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIMPk) awal bulan Ogos tahun ini.

UMNO jelas telah menjadikan Masjid sebagai medan politik dengan meletakkan proksi-proksinya sebagai AJK tanpa melihat kelayakan sebagai AJK Masjid dan telah menderhakai titah Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak supaya Masjid yang sepatutnya menjadi alat penyatuan dan bukannya perpecahan.

Usaha UMNO ini jelas untuk menganjurkan perpecahan di dalam Masjid kerana isu perlantikan AJK Masjid jelas mencampuri bidang kuasa Agama Islam yang Seri Paduka Sultan Perak dan Raja Muda Perak sebagai ketuanya.

DPPN Pk dengan ini membantah perlantikan AJK Masjid yang bersifat kepartian dan mendesak supaya perlantikan ini dikaji semula. DPPN Pk meminta supaya sistem perlantikan AJK Masjid ini diserahkan kepada kariah atau jamaah yang menentukan siapakah yang layak mentadbirnya.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Solat Tahajud (Pengenalan)

4 Muharram 1431H
Email : M Fadzil B Harun Al-Rashid

Solat 5 waktu adalah solat bagi orang-orang mukmin dan solat Tahajud pula adalah solat untuk orang-orang soleh. menurut satu hadith;

Rasulullah SAW bersabda;

“Jika tidak kerana memberatkan umatKu, nescaya aku wajibkan Tahajud ke atas mereka”"

Kelebihan Tahajud;

Jika dilakukan solat Tahajud ini dengan cara istiqamaha maka Allah s.w.t akan memberi 3 ganjaran;

1. 1. Dapat lidah yang hikmah
2. 2. Diangkat kedarjat wali
3. 3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut

Selain itu juga;

1. * Doa-doa akan diperkenankan
2. * 2 rakaat tahajud lebih baik dari dunia dan seisinya
3. * Allah akan menunjukkan mahligai disyurga semasa sakaratul maut mendapat lampu atau cahaya dalam kubur
4. * Dapat naik kuda emas bagi suami isteri yang saling membangunkan antara satu sama lain untuk tahajud
5. * Jika kita selalu panggil orang ke masjid maka diwaktu malam Allah akan panggil kita untuk tahajud
6. * Mendekatkan kita dengan Allah dan menjauhkan kita daripada membuat dosa

Solat Tahajud (Sejarah)

Dari segi sejarahnya, sembahyang tahajud mula disyariatkan tidak lama selepas Nabi s.a.w mendapat wahyu pertama di gua Hira’. Ia dinyatakan Allah dalam surah ai-Muzammil (yang berselimut), yang diturunkan ketika Nabi s.a.w menggeletar di dalam selimut selepas baginda s.a.w mendapat wahyu pertama itu.

Menurut Penolong Pengarah Kajian Fatwa Jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Abdul Aziz Che Kob, “Pada awalnya, sembahyang sunat tahajud hukumnya fardhu kepada Nabi. Bagaimanapun, apabila turun ayat ke-20 surah yang sama (kira-kira setahun selepas turunnya ayat pertama) Allah menjelaskan bahawa sembahyang Tahajud adalah sunat dan afdalnya ditunaikan pada sepertiga malam”. Walaupun hukumnya adalah sunat , namun bagi Nabi, bersembahyang tahajud tetap dianggap sebagai suatu kewajipan. “Ia menjadi rutin kepada hidup Nabi”, ujar beliau.

Mengenai rakaat, Abdul Aziz memberitahu, Nabi akan bersembahyang malam, termasuk tahajud, sekurang-kurangnya sebelas rakaat. Namun demikian tidak ada surah-surah tertentu yang ditetapkan supaya dibaca selepas al-Fatihah. “Selain membaca surah-surah panjang dalam al-Quran, hingga dihabiskan satu juzuk dalam satu rakaat, Nabi juga membaca surah lazim yang pendek.. Jadi para ulama sependapat lagi bahawa bagi memudahkan masyarakat menunaikan tahajud, kita boleh membaca surah-surah lazim”.

Dari segi sejarah juga diceritakan bahawa Nabi kerap bersembahyang malam hingga kakinya menggigil dan bengkak akibat terlalu lama berdiri. Bagi menjelaskan lagi keberkesanan sembahyang tahajud, Abdul Aziz membawa dua kejadian sebagai iktibar. Ia dengan jelas menunjukkan betapa pentingnya sembahyang tahajud dalam mendekatkan diri dengan Allah, membina kekuatan rohani dan keyakinan diri umat islam.

“Dalam satu peperangan, Kahalifah Umar r.a diselubungi tanda tanya kerana selepas seminggu bertempur dengan kaum musyrikin, tentera islm masih belum mendapat kemenangan. Perkara itu membinggungkannya kerana pada kebiasaannya tentera islam tidak perlu menunggu masa sebegitu lama untuk mengalahkan musuh. Malam itu, Kahalifah Umar melawat ke khemah-khemah tenteranya sedang kyusuk sembahyang tahajud, kecuali sebuah yang mana penghuninya sedang nyenyak tidur. pada keesokkan harinya kahlifah membuat keputusan yang amat mengejutkan. Beliau menyingkir semua penghuni khemah terbabit (yang tidak bersembahyang tahajud) daripada menyertai perang kerana katanya “mereka tidk mempuyai rohani yang kuat”. Akhirnya walaupun jumlah semakin berkurangan, tentera islam telah berjaya menumpaskan musuh”, kata Abdul Aziz.

Beliau juga memberitahu, salah satu faktor panglima islam terkenal, Sallehuddin al-ayubi berjaya menawan kembali Istanbul adalah kerana cuma mengambil panglima-panglima yang bersembahyang tahajud sahaja untuk mengemudi perang.”

Sembahyang Tahajud Membawa Kepada Limpahan Rezeki

Sembahyang tahajud iaitu sembahyang sunat dua rakaat, merupakan di antara pelbagai shalat sunat yang disyariatkan oleh Allah. Ia ditunaikan apabila seseorang itu terjaga daripada tidur sementara waktu yang paling sesuai melakukannya adalah di antara sepertiga malam iaitu kira-kira dari pukul 2:30 pagi hingga menjelang subuh. “Kalau nak sembahyang sebelum tidur, iaitu selepas sembahyang isyak pun boleh, tapi lebih eloklah pada sepertiga malam kerana waktu itulah yang paling sesuai untuk seseorang itu membersihkan jiwa serta mendekatkan diri dengan Allah” kata Ustaz Muhd Shafie, setiausaha penasihat syariah sebuah syarikat makanan antarabangsa.

Sebagai seorang yang banyak membuat kajian berhubung shalat tahajud, Mohamad memberi penjelasan lanjut mengenai sembahyang itu ringkas tetapi padat. Beliau memberitahu, walaupun sembahyang tahajud dua rakaat sahaja, ia boleh ditunaikan lebih daripada itu mengikut kemampuan masing-masing. Bagaimanapun sebelum sembahyang tahajud, adalah lebih elok jika ia didahului dengan sembahyang sunat mutlak dua rakaat dan di akhiri dengan sembahyang sunat witir (jika tidak sempat menunaikannya sebelum tidur). Mengenai surah yang sepatutnya dibaca selepas al-fatihah, Mohamad memberitahu, tidak ada surah tertentu yang ditetapkan. “tapi biasannya kita baca surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah al-ikhlas pada rakaat kedua. Surah al-Kafirun itu menurut Nabi fadilatnya mewakili 2/3 daripada al-Quran. Surah al-Ikhlas pula mewakili 1/2 al-Quran”.

Selain untuk meningkatkan keimanan, shalat tahajud disyariatkan Allah kerana ia mempuyai banyak hikmah dan keberkatannya. Allah menetapkan waktunya pada sepertiga malam kerana suasana ketika itu amat hening, paling sesuai untuk beribadah, bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Perkaa itu kata Mohamad, ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Muzammil ayat 6 yang bermaksud; Sebenarnya sembahyang dan ibadah malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

“Selepas shalat tahajud, mohonlah ampun kepada Allah”. kata Ustaz Mohamad sambil merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “Allah turun (kuasa/perintah) pada tiap-tiap malam langit dunia. wahai malaikat, kamu periksa semua makhluk-makhluk di muka bumi. Sesiapa yang bermohon kepadaKu (di sepertiga malam), maka makbulkan doanya. Sesiapa yang meminta kepada Aku, beri. Sesiapa yang meminta ampun kepada Aku, maka ampunkanlah ia”.

Kesempatan itulah ujarnya, yang perlu di raih oleh setiap muslim. “Jadi gunakan waktu itu untuk bertaubat, hampirkan diri dengan Allah supaya menjadi orang beriman. Orang yang selalu sembahyang malam, hatinya bersih, suci, hubungan dengan Allah cukup kuat, patuh perintah Allah dan dikasihi Allah.

Shalat tahajud mempunyai pelbagai hikmah dan fadilatnya. Fadilat itu, ujar Mohamad, antara lain djelaskan Allah dalam surah al-Israa’ ayat 79 bahawa orang yang bersembahyang tahajud akan dibangkitkanNya (di akhirat) di tempat yang terpuji. Ini dijelaskan lagi dalam hadis Rasullulah s.a.w yang bermaksud;

“Wahai manusia, bayakkanlah memberi salam, beri makan kepada orang susah, sembahyang di tengah malam di waktu orang lain sedang tidur, maka kamu masuk syurga. ”
Janji Allah itu cukup jelas kerana orang yang gemar menunaikan tahajud adalah orang yang cintakan Allah, bersih hatinya dan sentiasa memohon ampun kepada Allah untuk menyucikan dirinya daripada dosa. Mereka akan kembali kepada Allah dalam keadaan mulia dan dimasukkan ke syurga”, tegasnya.

Dengan tingkat keimanan yang tinggi, tambah Mohamad, orang-orang yang gemar bershalat tahajud akan mendapat satu lagi keistimewaan yang diingini oleh semua muslim iaitu diambil nyawanya dalam husnul khotimah (mati beriman). Kerana mereka orang-orang yang mulia, malaikat akan mengambil nyawa mereka dengan memberi salam dahulu. Kemudian barulah di ambil nyawanya di dalam keadaan dia tidak berasa sakit”, ujarnya. Demikian untungnya mereka yang gemar bersembahyang tahajud.

Selain dijanjikan syurga, kata Mohamad, orang yang gemar bersembahyang tahajud juga akan dianugerahi Allah dengan pelbagai rezeki seperti hati yang tenang, ilmu yang banyak, murah rezeki, harta terpelihara, kesihatan yang baik, anak-anak berjaya dalam kerjaya dan dihormati masyarakat. Tegas beliau, kerana besarnya fadilat sembahyang tahajud itulah Nabi s.a.w mengajak umatnya menunaikan ibadah tersebut pada setiap malam, tetapi jika tidak mampu, sekali seminggu, sekali sebulan, sekali setahun atau sekali seumur hidup.

Memandangkan besarnya fadilat sembahyang tahajud, tetapi sukarnya untuk menunaikan sembahyang tersebut, Mohamad memberikan ‘petua’ bagi membolehkan kita melakukannya iaitu;
* Tingkatkan keimanan. Ingatlah, sembahyang ini menjadi sesuatu yang berat melainkan bagi hati yang kyusuk. Untuk dapatkan hati yang kyusuk, perlulah dibina dahulu iman di dalam jiwa. Dan seperti satu rantai, orang yang beriman akan bertambah kuat iman serta keyakinan diri mereka apabila kerap bersembahyang tahajud
* Sebelum tidur, sematkan ke dalam fikiran kita untuk bangun pada sepertiga malam, pukul tiga pagi misalnya untuk sembahyang tahajud. Insyallah pada waktu yang dikehendaki itu kita akan terjaga
* Jadikannya ia suatu kebiasaan. Walau kita tidur lewat macam mana pun, buatlah amalan bangun pada waktu yang dikehendaki untuk sembahyang tahajud.


Ziarah-Bantuan

4 Muharram 1431H
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: PAS Kawasan Lenggong meneruskan program Ziarah-Bantuan tanpa mengira musim, sama ada menjelang pilihan raya, perayaan atau tidak kerana program itu betujuan menziarah sambil membantu pesakit-pesakit yang terlantar di rumah.

Program Ziarah-Bantuan yang dilaksanakan juga tidak memilih kaum apabila daripada 18 pesakit yang diziarahi dan diberi bantuan ala kadar kali ini terdiri daripada Melayu, Cina dan India.

Istimewa program sepetang itu baru-baru ini bersempena dengan kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah ke Lenggong kerana memenuhi undangan berceramah di Kampung Gua Badak dekat sini.

Khalil Idham Lim diberi penghormatan menyampaikan bantuan kepada penerima-penerima dengan diiringi Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria dan beberapa pimpinan PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP.

Program Ziarah-Bantuan bermula jam 3.00 petang membabitkan penerima di Kampung Batu Dinding dan Kampung Sira dan berakhir menjelang waktu Asar.

Khalil Idham Lim, Razman dan rombongan kemudiannya bergegas ke Masjid Jamek Lenggong untuk menunaikan solat Asar dan seterusnya bersama pimpinan dan ahli PAS serta pnduduk bersolat jenazah.

Solat jenazah ke atas mayat seorang ahli PAS Lenggong yang meninggal pada sebelah pagi hari yang sama tlah diimamkan Khalil Idham Lim sendiri dengan dimakmumkan oleh lebih 100 yang lain.

Seterusnya Khalil Idham Lim, Razman dan pimpinan lain bersama muslimat PAS Lenggong dalam sesi taklimat pilihan raya di Surau Kampung Gua Badak yang menjadi tapak program ceramah pada sebelah malamnya.

Pada sebelah malamnya ADUN Titi Serong itu telah berceramah bersama Razman dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar di hadapan lebih 1000 pendengar.







Air Mata Umar

4 Muharram 1431H
By: agussyafii

Cerita favorit anak-anak Amalia adalah air mata Umar Bin Khattab. Air mata Umar Bin Khattab mengisahkan tentang kebiasaan Umar Bin Khattab, sang khalifah yang pada malam hari suka berkeliling di kota Madinah untuk memantau keadaan rakyatnya. Sampailah pada suatu malam, tiba-tiba mendengar suara tangisan anak-anak disebuah gubuk., karena penasaran Umar mendekati gubuk itu,

'Assalamu'alaikum, ' salam Umar Bin Khattab. Dari dalam rumah terdengar menjawab salam, Wa'alaikum salam,' jawab seorang perempuan tua dengan lembutnya sambil mempersilahkan masuk. Alangkah kagetnya Umar menyaksikan tiga anak yang terus menangis sambil memegang perut diatas dipan yang sudah reot. Melihat keadaan seperti itu air mata Umar Bin Khattab mengalir begitu saja tanpa terasa. Kemudian dia bertanya kepada perempuan tua itu. 'Mengapa mereka menangis?'

Mereka kelaparan, kedua orang tuanya sudah tiada sementara saya sudah tidak sanggup lagi untuk membeli makanan untuk mereka. Sejak kedua orang tua mereka meninggal sudah tidak ada lagi yang menjenguknya, ' ucap perempuan tua dengan wajah bersedih. 'Bukankah ibu sedang menanak makanan?' tanya Umar terheran. Lalu perempuan itu menjawab, 'Saya telah membohongi mereka, bukan gandum yang saya tanak melainkan batu agar mereka berhenti menangis.' Umar nampak terkaget-kaget.

'Batu?' kata Umar tak lagi mampu menahan perih didadanya, hatinya terluka bagai disayat menyaksikan penderitaan yang dialami anak-anak yatim paitu dan seorang nenek tua itu. Air mata itu tak terbendung lagi, Umar Bin Khattab bergegas pamit meninggalkan mereka. Disaat di rumah Umar segera mengambil air wudhu untuk sholat dan berdoa, 'Ya Alloh, ampunilah hambaMu ini yang telah melalaikan mereka, Izinkan hamba menebus semua kesalahan.' Dengan secepatnya Umar Bin Khatttab mengambil sekarung gandum, sekantong roti dan susu segar untuk diserahkan kepada anak-anak yatim piatu dan nenek yang membutuhkannya. Tak lama kemudian ketiga anak itu disuapinya oleh neneknya. Anak-anak terlihat lahap makannya. Nenek itu bercerita, ketika kedua orang tua masih hidup cinta dan kasih sayangnya kepada mereka bertiga senantiasa disuapi. Setiap suapannya dihasi dengan senyuman yang indah dari ayah dan ibunya. Sejak peristiwa itu Umar Bin Khattab berjanji tidak akan pernah ada lagi penduduk dinegerinya yang kelaparan.

Dari kisah air mata Umar Bin Khattab ini memiliki pesan bahwa perasaan bersalah pada diri Umar karena merasa lalai karena ada penduduk negerinya yang kelaparan. Perasaan bersalah inilah yang kemudian ditebus oleh Umar dengan tekadnya untuk memperbaiki sistem yang ada. Konon di masa Umar Bin Khattab inilah Baitul Mal sebagai lembaga negara berfungsi dengan baik untuk membantu mengentaskan kemiskinan pada waktu itu. barangkali banyak hal teladan dari Umar Bin Khattab yang masih relevan untuk negeri kita yang tercinta bagaimana kita menghadapi krisis dewasa ini.

Wassalam,
agussyafii

[Fikrah Islamiah] Maskahwin atau hantaran jadi penghalang perkahwinan?

4 Muharram 1431H
Ahmad Baei Jaafar

Apabila kerajaan Selangor mengisytiharkan kenaikan nilai maskahwin daripada RM 80 kepada RM 300, ramai yang memberi komen tidak bersetuju ditetapkan kadar maskahwin. Yang peliknya, rakyat luar Selangor pun bersuara dan melahirkan rasa bimbang kadar baru itu akan menjadi penghalang baru untuk lelaki berkahwin di negeri Selangor.

Namun bagi wanita, kadar itu amat baik dan sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang. Malah mereka mahu seluruh negeri di negara ini mencontohi Selangor. Menurut mereka ada negeri yang mengekalkan maskahwin zaman sebelum merdeka, RM 20 dan RM 30, sedangkan nilainya ketika itu amat mahal pada lelaki.

Saya percaya semua ini adalah kerana salah faham umat Islam terhadap nilai maskahwin berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sebaik-baik maskahwin ialah yang mudah” (Riwayat Abu Daud)

Dalam hadis lain baginda bersabda: “Sebaik-baik wanita ialah yang memudah untuk diri maskahwin” (Riwayat at-Tabrani)
Rasulullah sebut, wanita yang paling baik ialah bila maskahwinnya paling mudah (mudah bukan murah). Ya, mudah bagi lelaki untuk memberi maskahwin kepada isterinya. Perlu dijelaskan di sini, maskahwin yang mudah itu adalah hanya sekali seumur hidup sama seperti kita menjadi ahli seumur hidup dalam sesuatu persatuan.

Maksud mudah bolehlah saya anggarkan begini, kalau gaji lelaki itu sebulan RM 3,000 tentulah hendak beri maskahwin RM300 sekali seumur hidup tidak susah, mudah sahaja. Tapi kalau gajinya RM10,000 sebulan tentu mudah baginya untuk memberi kepada isteri RM1,000 sebagai maskahwin.

Jadi, kalau seseorang lelaki bergaji besar tetapi sewaktu hendak beri maskahwin hanya RM 30 atau RM 80 tentulah tidak sepadan, dan dia boleh dikatakan lelaki kedekut. Tetapi dia tidak merasai begitu dan tidak pula malu kerana menganggap itulah kadar maskahwin yang wajib baginya.

Hal ini kerana mereka tidak faham maskud hadis di atas. Sebaliknya memahaminya sebagai maskahwin itu hendaklah murah. Lalu padanya kadar maskahwin yang paling rendah itu menggambarkan wanita yang baik.

Sebenarnya maskahwin bukan harga bagi wanita atau isteri tetapi pemberian yang selayaknya diberikan oleh suami sebagai tanda dia rela mengambil tanggungjawab menjaganya. Kalaulah wanita itu hendak dinilai dengan harga dan perlu ditawarkan dengan maskahwin, sudah tentu tidak ternilai dengan wang, mungkin satu juta pun bukan nilainya.

Hantaran vs Maskahwin

Hantaran bukan wajib dalam Islam, tetapi menjadi adat dalam masyarakat setempat. Walaupun bakal suami tidak wajib memberi tetapi kalau tidak memberinya, akan dipandang sebagai kurang adab. Walaupun masyarakat tidak menghinanya, tetapi dia sendiri akan rasa malu dengan keadaan itu. Itulah nilai adat seperti wajib juga.
Adat seperti ini dibenarkan oleh Islam tetapi sepatutnya kadar hantaran itu tidaklah membebankan lelaki, malah sebaiknya mengikut keikhlasan bakal suami berdasarkan kemampuannya. Dalam keadaan ini, ramai yang tidak menyedari bahawa adat yang dilaksanakan di kebanyakan tempat melanggar hukum dan adab Islam.

Sebenarnya hantaran mengikut adat itu ditentukan keluarga wanita. Malah sesetengah tempat bukan ibu bapa yang menentukannya tetapi ada wakil yang diberi kuasa menentukannya. Di sinilah kadang-kadang kadarnya membebankan pihak lelaki terutama yang tidak berpendapat tinggi.

Berdasarkan itu, hantaran yang membebankan seperti yang diamalkan pada hari ini, itulah antara yang menyebabkan lelaki lambat berkahwin atau wanita sukar dipinang lelaki. Jadi, bukan maskahwin yang menjadi punca segala-galanya kerana kalau kadar RM 300 itu lelaki boleh berkahwin sebulan seorang kalau dia mahu, apatah lagi kalau sekadar RM 20.

Selain itu adalah tidak benar dan tidak wajar sesuatu perkahwinan itu ditanggung kosnya oleh lelaki yang hendak berkahwin. Sebaliknya ibu bapa wanita menanggung semua kos kerana majlis itu untuk mengisytiharkan perkahwinan anaknya. Begitu juga Ibu bapa lelaki mereka juga harusa bertanggungjawab membuat kenduri di rumahnya bagi mengisytiharkan bahawa anaknya sudah berkahwin.

Jadi, ibu bapa tidak seharusnya mengambil duit anaknya untuk mengadakan majlis tersebut apatah lagi mengambil wang menantunya. Sedarlah, kalau mereka benar-benar tidak mampu untuk mengadakan majlis seperti itu kerana kos yang tinggi, tidak perlu buat besar-besaran tetapi cukuplah dengan buat kenduri doa selamat untuk sekadar 50 orang di sekitarnya.

Adat yang Baik

Seperti yang dijelaskan di atas, tujuan kenduri kahwin diadakan adalah untuk mengisytiharkan perkahwinan anak mereka bagi mengelak timbul fitnah selepas itu. Oleh sebab itu tidaklah salah jika kedua-dua pengantin itu dibawa kepada khalayak dan bermesra dengan mereka. Walau bagaimanapun bersanding dengan mendedahkan aurat pengantin perempuan dan ditambahkan pula dengan pelbagai acara seperti tepung tawar yang jelas membazir adalah dilarang dalam Islam.
Selain itu suasana kenduri perkwahinan itu juga hendaklah ceria bagi menghiburkan pengantin. Oleh sebab itu tidak salah disulami muzik yang menghiburkan dan menceriakan suasana. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Iklankan majlis perkahwinan dan adakannya di masjid dan pukulkan gendang,” (Riwayat Ahmad dan at-Tabrani).

Berdasarkan itu, tidaklah salah diadakan sedikit muzik yang bersesuaian dengan majlis tersebut bagi membezakan antara kenduri kahwin yang mengembirakan dengan kenduri arwah yang mendukacitakan. Namun janganlah dirosakkan majlis itu dengan lagu Hindustan dan pop yang melalaikan apatah lagi pada waktu azan solat.

Adat yang tidak kurang penting juga ialah adat menyambut pengantin dan tetamu yang mengiringinya. Mereka yang datang dari daerah lain tentu tidak tahu adat resam di situ, maka mereka perlu disambut dan diberi layanan sebagai tetamu. Dalam hal ini tidak salah kita bezakan jamuan untuk mereka berbanding orang tempatan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seburuk-buruk makanan (jamuan) kenduri kahwin ialah menjemput orang kaya dan meninggalkan orang miskin,” (Riwayat Darulqati’i).
Tidak menjemput orang miskin ke majlis kenduri kahwin itu kerana mengganggap kedatangan mereka tidak sesuai atau tiada pulangan hadiah adalah menyalahi sunnah. Orang kaya dan miskin harus dilayan sama sahaja. Namun perbuatan membezakan jamuan tetamu khas dengan orang tempatan tidak termasuk dalam hadis di atas.

Jadi, adat menyambut tetamu tidak bercanggah dengan Islam. Walau bagaimanapun jamuan untuk mereka tidaklah pula boleh berbeza yang melampau hingga membazir. Adat yang sedemikian itu tidak dikehendaki dalam Islam.

Mandi dengan "Dolar Amerika"

4 Muharram 1431H

Pekerja syarikat permainan Bandai Jepun kelihatan sedang melarutkan sabun mandi yang rupanya seperti dolar Amerika ke dalam air.

Sabun yang sangat nipis dan mempunyai bau bunga ros ini diperbuat menyerupai wang kertas 100 dolar Amerika. Namun, sabun ini "nilainya" 1000 dolar.

CRI/-

Qian Ju Hou Gong

4 Muharram 1431H

Mula-Mula Menghina Seseorang, Kemudiannya Melayannya Dengan Penuh Hormat

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu abad ke-5 sebelum Masihi, China terdiri daripada tujuh buah negeri, iaitu negeri Qin, Chu, Yan, Han, Zhao, Wei dan Qin. Antaranya, negeri Qin adalah yang paling kuat kerana ia telah melaksanakan pembaharuan lebih awal. Pada ketika itu, di negeri Han, ada seorang pemuda bernama Su Qin yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menceburi arena politik.

Pada suatu hari, Su Qin telah datang ke negeri Qin untuk mengesyorkan pandangan politiknya kepada raja Qin, dengan harapan untuk mendapat sesuatu jawatan di negeri tersebut. Bagaimanapun, pandangannya itu terus ditolak oleh raja Qin. Dengan perasaan penuh kecewa, Su Qin yang mengalami kesesakan wang itu, terpaksa pulang ke kampung halamannya di bandar Luoyang.

Melihat Su Qin pulang begitu saja, anggota keluarganya tidak menghormatinya lagi, dan memandang rendah padanya. Ada yang langsung tidak mahu bertegur sapa dengannya lagi, ada juga yang mempersendakannya. Dengan hati yang penuh duka, Su Qin membina azam untuk mempelajari taktik peperangan dengan tekun untuk mengubah nasibnya pada suatu hari nanti. Ketika belajar, dia akan menusuk pahanya dengan sebilah tusuk. Dengan cara itu, dia dapat belajar hingga larut malam hampir setiap hari.

Dengan ketekunannya yang berterusan, Su Qin akhirnya telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Ketika melihat situasi yang semakin bergolak di China pada ketika itu akibat keganasan negeri Qin, dia telah mengembara ke negeri Yan, Zhao, Qi, Chu dan Wei, dan berjaya memujuk negeri-negeri tersebut untuk menjalinkan hubungan sekutu dengan negeri Han untuk menentang negeri Qin. Dia pun menjadi ketua kepada tentera bersekutu tersebut.

Pada suatu hari, Su Qin yang mengetuai angkatan tenteranya, lalu di kampung halamannya di bandar Luoyang. Pada hari itu, semua anggota keluarganya bersiap-siap menunggu di luar rumah untuk menyambut kepulangan Su Qin. Kakak iparnya yang dulunya selalu mempersendakannya itu, pun melayan Su Qin dengan penuh hormat. Su Qin tersenyum, sambil berkata,

"Dulu kakak selalu menghina saya. Sekarang ini, kakak melayan saya dengan begitu baik pula. Mengapa sikap kakak berubah begitu rupa?"

Kakak ipar Su Qin menjawab,

"Kamu sudah menjadi pembesar yang kaya raya. Mana kakak berani lagi melayan kamu seperti dulu?"

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Qian Ju Hou Gong" ini membawa erti sikap yang berubah-ubah ketika melayan seseorang, iaitu mula-mulanya memandang rendah kepadanya, kemudian melayannya pula dengan penuh hormat. Ia menasihati kita supaya jangan menilai orang lain dari sudut kekayaan, pangkat dan kekuasaan semata-mata.
CRI/-

Sejarah Ekspo Dunia

4 Muharram 1431H

Ekspo Industri sejagat pada tahun 1851 menjadi ekspo dunia pertama. Ia berlangsung di Taman Hyde, London Britain dari 1 Mei hingga 11 Oktober tahun 1851. Ia melibatkan budaya, industri, sains dan teknologi di seluruh dunia.

Peduduk seluruh dunia berusaha membangun semula kampungan halaman dalam usaha memulihkan pertumbuhan ekonomi selepas Perang Dunia Kedua. Ekspo Dunia pertama telah diadakan di Brussels, Belgium pada tahun 1958, dengan tema "Sains, Tamadun dan Kemanusiaan."

Bagi merayakan ulang tahun ke 300 pembentukan bandar New York pada tahun 1964, diadakan Ekspo Dunia dengan tema " Wujudkan Kedamaian Menerusi Persefahaman". Kemudian ekspo seumpama itu diadakan di Osaka Jepun pada tahun 1970. Ekspo itu disebut sebagai ekspo sejagat dan memperlihatkan "Kemajuan dan Keharmonian Manusia". Perkembangan dan kejayaan dalam pelbagai sektor di Jepun dapat dibentangkan kepada umum selepas berlangsung Sukan Olimpik di Tokyo. Pertumbuhan Ekonomi di Jepun meningkat dengan pesat selepas 10 tahun menjayakan ekspo itu.

Bagi merayakan ulang tahun ke 200 pembentukan pusat penempatan warga Britain di Australia, Ekspo Dunia telah diadakan di Brisbane, di bahagian timur Australia pada tahun 1988. Ekspo itu dengan tema "Kehidupan yang Harmoni dan Zaman Sains dan Teknologi. "

Ekspo Bunga Antarabangsa D AI telah diadakan di Osaka Jepun pada tahun 1990 dengan tema " Umat Manusia dan Alam Sekitar". Ekspo Hortikultur ini merupakan aktiviti perayaan ulang tahun ke 100 sebagai permulaan yang baru Osaka. Sebanyak 82 buah negara, 55 buah pertubuhan antarabangsa dan syarikat yang besar dari Jepun telah menyertai ekspo tersebut.

Kerajaan Sepanyol telah mengadakan Ekspo Dunia pada tahun 1992 dengan tema " Zaman Penemuan. Ekspo Dunia Daejeon, Republik Korea telah diadakan pada tahun 1993. Ini merupakan Ekspo Dunia pertama yang dianjurkan oleh negara membangun di dunia dengan tema" Jalan Pembanguanan yang Baru". Kejayaan sains dan teknologi penerbangan, dan projek Tiga Gaung Sungai Yangtze telah dipamerkan dalam balai pameran China yang dikunjungi oleh 3.5 juta orang. Ekspo Dunia juga diadakan di Lisbon, Portugal, iaitu pada tahun 1998.

Ekspo Dunia dengan tema "Manusia, Alam, Sains dan Teknologi" telah diadakan di Hannover, Jerman pada tahun 2000 yang disertai oleh 172 buah negara dan pertubuhan antarabangsa. Ekspo Dunia Aizhi Jepun yang diadakan pada tahun 2005 dengan tema" Kecerdikan Semula Jadi " itu, balai pameran China telah dikunjungi oleh seramai 5.7 juta orang. Ekspo Dunia diadakan pula di Zaragossa Sepanyol pada tahun 2008. Balai Menara Air merupakan bangunan simbol bagi ekspo tersebut dan dianggap bangunan yang paling tinggi di bandar Zaragossa. Menara Air itu merupakan salah sebuah balai yang terbesar daripada tiga bangunan yang tinggi di Taman Ekspo Dunia itu dan disebut sebagai balai menara air.

CRI/-


Ku Li sedia beri penjelasan isu royalti

4 Muharram 1431H

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau bersedia memberi penjelasan berhubung isu tuntutan royalti minyak daripada kerajaan negeri Kelantan demi faedah rakyat Kelantan.

Beliau berkata penjelasan tersebut akan dibuat pada perhimpunan raksasa anjuran 51 NGO di Kota Bharu dalam masa terdekat bagi seluruh rakyat Kelantan untuk mendapat gambaran sebenar mengenai perkara itu.

"Buat masa ini saya tidak mahu komen lebih lanjut dan tunggulah masanya nanti kerana saya dijemput hadir pada perhimpunan berkenaan," katanya semasa berucap dalam perjumpaan dengan penduduk Kampung Mercu Jaya, dekat Gua Musang hari ini.

Tengku Razaleigh berkata, badan NGO itu sudah berbincang dengannya dan beliau telah memberi persetujuan untuk hadir pada perhimpunan terbesar rakyat Kelantan dan tarikhnya akan ditetapkan nanti.

"Mungkin banyak pihak tertunggu-tunggu perkara yang saya nyatakan nanti tetapi diharapkan mereka memahami perkara sebenar," katanya.

Sebelum ini, Kerajaan pusat mengumumkan pemberian wang ihsan menggantikan bayaran royalti minyak pada tahun depan kerana operasi carigali petroleum berada di luar tiga batu nautika daripada perairan Kelantan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri Kelantan akan mengemukakan tuntutan royalti minyak di mahkamah berjumlah RM2 bilion sejak operasi carigali petroleum bermula 2005, mengikut perjanjian Petronas-kerajaan negeri 1974, yang ketika itu Tengku Razaleigh merupakan pengerusi Petronas.

Tengku Razaleigh, yang juga ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata, beliau menerima banyak desakan untuk menjelaskan perkara sebenar royalti minyak itu berikutan kegiatan cari gali minyak membabitkan pesisiran pantai Kelantan.

Katanya, segala-galanya mengenai isu berkenaan ada dalam pengetahuannya

kerana royalti minyak itu mempunyai jumlah yang besar membabitkan berbilion ringgit dan memberi faedah kepada rakyat negeri ini.

"Jumlah itu jika dibelanjakan untuk melaksanakan projek pembangunan di negeri ini memberi perubahan yang besar bagi seluruh daerah dan kemajuan berpanjangan.

"Oleh itu, saya sedia menerangkan apa yang sebenarnya terkandung dalam perjanjian cari gali minyak dan royalti yang sepatut diterimanya," katanya.- Bernama

HarakahDaily.Net/-

Media pro-BN tutup mulut lapor Konvensyen Pakatan Rakyat ?

4 Muharram 1431

Saya menulis dalam Facebook pagi ini seperti berikut

"Assalamualaikum.... Agak lama tidak menulis disini, apapun saya mengharapkan dalam masa mendatang untuk cuba berhubung dengan rakan-rakan dalam facebook . Sebenarnya saya sangat teruja dengan kejayaan Pakatan Rakyat berjaya mengadakan Konvensyen nya yang pertama, Alhamdulillah saya salah seorang dari pesertanya, mengikuti konvensyen dari pagi sehinggalah tamat program.

Diawal program saya menitiskan airmata dalam kegembiraan dan kebanggaan yang amat sangat melihat kejayaan besar itu.

Semasa bersiap untuk meninggalkan hotel penginapan dengan keluarga, saya tunjukkan kad peserta kepada anak-anak, kata saya "ini adalah satu catatan sejarah politik Malaysia", Anak bongsu yang sering mengungkapkan "BN jahat" cuma menjawab ringkas "cheewahh...semangat...."

Rupanya hari bersejarah itu langung tidak mendapat dalam berita yang dipaparkan oleh media yang pro-BN seperti Utusan dan Berita Harian.

Saya cuba meneliti laporan edisi intrernet dan tidak menemukan laporan mereka mengenai Konvensyen Pakatan Rakyat itu.

Apapun saya pun tidak hairan dengan tindakan itu kerana saya sangat yakin bahawa kejayaan ini telah tersebar luas dalam banyak media lain, walaupun kedua media itu masih mah mengekalkan sikap yang tidak cerdik dalam memberi laporan berita kepada rakyat yang dahagakan maklumat yang sebenar.

Malah saya yakin rakyat telah punya sikap dan pandangan bahawa kalau hendakkan maklumat yang sebenar jangan cuma baca dua media "jahat" itu.

Bagi saya mungkin jika ada arahan yang dianggap ada keuntungan jika tidak menyiarkan kejayaan Pakatan Rakyat itu, namun apakah cerdik dengan berita pertelagahan semasa sendiri mengenai perebutan jawatan pengerusi BN Pulau Pinang.

Selain itu saya ucapkan tahniah kepada Sinar Harian yang memberi liputan muka hadapan mengenai Konvensyen bersejarah itu, walaupun selain itu secara lebih adil memberi ruang kepada beberapa "pecacai" yang memberi komen mengenai Konvensyen itu.

Ditambah lagi sejak lama lagi saya melihat, perkataan 'Pakatan Rakyat" tidak digunakan secara meluas dalam dua media pro-UMNO/BN itu dan mereka terus menerus menggunakan kalimat pakatan pembangkang yang sebenarnya sudah hampir terpadam dalam peta politik Malaysia.

4,000 hadiri ceramah Dr Yusuf al-Qaradhawi

4 Muharram 1431H

Kira-kira 4,000 hadirin memenuhi dewan solat Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam bagi mengikuti syarahan perdana yang disampaikan oleh ulama tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi malam tadi.

Dr Yusuf yang tiba kira-kira jam 7 petang, kemudiannya mengimamkan solat maghrib berjamaah bersama-sama makmum yang menunggu beliau sejak jam 6 petang lagi.

Bagaimanapun, tokoh pemikir Islam dari Mesir itu kelihatan tidak begitu sihat hanya mengimamkan solat dengan keadaan duduk di atas kerusi.

Sewaktu selesai solat berjamaah dan menuju ke kerusi yang disediakan berhampiran dengan mimbar masjid, hadirin yang berada di kiri dan kanan mimbar berpusu-pusu menghampiri beliau dengan lebih dekat menyebabkan pihak keselamatan dan urusetia terpaksa menenangkan keadaan.

Urusetia juga ketika itu, mengingatkan kepada hadirin agar tidak mendekati beliau dengan lebih rapat supaya dapat memberi ruang kepada Dr Yusuf untuk menyampaikan syarahan dengan lebih jelas dan selesa.

Turut hadir mendengar syarahan tersebut adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat antaranya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang; ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin dan ahli jawatankuasa PAS pusat Abdul Ghani Shamsuddin.

Dr Yusuf yang baru sahaja dianugerahkan tokoh Ma'al Hijrah pada tahun ini kelmarin, menyampaikan syarahan perdana yang menyentuh tentang pengajaran yang diperolehi oleh umat Islam dalam peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

Syarahan beliau memakan masa selama dua jam, bermula kira-kira 7.35 malam termasuk terjemahan syarahannya yang dipimpin oleh Abdul Ghani.

'Hijrah satu kemenangan'

Dalam syarahan beliau itu, Dr Yusuf menegaskan hijrah Rasullullah SAW adalah satu pertolongan daripada Allah SWT yang benar-benar berlaku dan bukannya satu khayalan.

"Dalam al-Quran jelas Allah menurunkan tentera (malaikat) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar . Allah tampilkan mereka tidak lain adalah untuk membantu baginda. Ini jelas di dalam Al-Quran.

"Hijrah adalah satu kemenangan kerana mereka (umat Islam di Mekah) percaya (kepada Allah), mempertahankan prinsip akidah, walaupun dianiaya, diseksa dan pelbagai bentuk penyeksaan," katanya sambil membaca sepotong ayat Al-Quran untuk menguatkan hujahnya.

Dalam kesempatan itu, beliau juga mengemukakan contoh bagaimana sahabat baginda, Sumayyah dan Ammar ibn Yasir diseksa oleh kaum kafir Quraisy kerana menerima ajaran Nabi Muhammad SAW sebelum baginda berhijrah ke Madinah.

Mereka adalah antara sahabat baginda yang terawal mati syahid dalam sejarah Islam, tambah ilmuan Islam itu.

Menurut Dr Yusuf, selain faktor penyeksaan yang diterima oleh para sahabat baginda, ahli keluarga dan kaum kerabat turut baginda dikenakan tekanan sosial dan diboikot dalam bidang ekonomi, menyebabkan Allah memerintahkan baginda berhijrah ke sana.

Dr Yusuf berkata antara pengajaran lain yang perlu dicontohi oleh umat Islam daripada peristiwa agung itu adalah "bagaimana Rasullullah SAW mengatur, merencanakan dan merancang strategi untuk berhijrah".

Katanya baginda mengatur strategi antaranya, memilih Abu Bakar Al-Siddiq menemani beliau sewaktu berhijrah, memilih Ali Abi Talib bagi menggantikan beliau ditempat tidur baginda, dan melantik Asma Abu Bakar menjadi sumber berita kepada Rasullah SAW sewaktu berhijrah.

'Harus atur strategi'

Sebahagian strategi Rasulullah SAW juga ialah memilih penunjuk jalan yang benar-benar arif ke Madinah supaya terhindar daripada kaum kafir Quraisy, tambah ilmuan Islam itu.

"Oleh itu setiap orang Islam harus mengatur strategi dan operasi supaya perjalanan hidup dapat bergerak dengan cara yang betul dan kemudiannya kita berserah kepada Allah. Allah akan membantu kita selepas itu," kata Dr Yusuf sambil membaca sepotong ayat yang dibaca oleh baginda Rasulullah SAW kepada Abu Bakar meminta beliau tidak bersedih dan gusar dengan kaum kafir Quraisy.

Dalam peristiwa hijrah juga, Dr Yusuf berkata bahawa Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW bukan agama yang bersifat individualistik.

Sebaliknya katanya, Islam itu menganjurkan manusia agar hidup berjamaah atau berkumpulan dengan baginda mengasaskan masyarakat Islam dengan mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj, yang dinamakan sebagai kaum Ansar.

"(Ia adalah) permulaan kepada sesebuah masyarakat itu berasaskan kepada Islam... tidak mungkin penyebaran Islam akan berlaku tanpa ada orang yang mempertahankan Islam.

"Berjamaah (atau berkumpulan) adalah sesuatu yang disuarakan oleh Allah dalam al-Quran," katanya sambil membaca ayat keempat dan kelima dari surah al Fatihah, yang menggalakkan manusia hidup berkumpulan bukan bersikap individualistik.

Menurut Dr Yusuf lagi, pengajaran dari peristiwa hijrah tidak terhenti di situ sahaja, apabila baginda membina masyarakat yang berteraskan kepada iman dan Islam.

Menurutnya, baginda mempersaudarakan kaum Ansar dan kaum Muhajirin (umat Islam yang berhijrah ke Madinah), sebagai asas membina masyarakat Islam 'Rabbani Insani' di situ.

Bina masjid

Ini kerana, wahyu yang turun di Madinah, secara umumnya mengisahkan tentang akhlak termasuk pensyariatan solat, puasa, urusan bermuamalat dan sosial di kalangan mereka termasuk perlaksanaan hukum qisas dan pengurusan hutang piutang berlaku selepas peristiwa hijrah.

Dr Yusuf berkata, bagi tujuan tersebut, Rasulullah SAW membina sebuah masjid sebagai pusat sosial dan pertemuan dengan cara menunaikan solat berjamaah serta tempat bermesyuarat.

Baginda juga menubuhkan sebuah pasar bagi meningkatkan kegiatan ekonomi umat Islam, yang menjadi tempat singgahan para pedagang dari luar, tambahnya.

"Pasar itu mempunyai pelbagai seksyen seperti buah-buahan, sayur-sayuran, lembu, unta dan baginda menjadi pemantau terhadap sikap peniaga dan pedagang (yang berniaga)," katanya sambil menceritakan kisah seorang peniaga yang menipu dengan menjual tamar yang tidak elok.

Maka Dr Yusuf membaca sepotong hadis sahih yang menceritakan teguran Rasulullah SAW terhadap perbuatan peniaga tersebut, yang cuba menipu pelanggan.

Sebelum beliau mengakhiri syarahan beliau, ilmuan Islam itu, mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan "orang munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam".

'Pendustaan kaum munafik'

Katanya, mereka ini mengaku beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka benci kepada Islam. Menurutnya, terdapat ayat-ayat dalam surah Al-Taubah yang menjelaskan sikap, sifat dan ciri-ciri orang munafik.

Katanya, pendustaan kaum munafik di zaman ini "lebih dahsyat daripada zaman silam".

Beliau memberi contoh bagaimana isteri baginda Rasullah SAW, Aisyah Abu Bakar difitnah mempunyai hubungan dengan seorang sahabat, yang terkenal dalam sirah baginda sebagai kisah 'Hadith Al-Ifki'.

Dalam peristiwa ini, orang munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay menyebarkan fitnah berhubung perkara tersebut dalam masyarakat Islam di Madinah, menyebabkan ada di kalangan sahabat terpedaya dan termakan dengan fitnah tersebut.

"Ayat-ayat di dalam surah ini, Allah mendedahkan tipu daya mereka kerana mereka begitu mudah menjatuhkan martabat orang lain.

"Mereka menuduh (Aisyah) tanpa menampilkan saksi bagi tuduhan tersebut. Ia perlu ditampilkan empat orang saksi. Tidak menampilkan empat orang saksi, maka mereka adalah sesat dan dusta," katanya.

Selepas menyampaikan ceramah, Dr Yusuf diminta membaca doa untuk kesejateraan umat Islam dan hadirin baramai-ramai mengaminkannya, sebelum diiringi dengan laungan takbir.

HarakahDaily.Net/-



Umno-Gerakan berebut jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang?

4 Muharram 1431H
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 20 Dis: BN PULAU PINANG semalam dilaporkan bergolak apabila Umno negeri menuntut jawatan Pengerusi BN yang disandang Gerakan sejak 35 tahun dahulu.

Menurut Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tuntutan itu sesuatu yang wajar memandangkan Umno mempunyai Adun terbanyak di peringkat BN negeri, iaitu 11 orang dan tiada wakil dari kompenen BN yang lain.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan menegaskan bahawa Umno layak mempengerusikan BN kerana hanya Adun Umno sahaja memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.

Ekoran itu, Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mempersoal permintaan Zahid yang didakwanya sudah jelas dipersetujui bersama.

"Mengapa kita perlu membangkitkannya semula apabila amat jelas bahawa apa jua perubahan tidak akan dipersetujui oleh Gerakan," soal Koh sebelum merasmikan Kem Kepimpinan Remaja di Pulau Pinang.

Jelas Koh lagi, aturan mempengerusikan BN bukan sahaja kehendak Gerakan, malah diakui sendiri oleh Majlis Tertinggi BN pada pertengahan tahun ini.

Koh turut menasihatkan Ahad supaya tidak membangkitkan soal perjawatan itu lagi.

Mendengar nasihat Koh, Ahmad kemudiannya turut menasihatkan para pemimpin Umno semua peringkat supaya tidak membangkitkan isu tuntutan Umno mempengerusikan BN Pulau Pinang menggantikan Gerakan lagi.

Menurut Ahmad, pergelokan dalaman itu bukan sahaja merugikan parti-parti komponen dalam BN, malah mampu merosakkan imej BN di mata masyarakat Pulau Pinang sendiri.

Dalam perkembangan berkaitan, dipercayai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ahmad dan Koh tidak membangkitkan isu tersebut dalam media massa.

Najib yang juga Pengerusi BN Nasional dikhabarkan akan membincangkan konflik Ahmad-Koh dalam suatu mesyuarat bersama dalam masa terdekat.

Pun begitu, sumber tersebut menafikan bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengatakan 'orang Cina sebagai Pendatang' sebelum ini, sebagai punca desakan dalaman dalam Umno sendiri.

Pergolakan tersebut dijangkakan turut mencetuskan 'konflik kepentingan' di peringkat nasional kelak.

HarakahDaily.Net/-

Mohd Sayuti Omar: Pakatan Rakyat buktikan kesepakatan

4 Muharram 1431H
Mohd Sayuti Omar

Agak terkilan dan malang sedikit kerana saya tidak dapat menyaksikan konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam semalam. Tarikh untuk cuti dan berehat telah dibuat awal sebelum itu. Konvensyen itu bolehlah dianggap peristiwa penting dan bersejarah bagi PR dalam merintis dan membina lebuh raya mega maufakat antara tiga parti; PKR, DAP dan PAS.

Sebelum ini saya ada mencatatkan harapan kepada konvensyen berkenaan di akhbar Siasah. Apa yang diharapkan konvenysen itu akan menatijahkan sesuatu yang lebih bererti dan bukan sekadar satu gimik bagi menenggelamkan isu-isu lain yang menghambat PR!

Dan daripada pembacaan dan laporan mengenai konvensyen berkenaan, tergambar satu lagi kejayaan sosial dan politik untuk PR. Konvensyen itu telah memberi satu suntikan semangat kepada PR untuk lebih kuat, jitu dan bersemangat dalam menempah kejayaan bersama.

Konvensyen itu telah menjadi satu waham paling berguna kepada dan satu forum rasmi seumpamanya sejak ia terwujud lebih lima atau lapan tahun lalu.

Apabila konvensyen itu "ditejel" oleh pihak Barisan Nasional (menerusi media masa) sebagai sandiwara atau retorik pembangkang maka ia secara automatik menjelaskan konvensyen itu berjaya. Kejayaan itu tentulah digeruni oleh BN kerana ia boleh menjejaskan kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Paling bererti lagi apabila BN kini sedang menghadapi krisis ketanggunjawaban di kalangan ahli Parlimen mereka.

Kalau konvensyen itu "biasa-biasa" saja ia tentu tidak akan menjadi perhatian media massa kroni dan cakap-cakap merendahkan usaha itu. Tetapi kerana ia memberi impak besar maka hendak tidak hendak dakyah untuk meremehkannya mesti dilakukan.

Empat dasar yang akan menjadi landasan kepada kerajaan PR telah dibincang dan dicapai pada konvensyen berkenaan. Dasar inilah juga merupakan tawaran untuk direnung, difikir dan dikaji oleh rakyat negara ini. Menerusi dasar-dasar ini rakyat akan membuat perbadingan antara pembaharuan dan perubahan yang akan dilakukan oleh PR.

Empat dasar itu ialah;

1. Demokrasi telus dan tulen.

2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi mampan dan adil.

3. Keadilan sosial dan pembangunan insan, dan

4. Hubungan persekutuan dan dasar luar negara.

Nampaknya tidak ada pertentangan dalam menerima dasar berkenaan. Ketiga-tiga parti sedia mengenepikan soal prinsip dan dasar peribadi dengan memfokuskan kepada mencari ikhtiar ke arah kejayaan bersama.

Persetujuan dan persepakatan ini menjelaskan parti-parti PR mempunyai iltizam tinggi untuk berpadu demi mencapai kekuasaan bagi membentuk semangat Malaysia Baru.

Kehadiran kesemua pemimpin-pemimpin tertinggi parti berkenaan, menunjukkan hubungan baik mereka. Ini ditambah lagi dengan kehadiran para peserta seramai 1,500 yang tentunya terhad itu.

Ada beberapa foto kandid yang menyeronokkan untuk dilihat apabila pemimpin yang berlaga angin sebelum ini dapat duduk semeja, berbincang dan gelak bersama seperti pengerusi DAP, Karpal Singh dengan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Walaupun foto-foto kandid pada konvensyen itu diterjemahkan oleh pihak BN sebagai sebuah sandiwara PR, namun itu adalah hakikat yang terjolor di depan mata. Mungkin banyak orang di luar sana mengharapkan peristiwa yang bermula dengan sandiwara dan retorik itu akan berakhir dengan kejayaan PR mengejutkan umum.

Apakah konvensyen semalam akan memulakan persepakatan lebih erat dan bererti lagi membawa kepada PR akan bertanding atas satu lambang pada pilihan raya umum akan datang?

Itulah tampaknya yang sangat diharapkan dan masih belum ada kata putus. Mungkin juga kata putus ini belum ada kerana kedudukan PR didaftarkan sebagai parti masih belum mendapat kelulusan?

Memahami keseluruhan konflik antara satu sama lain melibatkan ketiga-tiga parti berkenaan yang tidak ditimbulkan ini bermakna mereka bersetuju melupai hal samping dan mengutamakan soal dasar. Apa yang perlu digapai ialah kemenangan dan masalah yang timbul akan diselesaikan kemudian, selepas berkuasa.

Dalam konteks hari ini Pakatan Rakyat memerlukan mandat penuh dari rakyat untuk menyelesaikan masalah-masalah berbangkit.

Pun begitu dalam hal ini timbul sedikit persoalan apakah kekecauan tidak akan berlaku selepas tercapai kemenangan kelak? Jika diperhatikan kepada beberapa masalah dan pertikaian timbul antara parti berkenaan di beberapa buah kerajaan negeri kini, ia berlaku selepas PR berjaya membentuk kerajaan di negeri berkenaan.

Hendaknya rakyat meletakkan kepercayaan atas persepakatan yang telah termeterai semalam. Selepas ini barang kali perlu diadakan satu lagi konvenyen yang akan merancang dan membincangkan segala isu dengan komprehensif dan mendalam lagi agar ia tidak menjadi masalah selepas kemenangan diraih kelak.

Satu perkara perlu diingat hakikat meraih kemenangan itu lebih mudah daripada mempertahankannya. Dan perkara paling pokok apa juga persefahaman, persepakatan dan konsensus biarlah diputuskan oleh rakyat (ahli) dan bukan daripada kalangan pemimpin saja. - msomelayu.blogspot.com

HarakahDaily.Net/-

Kejayaan 22 tahun perjuangan Hamas

4 Muharram 1431H

Gerakan Islam Hamas kini mencecah usia 22 tahun berjuang membebaskan Palestin daripada penjajahan Yahudi Zionis, dan bertekad untuk meneruskan lagi perjuangan getir ini tanpa kompromi.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyah, menyatakan janji ini di depan puluhan ribu warga Palestin yang hadir di Semenanjung Gaza untuk menyambut ulangtahun penubuhan kumpulan ini.

Ismail menegaskan, Hamas tidak akan mengiktiraf Israel dan akan terus berjuang, ketika ujian getir menimpa kumpulan ini yang terbukti menerima sokongan rakyat apabila menang besar dalam pilihan raya pada awal 2006.

Hamas melepasi ujian sejurus menang pilihan raya itu, yang menyaksikan tekanan-tekanan diberikan kepada kerajaan baharu dikuasai Hamas.

Sebelum itu, jutaan dolar dihulurkan oleh Amerika Syarikat kepada Pihak Berkuasa Palestin dikuasai Fatah sebagai dana pilihan raya. Barat tidak mahu melihat kumpulan Hamas menang dalam pilihan raya itu, menewaskan agennya, Fatah.

Mahmoud Abbas daripada Fatah kini masih memegang jawatan presiden Palestin, tetapi bukan sebuah negara seperti yang difahami ramai, cuma autoriti yang diiktiraf Barat sebagai mewakili Palestin.

Bukan itu sahaja, pengundi-pengundi di kawasan Baitulmaqdis Timur dihalang mengundi kecuali beberapa kerat, dan yang lain menghadapi cabaran merentasi kawalan Israel untuk mengundi.

Selepas Hamas menang, penyokong kuat Israel, pentadbiran George W Bush tetap enggan menghormati kejayaan besar Hamas mengaut 76 kerusi parlimen, apabila mengugut untuk membatalkan bantuan sebanyak AS$400 juta setahun kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Manakala Kesatuan Eropah walaupun meneruskan bantuan tahunan sebanyak AS$606 juta, terus mendesak Hamas menghentikan perjuangan bersenjata dan mengiktiraf Israel.

Hanya Hamas dan Palestin didesak menerima syarat-syarat tidak masuk akal itu, sedangkan Zionis yang datang menjajah, membina penempatan haram yang mempunyai kemudahan (tidak seperti penempatan rakyat Palestin), membunuh rakyat Palestin dan membina tembok penghalang diberi bantuan berterusan oleh Barat.

Hal ini memberi pengajaran kepada gerakan-gerakan Islam seluruh dunia tentang sikap Barat terhadap mereka. Gerakan Islam sebenar tidak akan mendapat restu dan penghormatan daripada pihak Barat.

Kumpulan-kumpulan (atau tokoh-tokoh) yang diberi penghormatan Barat perlu diragui oleh ahli-ahli gerakan Islam, dan tidak melihatnya sebagai Barat akhirnya mengiktiraf kita.

Hamas secara konsisten menolak perjanjian-perjanjian damai tajaan AS seperti Perjanjian Oslo yang sangat berat sebelah dan tidak diwakili kumpulan yang paling dizalimi.

Istilah-istilah seperti "penyelesaian dua negara" yang digambarkan sebagai mengiktiraf wilayah Palestin hanya cara lain untuk memecahkan wilayah asal Palestin dan memberikan bahagian yang terbaik kepada pihak Yahudi.

Tidak seperti pemimpin kumpulan Fatah, pemimpin-pemimpin Hamas tidak diiktiraf malah diburu dan dibunuh.

Pada tahun 2004, dua orang pemimpin besar Hamas dibunuh Zionis. Syeikh Ahmad Yassin dibunuh pada 22 Mac 2004, dan kemudian Abdul Aziz al-Rantissi pada 17 April melalui serangan daripada helikopter bersenjata.

Syeikh Ahmad berjasa besar dalam menubuhkan Hamas, yang seperti juga PAS di Malaysia, mendapat pengaruh daripada Ikhwan al-Muslimin di Mesir. Walaupun secara rasmi tertubuh pada 1987, gerakan ini telah wujud lama sebelum Intifadah pertama itu.

Dari sudut susur galurnya, Hamas boleh disifatkan sebagai sayap Ikhwan di Palestin.

Gerakan Islam perlu sentiasa ingat bahawa musuh tidak sekali-kali akan reda dengan perjuangan Islam, kecuali apabila perjuangan itu terpesong atau terpengaruh dengan agenda-agenda yang berlandaskan kepentingan lain yang tidak kena dengan perjuangan Islam.

Apa yang berlaku kepada Hamas sejak penubuhannya, sehingga akhirnya menang pilihan raya dan berdepan serangan di Gaza menunjukkan istiqamah gerakan ini, yang tidak seperti Fatah, menerima pengiktirafan Barat dan pelbagai bantuan.

Kini, dunia melihat selepas hampir setahun konflik Gaza yang menunjukkan Hamas dan penduduk kawasan sempit itu hampir tidak berupaya melawan serangan Zionis, sokongan kepada Hamas tidak luntur, seperti juga prinsip perjuangan yang dipegang Hamas.

Ismail dalam ucapannya itu menegaskan, "Kami tidak akan berundur memperjuangkan wilayah Palestin dari sungai hingga ke laut," merujuk kepada sempadan sebelum Inggeris menyerahkan tanah Palestin kepada Yahudi yang membolehkan Israel diwujudkan secara haram pada 1948.

Dalam tindakan-tindakan masyarakat antarabangsa yang dikuasai Barat, pernah disebut sempadan tahun 1967, kemudian sempadan 1973 sedangkan sempadan Palestin tahun 1948 perlu ditangani terlebih dahulu.

Hamas sendiri, melalui seorang pemimpinnya Khalid Mashaal, menegaskan sejurus menang pilihan raya pada 2006, rundingan dengan Israel perlu terlebih dahulu menangani isu perdamaian dan bukan isu sempadan, yang kini telah jauh daripada sempadan 1967 yang pernah ditegaskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai had Israel perlu berundur.

Menurut Hamas, sempadan 1967 itu juga sudah merupakan sesuatu yang sangat tidak adil kepada rakyat Palestin. Kekejaman yang berlaku pada 1948 masih segar dalam ingatan ramai mangsanya yang masih hidup, dan masih jelas dalam rakaman sejarah.

Sikap istiqamah Hamas dan kejelasan prinsip perjuangan dan pemimpin-pemimpinnya membolehkan Hamas mendapat sokongan dan meraikan sambutan ulangtahun ke-22 dengan gemilang.

"Sepanjang 22 tahun penubuhannya, Hamas berjaya mencapai satu bahagian besar matlamatnya dan mengatasi setiap cabaran dihadapi, termasuk penjara, pembuangan, pembunuhan dan pilihan raya," kata seorang lagi pemimpinnya, Mahmoud Zahar.

Hamas kini terus membuktikan apa yang diucapkannya, mempertahankan prinsip perjuangan dalam menghadapi cabaran kalah dan menang, menjadi salah satu contoh utama kepada gerakan-gerakan Islam seluruh dunia.

HarakahDaily.Net/-

Blog tidak akan mati-Abu Hassan

4 Muharram 1431H
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Pengaruh blog terhadap masyarakat di dunia ini tidak akan mati namun mungkin mengalami sedikit penurunan pada masa akan datang.

Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, penurunan tersebut berlaku kerana masyarakat mula minat terhadap penggunaan video klip secara online yang bakal mendapat tempat sedikit masa lagi.

Namun tegasnya blog tetap menjadi instrumen terpenting bukan sahaja sebagai penyebar maklumat biasa malah mampu membentuk kepercayaan politik kepada masyarakat untuk memelilih kerajaan yang dikehendaki.

Berucap sewaktu membentangkan kertas kerja di Konvensyen Blogger PAS hari ini, Abu Hassan memberitahu antara faktor besar kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalau adalah disebabkan kesan maklumat yang disebar melalui media baru di internet khususnya blog.

Abu Hassan yang juga Pengasas Zentrum Future Study Malaysia memberitahu, kajian yang dibuat mendapati blog menjadi pilihan dan rujukan paling utama generasi muda dalam lingkungan usia 21 hingga 41 tahun berbanding media konvensional yang lain.

Dalam kajian dari Februari hingga Mac 2008 itu mendapati blog berada ditangga teratas dengan 39.2 peratus berbanding akhbar 14.8 peratus, televisyen 23.5 peratus dan media baru lain 26.2 peratus.

Lebih menarik lagi, diantara kesemua parti politik yang ada ditanah air, PAS adalah antara parti politik yang paling banyak dibicarakan melaui blog.

Malaysia menggunakan kemudahan internet hampir 92 peratus dalam pelbagai aspek kehidupan berbanding United Kingdom 66 peratus dan Amerika Syarikat 60 peratus.

Ketika ditanya kenapa berlaku perbezaan ketara penggunaan internet Malaysia dengan UK dan USA, Abu Hassan memberitahu ianya bergantung kepada amalan demokrasi negara masing-masing.

Jika sesebuah negara itu mendokong kebebasan bersuara, maka penggunaan internet mungkin tidak begitu tinggi berbanding negara yang mengokong kebebasan bersuara.

Ini kerana, rakyat yang terkongkong akan mencari dan menggunakan alternatif lain untuk menyalur dan mendapat maklumat khususnya saluran internet.

"Kerana lebuh raya yang ada di Malaysia ini satu arah sahaja, dan banyak tol, maka orang akan mencari jalan yang lain, yang ada ini primitif, konservetif dan kuno," kiasnya ketika menjawab soalan mengapa penggunaan internet di Malaysia tinggi.

Tegasnya lagi, mereka yang pandai memanfaatkan media baru ini akan pasti dapat membina pengaruh besar dan PAS katanya harus bijak memanfaatkan kemudahan ini untuk survival parti itu.

"Di dalam zaman internet ini, krisis adalah perniagaan," katanya.

(Gambar: Antara peserta muslimat yang turut meyertai konvensyen blogger)

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'.

Lebih 300 peserta menyertai konvensyen blogger anjuran Lajnah Penerangan PAS di dewan Datuk Fadhil Nor, Taman Melewar hari ini.

HarakahDaily.Net/-

Kita sedang membangun satu Malaysia baru

TANGGAL 19hb. Disember, 2009 merupakan merupakan satu peristiwa bersejarah. Detik permula masa depan demokrasi Malaysia. Tidak ayal lagi betapa pentingnya gerakan rakyat jelata Malaysia mengampu penyempuraan demokrasi Malaysia melalui pilihanraya ke-12 Mac, 2008. Ia telah melahirkan kekuatan imbang terhadap kekuasaan. Ini bererti rakyat telah memperolehi pengukuhan ke atas hak-hak mereka.

Suatu yang menarik adalah peranan PAS mahu pun DAP dalam hal menjayakan suatu komponen tandingan kepada BN dengan merealisasikan PR. Ia benar-benar menepati pepatah politik, “tiada yang mustahil dalam politik.” Tanpa komimen tinggi kedua-dua parti politik ini, Konvensyen Pakatan Rakyat yang jaya itu, akan menjadi mustahil.

Kita tahu DAP adalah sebuah parti sekular yang memperjuangkan satu bangsa Malaysia. Seperti mana-mana parti politik, politik DAP sebenarnya tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Idealisme DAP adalah mencapai negara bangsa yang sempurna dalam kemajmukan rakyat Malaysia.

Dari segi idealisme politik , PAS tidak ada berkonflik apa-apa dengan idealisme DAP, kecuali ia sebuah parti politik yang berlandaskan agama – Islam. PAS bagi saya bukan sebuah parti berteraskan ideologi, tetapi berteraskan dogma suci Islam – Wahyu/Alquran.

Untuk mendakwa PAS sebagai parti ideologi, ia keliru. Ini kerana Islam bukan ciptaan manusia, tetapi wayhu Allah. PAS dari masa ke semasa, bebas dalam ruang fikrahnya berdasarkan syura dan pengesahan para ulamanya mentafsir dan menggubalkan fikrah berdasarkan wahyu untuk menjana kekuatan Islam dan umat dalam politik Malaysia.

Sebuah ideologi dicipta melalui akal fikiran. Ia suatu falsafah yang diidealkan menjadi tonggak akidah perjuangan. Hal ini tidak mungkin berlaku kepada mana-mana pergerakan politik Islam. Kerana Islam pada hakikatnya agama yang berlandaskan asas mutlak kebenaran daripada Allah.

Oleh itu, ia sentiasa terbuka kepada akal untuk memikirkan pendekaran-pendekatan politik bagi menjayakan kebenaran Allah. Atau menjayakan pencapaian yang dikira lebih tepat dan bijaksana. Dalam laluan begini, insyaallah, PAS tetap akan bertenaga merenangi segala zaman dan segala keadaan yang memerlukan ia menyesuaikan diri dengan segala keupayaan ijtihad yang luas.

Sebab itu, pergerakan Islam tidak akan mati selagi ia tidak mengalih daripada berpegang kepada wahyu secara luas. Tidak menjumudkan diri kepada satu-satu falsafah berdasarkan Islam secara keta’atan taksub. Lagi pula Islam tidak membenarkan pemujaan akal melangkau keabadian dan kesucian wahyu.

Suatu ideologi buatan manusia akan tidak mampu menerokai zaman, seperti berlaku kepada sosialisme dan komunisme. Atau semua ideologi berdasarkan pemikiran yang berkembang pada abad lalu, kini telah dimusnahkan masa. Malah ada dikatakan, memasuki abad ke-21 ini, ideologi telah mati.

Sejak tercetusnya perjuangan reformasi yang menjadikan Anwar Ibrahim sebagai idola, dan para pemimpin parti-parti alternatif bersebulat menjana semangat rakyat, dan terjadinya kemesraan antara DAP dan PAS, ada sesuatu yang selama ini disalahfahami berkenaan politik Islam yang telah diperbetulkan.

Pemimpin-pemimpin DAP dapat memahami apa itu inti politik Islam. Selain berpegang teguh kepada akidah agama, Islam sebagai gerakan politik memfardhukan ke atas dirinya hak-hak keadilan bagi rakyat dan hak-hak kesolehan kepimpinan dalam hubungan dengan hak-hak rakyat. Ini tidak terbatas. Hak-hak perjuangan Islam ini melangkau anutan agama dan bangsa. Dalam Islam hak-hak kemanusiaan adalah luas.

Ini adalah asasi politik Islam. Malah jika kita selidiki secara halusi, pergerakan politik yang berlunaskan Islam terpaksa memikul beban menegakkan keadilan dan menentang kezaliman tanpa mengira bulu. Dan kesolehan kepimpinan merupakan sangkut-paut langsung dengan permasalahan iman dan akidah. Inilah unik dan rumitnya tanggungjawab dalam pergerakan politik Islam.

Sebab itu, banyak pelajaran dari pengalaman pergerakan Islam yang mengalami kelumpuhan. Utamanya, hilang pembudayaan kesolehan sosial sebagai pelaksanaan amali yang dimunculkan oleh pergerakan itu. Ini berpunca oleh kerana sempitnya pengertian kesolehan kepimpinan dalam agenda pergerakan Islam itu.

Sedangkan ksolehan kepimpinan yang melahirkan budaya kesolehan sosial secara jama’ei dan haraki merupakan satu fardhu yang wajib dapat dirasakan takyat. Dan di zaman yang dinamakan zaman majmuk dan plurarisme ini, Islam dapat dirasakan hanya melalui pelaksanaan komitmen akhlak taqwa, iaitu perluasan kesolehan yang dikenali sebagai kemanusiaan islami yang luas dan universal.

PAS sudah jelas mulai memancarkan komitmennya dalam hal kesolehan politik dan sosial, walau pun tidak boleh dianggap telah sempurna. Ianya harus dikilaukan terus. Malah ucapan dasar presiden pada muktamar lalu, jelas kesolehan Islam PAS merupakan suatu agenda yang menjadi kewajipan untuk disempurnakan secara meluas, termasuk ke dalam agenda seni-budaya.

Ini sahaja yang membolehkan Islam dilihat syumul dan dirasakan syumul. Ertinya, Islam melalui PAS menjelmakan suatu pembudayaan menyeluruh.

Bayangkan, apakah ucapan tokoh DAP seperti yang diucapkan oleh Lim Guang Eng dalam Konvensyen Sabtu lalu itu. Apakah hal ini boleh dilakukannya pada masa lalu ? Ini semua adalah kerana PAS sendiri telah melangkau tradisi sempit sehingga banyak meruntuhkan kebuntuan Islam sebagai agama yang disalah anggap dan diberi pransangka buruk yang lapuk.

Ia suatu kejayaan besar bagi Islam !

HarakahDaily.Net/-

Tertutup

4 Muharram 1431H
Jarjani Usman - Tafakur

“Sesungguhnya seseorang akan tertutup rezekinya karena melakukan suatu dosa” (HR. Ibnu Majah dan al-Hakim). Sabda Nabi tersebut di atas bisa menimbulkan berbagai pertanyaan. Di antaranya, mengapa sebahagian orang yang seringkali berkubang dengan pekerjaan-pekerjaan yang berlumuran dosa, malah semakin terbuka dan banyak rezekinya?

Menurut, Imam al-Ghazali, tertutup rezeki yang dimaksud adalah dijauhkan dari rahmat Allah. Tanda-tandanya dapat dirasakan melalui perubahan-perubahan yang ada pada diri kita sendiri. Perubahan tersebut seperti terasa mudah atau tertolong ketika berkeinginan untuk melakukan suatu keburukan atau kemaksiatan. Namun di sisi lain, merasa tak mudah tergugah untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang baik. Akibatnya, harta haram semakin lama semakin menumpuk, dan semakin sulit untuk dipisahkan dengan yang halal.

Apalagi di saat yang sama, orang berharta, terlepas dari status halal haramnya, bagaikan gula yang membuat semut-semut mendekat. Yang memiliki harta pun seringkali merasa bangga dengan penghormatan dan sanjungan-sanjungan dari “semut-semut” yang mendekati dan memujanya. Senang mendapat sanjungan dan penghormatan membuat seseorang tak mudah berhenti dari mencari harta haram.

Dari pendapat Imam Al-Ghazali juga dapat difahami bahwa rezeki itu bukan hanya dalam bentuk harta benda dunia. Petunjuk Allah untuk hidup di jalan yang benar adalah rezeki yang paling utama dan tiada duanya. Dengan kata lain, harta yang banyak belum tentu bisa dikatakan rezeki, bila membuat pemiliknya semakin tinggi hati dan sibuk sehingga tak sempat melakukan ibadahnya dengan baik kepada Allah.

Serambinews/-

Tahun Baru

4 Muharram 1431H
Jarjani Usman - Tafakur

“Hati orang yang telah berusia lanjut akan bersemangat lagi laksana hati orang-orang muda, kalau ia mencintai dua hal, yaitu panjang umur dan harta berlimpah” (HR. Tirmidzi).

Ketika tahun berganti, sebahagian orang menganggapnya tahun baru. Sehingga perlu disambut dengan pesta. Namun kalau disadari, tahun tak berubah menjadi baru, tetapi malah semakin menua. Usia bumi ini semakin renta. Umur kita pun semakin tua. Karena itu, dalam mengawali suatu tahun, sepatutnya kita semakin sadar bahwa perjalanan hidup ini bukannya semakin jauh, tetapi semakin dekat. Yaitu, semakin dekat dengan batas waktu hidup di dunia fana ini. Dekatnya dengan kematian berarti dekatnya dengan masa tak berharga lagi harta dan lenyapnya segala kelezatan dunia.

Namun tidak sedikit orang yang lupa akan masa yang semakin dekat itu. Makanya seorang aulia yang namanya ditabalkan dalam Al-Qur’an, Luqman, seringkali mengingatkan anaknya untuk menjauhi pesta, tetapi menganjurkan untuk senantiasa melayat ke rumah-rumah orang yang meninggal dunia. Sebab, pesta lebih cenderung melupakan kematian meskipun orang telah berusia senja, sedangkan melayat orang yang meninggal cenderung mengingatkan akan terjadi hal yang sama pada kita. Lebih-lebih para ahli mengatakan, melihat sendiri suatu kenyataan lebih meyakinkan ketimbang mendengar dari orang lain.

Namun hari ini, banyak orang yang lebih menggandrungi pesta, ketimbang melayat. Akibatnya, ketika pengumuman “Innalillahi wainna ilaihi raji’un, telah berpulang ke rahmatullah si Fulan bin Fulin.” diumumkan lewat mikrofon meunasah atau masjid pun, sebahagian kita masih tertidur lelap akibat kelelahan berpesta semalaman. Padahal itu bukan hanya pengumuman tentang kematian si Fulan, tetapi juga pengumuman kepada kita bahwa saat kita pun semakin dekat.

Karena itu, saat-saat bergantinya hari, minggu, bulan, dan tahun, sebaiknya menjadi saat-saat renungan untuk mengevaluasi diri. Yaitu, mengevaluasi umur dan harta, sejauhmana telah bermanfaat untuk bekal akhirat.

Serambinews/-