07 Julai 2010

Bolehkah makan kuda atau landak?

23 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

KUDA

Terdapat perselisihan pendapat mengenainya sperti berikut:
pendapat pertama: Haram

INi adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan sebahagian pendapat mazhab maliki.
Pendapat kedua: Halal

Ini adalah pendapat mazhab Syafie, Hambali dan sebahagian mazhab Maliki.

Dalil mereka:

وأذن في لحوم الخيل

Maksudnya: Dan Nabi mengizinkan memakan daging kuda.(HR Bukhari dan Muslim)

LANDAK

Juga terdapat khilaf seperti berikut:

Pendapat pertama: Haram.

Ini pendapat mazhab Hambali.

Dalilnya: NAbi berkata:

خبيثة من الخبائث

Maksudnya: Ianya salah satu daripada benda2 yg keji.(HR Ahmad dan Abu Daud)

Pendapat kedua: Makruh.

Pendapat Imam Malik dan Imam Abu hanifah.

Pendapat ketiga: Halal.

Pendapat Mazhab Syafie, Abu Thaur dan Al-LAith.

Dalilnya: Asal kepada makanan adlah Halal selagi mana tidak dalil yg mengharamkan. Hadis diatas dikatakan sebagai lemah sanadnya.

Kesimpulan: Keduanya adalah halal dalam mazhab Syafie dan diharamkan oleh sebahagian mazhab lain.kita mesti berlapang dada.

Sunnah yg ditinggalkan.

23 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

1. Baring dgn mengiring sebelah kanan selepas sunat subuh.

Aisyah r.a berkata:
Maksudnya: Nabi s.a.w apabila telah selesai solat sunat subuh; baginda baring di atas lambung kanannya.(Hr BUkhari)

2. Menjilat jari jemari apabila selesai makan.

Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: Apabilah salah seorang kamu sudah selesai makan hendaklah dia menjilat jari-jemarinya sebelum dia mengelapnya.(Hr Bukhari dan Muslim)

3. Melantik ketua dlm musafir.

Nabi s.a.w bersabda:
Apabila kamu bermusafir dlm bilangan 3org maka hendaklah lantik seorang ketua.

4. Bersedekah ketika bertaubat.

Kaab r.a berkata:
Ya Rasulullah, diantara tanda taubatku adalah dgn mengeluarkan hartaku sebagai sdekah kepada Allah dan Rasulnya. Rasulullah s.a.w menjawab "Kamu tidak menyedekahkan semua hartamu adalah lebih baik"(Hr Bukhari dan Muslim)

5. Menyelak baju ketika permulaan hujan supaya terkena air hujan.

Ini berdasarkan perbuatan Nabi s.a.w yg diriwayatkan oleh Imam Muslim.

6. Bernafas 3x ketika minum di luar bekas air.

Ini berdasrkan hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: Nabi s.a.w bernafas ketika minum 3x.

7. Doa diantara Azan dan Iqamah.

Nabi s.a.w bersabda:
Doa tidak ditolak diantara azan dan iqamah.(Hr Abu Daud)

Kelebihan Selawat

23 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Firman Allah:
Tafsirnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi Muhammad. Wahai org2 beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada baginda.(Surah Al-Ahzab)

Sabda Nabi s.a.w:
Sesiapa yg berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat kepadanya seratus kali.(Hr Muslim)

Rasul s.a.w:
Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah org yg paling banyak selawatnya kepadaku.(Hr Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w:
Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namuku disebut disisinya.(Hr Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda:
Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada hari tersebut.

Maka sesungguhnya selawat yg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat bertanya "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah hancur." Beliau bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya"(Hr Abu Daud)

PERJUMPAAN DENGAN PELAJAR MELAYU MALAYSIA DI ADELAIDE, DI ISLAMIC DAKWAH CENTRE OF SOUTH AUSTRALIA (IDCSA), PADA 9 JUN 2010

23 Rejab 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Kepada :
Al Fadzil Sabihul Samaah
Tan Sri Haji Harussani Haji Zakaria
Mufti Kerajaan Negeri Perak,
Pejabat Jabatan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,
Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh.

Perkara di atas adalah dirujuk.
“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah(mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”.(Surah Al-Hajj: Ayat 77)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berasa amat kesal terhadap tindakan Y.Bhg. Tan Sri yang di lihat lebih cenderung berpolitik kepartian dan menggalakkan pergaduhan yang bersifat perkauman.

Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri, pihak kami mendapat aduan yang amat serius kuliah khas Y.Bhg. Tan Sri di sana(Australia) yang bertajuk “Perpecahan Ummah dan peranan kita”jelas mengadu-domba dan tidak sepatutnya berlaku yang mana seluruh rakyat menghormati tinggi peranan sebagai seorang Mufti tetapi sebaliknya.

Di dalam penjelasan isu krisis Negeri Perak juga di lihat Y.Bhg.Tan Sri telah berbohong dengan fakta-fakta yang mengelirukan.Usaha Y.Bhg. Tan Sri kononnya untuk menyatupadukan bangsa Melayu bukannya tiket untuk Y.Bhg. Tan Sri menghukum bangsa
lain daripada umat Islam.

Sepatutnya sebagai seorang Mufti,peranan besar Y.Bhg. Tan Sri adalah menjelaskan kedudukan sebenar Agama Islam kepada bukan Islam tetapi sebaliknya berlaku.

Kami ingin menasihatkan agar Y.Bhg. Tan Sri agar menghormati seluruh rakyat yang ada di dalam Negara kita sepertimana termaktud di dalam Perlembagaan Negara. Jika Perlembagaan Negara pun Y.Bhg. Tan Sri tidak dapat menerimanya, bagaimana
pula dengan perintah yang telah Al-Quran nyatakan. Usaha Y.Bhg.Tan Sri bukan membaiki hubungan dengan semua pihak tetapi merobohkan hubungan yang telah lama terjalin selama ini.

Dengan laporan dan rakaman yang kami perolehi jelas, Y.Bhg.Tan Sri cuba bermain politik sempit ala perkauman dan terpesong jauh dari amanah oleh Tuanku Sultan Perak dalam menyampaikan ilmu dan penerangan akan kebaikan Islam itu sendiri. Sebagai yang
diamanahkan juga, kami berharap Y.Bhg. Tan Sri memohon maaf kepada rakyat Perak atas keterlajuran Y.Bhg.Tan Sri dalam isu ini.Kami juga mengalu-alukan Y.Bhg. Tan Sri untuk bersama-sama duduk dalam pentas politik sekiranya Y.Bhg. Tan Sri benar-benar ingin bermain politik.

Adalah menjadi harapan kami agar Y.Bhg. Tan Sri sedar akan kesilapan yang telah Y.Bhg. Tan Sri nyatakan. Kami juga bersedia bertemu sekali lagi dengan Y.Bhg. Tan Sri bagi menjelaskan kedudukan sebenar akan apa perkara yang telah dibangkitkan oleh Y.Bhg. Tan Sri selama ini dan kami melihat banyak fakta yang dikemukan oleh Y.Bhg. Tan Sri tidak tepat.

PELBAGAI PROGRAM, MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.

23 Rejab 1431 H
Oleh: Ustaz Azhan Ishak









BELUM MEMERINTAH PR MAMPU SEKAT JUDI, BAYANGKAN JIKA PR MEMERINTAH

23 Rejab 1431 H
Oleh: Zek RiY

PAKATAN RAKYAT masih menuju cita-cita untuk menaiki Putra Jaya. Cita-cita yang dihajati oleh rakyat kini semakin hampir untuk dicapai dan ternyata Bn yang ditunjangi oleh Umno kini berada di dalam keadaan amat terdesak dan tertekan.

PR telah banyak membuktikan kepada rakyat bahawa parti gabungan yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP ini jauh lebih baik dari pemerintahan Bn yang ada sekarang.

Di peringkat Pusat, usaha kita terhad untuk membela nasib rakyat tetapi di beberapa negeri yang kita kuasai ternyata rekod pemerintahan PR jauh lebih cemerlang.

Meskipun Bn terutamanya Umno yang dibantu oleh beberapa agensi lain berusaha sedaya upaya untuk memburukkan prestasi pentadbiran negeri-negeri di bawah PR, namun rakyat tidak lagi buta.

PR kini cuma memerlukan sedikit usaha berterusan memikat pengundi-pengundi Melayu yang sememangnya kita ketahui amat susah untuk menerima perubahan. Jika Melayu berfikiran terbuka dan berani melakukan perubahan, Melayu di negara ini tidaklah menjadi seperti sekarang.

Sekadar megah mengaku menjadi tuan di negara ini tetapi nasib mereka tidak terbela.PR nampaknya lebih prihatin dan peka akan permasalahan itu. PR tidak lagi mahu melihat isu perkauman membantutkan kerja untuk membangunkan negara.

Banyak isu kini dilihat isu bersama di kalangan parti-parti di dalam PR. Sebagai contoh, PR bersepakat untuk menentang judi sukan yang teramat sangat diimpikan oleh pemimpin Umno itu.

Sudahlah mereka mengekalkan judi yang sedia ada, mereka mahu menambah lesen judi sukan pula. Akhirnya, berkat kerjasama serta perpaduan di kalangan parti di dalam PR serta beberapa NGO yang berani, kerajaan di bawah Umno ini tertekan yang kemudiannya menarik kembali niat mereka yang jahat itu.

Lihatlah, belum pun kita berkuasa kita masih mampu menyekat perkara-perkara yang tidak menguntungkan rakyat bahkan menzalimi rakyat itu. Judi sebenarnya adalah aktiviti yang boleh dikategorikan sebagai aktiviti zalim dan penganiyaan. Bayangkan jika kita berkuasa di peringkat Pusat.

Bukan sahaja aktiviti judi sukan boleh kita haramkan, bahkan kesemua bentuk judi sukan pasti tidak wujud di negara ini. Betapa susahnya mentadbir hanya beberapa buah negeri yang mana judi itu berakar umbinya di Pusat.

Mengapa masih ada yang meragui hasrat dan cita-cita murni PR? Mengapa mereka masih mengharapkan Bn atau Umno untuk membela nasib mereka? Mungkin kaum lain telah mula membuka mata terhadap keikhlasan PR, malang sekali masih terdapat ramai Melayu yang masih dibuai dengan seribu janji dan umpan oleh Sang Penguasa yang amat bimbang mereka akan tersungkur.

Mereka telah diajar bahawa Melayu itu Umno dan Umno itu Melayu, maka Melayu mesti berkuasa di tanah air ini. Oleh itu, mereka bimbang jika Umno tumbang maka hilanglah `keMelayuan' mereka.

PR mesti mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan mereka yang beranggapan sedemikian. Apabila kita telah berada di Putra Jaya, nescaya selepas itu nanti baru mereka tahu betapa mereka telah ditipu berpuluh-puluh tahun oleh Umno.

Gendang Perkauman dan ISA; dua tarian lapuk Barisan Nasional

23 Rejab 1431 H
Oleh: Nuruddin Muhammad

Agenda perkauman adalah agenda yang menjadi ‘remedi’ atau preskripsi ubat oleh British untuk meredakan ketegangan kaum sebelum mereka meninggalkan bumi yang telah gagal mereka kuasai lagi.

Untuk menolak obligasi mendukung kaum Cina dan India yang telah di bawa ke Tanah melayu, menghasilkan tindakan penjajah untuk terus memisahkan hubungan sesama kaum melalui politik, sekolah pemikiran dan gaya hidup perkauman chauvinis yang cukup teruk.

Rakyat malaysia yang berakal kian muak melihat pertelingkahan antara PERKASA yang mendabik dada mampu bersuara tanpa mengira sensitiviti kaum lain (atas alasan mereka NGO Melayu) serta MCA yang merupakan parti perkauman Cina yang kian retak menanti belah.

Lebih dahsyat, mereka masih menyimpan fahaman ala israel yang cukup zalim iaitu ingin menyelesaikan perteingkahan mereka menggunakan ISA untuk menangkap sesama mereka (yang berasal daripada kelompok sekolah pemikiran perkauman BN)

Kini Timbalan setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun, Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam, akhbar Sin Chew Daily dan China Press telah enggan tunduk kepada desakan NGO Melayu tersebut dan tetap mempertahankan kenyataan mereka bahawa perjuangan PERKASA bertentangan dengan gagasan 1Malaysia.

Bukan sahaja PERKASA MCA yang berjuang atas dasar perkuaman Cina juga adalah salah satu faktor menenggelankan retorik 1 Malaysia Najib.

Lantaran telah beku idea untuk menyerang sesama mereka, Pemuda MCA Wilayah Persekutuan dan Selangor pula mendesak Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali disiasat mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa bersifat perkauman.

Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Kow Cheong Wei berkata, gesaan itu disuarakan berikutan tindakan Perkasa menerbitkan artikel yang menyentuh sensitiviti perkauman dalam edisi sulung Suara Perkasa dalam rencana bertajuk ‘Tahan Ka Siong di bawah ISA’.

Artikel di dalam akhbar berkenaan melalui kenyataan Timbalan Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar, mendesak Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, segera memohon maaf selepas mendakwa Ka Siong mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bagaimanapun, Ka Siong menafikan dakwaan itu.

Semakin BN membuang bebrbilion wang untuk meminta nasihat yahudi, yang jelas nasihat yang sebenarnya diberikan APCO mungkin adalah menyelesaikan setiap perbalahan melalui gendang tarian perkauman.

Pakatan rakyat kian meninggalkan medan politik sebegini malah usaha PR perlu ditumpukan untuk terus memahamkan rakyat betapa agenda pekauman adalah agenda ortodoks, primitif dan sangat jahil untuk dianuti oleh rakyat negara yang kian maju ini.

Masyarakat yang maju juga celik undang-undang serta pasti akan menolak akta ISA yang cukup zalim. Akta yang menghendaki tahanan ditahan tanpa sebarang hak perundangan adalah juga akta tinggalan penjajah dan amalan Israel sehingga kini. Rakyat yang sedar akan faham, isu perkuaman dan sikap menyelesai masalah melalui ISA hanyalah nasihat mujarab daripada APCO dengan bayaran yang cukup mahal.

Hishammuddin didesak jelaskan jumlah tahanan ISA

23 Rejab 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein didesak menjelaskan jumlah sebenar tahanan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, ini kerana akhbar antarabangsa BBC melaporkan, Kumpulan Sukarelawan Berkaitan Tahanan Tanpa Bicara, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 Jun lalu mendedahkan seramai 1,500 orang ditahan di bawah akta zalim itu antara 2003 hingga 2007 lalu.

Sedangkan, katanya lagi, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop enggan mengesahkan laporan PBB yang dibangkitkannya di Dewan Rakyat, 23 Jun lalu."Menteri (Hishammuddin) ini kena datang jawab di Dewan Rakyat, jangan hantar timbalan menterinya saja.

“Bagaimana menteri (Abu Seman) ini boleh berkata: 'tak ada laporan polis, maka kita (kerajaan) tidak boleh buat apa-apa,' sedangkan saya baca laporan BBC ini di Dewan Rakyat," tegas beliau sambil menunjukkan salinan cetak laporan BBC tersebut di Lobi Parlimen, hari ini.

Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, kredibiliti Abu Seman wajar terus dipertikai apabila Bernama pada 18 Jun lalu turut melaporkan, Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Dalam Negeri) mengaku bahawa pihaknya ada menerima laporan awal tersebut dari PBB.

"Salah satu (BBC atau Bernama) mungkin betul, saya tidak cuba mengelirukan sesiapa pun di sini," ujar beliau sambil menayangkan salinan cetak laporan Bernama itu pula.
Tegasnya, kerajaan seharusnya bersikap telus menjelaskan kepada rakyat berhubung bilangan sebenar tahanan tanpa bicara yang dizalimi oleh ISA tersebut.

Harakahdaily/-

Sesat: Salahuddin cabar Shafie debat

23 Rejab 1431 H
Oleh: Dzulfikar & Nazri

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyediakan pentas terbuka untuk berdebat berhubung status PAS atau Umno yang sepatutnya dianggap sesat.

"Saya cabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini untuk berdebat secara terbuka, biar rakyat, kita (PAS) atau Umno sesat," tegas beliau di Lobi Parlimen, petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna sepatutnya menjawab dakwaan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman secara berhujah, bukannya dakwaan kosong seperti yang dibuatnya semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria pula mempersoalkan dasar sekularisme serta nasionalisme yang diperjuangkan oleh Umno sendiri.

"Kalau PAS parti ajaran sesat, kita tengok sumber PAS itu al-Quran, as-Sunnah, ijmak serta qias.

"Kalau itu dikatakan sesat, Umno ini bagaimana," soal beliau sambil menuntut Shafie menunjukkan perkara yang sesat menurut Perlembagaan PAS.

Dalam perkembangan yang sama, Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Johor dilaporkan membuat laporan polis berhubung dakwaan tidak bertanggungjawab menteri terbabit.

Pada suatu kenyataan, Mazlan turut menyifatkan kenyataan menteri terbabit sebagai biadap dan keterlaluan pada sebuah parti politik yang sah berdaftar di tanah air, seperti PAS.

Ini kerana, beliau berkata, menteri itu celupar mendakwa PAS hanya mementingkan kemenangan kerusi Dun dan Parlimen, berbanding kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, beliau bertindak seperti Salahuddin, iaitu bersedia untuk berdebat secara terbuka dengan Shafie berhubung kepincangan urus tadbir Felda.

Harakahdaily/-

Malaysia jual gula bersubsidi pada Singapura?

23 Rejab 1431 H
Oleh: Dzulfikar & Nazri

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Kerajaan wajar memberikan penjelasan yang jujur dan bertanggungjawab berhubung isu kekurangan gula yang dihadapi oleh pengguna kebelakangan ini, kata Datuk Mahfuz Omar.

Penegasan yang dibuat Naib Presiden PAS itu ekoran insiden enam daripada 30 kargo yang memuatkan gula nasional tergelincir dari Butterworth ke Singapura, milik KTMB tergelincir di Chamek, dekat Kluang Johor, 23 Jun lalu.

"Macam mana gula yang kerajaan subsidikan pada Syarikat Gula Prai dan sebagainya, gula itu yang nak dibawa jual ke Singapura," soal beliau pagi tadi di Dewan Rakyat, memetik laporan akhbar New Strait Times Press (NSTP).

Beliau berkata, insiden tersebut sudah tentu mempunyai kaitan dengan kesukaran rakyat mendapatkan bekalan gula nasional sebelum ini.

"Saya percaya gula yang kurang dalam pasaran sebelum ini disebabkan kes-kes eksport gula sebegini bukanlah untuk orang Johor walaupun gerabak KTMB ini tergelincir di Kluang.

"Tanah KTMB di Tanjong Pagar pun kita (kerajaan Umno BN) gadai pada Singapura, gula negara pun nak beri juga," sindir beliau ketika membahaskan rang undang-undang perlindungan pengguna.

Membahaskan rang undang-undang yang sama, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pula mendakwa kerajaan seperti merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan pengguna dengan menisbahkan musibah kekurangan gula kepada kaum peruncit.

Sedangkan, katanya aktiviti pengeluar dan pembekal gula langsung tidak dipantau sehingga gula yang telahpun disubsidi sanggup diperdagangkan pada Singapura.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak berwajib memberikan pendidikan konsumerisme kepada rakyat supaya rakyat mendapat maklumat yang menyeluruh di sebalik kekurangan gula dalam pasaran.

Beliau di luar Dewan Rakyat berkata, harga gula tempatan RM1.65 sekilo berbanding RM3.05 sekiranya dijual di Singapura sudah tentu mendorong minat pihak yang tidak bertanggungjawab memperdagangkan gula nasional di negara jiran itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub menggesa kerajaan memperkenalkan mata pelajaran kepenggunaan di peringkat sekolah rendah lagi bagi memberi pendedahan hak-hak pengguna kepada rakyat di awal usia.

Beliau berkata, beberapa negara barat yang mengamalkan perkara tersebut telah bukti mampu menanam kefahaman kepenggunaan yang baik kepada generasi awal negara mereka.

"Adakah Yang Berhormat bersedia sebagai menteri hari ini mencadangkan kepada kabinet agar mata pelajaran kepenggunaan ini diajar di peringkat sekolah rendah lagi sebagai satu mata pelajaran, bukan ditempel pada mata pelajaran sivik dan sebagainya?" soalnya kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata kesedaran peringkat awal sangat penting bagi memastikan rakyat negara ini tidak mudah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.

Menteri sebelum itu menjawab soalan berkaitan rang undang-undang perlindungan pengguna di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau kemudian memaklumkan bersedia memanjangkan perkara itu kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan susulan.

Harakahdaily/-

Adakah Negara Islam retorik kita?

23 Rejab 1431 H
Oleh: Roslan SMS

Utusan Malaysia terus memainkan percanggahan pandangan antara PAS dan Karpal Singh berhubung isu Negara Islam. Hari ini ditonjolkan pula reaksi balas Pengerusi DAP itu apabila beliau berkata PAS mesti menghormati DAP berhubung pendirian parti itu yang menolak konsep Negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Di dalam ruangan Rencananya Sdr Zulkilee Bakar memainkan semula ucapan Tok Guru Nik Abd Aziz semasa Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu di mana Tok Guru pernah berkata: “Di dada Karpal ada bulan….” (merujuk kepada jaket simbol ketiga-tiga parti yang digunakan pimpinan PR ketika itu).

Apa pun jelasnya DAP menolak Negara Islam dan PAS konsisten memperjuangkan konsep berkenaan.Soalnya Umno bagaimana? BN bagaimana?

Saya mengemukakan persoalan ini kerana Umno dan BN seteru politik PAS dan DAP. Apabila organ Umno, iaitu Utusan memanaskan isu yang bukan isu ini sudah pasti Umno khasnya dan BN mahu menangguk di air keruh.

Bagaimana Umno dengan Negara Islam? Adakah Umno menyokong dan mempertahankan konsep Negara Islam sebagaimana yang pernah ditegakkan di zaman Rasulullah saw? Atau Umno pun lebih kurang Karpal juga atau bagaimana?

Bagaimana pula MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain kerabat Umno dalam BN? Terbukti mereka semua menolak konsep Negara Islam lalu apa beza antara mereka dengan Karpal?

PAS sedar dan akur penolakan konsep Negara Islam oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia, kerana itu PAS menggunakan pentas politik untuk memberikan penjelasan. Kata Karpal yang menjadikan negara yang diperintah Umno ini sekular kerana peruntukkan Perlembagaan demikian. Karpal dan yang lain perlu faham bahawa Perlemabgaan Negara bukan Kitab Allah yang tidak boleh dipinda.

Bagi PAS amalan demokrasi diterima sebagai jalan untuk melangsungkan tuntutan perjuangan ini. Jika berpeluang amalan demokrasi yang digunapakai inilah yang akan mengislamkan perlembagaan negara sebagaimana yang berlaku di Kelantan.

Karpal adalah kawan PAS sebagaimana Soi Lek, Tsu Koon dan Samy adalah kawan Umno. PAS Berkawan dengan Karpal tetapi tidak sekali-kali menjual tuntutan Allah swt, Umno bagaimana?

Allah swt berfirman:
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.

Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (al Maidah:49)

Ayat ini terkena atas semua umat Islam, PAS, Umno termasuklah kawan-kawan di Utusan, lantas adakah Negara Islam hanya retorik kita?

Harakahdaily/-

Mengapa hanya peneroka pertahankan Felda?

23 Rejab 1431 H
Oleh: Angkasanuri

Sehari dua ni Umno-BN dapat modal baru untuk menyerang Pakatan Rakyat khususnya PKR dalam isu Felda bankrap. Selama ini seluruh dunia tahu, peneroka Felda umpama 'Fixed deposit' atau tali hayat kepada Umno-BN.

Sejarah pilihan raya di negara ini dan pengalaman saya sendiri terlibat dalam mengendalikan jentera pilihanraya dalam dua siri pilihanraya umum di peringkat DUN, kawasan Felda diakui masih lagi 'karat biru' dengan pengaruh Umno-BN.

Walaupun Generasi kedua dan ketiga Felda sudah mula menunjukkan peningkatan sokongan kepada Pakatan Rakyat.Antara faktor peneroka generasi pertama khususnya takut menyokong Pakatan Rakyat kerana bimbang tidak mendapat hak milik tanah, disekat pelbagai bantuan atau diugut disingkirkan dari rancangan Felda.

Ini merupakan modal Umno-BN setiap kali pilihanraya. Semua ini menyebabkan peneroka Felda diumpamakan seperti dicucuk hidung terpaksa mengikut sahaja arahan pihak pengurusan Felda untuk menjayakan agenda politik Umno.

Maka tidak hairanlah peneroka Felda mudah dikerah dan diarah untuk hadir ke program Umno atau apa sahaja program tajaan Umno. Misalnya dalam isu didedahkan oleh Suara Keadilan tentang Felda bangkarap, maka sekali lagi peneroka di merata ceruk diperalatkan untuk menyatakan sokongan kepada Umno dan memprotes PKR.

Apa yang peliknya, saya tidak pula melihat pihak pengurusan tertinggi Felda mempertikaikan kenyataan Suara Keadilan bahawa Felda bankrap. Adakah ini semua menunjukkan bahawa pihak pengurusan Felda sendiri mengakui dana Felda digunakan sesuka hati untuk menjayakan agenda politik Umno-BN? Atau semua ini menunjukkan bahawa pihak pengurusan tertinggi Felda sudah cukup meluat dengan kerakusan Umno mengikis duit Felda?

Saya difahamkan maklumat penyalahgunaan dana Felda dimaklumkan oleh pihak atasan Felda sendiri. Jika benar Felda tidak bankrap mengapa tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang berani menyahut cabaran Exco Pemuda PAS, Saudara Mazlan Aliman yang juga pengerusi ANAK untuk berdebat secara terbuka? Semua ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa penyalagunaan dan penyelewengan dana Felda memang benar-benar berlaku.

Harakahdaily/-

Perjuangan Pakatan Rakyat berjangka panjang

23 Rejab 1431 H
Oleh: Abu Firdaus

Daim Zainuddin meramalkan pada pilihan raya akan datang, Pakatan Rakyat akan terpukul. Bukan saja ia tidak akan dapat menawan Putrajaya tetapi juga akan hanya dapat mempertahankan dua negeri iaitu Kelantan dan Pulau Pinang. Peluang Pakatan Rakyat di kedah dan Selangor adalah 50-50, dan ia akan kehilangan Perak.

Tentu sekali ramalan Daim ini akan daimbil kira memandangkan beliau meramal tepat pilihan raya lalu di mana negeri-negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam masa orang ramai sukar menerima jangkaannya. Kini kata-katanya tentu diambil berat.

Sememangnya selepas pilihan raya 2008, pihak Pakatan Rakyat berasa ghairah untuk menang di peringkat persekutuan. Mereka terus meramalkan akan mendapatkan Putrajaya pada pilihan raya akan datang. Tetapi sebenarnya kepercayaan itu hanya atas harapan yang tidak tepat.

Sedangkan sebelum pilihan raya 2008, parti-parti Pakatan Rakyat tidak mimpi pun untuk menang sampai lima negeri.Bagi pihak Barisan nasional pula, mereka menjangkakan kemenangan Pakatan Rakyat itu adalah sementara saja. Pada pilihan raya akan datang dirasaakan pasti rakyat akan kembali kepada Barisan Nasional.

Tetapi apakah realitinya? Apa yang diramalkan Daim itu ada kebenarannya. Tetapi ia hanya berlaku pada jangka pendek. Dari segi jangka panjang, masa depan adalah pada Pakatan Rakyat.

Dalam pilihan raya akan datang mungkin Pakatan Rakyat kehilangan banyak kerusi dan terlepas tiga negeri. Hanya dapat mempertahankan dua negeri. Tetapi apa yang berlaku pada 2008 adalah suatu yang sebelum ini tidak terfikirkan dan ia merupakan pemecahan tembok kepada dominasi Barisan Nasional.

Tentunya tembok yang kukuh ini tidak boleh dipecahkan dengan sekali hentakan, yang tidak terduga seperti dalam pilihan raya 2008. Selain itu, Barisan Nasional akan memperbaiki diri. Begitu juga Pakatan Rakyat akan menemui banmyak masalah dalam pentadbirannya dan tentu akan berbuat banyak kesilapan. Maka dalam keadaan ini, maka akan ada pengundi yang kembali ke Barisan Nasional.

Tetapi itu tidak harus mematahkan hati para pendokong Pakatan Rakyat. Segala kesilapan yang dilakukan sejak pilihan raya tahun 2008 harus dipelajari dan dijadikan sempadan serta pedoman. Begitu juga dengan cara Barisan Nasional.

Sememangnya politik dilihat sebagai peperangan yuntuk mendapatklan kuasa. Sebab itu perkataan-perkataan yang digunakan seperti menawan, menembusi tembok, dan sebagainya adalah kata-kata dalam peperangan.

Tetapi dalam demokrasi, kuasa yang hendak diperoleh bukan semata-mata kerana untuk ahli politik mengaut keuntungan atrau mengejar nama. Demokrasi bertujuan supaya kuasa dimiliki bagi pihak rakyat. Ahli politik dan aktivis boleh menempa kerjaya dan nama tetapi ia harus terletak untuk kepentingan rakyat.

Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah pasukan yang menawarkan khuidmat kepada rakyat. Itu dari segi bahasa demokrasinya. Walaupun tentulah kedua-duanya terdiri daripada ahli-ahli politik yang mempunyai pelbnagai kepentingan dan tidak semestinbya tulus dan murni dalam perjuangan.

Rakyat akan membuat pertimbangan. Ada masanya rakyat, sebagai manusia biasa tentu juga membuat kesilapan. Dalam keadaan ini, Pakatan Rakyat harus terus beruisaha dan teguh memegang prinsip.

Dlam hal ini, ada dua pilihan; Pakatan Rakyat atau Barisan nasional. Kemduian ada pecahan pula dar5ipada Pakatan Rakyat yang memanggil diri mereka sebagai Konsensus Bebas, terdiri daripada mereka yang keluar Pakatan Rakyat untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Apa yang dilakukan oleh Konsesnsus Bebas itu hanya melemahkan Pakatan Rakyat. Ia juga boleh dikatakan melanggar amanah rakyat yang memilih mereka kerana parti-parti Pakatan Rakyat. Akhirnya perkiraan masih antara Pakatan rakyat dan Barisan Nasional.

Rekod Barisan Nasional adalah jelas. Adakah cara mereka berpolitik itu wajar terus diterima? Mereka boleh membaik pulih tetapi usaha untuk memperbaiki diri sekarang adalah kerana kekuatan Pakatan Rakyat. Dalam hal ini ternyata sistem imbangan dua parti menuntut perubahan di pihak Barisan Nasional.

Bagi pengundi, mereka melihat cabaran Pakatan Rakyat telah mengubah Barisan nasional. Mungkin pada pilihan raya umum akan datang, mereka mahu memberi semula peluang kepada Barisan Nasional yang tentunya sudah berasa serik dengan pengalaman keputusan pilihan raya 2008.

Tetapi bagi pendokong dan aktivis Pakatan Rakyat, perjuangan mereka mesti jelas dan kemas. Walaupun ada sebnilangan wakil rakyat DAP dan Keadilan yang melompat keluar, tetapi sebagai gabungan parti, Pakatan Rakyat hanya perlu meningkatkan lagi semangat juang bagi mempertahankan garis-garis prinsipm partyi masing-masing.

Mereka harus mengingatkan semula inti perjuangan murni PAS, DAP dan Keadilan yang membezakan mereka daripada Barisan Nasional. Usaha mempertahankan prinsip peerjuangan ini tidak akan tercapai dengan melompat keluar seperti yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat Bebas itu.

Apapun perbezaan di antara PAS, DAP dan Keadilan, tetapi apa yang mentyaukan mereka ialah perjuangan bagi urus tadbir baik, bersih daripada korupsi, nepotisme dan kolusi. Pakatan Rakyat juga memperjuangkan kebebasan rakyat dan kesetaraan saksama antara rakyat. Budaya elit adalah milik Barisan Nasional. Maka Pakatan Rakyat adalah sebaliknya.

Perjuangan PAS adalah panjang. Begitu juga dengan DAP. Lebih-lebih lagi ia dianggap sebagai pewaris kepada parti-parti demokratik sebelum penubuhannya. Keadilan adalah parti baru tetapi jika ia dianggap sebagai penerus kepada perjuangan Parti Rakyat, maka ia adalah setara pula dengan PAS.

Maka Pakatan Rakyat perlu dilihat sebagai perjuangan panjang yang berterusan. Sama ada berjaya atau belum berjaya, ia perlu dianggap sebagai idealisme dan prinsip, dan bukan untuk merebut kekuasaan daripada Barisan Nasional se,ata-mata.

Harakahdaily/-

PAS parti 'ajaran sesat', laporan polis dibuat

23 Rejab 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat.

Laporan polis itu dibuat di balai polis Sentral Johor Bahru yang diketuai ketua penerangannya Mazlan Aliman, yang diiringi kira-kira 20 penyokong parti itu, pada jam 11.30 pagi tadi.

Bercakap kepada Malaysiakini pagi ini, Mazlan mendakwa Mohd Shafie yang juga naib presiden Umno, dalam ucapannya perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya kelmarin, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

"Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu," katanya.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, kenyataan Mohd Shafie itu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam

Laporan itu memetik Mohd Shafie menyifatkan PAS sebagai parti ajaran sesat kerana didakwanya hanya memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata dakwaan yang dilemparkan kepada parti itu "tidak boleh diterima sama sekali".

"Ahli PAS kini berjumlah satu juta, adakah beliau berani menyatakan (mereka) sesat. PAS menguasai Kelantan, memimpin di kerajaan Kedah dan suatu ketika dahulu memerintah di Perak, adakah beliau menyatakan majoritinya sebagai sesat," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk berdebat bagi membuktikan siapa yang sebenarnya sesat.

Katanya, jika Mohd Shafie tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau itu, PAS Johor akan mengarahkan ahlinya di negeri itu untuk membuat laporan polis secara bersiri terhadap menteri itu.

Malaysiakini/-

PKR: Suara Keadilan terus diterbitkan

23 Rejab 1431 H
Oleh: S Pathmawathy

PKR akan terus menerbitkan Suara Keadilan walaupun ketidak-tentuan terus menyelubungi pembaharuan permit penerbitannya.

"Kami tidak pasti apa yang diperkatakan oleh kerajaan apabila diberitahu bahawa permit kami tidak diperbaharui tetapi tidak digantung. Apakah kami boleh menerbitkan Suara Keadilan sementara keputusan dibuat,” soal pengarah strategi PKR, Tian Chua.

Menurut ahli parlimen Batu itu, ini satu lagi keputusan ’flip flop’ kerajaan BN.
Permit akhbar tabloid itu yang dikeluarkan pada Julai 2009 tamat tempohnya pada 30 Jun lalu.

Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen penerbitan tidak berpuas hati dengan penjelasan ketua editor, Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib berhubung penjelasannya mengenai sebuah artikel yang mendakwa Felda bankrap.

"Setakat 1 Julai, penernitan itu tidak lagi sah dan dengan demikian tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan...menurut Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan,” kata setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad.

Semalam dalam satu kenyataan media beliau menjelaskan bahawa KDN sedang meneliti dan mempertimbangkan permohonan pembaharuan permit penerbitan itu.
"Kementerian masih belum membuat sebarang keputusan mengenai permohonan tersebut," katanya.

Katanya kenyataan yang mengatakan kementerian telah menggantung permit penerbitan Suara Keadilan adalah tidak benar dan tidak berbangkit sama sekali.

Mengulas perkara itu, Chua berkata: “Pada asasnya, tiada perkembangan. Kerajaan masih tidak memberikan kedudukan sebenar. Justeru, kita akan meneruskan penerbitan dan tidak akan memberhentikannya.”

“Maksud saya, tiada sebab untuk berhenti, seperti yang diperkatakan sebelum ini, kita adalah akhbar yang dimiliki oleh pembangkang. Tiada sebab untuk memuja ataupun memuji kerajaan tetapi sebaliknya memberi pandangan yang kritikal - itu kerja kita.

"Jadi, kerajaan tidak boleh menggunakan alasan yang kita mencemarkan imej atau nama baik kerajaan sebagai sebab untuk menamatkan penerbitan kami,” katanya.

Katanya, kelewatan pembaharuan permit adalah ‘kes lazim’ dan ia berlaku kepada kebanyakan syarikat lain dan PKR akan menerbitkan edisi Suara Keadilan minggu ini.

"Biasanya, apabila lesen tamat, penerbitan belum memperbaharuinya. Tetapi ia tidak bermakna mereka (KDN) telah mengahramkannya,” kata Chua.

Naib presiden PKR, Lee Boon Chye sebelum ini pernah berkata dengan atau tanpa permit, mereka kan terus mencetak akhbar berkenaan.

Malaysiakini/-

PI Bala, Raja Petra antara 'Friends for Pakatan'

23 Rejab 1431 H
Oleh: Danny Lim

Pakatan rakyat semalam menubuhkan kelab Friends for Pakatan Rakyat (FoPR) di London bagi menghadapi BN pada pilihan raya umum ke-13 yang bertiup kencang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi, FoPR, Brain Morais berkata beliau meramalkan antara 20,000-30,000 rakyat Malaysia yang menghuni di kota London akan menyertai kelab itu dan dengan menyalurkan sokongan dan sumber secara sistematik kepada Pakatan pada pilihan raya umum akan datang.

Bagi upacara perasmian, beberapa pemimpin Pakatan diterbangkan khas. Mereka termasuk ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim, bendahari PAS, Hatta Ramli, naib presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw dan ahli parlimen Nurul Izzah Anwar.

Forum lima jam itu juga disusuli ucapan yang menyentuh pelbagai masalah yang melanda Malaysia sekarang ini.

Zaid memulakan ucapannya dengan menyentuh pengharaman buku kartun oleh Zulkiflee Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, dan usaha melabelkannya sebagai penjenayah hanya semata-mata beliau berjumpa dengan blogger Raja Petra Kamarudin di Manchester.

"(BN) dalam keadaan panik sekarang, mereka melihat musuh di mana-mana,” kata Zaihd yang begitu yakin Putrajaya akan tumbang kepada Pakatan.

Malaysiakini/-

Judi sukan: Keputusan di tangan kabinet bukan Umno

23 Rejab 1431 H
Oleh: Wong Teck Chi

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan kebimbangannya bahawa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan Majlis Tertinggi Umno menolak cadangan memberikan lesen judi sukan akan menjadi sebagai satu ‘precedent’ yang bahaya.

Katanya, sewajarnya, keputusan ditentukan oleh jemaah menteri dan bukannnya Umno kerana ia menimbulkan tanggapan bahawa parti komponen BN yang lain di bawah telunjuk Umno.

“Kami berasa kecewa...Ia sepatutnya diputuskan pada peringkat kabinet, supaya semua pihak komponen dapat memberikan pandangan mereka,” kata Chua pada sesi wawancara khas dengan beberapa media terpilih di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 25 Jun lalu, Najib mengumumkan bahawa majlis tertinggi Umno sebulat suara menolak cadangan kerajaan persekutuan untuk memberi lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan.

Keputusan itu tidak dijangkakan kerana parti komponen BN seperti MCA, MIC, PPP dan LDP secara terbuka menyokongnya meskipun dibidas dengan meluas oleh rakyat.

Chua bagaimanapun cepat mengelakkan sebarang ketegangan sehari selepas itu dengan berkata MCA menghormati keputusan berkenaan,

Pada wawancara hari ini, Chua menimbulkan tajuk judi sukan tanpa dibangkitkan oleh wartawan apabila disoal apakah kedudukan MCA di bawah Umno.

Presiden MCA itu tidak menafikan persepsi ataupun tanggapan umum adalah sedemikian tetapi menafikan parti Cina itu menyokong idea judi sukan dan menyalahkan media kerana salah-tafsir kenyataannya.

"Tiada orang yang suka berjudi. Jika kerajaan membenarkan pertaruhan sukan, perlu ada peraturan bagi memastikan bookie haram dihapuskan.

"Selain itu, pendidikan bagi membanteras judi perlu diadakan di samping badan khas bagi menentukan cara cukai hasil aktiviti judi itu digunakan,” katanya.

Di sebalik pelbagai cubaan mendapatkan penjelasan daripada Chua sama ada MCA meluahkan, ‘sokongan bersyarat’, Chua hanya mengulangi kenyataannya sebelum ini.

Malaysiakini/-