22 Disember 2009

"Saya tak akan bagi anak kedua saya pula dibunuh."Bapa Mangsa..

5 Muharram 1431

KAMPAR, 20 Dis.:-Ceramah Tragedi Jambatan Runtuh One Malaysia yang diadakan di sebuah dewan Cina di Mambang Diawan malam tadi cukup teruja dan menyanyat hati apabila salah seorang bapa kepada mangsa Jambatan runtuh One Malaysia BN, menggamatkan suasana dengan menyatakan "Saya tidak mahu anak kedua saya dibunuh..!! "katanya dengan lantang,sambil menunjukkan surat panggilan PLKN yang memerlukan anaknya menyertai program tersebut.


Ceramah Isu Kuala Dipang itu dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Perak dengan Kerjasama Pakatan Rakyat Parlimen Tapah dan Parlimen itu menampilkan 4 orang penceramah utama iaitu MB pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammas Nizar jamaluddin,Speaker Perak , YB.Sivakumar,ADUN Teja, YB. Chang Lih Kang dan Setiausaha PAS Perak, Ust.Misbahul Munir Masduki.

Kehadiran dari masyarakat setempat amat menggalakkan sehingga melimpah keluar dewan dengan dianggarkan sekitar 1000 orang.

"Selesaikan kes anak kami dahulu..selagi kes ini belum selesai anak kami tidak akan menyertai apa-apa program yang dijalankan oleh pihak sekolah atau kementerian Pendidikan,dan kami sanggup di bawa ke mahkamah."kata bapa salah seorang mangsa itu lagi.

Keberanian beliau mendapat tepukan gemuruh para hadirin yang datang dari pelbagai kaum memenuhi setiap ruang di Dalam Dewan ini.



Dalam ucapan MB Pakatan Rakyat Perak, DS. Nizar meminta bapa kepada mangsa bersabar dan pimpinan Pakatan Rakyat akan memastikan keadilan ditegakkan dalam kes ini. "Malang bagi kita,apabila hanya kontraktor yang membina jambatan ini di senarai hitamkan,sedangkan ramai lagi individu-individu yang selayaknya disabitkan dengan amalan rasuah dalam tragedi ini terlepas begitu sahaja" . Katanya.

Beliau juga menyeru agar semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum bersama-sama Pakatan Rakyat untuk melawan dan menentang segala penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pemimpin-pemimpin BN yang menyusahkan kehidupan rakyat.

Beliau juga memberi penjelasan berkaitan kehilangan Enjin Jet Pesawat F-E5 yang berharga 50 juta,merisaukan setiap rakyat akan keselamatan negara kita yang dengan mudah boleh ditembusi oleh anasir jahat,kerana amalan rasuah yang telah menjadi budaya pimpinan Umno kini diikuti oleh pegawai-pegawai dari perkhidmatan Awam. Gejala inilah yang mengakibatkan wang negara mengalami kekontangan dan rakyat kembali menjadi magsanya.

DS.Nizar menyampaikan sumbangan RM1000 kepada bapa mangsa tragedi Jambatan runtuh.(mereka memakai topi "Pas For All")

Unit Amal Tapah juga mendapat penghargaan,kerana bersama-sama dalam misi menyelamatkan mangsa tragedi Jambatan Runtuh Kuala Dipang.

Keluarga Mangsa yang turut hadir dalam ceramah tersebut,kehadiran para hadirin dari pelbagai bangsa sehingga memenuhi dewan menggambarkan kepada kita bahawa masyarakat kini mahu kepada kebenaran dan sanggup menentang segala penyelewengan pimpinan BN tanpa rasa gentar.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Janganlah kerana isu tersebut, ibu bapa sampai tak nak hantar anak-anak menyertai semua program sekolah KPM. Kalau macam tu, tak payah lah hantar anak ke sekolah.
Janganlah isu-isu ini dijadikan modal politik. Yang salah saya setuju dikenakan tindakan. Tapi jgn sampai tak nak sertai xtvt sekolah. Kita ada Falasafah Pendidikan Kebangsaan.

ujang seri menanti berkata...

falsafah pendidikan bodoh dan tolol yang digubah untuk melahirkan perasuah,pembunuh,bohsia,bohjan,mat rempit,peragut....!!!

wa cabar lu...kasi wa SATU je faedah murid2 ikut aktiviti bangang anjuran sekolah sekarang ni??

cikgu buat kerja sebab takut pengetua dan nak "please" pengetua...si pengetua plak buat kerja sebab nak "please" PPD...PPD plak nak "please" JPN....tu mangkor2 tu semua nak sibuk ampu bodek pengarah...pengarah ampu menteri...

mangsa..??? murid,pelajar,rakyat....

cikgu2 adalah barua2 pelaksana dasar pendidikan yang hanya tau cucuk duit hujung bulan...makan gaji buta dan penghabis wang rakyat..!!!

sekolah adalah tempat maksiat dan tempat melahirkan penjenayah2 melalui kaedah sistematik memenuhi dasar falsafah pendidikan negara...

sekolah bukan lagi tempat menuntut ilmu...berkat?? usah dok cong la...tengok sikit dalam bilik guru...tempat cikgu2 yang cuma tau berlagak depan murid,tapi masuk bilik guru,depa la kaki tengok blue,kaki borak lucah,dok skandal sanan sini...sape depa ni?? cikgu2 yang dibayar gaji dengan duit rakyat....ni la kerja utama mereka...tak caya?? pegi tengok sendiri....

cikgu kencing berdiri...murid kencing berlari...

aku pun bekas cikgu...tapi tak sanggup tengok keadaan jahanam dalam bilik guru..aku dah berenti jadi cikgu...weii,...kalu takat nak cari duit...takyah kerja kerajaan pun boleh....

tapi korang akan kata bukan semua sekolah camtu..BULSHIT...!! cikgu sekarang mana ada bawak berkat pada ilmu mereka...semua pun kaki maksiat...datang dari mana berkat tu...?? ustaz2?? wpun bukan semua mereka tu perangai cam sial,tapi kebanyakkan mereka lebih sial daripada cikgu2...

sebab...??? entahlah...masalah ni kena tanya umno... sial umno dah melekat pada semua rakyat malaysia...tukang sebar sial tu ialah...sekolah melalui guru2...

jasa mu dikenang....POORAAAHHHHHH

Tanpa Nama berkata...

Kepada tanpa nama 9:49 PM, teman tau le mike orang kuat kera jaan BN, mike tak rasa macam mana deme rasa kehilangan orang yang tersayang, cuba anak mike yang jadi mangsa. Tengok dalam kes jambatan runtuh ni apa yang kera jaan BN buat? Apa yang pehak kementerian pendidikan buat? masing-masing mencari alasan untuk melepaskan diri. Macam mana dengan kes kematian di PKLN.... apa celita?!

Tanpa Nama berkata...

Kepada Ujang Seri Menanti,

Saya mengakui semua kata-kata anda adalah betul,
buktinya: AKHLAK ANDA YANG CEMERLANG MELALUI MAKI HAMUN ANDA YANG BERTUBI-TUBI. HEBATNYA! SYABAS!!!

Daripada saya: Ahli PAS no. 288973 (bukti bukan orang UMNO-cuma tak suka cara lu brader)

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi,
saya adalah salah seorang guru (juga ustaz) yang merupakan aktivis PAS. Saudara Ujang Seri menanti ni pukul rata je. Entah-entah hadir program PAS pun tak pernah.

Dari saya lagi: Ahli PAS 288973

Tanpa Nama berkata...

Buat Ujang Seri Menanti.
Hebat betul ayat yg anda guna. Habis semua golongan guru dicerca. Anda lupa siapa anda jika guru tiada. Adakah anda bijak bekerja tanpa guru pembuka bicara anda. Kata bekas guru tapi bijaknya tak ke mana. Ruginya guru yang mendidik anda.

Tanpa Nama berkata...

saya berharap isu ini jangan dipolitikkan lagi kita kena terima Qada' dan Qadar. Tetapi yang perlu di highlightkan adalah kontraktor atau orang yang perlu dipertanggungjawabkan dibawa ke muka pengadilan.....

pasumno berkata...

Janganlah nak menipu ujang seri menanti tengok gaya bahasa pun dah tahu kau ni tak layak jadi cikgu entah-entah rakan sekerja dah tak suka ko pun blah lepas tu kata macam-macam ....

Tanpa Nama berkata...

kepada ujang seri menanti...

Busuknya hati kau...aku x tahulah sapa mak bapak kau yang mengajar bahasa macam tu....aku x tau juga cikgu mana yang mengajar kau...aku rasa kau ni sakit jiwa....pg lah jumpa doktor..???

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih lah En Ujang.En Ujang dah tahu feel perangai cikgu kerana pernah jadi cikgu, tahniahlah berhenti kerana tak nak buat maksiat seperti cikgu2 lain yang semuanya jahat2.En Ujang memang seorang yang soleh, berbudi bahasa, berpekerti mulia, tak suka buat maksiat, makan duit halal je. Memang betullah kata En Ujang kalau tak kerja kerajaan pun boleh cari makan dan harapnya En Ujang akan dapat lebih banyak lagi duit dah dengan tak kerja kerajaan dan harapnya dapat duit dengan tak payah kerja. Terima kasih sekali lagi En Ujang, En Ujang lah orang yang terbaik di dunia ini, dan saya tak pernah pun termimpi boleh jumpa orang sebaik En Ujang selama ini, dan di harapkan kekalkan kebaikan tersebut.
Sebenarnya kalau tuhan nak turunkan bala dia tak bagi tahu kat kita dan kadang2 kita tak terasa, dan yang ditakuti kalau diturunkan bala sampai 7 keturunan, hidup tak "derjat", kalau boleh mintak jauh.
Entahlah Jang oi

cikgunizar berkata...

wei jang, ekau buek malu org nogori yo...

cikgu syaitan mcm ekau ni mmg la takdo kelayakan mengajar budak.. tp kalau ekau ni cikgu yg mengajar kobau kek bondang eden x tahu la pulak

aku x setuju perkara ni dipolitikkan.. yg dh jd, kita muhasabah n setelkan masalahnya. sedap2 ja taknak bg murid sertai aktvt koko.. org2 PR ni nk murid jadi apo? nak masuk PLKN patutnya digalakkan, xkira la parti mana pun..