15 Disember 2012

Lebih 15,000 sertai HKR Pulau Pinang

1 Safar1433H. [MOD] -


Para hadirin berdiri mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat kerana padang becak.

NIBONG TEBAL: Sekalipun padang becak kerana hujan petang tadi, namun tidak menghalang lebih 15,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awan Jawi, malam ini.

Hujan yang turun renyai-renyai kira-kira jam 5.40 petang, yang kemudiannya lebat selama 15 minit pada jam 6.00 petang menyebabkan padang menjadi becak dan sebahagiannya ditakungi air.

Begitupun, selepas solat Isyak, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula berpusu-pusu ke padang tersebut untuk mengikuti pidato yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu



DAP selesai pilih Jawatankuasa Eksekutif Pusat

1 Safar 1433H. [MOD] -




 
Walaupun dengan peningkatan jumlah perwakilan baru, daripada 948 orang pada 2008 kepada 1,823 orang tahun ini, tidak banyak perubahan dikesan dalam bentuk pengundian Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP kali ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang muncul di tempat kedua pada pemilihan parti 2008, kali ini turut menerima jumlah undi kedua paling banyak.

dap congress counting of ballot election 2
Bapanya, penasihat kanan parti Lim Kit Siang sekali lagi di hadapan dengan menerima 1,607 undi.

Sementara itu, pengerusi DAP Karpal Singh berada di tempat ketiga dengan 1,411 undi.

Tiada pemimpin Melayu berjaya meraih tempat dalam 20 kerusi yang dipertandingkan.

Pemilihan CEC lalu menyaksikan seorang wakil Melayu Ahmad Ton dipilih ke jawatankuasa itu.

Anggota CEC baru itu akan bermesyuarat esok bagi menentukan pemegang jawatan, selain melantik 10 anggota lain ke dalam jawatankuasa itu.

Berikut adalah senarai penuh calon yang dipilih ke CEC hari ini.
 
1.  Lim Kit Siang
2.  Lim Guan Eng
3.  Karpal Singh
4.  Chong Chieng Jeng
5.  Loke Siew Fook
6.  Vincent Vu
7.  Tan Kok Wai
8.  Gobind Singh Deo
9.  Tony Pua
10. Teng Chang Khim
11. Fong Kui Lun
12. Nga Kor Ming
13. Chong Eng
14. Chow Kon Yeow
15. Liew Chin Tong
16. M Kulasegaran
17. Boo Cheng Hau
18. Teresa Kok
19. Teo Nie Ching.
20. Ngeh Koo Ham

Sumber : Malaysiakini/-

Karpal buat laporan polis ke atas Deepak

1 Safar 1433H. [MOD] -




 
Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa ahli DAP membuat laporan polis terhadap Deepak Jaikishan yang mendakwa mempunyai maklumat baru mengenai kontroversi melibatkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau mendakwa Deepak melakukan kesalahan keranamenyembunyikan maklumat berkaitan pembunuhan itu selama ini.

"Sesiapa sahaja yang ada maklumat mengenai arahan melakukan pembunuhan perlu membuat laporan polis.

"Deepak belum buat sebarang laporan polis. Beliau sudah melakukan
kesalahan," kata Karpal.

Tambahnya, laporan itu membolehkan polis membuka siasatan baru
terhadap kes tersebut.

"Apa yang penting di sini bukanlah Deepak, tetapi pendedahan yang dibuatnya membolehkan polis melakukan siasatan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini.

Deepak dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini mendakwa adik perdana menteri membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam bagi menandatangani akuan bersumpah kedua berkaitan kes pembunuhan Altantuya.

Dua anggota polis dijatuhkan hukuman gantung selepas didapati bersalah dan kini sedang merayu hukuman mereka.

Karpal kemudian membuat sendiri laporan polis berkenaan pada waktu rehat makan tengah hari kongres di balai polis Bayan Baru.

Dalam laporannya Karpal memetik wawancara Deepak denganMalaysiakini bertarikh 27 November 2012 dengan bertaju "Deepak regrets getting involved in Bala's SD".

Karpal menggesa polis menyiasat Deepak mengikut Seksyen 13 Kanun Acara Jenayah yang menetapkan mana-mana individu dengan maklumat tentang jenayah bunuh berdasarkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan perlu melaporkannya kepada balai polis terdekat.

"Saya membuat laporan ini agar siasatan menyeluruh polis boleh dilancarkan terhadap perkara dituturkan Deepak yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan," katanya.

Mengikut Seksyen 202 Kanun Keseksaan mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian jenayah tetapi merahsiakannya boleh dipenjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Sumber : Malaysiakini/-

Datuk Mokhtar Hamid sertai PAS, anggap Umno tergelincir

1 Safar 1433H. [MOD] -


Datuk Mokhtar mengisi borang permohonan keahlian PAS di atas pentas PGU.

DUNGUN: Tokoh korporat, Datuk Mokhtar Abd Hamid yang baru menyertai PAS petang tadi mendakwa Umno tergelincir dari perjuangan asal mereka iaitu membela Melayu.


Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam ini,  Mokhtar, 68 berkata, pemimpin Umno kini hanyalah perompak duit rakyat.



"Suatu masa dulu Umno perjuangkan bangsa dan agama tapi kini mereka (ibarat) kereta api tergelincir dari landasan.



"Mereka sesat lagi menyesatkan. Menangis di Perhimpunan Agung Umno kononnya Melayu berpecah belah,  tak bersatu padu tapi sebenarnya merekalah puncanya," katanya yang merupakan anak kelahiran Paka.



Beliau berkata, sudah tiba masanya beliau berjuang bersama PAS dan Pakatan Rakyat demi kepentingan agama dan negara.



"Inilah masanya sebab saya mungkin tak ada masa panjang untuk berjuang bersama PAS.



"Kita mesti hentikan kejahatan kerajaan sekarang. Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh berjuang tapi kalau rakyat tak menyokong mereka tak boleh buat apa juga.



"Marilah sama-sama kita mengundi PAS dan Pakatan Rakyat," katanya disambut laungan takbir kira-kira 50,000 hadirin.



Mokhtar menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada  Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang petang tadi.


Sumber : Harakahdaily/-